Anak Sungai Derhaka |
- Judi kesukaan Pemimpin BN, bukannya amalan Masyarakat Cina
- ‘Saya tidak hebat dalam politik’ - MB Selangor
- PKR S'gor dirombak, Azmin ganti Khalid sebagai Pengerusi
- Saman : Taktik BN mahu gempar PKR
- Lesen Judi : Najib bersandiwara lagi?
- Ulama? : Yang berjumpa Najib tu bukan semuanya masuk UMNO.
| Judi kesukaan Pemimpin BN, bukannya amalan Masyarakat Cina Posted: 27 Jun 2010 06:56 AM PDT GEORGETOWN, 27 Jun: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan lesen judi bola membuktikan apa yang diputuskan oleh Pulau Pinang betul apabila mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengeluarkan lesen premis judi itu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, keputusan kerajaan negeri jelas menjaga nama baik negara sebagai 'negara Islam' yang dilaungkan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) walaupun mendapat kritikan hebat kepimpinan BN termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun selain kritikan, beliau juga menerima pujian daripada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat serta sebahagian daripada komponen BN yang tidak sebulu dengan kenyataan Mahathir yang mendakwa masyarakat Cina suka berjudi. "Sah apa yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang benar apabila mengarahkan semua PBT tidak keluarkan lesen premis judi dan sesuai sebagai langkah menentang sebarang bentuk perjudian yang merugikan masyarakat," ujarnya di Dewan Audiotorium F, Aras 5, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ketika meraikan rombongan Pasti Negeri Sembilan petang semalam. Perjudian, kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih bukan amalan masyarakat Cina sebaliknya kesukaan pemimpin BN kerana hasil perjudian boleh diambil untuk membina negara. Menurutnya, langkah drastik beliau mengarahkan semua PBT di Pulau Pinang pada mulanya menimbulkan keraguan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya PAS. "Pemimpin PAS ada yang terkejut dan menghubungi saya beberapa kali untuk mendapatkan kesahihan betulkan apa yang saya dah buat. Saya kata memang betul kerana judi merupakan amalan yang tidak baik dan merosakan kebahagiaan sesebuah keluarga serta negara," tambahnya. Katanya, ramai yang terkejut kerana kerajaan pimpinan DAP sanggup melakukan tindakan yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Rombongan Pasti Negeri Sembilan seramai 90 orang itu diketuai oleh pengarahnya, Ustaz Nazri Zainuddin. Turut mengiringi rombongan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan Penyelaras Dun Sungai Dua, Fahmi Abdul Wahab. Harakah Daily |
| ‘Saya tidak hebat dalam politik’ - MB Selangor Posted: 27 Jun 2010 06:26 AM PDT SHAH ALAM, 27 Jun — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang berhadapan dengan tekanan dari dalam PKR sejak beberapa bulan lalu dengan rendah diri hari ini berkata, beliau tidak "hebat" dalam politik. Sehubungan itu ketua kerajaan negeri Selangor ini memberitahu, beliau mahu memberi tumpuan terhadap soal pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri."Oleh kerana Selangor sangat penting, jadi saya harus memberikan tumpuan kepada pentadbiran negeri terutamanya terhadap aspek pembangunan dan pertumbuhan ekonomi. "Dengan ini, saya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan negeri termasuk di Kampung Baru yang mana saya akan menyumbang pemikiran dan idea agar ia dapat dilaksanakan. "Saya mahu melihat pembangunan di Selangor bergerak seiring dengan Kuala Lumpur," kata beliau yang dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum Mac 2008. Perubahan kepimpinan ini diumumkan lima bulan menjelang pemilihan parti. Khalid, bekas tokoh korporat, disebut-sebut akan digugurkan selepas PKR yang mewakili Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu. Azmin, Ahli Parlimen dan Adun Selangor pula berkata, rombakan yang dibuat hari ini bertujuan memastikan strategi mempertahankan Selangor dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin tanpa membebankan Khalid. "Saya akan menguruskan hal-hal berkaitan parti manakala Khalid akan memberikan tumpuan kepada pembangunan negeri. "Jadi kami berdua akan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan untuk mempertahankan Selangor. "Ini kerana kerusi yang dimenangi ini harus dipertahankan jadi parti dan kepimpinan negeri perlu memainkan peranan masing-masing dengan sebaik mungkin dalam satu pasukan," katanya. Dalam rombakan kecil diumumkan petang ini, Khalid digantiken oleh Azmin sebagai pengerusi negeri Selangor berkuat kuasa hari ini. Ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim pula mengambil alih kepimpinan PKR Wilayah Persekutuan menggantikan Azmin. Rombakan diumumkan oleh Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Wan Azizah berkata, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan perhatian terhadap soal pentadbiran kerajaan negeri. |
| PKR S'gor dirombak, Azmin ganti Khalid sebagai Pengerusi Posted: 27 Jun 2010 04:16 AM PDT Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta.Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini. Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri. "Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya. Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan. Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di negeri itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi. Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR. Anwar nafi cubaan MP guling Khalid Khalid tidak hadir dalam kesemua sesi pemukiman dua hari sejak semalam di sebuah hotel di Shah Alam. Selain ditemani Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketiga-tiga Azmin, Khalid dan Zaid hadir bersama dalam sidang media petang ini. Bercakap soal yang sama, Anwar juga memberitahu dua negeri lagi akan mengalami pertukaran pucuk pimpinan yang akan diumumkan kemudian. "Ia sedang dimuktamadkan," katanya yang enggan menyatakan terlebih dahulu negeri atau pimpinan terbabit. Selain itu, Anwar turut menafikan bahawa terdapat pakatan ahli parlimennya yang merancang mahu menggulingkan Khalid sebagai menteri besar. "Perkara itu tak berbangkit sama sekali. Kita sebulat suara dokong penuh. (Beri) Pandangan itu biasalah. "Kita tengok Tan Sri Khalid pun tak sensitif sangat. Yang sensitif akhbar Umno," katanya. Malaysiakini |
| Saman : Taktik BN mahu gempar PKR Posted: 27 Jun 2010 03:47 AM PDT SHAH ALAM, 26 Jun – Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan tindakan pengurusan Felda mahu menyaman akhbar Suara Keadilan dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dirinya hanya sebagai taktik politik untuk menakutkan mereka."Ini adalah taktik politik untuk menakut-nakutkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan mengenai Felda. "Bagi saya tidak kisah kena saman kerana yang penting rakyat tahu apa yang berlaku dalam Felda. "Malah saya kekal dengan kenyataan yang dikeluarkan media sebelum ini mengenai Felda," katanya ketika ditemui di sesi permukiman PKR di sini petang tadi. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pengurusan Felda yang mahu menyaman Suara Keadilan dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnah lembaga tersebut sudah muflis. Selain Anwar dan Zaid, Felda juga akan menyaman Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa PKR Datuk Dr Tan Kee Kuang, Pengerusi Biro Felda Suhaimi Said dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Wahid Endut dari PAS. Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan. "Kita akan saman Suara Keadilan dan pemimpin yang mengatakan bahawa Felda bankrup. Felda ada aset RM12.2 bilion difitnah bankrap. "Kita akan saman mereka, mungkin ratusan juta. Kita masih dalam perbincangan untuk menentukan berapa jumlah untuk menyaman mereka. "Tindakan mereka memfitnah Felda memberikan kesan kepada warga Felda termasuk kakitangan dan peneroka. Kenyataan fitnah yang dikeluarkan itu adalah tidak tepat dan berniat jahat," katanya semalam. Turut akan disaman pemilik permit, penulis dan Ketua Pengarang Suara Keadilan. Zaid berkata tindakan lembaga tersebut ingin menyaman dalam jumlah yang besar adalah sebagai satu penyakit. "Ini adalah satu penyakit yang berlaku sekarang yang mana jika berkaitan saman ia pasti akan melibatkan jumlah yang besar. "Tidak kisah jika mereka (Felda) mahu saman dengan banyak tapi kena lihat surat dulu. Biasanya orang yang kena saman akan banyak mengikut jumlah kerugian yang ditetapkan mahkamah," katanya. The Malaysian Insider |
| Lesen Judi : Najib bersandiwara lagi? Posted: 26 Jun 2010 08:59 PM PDT Menurut Naib Presidennya, Mustafa Kamil Ayub, terlalu banyak maklumat yang diterima sebelum ini membayangkan bahawa lesen judi sukan itu seakan-akan sudah diluluskan. "Beberapa maklumat yang diterima sebelum ini membayangkan bahawa lesen judi sukan ini sudah diberikan kepada Ascot Sports. "Sebagai contoh Dr Mohd Puad Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran) sebelum ini membantah kelulusan itu seolah-olah lesen itu sudah ada, malah ada yang kata supaya jangan memperbaharuinya. "Jadi selagi Perdana Menteri belum memberikan penjelasan kita terima bahawa lesen itu sudah diluluskan," katanya kepada The Malaysian Insider di sini malam ini. Lewat malam tadi, kerajaan dalam tindakan drastik yang mengejutkan banyak pihak memutuskan untuk tidak mengeluarkan lesen sukan judi kepada Ascot Sports. Keputusan itu diumumkan oleh Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Najib yang juga Menteri Kewangan memberitahu syarikat itu telah dimaklumkan mengenai keputusan itu. "Ascot Sports telah dimaklumkan mengenai keputusan ini, mereka maklum keputusan ini," katanya lagi. Bagaimanapun beliau enggan menyatakan bila keputusan itu dibuat. Mustafa berkata selagi Najib tidak membuktikan bahawa lesen judi sukan itu benar-benar tidak diluluskan parti itu akan terus mendesaknya. "Selagi Najib tidak membuat penjelasan kita akan terus desak. "Kita mahu beliau membuktikan bahawa lesen tersebut benar-benar tidak dikeluarkan," katanya. Seorang lagi Naib Presiden Azmin Ali berkata jika ia hanya "sandiwara" maka kerajaan Umno-BN akan dihukum pada pilihan raya umum akan datang. "Jangan merendahkan desakan dan gesaan rakyat dalam perkara ini. "Kita serius bukan hanya orang Islam tetapi orang bukan Islan juga menentang keras kelulusan lesen judi sukan ini. "Ini bukan cara untuk Malaysia maju ke depan dalam bidang ekonomi, ini adalah cara yang agak ketinggalan," katanya ketika ditemui pada sesi pemukiman PKR dekat sini. Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Fariz Musa berkata tindakan tidak mengeluarkan lesen judi sukan itu mungkin bersifat sementara dan kemungkinan ia akan dibangkitkan semula sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13. "Ini hanya sandiwara yang dibuat kerajaan BN untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat dengan tidak meluluskan lesen judi sukan itu. "Mungkin selepas ini ia akan dibangkitkan semula sekiranya BN masih memerintah negara selepas pilihan raya umum nanti. "Nampaknya kerajaan sengaja mahu bermain politik dengan rakyat," katanya. Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata keputusan tidak meluluskan lesen judi sukan itu mungkin disebabkan kedatangan ulama yang hadir sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno untuk menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Najib. "Saya difahamkan bahawa semalam seramai 40 ulama datang berjumpa Najib untuk menyerahkan borang keanggotaan Umno, jadi mungkin sebab itu beliau membuat keputusan untuk tidak meluluskan lesen judi sukan itu. "Keputusan itu hanya sementara sahaja kerana ingin menjaga imej beliau dan mungkin perkara ini akan dibangkitkan semula," katanya. Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali berkata status sebenar lesen judi sukan tersebut masih menjadi tanda tanya memandangkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, bukannya Kabinet. "Statusnya masih jadi tanda tanya kerana keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen judi sukan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno bukan dalam Kabinet. "Jadi selagi keputusan itu tidak dibuat dalam Kabinet, maka statusnya masih belum pasti lagi," katanya. Dalam pada itu, Bernama memetik Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, PKR menyambut baik keputusan kerajaan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan di negara ini. Kata beliau, berkata keputusan itu menunjukkan kerajaan sekarang mendengar pandangan rakyat. "Baguslah langkah kerajaan dengar saranan rakyat," katanya ketika ditemui pemberita. The Malaysian Insider |
| Ulama? : Yang berjumpa Najib tu bukan semuanya masuk UMNO. Posted: 26 Jun 2010 08:43 PM PDT Apa nak jadi dengan puak-puak UMNO ni.. bohong tak habis-habis!! KANGAR, 27 Jun: Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian.Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim. Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan. "Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan. "Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi. Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis. |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan