Jumaat, 9 Disember 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Benarkah Najib digesa letak jawatan?

Posted: 09 Dec 2016 10:07 AM PST


Sekonyong-konyong tersibar surat yang kononnya dari Timb Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan penggulingan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan beberapa nama yang sangat rapat dengan Najib.

Kalau surat tersebut adalah benar, maka pastinya akan berlaku pergolakan yang sangat parah dalam Umno ....

Antara kandungan surat yang bertarikh 9 Dis 2016 ialah :

2. Namun tidak dinafikan maruah Negara semakin tercalar dengan pelbagai skandal yg terpalit membabitkan individu tertinggi yang kita sedia maklum mengurus tadbir Negara atas kepentingan peribadi 

3. Kita sangat maklum dengan skandal-skandal yang terpalit keatas Dato' Seri najib Razak yg mana tindakan beliau dalam 'mencuci' namanya semakin membawa Malaysia dari sudut sosio-ekonomi dan penyatupaduan masyarakat ke arah yang lebih menggusarkan. 

4. Malah Barisan Nasional hakikatnya semakin lemah di segenap peringkat atas tindakan beliau yang sekali gus membawa kita selaku pemimpin dan wakil rakyat ke arah kejatuhan, hakikatnya kita lemah namun dilihat kuat kerana pembangkang buat masa ini lemah, satu hakikat yg harus kita terima. 

5. Oleh itu saya mencadangkan kita wajib mengambil tindakan drastik dalam menyelamatkan Barisan Nasional agar terus menerajui Malaysia sekurangnya dengan mengembalikan undi 2/3 dalam Dewan Rakyat sebagai tanda aras kepercayaan rakyat kembali kepada kita. 

6. Tindakan yang harus diambil dalam masa terdekat ialah memberi tekanan pada Dato' Seri Najib dari dalam di segenap peringkat parti komponen Barisan Nasional untuk mendesak beliau meletak jawatan. 

7. Sekiranya beliau masih berkeras dalam usaha mengaburi perihal skandalnya, suatu usul undi tidak percaya haruslah dilakukan pada siding parlimen akan datang. 

8. Saya juga melampirkan senarai cadangan kabinet yang lebih efisien di mana saya yakin mampu berkhidmat demi Malaysia yang lebih baik. Senarai ini jelas tidak menampilkan beberapa nama dalam memecahkan tradisi kuasa turun temurun dari legasi keluarga ke keluarga dan anak beranak, juga bagi mengelakan nepotisme dan kronisme yang membarah dalam Barisan Nasional, Bertikut adalah lampirannya.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan 
DATO' SERI DR AHAMAD ZAHID HAMIDI 

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan 
YB ENCIK KHAIRI JAMALUDDIN ABU BAKAR 

Menteri Dalam Negeri 
DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ 

( Perlantikan yang lain-lain tu korang sila semak sendiri ….. )

 9. Maka saya meminta pihak Tan Seri / Dato Seri / Dato / Tuan/Puan mempertimbangkan cadangan saya demi Negara tercinta dan Malaysia yang lebih baik. Ingin saya berpesan di sini memetik kata-kata hadis dari junjungan besar Islam, Rasulullah SAW ….. 

Surat tersebut diakhiri dengan tandatangan
 Dr Ahmad Zahid Hamidi

Berikut adalah antara nama-nama yang TIDAK tersenarai :

Dato' Seri Najib Tun Razak 
Hishammuddin Hussein
Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom 
Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim 
Tengku Adnan Tengku Mansor 
Abdul Azeez Abdul Rahim
Shahrizat Abdul Jalil
Tan Seri Noh Omar

Perkara yang paling mengejutkan ialah perlantika TAN SRI RAZALEIGH HAMZAH sebagai Menteri Perdagangan dalam negeri dan Senator yang baru dilantik, KHAIRUL AZWAN HARUN sebagai Timb Menteri di Jabatan Perdana Menteri ….. ~ SUMBER

Rafizi Ramli dedahkan pengkhianatan MO1 jual harta negara kepada China

Posted: 09 Dec 2016 07:15 AM PST


  Saya merujuk kepada satu laporan terkini bertarikh hari ini oleh Financial Times bertajuk  "China to help 1MDB settle multibillion-dollar legal dispute" yang menyentuh perkara-perkara berikut:

 1. 1MDB akan mula membayar hutang berjumlah USD6.5 bilion (bersamaan RM30 bilion) yang dituntut oleh syarikat pelaburan milik Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC) dengan bantuan kewangan dari Kerajaan China;

 2. Sumber yang dipetik oleh Financial Times juga menyebut bahawa bantuan kewangan dari Kerajaan China itu adalah sebagai pertukaran kepada aset ("asset swap") yang akan diurusniagakan oleh Kerajaan Malaysia.

 Dalam sesi Parlimen yang lepas, saya secara khusus telah menanyakan Menteri Kewangan II, Dato' Johari Abdul Ghani bagaimanakah pentadbiran Dato' Seri Najib bercadang membayar kembali hutang yang dituntut oleh IPIC itu (walaupun saya hanya menyebut jumlah yang didakwa diselewengkan ke akaun Jho Low berjumlah RM3.5 bilion atau RM15 bilion).

 Sehingga ke akhir ucapan penggulungan beliau, Dato' Johari Abdul Ghani tidak menjawab langsung.

 Saya merasakan seolah-olah ia ulangan kepada amaran saya lebih setahun lalu supaya 1MDB tidak menggunakan dana Tabung Haji dan amaran saya itu (dalam bulan Mac 2015) telah dicerca dengan jeritan tidak bersopan di dalam Dewan Rakyat oleh Dato' Seri Azeez Abdul Rahim. Sebulan kemudian, berita bahawa Tabung Haji telah membeli tanah dari 1MDB pada harga yang berlipat kali ganda lebih tinggi bocor kepada orang ramai.

 Dalam sidang yang lepas, perkara yang hampir sama berlaku. Saya telah bertanya soalan mengenai perancangan Dato' Seri Najib untuk membayar hutang itu dan telah disambut dengan cerca dan jeritan dari Ahli Parlimen Baling itu yang diketahui sangat rapat dengan Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, sehingga soalan saya itu tidak dijawab langsung.

Rakaman perbahasan yang kecuh - sampai kesudah menteri
 tak jawab soalan Rafizi Ramli

 Berita yang disiarkan oleh Financial Times hari ini benar-benar merunsingkan saya kerana ia seolah-olah mengesahkan satu maklumat yang telah saya perolehi beberapa bulan lepas mengenai kemungkinan salah satu konglomerat berkaitan kerajaan (GLC) akan disenaraikan di Singapura dalam tahun 2017 bagi memberi ruang kepada syarikat yang dikawal Kerajaan China (secara langsung atau tidak langsung) menguasai sebahagian besar dari sahamnya.

 Sebelum ini, saya tidak menimbulkan perkara ini kerana menunggu lebih banyak bukti dan perkembangan yang boleh mengesahkan ada kebarangkalian dakwaan itu ada kebenaran. Berita pada hari ini yang turut menyebut mengenai urusniaga melibatkan aset milik Kerajaan Malaysia.

 Soalan saya ialah GLC manakah yang mempunyai pengaruh yang sebegitu besar untuk dijadikan pertukaran bagi bantuan kewangan mengejut sebanyak RM30 bilion seperti yang dilaporkan Financial Times hari ini?

 Pada pemahaman saya, hanya ada beberapa GLC yang mempunyai saiz aset sebesar itu iaitu PETRONAS (atau anak syarikat kumpulannya), Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia atau Sime Darby Berhad?

 Saya mendesak Dato' Seri Najib memberi penjelasan sama ada bantuan kewangan dari Kerajaan China akan menyebabkan salah satu aset utama seperti GLC di atas dilibatkan di dalam urusniaga baru melibatkan Kerajaan China?

 Jika beliau berdiam diri, desas desus ini tidak akan berhenti dan saya akan terus menyiasat sehingga butiran aset yang ingin diurusniagakan diketahui umum. ~  RAFIZI RAMLI

LUPAKANLAH PAS...

Posted: 08 Dec 2016 10:00 PM PST

SELEPAS 13 DIS INI, LUPAKANLAH PAS, BIAR RAKYAT MENGHUKUM MEREKA


PPBM dijangka akan menganggotai Pakatan Harapan secara rasmi pada 13 Disember ini. Ia sekaligus menjadikan gabungan yang disertai PKR, DAP, Amanah dan PPBM itu mampu muncul sebagai pencabar utama kepada BN dalam pilihanraya akan datang ini.

 Berdasarkan ucapan Najib Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO minggu lalu, PRU 14 mungkin hanya beberapa bulan saja lagi daripada sekarang. Najib tidak mungkin menangguhkan lagi tarikh pembubaran Parlimen sehingga UMNO perlu bersidang sekali lagi kerana momentum persediaan pilihanraya yang sudah dipasakkannya akan menjadi anti-klimaks.

 Oleh itu, Pakatan Harapan dengan keanggotaan empat parti sedia ada dan dalam masa yang sama menjalin kerjasama dengan Warisan di Sabah tidak perlu berlengah lagi untuk melancarkan gerak kerja bagi menumbangkan BN dan seterusnya muncul menjadi kerajaan yang baru.

Selain kerana pengaruh Tun Mahathir yang tetap gigih untuk menjatuhkan Najib dengan pelbagai gaya serangannya, kebencian rakyat pada tahap gaban kepada Perdana Menteri ketika ini dan ia sentiasa meningkat hari demi hari, tidak banyak lagi yang mampu dilakukan oleh BN untuk mempertahankan kuasa mereka.

Hampir tidak ada lagi segmen dalam masyarakat yang suka kepada Najib. Beliau lebih banyak dipersenda, diperlekeh dan dipermain-mainkan oleh rakyat di serata pelusuk negara yang menandakan mereka hanya menunggu masa saja untuk merealisasikannya.

Kegusaran rakyat selama ini kepada parti-parti pembangkang ialah mengenai tiadanya kesepakatan dan sering berbalah sesama mereka. Rakyat memang ingin menolak dan menghumban UMNO dan BN ke gaung yang dalam, tetapi dalam masa yang sama tertanya-tanya tentang kekukuhan Pakatan Harapan yang dianggap sebagai pengganti kerajaan sedia ada.

Dengan PPBM sebagai komponen terbaru Pakatan Harapan, selepas 13 Disember itu, mereka perlu terus bergerak ke hadapan untuk meyakinkan rakyat tentang kemampuan dan kesepakatan yang ada. Pengaruh dan pengalaman Tun Mahathir pasti juga memberi markah tambahan dalam hal ini.

Jika Pakatan Harapan dapat meyakinkan perkara itu kepada rakyat serta bersama kebencian sedia ada kepada Najib, Rosmah dan sebahagian besar menteri-menteri yang tidak berguna serta selalu membuatkan rakyat sakit telinga, percayalah gabungan itu akan disambut dengan sokongan yang lebih terbuka oleh rakyat.

Lupakanlah Pas dan biarkan parti itu mengecil dengan sendirinya melalui tindakan dan gerak kerja Pakatan Harapan yang lebih kukuh dan sentiasa bersama di tengah-tengah hari demi hari sehingga ke hari pembuangan undi.

Apa berlaku kepada Pas seterusnya, pulangkan kembali kepada parti itu untuk membuat keputusan. Jika Pas merasakan Pakatan Harapan lebih diyakini, dia boleh datang untuk berunding dan bergerak bersama-sama bagi mengalahkan UMNO dan BN, tetapi tentunya dengan syarat bahawa ia perlu menerima semua semua parti dalam gabungan itu seadanya.

Pas tidak boleh lagi hanya memilih untuk bekerjasama dengan PPBM dan PKR saja misalnya, tetapi enggan walau tersenyum dengan DAP dan Amanah. Menerima Pakatan Harapan bermakna menerima semua komponen di dalamnya. ~ shahbudindotcom

Tiada ulasan: