Isnin, 2 Januari 2017

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


CABARAN MUKHRIZ YANG MESTI DISAMBUT OLEH PENGAMPU NAJIB YANG SEORANG INI

Posted: 02 Jan 2017 06:36 AM PST

 shahbudindotcom


Mukhriz Mahathir secara terbuka mencabar Tunku Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bukti dan sumber yang dimilikinya berhubung dakwaan beliau adalah calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU 14 akan datang.

Sekiranya Tunku Aziz gagal berbuat demikian, jelas Mukhriz, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman berhubung dakwaan mengenai dirinya yang dianggap fitnah dan palsu.

Tunku Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP yang kini beralih menjadi penyokong dan pengampu Najib Razak, pada 30 Disember lalu membuat dakwaan bahawa Mukhriz adalah calon Perdana Menteri yang telah dipersetujui sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU 14.
 
 
 
 
Kata beliau, persetujuan memilih Mukhriz itu dicapai dalam satu pertemuan antara Tun Mahathir Mohamad dengan Lim Kit Siang pada 3 Disember lalu.

Sesiapa pun yang mengikuti perkembangan Pakatan Harapan yang sudah menjalin kerjasama dengan PPBM, sedar bahawa calon Perdana Menteri belum lagi diputuskan secara muktamad meskipun gabungan itu semakin menjadi pilihan rakyat serta kian hampir untuk menumbangkan UMNO dan BN.

Bagi Pakatan Harapan, persoalan siapa Perdana Menteri tidak perlu keputusan yang tergesa-gesa kerana keutamaan mereka  ialah mengukuhkan kerjasama untuk mengalahkan UMNO dan BN serta menyingkirkan Najib yang dianggap beban terbesar dalam sejarah negara.

Kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan PPBM mengenainya boleh "digoogle" dengan mudah untuk membuktikan hakikat itu. Pokoknya, belum ada persetujuan yang muktamad.

Lantaran itu, adalah menghairankan bagaimana Tunku Aziz yang bibirnya beratib memuji Najib sepanjang masa lebih mengetahui siapa calon Perdana Menteri berbanding pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sendiri.

Kini cabaran sudah dibuat oleh Mukhriz kepada Tunku Aziz agar mendedahkan bukti mengenai dakwaan yang dibuatnya itu atau berdepan tindakan saman kerana membuat tuduhan yang berupa fitnah dan palsu.

Sebagai seorang yang dikenali ramai, selalu keluar TV3 dan Utusan Malaysia, malah berjawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, Tunku Aziz tiada pilihan lain selain mesti berani tampil mendedahkan bukti-bukti yang ada mengenai dakwaan yang dibuatnya itu.

Oleh kerana Mukhriz sudah membuat cabaran terbuka, Tunku Aziz juga wajib membuat pendedahan secara terbuka mengenai bukti atau sumber dakwaannya. Jika tidak, tiada harga jawatan yang disandangnya itu.
 
 
 
 
Dalam kes seperti ini, jika Tunku Aziz mengatakan sedia disaman dan enggan mendedahkan bukti atau sumbernya kecuali di mahkamah, beliau sebenarnya hanya menunjukkan ketidakmampuan untuk membuktikan segala dakwaannya itu dengan cuba berlindung di sebalik proses undang-undang yang mungkin memakan masa dan boleh dilengah-lengahkan untuk menyelamatkannya daripada menunjukkan keberanian.

Hakikatnya, buat apa tunggu disaman jika bukti sudah ada dalam tangan?

Malah, jika dapat mendedahkan bukti dan sumbernya, Tunku Aziz berupaya memecah-belahkan Pakatan Harapan dan dengan sendirinya memberikan sumbangan besar dalam memastikan kedudukan Najib dapat diselamatkan.

Seperti WSJ yang membuat dakwaan bahawa Najib menerima RM2.6 bilion wang 1MDB, tetapi kemudian mendedahkan satu persatu bukti dan slip bank mengenainya, ia akhirnya sehingga kini membuatkan ancaman saman hari Selasa tidak menjadi kenyataan.

Begitu juga dengan Tunku Aziz, jika berani membuat dakwaan, maka mestilah berani juga mendedahkan bukti-bukti yang dimilikinya.

Ayuh Tunku Aziz, tunjukkan kejantanan dan sahutlah cabaran Mukhriz itu!!


SPRM harus siasat pembelian Porsche Annuar Musa

Posted: 02 Jan 2017 06:29 AM PST

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa untuk menyiasat pembelian kereta Porsche Panamera milik Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa sebagaimana didedahkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Annuar juga perlu tampil menjawab isu itu.

"Tan Sri (Annuar Musa) harus mohon maaf kepada Tunku Ismail dan menjawab tuduhan penyelewengan wang rakyat Kelantan berkenaan pembelian Kereta Porsche Panamera milik Tan Sri," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Terdahulu, Tunku Ismail dalam catatan terbaharu di Facebook Johor Southern Tigers dengan berterus terang mendakwa Anuar Musa tidak menjalankan amanahnya ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

"Pandangan ikhlas dari saya, dulu masa Tun Dr Mahathir (Mohamad) bagi awak duit yang banyak untuk menangkan kembali Kelantan, untuk anda gunakan wang tersebut sebaiknya demi kebajikan rakyat, bukan untuk beli sebuah kereta Porsche Panamera," jelas Tunku Ismail yang mesra disapa TMJ.

Teguran TMJ itu rentetan daripada tindakan Anuar yang mempertikaikan mengenai fasiliti milik  Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Dalam masa yang sama, kenyataan itu juga merujuk Annuar yang dilapor mempertikaikan pendirian Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) supaya FAM ditadbir secara proksi.

Tunku Ismail turut merujuk kegagalan pasukan Kelantan dalam berdepan masalah kewangan ketika diterajui Annuar.

[ARTIKERL BERKAITAN: TMJ kepada Annuar Musa: Jangan jolok sarang tebuan]


Lelaki maut, motosikal bertembung kereta pemain JDT

Posted: 02 Jan 2017 06:17 AM PST

 
Polis berkata dalam kejadian itu, pemain JDT itu, Muhammad Fazly Mazlan yang memandu kereta jenis Audi S5 tidak mengalami sebarang kecederaan.


polis_kemalangan_6001


JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan kereta dipandu pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) di KM15, Jalan Sungai Mati-Bukit Gambir, Serom, dekat Tangkak, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohad Idris Samsuri berkata kejadian berlaku kira-kira 8.05 malam, namun, pemain JDT itu, Muhammad Fazly Mazlan, 23, yang memandu kereta jenis Audi S5 tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan awal polis mendapati penunggang motosikal berusia 30-an tersebut keluar dari simpang secara tiba-tiba dan membuat pusingan menuju ke jalan utama.

"Pada masa sama, terdapat sebuah kereta jenis Audi S5 yang datang dari arah belakang dan tidak sempat mengelak lalu berlaku rempuhan," katanya.

Idris berkata mangsa yang berasal dari Taman Serom, Tangkak, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis sudah mendapatkan keterangan Fazly dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Beliau berkata ketika kejadian, Fazly dalam perjalanan ke Plaza Tol Bukit Gambir dari kampungnya di Serom untuk pulang ke Johor Bahru.


PNB Lantik Zarinah, Awang Adek Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Baharu

Posted: 02 Jan 2017 06:09 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Datuk Dr Awang Adek Hussin
 
KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) melantik Tan Sri Zarinah Anwar, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Datuk Dr Mohd Yaakub Johari dan Soedirman Aini sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang baharu.

Pelantikan itu adalah bagi menggantikan ahli lembaga pengarah Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohammed Bujang Mohammed Nor, Tan Sri Datuk Asmat Kamaluddin dan Tan Sri Seri Ainum Mohamed Saaid, yang telah bersara pada 31 Disember, 2016.

Dalam satu kenyataan akhbar, PNB juga turut mengumumkan pelantikan Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Datuk Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani dan Datuk Dr Nik Ramlah Mahmood sebagai Ahli Lembaga Pengarah Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) yang baharu.

Mereka menggantikan ahli lembaga pengarah sebelum ini iaitu Tan Sri Md. Desa Pachi, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan Tan Sri Ainum Mohamed Saaid, yang turut bersara pada 31 Disember, 2016.

Pelantikan baharu ini berkuat kuasa sebaik sahaja selesai pemprosesan segala dokumen berkanun yang berkenaan.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata beliau  mengalu-alukan pelantikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah baharu itu.

"Pengalaman luas mereka dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, kewangan dan pelaburan akan memberi sumbangan besar ke arah kejayaan berterusan PNB, yang  asasnya telah pun diperkukuhkan oleh Ahli Lembaga Pengarah PNB dan ASNB yang terdahulu.

"Abdul Wahid yakin kehadiran mereka akan merangsang PNB dalam mencapai wawasannya untuk menjadi sebuah Syarikat Pelaburan Distinktif Bertaraf Dunia.

"Bagi pihak Lembaga Pengarah dan Pengurusan PNB serta ASNB, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah yang terdahulu iaitu Tan Sri Amar Haji Bujang, Tan Sri Datuk Asmat, Tan Sri Ainum, Tan Sri Md. Desa dan Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid, atas dedikasi dan sumbangan mereka terhadap pertumbuhan Kumpulan PNB yang membanggakan sehingga kini."

Serangan Istanbul: Tiada Rakyat Malaysia Terlibat - Wisma Putra

Posted: 02 Jan 2017 06:01 AM PST


MSTAR ONLINE



Polis memantau keadaan di luar kelab Reina di Turki. Foto Reuters


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di Reina, sebuah kelab malam di Istanbul yang meragut 39 nyawa serta mencederakan 69 orang.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata kerajaan Malaysia, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Turki dalam menentukan jika ada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan itu.

"Setakat ini, tiada pengesahan rakyat Malaysia antara terlibat dalam kejadian ini. Kedutaan juga akan terus berhubung dengan pihak berkuasa Turki dan rakyat Malaysia di sana termasuk para pelajar yang menuntut di Istanbul," kata kenyataan itu.

Wisma Putra juga mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau berhasrat mengadakan lawatan ke Istanbul dan bandar-bandar utama lain di Turki berhati-hati terhadap keselamatan diri selain merujuk kepada nasihat keselamatan Republik Turki.

"Kerajaan Malaysia merakamkan simpati dan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut dan kerajaan Republik Turki, serta berharap mereka yang cedera akan cepat pulih," kata Wisma Putra.

Menurut laporan antarabangsa, kelab malam itu diserang seorang lelaki bersenjata ketika pengunjung dalam kelab malam itu menyambut tahun baharu. - Bernama

Khidmat Malaysia Terengganu santuni mangsa banjir

Posted: 02 Jan 2017 05:58 AM PST

HARAKAHDAILY



 

HULU TERENGGANU: "Bersabar dengan musibah dan terus berwaspada di musim tengkujuh ini." Begitulah pesanan Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu, Dr Azman Ibrahim ketika menyantuni mangsa banjir di sekitar Dewan Undangan Negeri Telemong, semalam.

"Melihat keadaan cuaca yang masih tidak menentu, penduduk yang tinggal di kawasan rendah yang berisiko dinaiki air dinasihatkan untuk terus berwaspada terhadap sebarang kemungkinan berlakunya gelombang banjir yang seterusnya," tambahnya lagi.

Hujan lebat yang berlaku di negeri pantai timur semenanjung khususnya Terengganu  bermula tiga hari lepas menyebabkan beberapa kawasan di bahagian Hulu Terengganu, Hulu Dungun, Hulu Besut, Marang dan Setiu dinaiki air.

Hulu Terengganu mencatatkan jumlah terbesar mangsa banjir khususnya penduduk yang tinggal di kawasan pesisir Sungai Telemong seperti Kampung Nibong, Kampung Kepah, Kampung Matang, Kampung Paloh Nyior, Kuala Ping dan beberapa kampung lain.

Berhadapan dengan situasi ini, Dr Azman yang juga merupakan Ketua Kebajikan PAS Terengganu menjelaskan bahawa Bilik Gerakan Banjir Khidmat Malaysia Hulu Terengganu telah diaktifkan sejak pagi 31 Disember 2016 untuk menyelaraskan operasi pemindahan serta membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Keadaan cuaca yang semakin cerah dan air yang semakin surut semalam membolehkan ramai mangsa banjir mula pulang ke rumah masing-masing.

Walaupun begitu, ujar Dr Azman bebeberapa aspek perlu terus diambil perhatian untuk mengelakkan penyakit bawaan air.

Katanya, kebersihan makanan dan minuman perlu dititik beratkan dan pastikan minum air yang telah dimasak.

"Selain bersabar dengan kerosakan harta benda, masalah kesihatan juga jangan dipandang ringan.

"Banjir adalah punca utama pelbagai penyakit bawaan air seperti demam kepialu, taun, Hepatitis A dan leptospirosis kerana mangsa terdedah dengan air yang tercemar.

"Jangan pandang ringan dengan penyakit-penyakit tersebut yang mempunyai simptom biasa seperti cirit-birit dan demam kerana jika lambat dirawat, ia boleh membawa maut.

"Walaupun cuaca semakin elok dan banjir semakin surut, mangsa masih perlu berhati-hati kerana sumber air yang tercemar dan keadaan persekitaran yang kotor.

"Juga jangan lalai dari menjaga keselamatan anak-anak. Walaupun mereka perlu diberikan ruang untuk menikmati zaman kanak-kanak, tetapi ada ketikanya air banjir tak mengenal simpati serta tak mengenal mangsa. Berhati-hatilah..." pesan Dr Azman lagi. - HARAKAHDAILY

Pemuda Umno serlah reaksi cemas

Posted: 02 Jan 2017 05:55 AM PST

USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT 



 

KEYAKINAN PAS akan kembali memerintah adalah berpaksikan kepada keimanan bahawa Allah berjanji memberikan pemerintahan kepada sesiapa dikehendaki-Nya dan setiap sesuatu pasti ada ajalnya. Umno tidak perlu terus meletakkan diri dalam dosa keangkuhan seolah-olah akan kekal berkuasa selamanya.

Keyakinan itu pernah dibuktikan apabila BN Kedah yang bertakhta lebih 50 tahun ditumbangkan pada PRU 2008 dahulu. Walaupun sepenggal PAS memerintah dalam tanpa bantuan sewajarnya dari Kerajaan Persekutuan, tetapi telah membekas kesejahteraan untuk rakyat dan kemajuan negeri.

Pembangunan Kampus Tetap KUIN, Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD), Aman Central, Hotel Adya, pemberian kafalah dan lain-lain terzahir untuk kepentingan rakyat, bahkan dibangga, ditiru dan diteruskan sebahagiannya oleh BN biarpun seketika. Namun, Kerajaan BN Kedah bukan sahaja gagal melangsungkan lainnya, malah hampir menghancurkannya.

Jangan lupa, pemerintahan BN nyaris menjual KUIN, menyerah rangkaian Maktab Mahmud kebanggaan Kedah kepada Kerajaan Persekutuan dan gagal meneruskan pembinaan MTSD di Pulau Tuba, Langkawi. Lebih teruk, apabila banyak pembangunan digariskan dalam manifesto BN pada PRU lalu belum ada mampu dilaksanakan.

Menunjukkan BN Kedah bukan sahaja lemah dan gagal, tetapi juga menipu serta hanya pandai menabur janji manis yang terus diulang selama empat tahun ini. Hakikatnya, kosong dari kejayaan hingga terpaksa mengumumkan pencapaian yang penuh sandiwara, syok sendiri dan penyedap halwa telinga, sedangkan rakyat masih kekal terhimpit oleh politik BN.

Sekadar berbangga dengan bantuan-bantuan diberikan menunjukkan Pemuda Umno gagal memahami antara tanggungjawab dan hak. Kini menyerang PAS kerana ingin menutup kelemahan sendiri dalaman Umno-BN yang berebut dan tamakkan kuasa, walhal kepentingan rakyat diabaikan.

Ketika sama menyerlah budaya ampu bodek yang wujud dalam kalangan Pemuda Umno hingga terpaksa menyolek wajah secantik mungkin dan itu terbukti dengan menyerang mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga berasal dari Umno. Malah, membayangkan kegusaran, keterdesakan dan rasa terancam Umno Kedah.

Hakikatnya, PAS tidak mempergunakan Mukhriz dan tiada keperluan untuk itu. Tetapi ia satu dari pelbagai kerjasama politik dengan BERSATU dalam menyemarakkan lagi gelombang rakyat ke arah memastikan BN dapat dijatuhkan pada PRU akan datang. Jika Umno-BN berasa kuat, tidak perlu cemas, berpencak sahaja digelanggang sama.

* USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT-Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Tajuk catatan1,606 mangsa banjir berada di pusat pemindahan di Terengganu malam ini

Posted: 02 Jan 2017 05:44 AM PST

ASTRO AWANI


1,606 mangsa banjir berada di pusat pemindahan di Terengganu malam ini
Anggota Bomba dan Penyelamat mendukung seorang kanak-kanak di dalam bot untuk dibawa ke pusat pemindahan selepas beberapa buah rumah di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu dinaiki air banjir hari ini. - Foto Bernama
 
 
KUALA TERENGGANU: Banjir yang masuk hari kedua di Terengganu menyaksikan jumlah mangsa semakin berkurangan kepada 1,606 orang setakat pukul 10 malam ini berbanding 2,679 pada 6 petang tadi.

Menurut portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ketika ini 24 pusat pemindahan masih dibuka di lima daerah dan ia adalah penurunan ketara berbanding 35 pusat pemindahan yang beroperasi lewat petang tadi.

Daerah Hulu Terengganu yang terjejas teruk juga semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 853 orang daripada 363 keluarga berbanding 1,633 mangsa daripada 607 keluarga pada pukul 6 petang tadi.

Sebanyak sembilan pusat pemindahan di daerah itu telah ditutup menjadikan bilangan terkini hanya enam pusat pemindahan yang masih dibuka.

Di Marang pula merekodkan 540 mangsa daripada 141 keluarga yang berpindah ke 11 pusat pemindahan daerah itu diikuti daerah Kemaman 98 mangsa (24 keluarga), Dungun 87 mangsa (20 keluarga) dan Setiu 23 mangsa (enam keluarga).

Sementara itu, Pemangku Pengarah JKM Terengganu, Rusmi Mahmood berkata walaupun jumlah mangsa semakin berkurangan, semua petugas dan sukarelawan JKM masih dalam keadaan bersedia ekoran cuaca yang tidak menentu ketika ini.

"Alhamdulillah, petang tadi satu daerah tidak lagi terjejas akibat banjir iaitu Besut.
"Ketika ini, 150 petugas JKM Terengganu masih ditempatkan di 24 pusat pemindahan untuk membantu mangsa agar mereka selesa sepanjang berada di situ.

"Seramai 40 sukarelawan JKM Terengganu turut membantu petugas di pusat pemindahan untuk memastikan semua mangsa mendapat keperluan yang secukupnya," katanya. -- Bernama
 
 

Tiada masalah jika PAN hendak bertanding di kerusi PAS - Iskandar

Posted: 02 Jan 2017 05:41 AM PST

Hilal Azmi, Astro Awani
Tiada masalah jika PAN hendak bertanding di kerusi PAS - Iskandar
ISKANDAR: 'Kalau betul hendak menggantikan PAS maka silakan bertanding melawan PAS' - Foto BERNAMA
 
 
KUALA LUMPUR: PAS sedia menghadapi apa saja kemungkinan yang disifatkan sebagai 'landskap politik baru'.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad dalam satu kenyataan berkata, jentera pilihan rayanya telah bersedia untuk menghadapi kemungkinan satu lawan satu ataupun pertembungan tiga penjuru.

"Jika ada persetujuan untuk satu lawan satu, PAS boleh menghormatinya.

"Jika tiada persetujuan dan berlaku situasi 'free for all', PAS bersedia untuk menerokai kawasan-kawasan baru," katanya.

BACA: Pas semakin lemah, ahlinya pula keliru - penganalisis

TONTON: PAS akan bersendirian hadapi PRU-14


Jelas beliau lagi, pihaknya tiada masalah sekiranya PAS mahu bertanding di kerusi-kerusi yang dimenanginya atau pernah ditandingi kerana ianya adalah hak mereka dalam negara demokrasi.
 
"Kalau betul hendak menggantikan PAS maka silakan bertanding melawan PAS.

"Jangan pula menyuruh parti lain berlawan dengan PAS kerana tidak berani berhadapan dengan PAS, kami tunggu!" ujarnya.. 
 
 

PBT perlu lantik penganjur pertunjukan bunga api terlatih - Exco Selangor

Posted: 02 Jan 2017 05:37 AM PST

ASTRO AWANI


PBT perlu lantik penganjur pertunjukan bunga api terlatih - Exco Selangor
Kerajaan negeri Selangor akan memastikan pihak berkuasa tempatan melantik penganjur terlatih untuk menganjurkan pertunjukan bunga api. - Gambar Facebook Amirul Hafiz Hamid
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan memastikan pihak berkuasa tempatan melantik penganjur terlatih untuk menganjurkan pertunjukan bunga api.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Negeri, Ean Yong Hian Wah berkata kerajaan negeri memandang serius insiden letupan bunga api yang mencederakan 14 orang ketika sambutan ambang tahun baharu di tapak Fiesta Gegar Klang 2016 di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang.

"Majlis Perbandaran Klang (MPK) diarah menjalankan siasatan dalaman dengan telus bagi menentukan punca atau pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kemalangan itu berlaku.

"Tindakan disiplin atau undang-undang akan dikenakan terhadap mereka yang didapati bertanggungjawab atas kesilapan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

MPK merupakan penganjur fiesta berkenaan dari 30 Dis hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad ketika dihubungi berkata siasatan polis masih menyiasat insiden itu.-- BERNAMA 
 
 

Arahan mobilisasi Khidmat Malaysia

Posted: 02 Jan 2017 05:19 AM PST

 
Oleh Datuk Iskandar Abdul Samad


Memandangkan keadaan hujan lebat dan banjir yang telah bermula di Pantai Timur kesemua badan-badan dan agensi-agensi di bawah Pengurusan Bencana dan Kecemasan Malaysia (KHIDMAT MALAYSIA) adalah diarah untuk meningkatkan tahap kesediaan mereka agar dapat digerakkan pada bila-bila masa.

Tenaga-tenaga sukarelawan dan aset-aset hendaklah bersedia dikerahkan ke Pantai Timur.
Arahan yang selanjutnya akan disampaikan melalui Pengarah KHIDMAT MALAYSIA negeri-negeri.

Selain dari itu, PAS negeri-negeri dan kawasan-kawasan boleh memulakan pengumpulan bahan-bahan keperluan untuk gerak kerja membantu dan menyelamat seperti bahan makanan kering dan peralatan-peralatan.

Untuk sebarang pertanyaaan diharap dapat menghubungi:

Pengarah Negeri Kelantan - YB Dr Izani 013 986 4799
Pengarah Negeri Terengganu - Dr Azman 019 942 1964
Pengarah Negeri Pahang - Haji Hasanudin 012 611 5768
Cikgu Husin 019 951 1860
Khairul Faizi 013 256 5530
Haji Zakaria 012 693 5938
Nazree 016 345 8538
Dr Rosni 019 264 4740
Nuri 016 933 8694

* Datuk Iskandar Abdul Samad, Ketua Pengarah Pengurusan Bencana Dan Kecemasan Malaysia (KHIDMAT MALAYSIA)

Warga asing & sikap punca masalah sampah Pangsapuri Seri Nipah

Posted: 02 Jan 2017 05:15 AM PST

sampah
OLEH ERMIZI MUHAMAD


SHAH ALAM: Isu kebersihan membabitkan masalah pembuangan sampah tidak teratur di Pangsapuri Seri Nipah salah satunya didakwa berpunca daripada pendudukan penempatan warga asing di kawasan itu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, sejak pangsapuri itu siap diduduki pada 2010 lalu, masalah tersebut berlanjutan kerana kurangnya kesedaran sivik terhadap isu kebersihan setempat.

"Hasil bancian oleh MPSJ mendapati separuh daripada penduduk di situ adalah warga asing dan separuh lagi adalah penduduk setempat.

"Mereka membuang sampah secara tidak teratur dan lebih mendukacitakan apabila ada dalam kalangan mereka yang sesuka hati mencampak sampah dari tingkat atas.

rodziah

"Malah ada juga yang sewenangnya membuah sampah di dalam longkang dan merumitkan lagi keadaan persekitaran di kawasan itu," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Pangsapuri Seri Nipah adalah kediaman flat kos rendah terletak di Jalan SM 2, Off Taman Pinggiran USJ Subang Jaya.

Baru-baru ini, media pro-umno melaporkan kawasan tersebut dipenuhi sampah sarap yang menimbulkan rasa kurang senang penduduk setempat.

Susulan rungutan dan aduun dibuat penduduk, Rodziah bersama MPSJ, mengadakan lawatan tersebut di kawasan berkenaan 23 Disember lalu.

Hasil tinjauan itu, Rodziah berkata pertemuan khas Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Seri Nipah, MPSJ, Lembaga Perumahan, Ahli Majlis dan wakil penduduk dibuat bagi membincangkan masalah tersebut.

"Perbincangan sudah dibuat dan kita dapati masalah ini sangat serius dan memerlukan perhatian semua untuk bertanggungjawab menjalankan kerja pembersihan itu dibuat," katanya.=EZY=

Selangor perkenal garis panduan lesen niaga ‘Food Truck’

Posted: 02 Jan 2017 05:07 AM PST

smart-trak1
OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM: Selangor menjadi negeri pertama mengeluarkan lesen perniagaan berkonsepkan 'Food Truck' bagi membenarkan pengoperasian perniagaan di beberapa kawasan perbandaran seluruh negeri.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, garis panduan perlesenan niaga dengan konsep tersebut kini dilaksanakan secara menyeluruh untuk tempoh 2017.

"Kerajaan Negeri baru saja meluluskan polisi baru lesen perniagaan 'Food Truck' dan 'Smart Truck' yang mana Selangor menjadi peneraju dan negeri pertama memperkenalkan lesen dengan konsep ini.

"Dasar ini merangkumi polisi baru terhadap keperluan pengoperasian perniagaan yang boleh dimulakan di seluruh negeri bagi tempoh 2017 ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Food Mega Festival, di perkarangan tapak letak kenderaan Stadium Melawati Shah Alam, Sabtu lalu.

Dalam perkembangan itu, peniaga yang berminat untuk menjalankan perniagaan berkonsepkan 'Food Truck' boleh membuat permohonan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasan Tempatan (PBT).

Antara syarat pematuhan lesen adalah kesesuaian lokasi, tidak menyebabkan kacau ganggu dan tidak mengganggu aliran trafik.

Terdahulu, Kerajaan Negeri mengeluarkan garis panduan terkini dan mengarahkan PBT menyusun semula penempatan gerai berpusat di lokasi bersesuaian supaya ia tidak menjejaskan pemandangan, kebersihan dan kesesakan dalam bandar.

Antara lokasi terkini perniagaan makanan berkonsepkan 'food truck' yang mula mendapat perhatian umum termasuklah di tapak letak kenderaan Anggerik Mall Shah Alam, Jalan Kenari USJ 1 dan SS 15 Subang Jaya.=EZY=

Tiada ulasan: