Biaqpila |
- Anwar: Saya jadi sasaran Apco
- Perkosa depan suami, anak
- Permainan Pihak Pendakwa Macam Drama Bollywood
- Keluarga Isteri Kedua Tuntut RM350 Juta, Namakan 15 Defendan
- Polis buru pemandu teksi dipercayai perogol bersiri
- Pekerja wanita dipecat kerana terlalu seksi
- Lepas Kota Siputeh dan Gurun, kini Kuala Nerang
- 25 Pesanan Luqmanul Hakim
- Ayuh ummat Islam bangkit "serang" syaitan Israel Jumaat, 4 Jun ke Kedutaan Amerika Syarikat
| Posted: 04 Jun 2010 09:00 AM PDT Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa yang beliau kini menjadi sasaran serangan lobi antarabangsa yang diketuai oleh rejim Zionis yang berkaitan dengan firma komunikasi Apco Worldwide. "Mereka berkata saya anti-Yahudi dengan memutarbelit kenyataan (yang saya dibuat) di Parlimen," kata Anwar dalam satu forum di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.
Forum itu dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk membincangkan serangan maut tentera Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang mengorbankan 10 aktivis. Anwar mendakwa, Apco Worldwide kini sedang membalas dendam
Mereka juga tersinggung dengan tuduhan Anwar bahawa ejen Israel telah menyusup ke dalam ibupejabat pasukan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman. |
| Posted: 04 Jun 2010 07:04 AM PDT LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekeluarga diikat dan dipukul dalam rompakan bersenjata, malah ketawa ketika seorang daripada mereka merogol isteri mangsa di depan anak dan suaminya. Malah, empat lelaki itu berani melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa menggunakan topeng muka ketika merompak keluarga suspek di Bukit Gambir, Selasa lalu. Kejadian kejam itu bermula kira-kira jam 3 pagi ketika pasangan suami isteri berusia 40-an dan anak mereka berusia lapan hingga 17 tahun tidur nyenyak. Difahamkan, empat penjenayah 'iblis' itu menceroboh masuk rumah mangsa dengan memecahkan pintu belakang sebelum mengejutkan penghuni rumah terbabit. Menurut sumber, suspek memasuki dua bilik dalam rumah itu sebelum mengacukan parang kepada mangsa lelaki dan mengikat tangannya bersama isteri dan seorang anak. "Dua lagi anak yang tinggal di bilik berasingan tidak diikat tangan, tetapi diarah tidak melakukan tindakan bodoh yang boleh mengancam nyawa mereka. "Mangsa lelaki itu dipukul keempat-empat suspek supaya memberitahu tempat dia menyimpan barangan kemas dan wang tunai," katanya. Sumber itu berkata, mangsa yang takut menyerahkan barangan kemas termasuk rantai, cincin dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM3,000. Bukan itu saja, penjenayah terbabit turut merampas wang RM1,300 milik mangsa. Malangnya, derita suami itu tidak berakhir di situ apabila dia berulang kali dipukul keempat-empat perompak yang menuntutnya mendedahkan tempat barangan kemas lain disembunyikan. "Mangsa hanya mampu memberitahu tiada lagi barangan berharga mahupun wang tunai disembunyikan dalam rumah," katanya. Bagaikan tidak puas hati dengan kenyataan mangsa, mangsa sekali dikejutkan dengan tindakan seorang daripada penjenayah terbabit apabila tergamak merogol isteri mangsa di depannya. Lebih menyayat hati, seorang anak mangsa yang tidur bersama pasangan itu dipaksa melihat ibunya diperkosa perompak terbabit. Katanya, si suami hanya mampu merayu kepada penjenayah terbabit namun rintihannya tidak diendahkan, malah isterinya tetap dirogol sambil disaksikan rakan jenayah lain yang ketawa seolah-olah melihat pertunjukan. Puas dengan perilaku tidak berperikemanusiaan itu, keempat-empat warga Indonesia terbabit merampas kunci kenderaan milik mangsa sebelum melarikan diri dengan Proton Wira itu. Selang beberapa minit kemudian, mangsa melepaskan diri dengan bantuan dua anak lain sebelum melaporkan kejadian di balai polis berhampiran. Difahamkan, tiga beranak terbabit turut mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini dan mereka kini trauma selepas terpaksa melalui peristiwa menyayat hati itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, mengesahkan kejadian yang menimpa lima beranak terbabit dan pada masa sama berjanji melakukan operasi besar-besaran bagi memberkas empat suspek terbabit. Beliau juga tidak menolak kemungkinan keempat-empat suspek bukan menetap secara langsung sekitar daerah ini dan disyaki melakukan jenayah secara berpindah-randah. "Namun itu tidak membataskan tindakan kami untuk mengesan mereka. "Kami akan bekerjasama dengan pasukan anggota penguat kuasa di seluruh negara dalam misi mengesan penjenayah terbabit supaya mereka didakwa di muka pengadilan dan dihukum atas kekejaman dilakukan," katanya ketika dihubungi. Pada masa sama, beliau menyeru orang awam yang menjadi saksi atau mempunyai maklumat kejadian itu supaya segera hadir di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Katanya, setakat ini, polis sudah menemui semula kenderaan milik mangsa yang dilarikan penjenayah terbabit dalam semak sekitar daerah ini, kira-kira 24 jam selepas kejadian itu dilaporkan. Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 kanun sama kerana melakukan jenayah pecah rumah secara berkumpulan. hmetro Share |
| Permainan Pihak Pendakwa Macam Drama Bollywood Posted: 04 Jun 2010 05:00 AM PDT Oleh Sidiqin Omar ![]() KUALA LUMPUR 3 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes Fitnah 2 yang didalangi Umno-Barisan Nasional mempertikaikan keterangan pakar perubatan dari Hospital Kuala Lumpur berhubung terjumpanya sampel air mani pada badan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Malah beliau menyifatkan percanggahan keterangan doktor HKL dengan laporan perubatan hospital sebagai drama Bollywood. Anwar membayangkan kemungkinan spesimen DNA yang diperolehi daripada tersebut telah diletakkan pihak tertentu bagi mensabitkan beliau dengan kesalahan liwat. Beliau juga berkata pakar forensik, Dr David Wells yang diterbangkan khas dari Australia untuk membantu pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh, telah menyatakan prosedur pemeriksaan dakwaan liwat oleh HKL adalah diluar amalan biasa. Dr Wells adalah profesor kriminologi di Universiti Melbourne serta bertugas di Victorian Institute of Forensic Medicine. Anwar ketika ditemui di luar mahkamah berkata bukti dan dakwaan saksi perbicaraan ini akan dicabar oleh barisan peguamnya yang akan menampilkan 'kejutan'. "Kita tidak gusar dengan perkembangan ini. Bahkan dalam laporan tersebut ada juga menyatakan terdapat lebih daripada seorang pemilik DNA. Ini seperti drama Bollywood. "Kita ada pakar yang akan meneliti keterangan doktor yang pada mulanya mengesahkan dalam laporan bahawa tiada penembusan. Doktor (Dr Razali) turut membawa laporan baru daripada kajian makmal. Setelah dua tahun, baru pertama kali kita mendapat tahu mengenai perkembangan ini," kata Anwar. Beliau berkata sebelum ini pihak pembelaan tidak pernah dimaklumkan dengan penemuan bukti baru tersebut. Malah notis penangguhan yang dibenarkan hakim selama dua hari tidak dapat memberikan masa yang cukup kepada barisan peguambela untuk membuat persediaan. Peguam Sankara Nair yang ditemui selepas prosiding menjelaskan bahawa barisan peguambela telah meminta pandangan lanjut daripada pakar termasuk pakar mikrobiologi. "Ada bukti baru yang ditampilkan hari ini yang berlainan dengan laporan yang dikemukakan. Ini bersalahan, kerana seolah-olah kita telah di'ambush' dengan bukti baru. Sepatutnya kita diberikan peluang dan ruang untuk membuat persediaan," katanya. Beliau menganggap keterangan Dr Razali tidak konklusif dan barisan peguambela akan memulakan soalbalas terhadapnya apabila prosiding bersambung esok. "Banyak lagi perkara lagi yang boleh disanggah," kata Sankara. Sehubungan itu ketika ditanya samada testimoni Dr Razali memeranjatkan, Anwar berkata perkara sebegini telah dilakukan sejak 12 tahun yang lalu dan beliau tidak berasa risau. "Anda akan rasa terkejut jika membaca laporan tersebut. Ia menyebut air mani dan sampel DNA dijumpai dari dua individu. Ini betul-betul drama Bollywood.Ini semuanya adalah serangan politik terhadap saya. Ini amat jelas. Anda juga akan terkejut air mani tersebut kepunyaan siapa," tegas beliau. Karpal juga menyatakan prosiding hari ini tidak mengesahkan identiti individu yang dikaitkan dengan air mani yang dijumpai pada badan Saiful sambil mengandaikan kemungkinan ia diletakkan dengan sengaja . Dr Razali semasa keterangan beliau memberitahu mahkamah adanya dua sampel DNA kepunyaan dua lelaki dan sampel itu diperolehi daripada bahagian atas dan bawah dubur Saiful. Anwar mendakwa pihak pendakwa tidak bercakap benar apabila mereka tidak membenarkan pasukan pembelaan akses kepada sampel air mani atas alasan hanya ada satu sampel sahaja. Beliau merujuk kepada kenyataan awal Dr Razali bahawa doktor tersebut menyimpan sebanyak dua set sampel kawalan. "Apa yang dikatakan oleh doktor adalah perkara baru. Dia berkata ada beberapa spesimen tetapi pihak polis dan pendakwa kata tidak ada lagi spesimen yang tinggal. "Sekarang setelah satu setengah tahun hanya spesimen ini yang tinggal. Ini semua amat pelik. Saya serahkan kepada peguam dan saya tidak risau. Setelah 12 tahun berhadapan dengan propaganda media, perkara ini tidak ada kesan kepada saya," kata Anwar. SK Share |
| Keluarga Isteri Kedua Tuntut RM350 Juta, Namakan 15 Defendan Posted: 04 Jun 2010 03:00 AM PDT ![]() Isteri kedua pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan lima anak mereka, hari ini memfailkan saman bagi menuntut wang tunai RM350 juta dan beberapa hartanah di Malaysia dan di England. Mereka juga menuntut enam syarikat iaitu Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd dan NZ Wheels Sdn Bhd. Saman itu difailkan oleh Rokiah Abdullah, 53, bersama anak-anak, Sharifah Roslina, 26, Mohd Azli, 25, Sharifah Rosnani, 24, Sheikh Mohamad Azrul, 21, dan Sharifah Sofia (umur tidak dinyatakan), melalui Tetuan Jamil Mohamed Shafie & Associates di pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Mereka turut menamakan 15 defendan bermula dengan estet milik Nasimuddin, isteri pertamanya Puan Sri Zaleha Ismail, 57, dan anak-anak, Datuk Faisal, 31, Nur Diana, 28, Sheikh Mohd Nasarudin, 26, Sheikh Mohd Faliq, 25, dan Nur Nadia, 24 manakala Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd, Ekspedisi Nikmat Sdn Bhd dan CIMB Trustee Berhad dinamakan sebagai defendan kelapan hingga ke-15. Selain wang tunai berjumlah RM350 juta, plaintif menuntut Zaleha, anak-anaknya dan CIMB Trustee Berhad mengisytihar aset-aset dan harta-harta alih dan tidak alih dalam dan luar negara kepunyaan Nasimuddin dari 1 Mei 2008 sehingga sekarang. Mereka juga menuntut syarikat-syarikat, aset-aset Allahyarham dan juga beberapa hartanah dalam negara dan England. Plaintif juga menuntut Ekspedisi Nikmat Sdn Bhd menyerahkan butir terperinci nilai aset Allahyarham yang dipegang amanah olehnya. Menerusi pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa semasa Nasimuddin masih hidup, beliau telah berjanji akan menyerahkan syarikat Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd kepada kesemua plaintif untuk membolehkan mereka hidup berdikari tetapi sebelum sempat berbuat apa-apa pindah milik, Nasimuddin meninggal dunia di California, Amerika Syarikat, pada 1 Mei 2008. Mereka juga mendakwa sebelum Nasimuddin meninggal dunia, beliau memberitahu mereka bahawa asetnya melebihi RM3 bilion dan telah menyerahkan kepada plaintif butir-butir syarikat dan harta yang dimilikinya. Ia termasuk beberapa buah banglo dan hartanah di dalam negara, lima hartanah di sekitar London, sebuah banglo di Johannesburg, Afrika Selatan, serta sebuah apartmen dan sebuah banglo di Los Angeles, Amerika Syarikat. Plaintif juga mendakwa Allahyarham sempat memberitahu bahawa CIMB Trustee Berhad adalah pemegang amanah sebahagian besar harta-harta alih dan tidak boleh alih kepunyaannnya seperti saham-saham syarikat. Mereka mendakwa juga mendapat tahu daripada pihak luar bahawa Zaleha dan anak-anaknya telah membuat permohonan di mahkamah dalam saman pemula untuk mengawal aset-aset Nasimuddin tanpa memasukkan nama-nama plaintif sebagai waris sah Nasimuddin. Mereka juga mendakwa bapa saudara kepada anak-anak Rokiah juga telah mengambil tindakan saman pemula untuk tujuan yang sama (mengawal harta) tanpa mengambil kira kepentingan mereka dalam kes ini. Plaintif berkata mereka telah meminta keluarga pertama Nasimuddin menyelesaikan masalah hak mereka. Pada 27 Jan lalu, defendan melalui Tetuan Akhberdin & Co menghantar surat menawarkan RM20 juta sebagai penyelesaian muktamad terhadap tuntutan plaintif tanpa mengambil kira niat Nasimuddin. Melalui Tetuan Radzuan Ibrahim & Co, plaintif telah meminta kes itu diselesaikan dengan bayaran RM350 juta tunai dan syarikat-syarikat serta asset Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd diserahkan kepada plaintif seperti pernah dijanjikan oleh Nasimuddin semasa hayatnya kepada Mohd Azli. Mereka mendakwa Nasimuddin mahu Mohd Azli menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan automotif dan Mohd Azli telah berjaya menamatkan pengajiannya. Kesemua plaintif juga menuntut RM20 juta dibayar oleh Zaleha dan anak-anaknya melalui Ekspedisi Nikmat Sdn Bhd sebagai bayaran sementara dan baki dibayar selepas perbicaraan kes ini. — Bernama tvs Share |
| Polis buru pemandu teksi dipercayai perogol bersiri Posted: 04 Jun 2010 01:00 AM PDT ![]() AMPANG – Polis kini memburu seorang lagi suspek warga emas yang bekerja sebagai pemandu teksi dipercayai terlibat dalam beberapa siri kes rogol. K:etua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, pemandu teksi berusia 54 tahun itu merupakan perogol bersiri sejak Ogos lalu dan sekurang-kurangnya enam remaja telah menjadi mangsanya. :Abdul Jalil berkata, suspek menggunakan taktik mempelawa mangsa terutamanya pelajar sekolah menaiki teksinya sebelum berpura-pura mengajak mangsa pulang ke rumahnya di Taman Muda kononnya untuk mengambil barangnya. Terdahulu, dua pelajar berusia 15 tahun dan 16 tahun menjadi mangsanya dalam kes berasingan. "Mangsa diajak pulang ke rumah dan ketika berada di rumah tersebut lelaki itu menggugutnya untuk membuka baju. "Mangsa yang ketakutan terpaksa menuruti perintah suspek dan lelaki itu merakamkan gambarnya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, semalam. Abdul Jalil berkata, beliau percaya pemandu teksi itu dibantu oleh seorang lagi rakannya yang kini masih bebas. Bagaimanapun, tembelang pemandu teksi itu pecah apabila salah seorang mangsa mengadu kepada kakaknya dan membuat laporan polis pada Sabtu lalu. Hasil risikan polis, lelaki itu ditahan dihadapan Berjaya Times Square pada Isnin lalu jam 9 malam sewaktu sedang menunggu penumpang. Menurutnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. sinarharian Share |
| Pekerja wanita dipecat kerana terlalu seksi Posted: 03 Jun 2010 11:00 PM PDT ![]() LORENZANA bergambar di bank Citibank. NEW YORK - Seorang ibu tunggal berusia 33 tahun, Debrahlee Lorenzana memfailkan saman terhadap bank Citigroup kerana dia dipecatnya atas alasan penampilannya yang terlalu menawan dan seksi, lapor sebuah akhbar semalam. Lorenzana dipecat dari cawangan sebuah bank tersebut di New York selepas diberitahu bahawa pakaian dan bentuk tubuhnya 'terlalu mengganggu' pekerja pejabat yang didominasi oleh kakitangan lelaki. Dia yang berasal dari Puerto Rico itu pernah diberikan senarai pakaian yang tidak boleh dipakai, termasuk skirt, sut ketat dan kemeja polo. "Semua pakaian yang saya pakai adalah sama seperti yang dipakai pekerja dalam dunia korporat Amerika. "Tanggapan mereka (majikan dan pekerja-pekerja lain) terhadap pakaian yang saya pakai amatlah mengecewakan," katanya. Namun, Lorenzana menyatakan dia berhak untuk memakai pakaian yang menjadi pilihannya sendiri. "Saya dibesarkan dalam budaya Latin. Kami feminin dan wanita di Puerto Rivo pandai berdandan, gemar bersolek dan merias kuku walaupun pun untuk ke pergi ke pasar raya," katanya. Panel penimbang tara akan membuat keputusan mengenai saman itu. Satu kenyataan daripada pihak Citigroup menyatakan saman mahkamah itu tidak mempunyai asas dan pihaknya akan mempertahankan diri. - Agensi/kosmo Share |
| Lepas Kota Siputeh dan Gurun, kini Kuala Nerang Posted: 03 Jun 2010 09:00 PM PDT Zulkifli Yahaya ![]() Lenyap isu empat ADUN Pakatan Rakyat lompat parti di Kedah, muncul pula satu isu baru kononnya seorang ADUN Barisan Nasional pula akan melompat ke dalam PAS. Tiupan khabar sensasi itu laju juga dibawa angin. Sekalipun ia khabar angin, setiap yang mendengarnya akan tertanya-tanya. Ia tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja. Maknanya, suasana politik pasca Tsunami hari ini, sukar lagi untuk menidakkan andaian politik yang dulunya dianggap karut dan merapu. ADUN yang dimaksudkan itu ialah Syed Sobri Syed Hashim, memenangi kerusi Kuala Nerang dalam pilihanraya umum lalu mengalahkan Ustaz Zawawi Ahmad dari PAS dengan majoriti 805 undi. Sebelum menceburi politik sepenuh masa, Syed Sobri adalah tokoh korporat. Mungkin kerana 'kehebatannya' maka beliau dilantik sebagai CEO Syarikat Seri Temin Development Corporation (STDC) yang merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Dalam pilihanraya umum 2008 Syed Sobri boleh dianggap sebagai calon BN yang 'terlepas pandang' oleh kepimpinan tertinggi parti itu. Sebaik diisytiharkan calon, beliau ditelanjangkan habis-habisan oleh pihak dalam partinya sendiri. Pelbagai isu, termasuk skandal peribadi didedahkan. Semua itu bukan kerja orang PAS kerana rakan-rakan yang pernah rapat dengannya sahaja yang tahu semua rahsia tersebut. Jika PAS ada maklumat begitu pun, bukan caranya sebuah parti Islam mengaibkan musuhnya begitu teruk. Umno adalah musuh tradisi PAS, namun PAS tetap berpegang kepada amalan Islam berakhlak sekalipun dalam peperangan. Semua yang berlaku itu adalah catatan awal yang mungkin membawa Syed Sobri terasa hati dengan pihak tertentu dalam Umno sendiri. Ditakdirkan Syed Sobrie menang juga. Beberapa bulan selepas bergelar 'YB' dia menerima penangan pertama dari mahkamah apabila diisytiharkan muflis. Baru terbongkar rupanya beliau menghadapi masalah kewangan yang rumit. Pengisytiharan muflis itu untuk satu kes, sedangkan banyak lagi kes lain yang menunggu. BN tidak sanggup menghadapi pilihanraya ketika mereka menghadapi kekalahan demi kekalahan dalam pilihanraya kecil. Najib mengarahkan sebanyak mana pun hutang ADUN Kuala Nerang itu, ia mesti dilunaskan. Walaupun Speaker DUN Kedah, Dato' Dr. Isa Ismail telah menghantar notis kehilangan kelayakan sebagai ADUN akibat muflis kepada SPR, namun notis itu tidak terpakai apabila hutang Syed Sobri sebanyak RM150 ribu diselesaikan segera oleh pihak Najib. Di kalangan musuh politik beliau dalam parti tidak senang dengan keistimewaan yang diberikan kepadanya. "Untung jadi YB, hutang banyak mana pun PM lunaskan.." kata-kata sindiran itu terpancul dari mulut pemimpin-pemimpin Umno yang tidak puas hati. Masalah besar bagi Syed Sobri ialah kes-kes mahkamah lain yang sedang menunggu untuk dia dimufliskan. Khabarnya hampir RM11 juta. Sanggupkah Najib menanggung biawak hidup hanya untuk selamatkan maruah BN dari lenyap satu lagi kerusi selepas Kota Siputeh? Di kalangan pemimpin Umno yang lain di Kedah sudah mula merungut, "Kami pun banyak hutang awat Najib tak tolong?" Syed Sobri sebenarnya yang lebih tertekan dengan suara sinis seperti itu. BN mempunyai pilihan untuk melewat-lewatkan kes mahkamah terhadap Syed Sobrie. Sehingga selepas tiga tahun PRU ke 12, kes tersebut boleh dibicarakan di mahkamah dan beliau dimufliskan. BN tidak bantu lagi kali ini dan mereka hilang satu kerusi. Sekalipun hilang namun tiada pilihanraya kecil. RM11 juta duit yang diguna untuk membantu Syed Sobri boleh diagihkan kepada 15 bahagian Umno di Kedah. Besar nilainya sebagai modal untuk menentang PAS dalam usaha merampas Kedah. Cara tersebut tetap menjatuhkan maruah BN kerana mereka hilang kerusi. Maka cara terbaiknya ialah Najib (dengan kuasa yang ada) melambat-lambatkan lagi kes mahkamah tersebut sehingga selepas PRU ke 13. Sama ada cara pertama atau kedua, Syed Sobri terpaksa menanggung akibatnya bersendirian. Dia akan diiystiharkan muflis. Sekarang pun kerjaya politik beliau nampak sudah di penghujung. Orang bermasalah sepertinya tidak mungkin diberi peluang menjadi calon untuk PRU ke 13 nanti. Dia akan senasib dengan Dato' Abu Hasan Sarif di Kota Siputeh. Dalam satu perkembangan yang lain Syed Sobri dilihat jinak dengan PAS. Dia dilaporkan bertemu secara sulit dengan pemimpin PAS. Beliau adalah satu-satu ADUN BN yang menyambut kedatangan Menteri Besar yang berkunjung ke daerah. Dia pernah dilihat bersolat jamaah berdua dengan Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria. Ustaz Nasir imam, dia makmun. Semua itu menjadi buah mulut rakyat Kedah. Apabila tersebar khabar angin bahawa Syed Sobri akan masuk PAS ia menyempurnakan jalan cerita yang telah dimulakan. Dengan latarbelakang masalah peribadi yang dilaluinya, ramai yang lebih percaya bahawa ia cuma perang saraf atau ugutan untuk menakutkan Najib, berbanding keikhlasannya (jika) menyertai PAS. "Saya tidak menolak kemungkinan tindakan mengejut Syed Sobri adalah satu gimik untuk memeras ugut kepimpinan Umno negeri untuk memenuhi permintaan dan hasrat peribadi beliau semata-mata," kata Dato' Rozai Shafian selaku Setiausaha BN Negeri Kedah. Pandangan Rozai diterima ramai, tetapi ditempelak habis-habisan oleh Syed Sobrie sambil mendedahkan segala kelemahan Rozai dalam memimpin Umno dan BN. Ia menimbulkan babak pertelagahan yang baru dalam Umno. Episod kehilangan kerusi DUN Kota Siputeh belum berakhir. Jika berlaku pilihanraya kecil BN belum tentu menang. Kerusi DUN Gurun masih di awangan apabila ADUNnya, Dr. Leong Yong Kong mengisytiharkan bercuti dari politik MCA. Ia gara-gara kecewa dengan kemelut politik parti itu akhir-akhir ini. Dalam ura-ura kononnya akan berlaku lompat katak ADUN KeADILan dan DAP, terdapat perancangan untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar. Dr. Leong menegaskan lebih awal kepada pihak Menteri Besar bahawa dia sekali-kali tidak akan menyokong usul tersebut. Sikap itu tidak menyenangkan BN, sekalipun beliau tidak lompat parti. BN merancang untuk menggugat kerajaan Pakatan Kedah melalui isu lompat parti, pembubaran DUN ataupun kerajaan katak. Namun yang pasti kini tiga buah kerusi mereka pula yang tergugat; Kota Siputeh, Gurun dan Kuala Nerang. Benarlah maksud firman Allah, "Manusia merancang, Allah juga merancang…" harakahdaily Share |
| Posted: 03 Jun 2010 07:00 PM PDT ![]() 01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. 02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga. 03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH. 04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman. 05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. 06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH. 07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti. 08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat. 09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan. 10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya. 11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja. 12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja. 13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan. 14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka. 15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya. 16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah. 17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga. 18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu. 19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu. 20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya. 21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain. 22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu. 23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal. 24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan. 25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu. sedakasejahtera.blogspot.com Share |
| Ayuh ummat Islam bangkit "serang" syaitan Israel Jumaat, 4 Jun ke Kedutaan Amerika Syarikat Posted: 03 Jun 2010 05:00 PM PDT KEBIADAPAN re Beliau berkata, Majlis Keselamatan PBB, Persidangan Negara Islam (OIC) dan badan dunia yang lain perlu segera bersidang dan mengambil tindakan tegas termasuk menyerang Israel jika negara tersebut enggan membebaskan tahanan dan membuka sempadan Gaza. Mahfuz berkata, hanya dengan 'serangan' ke atas Israel sahaja yang mampu menghalang negara haram itu dari terus menzalimi rakyat Gaza dan konvoi Fortila Gaza. "Tindakan yang tegas saha ja mampu mengajar negara haram tersebut yang telah melanggar peraturan PBB sendiri. Amerika Syarikat hanya berdiam diri tanpa mengecam serangan tersebut," katanya lagi.Sementara itu, PAS mengajak seluruh rakyat tidak mengira kaum dan agama sama-sama turun berhimpun secara aman bagi melaungkan tekanan dan kutukan ke atas perbuatan biadap rejim itu. Himpunan itu akan diadakan pada 4 Jun ini seusai solat Jumaat. Perarakan akan bermula daripada Masjid Kampung Baru menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat dekat Jalan Tun Razak. Himpunan itu dijangka akan dihadiri Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan kepimpinan utama PAS selain Pakatan Rakyat. Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, PAS mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak segera memanggil sidang khas Parlimen bagi membincangkan serangan Israel ke atas Konvoi Bantuan ke Gaza. detikdaily Share |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan