Isnin, 28 Jun 2010

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


ULAMA DITIPU DAN MENIPU....

Posted: 27 Jun 2010 08:08 PM PDT

Apa punya turrrr la umNo ni... Takkanlah terdesak sampai nak tipu semua orang... Tak cukup umNO tipu rakyat kampung yang jujur dan baik sangka dengan perjuangan melayu umNO, kini kalangan ilmuan agama pun umNo nak tipu . umNO tipu ilmuan agama untuk menipu rakyat khasnya orang melayu yang umNO rase senangn benor nak tipu..

Aku pun terkejut juga bila ada 40 orang ulama Muda dikatakan masuk umNO. Walaupun sasaran itu jauh dari angka 100 tetapi 40 orang tu dah kire cukup kuat kerana dah boleh kire cukup jamaah untuk solat Jumaat jika perkiraan sah solat jumaat ialah 40 orang ulama, bukannya mastautin...

Tetapi rupenye ramai juge ulama mude yang kene tipu.... depa bukannya nak masuk umNo... tetapi terpedaya.... Mungkin umNo nak tutup malu bile 100 yang diwarwarkan tercicir, maka paling kurang umNO mahu satu angka yang sangat meyakinkan dan berkat pada orang melayu... Maklumle... kalau selamat dia kata simpang 44 malaikat, sah solat jumaat 40 orang... berpantang lepas bersalin paling kurang 40 hari...

Tapi yang masih aku musykil ialah apakah penipuan itu diketahui sama oleh ulama muda yang dikatakan masuk umNO.Jika mereka tahu akan berlaku penipuan, beerti mereka ulama penipu... belum berjuang dalam umNo dah menipu...kalau dah berjuang tentu lagi power menipunye.... Sah tak layak jadi ulama... mungkin jadi ulam mamak je laaa...

Moral utama cerita ni.... umNo ni kalau tak menipu tak sah! dulu habis ditipu orang kampung, Dalam pilihanraya semua pengundi dia tipu... Lelsen judi kata tak lulus lagi, tiba tiba tarik balik... kalau tak keluar macam mana nak tarik balik?? terkini ulama muda pun dia tipu... kesian...

Apakah penipu sebegini kite nak harap lagi???? baca sini

ALUN YANG TAK MAMPU PERUBAH PANTAI

Posted: 27 Jun 2010 06:01 PM PDT

Sehari dua ni riak politik negara seakan tak beralun melainkan dengan sedikit riak yang mungkin masih boleh menarik peminat pantai untuk melihat apakah alun itu mampu mengubah pantai. Sememangnya dalam politik Malaysia, apa sahaja yang beralun akan mengubah pantainya. Apatah lagi ada peminat pantai yang dah siap menggali ruang untuk menangkap alun ombak bile sampai di pantai.

Isu kemasukan 100 ulama yang tercicir 60 sedikit menarik namun ianya tak de beza dengan isu lain yang hanya hangat di awal namun bedai di pantai terlalu lemah dan tak bermaya. Isu judi yang mampu menggegarkan pantai yang mungkin menjadi tsunami politik sekali lagi buat umNO khususnya dikalangan melayu berjaya dipecahkan dengan pemecah ombak sebelum sampai di pantai.

Isu kecil lain seperti JI dan Wahabi hanya dapat membasahkan buku lali saje. Tak kemana. Isu pergolakan dalaman PKR nampaknya belum mampu sampai ke pantai walaupun alunnya cuba disatukan menjadi ombak besar...

Isu kepentingan rakyat nampaknya sedang dicanai. Dalam keghairahan mencanai isu, jangan sekali rakyat di kaburi dengan hiasan palsu untuk mencantikkan isu hingga rakyat hilang kepercayaan. Dari isu yang betul dan berfakta akhirnya ianya dianggap palsu lantaran keghairahan untuk memperlihatkan kejahatan. ....

Nampaknya masing masing sedang mengatur rentak... kita nantikan sehari dua jika ada alunan yang mampu disatukan menjadi ombak yang mampu merubah pantai....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.