Khamis, 8 Disember 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Jika Ini Kenyataan PAS, PH & PPBM Tak Perlu Layannya Lagi...

Posted: 07 Dec 2016 10:12 PM PST

Pas tidak perlu menang pilihan raya jika tolak kerjasama, kata PPBM

Sesuatu yang pelik jika mana-mana parti politik tidak berhasrat untuk menubuhkan kerajaan apabila mempunyai peluang sebaliknya mahu jadi pembangkang semata-mata.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Kamarudin Md Nor berkata, jika Pas berpendirian enggan bekerjasama dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan dan PPBM sebaliknya mewujudkan blok politik tersendiri, parti itu tidak perlu berhasrat untuk menang pilihan raya.

"Saya merasa ganjil bila ada parti politik bercadang untuk jadi pembangkang sahaja.


"Agak pelik pula bila sesebuah parti politik itu tidak berhasrat untuk menubuhkan kerajaan bila ada peluang.

"Jika difikirkan begitu, lebih mudah untuk jadi parti pembangkang sahaja kerana tidak perlu menang dalam pilihan raya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali semalam dipetik berkata, Pas tidak memerlukan PPBM sebaliknya akan terus menerajui Gagasan Sejahtera sebagai satu lagi blok politik pembangkang.

Dalam masa yang sama Pas ujarnya lagi, boleh bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu-isu melibatkan kebajikan rakyat dan kepentingan umat Islam.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata demikian menjawab balas kenyataan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad, bahawa PPBM tidak akan menunggu Pas lebih lama untuk bersama dalam Pakatan Harapan untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Tambah Kamarudin lagi, untuk menubuhkan sebuah kerajaan terlebih dahulu pakatan pembangkang mesti bersatu.

"Pakatan pembangkang mesti bersatu dan perlu menang pilihan raya dengan kerusi secukupnya.

"Memang sukar nak laksana pembahagian kerusi tetapi tidak mustahil," tegasnya.

Bahkan Kamarudin tidak yakin sama ada Pas benar-benar hanya mahu jadi pembangkang semata-mata tanpa pegang tampuk pemerintahan.

"Saya tidak yakin Pas sekadar mahu jadi pembangkang sahaja.

"Sebabnya di Kelantan Pas menjadi kerajaan sudah lebih 22 tahun.

"Jadi saya rasa kenyataan Dr Khairuddin itu tidak mencerminkan kehendak kepimpinan Pas dan ahli keseluruhannya," telahnya.


Pas tidak perlukan PPBM sebagai pembangkang

Pas tidak memerlukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bekerjasama sebaliknya akan terus menerajui Gagasan Sejahtera sebagai satu lagi blok politik pembangkang, tegas Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata, dalam masa yang sama Pas boleh bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu-isu melibatkan kebajikan rakyat dan kepentingan umat Islam.

"Menerusi Gagasan Sejahtera, Pas membawa politik matang dan sejahtera yang mengkritik dasar-dasar kerajaan dan memberikan cadangan penyelesaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahathir semalam bahawa parti itu tidak akan menunggu Pas lebih lama untuk bersama-sama dalam Pakatan Harapan bagi menewaskan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, tarikh akhir akan diberikan kepada Pas untuk membua keputusan sama ada mahu bersama Pakatan Harapan atau tidak.

Mengulas lanjut, Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus menasihati Mahathir agar terus bersama Pakatan Harapan dan belajar menjadi pembangkang yang tegar.

"Dr Mahathir baru sahaja belajar menjadi pembangkang. Beliau boleh belajar menjadi pembangkang tegar seperti Pakatan Harapan yang membangkang apa sahaja dan bermain politik kepartian sepanjang masa," katanya.
-MD


VIDEO BERKAITAN




ULASAN GB

Apa pun parti yang bersama dengan Pakatan Harapan perlu bertindak tegas terhadap PAS. Tak perlu lagi terhegeh-hegeh melayan parti itu kerana sudah jelas dari kenyataan At-Takiri bahawa PAS memang tidak bersedia untuk bersama dengan blok utama parti pembangkang.

Ada pihak yang berhujjah jika parti pembangkang berpecah dan berlaku pertandingan tiga penjuru maka ia akan memberi laluan kepada BN untuk menang di dalam pilihanraya. 2 PRK, Kuala Kangsar dan Sungai besar menjadi sandaran.

Ia tidak semestinya benar. Apa yang jelas rakyat sudah mengetahui corak permainan PAS. Ia kini lebih bersama-sama dengan UMNO BN. Malah jika ia menyertai blok Pakatan Harapan maka ia akan lebih membahayakan PH sendiri kerana sikap lalang PAS itu mungkin sahaja menikam PH semula jika mereka menang nanti.

Justeru itu, kita menyeru kepada semua pihak yang bersama dengan PH agar lupakan hasrat untuk memujuk atau mengharapkan PAS kerana hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Parti yang sehebat manapun tetapi jika mereka berasingan akan tetap kalah, apatah lagi parti yang bodoh sombonmg, angkuh dan paling teruk, parti yang mengkhianati rakyat. Mereka akan terhumban keluar dari arus perjalanan politik negara yang kini bergerak ke hadapan untuk SELAMATKAN MALAYSIA.



FEATURED ADS



Tiada ulasan: