Ahad, 18 Disember 2016

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Ujang: Kartunis lobih bahayo daghi peghompak?

Posted: 18 Dec 2016 01:10 AM PST



Ketika orang ramai digesa untuk berfikiran terbuka dan maju, langkah menganggap kartun sebagai 'musuh' hanya akan melahirkan generasi bisu, kata kartunis terkenal, Ujang.

Menurut pelukis yang mencipta watak ikonik Atukitu, dengan tindakan keras ke atas kartunis yang lantang mengkritik kerajaan dia bimbang keupayaan masyarakat untuk berfikir secara kritik akan terbantut.

"Lama kelamaan orang nak berkarya pun takut. Kreativiti dan daya fikir kritis pun mati," katanya kepadaMalaysiakini.

Ujang - atau nama sebenarnya Ibrahim Anon - hari ini memuat naik lakaran imej Zunar yang bergari.

Bersama gambar itu Ujang menulis: "Potang semalam kawan den Zunar kono tangkap laie..... Kini di Malaysia profession kartunis dah jadi lobih bahayo daghi peghompak hasil negagho(Petang semalam kawan saya kena tangkap lagi. Kini di Malaysia profesyen kartunis sudah jadi lebih berbahaya daripada perompak hasil negara)."

Ia adalah tanda sokongan secara langsung Ujang kepada Zunar yang sudah ditahan dan didakwa beberapa kali kerana menghasilkan kartun yang mengkritik kerajaan serta beberapa tokoh pimpinan negara.

Terbaru semalam Zunar - atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque -ditahan lima anggota polis berpakaian biasa semasa majlis amal "Minum Teh Bersama Zunar" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur.

Sekurang-kurangnya 1,000 naskhah kartun Zunar dan kemeja T mengandungi perkataan 'dedak' juga dirampas.

Hidup dalam kebimbangan

Bagaimanapun polis membebaskan kartunis Zunar dan empat yang lain menjelang tengah malam tadi selepas diambil keterangan selama kira-kira enam jam.

Kata Zunar, terdapat tujuh hingga 10 anggota polis pada satu-satu masa yang bertanya mengenai kartunnya - dari satu halaman ke halaman lain.

"Mereka mahu tahu siapakah watak-watak ini. Apa yang saya lukis, siapa yang taja kerja saya, syarikat apa di belakangnya...


"Saya ikut nasihat peguam saya dan memilih untuk tidak menjawab," katanya.

Menurut Ujang tindakan pihak berkuasa menjadikan kartun sebagai 'musuh' juga akan membuat masyarakat hidup dalam ketakutan.

"(Kalau berterusan begini) Kita tak boleh buat apa-apa pun.

"Kalau senyum sudah dianggap menghina, nanti kita senyum di pasar malam pun (mungkin boleh) kena tangkap. Kita hidup dalam ketakutan saja pula," katanya yang terkenal dengan kartun dengan dialog loghat Negeri Sembilan.

Ditanya sama ada dia tidak berasa bimbang memberi sokongan terbuka kepada Zunar, Ujang berkata, apa yang dinyatakan adalah hak kebebasan untuk seseorang berkarya.

"Nak tangkap saya pun, bukan dapat apa," katanya.

Dalam dunia penghasilan kartun, kata Ujang, ada beberapa kategori yang perlu difahami orang ramai.

Selain kartun slapstik, ada juga kartun editorial, nostalgia dan politik

"Dah memang namanya kartun politik, tentulah (kartun Zunar) sentuh politik.

"Sepatutnya ia tidak dilayan begitu. Tidak perlu serbu-serbu. Kita wajar terima dengan terbuka atas nama kebebasan bersuara. Kata, ini negara amalkan demokrasi," katanya.

Bagaimanapun Ujang menafikan beliau condong atau menyokong mana-mana parti politik.

"Saya menyokong kebebasan kartunis untuk berkarya dan mengkritik.

"Kok salah, fitnah, boleh la dakwa. Tapi kok mainseghobu-seghobu ikutsuko...itu tak demokratik la (Kalau salah, fitnah, bolehlah dakwa. Tapi hanya serbu ikut suka, itu tidak demokratiklah)," katanya.

- mkini


Langit Tak Runtuh Kalau Anwar Tak Jadi PM

Posted: 17 Dec 2016 07:58 PM PST



Datuk Ibrahim Ali hari ini menyifatkan cadangan Rafizi Ramli mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri melalui pelan menyerupai "Langkah Kajang" adalah cubaan mempersenda minda rakyat.

Presiden Perkasa itu berkata, kenyataan Rafizi itu seolah-olah pembangkang kehabisan orang berkebolehan yang layak menjadi perdana menteri.

"Ini semua menyusahkan rakyat dan membazir wang negara. Bukankah Rafizi yang selalu bercakap dan berjuang hendak menyelamatkan setiap sen wang rakyat. Apa istimewanya Anwar mesti jadi perdana menteri? Rekodnya semua orang tahu.

"Saya yakin langit tak runtuh di Malaysia jika Anwar tak jadi perdana menteri. Ramai lagi yang boleh jadi perdana menteri. Pada Rafizi seolah-olah Anwar sahaja yang layak? Dangkal dan kecilnya jiwa Rafizi ini.

"Saya ingat beliau benar-benar berilmu dan tidak memandang rendah tokoh lain. Kajang move 2.0 adalah langkah menyusahkan dan membazir wang rakyat serta negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Rafizi yang juga naib presiden PKR mencadangkan pelan menyerupai "Langkah Kajang" untuk membolehkan Anwar menjadi perdana menteri, sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Rafizi berkata, selepas memenangi PRU, PH boleh mengarahkan ketua setiausaha negara yang akan menjadi ketua kerajaan sementara memohon pengampunan diraja untuk Anwar yang kini dipenjarakan atas sabitan liwat bagi pihak kerajaan persekutuan baharu.

Ibrahim yang juga bekas ahli Parlimen Pasir Mas berkata, mahkamah mendapati Anwar bersalah kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan itu adalah hakikat yang perlu diterima semua pihak, termasuk parti pembangkang.

Dalam pada itu, Ibrahim mempersoalkan jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga akan mendapat pengampunan jika mahkamah mendapati beliau bersalah terhadap dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"Apakah semua banduan dalam penjara akan dapat pengampunan?" soalnya.


Hina Agong: Mohd Faiz Mohon Maaf

Posted: 17 Dec 2016 02:31 AM PST



Sejak pagi tadi menjadi viral di laman sosial keratan penulisan di facebook mendakwa seorang lelaki telah menghina Yang Dipertuan Agung, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

Penulisan beliau itu membuatkan ramai rakyat Malaysia berang dan mengecam tindakan beliau.

Mengakui akan ketelanjuran katanya dalam media sosial, lelaki berkenaan, Mohd Faiz telah tampil memohon maaf kepada YDPA dan seluruh rakyat Malaysia.


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Ingin diakui keterlanjuran kata dan bahasa diri ini dalam menyampaikan buah fikiran saya didalam media sosial ini, dengan merujuk kepada posting fb yg sebelum ini tentang kuasa YDPA dan Institusi Majlis Raja-raja.

Saya merafak sembah dan memohon maaf kepada YDPA dan sekalian rakyat Malaysia atas kenyataan yang dilihat menyinggung. Posting itu dihiasi dengan semangat anak muda yang inginkan perubahan kearah Malaysia yang lebih baik.

Langsung tiada niat diri ini menghina YDPA dan institusi Raja-Raja, adapun cuma mahu melihat kuasa Majlis Raja-raja diperkukuhkan dalam menjaga institusi Islam dan melayu di Malaysia ini. Itulah yang dimaksudkan dengan Kesalehan Sosial yang saya suarakan sebelum ini. Institusi Raja bukan sahaja Soleh Spiritual, malah Soleh Sosial (dengan maksud mempunyai peranan dan tanggungjawab sosial). 

Negara unggul yang kita impikan tentunya Negara yang membahagiakan dan sekaligus membanggakan. Atas dasar itu lah, peranan YDPA dan Raja-Raja serta institusi islam lainnya dapat berfungsi dengan baik.

Dalam menyemangati hubungan Raja-Rakyat, haruslah kita meneladani janji antara Demang Lebar Daun (rakyat) dan Seri Teri Buana(raja) , berkenaan kesetiaan Melayu yang bersyarat dan bersyariat. Kata Demang Lebar Daun ,

"Seperkara lagi. perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu itu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan janganlah ia difadihatkan. dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh,tuanku; jangan tuanku aibi".

Demang lebar Daun memberikan taat setia kepada Seri Teri Buana, yang dibalasnya dengan ;

"Hendaklah oleh segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya,jangan segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga."

Inilah waad (perjanjian) taat-setia rakyat kepada Rajanya , bersendikan syariat. Pantang anak Melayu itu dinista dan dikeji tanpa sebab. Adapun pantang juga anak melayu itu dipuja melambung-lambung tanpa sebab. Kita tidak mahu nama Agong itu fungsinya dilihat secara literal pada namanya, Contohnya jika dia seorang guru, dia bukan hanya digurukan, malah bibapakan, dimurabbikan, dimentorkan. Kita tidak mahu nama Agong itu hanya tinggal di Agung agungkan, tanpa sebarang peranan yang besar.

Sebolehnya saya mahu mengelakkan salah faham yang berpanjangan atas posting saya yang sebelum ni. Dan mahu melihat negara ini bersama semua pemimpin dan rakyat terus hidup makmur semakmurnya dan sebahagianya.

Wallahualam
Mohd Faiz 
17 Disember 2016

Tiada ulasan: