Anak Cucu Nabi Adam |
- Azmin Pimpin Parti Khalid Terajui Kerajaan Negeri
- Cerita sudah diputarbelitkan oleh UMNO
- Pakatan lantik penasihat undang-undang sendiri
- Gabungan gurubesar sokong UPSR dihapus
- Kerajaan terus beli beras pada harga tinggi
- Bekalan gula ditambah
- Saya tak janji ketepikan tindakan afirmatif
- Status permit Suara Keadilan esok
- KERAjaan setuju bayar RM700 juta
- Kenyataan nisbah 1:40 berbaur perkauman
- Tian Chua failkan rayuan hari ini
- PBB tubuh unit siber tangkis blog pembangkang
- KERAjaan nafi jual tanah KTMB di Singapura
- Mahkamah arah KERAjaan dedah perjanjian konsesi air
- peluru berpandu Scorpene 20% lebih mahal
- 'Hosni ulama tak diundang Umno'
- BERJAYA lepaskan Ascot
| Azmin Pimpin Parti Khalid Terajui Kerajaan Negeri Posted: 29 Jun 2010 01:54 AM PDT Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang baru, Mohamed Azmin Ali berkata, keutamaan yang akan diberikannya sekarang ialah untuk memperkukuhkan jentera parti itu dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Sehubungan dengan itu, Azmin berkata, beliau akan memanggil satu mesyuarat dengan kesemua 22 ketua cabang PKR negeri untuk membincangkan barisan kepimpinan di peringkat negeri yang baru. Katanya lagi, sekarang, dengan pembahagian bidang tugas dan tanggungjawab yang lebih jelas, beliau akan memberi fokus kepada jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Kelmarin, kepimpinan PKR pusat merombak pentadbiran parti itu di Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan melantik Azmin mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengerusi PKR Selangor manakala Zaid Ibrahim mengantikan tempat Azmin sebagai pengerusi Wilayah Persekutuan. Perubahan itu menguatkan lagi spekulasi yang mengatakan memang wujudnya masalah di Selangor apabila media massa melaporkan sekumpulan 15 Ahli Parlimen PKR merancang untuk memberikan tekanan kepada pucuk pimpinan agar menyingkirkan Abdul Khalid sebagai menteri besar. Bagaimanapun kepimpinan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin dan Abdul Khalid sendiri menafikan sebarang usaha ke arah tersebut. Azmin yang ditanya sekali lagi mengenai hubungannya dengan Abdul Khalid hari ini menegaskan, adalah penting untuk mereka berdua sama-sama membantu dan memperkukuhkan negeri tersebut. Beliau juga menjelaskan bahawa hubungannya dengan Khalid adalah harmoni dan beliau sentiasa bekerjasama dengannya dalam menangani apa jua isu di negeri tiu. Malah katanya, Abdul Khalid patut diberi peluang untuk terus menerajui Selangor sebagai menteri besar. "Selangor patut menjadi peneraju dan contoh kepada yang lain dalam hal tadbir urus yang baik sebelum kita bercita-cita untuk menduduki Putrajaya,'' katanya. Sementara itu, Anwar yang juga Ketua umum PKR ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata, jikalah benar ada permintaan untuk menukar menteri besar, sudah tentu ia telah dibangkitkan kepadanya. Masalahnya kata Anwar, tidak ada pihak yang membuat permintaan tersebut dan beliau percaya masih mempunyai pengaruh untuk menentukan siapakah yang patut memimpin Kerajaan Negeri Selangor. |
| Cerita sudah diputarbelitkan oleh UMNO Posted: 29 Jun 2010 01:52 AM PDT "Azmin Ali punya cita-cita politik yang besar, dia mahu jadi Menteri Besar Selangor sebelum pilihan raya umum ke-13," kata pensyarah Pusat Pengajian Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Tan Sri Abdul Khalid melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri berkuat-kuasa serta merta bermula semalam. Jawatan berkenaan kini diambil alih oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali. Ahmad Atory berkata, perkembangan terbaru itu jelas menunjukkan PKR sedang mengalami konflik dalaman yang serius. "Tindakan Abdul Khalid itu menunjukkan PKR dilanda perebutan kuasa yang serius. Ini juga petanda awal beliau akan kehilangan pengaruh politik di Selangor," katanya kepadamStar Online ketika dihubungi di sini semalam. Penganalisis politik itu berkata, apabila seorang Menteri Besar sudah tidak mempunyai pengaruh politik maka akan wujud konflik antara kuasa eksekutif dan pimpinan politik di peringkat negeri. "Ini jelas menunjukkan ada usaha menjatuhkan Khalid secara jelas walaupun mereka (PKR) menafikannya. "Azmin ada political mileage di sini kerana dia mendapat sokongan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Oleh kerana Azmin orang kepercayaan Anwar maka lebih mudah dia mengggunakan peluang itu untuk mencapai apa yang dia mahukan," katanya. Menurut beliau secara tradisinya, Menteri Besar akan memegang jawatan Pengerusi PKR negeri bagi memantapkan pengaruh politiknya. "Harus diingat jawatan Menteri Besar adalah jawatan politik kerana sebagai ketua beliau juga perlu mempunyai pengaruh politik untuk mentadbir sesebuah negeri dengan baik. "Jika dia kehilangan pengaruh politik maka dengan mudah Anwar akan meminta dia (Khalid) utnuk meletakkan jawatan ketika itu," ujarnya. Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata krisis yang berlaku di negeri itu sudah sampai ke kemuncak apabila jawatan Pengerusi MPN diambil alih oleh Azmin. "Ramai pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat tak bersetuju dengan tindakan Abdul Khalid memisahkan kuasa eksekutif dan legislatif, sebab itu konflik ini wujud, "Sebagai kerajaan negeri yang memerintah Khalid mahu menjaga kebajikan rakyat, tapi pemimpin PKR, DAP dan PAS tidak mahu keadaan sebegitu, itu punca Azmin dipilih untuk ambil alih jawatan Pengerusi MPN di Selangor" katanya. Beliau berkata, sebagai ketua, menteri besar itu bijak mentadbir negeri, namun tindak tanduk beliau itu tidak disenangi oleh beberapa pemimpin PKR termasuk Azmin. Pada masa yang sama, Shamsul Amri berkata, personaliti Azmin sebagai orang kanan Anwar merupakan faktor utama dia dipilih. "Azmin ada historical connection dengan Anwar sebelum PKR ditubuhkan lagi. Dia (Azmin) ibarat tiang seri dalam parti. "Ahli Parlimen Gombak itu punya pengaruh politik yang lebih mantap daripada Abdul Khalid. Jadi bila dia tidak puas hati dengan gaya pemerintahan Menteri Besar maka dia menggunakan Anwar untuk menyingkirkan Abdul Khalid sebagai Pengerusi PKR negeri," katanya. Beliau juga tidak menolak kemungkinan Abdul Khalid akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dalam tempoh terdekat ini. "Tidak mustahil untuk Abdul Khalid letak jawatan dengan tekanan yang diberikan kepada dia sekarang ini," katanya. Sebelum ini timbulnya desas-desus yang mengatakan wujudnya gerakan bantahan diperingkat cabang dan ranting di Selangor yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Abdul Khalid sebagai Pengerusi MPN. Bagaimanapun, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail keputusan berkenaan dibuat atas permintaan Abdul Khalid sendiri yang akan memberi tumpuan kepada pentadbiran Selangor, pembangunan di Kampung Baru dan kawasan bersempadan dengan Selangor |
| Pakatan lantik penasihat undang-undang sendiri Posted: 29 Jun 2010 01:47 AM PDT Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan melantik penasihat undang-undang mereka sendiri dan memberhentikan amalan sekarang yang mana jawatan berkenaan diisi oleh perwakilan daripada Pejabat Peguam Negara.Pada sidang media oleh pemimpin Pakatan di parlimen, hari ini, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan itu perlu berikutan 'kecuaian' oleh penasihat undang-undang yang dilantik oleh kerajaan persekutuan. Penasihat undang-undang di negeri-negeri Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008 seringkali bertindak dan membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan negeri. Paling ketara, ia berlaku di Perak sebelum kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan. Di Selangor pula, penasihat undang-undang negeri didakwa melenggahkan hasrat kerajaan negeri menjadikan dokumen konsei perjanjian air sebagai dokumen awam. ~MK~ |
| Gabungan gurubesar sokong UPSR dihapus Posted: 29 Jun 2010 01:46 AM PDT Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dihapuskan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zakarshi.Beliau berkata GMGBM berpendapat ada baiknya peperiksaan awam diadakan sekali sahaja kerana dari segi nilai hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang boleh diguna untuk mendapatkan pekerjaan dan memohon kemasukan ke universiti. "Kalau UPSR dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) ini sijilnya tiada nilai selepas daripada itu. Sebab itu GMGBM setuju UPSR diganti dengan penilaian sekolah atau 'school based assessment'," katanya pada sidang media selepas menyampaikan diploma dan sijil pada konvokesyen Kolej Teknologi Yayasan Pendidikan Cheras YPC-ITWEB kali ke-6 di Kuala Lumpur hari ini. Puad berkata kerajaan akan memperluaskan Sijil Kemahiran Malaysia iaitu tidak terhad untuk pelajar lepasan SPM sahaja, sebaliknya ia akan diberi kepada mereka yang telah bekerja berdasarkan pengalaman mereka bekerja tanpa perlu mengikuti pengajian. "Mereka yang sudah bekerja, katalah dia bekerja di bengkel membaiki kereta dan motor...jadi pengalaman dia selama lima tahun boleh dinilai sama ada dia layak diberikan Sijil Kemahiran Malaysia walaupun dia tidak mengikuti kursus macam pelajar biasa yang masuk kuliah dan sebagainya," katanya. Beliau berkata pemberian sijil ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia. Pada konvokesyen itu, 161 graduan menerima diploma perniagaan dan teknologi maklumat dan 46 graduan menerima sijil kursus asasi perniagaan dan teknologi maklumat. ~Bernama~ |
| Kerajaan terus beli beras pada harga tinggi Posted: 29 Jun 2010 01:44 AM PDT Kerajaan akan tetap membeli padi daripada petani dengan harga minimum RM750 setan metrik walaupun harga beras dunia kini berada di bawah paras minimum, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.Beliau berkata langkah kerajaan itu akan memastikan kebajikan dan pendapatan golongan petani dapat terus dilindungi walaupun harga padi dunia berada pada paras yang merugikan mereka. Justeru, pihak kerajaan menerusi Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) diarahkan untuk terus membeli beras daripada petani dengan harga tersebut, kata Noh kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Padi Kebangsaaan 2010 di Lumut hari ini. Katanya dengan harga belian berkenaan kerajaan telah mengeluarkan subisidi kira-kira RM284 bagi setiap petani yang mengusahakan tanaman makanan ruji itu. Di Teluk Intan, pada majlis dialog dengan petani kawasan Sungai Manik, Noh berkata kementeriannya sedang merancang mewujudkan beberapa Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) dalam usaha untuk menaik taraf sosio-ekonomi petani. Mengenai rayuan petani di Sungai Manik yang mahu IADA Kerian-Sungai Manik dibahagi kepada dua kawasan berasingan, beliau berkata kementerian tidak ada halangan untuk melaksanakannya. Projek itu yang telah diwujudkan sejak 1979 merupakan salah satu dari lapan jelapang padi yang terbesar di negara ini. Katanya, IADA Kerian-Sungai Manik terlalu luas kawasan operasinya dan memang wajar dipisahkan untuk pemantauan dan pengurusan yang lebih bersistematik. Beliau berkata sistem kejuruteraan telah pun dibuat secara berasingan antara jelapang padi Sungai Manik dan Kerian. "Dengan perpecahan projek IADA, kita akan menambah bilangan pegawai mengikut prosedur yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)," katanya. ~Bernama~ |
| Posted: 29 Jun 2010 01:43 AM PDT Kerajaan akan menambah 15 peratus lagi bekalan gula kepada pemborong dan peruncit di seluruh negara mulai Khamis ini sehingga September, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Beliau berkata, penambahan stok bekalan itu bagi menghadapi permintaan yang tinggi dan menampung keperluan di musim perayaan. "Kita anggar tambahan bekalan ini cukup untuk menampung keperluan khususnya menjelang bulan puasa ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini. Pada awal bulan ini, kementerian menambah bekalan gula sebanyak lima peratus bagi menampung keperluan semasa. Ismail Sabri berkata, bagi memastikan bekalan gula sentiasa mencukupi, kerajaan melantik persatuan berkaitan untuk membekal dan mengagihkan bekalan gula kepada anggotanya. "Misalnya kita benarkan Kesatuan Industri Kecil Sederhana (IKS) untuk mewujudkan syarikat pemborong gula, untuk diagihkan kepada ahlinya. Bagi kedai serbaguna 7Eleven pula, kita bekalkan secara terus kepada mereka," katanya. Ismail Sabri juga meminta pihak yang berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan gula di kawasan mereka supaya membuat laporan kepada kementerian itu supaya tindakan segera boleh diambil. Beliau berkata, kementerian juga menyediakan Bilik Gerakan Isu Gula yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi. "Jika ada masalah gula, laporkan kepada jabatan berdekatan supaya kita boleh ambil tindakan, bukannya berbincang sama sendiri atau pergi kepada media," katanya. Menjawab persoalan mengenai subsidi barang keperluan, Ismail Sabri berkata subsidi kerajaan bagi barang keperluan seperti gula bagi tempoh Januari hingga bulan lalu adalah sebanyak RM408 juta. "Bagi tepung gandum pula sebanyak RM39 juta dalam tempoh masa yang sama manakala subsidi untuk produk petroleum mencecah RM3.69 bilion bagi tempoh Januari hingga April 2010. "Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kerajaan amat prihatin terhadap kesusahan yang bakal dihadapi rakyat sekiranya tiada bantuan subsidi diperuntukkan untuk barang-barang berkenaan," katanya. ~Bernama~ |
| Saya tak janji ketepikan tindakan afirmatif Posted: 29 Jun 2010 01:42 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak berjanji untuk mengetepikan tindakan afirmatif berhubung langkah membantu orang Melayu dan Bumiputera bila beliau memperkenalkan Model Ekonomi Baru (MEB) untuk Malaysia."Saya tidak berjanji mengetepikannya. Saya menjanjikan satu pendekatan baru," kata beliau dalam temubual eksklusif dengan Channel News Asia (CNA) yang berpangkalan di Singapura dan disiarkan di republik itu malam semalam. Najib berkata idea keseluruhan MEB adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat adil dan saksama, dan model ekonomi ini secara praktikalnya telah diterima oleh semua rakyat Malaysia. Soalnya sekarang ialah bagaimana hendak membawa rakyat Malaysia ke matlamat itu dan bagaimana mereka hendak mencapainya, katanya kepada ketua biro CNA bagi Malaysia, Melissa Goh yang mengendalikan temubual itu di Kuala Lumpur. Perdana Menteri berkata, "Kami mahu sampai ke sana tetapi perlu menerusi laluan lain". Mesra pasaran Oleh itu, kata Najib tindakan affirmatif di bawah MEB akan lebih berasaskan kepada mesra pasaran, lebih berasaskan merit, lebih telus dan berdasarkan keperluan. Beliau berkata terdapat kekayaan yang mencukupi, ruang dan kebebasan yang luas di negaranya bagi rakyat Malaysia menikmati manfaat dari dasar-dasar kerajaan. Ditanya bila kerajaan berkemungkinan berhenti memberi subsidi, Najib berkata kerajaan perlu memperhalusinya terlebih dulu sebelum ia dapat memansuhkannya secara beransur. "Saya gunakan perkataan 'beransur' kerana kita memerlukan penerimaan rakyat kerana subsidi adalah isu cukup sensitif," kata beliau, dan menambah bahawa kerajaan perlu meyakinkan masyarakat Malaysia bahawa ini adalah baik untuk mereka pada jangka panjang. "Cuma masalahnya ialah mereka terlalu melihat kepada faedah jangka pendek, mereka tidak melihat kepada faedah jangkah panjang," kata Najib. Perdana Menteri berkata isu subsidi banyak bergantung pada penerimaan rakyat, dan juga kerajaan perlu mengadakan sesuatu jaringan keselamatan sosial bagi mereka yang miskin atau kumpulan yang lemah. Kejayaan besar "Jadi kami sedang merancangkannya tetapi saya tidak berjanji menghapuskan subsidi serta merta," ujar Najib. Mengenai hubungan bilateral yang begitu mesra dengan Singapura baru-baru ini dan penyelesaian isu tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang sudah lama berlarutan di Singapura, Najib berkata penyelesaian tanah KTM adalah satu kejayaan besar oleh kerana ia pernah dikatakan oleh sesetengah orang sebagai "duri dalam hubungan kita, yang terbiar tanpa penyelesaian selama hampir 20 tahun". "Saya memutuskan kita perlu menumpukan fikiran kepadanya dan menyelesaikan satu isu bilateral besar yang berlarutan kerana ia akan memberikan kita tapak yang kukuh," kata Najib, dan menambah ini adalah isyarat kepada rakyat Malaysia dan juga Singapura bahawa mereka mahu bergerak ke depan, serta memperkukuh hubungan yang sedia wujud. Perdana Menteri berkata, "Kita tidak harus emosional, kita tidak perlu terus menggalas beban tetapi bergerak ke depan, dan dengan rasa yakin, kita dapat mengambil manfaat dari semangat baru ini dari segi hubungan dua hala". ~Bernama~ |
| Status permit Suara Keadilan esok Posted: 29 Jun 2010 01:41 AM PDT Kementerian Dalam Negeri akan bermesyuarat esok untuk menentukan status pembaharuan permit penerbitan akhbar Suara Keadilan, kata ketua pengarang akhbar itu Dzulkarnain Taib. Sehubungan itu, beliau juga perlu menjawab kesemua tiga surat tunjuk sebab yang telah dikemukakan oleh kementerian itu sebelum ini. "Surat itu mungkin dialamatkan kepada ibu pejabat parti, saya perlu cari surat itu terlebih dahulu dalam fail," katanya ketika dihubungi hari ini. Tambahnya, beliau tidak pernah melihat surat berkenaan, yang mungkin dialamatkan ke ibu pejabat PKR. Dzulkarnain berkata, akhbar itu juga diberikan tempoh selama tujuh hari untuk satu lagi surat tunjuk sebab yang dikemukakan dalam pertemuan beliau dengan KDN semalam. Menurutnya, ia menuntut penjelasan berhubung satu laporan dalam edisi terbaru akhbar tersebut, yang mendakwa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutun (Felda) telah muflis. "Ketua setiausaha kementerian lebih suka jika kami jawab sebelum 30 Jun, sebab esok mereka akan bermesyuarat tentang permit Suara Keadilan," katanya. Menurutnya, surat tunjuk sebab terbaru itu dikemukakan kerana KDN "bengang" dengan tindakannya tidak menghadiri satu pertemuan yang diatur Jumaat lalu. "Majlis minum petang itu sepatutnya menjadi tindakan peringkat pertama ke atas (Suara Keadilan). "Mereka hendak berbincang secara lemah lembut dalam majlis itu. Tapi disebabkan saya tidak hadir pada hari Jumaat, mereka terus ambil tindakan peringkat ketujuh iaitu dengan memberi surat tunjuk sebab," katanya. Dzulkarnain mendakwa, KDN juga bertindak demikian kerana spekulasi berhubung kes yang dihadapi Suara Keadilan itu telahpun dilaporkan dalam media. Sementara itu menurut Bernama, dua surat tunjuk sebab pada Januari dan April itu, masing-masing melibatkan kegagalan syarikat akhbar berkenaan menghantar lapan salinan akhbar itu pada setiap keluaran kepada kementerian. Satu lagi surat pada Februari adalah berkaitan tiga laporan akhbar tersebut, bertajuk "Umno dan BN Ketagih Hasil Petronas", "BN Bolot Jualan Saham Pernas" serta "Umno dan BN Merosakkan Institusi Perubatan." Pertemuan selama dua jam itu dihadiri ketua setiausaha KDN Datuk Seri Mahmood Adam, timbalannya Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz serta Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Datuk Zaitun Ab Samad. "Mereka hanya benarkan saya seorang dalam pertemuan itu," katanya sambil menambah dua peguam yang datang bersamanya, tidak dibenarkan masuk. ~MK~ |
| KERAjaan setuju bayar RM700 juta Posted: 29 Jun 2010 01:40 AM PDT Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Rahim Bakri (bawah) hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan membuat bayaran kepada pemegang bon Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)."Kita mempunyai komitmen dengan pemegang bon, justeru kita akan menunaikan tanggungjawab itu," katanya di Dewan Rakyat hari ini pada sesi penggulungan berhubung kementeriannya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Beliau menjawab soalam Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor) yang ingin tahu sama ada Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) akan membuat sebarang bayaran kepada kontraktor utama PKFZ - Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), memandangkan terdapat pertikaian perundangan di antara kedua-dua mereka. PKA dijadualkan membayar RM723 juta kepada pemegang bonnya esok meskipun ia telah mengheret KDSB ke mahkamah atas dakwaan mengenakan bayaran yang lebih. Lembaga Hasil Dalam Negeri, kata Lim juga meminta PKA membayar RM328 juta sebagai bayaran cukai tertunggak yang dihutang oleh KDSB. Berdepan senario seumpama itu, Lim mencadangkan kerajaan sepatutnya mempertimbangkan penubuhan akaun pihak ketiga sehingga semua perbalahan diselesaikan. Sekiranya PKA memutuskan membayar kedua-dua pihak, mereka terpaksa mengeluarkan lebih RM1 bilion. Sementara itu, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berkata PKA sepatutnya tidak membuat sebarang bayaran kepada pemegang bon kerana KDSB sepatutnya mencari dana berkenaan untuk membiayai projek PKFZ melalui pengeluaran bon bernilai RM4.6 bilion. "Tanggungjawab PKA bukan terhadap pemegang bon KDSB'," hujah Pua. Pada sidang akhbarnya sebelum itu, Pua berkata kerajaan sepatutnya menangguhkan bayaran kepada KDSB sehingga mahkamah membuat keputusan. "PKA boleh menangguhkan bayaran kepada pemegang bon KDSB atas alasan KDSB gagal menyiapkan kerjanya. PKA juga boleh menolak bayaran kepada LHDN atas alasan yang sama. Jadi jika PKA berkata 'Saya tidak berhutang kepada KDSB', maka ia tidak perlu membayar cukai kepada LHDN," jelasnya. ~MK~ |
| Kenyataan nisbah 1:40 berbaur perkauman Posted: 29 Jun 2010 01:38 AM PDT DAP hari ini menafikan kajian biro keahlian dan daftar pemilih pemuda UMNO bahawa pendaftaran pengundi baru adalah dalam nisbah satu Melayu dan 40 bukan Melayu. Sebaliknya, menurut Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke di lobi parlimen, hari ini, DAP menganggapnya satu kenyataan bebaur perkauman."Ini adalah kenyataan palsu dan berbaur perkauman. Ia digunakan untuk menakutkan Melayu supaya merka percaya yang mereka akan kehilangan pegangan politik," kata Loke. Katanya, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, kebanyakan pengundi baru adalah dari Umno dan 70 peratus daripada mereka adalah bumiputera manakala selebihnya bukan bumiputera. "Jadi mustahil terdapat lebih ramai pengundi baru bukan Melayu," katanya. Semalam pengerusi biro keahlian dan daftar pemuda Umno, Hishamudin Yahya yang mendedahkan nisbah itu berkata senario berkenaan seharusnya menyedarkan orang Melayu yang kuasa politik mereka boleh terhapus jika enggan terus mendaftar sebagai pengundi atau mengundi pada pilihan raya akan datang. Ahli parlimen Rasah itu berkata beliau berpendapat pemuda Umno kini lebih terbuka dan ketuanya, Khairy Jamaluddin mempamerkan dirinya sebagai pemimpin yang progresif. "Saya dengan ini mencabar Pemuda Umno untuk membuktikan keterbukaannya dengan menyokong pendaftaran pengundi baru secara automatik. Saya juga bersedia menandatangai memorandum kerjasama bagi membuktikan kotmitmen," katanya. Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar juga tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan dan mendakwa ia tidak tepat serta berbaur perkauman. "Kenyataan itu bertujuan menakutkan oeang Melayu supaya terus menyokong Umno. Saya berharap kerajaan akan memantau laporan itu kerana ia boleh menimbulkan kebencian kaum," katanya. ~MK~ |
| Tian Chua failkan rayuan hari ini Posted: 29 Jun 2010 01:35 AM PDT Ahli parlimen Batu, Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua akan mengemukakan permohonan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Rayuan di Putrajaya petang ini. Perkara itu disahkan oleh seorang daripada peguamnya, Ranjit Singh ketika dihubungi. Beliau mempunyai sehingga 1 Julai untuk membuat permohonan itu.Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Jun lalu yang mengekalkan keputusan bersalah Tian Chua yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret kerana menghalang tugas polis dengan mengiggitnya tetapi mengurangkan dendanya kepada RM2,000. Keputusan hakim, Datuk Ghazali Cha yang mengurangkan denda daripada RM3,000 dan enam bulan penjara kepada RM2,000 atau dua bulan penjara menimbulkan kontroversi sama ada ahli parlimen Batu itu telah hilang kelayakannya. Tian Chua didapati bersalah kerana mengiggit seorang konstabel polis ketika ditahan di sebuah protes di bangunan parlimen, tiga tahun lalu. Persoalan masih belum terjawab sama ada denda RM2,000 itu menyebabkan pengarah strategik PKR itu hilang kerusinya kerana hakim Ghazali enggan mengkaji semula keputusannya. Kontroversi timbul berikutan tafsiran Artikel 48, Perlembagaan Persekutuan berhubung istilah denda tidak kurang RM2,000 dan penjara tidak kurang setahun. Peguam yang mewakili Tian Chua berhujah berdasarkan keputusan Mahkamah Agung pada 1993, tafsiran itu membawa maksud RM2001. Bagaimanapun peguam kanan Karpal Singh, bersama bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan dan bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Idid Syed Ahmad berpendapat tafsiran itu membawa maksud RM2,000. ~MK~ |
| PBB tubuh unit siber tangkis blog pembangkang Posted: 28 Jun 2010 09:08 AM PDT Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah mengambil inisiatif menubuhkan unit siber di bawah Biro Penerangan dan Teknologi Maklumat parti itu bagi menjelaskan isu berkaitan dasar kerajaan, kata Ketua Penerangannya Abdul Aziz Adenan. Beliau berkata unit itu dikenali Unit Media Baru, akan menangkis dakwaan pembangkang di samping memantau blog dan laman web dengan memberikan penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan yang menjejaskan rakyat. "Kami tidak akan melakukan serangan peribadi tetapi mahu memberikan gambaran lebih jelas mengenai dasar-dasar kerajaan untuk menangkis tuduhan pembangkang," katanya kepada Bernama. Katanya penubuhan unit itu tepat pada masanya, lebih-lebih lagi selepas permukiman Barisan Nasional (BN) di Taman Negara Mulu di Miri minggu lepas, di mana banyak isu dan masalah dikenal pasti dan dibincangkan sebelum pilihan raya negeri akan datang diadakan. Mengenai gesaan Presiden PBB dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib, beliau berkata unit itu menyelaraskan tugas utama biro dalam menyelenggara pangkalan data anggota dan menganjurkan latihan komputer untuk membantu menyebarkan fakta yang betul mengenai isu yang diputar-belitkan oleh pihak tertentu. Beliau berkata timbalan presiden parti Datuk Amar Abang Johari turut menggesa unit siber PBB memantau blog-blog yang antikerajaan. Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Sih Hua Tong berkata pergerakan itu akan terus menggalakkan anggotanya berinteraksi melalui siber termasuk melalui blog untuk "memberikan penjelasan apa yang sebenarnya berlaku". Dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Sibu baru-baru ini, SUPP telah menanggung akibat daripada langkah pakatan pembangkang yang menggunakan pendekatan agresif untuk memenangi pilihan raya kecil itu untuk DAP, termasuk memanfaatkan siber. Bagaimanapun, Sih berkata anggota telah diingatkan agar tidak memutar-belitkan maklumat untuk mendapatkan sokongan siber kerana cara terbaik ialah memberikan penjelasan yang betul mengenai dasar dan program kerajaan bagi membolehkan rakyat mengetahui cerita sebenar di pihak mereka. Sementara semakin ramai pelawat laman web yang kini tidak lagi mempamerkan sikap antikerajaan yang keterlaluan, beliau berkata anggota Pemuda BN yang mahir internet perlu mensasarkan golongan antikerajaan tegar yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi. ~Bernama~ |
| KERAjaan nafi jual tanah KTMB di Singapura Posted: 28 Jun 2010 09:07 AM PDT Dakwaan kononnya kerajaan Malaysia menjual tanah kereta api di Tanjung Pagar di Singapura kepada republik itu adalah tidak benar, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot berkata tanah KTM Berhad di Singapura itu dipajak oleh Kerajaan Negeri Selat kepada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk tujuan perkhidmatan rel pada 25 Okt 1918. "Tanah Singapore Railway yang dipajak adalah seluas 434.26 ekar (173.7 hektar). Daripada jumlah tersebut, 352.52 ekar (141 hektar) dipegang oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi tempoh 999 tahun manakala 81.74 ekar (32.7 hektar) adalah bagi tempoh pajakan selama-lamanya. "Sekiranya tidak lagi digunakan untuk tujuan perkhidmatan rel, tanah itu akan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Selat (Singapura) tanpa sebarang pampasan. Jadi dakwaan kerajaan jual tanah KTM di Tanjung Pagar itu tak benar kerana ia bukan hak kita," katanya menjawab soalan tambahan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) yang ingin tahu bagaimana Malaysia boleh kehilangan tanah tersebut walaupun negara mempunyai pelbagai pendekatan dalam menyelesaikan isu-isu tertunggak dengan negara-negara ASEAN. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengadakan lawatan kerja ke Singapura dalam tempoh tiga bulan lagi untuk muktamadkan keputusan pertukaran tanah itu. Sebelum ini, isu mengenai tanah itu telah dibincangkan ketika Najib melawat Singapura dari 22 hingga 24 Mei lepas dan semasa Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong datang ke Malaysia bulan lepas. ~Bernama~ |
| Mahkamah arah KERAjaan dedah perjanjian konsesi air Posted: 28 Jun 2010 09:06 AM PDT Kerajaan persekutuan mempunyai tujuh hari untuk mendedahkan kandungan laporan audit dan perjanjian konsesi air antara kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Ini ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dokumen tersebut - yang diklasifikasikan kerajaan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) - diumumkan kepada awam. Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Hadhariah Syed Ismail, yang memutuskan bahawa keengganan kerajaan mendedahkan laporan tersebut, tidak mempertimbangkan harapan anggota masyarakat yang terjejas dengan keputusan tersebut. Menurutnya, keputusan responden membenarkan penswastaan perkhidmatan air dan peningkatan kadar sewenang-wenangnya, dan pada masa yang sama menggunakan OSA, adalah tidak selari dengan tujuan akta tersebut. "Ia juga bertentangan dengan prinsip urus tadbir yang baik, akauntabiliti, ketelutsan dan kepentingan rakyat harus didahulukan," katanya dalam hatinya. Hadhariah memutuskan bahawa oleh kerana kerajaan telah gagal memenuhi prinsip-prinsip tersebut, maka mahkamah terpaksa memerintahkannya untuk berbuat demikian. Hadhariah membuat keputusan tersebut dalam kes semakan kehakiman yang dikemukakan oleh presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud dan 13 orang lagi, terhadap kementerian Tenaga, Air, dan Telekomunikasi, dan kerajaan Selangor dan kerajaan persekutuan. Menurut peguam para Plaintif, Ang Heng Leng, ini adalah keputusan penting yang membolehkan dokumen yang diklasifikasikan di bawah OSA, boleh dicabar demi kepentingan awam dan masyarakat mempunyai hak untuk melihat dokumen tersebut. ~MK~ |
| peluru berpandu Scorpene 20% lebih mahal Posted: 28 Jun 2010 09:05 AM PDT Tian Chua (PKR-Batu) hari ini mengemukakan usul tergempar untuk membincangkan pembelian senjata yang dipercayai terlalu mahal untuk dua kapal selam Scorpene Malaysia. Ini ekoran pendedahan kerajaan baru-baru ini bahawa perolehan peluru berpandu 40 Exocet SM-39 laut ke udara dan 30 torpedo Black Shark yang berjumlah 219 juta euro.Menurut usul Chua, Kementerian Pertahanan telah membayar 20 peratus lebih daripada harga pasaran, selepas membandingkan perolehan yang serupa oleh negara-negara lain. "Menurut rekod perolehan Pakistan, kos SM-39 ialah 3.07 juta euro setiap satu, manakala Portugis membeli Black Sharks pada harga 2 juta setiap satu," kata Chua. Berdasarkan angka-angka tersebut, maka jumlah kosnya ialah 182.8 juga euro - berbeza 20 peratus (36 juta euro) daripada apa yang telah dibayar oleh Malaysia. Tian juga memetik sebuah laporan oleh badan pemikir berpengaruh - Foreign Policy in Focus (FPIF), yang menyebut dalam laporan tahun 2005 bahawa banyak pembuat senjata pada umumnya digunakan rakyat Malaysia yang ada berhubung baik, sebagai pelobi mereka untuk mendapatkan kontrak. "Komisyen dibayar kepada wakil-wakil berkenaan, dianggarkan berkisar antara 10 hingga 20 peratus," kata Tian dalam usulnya yang memetik laporan FPIF. Dalam usulnya itu, Tian menggesa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kepada Dewan Rakyat sama ada orang tengah atau ahli politik terlibat dalam pembelian torpedo dan peluru berpandu itu. ~MK~ |
| 'Hosni ulama tak diundang Umno' Posted: 28 Jun 2010 09:04 AM PDT Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya - antara 40 ahli agama yang menyertai parti itu - menafikan terdapat antara mereka yang 'diperdaya' bagi menghadiri majlis serahan borang keahlian kepada Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.Menurut Fathul, pihak mereka, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai pengelola majlis itu tidak pernah mengundang Hosni Mubarak Abdul Hamid bagi tujuan itu. "Beliau (Hosni) tiada dalam senarai kami," katanya mengulas laporan Harakahdaily hari ini yang memetik Hosni sebagai berkata beliau dan rakan-rakannya dijemput hadir untuk bertemu Najib dan bukannya hendak menyertai Umno. Akhbar web PAS itu juga melaporkan Hosni, 27, mendakwa beliau dan tiga lagi ulama lepasan universiti di Jordan diminta beratur menyambut Najib sebelum gambar mereka diambil bertalu-talu oleh jurugambar. "Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja," Hosni dipetik sebagai berkata dalam sebuah ceramah. Fathul pula ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata pihaknya masih hairan dengan kehadiran Hosni dan rakan-rakannya. "Kami tidak tahu siapa jemput," jelas anak bekas mufti Perlis itu. Katanya, penafian pihaknya hari ini "bukanlah soal masuk Umno atau tidak" tetapi sebagai ulama, Hosni tidak harus membuat kenyataan sebegitu. "Kami juga mahu nama Shahidan dibersihkan (daripada tuduhan itu)," kata anak kepada Mat Jaya Hussin yang berkhidmat sebagai mufti dalam era kepimpinan Shahidan di Perlis. Mempersoalkan tindakan Hosni itu, Fahtul berkata: "Kalau ditipu, kenapa tidak balik terus? Kami tengok selepas program masuk dok makan." Ditanya tentang dakwaan yang dilaporkan dalam akhbar sama bahawa seorang lagi ulama Wahab Abdullah yang mendakwa turut 'diperangkap', Fahtul bagaimanapun tidak tahu tentang status perkara itu. "Yang ini saya kena semak dahulu," kata Fathul, ulama lulusan pengajian hadis daripada Jordan dan Madinah. ~MK~ |
| Posted: 28 Jun 2010 08:58 AM PDT Berjaya Corporation Bhd (B-Corp) telah menggugurkan cadangannya untuk mengambilalih 70 peratus kepentingan dalam Ascot Sports Sdn BhdIni adalah susulan daripada keputusan kerajaan untuk tidak mengeluarkan semula lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports walaupun sebelumnya telahpun memberikan persetujuannya bagi pengeluaran semula lesen berkenaan. Dengan demikian, cadangan terbitan hak berdasarkan kepada RM1.00 nilai nominal lapan peratus saham pinjaman tanpa cagaran boleh tukar tak boleh tebus (ICULS) untuk setiap lapan saham B-Corp yang dipegang, juga akan digugurkan, kata syarikat dalam satu kenyataan hari ini. Meskipun dengan keputusan kerajaan itu, pihak lembaga pengarah B-Corp akan meneruskan usahanya untuk mengembangkan aktiviti portfolio perniagaan teras syarikat. "Sektor pertaruhan akan kekal menjadi antara fokus utamanya untuk potensi perolehan tinggi dan kami akan meneruskan usaha-usaha penerokaan seumpamanya di dalam dan luar negara," katanya. ~Bernama~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












Tiada ulasan:
Catat Ulasan