Isnin, 9 Januari 2017

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Idris Ahmad, berhentilah sibar fitnah kamu itu!

Posted: 08 Jan 2017 05:00 PM PST


  Dalam satu majlis ceramah di Dun Salor pada 6 Januari lalu, Ust Idris Ahmad, ahli Parlimen Malaysia kawasan Bukit Gantang, antara lainnya telah menyatakan seperti berikut :
Sebab itu tuan-tuan, mereka lebih rela Kelantan diperintah oleh Umno daripada diperintah oleh Pas.Pasal apa? DAP pada dia, lebih rela Umno memerintah Kelantan daripada Pas memerintah Kelantan.Sebab itu serangan bertalu-talu hari ini dikenakan terhadap Pas.
 Dalam masyarakat Cina disogokan dengan macam-macam berita.Sehinggakan orang Cina hari ini sudah hilang keyakinan dgn Pas. Ini idea-idea yg mereka bawa. Mereka menakut-nakutkan berkenaan dengan supaya jangan sokong Pas, jangan dekat dengan Pas… Pasal apa? DAP pada mereka lebih rela Umno memerintah daripada Pas memerintah.

  Dia tahu di Kelantan dia tak boleh buat apa… DAP tak boleh menang! Tapi dia pasang juak-juak dia – PAN untuk mempastikan Umno menang di Kelantan.

 Tak boleh gi… sebab itu tuan-tuan yag saya kasihi sekalian, kamu buatlah macam-macam sekalipun, tapi kamu kena ingat sebahagian besar dari kalangan kamu yang pernah berbai'ah bersama-sama dengan Pas. Yang menjadi wakil rakyat Pas, yang makan pencen daripada hasil orang Pas…

 Saya nak mengingatkan kepada tuan-tuan, tolong beri satu orang yang bahagia selamat apabila dia khianat kepada perjuangan Pas… seorang saja… dua orang ramai sangat… Lalu dia membacakan contoh baiah tersebut….
Komen al- Husseyn :

   Mohd Amar pernah berkata tidak menjadi kesalahan untuk PAS bertanding di kerusi yang ditandingi DAP kerana PAS dan DAP kini tidak lagi bersefahaman dan bekerjasama. Cer baca lagi  di sini



  Tapi bila parti Amanah Negara yang akan bertanding di semua kerusi di Kelantan, semborono saja Ust Idris Ahmad tuduh Parti Amanah Negara bertujuan untuk mempastikan Umno menang di Kelantan kerana yang demikian itulah apa yang DAP mahu!

  Bertambah pelik pula bila Harakah, akhbar resmi Pas melaporkan Umno guna parti serpihan hadapi PAS di Kelantan?

"PAN mungkin bekerjasama dengan Umno untuk tumbangkan kerajaan PAS di Kelantan...." kata Mohd Amar...

  Pas sebenarnya yang telah diperalatkan berkali-kali oleh Umno untuk mengkhianati Pakatan Rakyat. Pas bertanding di kerusi yang telah dipersetujui untuk ditandingi PKR, tetapi Hj Hadi letak juga calon Pas (walaupun tanpa persetujuan Pas Pusat) kerana menurut kata Hj Hadi:
"untuk tolong selamatkan PR - tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR. PAS bertindak untuk memelihara keteguhan bukan sahaja masa pilihanraya tetapi setelah kita diberi kemenangan oleh Allah SWT supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam PR." (antara kenyataan Hj Hadi berkait dgn fitnah pil kuda)
 Maka menjadilah pertandingan bertindih pada PRU 13 lalu yang telah menghadiahkan kemenangan kepada Umno/BN secara bodoh di tujuh kawasan berikut:

3 kawasan di Terenggu :

Bukit Besi - Mohd Syamsul Md Amin (PKR) dan Roslan Ismail (PAS) menentang calon UBN, Rosli Daud. Umno/BN menang.

Kota Putra - PKR Abdul Ghani Ibrahim dan calon PAS, Adam Mat Said akan menentang calon UBN Mohd Mahadi Musa. Umno/BN menang.

Seberang Takir - Zakaria Dagang (PAS) dan Ahmad Nazri Mohd Yusuf (PKR) menentang calon UBN Ahmad Razif Abdul Rahman. Umno/BN menang.

Selangor (Damansara) - calon PAS, Ridzuan Ismail dan calon PKR Dr Mohd Nasir Hashim masing-masing mendaftarkan diri bersama dua calon bebas untuk menentang calon UBN Halimaton Saadiah Bohan. Kerusi ini sebelum ini adalah milik Dr Mohd Nasir dari PCM yang bertanding atas PKR.Umno/BN menang

Pulau Pinang (Sungai Aceh) -  Badrul Hisham Shahrin (PKR) dan Mohd Yusni Mat Piah (PAS) menetang calon UBN Mahmud Zakaria. Umno/BN menang.

Panti - Azlisham Azhar (PAS) dan Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR) menentang calon UBN Baderi Basuki.Umno/BN menang.

Labuan - Hadnan Muhammad (PAS) dan Ibrahim Manuddin (PKR) menentang calon UBN Rozman Isli. Umno/BN menang.

Selain memberikan kemenangan kepada Umno/BN, adakah PAS tetap bersama PR ? Korang boleh jawap sendirilah!

  Jelas terbukti, Pas bertanding kacau daun telah memberi kemenangan kepada Umno/BN.

 Maka begitulah juga tujuan Pas mahu bertanding di tempat-tempat yang dimenangi DAP semata-mata supaya Umno/BN menang!

  Khalid Samad pernah menyatakan, Pembangkang cadang Pas ketuai Kelantan, Terengganu , tapi telah ditolak mentah-mentah oleh Pas. Mohd Amar dengan angkuh pernah berkata:
"...kita tidak boleh terima PAN, tidak boleh terima DAP ni, tidak boleh kerjasama, tidak boleh bincang .. kerat putus! talak tiga! Kena ingat perkara ini!" 
 Maka sudah tentulah tidak ada pilihan lain, selain Parti Amanah Negara akan bertanding melawan Umno dan parti yang mesra Umno, tak kiralah parti mana sekali pung!

   Oleh itu, Idris Ahmad, berhentilah sibar fitnah kamu itu! Pas yang mesra Umno sekarang ini menggantikan peranan Umno dalam memnyerang AMANAH dan DAP! Pas yg dapat dedak 90j dikatanya Amanah nak bagi tongkat pada Umno.....??

Berikut pula adalah komen  Ust Ridzwan Abu Bakar mengenainya:

Berkata Ust Idris Ahmad, ahli Parlimen Malaysia kawasan Bukit Gantang (sebahagian undinya datang dari rakyat yang non muslim dan non Pas) dalam ceramahnya di Kelantan :
 "tunjukkan kepada saya satu orang yang keluar Pas dan dia SELAMAT? tak ada orang yang keluar Pas akan selamat........ "
 Soalnya :

 1. Apakah soal 'selamat dalam hidup' ditentukan berdasarkan kepada parti yang disertainya? 

2. Apa bukti syarak yang menyatakan hanya PAS sebagai lubuk 'selamat'?

3. Kalaulah ada (dan sudah tentu banyak yang boleh disenaraikan ) orang yang keluar Pas dan 'selamat' menjalani kehidupan sehingga ke hujung usia..... Maka, apakah itu menjadi bukti 'keluar Pas tidak selamat' adalah teori karut dan khurafat 'agama' yang dipromosikan oleh YB Bukit Gantang ?

4. Sapa yang tentukan sempadan 'selamat' atau 'tidak' dalam hidup ini? Serta 'selamat' atau 'tidak' di akhirat kelak? Ustaz Idriss Ahmad kena nyatakan indikator apa yang dipakai oleh beliau dalam menentukan selamat atau tidak.

 DEMIKIANLAH BAHAYANYA PEMIKIRAN GHULUW.... lebih bahaya apabila yang bercakap tu bukan Ketua Cawangan Pas Paya Kerchut, tapi AHLI MAJLIS SYURA ULAMA PAS.

 Katakan TIDAK kepada pemikiran Ghuluw !

 Sebagai ahli Parti AMANAH; Saya bergembira kerana 'pemikiran melampau' PAS diserlahkan, dan ia menambahkan modal kempen kami, tetapi sebagai penganut agama Islam, saya amat takut 'wajah' Islam (yg dikatakan dasar perjuangan Us Idris) akan dilihat amat terhad dan 'keselamatan' yang dijanjikan amat ekslusif hanya untuk PAS SAHAJA. ~ Ridzuan Abu Bakar.

Berhubung dengan perkara ba'iah bekas adun Pas dan bekas ahli parlimen PAS dengan Pas yang masih diungkit-ungkit itu, sebenarnya ianya sudah terbatal selepas Pas berubah, jadi mesra Umno. Pas sekarang sudah mengkhianati apa yang dahulunya telah dipersetujui.

8 SEBAB MENGAPA BAI`AH ITU TERBATAL - SIRI-SIRI KHIANAT PAS TERHADAP TAHALUF SIASI YG DIPERSETUJUI 


 1. PAS terawal khianat dalam PR apabila seawall 2008 telah mengadakan Perbincangan UG dengan umno sedangkan muktamar 2008 telah meluluskan Kerjasama dalam PR.

2. PAS telah bersetuju dalam mesyuarat PR untuk bersama PR tetapi secara diam-diam PAS mengadakan perbincangan dengan umno. 


3. Bertindih di enam dun dalam PRU-13 padahal dalam mesyuarat PR PAS telah bersetuju kerusi-kerusi itu PKR bertanding. 

4. Mempartahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sedangkan DAP dan PKR bersetuju tukar MB, keputusan PKR tukar MB mendapat sokongan DAP maknanya keputusan 2:1. 

5. Sejak 2013 telah diadakan perancangan untuk menolak golongan profesional dalam kepimpinan PAS (sebenarnya seawal 2011 telah dirancang) Nik Abduh telah mengadakan "Deklarasi Shah Alam" yang disenaraikan siapa yang akan digugurkan. 

6. Muktamar 2015 dewan ulamak telah membekalkan skima atau `chai' kepada perwakilan supaya mengundi mengikut chai yang dibekalkan (hanya 20% sahaja tidak ikut chai). 

7. Golongan agama dalam PAS memang mahu golongan profesional disingkirkan daripada sof kepimpinan dan dari PAS! 

8. Kenyataan Presiden PAS supaya ahli PAS yang tidak bersetuju dengannya boleh keluar PAS dan tubuh parti baru, ini sudah terang lagi bersuluh arahan telah dikeluarkan oleh Tuan Presiden PAS, apa pilihan yang ada selain dari keluar PAS dan buat parti baru. 

Analisa tersebut sudah cukup kuat untuk membatalkan bai`ah adun dan ahli parlimen PAS kerana PAS sudah tidak mahu lagi dengan golongan profesional yang digulingkan secara tidak demokratik.

Dalam tafsir Al-Azhar Dr.Hamka mengatakan sumpah seumpama itu adalah sumpah "lagho" atau sia2 dan tidak perlu kepada kafarah (Ayat 225 surah Al-Baqarah).

Tiada ulasan: