Isnin, 21 Jun 2010

al-brangi

al-brangi


Terima Kasih, Daim yang Diam......tiba-tiba bersuara.....

Posted: 21 Jun 2010 02:00 AM PDT

Bekas Menteri Kewangan di zaman Mahathir, Tun Daim pernah meramalkan sebelum PRU12 dahulu, bahawa Selangor dan Pulau Pinang akan dimenangi oleh Pakatan rakyat.

Sekarang beliau buat ramalan lagi, bahawa Pakatan Rakyat hanya dapat bertahan di Kelantan dan Pulau Pinang, manakala BN akan berjaya merampas kembali Selangor dan Kedah.

Itu hanyalah ramalan beliau, mungkin betul-betul berlaku atau mungkin sebaliknya. Adakala ramalannya tepat atau mungkin kali ini ramalannya meleset sama sekali.

Sebagai manusia biasa, kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. akan tetapi dengan segala data, rekod pencapaian yang kita perolehi, kita boleh buat unjuran.

Pakatan Rakyat seharusnya menerima ramalan ini dengan hati terbuka. Kita tidak boleh "syok" sendiri dan berperasan bahawa kita mempunyai pertahanan yang kebal, jauh sekali kita beremosi langsung kita tidak menghirau akan pandangan orang lain.

Sudah tentu, Tun Daim mempunyai justifikasi serta pengamatan sendiri selaku seorang ahli politik yang veteran lagi berpengalaman. Sekurang-kurangnya ada juga orang "luar" yang mengetuk "dahi" kita sebelum kita lambat "terhantuk" dan lambat "terngadah".

Sekarang bukan masanya ketiga-tiga parti yang mendokong Pakatan Rakyat menuding jari serta curiga mencurigai sesama sendiri......sapa yang tak "perform", sapa yang cemerlang, sapa yang curang, sapa yang ni, sapa yang anu......dan sebagainya.

Dalam konsep ISO 9001:2008, segala keperluan pelanggan (input) akan diproses dan akan disampaikan kepada pelanggan (output) dimana akhirnya akan wujud kepuasan hati pelanggan.
["Customer requirements ~ process ~ Customer Satisfaction".]

Saya yakin dan percaya Kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat mempunyai mekanisme tersendiri untuk menrealisasi dan mempunyai kaedah sendiri untuk mengukur sejauh mana segala keperluan rakyat (pelanggan) tercapai sehingga wujud kepuasan hati rakyat (pelanggan). [sumber .]

Satim keluar Umno?......kakakakaka lawak 10 sen.....

Posted: 20 Jun 2010 10:30 PM PDT

Desas desus yang bertiup kencang di Selangor, kononnya Satim Diman akan melepaskan semua jawatan politiknya dalam Umno Selangor, termasuk sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang adalah gimik dan hanya lawak bernilai 10 sen.

Untuk buat kerja-kerja yang menggemparkan seperti itu, bukan bagi orang Umno......Umno got no guts.

Ia hanya boleh dilakukan oleh mereka yang berjiwa kental, yang mempunyai prinsip.

Kalau anak kecil yang dimanjakan dengan makan bersuap, mana mahunya disuruh mengotorkan jari menyuap sendiri makanan ke mulut.

Pakatan Rakyat jangan terpedaya dengan 'soseh-soseh' ala-ala gosip artis itu.

Perak telah mengajar kita 2 kali dengan berita seperti ini.

Orang Umno sekali-kali tidak akan melepaskan katil bertilam empuk untuk pergi tidur di atas pangkin kecuali mereka yang berprinsip.

Segala jerih perih sila tanya Datuk Zaid Ibrahim, Chua Jui Meng dan lain-lain. [sumber .]

Tian Chua di'gelecek' ala 'Jabulani'......keputusannya hari ini.....

Posted: 20 Jun 2010 06:00 PM PDT

'Sawan' yang dihidapi Umno/BN di Sibu masih belum pulih sepenuhnya.

Kini di'suspect' pula kena 'mild stroke' akibat Tian Chua dikenakan hukuman denda RM2000 atau 2 bulan penjara.

Umno/BN tak mampu menghadapi pilihanraya kecil sekali lagi. Umno/BN tak mampu nak buat 'popular deal' lagi, "You help me, I help you".

Umno/BN walaupun nampak gah dengan 'rating' tinggi bos nombor satunya, sesungguhnya mereka masih lagi dalam trauma. Keputusan di Sibu masih lagi menghantui......masih lagi mengiang2 di telinga mereka.....

Ketika populariti boss no.1 Umno sedang berada di kemuncak, seboleh-bolehnya beliau mahu mengekalnya paling tidak sehingga di awal tahun 2011 sebelum Parlimen di bubarkan.

Sebarang PRK dalam waktu terdekat ini, amatlah berisiko tinggi.

Jelaslah sekarang Tian Chua dijadikan seperti 'Jabulani'.

Kesnya ditolak ke sana ke mari, hanya menunggu satu keputusan yang 'mengejut'kan seperti tangkapan 'fumble' ala-ala penjaga gol England di Piala Dunia baru-baru ini, maka Umno/BN akan sekali lagi akan di'serang' angin ahmar yang paling kronik, yang tidak memungkinkan Umno/BN akan bangkit lagi.

Parlimen Batu P115 -Peratusan Kaum:

Melayu : 44.27%
Cina : 40.77%
India : 14.33%
Lain-lain: 0.63%
Chua Tian Chang (Tian Chua) PKR : 29,785 undi (Menang Majoriti 9,455 undi)
Lim Si Pin (BN) : 20,330 undi
Undi Rosak : 614 undi

al-brangi:

Berkemungkinan besar, Tian Chua mengekalkan kerusi Parlimen Batu.

Isu berkaitan, boleh baca di sini dan di sini .

'Kedudukan' Dr. Asri terkini?

Posted: 20 Jun 2010 07:30 AM PDT

Inilah gambar Dr.Mohd Asri Zainul Abidin yang paling terkini (pada agakan saya) beliau bersama jemaah PAS dimana saya ambil pada 15 Jun 2010 di mana hari solat Jenazah Almarhum Ustaz Hassan Shukri diadakan di Markaz PAS Taman Melewar.

Selepas ini ke mana haluan beliau?

Apa untungnya beliau bersama Umno dan apa ruginya beliau tidak bersama PAS?

Atau, adakah untung beliau bersama PAS, dan adakah Umno rugi tanpa beliau bersama?

Seterusnya sila baca di sini .

Tiada ulasan: