Jumaat, 4 Jun 2010

al-banjari online 2010

al-banjari online 2010


Tragedi LL4GAZA - Israel Bacul !

Posted: 03 Jun 2010 07:24 PM PDT

Lantai kapal berubah menjadi merah akibat darah para korban.
[..] Umumnya sekitar jam empat pagi, ketika aktivis muslim melakukan shalat subuh berjamaah, suasana dikejutkan ketika di tengah-tengah shalat, gempita deru bunyi helikopter yang terbang di atas kapal mereka, serta 4 kapal yang dilengkapi dengan meriam dan 16 kapal lainnya yang membawa sekitar lapan orang di setiap satunya.

Kemudian helikopter itu langsung menurunkan soldadunya dengan senjata yang lengkap, dan menembak arah mereka. Suasana jadi sungguh kelam kabut. Ada aktivis yang terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri, namun gagal apabila ditembak soldadu. Darah mengalir lalu mati.

Sebahagian lagi yang tertangkap, tanpa malu dan bersalah tentara Israel itu terus membunuh mereka di depan aktivis lainnya. Ketika itu sebanyak 14 aktivis Turki langsung syahid di tempat, dan beberapa beberapa orang lainnya luka-luka.

Setelah itu tentara Israel menyerang tempat yang digunakan sebagai perlindungan para relawan perempuan. Tentara itu menyondolkan hujung senjata ke kepala mereka. Tentara Israel memperlakukan mereka dengan kejam, tidak pandang bulu. Semua orang akhirnya diikat.
- sumber hidayatullah.com/voice of islam

Bomosiam komen Khairy Jamaluddin !

Posted: 03 Jun 2010 06:34 PM PDT

Gua Bkt. Putus, albanjari - [..] Najib telah mewujudkan musuh dalamannya tersendiri. Ia juga melambangkan betapa Najib sendiri tidak yakin dengan kalangan MP UMNO yang berada di Parlimen. Apakah kebanyakan MP UMNO yang menang itu tidak layak atau tidak dipercayai ? Begitu jua pemimpin Pemuda yang terus disisihkan oleh Najib. Bukan sahaja Ketuanya disisihkan malah Timbalan yang dilantik pun disingkirkan.

Persoalannya apakah pemuda UMNO sememangnya tak layak, tidak diyakini atau Najib marah kepada pemuda kerana gagal berperanan membawa anak muda menyokong UMNO. Khairy sendiri dilihat sangat jauh dari slogan satu Malaysia Najib [..] - anak sengat

(*) albanjari said, " tok, apa komen tentang isu hot semalam? Hmm..isu Najib rombak kabinet, dan Khairy terus melopong jadi menteri tu ? "

Bomosiam said, " itu adalah satu kaedah yang Najib kena guna, kaedah 'pecah dan perintah', kalau tak buat huru-hara macam tu, susah UMNO nak tegak. Biar nampak kucar-kacir, senang nak 'kontol'..opps..kontrol. Dan itulah yang sifunya ajar ketika memerintah Malaysia 22 tahun dulu, kaa..hang dah lupa ? "

albanjari said, " sekian laporan pendek dari Gua Bkt. Putus..! errrr..., sapa yg dok ataih batu tu tok..Macam kenal jer ?

Bomosiam said, " mana satu..? kan ramai tuu..! kat situ orang pun ada, beruk pun ada..! "
albanjari said, " yang itu, sebelah kiri..baju putih ? "
Bomosiam said, " ohhh...budak ni..! "

Demo Laknat Israel - Untuk mereka yang berani..!

Posted: 03 Jun 2010 05:40 PM PDT

Bkt. Putus, albanjari -Hari ini, diseluruh negara ada demo laknat Israel. Di KL, sapa yang degil tak mahu akur arahan polis, bakal kena hambat. Di Ipoh pun ada. Pekan besar, pekan kecil, akan ada demo. Umat dah benci Israel. Jajahan bomosiam di Bukit Putus pun akan ada demo. Permit polis tak dak. Yang ada, hanya permit Allah swt. jer. Hari ini Allah nak lihat, umat mana yang 'hati'nya kering laknat Israel. Bangsa yang Allah telah laknat sejak zaman Nabi lagi.

Kalau hati anda 'kering', tak basah dengan airmata bimbang dikatok belantan, ayuh jelmakan laknat anda semua lepas jumaat ini. Kita demo. Demo cara aman. Edar poster, risalah..benci Israel. Jerit 'Israel bangang..bahlol..dan bla..bla.." Ini jer yang kita mampu. Nak bikin havoc, macam 'intifada' di Palestin tu..boleh, tapi tanggung sendiri. Pasal tak kena tempat. Umat Israel hanya berkubu di balik tembok kedutaan.

Amaran ! Jangan ada yang 'acah-acah' nak bunuh diri macam umat' PERKASA itu hari. Jin gua bukit putus cakap, kalau dapat demo depan atau terjah terus pejabat Apco lagi bagus. Tapi nak carik pejabat Upco, hangpa ingat mudah kaa? Jin bomosiam pun 'meroyan', pakcik google lagi tak boleh harap..! Susah beb!

(*) Agak-agak kalau tanya PM, kat mana pejabat Apco dia nak bagitau ker? Jangan gatal tanya 'polis', tak pasal-pasal hangpa yang kena tanya dan tak 'balik-balik'. Wak nak pi jumpa bomosiam, kut ada mandrem baguih boleh 'jerit' lepas jumaat ini.

Tiada ulasan: