Ahad, 8 Januari 2017

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Syeikh Ben baz akur dan memuji kesolehan dan kefahaman Qaradhawi

Posted: 08 Jan 2017 01:49 AM PST


  Salah satu keteladanan yang banyak dipraktikkan oleh para ulama salaf adalah sikap saling menghargai dan menghormati saudara-saudaranya yang berbeda pendapat dengan mereka.

  Sikap seperti ini juga telah ditunjukkan oleh dua ulama besar di zaman kita ini: Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Bazrahimahullah (Syeikh Ben baz)- wafat 1420 H,  dan Syaikh Yusuf bin Abdillah Al-Qaradhawi hafizhahullah.

  Syeikh Ben baz رحمه الله تعالي pernah menarik balik fatwa boleh buat perjanjian damai dengan Israel apabila israel mengajak untuk berdamai pd awal 90an kerana berdalilkan firman Allah swt:

 (وان جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل علي الله انه هو السميع العليم) 

dan dengan-dalil hadis serta kaedah feqah.... Tapi di sanggah oleh Syeikh  Qaradhawi dengan membaca ayat yg sama

( وان جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل علي الله انه هو السميع العليم)...

  Selepas Syeikh Qaradhawi memuji kesolehan dan kealiman Syeikh Ben baz lalu terus mengulas punca sanggahan bukan pd ayat tapi sanggahan pd tafsiran maksud yg di kehendaki ayat dengan apa yg berlaku; kerana ayat menyebut kalau mereka cenderung.... Sedang Israel tidak cenderung untuk berdamai mengikut kehendak ayat itu.

 Kalau betul cenderung untuk berdamai, kata Qaradhawi, mereka mesti berhenti membunuh dan beri balik rumah-rumah dan tanah-tanah yg di rampas. Bukan mulut kata berdamai, tapi tangan membunuh dan merampas.Maksud ayat itu tidak sama dengan perbuatan orang orang Israel pd waktu itu.

 Apabila Syeikh  Ben baz baca fatwa Qaradhawi... lalu beliau akur dan memuji kesolehan dan kefahaman Qaradhawi dan tarik balik fatwanya yg membenarkan perdamaian dengan Israel.

 Begitu mulianya dan ikhlasnya Syeikh Ben baz dalam menerima teguran atau peringatan. Begitu tawadhu'nya beliau menerima pandangan atau teguran Qaradhawi yang menyanggah fatwanya lalu menarik semula fatwanya yg membenarkan perdamaian dengan Israel.


  Dulu Syaikh Qaradhawi adalah ulama yang paling bersunggoh mensyiarkan perlunya taqrib antara ahlussunnah dengan syiah. Namun kemudiannya mengubah pandangannya tentang syiah dan taqrib sunnah-syiah setelah beliau menyaksikan bahwa kenyataan yang terjadi dilapangan jauh berbeda dengan apa yang diucapkan ulama syiah bahwa mereka tidak mensyiahkan sunni dan tidak mencela sahabat.

 Syaikh Yusuf Al Qaradhawi pernah mengatakan bahwa pekerjaan yang paling disesalinya adalah mengadakan taqrib (mendekatkan) antara ahlussunnah dengan syiah.

  Sepatutnya Haji Hadi mengikut pendirian Syeikh Yusuf Qaradhawi dalam isu taqrib Sunni-Syiah dan bukannya berlagak sombong dan bongkak melanggar keputusan KUIS sebegitu mudah.

 Jika Syeikh Ben baz yang begitu alim boleh menerima teguran atau  pandangan al- Qaradhawi, tetapi tidak begitu dengan Hj Hadi...

  Mustahil ulama yang bijak dan faham seperti al-Qaradawi di WAKTU INI ketika Syiah Iran sedang menyembelih umat Islam Syria sanggup berjabat mesra dengan pemimpin mereka yang bertanggungjawab.

 Setelah Hj Hadi 30 tahun berulang alik ke Iran, adakah syiah telah berhenti serang sunni?
  Ucapan pembukaan oleh TGHH di Tehran tempoh hari tidak ada pun Hj Hadi sebut tentang Aleppo atau isu kemanusiaan di Syria. Apa yang jelas disini adalah kenyataan tentang persamaan antara syiah dan sunni , serta pujian kepada Hizbullah...Sila rujuk ucapan Hj Hadi di sini

Bukan isu menziarahi Iran ataupun bersalaman dengan Syiah, tapi isu kejahatan mereka pada WAKTU ini dan dalam SUASANA yang seperti ini.

 Mereka yang matang siyasah, serta teguh pegangan pasti cuba mengelakkan hal ini. Yang demikian inilah apa yang Qaradhawi dan setiausaha beliau Dr Ali al-Qurrah Daghi lakukan. Lantaran itu Qaradhawi bukan sekadar menafi tapi mengecam tindakan itu.

 Ada pula pentaksub menulis merapu secara rasis di sini :
Cuma kita terkilan benar apabila Ketua KUIS Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi serta setiausaha badan itu Prof Dr Ali al-Qaradaghi membuat kecaman kepada seorang ulama Melayu.

 Sebagai orang Arab kemungkinan besar tokoh seperti al-Qaradhawi dan al-Qaradaghi gagal memahami al-uslub dakwah wa as-siasah Abdul Hadi.

Kecaman itu nampaknya memang keras dan menyakitkan hati kita semua. Jika tidak, mana mungkin penyokong, ahli dan pimpinan PAS segera tangkas bangkit mempertahankan naib ketua KUIS berkenaan.

Lihat saja kenyataan-kenyataan mereka mengenai Abdul Hadi. Semuanya memberikan hujah tuntas dan jelas mengabsahkan kehadiran presiden parti itu ke Tehran.

Pedulilah al-Qaradhawi, al-Qaradaghi, atau sesiapa saja yang mempertikaikan Abdul Hadi. Jika perlu Abdul Hadi boleh saja melepaskan jawatannya di KUIS dan membentuk kesatuan baru.

Tiada ulasan: