Selasa, 22 November 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Beranikah PAS Pecat Wakil Rakyatnya Yang Sertai BERSIH5?

Posted: 22 Nov 2016 02:22 AM PST

Ahli PAS turun BERSIH5 mungkin berdepan tindakan

PAS akan mengambil tindakan terhadap anggota parti yang menyertai perhimpunan BERSIH5 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, pihak berkenaan akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin jika terdapat aduan dan terbukti melakukannya.

"Jika ada aduan... parti tidak boleh bertindak sekiranya tiada aduan.


"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada anggota dan penyokong PAS yang akur keputusan parti dengan tidak hadir ke perhimpunan tersebut," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Hadi berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau juga dilapor mengulangi pendirian PAS untuk menolak percubaan mana-mana pihak untuk mencetuskan sesuatu di luar sistem demokrasi.

"Kita tidak mahu (dalam) demonstrasi ini berlaku pertembungan yang merugikan rakyat. Ini sangat penting dan perlu diawasi," katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional.

Terdahulu, anggota Majlis Syura PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, walaupun tidak menyokong secara rasmi BERSIH5, parti itu tidak menghalang anggotanya menyertai himpunan berkenaan.

"Kita tak turun BERSIH secara rasmi tapi tak halang (anggota) untuk pergi," katanya pada pemberita di perkarangan Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, anggota parlimen Kuala Nerus itu berkata, beliau menyerahkan kepada pimpinan untuk memutuskan sekiranya terdapat sebarang tindakan yang akan diambil.

"Itu kita akan lihatlah oleh pimpinan macam mana keadaan," katanya lagi tanpa mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Bekas naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dikatakan antara yang hadir dalam acara itu, selain bekas ketua pengarang organ rasmi PAS Harakah Ahmad Lutfi Othman dan artis Abby Abadi.

Selain itu, ditanya mengenai kurang penyertaan kaum Melayu pada himpunan 19 November lalu, beliau berkata apa yang penting mesej untuk menolak pentadbiran yang sedia ada dapat disampaikan.

"Tetapi yang jelas rakyat tolak BN. Tak timbul berapa yang turun.

"Tak penting berapa jumlah tapi yang penting suara rakyat sampai kepada pemerintah bahawa banyak polisi kerajaan yang kita tak setuju.

"Cuma PAS ambil sikap tersendiri untuk tak bersama dengan BERSIH," katanya lagi. -mk

ULASAN GB

GB terserampak dengan beberapa orang wakil rakyat PAS yang turut serta di dalam perhimpunan BERSIH5.

Dan sudah viral di media sosial gambar-gambar mereka.

Malah Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa agar Setiausaha Agung PAS mengambil tindakan tegas terhadap mereka.


Sementara beberapa fb milik ahli dan penyokong tegas PAS pula, memaki hamun wakil-wakil rakyat PAS yang menyertai BERSIH5. Cukup "indah" akhlak yang dipaparkan oleh mereka yang mendakwa ahli parti "Islam" itu.


Soalnya kini, bersediakah PAS kehilangan wakil rakyat mereka di parlimen dan DUN yang kini semakin susut bilangannya setelah ramai meninggalkan parti itu untuk menyertai AMANAH?

Lagi dipecat lagi ramai yang menyertai AMANAH menjadikan AMANAH semakin kukuh dan kuat. Dan lebih ramai ahli-ahli PAS yang lain akan menyeberangi ke AMANAH sepertimana yang berlaku ke atas pemecatan Husam Musa di Kelantan.

Kita mengalu-alukan PAS memecat wakil-wakil rakyat itu. Ada berani?


VIDEO BERKAITAN





FEATURED ADS



BERSIH5: Sampai Bila Najib Mampu Bertahan Sebagai PM?

Posted: 21 Nov 2016 09:51 PM PST

BERSIH5 sah di sisi undang-undang, kata Suhakam

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata, tiada justifikasi untuk pihak polis membuat tangkapan ke atas penganjur utama himpunan BERSIH 5 semalam.

"Pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab perlembagaan untuk menjelaskan asas penahanan individu terbabit dan membuat penjelasan kesalahan-kesalahan yang dituduh," kata ketuanya Tan Sri Razali Ismail dalam kenyataan.

Ujar beliau, Suhakam mengerahkan para pemerhati di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.


"Suhakam juga menekankan bahawa himpunan tidak menyalahi undang-undang dan mendapati para peserta bertindak dengan cara yang boleh diterima, tidak mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara," tambah Razali.

Beliau turut memuji pihak berkuasa khususnya polis kerana mempermudah dan menguruskan himpunan awam bagi memenuhi kehendak para penunjuk perasaan sambil menghormati hak balas penunjuk perasaan.

Jelas Razali lagi, pihaknya akan menyerahkan laporan pemerhatian terperinci kepada Parlimen.

Sementara itu, pemimpin Pakatan Harapan menggesa pembebasan segera semua aktivis BERSIH dan pemimpin pembangkang yang ditahan sama ada sebelum mahu pun selepas perhimpunan tersebut.

"Rakyat sudah bosan dengan kerajaan, seperti yang dibuktikan oleh ribuan penunjuk perasaan semalam," kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam kenyataan.

Ketua Anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang pula yang mengatakan tangkapan tersebut sebagai melanggar hak perlembagaan rakyat Malaysia untuk bersuara dan berhimpun selain menghalang wakil rakyat daripada menjalankan aktiviti yang sah.




ULASAN GB

BERSIH5 sudah berakhir dan masing-masing bertanya: apa kesannya?

Sekalipun kerajaan meletakkan perhimpunan itu sebagai perhimpunan haram, namun hakim Nantha Balan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pun TELAH mengesahkan pada 18 Dec bahawa perhimpunan BERSIH 5 adalah PERHIMPUNAN AMAN serta mematuhi undang2 serta perlembagaan negara

Bukankah sebarang tindakan untuk menyatakan perhimpunan BERSIH5 sebagai perhimpunan harama bererti boleh dianggap sebagai menghina mahkamah?

Seorang menteri, Nazri Abd Aziz namanya menyatakan bahawa BERSIH5 sudah berakhir, Najib masih menjadi PM.

Betul, tetapi agaknya sampai bila?

Sekalian rakyat sudah bangkit bersuara supaya Najib berundur kecuali UMNO dan komponen BN termasuk PAS.

Di dalam perjalanan balik dari BERSIH5, GB telah bertemu dengan seorang peserta BERSIH berketurunan India, Shankar yang datang dari Tanjong Malim.

Beliau berkata dalam ratusan ribu rakyat hadir di perhimpunan BERSIH 5, doa sekurang-kurangnya salah seorang dari kita pasti diperkenankan oleh "Tuan Alla"

"Najib tidak dapat lari dari kebenaran," ujarnya,

"Dia sudah merompak harta rakyat. Rakyat kini hidup sengsara, sedangkan dia dan isterinya Rosmah masih hidup berpoya-poya. Tiada pemimpin di dalam dunia ini akan selamat jika begitu sifatnya. Hukum karma akan berjalan. Walaupun Najib menguasai segala institusi kerajaan, para menteri yang kebanyakannya masih mengampunya, tetapi "Tuan Alla" tidak boleh ditipu," tambahnya lagi.

GB terpegun dengan kata-katanya. Shankar adalah diantara ribuan rakyat yang dapat merasakan kebobrokan rejim Najib dan partinya UMNO, akan musnah akibat dari kezaliman yang dilakukan olehnya.

Soalnya ialah masa. Katanya masa itu milik Tuhan, Tuhan boleh menghukum pada bila-bila masa yang dikehendaki.

"Hari ini Tuhan sendiri menyaksikan rakyat bangkit untuk menolak kepimpinan Najib, mana Najib mahu lari lagi?"

"Kita hidup tidak lama. Tetapi Najib beranggapan dia boleh menongkat langit. Kita akan sama-sama saksikan kejatuhan Najib tidak lama lagi," ujarnya bersemangat.

"Paling tidak pun satu hari Najib akan mati juga," kata-kata akhirnya sebelum beliau bersalaman dengan saya untuk beredar.

Demikian keluhan seorang rakyat marhain. Dan memang pun bukan tujuan BERSIH untuk menurunkan Najib secara khusus. Yang dituntut oleh BERSIH 5 ialah pilihanraya yang bersih supaya negara dapat diselamatkan. Kita mahukan pimimpin yang amanah dan yang menjaga kepentingan rakyat. Maka yang itulah yang kita akan dapat!



FEATURED ADS



Tiada ulasan: