Ahad, 11 Disember 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PAS TIDAK KELIRU, JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI SEDANG MENUNGGU...

Posted: 11 Dec 2016 06:19 AM PST

 shahbudindotcom



Walaupun dikecam oleh Tun Mahathir Mohamad sebagai parti yang keliru, Pas tidak mustahil akan memilih untuk terus menjadi parti yang keliru dan mengelirukan sehingga pilihanraya umum akan datang.

Dengan menjadi parti yang keliru, Pas bukan saja dapat mengelirukan rakyat, bahkan penyokongnya sendiri akan turut dikelirukan.

Mengelirukan rakyat, terutama penyokong Pas di kampung-kampung adalah perkara yang paling diharapkan oleh Najib Razak kerana dengan kekeliruan itulah yang akan menyebabkan UMNO dan BN mampu menang pilihanraya dan dapat terus berkuasa.

Tetapi, adakah Hadi Awang keliru dengan pendiriannya itu?

Jawabnya, tentu saja tidak.

Pas adalah parti politik dan Hadi adalah pemimpin politik. Pas dan Hadi tidak berbeza dengan parti politik atau pemimpin politik yang lain yang ada di dunia moden ini. Semua mereka adalah sama.

Parti politik dan orang politik sentiasa kemaruk kuasa. Cuma kadang-kadang mereka pandai mengelirukan rakyat di sebalik keinginan terhadap kuasa itu.

Apabila Pas kekal menjadi parti yang keliru dan pertandingan menjadi tiga penjuru, kebarangkalian untuk UMNO dan BN menang lebih kerusi dalam PRU 14 nanti adalah tinggi kerana kejayaannya mengelirukan pengundi.

Dengan pengundi keliru kerana sesama pembangkang berlawan tiga penjuru, UMNO dan BN sebagai kerajaan sedia ada lebih mudah lagi menjalankan kerja-kerja pengeliruan mereka bagi tujuan mengekalkan kuasa.

Tetapi, disebabkan parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan "sudah mati"  serta kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak dijangka turut mengalami perubahan, Najib mungkin tidak mampu menubuhkan kerajaan secara sendirian dalam konteks BN.

Dengan kedudukan pengundi keliru, terkeliru atau sengaja dikelirukan, Pas sebaliknya mampu mengekalkan kemenangan di kawasan-kawasan di mana ia sedia kuat selama ini.

Dengan itu, selain Najib dan UMNO boleh terus berkuasa, Pas juga mampu terus berkokok di Kelantan, Terengganu dan kawasan-kawasan majoriti Melayu yang lain. 

Namun, berikutan ketidakmampuan menubuhkan kerajaan itu, Najib dan UMNO tidak ada pilihan selain mengajak Pas mewujudkan kerjasama bagi menubuhkan kerajaan campuran.

Hubungan yang sudah sedia terjalin antara Najib dan Hadi serta mungkin juga disebabkan bantuan-bantuan lain yang diberikan kepada Pas sewaktu pilihanraya diadakan, akan menjadikan proses menubuhkan kerajaan campuran itu lebih mudah serta mustahil ditolak.

Jika dengan persetujuan Pas itu menyebabkan Najib dapat kekal lagi sebagai Perdana Menteri, Hadi sudah pasti lebih layak diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri berbanding Zahid Hamidi. Hadi sudah dianggap lebih berjasa besar jika dibandingkan dengan Zahid Hamidi. 

Untuk mengukuhkan lagi kerjasama itu, beberapa pemimpin Pas lain  akan turut dijadikan menteri dan timbalan menteri.

Dengan Hadi menjadi Timbalan Perdana Menteri, ia secara sendirinya menyebabkan Zahid Hamidi tercicir daripada jawatannya. Adalah suatu pembaziran pula kiranya diwujudkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam satu masa, lebih-lebih lagi jika kedua-duanya adalah pemimpin Melayu.

Mencicirkan pemimpin UMNO sendiri daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri secara automatik juga mengelakkan Najib daripada ancaman dan gugatan untuk terus berkuasa dengan lebih lama. Sesiapa pun yang menjadi Timbalan Presiden UMNO selepas itu, Najib tidak perlu bimbang lagi dengannya.

Beliau boleh memilih sendiri bila waktu mahu bersara atau mahu berkuasa hingga ke hujung nyawa.

Ini kerana Timbalan Presiden UMNO bukan lagi penjawat nombor dua dalam kerajaan, sebaliknya hanya menteri biasa yang tidak boleh menggugat sama-sekali kedudukan Perdana Menteri. Kerusi Timbalan Perdana Menteri sudah jadi milik Pas sebagai rakan kongsi.

Perlahan-lahan seterusnya, Najib mempunyai cukup ruang dan masa untuk mengatur Hishammuddin, sepupunya untuk mengambil alih tempatnya nanti. Maka, selamatlah Najib daripada sebarang pendakwaan untuk selama-lamanya.

Hanya Pas yang keliru, tetapi Hadi dan Najib tidak keliru apabila sama-sama setuju untuk menjadikan parti Islam itu terus keliru


Penyakit 'ding dong' dalam PAN menyusahkan jentera - Perwakilan

Posted: 11 Dec 2016 06:13 AM PST

 
 
Jamzuri Ardani
Jamzuri Ardani
 
 
Sikap 'ding dong' atau tarik tali kepimpinan Parti Amanah Negara (PAN) dalam membuat sesuatu keputusan menyebabkan ahli berasa bosan dan parti itu tidak akan ada hala tuju masa depan yang baik.
 
Pembahas PAN Selangor, Jamzuri Ardani memberi contoh, antara yang membosankan ialah sikap berlengah pemimpin dalam persiapan menghadapi pIlihan raya.
 
"Parti lain apabila tiba pilihan raya sudah bersiap sedia dengan jentera, calon dan kawasan bertanding. Mereka dengan jentera dan pengundi cuma menunggu tarikh pilihan raya sahaja.
 
"Tetapi Amanah masih 'ding dong'. Tak tahu nak bertanding atau tidak. Tak tahu nak lantik siapa calon dan bertanding di kawasan mana. Tak tahu nak bersetuju atau tidak guna satu logo.
 
"Semuanya masih tarik tali, sedangkan tempoh (pilihan raya) sudah dekat," katanya pada sesi perbahasan yang masuk hari kedua dan terakhir Konvensyen Nasional PAN di Shah Alam, hari ini.
 
Menurut Jamzuri, beliau mahu pucuk pimpinan bertindak segera atau membuat keputusan berani dengan mengumumkan calon, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen lebih awal.
 
Ini katanya, memudahkan jentera untuk turun bekerja menarik sokongan pengundi dan memberi kemenangan kepada calon PAN.
 
Jelasnya, beliau tidak mahu kesilapan Datuk Husam Musa bertanding di Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRu13) berulang lagi.
 
"Dia kata nak ke Putrajaya. Tapi kerana sikap ding dong.. ding dong akhirnya dia kalah sebab bila tarikh mengundi dah dekat baru buat keputusan (nak bertanding)," tegasnya.
 
Jamzuri berkata, sebagai sebuah parti yang baharu ditubuhkan, dengan dana dan sumber yang serba terhad akan membantutkan usaha jentera untuk turun bekerja jika pihak atasan bermain ding dong.
 
Ujar beliau, semua kerja ke arah mempersiapkan diri dalam menghadapi pilihan raya sepatutnya dimulakan ketika parti itu diumumkan kelulusan oleh pihak pendaftaran, bukan tiga atau empat bulan hendak tamat tempoh PRU13.
 
"Pihak atasan hanya berceramah. Kita di bawah yang turun bekerja kempen daftar pengundi, kempen tarik anak-anak muda. Semua ini perlukan masa," katanya.
 
Beliau mengakhiri perbahasannya yang mendapat tepukan gemuruh para perwakilan yang hadir itu dengan sebuah pantun: "Di sebelah sana politik dedak, di sebelah sini ding dong, akhirnya rakyat muak, politik kong kalikong,". - MalaysiaGazette
 
 

Amanah bantu PPBM tumbangkan Umno BN

Posted: 11 Dec 2016 06:07 AM PST

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Timbalan Presiden Aamanah Salahuddin Ayub berkata, Amanah mesti bersikao matang dalam menagdakan kerjasama politik Timbalan Presiden Aamanah Salahuddin Ayub berkata, Amanah mesti bersikao matang dalam menagdakan kerjasama politik


Parti Amanah Negara (Amanah) bersikap matang dalam mengadakan kerjasama politik bagi menumbangkan Umno BN, kata Timbalan Presiden Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, Amanah mesti bersikap negarawan dengan memberi peluang kepada parti pembangkang lain untuk bertapak dan menguatkan parti mereka.

"Baru-baru ini saya balik kampung di Johor dan ada orang Umno nak jumpa saya.

"Jadi saya buka pintu jumpa mereka dan berbincang. Kalau ikutkan hati saya boleh paksa mereka isi borang sertai Amanah.

"Kemudian Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke tempat saya jadi saya bagitahu beliau ada 300 ahli Umno nak sertai Bersatu.

"Kalau mahu jadi negarawan, msti betul-betul jadi negarawan. Kita mesti beri peluang kepada parti kawan untuk kukuhkan parti mereka untuk tumbangkan Umno BN," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Konvensyen Amanah Nasional hari ini.

Sementara itu, Salahuddin memaklumkan Pakatan Harapan akan menerima penyertaan PPBM selepas 13 Disember ini.

Beliau berkata, ia akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang diadakan setiap bulan bagi membincangkan gerak kerja gabungan parti pembangkang itu.

"Pada 13 Disember ini kita akan mengadakan mesyuarat bersama Pakatan Harapan dan sama-sama kita berdoa agar Pakatan Harapan menerima Bersatu (PPBM) pada tarikh itu.

"Pakatan Harapan akan ada empat parti iaitu Amanah, DAP, PKR dan Bersatu. Inilah rumah baru Pakatan Harapan," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Konvensyen Amanah Nasional hari ini.

Beliau berkata, Amanah bertuah kerana mempunyai pimpinan yang matang dalam berpolitik dan bersifat negarawan.

"Kita akan bekerjasama dengan Tun Mahathir walaupun ramai yang ingatkan kita supaya hati-hati dengan beliau, siapa tak kenal beliau.

"Tapi Amanah parti yang matang dan kita beruntung kerana memmpunyai presiden seperti Mohamad Sabu yang sangat matang dalam berpolitik," katanya.

Pada Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam 12 November lalu Mahathir dilaporkan berkata pihaknya akan menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum menyertai pakatan tersebut termasuk menjadikan pakatan itu sebagai satu entiti.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan di Istanbul

Posted: 11 Dec 2016 01:59 AM PST

MALAYSIA GAZETTE



Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian dua serangan bom pengganas di Stadium Bola Sepak Besiktas di Istanbul, Turki.

Kejadian itu mengorbankan 29 orang dan 166 lagi dilaporkan cedera.

Dalam kenyataan di sini, Kementerian Luar Negeri berkata, kedutaan akan terus berhubung dengan pihak berkuasa Turki dan rakyat Malaysia yang berada di sana termasuk pelajar di Istanbul.

Kementerian itu yang mengutuk tindakan keganasan itu turut mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau berhasrat melawat Turki supaya berhati-hati dan merujuk kepada panduan keselamatan di laman webnya.


Dalam kenyataan tersebut, kementerian berkenaan merakamkan rasa simpati dan ucapan takziah Malaysia kepada kerajaan dan rakyat Turki serta mangsa-mangsa yang terlibat dalam serangan itu. -
MalaysiaGazette
 

Paras air Sungai Tembeling meningkat, kenderaan hampir hanyut

Posted: 11 Dec 2016 01:50 AM PST

Oleh Bernama
 
 


Hujan sekejap-sekejap yang kadang kala lebat selama beberapa jam bermula jam 9 malam sehingga tengah malam tadi di kawasan Hulu Tembeling menyebabkan paras air Sungai Tembeling, Kuala Tahan naik mendadak hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata, kejadian itu turut menyebabkan dua kenderaan, yang diletakkan berhampiran restoran terapung di sungai itu, ditenggelami air dan hampir dihanyutkan arus sungai.

"Dua kenderaan berkenaan iaitu sebuah van pelancong dan sebuah kereta dipercayai milik pelancong yang bermalam di sebuah resort di Taman Negara.

"Bagaimanapun, air Sungai Tembeling beransur-ansur surut pagi ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati pelancong dan pengunjung Taman Negara supaya meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan untuk mengelak kejadian seumpama itu berlaku.

Sementara itu, pengusaha pelancongan yang juga Pengerusi 'Bird Group' Taman Negara Roslan Abu Kassim menyifatkan kejadian itu sebagai perkara biasa menjelang musim tengkujuh.

"Memang biasalah air sungai naik bila musim tengkujuh namun, tahun ini, ia meningkat ke paras paling tinggi yang pernah direkodkan," katanya yang menganggarkan air sungai berkenaan meningkat sehingga paras 5 meter berbanding biasa.

Menurutnya, sesetengah aktiviti pelancong sepanjang musim tengkujuh masih berjalan seperti biasa termasuk aktiviti 'canopy walk', trekking, bird watching dan melawat perkampungan Orang Asli.

Bagaimanapun, katanya aktiviti itu hanya terhad dilakukan berhampiran kawasan pusat operasi Taman Negara manakala aktiviti di kawasan lebih jauh di dalam hutan dihentikan sementara waktu selaras dengan arahan daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri.

"Pengusaha pelancongan Taman Negara sentiasa mengadakan kerjasama dengan jabatan agensi kerajaan yang terlibat bagi memantau keadaan cuaca dan Sungai Tembeling dari masa ke semasa untuk keselamatan pelancong sepanjang musim tengkujuh ini," katanya. - MalaysiaGazette


Amanah jamin bebaskan Mazlan dari bankrap

Posted: 11 Dec 2016 01:48 AM PST

 HAZAYANI ZAKARIA

Presiden Amanah Mohamad Sabu melancarkan Solidariti untuk Mazlan di Konvensyen Amanah Nasional hari iniPresiden Amanah Mohamad Sabu melancarkan Solidariti untuk Mazlan di Konvensyen Amanah Nasional hari ini


Konvensyen Amanah Nasional hari ini melancarkan Solidariti Untuk Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman yang diarah membayar saman sejumlah RM500,000 kepada Felda.

Saman tersebut ekoran tulisan Mazlan dalam bukunya bertajuk "Felda...Dulu Tolong Sekarang Along!" yang dicetak oleh syarikat Angkatan Edaran.

Sekiranya Mazlan tidak dapat membayar wang tuntutan ini, beliau akan segera dimufliskan dan tidak lagi boleh memimpin mana-mana organisasi untuk memperjuangkan rakyat dan membebaskan golongan Felda.

Pelancaran itu dibuat sejurus usul berkaitan Solidariti Mazlan Aliman yang dikemukakan perwakilan Negeri Sembilan diluluskan dengan sebulat suara.

Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika membahaskan usul tersebut menyatakan komitmen untuk membebaskan Mazlan daripada bankrap sambil mendakwa tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas Mazlan ini adalah usaha kerajaan untuk melemahkan semangat ahli dan penyokong Pakatan Harapan.

"Rentetan peristiwa Mazlan Aliman dibankrapkan, ini adalah ciri yang dibuat oleh Najib untuk melemahkan Pakatan Harapan dan sekutu Pakatan Harapan supaya petugas sama ada hilang semangat atau patah di tangah jalan.

"Mazlan jiwa dan perjuangannya bersama Felda dan peneroka generasi awal kedua dan seterusnya. Mazlan adalah pejuang. Oleh itu kita mesti bebaskan Mazlan Aliman daripada bankrap," katanya ketika menyokong usul Solidariti Mazlan Aliman yang dikemukakan perwakilan Negeri Sembilan.

Mazlan Aliman berhadapan status muflis jika tidak dapat membayar RM500,000 kepada FeldaMazlan Aliman berhadapan status muflis jika tidak dapat membayar RM500,000 kepada Felda

Beliau juga mengumumkan sumbangan sebanyak RM20,000 untuk tabung Mazlan yang mula dilancarkan pada Oktober lalu.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad menegaskan Amanah tidak akan sekali-sekali lepas lepas tangan terhadap peristiwa yang berlaku ke atas Mazlan.

Sebaliknya kata beliau, parti itu akan terus bersama-sama Mazlan menghadapi ujian ini.

"Saya merasakan ini sebagai satu ujian bagi Amanah. Kita tak mahu menjadi parti yang apabila seseorang menjadi pejuang bagi sesuatu isu, kita sanjung dan kita manfaatkan.

"Tapi apabila dia ditimpa dengan sau kesusahan dan bala maka kita lepas tangan. Kita tak mahu menjadi satu parti yang nak manfaatkan individu tertentu untuk kepentingan parti. Mazlan hadapi risiko ini tak ada kepentingan peribadi," katanya.

Beliau mengumumkan sumbangan sebanyak RM10,000 untuk tabung Mazlan.

Sehubungan tiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir pula mengumumkan Amanah akan turun ke seluruh negara bagi menggerakkan tabung Mazlan dan memberikan penerangan berhubung isu Felda.

"Saya dengan ini mengumumkan Amanah akan turun ke seluruh negara untuk menggegarkan isu Mazlan Aliman," katanya disambut tepukan gemuruh sidang dewan.

Sementara itu, tabung untuk Mazlan diedarkan kepada pimpinan, perwakilan dan pemerhati.

1MDB bayar hutang IPIC dengan bantuan China, gadai GLC, dakwa Rafizi

Posted: 11 Dec 2016 01:43 AM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Laporan Financial Times sahkan 1MDB akan bayar hutang IPIC dengan bantuan China, dakwa Rafizi.Laporan Financial Times sahkan 1MDB akan bayar hutang IPIC dengan bantuan China, dakwa Rafizi.


Laporan akhbar Financial Times (FT) hari ini mengesahkan bahawa 1MDB akan mula membayar hutang berjumlah USD6.5 bilion (bersamaan RM30 bilion) yang dituntut oleh syarikat pelaburan milik Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC) dengan bantuan kewangan dari Kerajaan China.

Sumber yang dipetik oleh FT juga menyebut bahawa bantuan kewangan dari Kerajaan China itu adalah sebagai pertukaran kepada aset ("asset swap") yang akan diurusniagakan oleh Kerajaan Malaysia.

Demikian kata Rafizi Ramli dalam kemnyataannya yang memetik laporan FT bertajuk "China to help 1MDB settle multibillion-dollar legal dispute" itu.

Menurut Rafizi, berita yang disiarkan oleh Financial Times hari ini benar-benar merunsingkan beliau kerana ia seolah-olah mengesahkan satu maklumat yang telah diperolehi beberapa bulan lepas mengenai kemungkinan salah satu konglomerat berkaitan kerajaan (GLC) akan disenaraikan di Singapura dalam tahun 2017.

Ia bertujuan untuk memberi ruang kepada syarikat yang dikawal Kerajaan China (secara langsung atau tidak langsung) menguasai sebahagian besar dari sahamnya, katanya.

"Sebelum ini, saya tidak menimbulkan perkara ini kerana menunggu lebih banyak bukti dan perkembangan yang boleh mengesahkan ada kebarangkalian dakwaan itu ada kebenaran.
"Berita pada hari ini yang turut menyebut mengenai urusniaga melibatkan aset milik Kerajaan Malaysia," katanya.

Persoalan yang timbul adalah GLC manakah yang mempunyai pengaruh yang sebegitu besar untuk dijadikan pertukaran bagi bantuan kewangan mengejut sebanyak RM30 bilion seperti yang dilaporkan Financial Times hari ini?

"Pada pemahaman saya, hanya ada beberapa GLC yang mempunyai saiz aset sebesar itu iaitu PETRONAS (atau anak syarikat kumpulannya), Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia atau Sime Darby Berhad?" kata Rafizi.

Sehubungan itu, beliau mendesak Dato' Seri Najib memberi penjelasan sama ada bantuan kewangan dari Kerajaan China akan menyebabkan salah satu aset utama seperti GLC di atas dilibatkan di dalam urusniaga baru melibatkan Kerajaan China?

Jika beliau berdiam diri, desas desus ini tidak akan berhenti dan saya akan terus menyiasat sehingga butiran aset yang ingin diurusniagakan diketahui umum.

Kenaikan mendadak pengundi, pihak mana paling banyak mendaftar?

Posted: 11 Dec 2016 01:41 AM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Pengundi baru yang didaftarkan oleh SPR, suku ketiga 2016 meningkat mendadak.Pengundi baru yang didaftarkan oleh SPR, suku ketiga 2016 meningkat mendadak.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak menjelaskan kumpulan manakah yang bertanggungjawab sehingga berlaku kenaikan mendadak dalam pendaftaran pengundi baru pada suku ketiga tahun 2016.

Kumpulan mana bertanggungjwab, soal Dr Ong Kian Ming.Kumpulan mana bertanggungjwab, soal Dr Ong Kian Ming.Menurut ahli parlimen Serdang, Dr Ong Kian Meng, pada suku ketiga tahun 2016, seramai lebih setengah juta (501,799) pengundi baru telah didatarkan.

"Ia adalah lebih dari lima kali ganda jumlah pengundi baru yang didaftarkan pada suku kedua 2016 dan lima kali lebih ramai dari jumlah pengundi baru yang didaftarkan sebelum pilihan raya 2013," kata Ong dalam satu kenyataannya.

Namun, faktor yang ingin diketahui adalah kumpulan manakah yang bertanggungjawab mendaftarkan begitu ramai pengundi untuk tempoh itu.

"Inilah sebabnya, jika kerajaan boleh bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk mengadakan pendaftaran pengundi secara automatik apabila mereka cukup umur, maka keraguan tentang jumlah pendaftaran baru ini boleh dikurangkan," katanya.

Bagi beliau, banyak sebab boleh diberikan kenapa pendaftaran pengundi baru sangat ramai dalam tempoh tersebut.

Kumpulan pendaftar pengundi mengikut laporan SPR.Kumpulan pendaftar pengundi mengikut laporan SPR.Antaranya kerana desas desus yang mengatakan pilihan raya umum akan diadakan Mac 2017 dan tarikh akhir pendaftaran untuk pilihan raya itu adalah 30 September 2016.

Pihak yang dilantik membuat pendaftaran (Penolong Pegawai Pendaftaran - ARO) adalah wakil dari pegawai kerajaan seramai 11959 atau 98.3% dari jumlah keseluruhan, wakil parti politik 48 (0.4%), wakil universiti 30 (0.2%) dan wakil NGO 123 (1.0%).

"Dengan pegawai kerajaan yang paling ramai menjadi ARO, ia tidak boleh dikatakan apa-apa tetapi apa yang merisaukan adalah peranan JASA, unit propaganda Kementerian Penerangan yang telah digunakan untuk mendaftar pengundi secara terpilih, terutama di kawasan kerusi marginal peringkat parlimen atau negeri," kata Ong.

Tiada ulasan: