Selasa, 20 Disember 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Hadi Dikecam Keras Oleh KUIS, Berkemungkinan Dipecat Dari Jawatannya?

Posted: 20 Dec 2016 02:22 AM PST

Kesatuan ulama pula kecam Abdul Hadi

Selepas disindir bekas mufti Perlis, kali ini pemimpin tertinggi Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) pula dilihat menempelak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Melalui kenyataan dimuat naik pada akaun Facebook KUIS, Dr Yusuf al-Qaradawi dilaporkan mengecam tindakan Abdul Hadi menghadiri perhimpunan antara mahzab di Tehran.

Kata Yusuf, KUIS juga terkejut dengan waktu kunjungan Abdul Hadi berkenaan kerana ia dibuat ketika "Iran menjalankan jenayah kejamnya" di Aleppo, Syria.


"KUIS mengutuk ziarah ini yang dilakukan pada waktu ini (ketika puak Syiah dan Sunni berperang), dan ia dianggap ziarah yang tidak boleh diterima daripada mana-mana pihak pimpinan di dalam KUIS.

"Kunjungan berkenaan tidak dianggap mewakil KUIS tetapi atas kapasiti peribadi sahaja.

"Ketika ini KUIS menunggu Syeikh Abdul Hadi untuk menarik diri daripada kunjungan yang tidak pernah dipersetujui ini, tidak kena pada masanya dan tidak juga pada tempatnya!" kata kenyataan berbahasa Arab berkenaan.

Abdul Hadi berkunjung ke Tehran untuk menyertai persidangan anjuran kerajaan negara berkenaan tetapi mula mendapat kecaman beberapa pihak sejak kelmarin.

Setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kemudian membuat kenyataan mendakwa pemergian presiden PAS itu antara lain adalah atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin Iran, Dr Abdurrahman Bayraan.

Abdurrahman, kata Samsuri, adalah tokoh Sunni dan dilantik Yusuf.

Artikel dipadamkan

Tambahnya kehadiran Abdul Hadi adalah supaya beliau dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka di negara berkenaan.

"Beliau juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami (nama Arab untuk KUIS) iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lepas, dengan hujah di atas.

"Jadi tidak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi," katanya.

Sebelum itu Datuk Dr Juanda Jaya secara sinis berkata, beliau berasa "kemaluan dan kesipuan" membaca catatan dibuat seorang tokoh ulama luar berhubung kehadiran Abdul Hadi di ibu negara Iran berkenaan.

Dalam konflik berpanjangan di Syria, Iran dianggap satu daripada negara yang menyumbang serta menyokong Presiden Bashar al-Assad menentang pemberontak di negara berkenaan.

Rejim Bashar baru saja kembali menguasai Aleppo selepas wilayah itu dikuasai kumpulan pemberontak sejak perang saudara meletus.

Ketika kerajaan Syria dianggap mewakili puak Syiah, pemberontak pula terdiri daripada kalangan pengikut Sunni menjadikan konflik berkenaan ditafsir sebagai perang antara mazhab.

Satu lagi negara yang menyokong Bashar ialah Russia.

Isu berkenaan menjadi lebih menarik perhatian apabila sebuah laman sesawang dikaitkan dengan Abdul Hadi, ulamasedunia.org, memuat naik artikel berjudul "Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang wakili KUIS ke Tehran bawa mesej Umat Islam dua hari lalu.

Bagaimanapun semakan hari ini mendapati kandungan artikel itu dipadamkan.


Untuk makluman, Abdul Hadi adalah naib ketua KUIS.

Dalam kenyataan KUIS lagi, turut mengutuk keras Abdul Hadi ialah Ali sendiri, iaitu tokoh yang dipetik namanya oleh Samsuri dalam kenyataannya kelmarin.

"Dalam usaha menyatukan umat Islam, KUIS juga mengambil pendirian jelas menentang kerakusan projek perpecahan Iran, dan tidak melupakan musibah yang dilalui oleh umat kita (Sunni), serta pertumpahan darah di Aleppo, juga jutaan rakyat Syria yang terbunuh, tercedera, ditawan, dan kehilangan rumah di seluruh Syria," kata kenyataan itu lagi.


Bennett: Trump win means era of Palestinian state is over

Apabila ada pihak yang mendakwa kononnya Kesatuan Ulama Islam Sedunia iaitu al-Syeikh al-'Allamah Dr Yusuf al-Qaradawi menghantar wakil bertemu mesra dengan Ali Khameini di Iran saya amat dukacita. Saya kehairanan, terkejut dan sedih bagaimana ini mungkin berlaku?!

Ini kerana bagi saya mustahil ulama yang bijak dan faham seperti al-Syeikh al-'allamah Dr Yusof al-Qaradawi dan sesiapa sahaja insan muslim sunni apatahlagi ulama di waktu ini ketika Syiah Iran sedang menyembelih umat Islam Syria sanggup berjabat mesra dengan pemimpin mereka yang bertanggungjawab.

Iman, ehsan, ukhuwwah Islamiyyah dan kewarasan insan menolak hal ini.

Saya antara pengkagum Dr Yusuf al-Qaradawi sekalipun saya tidak taklid beliau dalam semua perkara. Saya berharap pengalaman beliau, kecemburuan beliau terhadap nasib umat dan keluasan ilmu beliau dan para ulama yang insaf tidak akan terlibat hal seperti itu.

Bukan isu menziarahi Iran ataupun bersalaman dengan Syiah, tapi isu kejahatan mereka pada waktu ini dan dalam suasana yang seperti ini. Mereka yang matang siyasah, tegap keinsanan serta teguh pegangan pasti cuba mengelakkan hal ini.

Alhamdulillah, dukacita saya berakhir apabila Dr Yusuf al-Qaradawi dan setiausaha beliau Dr Ali al-Qurrah Daghi bukan sekadar menafi tapi mengecam tindakan itu.

Ertinya tokoh umat Islam itu tidak terlibat dalam hal ini. Semoga al-Syeikh al-'Allamah al-Qaradawi dan para ulama yang ikhlas terpelihara dari fitnah seperti ini.

Hal tokoh lain saya belum mahu ulas sebab bukan rujukan saya. Saya hanya menumpukan kepada pendirian Dr al-Qaradawi dan tokoh-tokoh ulama yang berwibawa yang saya membaca bahan mereka.

Berikut terjemahan kenyataan Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu;

Kecaman Kunjungan Abdul Hadi Awang ke Iran

Kunjungan Naib Presiden al-Ittihad ke Iran tidak mewakili Ittihad 'Ulama Muslimin (Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa).

Al-Ittihad al-'Alami Li 'Ulama al-Muslimin - mewakili presidennya fadhilah al- 'allamah Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Setiausaha Agungnya Dr 'Ali al-Qurrah Daghi - mengecam keras kunjungan al-Syeikh 'Abdul Hadi Awang, Naib Presiden al-Ittihad al'Alami Li 'Ulama al-Muslimin, dan presiden parti Islam Malaysia ke Iran.

Al-Ittihad al-'Alami li Ulama al-Muslimin melahirkan rasa hairan dengan pemilihan waktu kunjungan, pada ketika Iran melakukan tindakan kejam membunuh saudara kita, khasnya di Halab dan di Syria amnya.

Selain peranan yang dimainkan dan ketamakan Iran untuk menguasai wilayah-wilayah kita (Ahli sunnah) termasuk di 'Iraq dan Yaman.

Al-Ittihad juga mengecam kunjungan yang dilakukan pada waktu ini, ia dianggap sebagai satu kunjungan yang tidak sah dari salah seorang yang pimpinan dalam kesatuan, dan kunjungan itu tidak mewakili sesiapa pun melainkan individu itu sendiri.

Ittihad juga menantikan penilaian semula dari al-Syeikh (Haji Hadi) Awang di atas kunjungannya tersebut yang tidak dipersetujui dari segi pemilihan waktu mahupun tempat.

Al-Ittihad dalam masa berkerja untuk mewujudkan kesatuan ummah Islam, namun di sudut yang lain al-Ittihad mengambil pendirian yang jelas menentang setiap ketamakan kepuakan yang diperjuangkan oleh Iran.

Al-Ittihad tidak akan melupakan peristiwa-peristiwa yang melanda umat Islam, pertumpahan darah yang mengalir di Halab (Aleppo), jutaan rakyat Syria yang terbunuh, yang tercedera, yang ditawan dan menjadi pelarian di merata tempat.
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah mufti Perlis. Artikel ini pertama kali dimuatnaik di Facebook miliknya.


ULASAN GB

Nasruddin Tantawi pun mendakwa haji Hadi mewakili Kesatuan Ulama Sedunia sepertimana yang dipaparkan oleh harakahdaily.


Lalu seorang sahabat saya mengulas di dalam status fbnya.

Hentikanlah penipuan anda kepada penyokong dan pendokong parti anda setelah sekian lamanya anda berbohong serta menyembunyikan perkara yang benar dari pengetahuan ahli parti anda. Allah swt tunjukkan sedikit demi sedikit pembohongan yang anda lakukan atas nama agama.

"Anda" di sini merujuk kepada pimpinan-pimpinan tertinggi parti Islam tersebut.


Ia kemudiannya disambut oleh seorang rakan lain:

Berbohong tak bagus. Kalau nak pergi juga, janganlah jual nama organisasi ulama.

Pemergian Hadi ke Teheran itu TIDAK DIRESTUI oleh Kesatuan Ulama Sedunia malah dikecam keras oleh kesatuan Ulama Sedunia (Al-Ittihad).

Kunjungan Naib Presiden al-Ittihad ke Iran tidak mewakili Ittihad 'Ulama Muslimin (Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa).

Al-Ittihad al-'Alami Li 'Ulama al-Muslimin - mewakili presidennya fadhilah al- 'allamah Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Setiausaha Agungnya Dr 'Ali al-Qurrah Daghi - mengecam keras kunjungan al-Syeikh 'Abdul Hadi Awang, Naib Presiden al-Ittihad al'Alami Li 'Ulama al-Muslimin, dan presiden parti Islam Malaysia ke Iran.

Al-Ittihad al-'Alami li Ulama al-Muslimin melahirkan rasa hairan dengan pemilihan waktu kunjungan, pada ketika Iran melakukan tindakan kejam membunuh saudara kita, khasnya di Halab dan di Syria amnya.

Melihat kepada kecaman keras oleh Al-Ittihad itu, mungkinkah Hadi akan dikenakan tindakan pemecatan dari jawatannya selaku Naib Ketua kesatuan tersebut?




FEATURED ADS



Hadi Dituduh Bersekongkol Dengan Penjenayah Dan Perogol Umat Islam Syria (?)

Posted: 19 Dec 2016 10:35 PM PST

Bekas mufti 'kesipuan' lihat Hadi di Tehran

Bekas mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya secara sinis berkata, beliau berasa 'kemaluan dan kesipuan' membaca suatu catatan dibuat seorang tokoh ulama luar berhubung Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menulis di Facebooknya, Juanda berkata, maruah Malaysia ketika ini 'jatuh ke tanah di mana-mana' akibat penyertaan presiden PAS itu dalam persidangan antarabangsa di Iran.

Berkongsi status dibuat oleh seorang profesor dalam bidang hubungan antarabangsa, Juanda berkata, beliau tidak sanggup menterjemahkan kenyataan dibuat dalam bahasa Arab itu.


"Bagi yang sudi, pohon terjemahan teks catatan ini agar umat Melayu faham. Saya tak sanggup terjemah kerana herdikannya amat tajam..." katanya.

Juanda kini adalah ADUN Jemoreng di Sarawak mewakili BN.

Antara lain, Prof Dr Abd Al-Fattah El-Awaisi menyatakan tentang kemarahannya terhadap penyertaan Abdul Hadi dalam persidangan antara mazhab di Tehran.

Menurut maklumat pada laman sesawang Abd al-Fattah El-Awaisi adalah cendekiawan British berdarah Palestin dan berpengalaman mengajar di negara Arab, Britain, Turki dan Malaysia.

Kata Abd Al-Fattah, pemimpin yang berkunjung ke Tehran itu bersekongkol dengan penjenayah yang bertanggungjawab mencabul kanak-kanak dan wanita, selain pembunuh serta pihak yag terlibat dalam perang di Syria.

"Sesuatu yang amat memalukan dan buruk untuk sesiapa yang yang pergi ke Tehran, ibu negara musuh dan penjajah Iran dan menyertai persidangan anjuran mereka berkaitan Kesatuan Umat Islam.


"Persidangan ini telah dianjurkan oleh Institut Antarabangsa Bagi Penyatuan Mazhab Islam berakhir pada petang semalam (Sabtu 17/12/2016) dengan ucapan penutup telah disampaikan oleh ketua mereka yang juga merupakan penjenayah dan pembunuh iaitu Ayatullah Ali Khameini.

"Antara nama nama yang telah hadir pada persidangan ini seperti dilaporkan oleh media Iran ialah:-

1. Sheikh Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Malaysia (PAS) yang juga merupakan Naib Ketua bagi Kesatuan Ulama Sedunia. Beliau telah menyampaikan ucapan pembukaan persidangan ini pada hari khamis yang lepas (15/12/206).

2. Iddah Falahi yang diberikan gelaran sebagai 'Pemikir Al-Jazair' juga menyampaikan ucapan penutup pada persidangan ini.

3. Safinaz Kazim wakil dari Mesir

4. Uthman Batikh (Mufti Tunisia yang dilantik melalui Kedutaan Tunisia di Tehran).

"Kesemua mereka yang telah pergi ke Tehran ini bersekongkol dalam pencabulan gadis gadis kita dan wanita wanita kita, bersekongkol dalam jenayah pembunuhan dan penghancuran, bersekongkol juga dalam pembinasaan yang kesemuanya ini telah dilakukan oleh penjajah Iran terhadap Syria yang telah musnah.

"Tidakkah menjadi suatu yang amat memalukan dan buruk bagi mereka yang pergi ke Tehran dan khatib rasmi negara itu - Ayatullah Imami Kashani - telah berkata ketika khutbah jumaat: Sesungguhnya Halab (Aleppo) telah bebas dan orang Islam telah menang ke atas orang kafir?!!"
tulisnya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pemergian presiden PAS itu antara lain adalah atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin Iran, Dr Abdurrahman Bayraan.

Katanya, Abdurrahman adalah tokoh Sunni dan dilantik Syeikh Dr Yusuf Qardhawi.

Katanya kehadiran Abdul Hadi adalah supaya beliau dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka di negara berkenaan.

"Selain dari itu Abdul Hadi juga menjelaskan isu-isu keganasan dan puncanya pada waktu ini.

"Beliau juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lepas, dengan hujah di atas.

"Jadi tidak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi.

"Selain Abdul Hadi, antara tokoh Sunni yang hadir ialah Sheikh Dr Mustafa Ceric (Mufti Bosnia-Herzegovina), Mufti Iraq, Wakil Hamas, Mursyid Am Parti Saadat Turki, Sheikh Dr Taj El-Din Hilaly (mantan Mufti Umat Islam Australia), wakil dari Jamaat Islami Pakistan dan sebagainya lagi.

"Isu yang dibangkitkan mengenai apa yang berlaku di Syria dalam minggu ini memerlukan kupasan dan analisis lebih mendalam.

"Insya-Allah Abdul Hadi sendiri akan mengupasnya secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana media antarabangsa atau mana-mana pihak, berdasarkan gambaran yang lebih luas.

"Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat akan memaklumkan tarikh dan waktunya yang sesuai untuk program berkenaan," katanya seperti disiarkan Harakahdaily. -mk



ULASAN GB

Satu ketika dahulu, heboh orang-orang PAS menuduh AMANAH sebagai Syiah sehingga Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Ust Abd Ghani Samsuddin difitnah sebagai Syiah, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu pun dituduh Syiah.

Malah sebelum itu pun isu Syiah dijadikan sebahagian dari kempen Geng Ulama untuk menyingkirkan golongan progresif semasa Muktamar ke 61 di kuala Selangor.

Kini semua fitnah dan tuduhan itu kembali kepada PAS semula.

Malah lebih dasyat apabila Prof Dr Abd Al-Fattah El-Awaisi menyatakan mereka itu bersekongkol dengan penjenayah yang bertanggungjawab mencabul kanak-kanak dan wanita, selain pembunuh serta pihak yag terlibat dalam perang di Syria.

Berikut pula ulasan Dr Rozaime Ramli:



Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Satu jari menunjuk orang lain, empat jari menunjuk kepada dirinya sendiri.



FEATURED ADS



Tiada ulasan: