Sabtu, 17 Disember 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Siapa yang terkencing : Sarawak Report atau Hj Hadi?

Posted: 17 Dec 2016 04:00 AM PST



  Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berkata surat tuntutan yang disampaikan kepadanya dari PAS adalah satu 'political gesture'.

 Surat itu, yang disampaikan kepadanya di alamatnya di London pada hari Selasa, dilaporkan berhubung dakwaannya bahawa parti Islam itu kononnya menerima RM90 juta dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 "Saya menganggap tindakan mereka itu sebagai satu 'political gesture' dan satu penyalahgunaan protokol yang mereka mahu eksploitasi," kata Rewcastle-Brown kepada Malaysiakini dalam emel malam tadi.

 Beliau juga berkata tiada prosiding mahkamah yang telah dimulakan.

 Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defarmation" itu menyenaraikan tiga tuntutan terhadap portal berita terbabit.

Ia menuntut Sarawak Report membuang artikel yang mendakwa PAS menerima RM90 juta dari perdana menteri Malaysia dan membuat permohonan maaf mengikut terma-terma yang dipersetujui oleh PAS.

 Ia juga meminta laman web pemberi maklumat itu memberikan jaminan untuk tidak menyiarkan dakwaan yang sama pada masa akan datang.

 PAS telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan berikrar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rewcastle-Brown di UK. – Malaysiakini

Komen al-Husseyn :

  Bahasa mudahnya ialah, Clare Rewcastle-Brown sikit pun tak terasa apa-apa pun dengan ancaman surat loyar Hj Hadi tu....

   Malah dia seakan mencabar Hj Hadi : tiada prosiding mahkamah yang telah dimulakan...

  Malah Clare menyifatkan tindakan menghantar surat itu kepadanya dilakukan atas sebab-sebab politik dan bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai tetapi mempunyai kesan yang sedikit!

 Orang ramai terus mendesak supaya Hj Hadi benar-benar akan saman Sarawak Report sebagaimana janjinya pada 17 Ogos lalu.

 Empat bulan sudah berlalu dan orang ramai yang amat kasih dan sayangkan Hj Hadi semakin marahkan Clare kerana masih dibiarkan begitu sahaja memfitnah ulama mereka.

 Sarawak Report mesti diambil tindakan yang sewajarnya jika benar akhbar itu memfitnah Hj Hadi kononnya menerima RM90 juta dari PM Najib.

 Sekadar penafian sahaja tidak setimpal dengan kedudukannya sebagai seorang ulama agong taraf dunia. Mana bisa seorang ulama ternama sepertinya difitnah menerima sogokan dari seorang yang dikenali dunia sebagai Kleptokrasi!

 Kena kasi ajar sama itu Sarawak Report, biarkan Clare itu terkencing-kencing jadinya....

 Harap Hj Hadi jangan ulang main tangguh-tangguh nak saman Clare sebagaimana pindaan 'RUU akta 355'. Kita tak mahu kelak ada orang yang kata Hj Hadi ini suka kencing merata .... 

Al-Kisah Sarawak Report kena saman....

Posted: 16 Dec 2016 10:00 PM PST


Pada 8 Ogos lalu Hj Hadi mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita Sarawak Report (SR) kerana mendakwa kononnya PAS menerima derma RM90 juta daripada Najib.


Kemudian pada 25 Oktober 2016, Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan memaklumkan peguam telah dilantik bulan lepas dan telah menyediakan dokumen-dokumen undang-undang.

 "Kami akan menghantar surat tuntutan kepada editor Sarawak Report terlebih dahulu sebelum memutuskan tindakan seterusnya yang akan diambil," katanya.

 Sebelum membuat keputusan untuk memfailkan saman, pihak yang terkilan akan menghantar notis kepada penerbit, mencari penarikan balik kenyataan fitnah, permohonan maaf dan pampasan kewangan, jika gagal saman akan difailkan di mahkamah.


 Rupa-rupanya surat tu baru sahaja dihantar pada 13 Disember yang baru lalu walaupun pengumumannya dibuat pada 25 Oktober.

  Susah sangatkah nak deraf surat tu hingga memakan masa yang begitu panjang....Entah berapa jela panjangnya surat yang mengemukakan 3 tuntutan itu ??  Menurut Takiyuddin, surat berkenaan berkuat kuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016.

 Apakah gertak PAS ini sama dengan gertak Najib yang mengancam mengemukakan saman ke atas Wall Street Journal Julai tahun lalu mengenai RM2.6 bilion duit 1MDB yang masuk ke dalam akaun peribadinya tetapi sampai hari ini tidak mengotakannya.

  Sejak 16 Ogos dan sekarang 17 Disember.... dah masuk 4 bulan 1 hari.... mengapa tidak kemukakan saman kalau SR berdusta? 

Kemudian selepas kemudian lagi,  apa? Biasalah... Hj Hadi akan kata : Kita tangguh!

USAH BERLEBIHAN MEMUJI YDP AGONG

Posted: 16 Dec 2016 05:02 PM PST

Oleh: Dr Tanaka Mustafa 


1) Sejak Sultan Muhammad ke-5, ramai orang puji macam-macam. Islamik, bagus, disayangi dan sebagainya. OK lah. Tapi jangan terlalu mengagung sangat kebagusan beliau. Saya yakin dia pun tak suka jika anda semua puji lebih-lebih. Sampai dia pakai selipar getah pun orang puji. Apehal. 

2) Kita tahu rakyat Kelantan sayangkan beliau. Tapi sekarang beliau sudah menjadi YDP Agong. Jadikan rakyat Malaysia juga sayangkan beliau, bukan bikin orang lain menyampah kepada beliau akibat daripada sikap anda sendiri yang lebih-lebih memuji. 

3) Pujian lebih-lebih akan mendatangkan banyak keburukan jangka masa panjang. Cukup sekadar kita bersyukur ada YDP Agong yang baik. Kuasa beliau pun tak menyeluruh untuk mengawal segala benda. Ada had. Malah pemerintahannya hanya dalam tempoh lima tahun. 

4) Jika kita bersyukur dengan nikmat adanya YDP Agong yang baik seperti beliau, inshaAllah next agong juga akan baik. Mungkin akan jadi lebih baik. Bukanlah Allah sudah kata jika kamu bersyukur, akan Kami tambah lagi nikmat itu? 

5) Memuji secara berlebih memungkinkan cerita tokok tambah sehingga mendewakan kebaikan beliau, menyebabkan rakyat negeri lain meyampah secara tidak sedar, malah mesti diingat, kumpulan ultra liberal pasti menangguk di air keruh. Mereka ini bukan suka sangat dengan imej Islamisasi. Buka minda. Jangan merepek bukan-bukan. 

6) Pakai selipar getah pun anda kecoh. Solat subuh berjamaah pun anda kecoh. Lepak dengan rakyat jelata pun anda kecoh. Ya, kita faham anda bangga. Tapi bersederhana. Beliau bukan maksum. Bukan dewa. Jangan pujian anda merosakkan beliau samada diri beliau ataupun persepsi terhadap beliau. 

7) Untuk tempoh lima tahun ini, biar seluruh rakyat Malaysia rasa bangga dengan YDP Agong. Bukan budak-budak Kelantan sahaja yang bangga. Methodnya, anda sendiri lah fikir. Beliau adalah Agong Malaysia. Biar semua lapisan masyarakat bangga, tanpa mengira latar belakang kenegerian, bangsa dan agama. 

Sekian ~ sumber

Komen al-Husseyn :

Sebagian orang mungkin gila akan pujian sehingga yang diharap-harapkan adalah komentar baik dari orang lain. Padahal pujian seringkali menipu.

Begitu pula kita pun sering berperilaku memuji orang lain di hadapannya. Dari satu sisi kala menimbulkan sisi negatif, ini adalah suatu hal yang tidak baik.

  Ada yang berkata tak salah memaparkan perkara yang baik untuk menjadi contoh teladan... Saya jawab, bukan baru sehari dua ni sahaja baginda jadi Sultan Kelantan....Cerita mengenai Baginda Tuanku sudah lama diviralkan ketika Allahyarham TGNA masih hidup dulu...

 Lagi pula, bukan baru kali ini kita mendapat seorang YDP Agong... Dah banyak kali gilir berganti... Ramai yang dah ditabalkan sebagai YDP Agong....

 Maka kalaulah aku yang diantara yang pernah jadi Agong, tentulah aku akan terasa hati bila puji-pujian menggunung dilimpahkan kepada YDP Agong hok terbaru ini.... Kenapa sewaktu aku jadi Agong dulu tak dapat pujian macam ini?

Seperti apa yang Dr Tanaka sebutkan : "Memuji secara berlebih memungkinkan cerita tokok tambah sehingga mendewakan kebaikan beliau ...." telah pun berlaku... pagi ini terima wasap mendakwa kononnya:

 Sultan Muhammad ke 5 YDP Agong Malaysia adalah keturunan Rasulullah saw generasi yang ke-35.

Disamping dakwaan tersebut, disebut pula bahawa : Kajian ini belum dibuktikan kesahihannya.....  alahai...??

 Abu Musa berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam mendengar seorang pria berlebih-lebihan dalam memuji seorang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam lalu bersabda,
 أهْلَكْتُم- أو قطعتم ظهرَ – الرجل 
"Kalian telah membinasakan atau mematahkan punggung orang itu."(Shahih): [Bukhari: 78-Kitab Al Adab, 54-Bab Maa Yukrohu Minat Tamaduh. Muslim: 53-Kitab Az Zuhd, hal. 67]

  Kalau ingin memuji seseorang atas kebaikannya yang kita saksikan sendiri, pujilah dia ketika dia sudah wafat. Kalau masih hidup, jangan, soalnya kita tidak tahu bagaimana akhir hidupnya. Bisa jadi di akhir hidupnya dia banyak berbuat maksiat. Lebih-lebih, kalau seseorang dipuji ketika masih hidup, mungkin dia jadi takabbur (sombong), 'ujub sama dirinya, tidak ikhlas dalam beramal. Rasulullah bersabda, "Janganlah kalian merasa takjub dengan amal seseorang, hingga kalian melihat bagaimana hidupnya berakhir." [Shahih: Ash-Shahihah no. 1334]

Pada pandangan saya perkara yang patut diviralkan ialah jika ada apa-apa kebajikan atau bantuan terhadap orang lain. Umpamanya bantuan kepada rakyat Kelantan yang masih perit menanggung derita akibat banjir besar yang baru lalu...

 Sultan sebagai payung negara, pelindung rakyat.... Maka apalah salahnya kita didedahkan dengan perkhabaran mengenainya bukan sekadar rethorik pujian seperti yang lazim disebut-sebut 'berjiwa rakyat'!

Wan Mohd Aman : Masih ada rakyat Kelantan mangsa banjir yang tak dapat lagi rumah kekal dan masih tinggal di rumah transit.Takde orang bising pun.Manakala "sultan" Kelantan pergi solat subuh bawa kereta sendiri, semua orang bising macam hilang akal.

Tiada ulasan: