Isnin, 28 Jun 2010

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


”ULAMA MUDA” MASUK UMNO, ”ULAMA PAS” KENA MUHASABAH?

Posted: 28 Jun 2010 01:34 PM PDT


[1]

Kenapa "ulama-ulama muda" masuk UMNO?

Apabila soalan sebegini terpancul. Mungkin banyak jawapan yang didengari.

Mungkin antara jawapan kita adalah, mereka nak duit, mereka nak kemewahan, mereka nak dapat jadi pensyarah universiti, mereka nak naik kereta yang ada nombor plat dua angka, mereka nak kawasan balak, mereka nak itu, dan mereka nak ini.

Itu semua jawapan andaian yang kita fikirkan mungkin bersarang dalam pemikiran "ulama-ulama muda UMNO" itu. Yang pastinya, 'wakil ulama muda UMNO' itu berkata, mereka mahu ruang dakwah yang lebih terbuka.

Persoalannya, benarkah dengan masuk dalam UMNO, ruang dakwah mereka lebih terbuka? Bila kita tanya mereka, pasti jawapan mereka adalah "Ya" dengan disertakan alasan-alasannya. Tetapi, jika mengharapkan jawapan dari kita, pasti kita akan mengatakan "tidak" dengan disertakan alasan-alasannya.

Alasan siapa yang tepat, tidak diketahui. Kalau mahu tahu siapa yang tepat, cuba duduk semeja, berdebat dan berwacana dengan sihat.

[2]

Dari pihak UMNO pula, mustahil kemasukan ulama-ulama muda ini tidak mempunyai sebarang agenda.

Harus diingat, "ulama-ulama muda" yang masuk UMNO ini adalah mereka yang beraliran "salafi" atau dengan lebel negatif sebagai "Wahabi". Walau mereka nafikan sebagai wahabi, tetapi itulah lebel yang mereka dapat.

Ulama-ulama muda ini, bukan calang-calang orang. Mereka mempunyai sijil, dan kelulusan mereka sehingga ada yang mencapai PhD. Boleh dikatakan, majoriti mereka dalam bidang Tafsir dan Hadis. Dengan maksud, kemahiran mereka dalam bidang tafsir dan hadis, sukar untuk dipertikaikan lagi.

Lebih-lebih lagi, jika didengari dengan ceramah-ceramah, kuliah-kuliah, atau tulisan-tulisan "ulama-ulama muda UMNO" ini, agak jarang ustaz-ustaz PAS dapat menjawabnya.

Masakan mereka, tulisan dari jemaah hizbut tahrir pun, ramai ustaz-ustaz PAS yang tidak dapat menjawab dengan ilmiyyah. Jika ada jawapan pun, tidak lebih sekadar memperlekeh dan menghina, seperti menuduh mereka sebagai egen UMNO. Ini menjadi kebiasaan bagi sebilangan ustaz-ustaz PAS, seperti Ustaz Idris Ahmad, ketua penerangan PAS Pusat kini.


Sebab itu, kita dapati ramai dari pelajar-pelajar Universiti yang asalnya mengikut PAS, meninggalkan PAS dan terlibat dengan hizbu Tahrir. Bukan kerana mereka menolak PAS, tetapi mereka melihat Hizbut tahrir lebih mempunyai sandaran hujjah.

[3]

Zaman kini adalah zaman kebijaksanaan. Orang menilai kebenaran itu, bukan sekadar dengan mengatakan "ini perkataan Imam As-Syafie, ini perkataan Imam Al-Ghazali, ini adalah pendapat Imam Hanafi" dan sebagainya. tetapi, zaman ini adalah zaman orang berkata, "Imam As-syafie mengatakan begini, disebabkan nas dan dalilnya begini. Jika tidak percaya, sila rujuk kitab begian".

jika perkataan Imam As-Syafie pun mereka mahukan sumber rujukan dan sumber nas, inikan pula perkataan sekadar seorang imam solat, ataupun tuan guru itu, dan ustaz ini. Alangkah mudahnya untuk mereka menolak.

Dilihat, ustaz-ustaz dalam PAS agak kurang mempunyai kemampuan mengupas sesuatu isu itu berdasarkan sandaran Nas dan sumber-sumber rujukan, tetapi mereka hanya mampu mengatakan, "ini pendapat imam itu, dan imam ini" dan lebih sedih mereka mengatakan "ini perkataan pemimpin begian dan begian, maka wajib taat sahaja".

Jika ini bentuk ustaz-ustaz PAS, sudah pasti dengan kehadiran "ulama-ulama Muda UMNO" ini, mampu dikalahkan dengan begitu mudah sekali.

[4]

Apakah ia mengugat undi PAS?

Sukar untuk menilai persoalan ini. tetapi, ia tidak boleh dipandang sebelah mata.

Realiti respon pengundi, dilihat Orang melayu di kampung dan di felda masih bersama BN/UMNO. Justeru, lebel wahabi "ulama-ulama Muda UMNO" ini tidak menggugatkan sangat undi UMNO. Terutama, media-media utama yang menjadi "rasul" orang melayu di kampung dan di felda ini dikuasai oleh UMNO/BN.

Adapun melayu di bandar, majoriti mereka menyokong PAS, kerana sumber maklumat mereka bukan sekadar media-media perdana, malahan media-media baru, seperti blog, berita internet dan sebagainya.

Persoalannya, mereka menyokong PAS itu kerana memang mereka mahu menyokong PAS, atau kerana mereka terlalu membenci UMNO?

Pada penilaian peribadiku, cara orang melayu bandar berfikir, tidak sama seperti melayu kampung dan felda berfikir. Mereka boleh bertukar keputusan, jika mereka diberikan hujjah logik dan disandarkan kepada bukti yang kukuh.

Oleh sebab itu, dengan berita kemasukan 'ulama-ulama muda' kedalam UMNO, kita tidak boleh berkata, "adanya ulama akhirat, dan ulama dunia" sahaja, tetapi yang paling penting kita kena fikirkan adalah, strategi untuk melawan agenda UMNO/BN ini.

Yang paling penting, Ulama-ulama PAS [tua atau muda] perlu muhasabah balik untuk memikirkan cara dan pendekatan yang paling berkesan, seperti mempunyai kesiapan dan kemampuan berhujjah untuk berhadapan dengan 'ulama-ulama muda UMNO' ini dalam PRU akan datang.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah [b] sg Buloh
29 Jun 2010 * 4:22 pagi

BLOG DAN YB

Posted: 28 Jun 2010 10:09 AM PDT



klip video ini digunakan untuk lawan BN dalam PRU lepas. Harap, klip video ini tidak terkena kepada PAS dalam PRU akan datang.

KETAWA : NAJIB BABA BERSAMA 40 PENYAMUN

Posted: 28 Jun 2010 10:01 AM PDT


(klik untuk besarkan)

KHALID IBRAHIM SENASIB UMAR ABDUL AZIZ?

Posted: 27 Jun 2010 10:16 PM PDT

[1]

Umar bin Abdul Aziz memerintah tidak lama. Sekadar dua tahun lebih sahaja.

Beliau mati diracun oleh golongan berkepentingan dalam kerajaan Umayyah. Puncanya, Umar bin Abdul Aziz sekat semua saluran penyelewengan yang melibatkan harta rakyat.

[2]

Orang yang mengkaji sistem ekonomi Umar bin Abdul Aziz, pasti akan mengakui kehebatan ekonomi beliau. Konsep ekonomi yang dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz menjadi contoh kepada syarikat-syarikat korporat yang berjaya.

Teorinya, syarikat korporat meniru konsep ekonomi Umar bin Abdul Aziz yang merupakan seorang ahli politik. bukannya, ahli politik meniru konsep ekonomi syarikat korporat.

Justeru, jika ada 15 MP PKR mendakwa bahawa Tan Sri Khalid menjadikan kerajaan Selangor macam syarikat korporat, maka itu yang sepatutnya. Kerana beliau menjaga amanah rakyat selangor.

Persoalannya, Apakah bentuk mengurus ekonomi kerajaan Selangor menggunakan cara politik? Rembat ker??

[3]

Dalam PKR, ada golongan yang mementingkan perut. Ada satu lagi, mereka tidak mementingkan perut, tetapi mementingkan kekuatan Parti.

PKR melantik Tan Sri Khalid menjadi MB Selangor, tetapi sebarang kemasukan ke dalam parti melalui kerajaan, tidak pernah diberikan oleh Tan Sri Khalid.

Tindakan Tan Sri Khalid itu betul, desakan individu-individu PKR yang mementingkan perut, dan parti PKR itu tidak betul.

Selangor ini hak rakyat selangor, bukan hak mana-mana Parti. Sama ada PAS, PKR, DAP atau sebagainya.

Kalau ada pimpinan PAS ambil dana kerajaan, lalu disalurkan kepada PAS atau individu PAS, maka itu adalah bangsat. Serupa juga PKR, DAP dan sebagainya.

Kalau parti tak ada duit, buatlah business. Masuklah tender secara terbuka, telus, tanpa menggunakan kabel dan bla..bla..

Kalau nak guna kabel juga, lebih baik masuk UMNO.

[4]

Apakah Tan Sri Khalid akan jatuh?

Dahulu, exco PAS nak jatuhkan Tan Sri Khalid, sehingga berlaku isu lembu yang tidak sepatutnya berlaku. Memang bangsat exco PAS itu.

Kini, sesama PKR pula bergolak. Azmin dilihat menyerang Tan Sri Khalid. Dia tidak serang secara terbuka, tetapi serang secara 'saraf'.

Jika jatuh Tan Sri Khalid dari MB Selangor, maka Tan Sri Khalid adalah sama seperti Umar bin Abdul Aziz yang diracun oleh menteri-menteri dalam Khalifah Umayyah dahulu.

Wahai sebilangan pimpinan PKR yang tidak sedar diri. Selangor bukan milik PKR, tetapi ia milik rakyat selangor. Bangsat punya politik perut.

Sekian

P/S : makin meluat dengan cara politik orang melayu, sama ada PAS atau PKR. Lebih benci, cara politik UMNO. Memang betul dakwaan yang mengatakan bahawa, bangsa melayu tidak boleh buat perubahan dalam politik, sebab bangsa melayu bangsa bodoh dan mudah dibodohkan.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg Buloh
28 Jun 2010 * 1:14 petang


’ULAMA TUA’ DAN ’ULAMA MUDA’ KENA TIPU DENGAN UMNO

Posted: 27 Jun 2010 09:44 PM PDT


[1]

Dikira bahaya apabila non muslim mengatakan islam tidak relevan, tetapi lebih amat bahaya jika yang mengatakan islam tidak relevan itu adalah orang Islam sendiri. Lebih bertambah-tambah berbahaya, jika yang mengatakan Islam itu tidak relevan itu adalah orang yang bergelar agamawan Islam.

Maka begitujuga, jika ada ulama luar dari gerakan Islam mengatakan UMNO sudah menjadi baik, maka satu kerosakan bakal berlaku, namun ia tidak sebesar mana. Tetapi, satu kerosakan yang teramat besar pasti akan berlaku, sekiranya yang mengatakan UMNO sudah menjadi baik kearah Islam itu adalah seorang tokoh dari gerakan Islam.

Apabila keadaan ini berlaku, tidak hairan kejadian kemasukan ulama muda kepada UMNO, berpunca dari kenyataan yang dibuat oleh ulama tua yang dilakukan sebelum ini.

[2]

Apabila ulama muda masuk UMNO, ramai yang bising, walhal alasan mereka mahu mendapat ruang berdakwah melalui UMNO.

Sebelum ini ada ulama tua yang mahu berkawan dengan UMNO, lalu disokong pula oleh seorang ulama muda dengan mengatakan, "UMNO adalah sasaran dakwah kita". Namun, kenyataan ulama tua itu tidak dibantah, sebaliknya disokong dan dipertahan sedemikian rupa. Orang yang membantah kenyataan ulama tua itu pula yang disanggah.

Kalau ulama tua nak kawan dengan UMNO, atas alasan dakwah, maka tidak hairanlah kalau ulama muda masuk UMNO dengan alasan dakwah juga.

[3]

Kalau ulama tua yang mahir dengan sepak terajang politik pun boleh ditipu oleh UMNO, bahkan mempertahankan lagi tindakannya, waima nyata dilihat ditipu oleh UMNO, maka tidak hairanlah kalau ulama muda yang tidak pernah terlibat dengan politik boleh ditipu oleh UMNO.

[4]

Mendesak Ulama Muda kembali kepangkal jalan, tetapi ulama muda itu tetap tidak mahu. Maka itu tidak pelik, sebab ulama tua pun tidak pernah merasa bersalah, waima terbukti mereka mahu berkawan dengan UMNO.

[5]

Bak kata pepatah, "bapa kencing berdiri, anak kencing berlari", tetapi kini pepatah itu bertukar sedikit, "ulama tua berkawan dengan UMNO, ulama muda masuk dalam UMNO"

[6]

Bercakap nak berdakwah dalam UMNO, sama seperti bercakap nak berdakwah dalam yahudi. Kan lebih baik ajak individu UMNO kepada Islam, sepertimana Nabi SAW mengajak individu Abdullah bin Salam kepada Islam. Kita bukan dakwah agama yahudi, kerana itu mustahil, tetapi kita berusaha dakwah individu yang berada dalam agama yahudi, kerana di zaman Nabi SAW, ada orang yahudi yang bertukar agama, dari yahudi kepada Islam.


Sekian

p/s : apa khabar ulama tua seperti Nakhaie, Abdullah Mat Zain, Yusuf Nor dan banyak lagi yang terlibat dengan UMNO? apa perasaan mereka, apabila mendapat berita ulama muda masuk UMNO?

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah [b] Sg Buloh
28 Jun 2010 * 12:33 Tengahari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.