| KHAIRY MENGATUR STRATEGI... Posted: 28 Jun 2010 07:42 PM PDT Sesekali mengjengah ke dalam rumah umNO yang tebal dengan pelindung tu seronok juge. Rupenye rumah yang kebal tu berselerak di dalam. Ianya kebal dengan dinding media dan kuasa yang ade. Masuk dalam rumah BN dah nampak beselerak, jengah kepala dalam pintu rumah umNO tentu kita nampak kelam kabutnya... jangan tengok dari luar je...
Paling jela sbile kita tengok tiang seri umNo yang jadi wira dulu, Pemuda umNO.Pemuda yang menjadi sayap paling gah umNO nampak semakin rapuh. Dulu kumpulan inilah yang melahirkan pemuda tahan lasak yang menggasak kubu lawan. Bukan setakat jadi tukang gasak.. tukang pukul pun banyak lahir dari sayap itu.
Pemuda juge sering dilihat menjadi teras mencetus kebangkitan semula umNO yang kebanyakan pemimpinnya berada di puncak termasuk Najib yang pernah menjadi ketua pemuda dan sepupunya Hishamudin yang menumpang tuah Najib dan bapanya. Walaupun kepimpinan keduanya tidaklah menyerlah berbanding Singa umNO Hamid Albar dan era Anuar Ibrahim, Namun keduanya menjadi menteri. Hishamudin yang boleh dikatakan tak tau ape pun jadi menteri Pelajaran, antara menteri kanan mendaki puncak kuasa ketika menjadi ketua pemuda. Namun Khairy Jamaludin langsung tak dapat ape walaupun setelah rombakan.
Apakah Khairy tak rasa terhina dengan apa yang dibuat Najib. Apakah Khairy berperangai seperti Najib yang menjadi pengikut setia mendaki kuasa. Rasenye tidak!!! Apakah tindakan Khairy menyertai latihan ketenteraan sebagai satu sikap rajuk atau ade strategi tersendiri?? Sebagai ketua pemuda Khairuy ada pengikutnya sendiri walaupun pengikut itu adalah setia kosmetik kerana wang yang Khairy miliki.
Khairy adalah lulusan Oxford yang dikatakan bukan calang calang orang. Khairy juga adalah penasihat yang dituduh Mahathir pencatur dari tingkat empat dalam era Abdullah. Kini Khairy hilang segalanya melainkan ketua pemuda yang nampaknya tersendiri membawa diri. Ketika Najib gah dengan satu Malaysia nampaknya pemuda pimpinan Khairy seakan tak peduli dengan iman satu Malaysia Najib. Ketika Khairy dibelasah Ibrahim Ali , kepimpinan pemuda macam tak tahu apa terjadi kepada pemimpin utama pemuda itu. itu ukuran keretakan yang menanti kehancuran
Harus diingat, peristiwa pemecatan DSAI adalah sinambungan gelodak dalaman yang tak tertahan di cetuskan pemuda yang menjadi gelanggang Anuar. Zahid Hamidi yang memimpin pemuda ketika itu adalah orang bertanggungjawab ,mencetuskan gelombang penentangan melalui isu Kronisme. Walaupun Zahid tidak bertahan dengan gelombang bawaannya...hasilnya masih menganggu umNO hingga kini.
Khairy khabarnya tidak akan diam. Beliau dikhabarkan sedang buat roadshow di seluruh negara mungkin mengumpul kekuatan. Khabarnya di Ipoh pertemuan Khairy dibuat di Syuen Hotel... hebat.. apa isi pertemuan... biarkan ia menjadi pengetahuan terhad dan pemahaman tertentu dikalangan yang tahu... tujuannya tetap tersimpan dihati Khairy dan rahsia bersama rakannya mencatur gerakan.
Cita cita Khairy yang dikatakan mahu mencipta sejarah menjadi Perdana Menteri termuda belum padam...walaupun jalan itu sukar dengan percaturan Mahathir yang tentunya tak habis dendam dengan Pak Lah kerana jambatan kedua yang putus... Khairy masih ada platform ampuh sebagai ketua pemuda yang membolehkannya bergerak dan bertindak bebas. Wang??Khairy telah menghimpunnya semasa era pak Mertuanya...
Langkah Khairy kini sedang diatur membuka ruang ke Putrajaya... itupun kalau BN masih berkuasa..Khairy tentunya tak peduli semua itu... Yang pasti..Najib yang dibayangi Mahathir adalah penghalang nombor satu Khairy.... |
| ULAMA MANGKOR!!!! Posted: 28 Jun 2010 04:49 PM PDT Ullama muda yang masuk dalam umNO dah mula bersuara . Beliau menyanggah penjelasan seorang Ulama muda yang turut berada di dalam majlis tersebut yang mendakwa diperdaya. Hosni Mubarak Abd Hamid dalam penjelasannya mendakwa beliau bersama beberapa orang lagi telah dieprdaya berada di majlis tersebut.Fathul Bari yang menjadi pemimpin ulama muda yang masuk umNO tu kata Hosni tidak termasuk dalam senarai mereka. ""Beliau (Hosni) tiada dalam senarai kami," katanya mengulas laporan Harakahdaily hari ini yang memetik Hosni sebagai berkata beliau dan rakan-rakannya dijemput hadir untuk bertemu Najib dan bukannya hendak menyertai Umno.
Nampaknya kalangan ulama muda inidah mula bersuara. Namun sebagai seorang yang dikategorikan ulama muda beliau telah memperlihatkan kepincangan ketika berhujjan sebagai seorang ulama. Sepatutnya Fathul Bari merujuk apa yang dimaksudkan oleh Hosni. Hosni mendakwa beliau terpedaya dan tidak pula mendakwa bahawa beliau termasuk dalam senarai 40 geng ulama tu... Nampaknya Fathul Bari bertindak sebagai penganjur majlis tersebut. Biarlah SHahidan Kasim yang membuat kenyataan kerana dia yang dituduh. Kenapa pula budak Fathul ni yang sibuk nak bersihkan Shahidan.???
Aku tak jumpa pun Hosni kata Fathul memperdayakan beliau. Dia kata media mendakwa inilah 40 ulama muda"Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu. "Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja," jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu. "Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu," tegasnya.
Macam mana fathul ni marah sangat??? Ni la yang dikatakan lebih sudu dari kuah... kalau dah masuk macam tu nampak sangat nak mengampu.... cuba perhatikan jawapan budak fathul ni...
"Kami tidak tahu siapa jemput," jelas anak bekas mufti Perlis itu. Kalau dah tak tahu jangan la kata kawan tu tipu.....tak di undang...Hosni tak kata hang undang... Katanya, penafian pihaknya hari ini "bukanlah soal masuk Umno atau tidak" tetapi sebagai ulama, Hosni tidak harus membuat kenyataan sebegitu. Habis tu nak buat kenyataan macam nana??? macam hang buat tu ke sesuai sebagai ulama??? bodoh keng!!! kalau dah bukan soal masuk umNO atau tidak soal apa lagi...majlis tu majlis masuk umNO... ni la kalau orang cerdik mengampu orang jahat... nampak sangat bodohnya.... Jangan itu termasuk cara Allah menghina orang agama yang khianat! Cukup le cerita seorang Al Hapus yang tendang tong undi tengah orang ramai kerana marah.... "Kami juga mahu nama Shahidan dibersihkan (daripada tuduhan itu)," kata anak kepada Mat Jaya Hussin yang berkhidmat sebagai mufti dalam era kepimpinan Shahidan di Perlis. Mempersoalkan tindakan Hosni itu, Fahtul berkata: "Kalau ditipu, kenapa tidak balik terus? Kami tengok selepas program masuk dok makan." Biarle Shahidan bersihkan sendiri.... Benda ni tak de kaitan dengan hang...tau le hang nak jilat Shahidan tu...... awat dia tak boleh cakap ke??? Lagi satu ade ke patut isu makan pulak jadi hujjah... takkan ulama tak tahu adab kut.... Depa nak jumpa Najib... kena tunggu le...cakap macam budak tadika....Ditanya tentang dakwaan yang dilaporkan dalam akhbar sama bahawa seorang lagi ulama Wahab Abdullah yang mendakwa turut 'diperangkap', Fahtul bagaimanapun tidak tahu tentang status perkara itu. "Yang ini saya kena semak dahulu," kata Fathul, ulama lulusan pengajian hadis daripada Jordan dan Madinah. Macam ni baru betul.... semak dulu... yang Hosni hang dah semak ke??? dah tanya Hosni sendiri??? hang ulama sama ulama pun tak boleh nak handle bende macam ni ke???? takkan tanya Shahidan je hang terus serang Hosni??? macam ni ke Ulama muda??? memang ulama tak cukup masak... macam duriann tak masak...orang Perak kata Mangkor!!!! kalau Ulama... Ulama Mangkor kut???? Mahap le tulisan aku agak kasar.. aku tak kisah kalau Shahidan yang buat macam tu... tapi hang atas status ulama.... ini menjatuhkan nilai ulama kalau bersikap begini.... Orang jadi tak hormat dengan cara ulama.... nak tunjuk setia pun... bagi le masa.... Takkan baru Najib dan Hisham bagi amaran kena ikut cara dan perjuangan umNO dah gabra.... melampau sangat cara ampunya tu... tunjuk le cara berpendidikan yang bertaraf ulama.... Aku cuma bimbang bila baca kisah Bal'am.... bimbang bile baca kisah ahli kitab Yahudi... bimbang tengok Nasib Firdaus... Mashitah....Jamil Khir, Nakhaie.... dan ramai lagi....
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan