Khamis, 22 Disember 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


INDOKTRINASI ATAS NAMA AGAMA

Posted: 22 Dec 2016 08:02 AM PST

Hj Hadi berpelukan dgn pemimpin Utama Syiah Iran "Ali Khamenei" 
di Iran dalam keadaan rakyat Syria sedang dibunuh, diperkosa dan 
 ratusan ribu ditanam pada masa ini oleh negara Iran dan Hizbullah 
dgn bantuan Russia 
Premis asas "Ijtihad, 'Asobiyyah & Pembohongan" dalam polemik wakil Pas Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHA) berpelukan dengan pemimpin Utama Syiah Iran "Ali Khamenei" di Iran.

Tulisan ini cuba memberi peringatan agar polemik semasa isu Syria/syiah ini tidak menghilangkan fokus politik dakwah kita, untuk memahamkan bahawa perjuangan menjatuhkan diktator mustakbirin Umno/BN dan sekutu mereka itu adalah satu kewajipan yg mesti focused, jelas matlamat, dan mesti terus diperkukuhkan. Jangan kita dilekakan dgn isu semasa ini, sampai diambil kesempatan oleh musuh politik untuk melemahkan kita!

 Ikhwah yang dirahmati,

 Hari ini masuk hari ke-5, isu berpeluknya wakil Pas Malaysia dgn pemimpin utama Syiah Iran beberapa hari lepas sudah dilihat dilencongkan jauh. Perbincangan jadi tak terarah, dan keterlampauan nilainya. Catatan ini cuba untuk straight-to-point (walau susah :), demi melihat isu tersebut dari sudut bahayanya proses dinamakan "INDOKTRINASI atas nama agama" yg tanpa disedari telah bertapak subur merosakkan ahli dan kepimpinan sesebuah organisasi yg melaksanakannya.

 Sila rujuk pernyataan rasmi Pas, sebagai menjawab isu yg cuba dialihkan di website rasmi Pas, HarakahDaily dan sebuah lagi website yg diwujudkan sebagai sokongan pada TGHA;

Klik di sini (maaf sudah hilang!)

Klik di sini  (maaf sudah hilang!)

Pertama, saya tidak kenali si penulis artikel pertama itu. Tapi saya tahu byk tulisan beliau dijadikan tangkal buat ramai ahli dan kepimpinan Pas untuk copy-paste, apa-apa sahaja, asal boleh melambungkan nama TGHA. Bagi mereka, apa pun sahaja perlakuan TGHA, ianya mestilah dilambung sbg satu izzah dan kekuatan. Itu cukup jelas.

 Kedua; Isu sebenar asas perbincangan kita adalah;

 Ittihad Ulamak Dunia (Kesatuan Ulamak Dunia) (KUIS) telah menyatakan bantahan penuh pada keterlibatan TGHA dalam program Taqrib Mazahib (pendekatan syiah-sunni) bersama syiah di Iran. Namun isu sudah menerawang jauh, dari isu akhlaq dalam berhujjah, yg akhirnya menjadi fitnah politik yg berlegar tanpa kawalan.

 Sedikit kronologinya utk rujukan ikhwah-akhawat;

 1. Pertama, TGHA hadiri program tahunan di Iran, satunya program anjuran bersama pimpinan syiah-sunni. Saya letakkan kehadiran itu sebagai isu ijtihadi, ie, keputusan peribadi TGHA berdasarkan ilmu atau hikmah yg ada pada beliau, maka TGHA membuat keputusan hadir, walau pasti dia tahu ia sebenarnya membuka 1001 fitnah luar batasan dan kawalan beliau kelak, pastinya.

 2. Dan untuk rekod, ini bukan kali pertama. Pgm tahunan sedemikian sememangnya dibuat dalam Rabi'ul Awwal bersempena Maulidur Rasul (versi syiah) yg berbeza tarikhnya dengan Sunni. Bahkan seperti biasa, penganjur menjemput parti pembangkang Malaysia lain (yang sepakat tidak mahu terlibat) serta seorang wakili NGO Malaysia yg hadir dlm program trbaru ini.

 3. Bezanya sejak sejak sekian lama penganjuran program ini ramai yg tak ambil kisah, sebab tiadanya social media. Lagi satu, sejak dahulu pemergian adalah low-profile (tidak dihebahkan) bahkan kebiasaannya TGHA merancang perjalanan dgn melakukan penerbangan transit tertentu agar kehadiran tidak menjadi polemik.

 4. Kedua ia ijtihadi, sebab pemergian itu atas peribadi TGHA atau parti beliau sahaja, tidak pun terkait atas nama KUIS yg diwakilinya. Sebab umum tahu Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi telah menukar pendirian menyokong kepada menentang usaha taqrib tersebut disebabkan pelbagai pembohongan yg pernah dibuat oleh syiah pada beliau. Serta ia dilihat hanya menjadikan syiah lebih kuat dan berkembang di luar Iran. Namun, TGHA mengambil pendirian utk kekal menyokong perpaduan syiah-sunni tersebut, sekalipun difahami perbezaan antara ketua mereka tersebut.

  MAKA, MENGAPA JADI ISU POLITIK?

5. Kehadiran TGHA yg asalnya cuba didiamkan itu tertukar sensasi hanya tatkala media syiah Iran dgn sengaja menonjolkan kehadiran itu melalui beberapa gambar yg terpampang di website syiah, termasuklah gambar berpelukan dgn ketua syiah Iran di website berbahasa Melayu mereka;

6. Keduanya yg lagi penting, ia bertukar menjadi polemik politik kerana, pernah dalam satu program hampir sama di Lubnan pada tahun ini, tatkala dua ulamak Malaysia lain ie. Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abd Ghani Shamsuddin hadir dan berucap dlm program yg turut dihadiri pemimpin syiah itu, kedua mereka telah diserang dan difitnah dgn begitu rakus dan jahat sekali oleh kepimpinan dan ahli Pas, Umno, NGO ISMA dan sebagainya. Kedua mereka dikecam, hanyalah disebabkan kedua ulamak tersebut telah meninggalkan Pas dan bersama menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH). Maka mudahnya Amanah terus dituduh sbg menyokong syiah, sehingga terdapat pesanan disampaikan terus kepada Syeikh Qaradhawi bahawa Amanah merupakan sebuah "parti syiah pertama" yg terbentuk di Malaysia atas sokongan Iran!

 7. Namun ironinya, pada masa itu, tatkala serangan FITNAH terancang dibuat oleh Pas, Umno, ISMA dan pelbagai cyber-trooper mereka dihalakan kepada kedua ulamak dan Amanah tersebut, Presiden Pas pada ketika itu hanya "mendiamkan diri", tanpa sepatah pun pembelaan diberikan atas dua sahabat permusafiran beliau selama itu. Hanya kerana mereka sudah tidak lagi bersama dgn beliau dalam Pas, maka TGHA membiarkan sahaja kepimpinan dan pengikut Pas menghina, mengfitnah sepuasnya kedua kepimpinan Amanah tersebut, atas dasar bencinya TGHA pada parti baru dibentuk itu.

Umum melihat dgn jelas, TGHA seolahnya langsung lupa dan abaikan ayat Allah dalam Al-Maidah (ayah 8) yg sangat kerap beliau bacakan ketika bersama dgn Pakatan Rakyat dahulu;

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ 

Maksud ringkasnya;
Dan janganlah kebencian kamu pada sesuatu kaum (musuh), untuk menjadikan kamu berlaku tidak adil (berlaku zalim) pada mereka.

 Maka jelas tindakan TGHA membiarkan kezaliman (fitnah) dilakukan oleh seluruh pengikut dan kepimpinan Pas pada kedua mereka adalah bertentangan langsung dgn ayat Allah tersebut, dan ia kekal untuk jangka masa yg lama.

 8. Maka tanpa disangka, tatkala syiah Iran dgn sengaja mempamerkan susuk TGHA berpelukan dgn ketua mereka dalam program itu, secara spontan ramailah menimbulkan persoalan pula, "... rupanya bila yg hadir dan berpelukan dlm program yg jelas anjuran bersama syiah itu adalah kepimpinan Pas, seluruh AJK dan penyokong tegar Pas diminta berdiamkan diri sahaja, atau bersangka baik sahaja pada kedua mereka". Itulah persoalan paling asas yg ditimbulkan, ie - sikap double-standard dan tindakan ahli dan kepimpinan Pas yg disebut oleh Rasulullah sebagai "asobiyyah", ie, tatkala Rasulullah ditanya sahabat (maksudnya) apakah maksud 'asobiyyah, maka jawapannya; "Asobiyyah itu adalah kamu membantu saudara kamu (kumpulan yg mereka bersama kamu) di atas kezaliman yg kumpulan itu lakukan.." (ie, tidak menegur atau membetulkan kesalahan yg dilakukan itu).

9. Seterusnya tatkala isu kehadiran itu sudah viral ke serata dunia melalui, terutamanya melalui media social dan website syiah, seperti dijangka bangkitlah pelbagai ulamak sunni dunia yg sangat terkejut dgn tindakan TGHA itu, turut pula melancarkan serangan pada susuk TGHA. Namun premise mereka sudah agak berbeza iaitu "mengapa pemimpin sunni sanggup hadir ke program syiah dan berpelukan dgn pemimpin syiah Iran, dalam keadaan negara Iran dan Hizbullah dgn bantuan Russia sedang membunuh, memperkosa dan menanam ratusan ribu rakyat Syria pada masa ini". Bagi mereka, tindakan TGHA itu jelas satu penderhakaan dgn persekongkolan seorg ulamak sunni dgn musuh Islam dgn apa yg berlakuk di Syria pada masa ini (termasuklah di Aleppo) pada hari ini.

 10. Ditambah lagi, para sahabat dan asatizah dari pelbagai aliran salafi di Malaysia turut berpandangan bahawa TGHA telah melakukan tindakan yg benar-benar mengguris dan merosakkan nama Ahlul Sunnah wal Jamaah serta pelbagai institusi yg diwakilinya.

  MAKA DI MANA SALAHNYA?

11. Ketiga faktor di atas bergerak serentak tanpa dirancang. Maka pada kepimpinan Pas pula apabila nama Presiden dan ketua mereka itu telah terpalit sekian rupa, satu tindakan untuk membersih dan menafikan nama ketua mereka itu perlu dilakukan segera, apatah lagi jawatan beliau sebagai Naib Ketua Ulamak Dunia.

 12. Tak semena-mena, untuk tujuan itu dua AJK Pusat Pas yg utama dgn penuh yakin menulis artikel di media rasmi Pas mempertahankan TGHA dgn menyatakan bahawa pemergiannya adalah mewakili Syeikh Qaradhawi dan KUIS. Dan seperti biasa, sepantas kilat seolahnya satu arahan untuk kedua tulisan AJK Pusat Pas tersebut terus menjadi viral di media sosial oleh seluruh kepimpinan dan ahli Pas, sehingga website rasmi parti pun memaparkan tulisan-tulisan itu utk tatapan umum.

 13. Bagi kami yg cukup sedar pendirian Syeikh Qaradhawi dan KUIS, kami terus menjangkakan kedua kenyataan media AJK Pusat Pas itu adalah palsu dan yakin ia akan menimbulkan kecelaruan pada rakyat Malaysia. Saya sungguh yakin, adalah mustahil KUIS dan Syeikh Qaradhawi terbabit dalam menyokong tindakan ijtihad peribadi TGHA itu.

 14. Bahkan untuk itu, saya mengambil tindakan sendri berhubung terus dgn penulis kenyataan media berkenaan, meminta dilakukan semakan fakta yg mengaitkan KUIS itu. Namun diabaikan sahaja. Saya lakukan kerana, pengalaman dua tahun lepas saya juga pernah menegur AJK Pusat Pas yg sama apabila beliau menulis satu "kenyataan media bohong" yg bila ditegur belia telah memberikan alasan "...ana terpaksa berbohong demi memelihara nama TGHA, imej Pas dan hubungan dgn istana". Kes itu merujuk pada isu pertukaran Menteri Besar Selangor pada 2014 lepas. Sejak itu saya melihat pelbagai lagi kenyataan media beliau, yg saya amat yakin pasti sebahagiannya tidak lain hanyalah bertujuan "menjustifikasikan setiap kesalahan" yg dilakukan oleh ketua-ketua mereka sahaja sahaja.

 15. Mengapa kali ini saya berpendirian sedemikian? Sebab saya sendiri telah pernah berjumpa dan mengikuti tiga kali pembentangan isu yg sama oleh Setiausaha KUIS, Syeikh Prof. Dr Ali Mahyuddin QarrahDaghi, yg dgn begitu jelas menyebut KUIS tidak akan sesekali mempercayai sikap syiah dan Hizbullah / Iran dalam isu Syria tersebut. Bahkan disebut bahawa Syeikh Qaradhawi sendiri telah beberapa kali ditipu oleh kumpulan syiah tersebut.

14. Kemuncak dari polemik itu adalah, tanpa disangka tiba-tiba KUIS mengeluarkan satu pernyataan rasmi di website nya menafikan sekerasnya keterlibatan Syeikh Qaradhawi, Syeikh QarrahDaghi atau KUIS dalam kedua program yg dihadiri oleh TGHA tersebut. Bahkan KUIS menyatakan perasaan sgt kecewa pada penyalahgunaan nama KUIS bagi tujuan menjustikasikan kehadiran TGHA tersebut. Jelas disebut oleh KUIS, bahawa keterlibatan TGHA di Tehran ketika Iran, Hizbullah dan Syria sedang menyembelih rakyat Syria adalah satu yg tidak dapat diterima oleh Syeikh Qaradhawi atau KUIS sendiri.

 MAKA, dua kesimpulan utama saya dalam isu ini adalah;

 (a). Bab ijtihad TGHA, ia bukanlah persoalan pokok. TGHA merasakan ketokohannya melangkaui segalanya, dan tak memerlukan pandangan KUIS, atau ulamak manapun, atau pandangan parti dia sendiri pun. Syura bagi TGHA cukuplah dgn "keputusan mu'limah" (ie: sbg ketua bebas untuk patuh atau tidak pada pandangan lain). Maka menjadi kebebasan bagi TGHA untuk pergi dan bawakan suara beliau ke mana pun sahaja.

 Dan untuk rekod dlm penulisan saya ini juga perlu ditegaskan;

 Walau saya secara peribadi berpendirian sama seperti TGHA dlm isu kebangkitan rakyat di wilayah 'Arab sejak 2011 adalah disebabkan rasa marah dan golongan lemah yg lama ditindas teruk (mustad'afin) berlawan diktator / mustakbirin zalim (kerajaan) dlm negara masing-masing. Namun, saya berpandangan bahawa untuk sekian kalianya keterlibatan TGHA dlm program taqrib syiah di Iran tersebut pada hari ini adalah salah, lantaran peranan cukup jahat yg sedang dilakukan oleh Iran, Hizbullah, Syria bersama Russia untuk membunuh serta memperkosa ratusan ribu rakyat mereka sendiri tanpa kasihan adalah suatu yg tidak dapat dimaafkan dunia islam!

 Juga saya melihat bahawa pandangan peribadi TGHA di dalam program tersebut tidak mampu memberikan apa pun perubahan pada sikap syiah Iran / Hizbullah yg sedang membunuh rakyat Syria pada masa ini. Iran / Hizbullah akan terus mengerahkan kekuatan mereka pada Kerajaan Basyar Assad untuk terus membunuh rakyat Syria sendiri!

(b). Tapi isu yg paling UTAMA bagi saya adalah berkaitan PEMBOHONGAN dan FITNAH yg Pas dan kepimpinannya lakukan atas nama KUIS, yg begitu melampau dan terdesak dilakukan dgn sengaja demi mempertahankan nama ketua mereka yg sedang ditegur tersebut. Kesalahan itu tidak boleh dimaafkan langsung oleh ahli dan rakyat, melainkan Pas melakukannya secara terbuka kepada dunia.

  KESIMPULAN KRONOLOGI

15. Maka saya gariskan tiga premis asas demi kefahaman berikut sebagai perbincangan yg perlu kita fahami dalam kemelut yg melanda ini, iaitu;

 (a) "Kebebasan ijtihad" - Atas kapasiti seorang ulamak dan sbg anggota Perpaduan Syiah-Sunni, TGHA memilih melakukan pendirian tanpa mahu terikat dgn pandangan majoriti ulamak lain, selama ada hujjahnya. Terpulanglah, itu tindakan yg bakal dipertanggungjawabkan atas keilmuan dan authoriti yg ada padanya. Tiada syura (mulzimah) yg mengikat tindakan beliau.

 (b) "Asobiyyah" - merupakan faktor utama yg merosakkan sesebuah kepimpinan dan ahli gerakan Islam, di mana pun posisi mereka berada. Tindakan TGHA membiarkan sahaja kepimpinan dan penyokong Pas dan Umno/ISMA menfitnah dan menyerang Amanah yg dituduh menyokong syiah adalah pembentukan doktrin yg benar-benar merosakkan nama Islam dan perjuanganNya.

 (c) "Pembohongan" - tindakan manipulasi (deceptive manners) oleh kepimpinan utama Pas secara terancang yg sanggup berbohong atas nama ulamak dunia atau KUIS itu adalah wabak yg benar-benar meruntuhkan identiti kumpulan Islam yg cuba diperjuangkan, tanpa ada satu pun alasan syar'ie yg mengharuskan perlakuan tersebut.

TA'ASUB DAN PEMBOHONGAN DALAM KUMPULAN ISLAM

Pengalaman peribadi saya - Dua doktrin iaitu (1) Perasaan ta'asub melampau ('asobiyyah), dan, (2) Pembohongan (deception) adalah pelengkap pada segala process indoktrinasi yg berlaku dalam pelbagai gerakan / kumpulan Islam di Malaysia, khasnya parti Pas dan NGO ISMA.

 16. Saya melihat berdasarkan perkembangan TGHA dan Pas sejak PRU13, khasnya tatkala TGHA dgn sengaja melakukan hampir berbelas "siri pengkhianatan dan pembohongan atas nama parti islam" (sila rujuk artikel asal saya terdahulu) pada Pakatan Rakyat di Selangor / Malaysia (khasnya dalam isu penggantian MB Selangor, dan isu hudud), sehingga robohnya PR tersebut pada 6 Jun 2015 lepas. Seterusnya disusuli sikap pelbagai kepimpinan utama Pas yg menyebarkan (mendoktrinkan) "keluar Pas bererti keluar Islam", maka kesimpulan saya bahawa siri pembohongan dan fitnah terbaru terhadap KUIS itu merupakan manifestasi barah dan kerosakan yg kekal ditanggung oleh Pas pada masa ini. Mereka telah, dan akan terus sanggup lakukan apa pun sahaja pembohongan, asal mampu menjustifikasikan setiap kesalahan yg dilakukan oleh mereka walau dgn menggunakan nama agama pun sekali.

 17. Bahkan saya tak terkejut menyatakan bahawa "pembohongan qiyadi" itu telah menjadi satu "manifestasi jamaie", yg sebenarnya menyerupai "sikap sebenar syiah" yg menggalakkan ahli mereka melakukan "TAQIYYAH" (deceptive manners) demi mencapai apa yg dikehendaki mereka. Atau demi menambah pengaruh mereka. Dalam ertikata lain, sikap Pas brubah dari kebencian melampau pada syiah (sehingga sesetengah kepimpinan Pas menggelarkan syiah sbg mazhab bukan Islam), akhirnya mereka sendiri pula menyerapkan langsung elemen taqiyyah dalam aqidah syiah itu ke dalam sanubari Pas itu sendiri. Dan semuanya itu dilakukan hanya dgn satu matlamat, iaitu menguasai politik dan kekuasaan semata.

 18. Elemen kedua, ie. "asobiyyah" yg dibentuk melalui doktrin walak melampau dan "kepatuhan tanpa soal dan faham" pada ahli dan kepimpinan Pas, sebenarnya telah menjadikan Pas itu sendiri berjaya melahirkan kepimpinan yg sanggup melakukan apa sahaja (hatta berbohong) demi menyelamat dan memelihara maruah ketua atau parti dari apa pun kesalahan yg mungkin dilakukan.

  PENGALAMAN PERIBADI

19. Masih segar dalam ingatan saya, tatkala terpaksa berhadapan secara langsung demi memberikan teguran pada sbhgn besar kepimpinan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) termasuklah Presiden mereka Abdullah Zaik Abd Rahman, Ketua Wanita, Ketua Syura, sbhgn AJK Pusat mereka, dan ramai lagi kepimpinan mereka termasuklah kepimpinan pelajar ISMA di luar negara, bahawa organisasi dakwah mereka itu sedang dirobek melalui doktrin jumud politik dan 'asobiyyah yg sedang memusnahkan fikrah pemimpin dan ahli-ahli mereka atas slogan perjuangan Melayu & Islam (atau Melayu Sepakat Islam Berdaulat) yg dibanggakan tersebut.

 20. Pada masa sama, sejak 2008 hinggalah 2015 melalui pelbagai tulisan saya kongsikan di wall FB ini, saya cukup tegas mengingatkan kepimpinan Pas dan adik-adik kampus yg baru mengenali dunia dakwah dan politik, bahawa mereka wajiblah mengambil 'iktibar dari sikap buruk kepimpinan ISMA terbabit, agar tidak sesekali terbawanya sikap buruk itu ke dalam parti sehingga meruntuhkan parti sendiri (atau Pakatan Rakyat). Saya ulangi sebut pada mereka tanpa henti, sayangilah jama'ah atau organisasi, atau gerakan dakwah kamu (parti atau NGO), tapi janganlah sesekali menanamkan rasa ta'asub melampau ('asobiyyah) pada organisasi yg disayangi tersebut sehingga menolak dan menfitnah kumpulan lain!

 21. Tapi itu dulu (ketika saya masih lagi memegang amanah dlm sebuah parti lama). Sekarang saya sudah tidak lagi bersama mereka, bahkan sedang memikul pelbagai bebanan dakwah lain dalam wadah perjuangan politik yg berbeza. Namun sayang sekali, hingga kini, rupanya kerisauan sayang itu benar-benar terjadi tatkala Pas dan ISMA kini memilih untuk bersatu fikrah perjuangan atas indoktrinasi Melayu Islam mereka, sehinggalah berlaku apa yg sungguh memlukan dalam kes ini.

  ORGANIZATIONAL BEHAVIOURS

22. Dalam theory dan kajian berkaitan "Organizational Behaviour", disebutkan dgn jelas, sesebuah organiasi atau kumpulan, persatuan (NGO atau party) dianggap telah menjadi sebuah "kumpulan indoktrinasi" (indoctrinated organisation) tatkala kedua ciri tersebut (ie: 'asobiyyah & pembohongan - deceptions) telah diangkat sebagai premis asas pada setiap percaturan ahli dan kepimpinannya. Dan ternyata kini Pas (atau ISMA sejak sekian lama) telah melengkapkan kedua ciri tersebut sebagai sbhgn silibus pembinaan kekuatan perjuangan ahli yg bersama mereka.

 23. Dan lawan kepada "indoktrinasi" hanyalah satu, iaitu "tarbiyyah" (atau disebut learning thru education). Ramai kalangan ahli gerakan Islam mampu menyebut terma "tarbiyyah" sebagai kekuatan mereka. Namun saya melihat dgn jelas bahawa ramai sahabat-sahabat seperjuangan saya sendiri (dulu dan kini) yg masih gagal untuk melaksanakannya di dalam usrah atau apapun program dalaman sendiri. Pengisian yg dilaksanakan itu sebenar bukanlah tarbiyyah, tetapi tidak lain hanyalah indoktrinasi sebenarnya!

 24. Ini kerana ramai kumpulan dakwah (parti / NGO) terlalu meletakkan matlamat pembentukan fikrah dan tindakan ahli yg "seiya dan sekata", sehingga menidakkan langsung kepelbagaian pandangan yg wujud, dgn tidak membenarkan wujudnya persoalan pada tindakan kepimpinan oleh ahli. Ini secara langsung menekankan konsep "ketaatan secara total" (salah erti walak) sbg sbhgn "silibus tak bertulis" usrah atau pengisian program mereka. Disebut "kita sebagai ahli hendaklah patuh dan taat pada kepimpinan yg lebih mengetahuai segalanya dari kita, dan jangan bertindak mempersoalkan tindakan kepimpinan itu..." sebagai satu barah indoktrinasi yg kerap dicampurkan ke dalam pelbagai pengisian yg kononnya dalah "tarbiyyah" untuk ahli.

 25. Maka natijahnya, terwujudlah satu kefahaman/doktin tanpa sedar namun mendalam ke dalam diri seseorg, contoh: "hanya kumpulan aku sahaja yg paling betul segalanya, dan kumpulan mereka yg lain itu tidak sempurna dan salah..." (atau digelar tidak asolah, tiada ketulenan perjuangan, atau lebih teruk dianggap sbg pengkhianat). Dan seperti contoh terkini ini, "adalah tidak salah untuk kita berbohong" (ie. menyalahgunakan nama ulamak dunia) demi meyakinkan ahli dan pengikut bahawa tindakan ketua atau parti kita ini adalah benar dan tepat.9 Ikhwah-akahwat..,

 Itulah INDOKTRINASI..!

 Dan indoktrinasi itulah perkara yang totally bertentanagan dari konsep tarbiyyah..!

  JALAN KELUAR

26. Untuk akhirnya, dengan segala bukti dan hujjah yg dikemukakan di atas, saya menyeru pada seluruh sahabat saya di luar sana, pada yg benar-benar mahu melestarikan perjuangan Islam ini sbg "Rahmat Untuk Semua", khasnya dari parti Pas untuk menjadikan "segala qarinah pembohongan dan doktrin walak secara buta (asobiyyah)" yg telah telah ditunjukkan Allah itu sebagai hujjah antum demi bangkit menolak dan meninggalkan pemikiran dan parti yg pastinya mengundang kaffarah Allah lebih besar pada masa hadapan kelak.

 Bagi saya, yakinlah, bertindak dalam keadaan sedar adalah kemestian agar niat baik dan usaha dakwah antum di medan politik dakwah ini disenaraikan sebagai 'amal soleh yg bakal diwarisi oleh generasi kita kelak. Rasulullah sebut dalam satu hadith sahih yg bermaksud;

 Ummatku boleh terlakukan pelbagai dosa (sebagai manusia), kecuali dua dosa yg tidak akan sesekali dilakukan oleh mereka, iaitu BOHONG dan KHIANAT.

 W'alam
 Ahmad Sayuti Bashiron

p/s - Untuk penjelasan lebih panjang berkaitan "process indoktrinasi" tersebut, sila rujuk pada artikel lama saya: di sini

Tiada ulasan: