Rabu, 16 November 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


AMANAH: Jangan Takut Turun BERSIH 5

Posted: 16 Nov 2016 12:26 AM PST

55 peguam Kanun tawar bantuan guaman Bersih 5

Menjelang himpunan Bersih 5, Amanah hari ini mengumumkan seramai 55 peguam Biro Undang-undang parti itu (Kanun) akan bertugas di lapangan pada Sabtu nanti.

Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, 50 pegawai perubatan daripada ARIF Medical Team turut dijadualkan bertugas pada himpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih itu.


Menyasarkan sekurang-kurangnya 30,000 ahli dan penyokong Amanah menyertai himpunan berkenaan, beliau memberitahu pasukan wartawan rakyat terdiri daripada 30 wartawan dan 20 jurugambar juga akan berada di lokasi perhimpunan aman itu.

"Mereka akan bertugas dan merakam peristiwa bersejarah yang dikoordinasi di bawah pasukan Media Oren Amanah," katanya pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.

Beliau turut mengumumkan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan sebagai koordinator Amanah untuk himpunan Bersih 5 serta Bilik Gerakan Bersih 5 bagi parti itu yang akan beroperasi di ibu pejabat Amanah.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kanun, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, tawaran khidmat guaman di pihaknya juga tidak terhad kepada ahli Amanah sahaja.

"Tawaran Kanun juga terbuka kepada semua peserta himpunan Bersih tanpa mengira parti politik mahupun individu.

"Kami juga menyeru pihak berkuasa menghormati hak untuk rakyat berhimpun seperti termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.

Penganjur Bersih 5 menetapkan dua tempat berhimpun bagi peserta perhimpunan iaitu di Dataran Maybank, Jalan Bangsar dan masjid Negara sebelum bergerak memghampiri Dataran Merdeka. -mk

VIDEO BERKAITAN









FEATURED ADS



Tiada ulasan: