Jumaat, 25 Jun 2010

al-brangi

al-brangi


Itali merudum, Umno melompong

Posted: 24 Jun 2010 06:00 PM PDT

Memang bola itu bulat.

Kalau ia 4 presegi atau bersegi-segi, maka susahlah ia nak bergerak.

Bila susah nak bergerak, maka susah nak masuk gol.

Bila susah nak masuk gol, maka susah nak cari pemenang.

Bila susah nak cari pemenang, maka tak boleh carik makanlah kaki judi.

Bila kaki judi cabut lari, maka melomponglah 'bookies'.

Bila 'bookies' melopong, maka keringlah kantong negara.

Bila kering kantong negara, mesti dicarinya benda haram lain untuk di'sah' halalkan oleh mereka yang memang berkepala otak duit, tak duit kepala otak mereka pening......bukan pening lalat.....pening betul-betul.

Agaknya ye, macamana pening betul-betul?

Nak tahu macamana pening betul-betul? Macam mereka hilang 2/3 majoriti dulu.

Tapi Datuk Zaid kata, "Saya tidak berfikir untuk menafikan dua pertiga BN, itu agenda lama. Kami akan memerintah di negara ini. Kamu orang (wartawan) tak percaya, itu masalahnya. Kamu ingat ini tidak boleh dilakukan," [khas.]

Kalau dah merudum tak dapat perintah negara, mereka bukan pening lagi, terus pengsan kena serangan 'angin ahmar PRU13'.

Tiada ulasan: