Ahad, 13 Jun 2010

al-banjari online 2010

al-banjari online 2010


Krisis BN Perak - Bohong !

Posted: 13 Jun 2010 05:28 AM PDT


BOHONG ! Zamry berkata dakwaan itu bertujuan memecah-belahkan perpaduan di dalam Umno yang kini semakin kukuh.

"Mereka (pembangkang) cuba untuk mereka-reka isu. Ini adalah satu taktik alih pandang kerana mereka menyaksikan satu demi satu pemimpin mereka meninggalkan parti itu,"
Zambry diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan PKR Perak Zulkifli Ibrahim yang sebelum itu memberitahu satu sidang media di sini bahawa tiga Adun Umno akan menyertai PKR dalam masa terdekat.

Zulkifli berkata ketiga-tiga Adun tersebut tidak berpuas hati dengan layanan Zambry kerana lebih mengutamakan bekas Adun PKR. Katanya nama tiga Adun Umno itu akan diumum pucuk pimpinan tertinggi parti tidak lama lagi.


Artikel berkaitan :
1)Krisis BN Perak - Parah! [klik]
2)Cara mahu kaya [link]

Krisis BN di Perak - parah ?

Posted: 13 Jun 2010 01:05 AM PDT


"Barisan Nasional dan Umno Perak sedang mengalami krisis dalaman yang parah, rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Zambry yang dilihat berat sebelah, sikapnya yang memberi keistimewaan kepada Adun bebas melebihi mereka yang berada lebih lama di dalam Umno.

"Layanan istimewa yang diberikan oleh Zamry itu menyebabkan mereka terasa tersisih, ini bukan sahaja berlaku kepada Adun malah kepada Ketua-ketua bahagian,"
--
Barisan Nasional Perak hari ini bakal menerima tamparan hebat apabila terdapat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka akan mengambil tindakan mengumumkan untuk keluar parti bagi menyertai Pakatan Rakyat - KEADILAN kerana tidak berpuashati dengan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Pada satu sidang media yang diadakan di sebuah hotel, Ketua Penerangan KEADILAN, Zulkifli Ibrahim menjelaskan beberapa Adun telah berjumpa beliau menyatakan tidak puas hati dengan kepimpinan Zambry.

"Barisan Nasional dan Umno Perak sekarang sedang mengalami krisis dalaman yang agak parah, terdapat beberapa Adun mereka telah berjumpa dengan kita serta meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan Zambry yang dilihat berat sebelah.

"Mereka menjelaskan polisi kerajaan BN sudah semakin tidak stabil dan dilihat sudah jauh dari agenda perjuangan sebelum ini. Sikap Zambry yang memberi keistimewaan kepada Adun bebas melebihi mereka yang berada lebih lama di dalam Umno.

"Layanan istimewa yang diberikan oleh Zamry itu menyebabkan mereka terasa tersisih, ini bukan sahaja berlaku kepada Adun malah kepada Ketua-ketua bahagian," jelasnya.

Beliau juga memberitahu bukan sahaja sikap tidak puashati malah Gerakan Anti Zambry (GAZ) juga sedang bergerak aktif dan mendapat sokongan dari setiap bahagian.

"Saya juga dimaklumkan oleh mereka yang berada di dalam Umno bahawa satu gerakkan GAZ juga sudah bergerak secara aktif sejak sebulan yang lalu, pergerakkan ini mendapat sokongan dari setiap bahagian dalam menyatakan kecewa dengan Zambry.

"Pergerakkan tersebut dilakukan oleh Pemuda Umno sendiri dan melalui pertemuan dengan kepimpinan KEADILAN Perak mereka hanya menunggu isyarat yang sesuai untuk turut bersama dengan KEADILAN.

"Apa yang ingin saya jelaskan, mereka meminta nama-nama mereka dirahsiakan dahulu kerana tidak mahu perkara yang tidak dikehendaki berlaku keatas mereka jika pemimpin tertinggi BN mengetahui hasrat mereka untuk keluar dari BN.

"Pengumuman penting ini akan dilakukan oleh Kepimpinan Negeri bila tiba masa yang sesuai nanti. Kita tidak mahu kejadian yang lama berulang kembali," sambungnya lagi.

Zulkifli memberitahu rakyat dan kepimpinan Umno melihat layanan yang dilakukan oleh BN Negeri terhadap Pakatan, mereka kecewa dengan amalan rasuah yang dilakukan oleh peringkat tertinggi dalam memancing Adun dari Pakatan Rakyat.

"Umno Perak dan seluruh rakyat sudah menilai kerja kotor pimpinan tertinggi BN dengan menawarkan sejumlah wang yang besar kepada Adun Pakatan dan mereka kecewa amalah rasuah bertambah teruk di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Mereka menyifatkan Umno menggunakan jalan yang salah dalam memastikan kedudukan terjamin di Perak sehingga menghalalkan yang haram seperti mana kelulusan lesen judi," katanya lagi.

Zulkifli juga menambah kebanyakan Adun BN yang bertemu dengannya menjelaskan akan berlaku kemerosotan kerusi BN pada pilihan raya umum yang akan datang, selain itu juga terdapat orang asal yang marah dengan kerajaan negeri kerana tidak mengambil tindakan segera tentang soal tanah mereka.

Beliau juga tidak menolak akan berlaku usaha yang dilakukan oleh BN dalam menghalang usaha ketiga-tiga Adun tersebut untuk menyertai KEADILAN. Selain itu beliau tidak pasti jika perkara tersebut berlaku akan menyebabkan pembubaran DUN kerana pembentukkan kerajaan sudah
memasuki tiga tahun.

Turut hadir bersama pada sidang media tersebut ialah Ketua Biro Strategi Negeri Perak, Md Nasib Rahim dan Ketua Biro Orang Asal Negeri Perak, Arsian Napiteopoeloe.(sumber: batuvskayu)

(11) Muktamar PAS - Kepimpinan dibidas !

Posted: 13 Jun 2010 12:07 AM PDT

ehsan foto Mohd Redwan's

Kepimpinan PAS dibidas sebagai tidak menghormati demokrasi dan tidak mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w apabila cepat melenting setiap kali terdapat pandangan negatif atau bertentangan dengan pendapat mereka yang diutarakan oleh anggota parti.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Hanipa Maidin berkata sebagai sebuah parti yang melaungkan hak kebebasan bersuara dan mengikut sunnah Rasulullah, pemimpin parti sepatutnya mendengar setiap pandangan dengan fikiran terbuka.

"Seharusnya menjadikan muktamar untuk mendengar pandangan semua pihak dan bukannya mudah naik marah dan tidak boleh terima pandangan yang negatif atau bertentangan dengan pendapat umum ahli parti,"
katanya semasa menggulung usul pada Muktamar PAS ke-56 di sini hari Ahad. Beliau merujuk kepada tindakan meminta perwakilan PAS Pahang Amirruslan Manaf menarik balik kenyataannya pada perbahasan semalam yang mendakwa Perlembagaan PAS diciplak daripada Perlembagaan Umno yang dilakukan penambahbaikan mengikut kesesuaian parti.

Timbalan Pengerusi Tetap Hussin Ismail meminta Amirruslan berbuat demikian kerana pemimpin dan perwakilan tidak berpuas hati dan mempersoalkan kesahihan dakwaan itu.

Hanipa yang turut kesal dengan tindakan beberapa mengejek perwakilan Pahang itu, mendesak kepimpinan memohon maaf kepada Amirruslan.

"Saya ni pantang lihat orang kena buli. Kita ni parti PAS. Kita kata kita perjuangkan kebebasan bersuara, Muktamar bertujuan untuk kita kemuka pandangan. Perlunya kita bersedia untuk dengar,"

Hanipa turut mempersoalkan kenapa anggota dan pemimpin PAS perlu melenting dan marah sedangkan perkara itu boleh dibincangkan dan memberikan jawapan pada sesi lain dalam muktamar itu. - BERNAMA

(10) Muktamar PAS - Tukar menu la tamby..!

Posted: 12 Jun 2010 09:00 PM PDT

"Kalau kita amat sensitif dengan khinzir, mereka dari kaum India yang beragama Hindu pula sensitif dengan daging lembu. Jadi kalau kita nak buat kenduri dan mengajak mereka datang, kita kena sesuaikan menu kita misalnya dari daging lembu kita ubah kepada kambing, ayam dan ikan," Dr. Mariah
Semua pemimpin dan ahli PAS diminta menjaga sensitiviti ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) selepas mereka diterima sebagai sahabat dalam PAS. Hmm..! Foto kandid yang diambil ketika hari kemuncak perasmian Dewan Himpunan Penyokong PAS minggu lalu di Klang, Selangor. Kredit kepada jurufoto Poy Lei Teik.

Muktamar PAS : Lihat foto ajaa ya! (3)

Posted: 12 Jun 2010 08:38 PM PDT

Pilihan foto terbaik dari international bureau photographer, Topeng Perak, tahniah bro ! kerja yang terus mantap dan hebat. Ehsan foto ( fesbuk Topeng Perak Unmasked)

YB Idham Lim bersama Pesuruhjaya PAS Perak. Ucapan mantap, tahniah YB
"..Undi Melayu tidak akan berhasil kita perolehi dengan jumlah yang lebih besar tanpa memahamkan mereka kepada dosa-dosa yang UMNO lakukan terhadap agama dan bangsa.."

Apa yang sedang Ustaz Nasha fikirkan ?

Bila nak jemput blogger datang Permatang Pasir YB ?

Tumpang 'pejam' kejap. kejap jer..!

Teks yang membohong ?

Posted: 12 Jun 2010 07:50 PM PDT

PM 1Malaysia kata indeks kompetitif global Malaysia telah meningkat ke tangga 10 daripada 18. Siap berkata Anwar dan Pakatan Rakyat jangan perlekehkan kemampuan BN mentadbir Malaysia. Nah dengan kenaikan indek kompetitif global Najib berkata Malaysia lebih baik daripada Jepun. Hebat Malaysia sekarang! hebat membohong..?

Fakta oleh MITI rujuk diatas, bacaan 'bohong' dibawah. Rujukan spenuhnya klik di sini.


BN sebenarnya sudah tidak relevan. Kalau dibiarkan lagi mereka memerintah, memang betul tahun 2019 kita akan bangkrap.
Mahukah anda bila kerajaan bina stadium tak sampai setahun runtuh. Mahukah anda, berikhlas kepada kerajaan yang mahu melaksanakan cukai GST, sedangkan hasil bumi Malaysia nih cukup untuk diberikan RM18,000 seorang setiap tahun dan Malaysia masih ada untung daripada itu. Mahukah anda bayar harga minyak petrol dengan harga yang tinggi sedangkan kita adalah pengeluar minyak petrolium terbaik di dunia.

Oleh yang demikian, pilihlah perubahan. Pilih lah pembaharuan. Pilih kerajaan yang lebih teratur. Jabatan Audit Negara dah meletakkan pengurusan kerajaan negeri di Pakatan Rakyat ditahap 3 dan 4 bintang. Sedangkan pengurusan negara dibawah par disebab ketirisan yang melampau.

Anda penentu kepada kerajaan masa hadapan. Jangan biarkan anak-anak anda menjadi mangsa kepada kesilapan anda memilih kerajaan.(edited dari sumber asal/posting Mohamad Anaz)

(9) Muktamar PAS - DHPP dan komentar penganalisis politik

Posted: 12 Jun 2010 06:57 PM PDT

"Bertahun-tahun lamanya pilihan adalah jelas. Jika anda mahu menjadi lebih Islamik, anda pilih PAS." - Wong Chin Huat

Apakah sebenarnya pendirian PAS berhubung pengundi bukan Melayu?

Beberapa penganalisis politik berhujah bahawa parti, yang diasaskan oleh golongan ulama Islam, kini sudah semakin mendapat sokongan bukan Melayu sejak pilihan raya umum terakhir diadakan pada Mac 2008.

"Bertahun-tahun lamanya pilihan adalah jelas. Jika anda mahu menjadi lebih Islamik, anda pilih PAS." - Wong Chin Huat

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan itu membataskan PAS hanya di kawasan orang Melayu beragama Islam iaitu di Kedah, Kelantan dan Terengganu dan beberapa kawasan luar bandar. Menyedari akan keterbatasan yang dihadapi untuk mendapatkan sokongan, PAS pada tahun-tahun kebelakangan ini berusaha mendekati pengundi bukan Melayu dan bukan Islam, kata Wong.

Beliau berkata strategis parti itu kini mengambil jalan tengah untuk "menyeimbangkan semula parti" dengan menggunakan pendekatan "negara kebajikan" dan "PAS untuk semua" yang disasarkan kepada masyarakat umum.

"Secara dalamannya, PAS telah digambarkan sebagai parti yang mewakili golongan ulama manakala daripada segi luarannya ia boleh membenarkan budaya atau autonomi agama bagi minoriti, asalkan ia tidak mengancam atau menggugat komitmen terhadap Islam," kata Wong.

Seorang lagi penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian sebaliknya menyatakan bahawa PAS kini berada di persimpangan. Katanya parti itu mengambil risiko meminggirkan penyokong tegarnya jika ia terlalu memberi perhatian kepada pendekatan jalan tengah.

"Penyokong kuat parti, yang selama ini berada bersama-sama parti tidak akan menyukainya. Tidak dinafikan, ia telah berjaya memenangi hati orang bukan Melayu dan bukan Islam, tetapi ia kini berhadapan risiko besar meminggirkan penyokong kuat parti," katanya.

Dr Sivamurugan berkata PAS sebenarnya belum lagi dapat menangani konflik dalaman dan pergeseran pendapat di kalangan dua kumpulan utama dalam parti tentang bagaimana PAS harus melangkah ke hadapan. Katanya wujud konflik antara puak konservatif, terutamanya golongan ulama dan golongan sederhana atau kumpulan profesional.

"PAS tidak menangani masalah ini habis-habisan tetapi hanya mengambil pendekatan bermusim seperti jalan tengah bagi mewujudkan situasi yang menguntungkan kedua-dua pihak. Jika ini berlarutan, PAS akhirnya akan bergantung kepada pengundi bukan Melayu.

"Ia akan menjadi satu masalah besar kepada matlamat dan ideologinya adalah ke arah sebuah negara Islam. Pastinya, parti ini berada dalam dilema," katanya.

Beliau berkata adalah tidak mengejutkan apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak akan meminda perlembagaan parti bagi membolehkan bukan Islam menjadi anggota penuh PAS tetapi bersedia untuk meletakkan mereka sebagai calon pilihan raya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan At-Tantawi menjelaskan bahawa usaha untuk menaik taraf Kelab Penyokong PAS sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPS) tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat Melayu.

Katanya PAS mensasarkan untuk meningkatkan sokongan orang Melayu sebanyak 15 hingga 20 peratus dan pemimpin pusat parti itu akan mengadakan pertemuan selepas muktamar tahunan yang sedang diadakan memuktamadkan strategi.

PAS dilaporkan telah mendapatkan khidmat penyelidik pendapat awam untuk mengenal pasti perkara yang menjadi kebimbangan orang Melayu, terutamanya di bahagian pantai barat dan selatan Semenanjung dengan harapan untuk menembusi kawasan yang menjadi kubu kuat Umno.

Namun, usaha itu bukanlah suatu yang mudah kerana PAS kini bersaing dengan Perkasa, sebuah badan yang memperjuangkan hak Melayu pimpinan Datuk Ibrahim Ali, yang semakin mendapat sokongan sejak ia ditubuhkan pada 2008. sumber BERNAMA

Tiada ulasan: