Ahad, 27 Jun 2010

al-banjari online 2010

al-banjari online 2010


Seronoknya jadi 'alamak' ! Alphard misti mari..!

Posted: 26 Jun 2010 08:08 PM PDT


Jika kumpulan G40 ini digelar ulamak muda, mesti ada ulamak tua, siapa ulamak tua, shahidan kassim ke ulamak tua, tersenggih senggih ulamak muda depan pm seperti kaldai lepas angkat barang. masuk umno bukan untuk politik, kalau masuk umno tak berpolitik apa guna masuk umno, masuk ngo lagi baik tak pun badan badan dakwah bebas lagi baik.

Tetapi yang betulnya kalau masuk umno kepala agung senang dapat, sekali berceramah dapat 1k kalu 10 kali mau sah 10k boleh dah..dapat pakai alphard tu, pakai notebook and broadband, tak payah masuk cc nak uploadkan tulisan buang masa tu. Kerja senang, tidur senang, duit pun senang ! Tak payah nak berlakon baik, kami masuk umno kerana kemudahan yang disediakan oleh Umno. Alangkah baiknya ulamak muda berterus terang.

Ulamak muda yang masuk Umno ini hanya perlu bercerita sekadar ilmu haid dan nifas sahaja dan boleh digelar ulamak muda. Ulamak muda masuk Umno atas daya usaha shahidan kasim yang makin terpinggir dari arus perdana. Yang betulnya kisah ulamak muda masuk umno dibaca begini, shahidan kassim bersama 40 ulamak muda, macam hikayat seribu satu malang. dari 100 dah tinggal 40 mana lagi 60. 60 dah hanyut atau kena tipu dan tertipu. Akhirnya yang 40 sahaja yang sanggup masuk ke dalam umno.

Berbahagia le ulamak muda ini, mungkin akan dijadikan calon di PRU13 akan datang sebagaimana ustaz sepak tong. Tapi ustaz sepak tong salah tempat jadi calon. Sepatutnya ustaz sepak tong jadi adun saja, mungkin boleh jadi KM Penang kot ! selanjutnya baca di sini

Merekakah Napoleon Kecil itu?

Posted: 26 Jun 2010 07:01 PM PDT

Jika ditanya kepada setiap ahli PKR siapa yang dimaksudkan Napoleon Kecil saya percaya ramai yang tidak tahu. Parti yang ditubuhkan semata-mata mahu memberikan harapan baru kepada rakyat setiap anggotanya dipercayai memiliki iltizam yang sama.

Apabila perkara Napoleon Kecil ini ditonjolkan disamping mendapat liputan media yang cukup meluas ramai ahli-ahli diakar umbi mula bertanya soalan-soalan yang berkaitan seperti siapa orangnya yang dimaksudkan sebagai Napoleon Kecil itu.

Saya menyertai keADILan semenjak dari Day One. Dikala itu ramai aktivis NGO dari ABIM, JIM dan orang-orang yang tidak berParti berpusu-pusu masuk Parti KeADILan Nasional. Peristiwa inilah yang mempengaruh saya untuk sama-sama turut serta. Parti ini menjadi Elit apabila ianya mula dikuasai oleh mereka-mereka yang datangnya dari UMNO. Tidak kiralah samada mereka secara sendiri-sendiri keluar UMNO ataupun mereka-mereka yang dipecat dari Parti itu.

Riak Napolean-Napolean Kecil ini telah mula dilihat sewaktu Perhimpunan Agung Tahunan yang diadakan diKemaman lagi dimana tokoh-tokoh hebat yang datang dari ABIM dan JIM telah dipinggirkan didalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi. Perkara ini turut merebak di Cabang-cabang dimana orang-orang dari UMNO sahaja yang layak menjadi Ketua Cabang dan dipilih sebagai calun pilihanraya.

Negara menuju PRU ke 13 dan kita masih belum terlambat untuk membersihkan Parti (keramat ) PKR ini. Jika usaha-usaha pembersihan ini tidak dilakukan segera besar kemungkinan Parti ini akan bertukar menjadi Napoleon Kingdom dan sedikit demi sedikit mereka yang dulunya bukan dari keturunan itu akan mengucapkan Goodbye.

Melalui penjelasan diatas adalah diharapkan soalan: Napoleon Kecil datang dari mana? telah terjawab. (Tulisan oleh Ahmad Zawawi)

RM150 - tiket mudah jadi calon PRU13 ?

Posted: 26 Jun 2010 06:29 PM PDT

Kebanyakan orang-orang PKR tidak langsung memberi perhatian kepada kenyataan Fauzi Muda mengenai ujudnya Napolean Kecil dalam Parti Keadilan Rakyat di Negeri Perak. Saya juga pada mulanya menganggap ia sebagai satu keluhan orang-orang yang kecewa sahaja.

Melihat kepada perkembangan terbaharu dalam PKR Negeri Perak sememangnya apa yang dikatakan oleh Bekas Ketua Cabang Ipoh Barat itu ada logiknya. Baru-baru ini pihak tertentu dalam PKR Negeri ada menganjurkan satu bengkel kepada bakal-bakal calun yang akan diletakkan bertanding atas tiket PKR dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Cara mana mereka-mereka yang dikatakan sebagai calun ini dipilih sebagai Calun Parti dan sekaligus dikehendaki menyertai Bengkel tersebut tidak juga diketahui. Yang jelas mereka membayar RM150 setiap seorang untuk menyertai bengkel/kursus tersebut. Ini nampaknya merupakan satu set keperluan bagi seseorang untuk diangkat sebagai calun.

Sebaik sahaja selesai menghadiri bengkel ini kesemua mereka bolehlah beranggan-anggan menjadi YB. Oleh sebab mereka telah memulakan satu pelaburan, maka tempat-tempat yang telah dijanjikan kepada mereka tidak akan tergugat lagi.

Sebelum ini ada juga saya terdengar yang bakal calun hendaklah yang telah menghadiri Kursus Kepimpinan di Akademi Keadilan yang dikendalikan oleh Pengarah Pilihanraya Pusat. Jika ketetapan seperti ini sudah diketepikan maka Parti Keadilan Rakyat sebenarnya sudah tidak konsisten lagi. Jika diperingkat tertinggi ada satu dasar menentukan calun dan di Negeri juga ada dasar mereka sendiri bagaimana kita hendak menyakinkan rakyat di ketika mereka membuang undi nanti?

Saya tidak nampak satu bengkel semudah itu boleh mengubah seseorang yang jahil politik bertukar menjadi genius sekelip mata dan sekaligus layak menjadi calun yang berwibawa.
(*) Tulisan oleh Ahmad Zawawi

Polemik sengal Raja K vs. KJ

Posted: 26 Jun 2010 06:00 PM PDT

Pak Brahim jerit lagi. Jika sebelum ini dia bising suruh KJ letak jawatan pasal sokong MCA, kemudian kena 'duss' sebijik bila KJ kata Pak Brahim ni pulak hanya 'jaguh kampung', polemik terus panas. Tak mustahil akan jadi 'arang'.

Kelmarin hero 'kampung' Pasir Mas ini minta kerajaan ikut cakap dia pulak, lantik KJ jadi wakil tetap PBB bertaraf menteri. Hahaha..! Pandai hang pusing noo..! Ker si raja katak ni mintak dia tu yang jadi wakil tetap ? Sekilas ikan gelak di dalam air, dah tahu di situ banyak berudu, dah tua-tua pun masih nak bergaduh, malu kat anak cucu !

(*) komen wak - memang sengal !!

Elak dicekup, isteri jadi JANDA !

Posted: 26 Jun 2010 05:24 PM PDT

"..ketika kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa dipercayai pergi ke sebuah hotel dekat sini untuk berjumpa seorang kenalannya sebelum didatangi sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAHEAIK) yang membuat pemeriksaan.

Ketika pemeriksaan dilakukan penguat kuasa JAHEAIK hanya menemui seorang wanita berada di dalam bilik hotel berkenaan. Bagaimanapun, penguat kuasa melakukan tinjauan di kawasan bilik itu mendapati seorang lelaki terbaring di jalan belakang hotel dipercayai akibat terjatuh.."

Sekadar bersangka baik. Dari apa yang diketahui, setiap manusia yang ada maruah diri akan malu bila berdepan dengan maksiat, sebolehnya ia akan berusaha untuk lari jauh-jauh agar fitnah maksiat itu tidak menimpa dirinya.

Jalan terbaik, JANGAN BERJUMPA KENALAN BUKAN MUHRIM(WANITA) DI DALAM BILIK HOTEL. DI RUMAH KAN BOLEH! UNTUNG LAGI BILA TETAMU TURUT DIRAI OLEH ISTERI TERCINTA.

Kena gaya, isteri pulak bersetuju, rezeki lelaki tu. Dapat pulak berbini muda. main sorok-sorok ni bahaya, silap haribulan, boleh terbaring dalam keranda. wallahuaklam
(*) Foto sekadar hiasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.