Isnin, 12 Disember 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Tinggalkan DNA Parti Lama, Jangan Tunjuk Siku & Lutut

Posted: 11 Dec 2016 09:30 PM PST

Jangan bawa DNA parti lama, tegas Khalid

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mengingatkan ahli dan pimpinan parti berusia setahun itu supaya meninggalkan tabiat menyerang rakan dalam parti pembangkang.

"Kamu bantai begitu, ada (dapat) kukuhkan Pakatan Harapan? Kita jangan bawa DNA 'parti lama' (Pas).

"Bantai Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), betulkah macam itu? Ini DNA parti lama," tegasnya pada ucapan penangguhan sempena Konvensyen Nasional Amanah hari ini.


Sehubungan itu, beliau menyeru supaya Amanah bekerja keras untuk membuktikan keupayaan parti kepada rakan-rakan parti pembangkang.

"Amanah parti yang paling sukar bertapak di Malaysia. (Penubuhan) Semangat 46 - Umno serang, Pas sambut; PKR - Umno serang, Pas sambut tapi Amanah Umno serang, Pas serang!

"Maknanya apa? Kalau nak jadikan Amanah sebagai parti yang kuat dan pilihan yang kita mesti lakukan adalah perkuatkan jati diri, ada kesungguhan bukan menunggu permaidani merah untuk kita,"
ujarnya lagi.

Terdahulu Perwakilan Amanah Selangor, Jamzuri Ardani mengingatkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Amanah tidak 'lapar' dengan jawatan dalam kerajaan negeri.

"Apa yang kami mahu adalah kami dirai sebagai anggota komponen parti kerajaan negeri tanpa tekanan dan birokrasi kerajaan negeri.

"Ketua kampung Pas, Adun Pas, ahli majlis Pas, exco-exco Pas, itulah yang membantah dan menghalang kita dari kuliah di masjid. Ada ahli majlis yang halang Amanah dari menggunakan dewan-dewan.

"Sekiranya Amanah tak menang banyak kerusi, kita bimbang menteri besar lepas pilihan raya umum akan duduk dalam blok pembangkang. Unsur duri dalam daging dalam kerajaan negeri perlu dibuang segera," kata Jamzuri yang juga Pengarah Komunikasi Amanah Selangor.



VIDEO


ULASAN GB

Yang mana ada bawa DNA parti sejarah tu, belajarlah untuk meninggalkannya.

AMANAH perlu bergerak ke hadapan. Perangai dan fe'el lama akan hanya mengundang kebencian rakyat.

Diantara perangai dan fe'el dari DNA parti lama ialah seperti tidak boleh/mahu menerima teguran dan kritikan dari ahli bawahan, mewujudkan "kasta" dalam parti, tidak menghargai jasa para amilin, perasan dirinya saja yang betul dan pandai yang lain salah dan bodoh, ujub dan angkuh dengan kedudukan, cakap tak serupa bikin, enggan untuk belajar dan menambahkan ilmu serta lain-lain.

Allah Maha Melihat apa yang kita lakukan. Beringatlah.





FEATURED ADS



Tiada ulasan: