Isnin, 21 November 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


MENTERI SSK JADI "MABUK KETUM" DEK PENANGAN BERSIH 5?

Posted: 21 Nov 2016 06:59 AM PST

shahbudindotcom


Satu-satunya menteri UMNO yang ternampak paling susah hati dan tidak tenteram jiwanya selepas perhimpunan Bersih 5 ialah Salleh Said Keruak, pemimpin yang ditanggapi ramai dilantik menganggotai kabinet bukan kerana kelayakan dan kewibawaan, sebaliknya hanya disebabkan bijak mengambil kesempatan berikutan krisis antara Najib Razak dengan Tun Mahathir Mohamad.

Hanya dalam tempoh dua hari, kenyataan dan pemikirannya terlihat jauh berbeza yang jelas menunjukkan kecelaruan dan ketidak-tenteraman jiwa terhadap perhimpunan Bersih 5.

Nasib baik beliau sudah tua dan berusia, jika budak-budak remaja yang berkelakuan sebegitu rupa, sudah tentu tanggapannya ialah  mabuk ketum sebagai puncanya.
 
 
 
 
Beberapa jam selepas perhimpunan Bersih 5 berakhir, Salleh menulis di blognya dengan menyalahkan kehadiran yang rendah dalam perhimpunan itu disebabkan oleh Tun Mahathir.

"Kesan penyertaan Tun Mahathir dan kroninya dalam Bersih 5 menyebabkan jumlah kehadiran menurun hampir 97 peratus.

"Orang Melayu melihat melalui agenda pentingkan dirinya sendiri dan enggan hadir. Dan ribuan orang Cina yang menghadiri Bersih tahun lalu meluat dengan kehadiran Tun Mahathir, lalu memilih untuk duduk di rumah, " tulisnya lagi.

Beliau turut membandingkan angka kehadiran dalam Bersih 5 yang dianggarkan pihak polis seramai 15,500 dan sebuah portal yang menyebut seramai 41,000 dengan kehadiran dalam Bersih 4 yang dianggarkan berjumlah 500 ribu orang.

Kesimpulannya, bagi Salleh Said Keruak atau SSK, perhimpunan Bersih 5 adalah gagal dan tidak mendapat sambutan.

Bagaimanapun, hari ini Salleh menulis lagi di blognya dengan berkata, kehadiran yang besar dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh pembangkang bukanlah kayu ukur kepada sokongan rakyat.

Katanya, jika kehadiran dalam perhimpunan menjadi ukuran, pembangkang sepatutnya sudah menang pilihanraya pada tahun 1999 lagi.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat lebih gemar melihat mengenai rancangan dan dasar kerajaan serta jaminan masa depan untuk mereka.

Kita tidak harus menang sorak, kampung tergadai," ujarnya.

Jika dilihat daripada kedua-dua tulisan itu, ia jelas mempunyai maksud yang berbeza. Dalam tulisan pertama, beliau cuba memberitahu bahawa Bersih 5 tidak mendapat sambutan serta lebih ramai yang memilih duduk di rumah kegagalan itu berpunca daripada Tun Mahathir.

Dalam tulisan kedua pula beliau cuba menggambarkan bahawa kehadiran yang ramai bukan kayu ukur kepada sokongan rakyat dan penentu kemenangan dalam pilihanraya.
 
 
 
 
Dalam hal ini, apakah pemahaman sebenar Salleh mengenai kehadiran dalam Bersih 5 kali ini - tidak ramai dan gagal atau telah mendapat sambutan yang hangat dan berjaya?

Sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang mana beliau boleh dianggap sebagai "Bapa Propaganda" kepada Najib, UMNO dan BN, apa yang sebenarnya yang cuba disampaikannya dan yang mana satu tulisannya itu boleh dipakai?

Mengapa hanya dalam tempoh dua hari fikirannya sudah berubah? Bukankah kita mesti konsisten dengan pendirian?

Adakah ia disebabkan susah hati dan tidak tenteram jiwa tentang hampirnya hilang kuasa dan baru disedarinya bahawa rakyat semakin berani menunjukkan penolakan terhadap Najib?

Bolehkah dipercayai lagi tulisan Salleh seterusnya yang jelas tidak lebih  umpama sebuah cerita rekaan daripada bilik berhawa diingin semata-mata? 
 
 
 

China Nampak Keterdesakan Najib Akibat 1MDB

Posted: 21 Nov 2016 06:59 AM PST

ADA penyokong kerajaan, khususnya yang taasub kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, mengherdik saya kerana meminta kerajaan membuktikan bahawa China akan benar-benar melabur di Malaysia dengan membawa masuk modal dari negara mereka.

Hatta laskar siber yang tidak dikenali sebagai penganalisis ekonomi, korporat dan perbankan pun menulis membelasah saya. Kita tahulah yang mereka menyiarkan bahan-bahan yang kilang oleh penulis-penulis hantu pemerintah.

Apa yang saya rasa kita semua perlu khuatir ialah kemungkinan syarikat-syarikat milik kerajaan China tidak akan membawa masuk modal sebaliknya meminjam dari pasaran tempatan bagi membiayai projek-projek mereka.

Bukti sudah ada. Banyak syarikat dari negara China telah mengutip modal dari pasaran tempatan dengan melakukan tawaran awam permulaan (IPO) dan menyenaraikan saham mereka di Bursa Malaysia.

Ada kira-kira 10 buah syarikat macam itu dan sebahagiannya telah mungkir janji sehingga menyebabkan pelabur tempatan rugi besar.

Baru-baru ini pula, agensi berita ekonomi Bloomberg melaporkan yang China General Nuclear Power Corporation (CGN) bercadang membuat IPO bernilai AS$400 juta (kira-kira RM1.8 bilion) di Malaysia seawal tahun depan. Bila sesebuah IPO dibuat di Malaysia, logiknya majoriti yang akan membeli sahamnya adalah pelabur tempatan.

Kita tentu masih ingat macam mana awal tahun ini, CGN telah membeli kilang-kilang penjana elektrik milik Edra Global Energy Bhd dengan harga AS$2.3 bilion. Edra adalah anak syarikat 1MDB.

1MDB terpaksa menjual Edra dengan harga murah kerana kesuntukan wang untuk membayar faedah hutangnya yang kini dianggarkan RM53 bilion. Dengan pembelian Edra, CGN kini menjadi pembekal elektrik kedua terbesar di Malaysia selepas Malakoff Berhad.

Jadi adalah tidak mustahil syarikat-syarikat negara China lain yang mendapat kontrak raksasa seperti Bandar Malaysia (tapak TUDM Sungai Besi) dan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur akan juga meminjam modal di Malaysia.

Jadi pelaburan asing yang digembar-gemburkan itu sebenarnya tidak wujud atau kalau wujud pun kecil dan bersifat sementara. Apabila sampai masa, mereka akan pindahkan beban hutang mereka kepada pelabur tepatan melalui IPO.

Natijahnya, syarikat-syarikat milik Kerajaan China membeli aset-aset strategik di negara kita dengan dibiayai oleh kita sendiri melalai pemberian pinjaman dan pembelian saham IPO. Kita mungkin memiliki sedikit saham tetapi kawalan dan pengurusan adalah di tangan mereka.

Hutang Mudah Bayar Susah

Sekarang Mohd Najib membebankan kita dengan RM55 bilion hutang tambahan dari China untuk projek kereta api Pantai Timur. Nilai dolarnya ialah AS$13.73 bilion.

Pinjaman mudah, kata beliau. Semudah mana pun beban tetap ada dan akan ditanggung oleh rakyat jelata dan pembayar cukai hingga tahun 2036.

Yang pasti syarikat-syarikat China itu akan membawa masuk kelengkapan, pekerja serta bahan binaan. Mereka juga akan memaksa kita membeli enjin dan gerabak kereta api dari mereka.

Adalah menjadi amalan syarikat-syarikat milik kerajaan China membawa pekerja dari negara mereka untuk melaksanakan projek di luar asing. Itulah yang berlaku di Afrika.

Kajian Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat mengenai kegiatan ekonomi China di Afrika menganggarkan ada kira-kira 250,000 pekerja China di Afrika pada 2014. Angka itu pernah mencapai 300,000 pada 2011.

Pekerja China di Ghana

Tidak kurang penting adalah kesan pergantungan kepada China ke atas keselamatan dan kedaulatan negara serta potensi untuk mencetuskan ketegangan.


Sudah ada kelompok dalam masyarakat kita yang menganggap China sebagai penyelamat dan berasa kita perlu berterima kasih kepadanya.

Akhbar The Star milik Persatuan China Malaysia (MCA) dalam rencana 10 September lalu yang bertajuk "The China Factor in Malaysia's Growth" antara lain, berkata:

"In times of trouble, who is it that comes to support Malaysia?  (Dalam kesempitan siapa yang datang membantu Malaysia?) dan dengan bangga akhbar itu menjawab: It is the Chinese. (Ia adalah China.)

Kita bukan anti-pelaburan asing atau anti-China. Negara kita membangun hasil pinjaman luar dan pelaburan asing. Kita tidak mengamalkan dasar ekonomi anti-modal dan isolationist.

Tetapi apa yang kita khuatir sekarang ialah keutamaan yang diberikan kepada China seolah-olah tanpa China, negara kita akan hancur berkecai dan tidak ada negara lain yang bersedia melabur di negara kita kecuali China.

Bukan itu saja, kita seolah-olah memperjudikan maruah, kedaulatan dan kebebasan kita semata-mata kerana mahukan duit China. Nampak seakan-akan kita ini pengemis.

Secara tidak langsung kerajaan Mohd Najib mengakui bahawa akibat wabak 1MDB, pelabur asing tawar hati melabur di negara kita atau mereka tidak bersedia melakukan apa yang sedang dilakukan oleh negeri China.

Di pihak lain pula, China sedar keterdesakan (desperation) Mohd Najib akibat skandal 1MDB dan mengambil peluang untuk memainkan peranan penyelamat (seperti yang dilaungkan oleh The Star) maka dengan itu mendapat layanan istimewa dan sekali gus menjadikan negara kita boneka dalam mainan geopolitiknya.

Wallahuaklam.

Nasib artis, dah 2 bulan Nam Ron jual pulut kuning

Posted: 21 Nov 2016 06:36 AM PST

Nadia Azam


Dua bulan sejak menjual pulut kuning, pendapatan yang diperoleh menerusi 'kerjaya ' terbaru Nam Ron ternyata mampu digunakan untuk kelangsungan kehidupannya sekeluarga.

Kata beliau yang merupakan pengarah dan juga pelakon itu, idea untuk menjana pendapatan sampingan itu muncul selepas tawaran berlakon semakin berkurangan.

"Dengan berniaga pulut kuning, hasilnya dapat saya gunakan bayar bil letrik, rumah dan keperluan anak.
"Sejak tahun lepas, tawaran berlakon amat berkurangan kerana keadaan ekonomi tidak menentu.

"Dan saya berasa senang dapat menjual pulut kuning, Alhamdulillah," katanya.

Nam Ron ditemui pada majlis Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) di PICC Putrajaya, baru-baru ini.

Pada malam itu, Nam Ron dianugerahkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) ASK2016 menerusi filem Redha.

Kekecewaan Nam Ron membuatkan dia lebih selesa untuk tidak terlalu berharap pada satu-satunya mata pencarian rezeki.

Malah, terdahulu, Nam Ron atau nama asalnya Shahili Abdan yang meraikan ulang tahunnya hari ini sudah membiasakan diri memulangkan separuh daripada hasil berlakon melalui bengkel teater.

Pun begitu, katanya, kerana kurangnya mendapat tawaran berlakon, pembiayaan untuk kerja seni juga terbantut.

"Apabila tawaran kurang buat saya tidak dihargai.

"Sebelum ini duit dari berlakon filem dan drama disuntik untuk melatih bakat baru," katanya.

Pulut kuning Nam Ron bukan pulut kuning biasa, tapi hidangan yang dimasak dengan rasa ikhlas.

Perniagaan pulut kuning dengan rendang ayam dan daging itu turut diusahakan oleh isterinya, Junainah.

Sementara itu, menceritakan kejayaan Redha, Nam Ron menyatakan dia tidak menjangkakan kemenangan.
"Saya berasakan Sam (Shaheizy Sam) akan menang tapi sebaliknya rezeki milik saya, Alhamdulillah.

"Untuk jadi pelakon terbaik perlu bekerja dengan pengarah dan produksi terbaik. Tunku Mona dan Redha adalah antaranya.

"Ini benda saya percaya dan pegang," katanya yang bakal menerbitkan filem One Two Jaga tahun depan.


Kontrak Felda bernilai RM148m dimeterai tanpa kebenaran

Posted: 21 Nov 2016 06:31 AM PST

MALAYSIAKINI




Jabatan Audit Negara hari ini mendedahkan kontrak perolehan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bernilai RM148.42 juta telah ditandatangani tanpa kebenaran yang sah.

Ia melibatkan sejumlah 64 kontrak untuk perolehan 'light detection and ranging' (LiDAR) yang didakwa ditandatangani oleh pengarah jabatan pengurusan tanah tanpa kebenaran.

Tiada penilaian terhadap prestasi kewangan telah dijalankan ke atas kontrak-kontrak ini - 16 kontrak bernilai RM11.4 juta pada tahun 2013 dan 48 kontrak bernilai RM38.72 juta pada 2014.

"Pengumpulan data LiDAR oleh Bumitouch Sdn Bhd 2013-2015 telah dijalankan," kata Laporan Audit Negara 2015 (Siri 2) yang dibentangkan di Parlimen, hari ini.

"Bayaran penuh daripada RM40.57 juta bagi 53 daripada 64 kontrak dengan Bumitouch telah dibuat walaupun serahan daripada LiDAR tidak diterima sepenuhnya.

"Kerja-kerja telah dimulakan antara 39 hingga 136 hari sebelum pelantikan kontraktor diluluskan untuk 45 daripada 64 kontrak LiDAR bernilai RM33.83 juta," menurut pendedahan tersebut.

Kerja-kerja tersebut telah dijalankan berdasarkan rangka kerja yang dimeterai oleh pengarah yang tidak diberi kuasa untuk menandatangani, tambahnya.

"Penggunaan teknologi LiDAR untuk tujuan penanaman semula tidak dapat dimulakan kerana serahan untuk tempoh Oktober 2013 hingga Mei 2015 dalam bidang berkaitan tidak diterima sepenuhnya.

LiDAR bukanlah satu-satunya isu yang diketengahkan oleh laporan audit sebagai terdapat kesalahan. Ia mengenal pasti beberapa perolehan dan kontrak lain selepas mengaudit 15 anak-anak syarikat Felda.

Laporan audit menunjukkan bayaran penuh sebanyak RM40 juta telah dibuat walaupun kontrak bagi pelan tindakan projek jalur lebar Felda tidak tersedia.

Rangka tindakan projek jalur lebar sepatutnya dibuat oleh Felda Prodata Sdn Bhd.

"Pelaksanaan projek jalur lebar yang menelan belanja RM566 juta hanya siap sehingga penyediaan pelan tindakan," katanya sambil menambah bahawa projek percubaan dan penuh telah digantung sejak 29 Jan 2015.

Selain itu, MCM Value Sdn Bhd menerima RM209,000 untuk pengurusan nilai projek jalur lebar tanpa apa-apa kontrak.

Kos haji dijangka terus meningkat

Posted: 21 Nov 2016 06:22 AM PST

BERNAMA


 Kos menunaikan haji dijangka terus meningkat disebabkan kos penginapan, pengangkutan, makan-minum dan lain-lain perkhidmatan turut bertambah Kos menunaikan haji dijangka terus meningkat disebabkan kos penginapan, pengangkutan, makan-minum dan lain-lain perkhidmatan turut bertambah


Kos menunaikan haji dijangka terus meningkat disebabkan kos penginapan, pengangkutan, makan-minum dan lain-lain perkhidmatan turut bertambah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata peningkatan kos haji berlaku setiap tahun dan pada musim Haji 1437 Hijrah (H)/2016 yang baru selesai, ia sudah mencecah RM18,890 seorang.

"Tabung Haji (TH) dengan sokongan kerajaan, masih dapat mengekalkan bayaran haji sebanyak RM9,980 seorang jemaah haji 'Muasassah' sejak tahun 2009.

Pada musim yang lalu sahaja, jumlah keseluruhan subsidi haji yang ditanggung oleh TH adalah melebihi RM160 juta," kata beliau dalam ucapan di Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji Musim 1437H di sini, hari ini.

Sejumlah 31 jabatan/agensi kerajaan dan swasta termasuk wakil Kerajaan serta Kedutaan Arab Saudi telah diberikan penghargaan atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan, pada majlis itu.

Jamil Khir berkata operasi pengendalian jemaah haji negara bagi musim haji 1437H dianggap sangat baik dan berjaya mencapai objektifnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah hasil muafakat semua pihak.

Beliau berkata operasi haji 1437H yang lalu telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden besar atau buruk yang tidak diingini.

Tambah beliau, kecemerlangan TH dan Malaysia dalam pengurusan Haji telah membuka mata ramai pihak dan mendapat perhatian negara-negara luar.

"Senario ini memberi keyakinan kepada kita sebagai umat Islam di Malaysia bahawa pengurusan haji yang dijalankan secara muafakat oleh semua agensi kerajaan dan swasta pasti membuahkan kejayaan," kata beliau.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah dan Setiausaha Pertama, Kedutaan Diraja Arab Saudi, Ali Ibrahim A. Alheji.

Adun DAP digantung hadiri sidang Dun Sarawak

Posted: 21 Nov 2016 06:18 AM PST

 BERNAMA
 
 
Adun Kota Sentosa Chong Chieng Jen digantung hadiri sidang Dun selama lapan hariAdun Kota Sentosa Chong Chieng Jen digantung hadiri sidang Dun selama lapan hari


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Chong Chieng Jen hari ini digantung berkuat kuasa serta merta daripada menghadiri Persidangan Dewan Negeri selama lapan hari yang bermula di sini hari ini.

Speaker DUN Datuk Amar Awang Asfia Awang Nasar membuat keputusan itu selepas Chong gagal menarik balik "dakwaan serius" mengenai rasuah yang dibuatnya terhadap Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Sebelum itu, Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak, cuba memfailkan satu usul ke atas Adenan berhubung sejumlah RM250 juta yang didakwa hilang dan merupakan sebahagian daripada RM905,900,000 yang diluluskan untuk projek-projek kecil luar bandar semasa sidang dewan negeri tahun lepas.

Awang Asfia menasihatkan Chong untuk menarik balik dakwaannya.

Apabila Chong enggan, Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh mengemukakan satu usul untuk menggantungnya yang kemudiannya disokong Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Chong berkata tindakan speaker berbuat demikian adalah tidak betul.

"Sebagai anggota dewan negeri, saya bertanggungjawab memastikan wang kerajaan negeri dibelanjakan dengan sewajarnya," katanya.

MCA bantah sikap timbalan menteri, berita buruk untuk BN

Posted: 21 Nov 2016 06:17 AM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Tajuddin Abdul RahmanTajuddin Abdul Rahman
MCA menyelar Ahli Parlimen Pasir Salak dari BN, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang membuat kenyataan seksis dan menghina Ahli Parlimen Seputeh daripada DAP, Teresa Kok.

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, tidak sewajarnya seorang timbalan menteri bersikap kebudak-budakan seperti itu dan mempermainkan nama keluarga.

"Meskipun kami di bahagian berbeza dan tahu komen Teresa sering mencari salah MCA, parti kami tidak bertolak ansur dengan apa jua bentuk kekasaran dibuat ahli Parlimen lelaki.

"Apatah lagi daripada seorang timbalan menteri terhadap nama wanita Malaysia berbangsa Cina, dan ditambah lagi dikiaskan dengan alat sulit lelaki," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Rakyat hari ini berkata, hanya Teresa sahaja yang ada "Kok".

Sebutan nama 'kok' mirip dengan istilah bagi alat kelamin lelaki dalam bahasa Inggeris.

Chew yang juga Timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat mendesak Tajuddin menunjukkan lebih rasa hormat kepada wanita dan bangsa Cina Malaysia dan memohon maaf atas perbuataannya itu.

Beliau berkata, tugas ahli Parlimen di Dewan Rakyat adalah membahaskan dasar kerajaan dan isu negara yang memberi kesan terhadap kehidupan, ekonomi dan sosial rakyat.

"Bukannya untuk menyalahgunakan imuniti seseorang dengan menghina nama keluarga ahli Parlimen Seputeh.

"Tingkah laku tidak sopan Tajuddin ialah cerminan yang fikirannya rosak. Tidak sepatutnya tindakan itu dilakukan seorang timbalan menteri," katanya.

"Jika Tajuddin seorang lelaki yang ada kelas dan pendidikan, dia akan melayan orang Cina Malaysia dengan hormat, dan tidak mempamerkan sikap teruk terhadap wanita.

"Mungkin tindakannya itu satu pengakuan yang mana-mana orang Cina Malaysia dengan nama keluarga 'Kok' jelasnya lebih 'lelaki' berbanding dia," katanya.

PAS mampu pimpin gabungan pembangkang yang baru, kata Khairuddin

Posted: 21 Nov 2016 04:34 AM PST

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin kanan PAS hari ini berkata parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak akan mengikut acuan orang lain malah bertegas mampu untuk memimpin gabungan pembangkang yang baru.
 
Jelas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Khairuddin Aman Razali, PAS boleh jadi faktor penentu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang kerana tidak terikat dengan gabungan pembangkang mahupun kerajaan.
 
"Kita telah tegaskan bahawa PAS akan bersendirian. Sesiapa boleh ikut PAS kita ada Gagasan Sejahtera dan kita boleh mengajak BERSATU (PPBM) bersama dengan gagasan kami, itu saja.
 
"Tidak untuk kita ikut orang lain. PAS boleh pimpin pembangkang.
 
"Kita boleh jadi penentu dan mungkin kita menang negara, kita tidak tahu," katanya di lobi Parlimen hari ini.
 
Khairuddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yang berkata tidak mustahil Umno menerima PAS dan PAS menerima Umno untuk bekerjasama.
 
Kata Annuar, PAS-Umno mempunyai banyak titik persamaan iaitu perjuangan terhadap agama, selain ingin melihat keamanan, kesejahteraan dan kedudukan Islam pada kedudukan terunggul.
 
Ujar Khairuddin lagi, PAS hanya enggan menjalin hubungan dengan DAP dan serpihannya Amanah tetapi masih terbuka dengan Umno-Barisan Nasional (BN).
 
Namun katanya lagi, pendirian PAS masih sama iaitu tidak akan bergabung dengan Umno-BN untuk tujuan politik.
 
"Dengan DAP ya (putus hubungan). Amanah mereka kita anggap sebagai orang yang keluar daripada PAS dan khianat kepada kami. Takkan ada rundingan dengan PAN (Amanah)," katanya.
 
PAS kini dilihat "mesra Umno-BN" kerana mahu mendapatkan sokongan dalam usul Rang Undang-undang Pemerkasaan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016.
 
"Kerjasama dalam ada sahaja perkara yang baik. Itu boleh berlaku contohnya dalam RUU355 kita harapkan kerjasama terutamanya kerajaan.
 
"Jadi kita akan teruskan sikap kita iaitu bekerjasama dengan sesiapa sahaja dalam perkara melibatkan Islam tetapi kita tegakkan bahawa tidak akan ada gabungan PAS dan Umno," jelasnya lagi.
 
PAS kini mengetengahkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) apabila tidak lagi menyokong secara membuta tuli terhadap setiap yang dilakukan pembangkang.
 
 

Pengusaha restoran di Kelantan caj RM4 segelas teh 'o' ais, kena denda

Posted: 21 Nov 2016 04:29 AM PST

DETIK DAILY



 

KOTA BHARU: Akibat menaikkan harga minuman teh 'o' ais dari RM2.80 hingga RM4 segelas, seorang pemilik restoran di Kota Bharu, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, kerana kesalahan mencatut.

Hakim Mahkamah Sesyen, Adli Abdul Ghalib menjatuhkan hukuman denda berkenaan terhadap pemilik restoran di Jalan Tok Hakim di sini kerana tidak mematuhi Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2014.

Pemilik Restoran Ozarah Cafe, Jessica Choo Kim Lian, mengaku salah dan membayar denda yang dikenakan.

Mengikut fakta pertuduhan, Jessica didakwa mencatut dengan mengenakan harga segelas teh o ais dengan menaikkan harga dari RM2.80 kepada RM4 di Jalan Tok Hakim pada 29 September lalu. Pemilik restoran berkenaan didakwa mengikut Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 18(b) akta yang sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara 3 tahun.

Takziah buat Rafizi Ramli

Posted: 21 Nov 2016 04:25 AM PST

DETIK DAILY
 

 
Oleh Subky Latif


SEKALIPUN saya tidak gembira dengan politik Rafizi Ramli yang menyokong road show orang-oang yang keluar PAS menubuhkan parti sendiri, tetapi tetap pilu atas hukuman penjara 18 bulan terhadapnya.

Saya menerimanya sebagai inna lillah waina ilaihi rajiun. Ia satu musibah seperti seberat kematian seseorang. Sekalipun Rafizi tidak mati dengan hukuman mahkamah itu, tetapi ia adalah keputusan hendak mematikan politiknya dan orang-orang yang berjuang bersamanya.
   
Ia seperti membunuh politik kebenaran dan keadilan, bagi demokrasi dan kebebasan.
  
Yang terhukum itu bukan Rafizi saja. Ia menghukum sekalian pejuang prodemokrasi, prokeadilan dan prokebenaran, ia mematahkan gerakan mendaulatkan undang-undang, anti rasuah dan anti penyelewengan.
  
Maka sayogia Rafizi dan keluarga serta rakan seperjuangan diberi ucapan takziah atas musibah yang dihadapinya. Takziah itu tidak sekadar buat Rafizi dan keluarga, bahkan adalah untuk kita semua. Maka Rafizi dan semuanya jangan putus asa atas segala yang terjadi itu dan tidak menyesal atas tindakannya yang menyebabkan dia dihukum sebegitu rupa.
  
Berbanyak sabar bagi lazimnya orang-orang yang menerima ujian. Jika diuji dengan musibah berbanyak sabar, jika diuji dengan nikmat bersyukur.
   
Dia telah melakukan kerja yang mulia, yang diketahuinya tindakannya mendedahkan sebagian daripada kandungan penyelewngan 1MDB yang diOSA berisiko tinggi seperti yang dikenakan kepadanya sekarang. Dia wajar dipuji demi keberanian memberi bukti jenayah skandal itu sesuatu mesti didedahkan.
  
Yang didedahkan itu tidak semestinya palsu tetapi ia telah dijadikan barang larangan didedahkan. Ia jadi larangan bukan ia rahsia besar, tetapi rahsia umum yang cicak mengkarung pun tahu mengenainya, dijadikan larangan bagi melindungi bapak-bapak skandal bertanggungjawab atas kecurangannya.
    
Sistem undang-undang diperalat bagi melindungi penyelewengan orang atas. Maka sistem keadilan kita sudah dilihat sebagai undang-undang yang membebaskan si penikam, dua saksi tergantung. Bunyinya macam mencarut, tetapi politik dan demokrasi kita memang layak dicarut.
   
Rafizi belum dipenjarakan. Dia merayu dulu. Rayuan adalah hak dan peluang bagi yang dijatuhkan hukum bagi membela tidak bersalahnya. Tetapi kes-kes politik tidak begitu meyakinkan ia peluang bagi mendapatkan keadilan. Ia kira-kira peluang bagi menangguh menjalani hukuman.
    
Keputusan mahkamah atasnya tidak diterima orang ramai. Macam Datuk Harun Idris. Dihukum dan dipenjara. Orang ramai tolak keputusan itu. Datuk Seri Anwar Ibrahim. Orang tak terima. Maka Rafizi ini juga orang tak terima. Apa jadi pada sistem kejaksaan apabila rakyat tak terima.
   
Rafizi dijatuhkan hukum atas jenayah mendedahkan kejahatan orang yang disyaki penjenayah. Perkara yang didedahkannya bukan satu rahsia yang semua patut patuhi. Ia adalah seperti jenayah-jenayah lain.
    
Tetapi kerana yang bersangkut dengan 1MDB sudah masukkan dalam OSA maka jadi salah jika diungkit. OSA yang ada itu sendiri dipersoal keadilannya. Ia dikira undang-undang zalim. Ia sangat senang disalahguna. Kemudian sisatan 1MDB dimasukkan dalam OSA dipertikai adilnya. Hal yang dirasakan tidak adil itu dimasukkan pula dalam OSA yang tidak adil itu. Maka  semuanya keadilan buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.
   
Dengan hukuman itu Rafizi hilang kelayakan bertanding dalam PRU14. Ketiadaannya dalam Parlimen bukan kerugian bagi partinya PKR dan pembangkang, tapi kerugian untuk semua, untuk Parlimen, rakyat dan negara.
  
Percayalah Rafizi tidak mati. Orang sepertinya jika bekerja untuk Islam sentiasa dikira melakukan jihad yang besar. Mengata zalim kepada yang zalim, tinggi kedudukannya dalam Islam. –

Adi Putra - Genius Tak Diiktiraf

Posted: 21 Nov 2016 04:22 AM PST

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
 
 
PETALING JAYA: Kira-kira sedekad yang lalu negara dihebahkan dengan kemunculan seorang kanak-kanak genius yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik seperti algebra, indeks dan trigonometri.

Ketika berusia hanya enam tahun pada ketika itu, Adi Putra Abdul Ghani mengakui bahawa kepintaran luar biasa yang dimilikinya itu adalah pemberian Allah untuknya.

Kepintarannya dalam bidang matematik mendapat perhatian banyak pihak khususnya mengenai bantuan dan bimbingan yang wajar diberikan kepadanya bagi memastikan kebolehannya digilap dengan sebaik mungkin.

Bagaimanapun beberapa tahun selepas itu ramai pihak mula melahirkan kebimbangan apabila Adi Putra mengambil keputusan untuk berhenti belajar di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak selepas menyifatkan sistem pendidikan sedia ada tidak sesuai dengannya.

Malah masih teringat kata-katanya ketika itu apabila beliau mengumpamakan dirinya seperti 'kereta Ferrari yang dipandu seperti kereta Kancil'.

Selepas 10 tahun, mStar Online kembali menjejaki Adi Putra, 16, bagi mengetahui perkembangan terkini genius matematik itu yang seakan menyepi daripada sebarang publisiti.

Menurut Adi Putra, beliau kini banyak menghabiskan masa memenuhi undangan daripada sekolah, universiti mahupun kumpulan tertentu untuk mengajar ilmu matematik luar biasa yang dimilikinya sejak lebih 10 tahun lalu.

Bukan itu sahaja, anak kepada pasangan suami isteri, Abdul Ghani Abdul Wahid dan Serihana Elias ini turut menerima jemputan untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti di Brunei Darussalam.

Walaupun masih aktif mengajar pelbagai formula matematik, Adi Putra masih belum memiliki sebarang kelayakan akademik.

Namun di kala remaja seusia dengannya sedang giat mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, Adi Putra pada ketika ini masih belum memiliki sebarang kelayakan akademik secara bertulis.

Malangnya, remaja yang berasal dari Bagan Serai, Perak ini juga tidak mempunyai sijil sah pengajian di peringkat A-level yang diikutinya di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) beberapa tahun lalu.

Dakwa Adi Putra, beliau berjaya menghabiskan kursus yang diikutinya selama dua tahun di UIA, namun pembelajarannya tidak diiktiraf atas faktor usia.

"Adi nak cakap lebih pun tak tahu sangat, tapi Adi memang sudah habis belajar selama dua tahun di UIA. Tapi Adi tak pernah dapat sijil. Senang cerita…Adi pergi belajar, bukan untuk dapatkan apa-apa.

"Adi belajar lima subjek iaitu fizik, kimia, biologi, matematik dan matematik tambahan, tapi memang Adi tak ada kelayakan bertulis, alasan yang diberitahu masa itu ialah sebab Adi bawah umur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada mStar Online ketika ditemui sewaktu mengadakan program matematik bersama kanak-kanak di Subang baru-baru ini.

Ditanya bagaimana beliau mampu meneruskan kehidupannya dengan menjadi tenaga pengajar walaupun tanpa kelulusan akademik, Adi berkata beliau hanya bersandarkan kepada nama dan popularitinya sebelum ini.

"Memang tak ada kelayakan…tapi orang kenal Adi kerana nama 'Adi Putra'. Orang tahu sejarah dan latar belakang Adi," ujarnya.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini, Adi Putra bagaimanapun melahirkan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Ujarnya, cita-cita sejak kecil untuk menjadi seorang profesor matematik Islam tidak pernah terpadam daripada sasaran hidupnya.

"Memang niat Adi pun insyaAllah kalau ada dana dan ada masa, Adi nak juga sambung belajar.

"Sasaran Adi ingin belajar di Monash University, Australia. Memang dari dulu lagi Adi nak ke sana sebab mereka ada modul (pembelajaran) untuk kanak-kanak seperti Adi. Malah mereka ada dana untuk Adi buat kajian dan sebagainya," katanya.

Bagaimanapun menurut Adi Putra, beliau berhadapan masalah dana bagi membantunya melanjutkan pengajian dalam bidang sains dan matematik yang diminatinya.

"Masalahnya ialah dana…Adi perlu cari sendiri. Dari dulu sampai sekarang memang tak dapat sokongan atau dana dari mana-mana pihak.

"Semuanya Adi kena bergerak sendiri.  Buat masa sekarang Adi masih tak boleh tinggalkan Malaysia dan tak boleh tinggalkan keluarga," katanya.

Bercerita mengenai projek terbaharunya pada ketika ini, Adi Putra berkata, beliau kini sedang menumpukan perhatian kepada Kelab Inovasi Matematik hasil inisiatifnya sendiri.

Cerita Adi Putra, kelab berkenaan bertujuan melatih golongan pelajar untuk mencipta formula matematik terkini mengikut kreativiti masing-masing.

"Selalunya kita biasa dengar inovasi dalam bidang sains. Sejak dari dulu tak banyak kita dengar orang cipta formula baharu dalam matematik.

"Formula yang kita belajar di sekolah adalah formula lama. Tapi Adi cuba dan menggalakkan pelajar untuk mencipta cara baharu. Banyak sebenarnya formula baharu yang boleh dicipta," katanya.

Setakat ini, menurut Adi Putra kelab berkenaan berjaya ditubuhkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai, Kelantan.

"Sekarang pun Adi sendiri sudah cipta sebanyak 286 formula. Mungkin ramai lagi orang di luar sana yang boleh mencipta formula-formula baharu dalam matematik.

"Setakat ini permintaan pun Alhamdulillah. Ada lagi sekolah-sekolah yang mahu Adi tubuhkan Kelab Inovasi Matematik ini di sekolah mereka.

"Adi sudah siapkan modul untuk sekolah menengah. Pada peringkat awal ini Adi sendiri yang akan mengajar bersama guru bimbingan kelab itu nanti," katanya.
 
 

Pemuda Umno: KJ Sedia Undur

Posted: 21 Nov 2016 04:15 AM PST

Oleh: JOCELINE TAN dan ABDUL RAZAK AHMAD


 



PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui penggal kedua ini adalah yang terakhir untuk beliau menerajui pergerakan itu.

"Ini adalah penggal terakhir saya.

"Walaupun masih layak, saya sudah memimpinnya selama dua penggal. Tambah sepenggal sebagai naib ketua dan sepenggal jadi anggota exco, semuanya empat penggal.

"Kita perlu orang baru. Idea baru, orang baru, individu baru dan keterujaan baru. Tiba masanya untuk saya pergi," katanya dalam wawancara bersama The Star menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 yang bakal berlangsung mulai 29 November hingga 3 Disember ini.

Walapun tiada had umur untuk jawatan yang disandangnya itu, Khairy berkata, pemimpin sayap parti itu seharusnya dalam lingkungan usia Pemuda Umno, sekurang-kurangnya di bawah 45 tahun.

Ditanya calon yang sesuai untuk mengambil alih jawatannya, Menteri Belia dan Sukan itu berkata, terdapat beberapa nama dalam senarai exco yang bersedia dan berkeupayaan.

Malah Khairy berpendapat bahawa Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun juga antara calon yang sesuai untuk mengetuai pergerakan itu.

"Saya rasa beliau boleh ambil alih. Beliau perlu dapatkan sokongan daripada delegasi Pemuda Umno, saya telah melatih beliau.

"Azwan telah melalui perjalanan yang panjang, tiba masanya untuk beliau tampil memimpin," katanya.

NUJ Bebas Untuk Boikot Umno Pahang Sehingga "Kiamat" - Adnan

Posted: 21 Nov 2016 04:04 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Adnan Yaakob
 
 
KUANTAN: Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) bebas untuk memboikot sebarang majlis atau aktiviti Umno Pahang sehingga "hari kiamat", demikian tegas Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Terpulang kepada NUJ. Itu hak mereka. Sebagai orang tua, saya tidak berkecil hati.

"Saya tidak akan menyimpan dendam. Sejak menjadi Menteri Besar, saya selalu mengutamakan media dan menyokong program mereka," katanya.

Beliau menambah, NUJ mempunyai hak untuk memulaukan akvititi Umno Pahang selagi orang ramai tidak melakukan perkara sama terhadap Barisan Nasional.

"Saya mahu mengingatkan bahawa beberapa ahli NUJ pasti akan kesusahan tanpa sokongan Umno," katanya kepada media, Isnin.

Pada Sabtu, wartawan yang bertugas pada konvensyen Umno Pahang diejek dan diarahkan keluar oleh delegasi parti ketika mereka membuat liputan majlis penutup yang dihadiri Naib Presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Perkara itu disedari oleh Adnan apabila melihat kehadiran ramai wartawan di dalam dewan dan memaklumkan kepada mereka bahawa beliau tidak memerlukan liputan media.

Presiden NUJ, Mohd Taufek Razak meminta Adnan dan Umno Pahang memohon maaf susulan insiden tersebut.

NAJIB MELAWAK LAGI....

Posted: 21 Nov 2016 04:00 AM PST

shahbudindotcom



Setiap kali berada di luar negara, selalu saja Najib Razak membuat lawak jenaka untuk mengulas perkara-perkara yang berlaku di dalam negara.

Di Jepun minggu lalu, Najib berbangga memberitahu media di sana bahawa beliaulah orang pertama yang mengarahkan siasatan dijalankan mengenai 1MDB.

Bukankah lawak kenyataan itu kerana hakikatnya semua orang tahu tiada apa-apa tindakan yang nampak sehingga ini tentang 1MDB, meskipun siasatan di Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland sudah kelihatan hasilnya dan ada yang sudah dihukum penjara.

Sebaliknya juga, apa yang terjadi ialah Peguam Negara dibuang, beberapa anggota kabinet dipecat, kacau-ganggu terhadap pegawai SPRM, Ketua Pesuruhjaya SPRM ditukar, pegawai-pegawai Bank negara diugut dan macam-macam lagi.
Dalam keadaan begitu pun, Najib masih mahu berbangga bahawa beliaulah orang pertama yang mengarahkan siasatan dijalankan terhadap 1MDB.

Ini betul-betul lawak dol...

Ketika di Peru semalam pula, beliau membuat tafsiran bahawa rakyat sudah bosan dengan Kumpulan Bersih dan promosi perhimpunan itu yang tidak memberi faedah kepada negara.

Ini pun sekali lagi lawak jenaka juga kerana bila masa rakyat sudah bosan perhimpunan Bersih?

Daripada mana Najib mendapat maklumat sedemikian?

Daripada laporan TV3, Utusan atau Salleh Said Keruak?

Jika Najib jujur dan meminta pandangan mereka yang biasa pergi ke Stadium Bukit Jalil atau Shah Alam untuk menonton bolasepak dan membandingkannya dengan kehadiran dalam perhimpunan Bersih 5 semalam, beliau pasti dapat menilai sama ada rakyat sudah bosan atau sebaliknya.

Mereka itu tentu dapat membezakan antara angka 15,500, 20 ribu,  40 ribu atau kononnya sambutan Bersih 5 kali ini hambar atau sebaliknya.

Begitulah Najib selalunya...hanya di luar negara beliau berani berlagak dan bersuara gegak gempita seolah-olah pemimpin suci, sedangkan di dalam negara sendiri, bukan saja beliau mengelak berforum atau menjawab di Parlimen, malah orang yang menyentuh tentang 1MDB di Dewan Rakyat pun diancam dengan siasatan dan hukuman penjara.

Ketika di dalam negara ratusan ribu rakyat bangun mahu menolaknya dan jika setiap yang hadir semalam ada lagi lima kawan-kawan atau saudara mara di belakang mereka, tetapi di luar negara Najib masih mahu mengatakan mereka sudah bosan untuk bangkit bersuara.

Sekali lagi, lawak dol...kali ini baju merah pun tentu turut ketawa sama.
Apa pun tafsiran Najib mengenai perhimpunan semalam, rakyat sebenarnya tidak pernah bosan untuk menyingkirkan pemimpin yang dikenali dunia sebagai kleptokrat atau selalu disebut oleh Tun Mahathir dan Lim Kit Siang sebagai pencuri, perompak dan penyamun.

Sejak zaman berzaman dan banyak dicatat dalam sejarah, pemimpin yang sedemikian tidak perah selamat akhirnya.

Teruslah Najib melawak lagi ketika di luar negara, tetapi rakyat tidak buta untuk membezakan antara hitam dengan putih dan antara kaca dengan permata





Bas 'rempuh' Kompleks Mahkamah Ipoh

Posted: 21 Nov 2016 03:22 AM PST

Bas 'rempuh' Kompleks Mahkamah Ipoh
Orang ramai di Mahkamah Majistret dan Sesyen di Ipoh gempar apabila sebuah bas terbabas sebelum merempuh pagar dan beberapa buah kenderaan di dalam kawasan bangunan tersebut hari ini. - Foto Bernama


IPOH - "Mujur ada van kalau tidak…," demikian reaksi jurubahasa Mahkamah, T Priya, 32.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, van yang diletakkan di tempat letak kereta betul-betul di pintu hadapan Kompleks Mahkamah Sesyen dan Majistret Ipoh remuk selepas dirempuh sebuah bas Perak Transit yang terbabas di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab itu.

Menurut Priya, van milik syarikat penyelenggara alat keselamatan itu adalah penyelamat apabila ia menjadi penghadang terakhir selepas bas berkenaan merempuh tembok batu.

"Saya terkejut mendengar bunyi kuat dan melihat bas sudah terlekat pada van itu, Kalau van tiada, mungkin bas ini boleh terlajak hingga merempuh pintu kaca utama bangunan kompleks ini," katanya.

Sementara itu, pemilik van, Osman Abu Bakar, 53, yang cedera ringan di tangan kanan sempat melarikan diri apabila melihat bas berkenaan meluru ke arahnya ketika menunggah alat pemadam api daripada vannya.

"Sebelum kejadian, saya dengar hon berbunyi panjang dan melihat sebuah kereta berwarna putih membuat pusingan U secara tiba-tiba di hadapan bas berkenaan.

"Mungkin ia cuba mengelak dan terus meluru ke arah saya. Saya terus lari menyelamatkan diri dan apabila berpaling van saya sudah remuk di bahagian pemandu," katanya.

Pemandu bas yang merupakan seorang wanita berusia 40 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan

Penimbang Digital RM800 Jadi RM8,000?

Posted: 20 Nov 2016 03:55 AM PST


MSTAR ONLINE
 
 


KUALA LUMPUR: Alat penimbang digital berharga RM800 seunit dibeli dengan harga RM8,000 oleh sebuah kolej komuniti?

Itu yang dikesan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2.

Ironinya, kolej komuniti yang sama membeli dua peralatan itu pada harga berbeza, cuma bayaran pembelian RM800 dibuat pada 27 Julai 2012 manakala bayaran pembelian RM8,000 dibuat pada 6 September 2012, selang hanya 42 hari tetapi harga peralatan yang sama dengan spesifikasi yang sama meningkat sebanyak 900 peratus.

Laporan itu mengesan pembelian tersebut oleh Kolej Komuniti (KK) Jerantut, Pahang semasa membuat pemeriksaan terhadap baucar bayaran bagi pembekalan peralatan akuakultur di kolej itu.

Laporan itu juga mendapati peralatan akuakultur lain seperti 'Broodstock Tank' dibeli oleh kolej itu dengan harga RM2,100 seunit, meningkat kepada RM6,570 seunit manakala High Pressure Water Jet daripada RM950 seunit, naik kepada RM2,850 seunit, kedua-duanya dalam tempoh yang sama iaitu perbezaan 42 hari juga.

Laporan itu menyebut baucar yang dikeluarkan pada bulan Julai dan September 2012 mendapati sembilan peralatan dibeli mengalami perbezaan harga yang ketara sehingga kenaikan sebanyak 900 peratus seunit.

Menurut laporan itu, perbezaan harga yang diperoleh amat ketara biarpun peralatan tersebut mempunyai jenis dan spesifikasi yang sama.

Di samping itu, semakan audit terhadap empat baucar bayaran bagi pembekalan peralatan kecantikan dan spa antara Kolej Komuniti Taiping dan Batu Gajah, Perak antara bulan Mei hingga Disember 2012 juga mengalami masalah yang sama.

Sebanyak sembilan peralatan yang dibeli mempunyai perbezaan harga yang ketara antara kedua-dua kolej tersebut sehiggakan ada peralatan di beli dengan perbezaan harga hingga RM6,000 seunit.

Antaranya, pembelian 'Padding Slim Machine' yang dibeli oleh KK Taiping dengan harga RM9,000 seunit pada Disember 2012 jauh lebih mahal berbanding pembelian peralatan yang sama dibeli oleh KK Batu Gajah pada bulan Jun 2012 dengan harga RM3,000 seunit.

'Pusara di Jalan Raya: Sampai Bila?

Posted: 20 Nov 2016 03:55 AM PST


'Pusara di Jalan Raya: Sampai Bila?


WACANA Sinar Harian siri ke-43 berjudul 'Pusara di Jalan Raya: Sampai Bila?'  dibarisi ahli panel terkemuka, antaranya adalah Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan Kawalan/Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, Asisten Komisioner Ruslan Khalid; pelumba Grand Prix, Shahrol Yuzy: artis, Mohd Nasir Hamzah (Achey) dan Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Prof Madya Dr Khulanthayan KC Mani.

Juga turut menampilkan penampilan khas, Adi Haslam Abdullah (Cletus).

Program yang diadakan di  Auditorium Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam turut menampilkan moderator Nazri Kahar (Astro Awani) yang akan menghangatkan wacana kali ini.

Terus bersama kami menerusi portal dan Twitter SinarOnline untuk mengikuti wacana kali ini.

Anda juga boleh ikuti video strim secara live di Facebook SinarTV

2.45pm : Peserta wacana mula memenuhi auditorium sambil menunggu wacana bermula.

2.55pm: Ahli panel mengambil tempat masing-masing di atas pentas.

3.00pm: Moderator memperkenalkan barisan panelis

Moderator membuat pengenalan mengenai topik perbincangan.

Moderator meminta panelis menjelaskan tajuk dan diberi masa 5 minit.

3.19pm: Moderator: Bagaimana kita melihat angka terkini dan jumlah kemalangan di negara ini?
Kenapa kita perlu risau?

3.20pm: ACP Ruslan: Kalau kita lihat pada angka kemalangan, satu hari tidak kurang 18 kematian direkodkan.

ACP Ruslan: Dalam masa lima tahun, angka kematian mencecah 40,000 orang. Boleh muat satu stadium.
Memang betul kematian itu Qada dan Qadar, tetapi kita perlu usaha elakkan.

Punca kemalangan jalan raya, antaranya sikap manusia dan masalah teknikal.

Ada antara kita seolah-olah ada masalah psikologi.

Sikap baik, sopan boleh berubah sebaik sahaja seseorang itu duduk di belakang stereng.

Ada antara kita yang bangga dengan dosa-dosa yang kita buat atas jalan raya.

Ini adalah budaya pemanduan yang ada dalam kalangan pemandu jalan raya.

3.30pm: Moderator: Selepas jadi pemain pro di Eropah, bagaimana anda lihat mereka amal keselamatan jalan raya?

Sharul Yuzy: Saya minat kelajuan. Tapi dlm masa sama racing buat saya lebih disiplin.
Tujuh tahun berada di Barcelona saya tak penah tgk kemalangan.

Sharul Yuzy: Apa yg saya lihat cara pemanduan, di tol  10 km jem motor pun beratur belakang lori. Disiplin.

Orang Eropah kemalangan hanya sebab mabuk saja. Di Malaysia Mat Rempit ramai, kerjasama antara polis dan rakyat tempatan sangat bagus.

Disiplin semua datang dari kita sendiri, macam mana kita memandu, macam mana nak hormat orang.
Pengalaman di Eropah mengajar saya untuk bertolak ansur.

Jika tunggang laju, jangan di luar kawalan. Ikut kemampuan kita.

Pihak berkuasa harus tekankan perkara ini dan tahu bagaimana utk disiplinkan mereka.

3.40pm: Moderator: Achey sampai bila? Pernah merempit?

3.42pm: Achey: Pernah...pengalaman saya tentang fokus ialah saya suka Smule maksudnya ketika memandu nyanyi lagu dangdut.

Video itu sebabkan saya dikecam. Memang salah saya kerana fokus hilang sebab saya lihat lirik.

Tentang motor pula budak kita power sangat, tukar sana tukar sini, jadi saya mohon kepada mereka jangan langgar lalu lintas.

Satu lagi pengalaman saya, kawan saya Abang Rahim didik anak kecil main motocross ditimpa kemalangan yang bawa kematian.

Abang Rahim meninggal sebab malang tak berbau. Dia meninggal sebab langgar pintu kereta.

3.46pm: Moderator: Bagaimana pemandu boleh berubah dalam sekelip mata?

3.48pm: Dr Kulanthayan: Masalah utama negara kita adalah bilangan penduduk dan bilangan kenderaan yang berlambak.

Bilangan penduduk 30 juta dan bilangan kenderaan kita ada 20 juta.

Pertumbuhan penduduk hanya 2 peratus manakala pertumbuhan kenderaan sebanyak 6 peratus.

Ini menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai lebih kurang dua kenderaan.

Dr Kulanthayan: Untuk mengurangkan jumlah kenderaan dan kemalangan, penduduk perlu digesa guna pengangkutan awam.

Dengan penggunaan pengangkutan awam, ia dapat mengurangkan jumlah kemalangan dan rekod kematian

Negara yang menggunakan khidmat tren, angka kematian mereka dalam kemalangan jalan raya adalah rendah.

Kalau boleh sasarkan pendidikan dan pencegahan terhadap kanak-kanak mungkin kesedaran terhadap isu ini lebih tinggi.

Jika pendidikan kesedaran diberi lebih awal, kanak-kanak akan lebih fahami bahaya dan sedar risiko kemalangan.

Ini juga boleh memberi kesedaran kepada ibu bapa. Pendidikannya terhadap kanak-kanak, sasarannya adalah ibu bapa.

Kalau boleh sasarkan pendidikan dan pencegahan terhadap kanak-kanak mungkin kesedaran terhadap isu ini lebih tinggi.

Jika pendidikan kesedaran diberi lebih awal, kanak-kanak akan lebih fahami bahaya dan sedar risiko kemalangan.

Ini juga boleh memberi kesedaran kepada ibu bapa. Pendidikannya terhadap kanak-kanak, sasarannya adalah ibu bapa.

3.55pm:Moderator: Boleh kongsi pengalaman dalam kemalangan?

4.00pm: Adi: Saya kemalangan semasa berlumba di Pasir Gudang. Masa tu ramai yg tiada lesen dan baru belajar bawa motor.

Nasihat saya satu je kena cukup tidur dan ada lesen. Sampai bila.keluarga nak jaga awak?

Saya 18 tahun begini, ramai lagi budak sekarang tiada lesen.

4.05pm: Moderator: Bagaimana pula dengan kemahiran menunggang dan cara penunggangan motor?

Adi: Seperti yg Sharul bagitahu, banyak otai yang bawa motor banyak pengalaman, jadi tanya mereka.
Belajar taktik jalan raya. Undang-undang kena ikut. Budak2 baru tak tau motor itu bagus ke tak.

4.08pm: Moderator: 50 peratus penunggang motosikal tiada lesen. Bagaimana anda lihat perkara ini?.

Ruslan: Inilah dikatakan sikap. Kalau boleh dibudayakan memandu ikut aturan itu akan menjadi sesuatu yang baik untuk negara kita.

Jadi apakah cara terbaik untuk kita selesaikan masalah ini? Kita sekarang ini mula laksanakan perkara ini.

Saya hendak ingatkan kelajuan itu membunuh. Kita letak had laju dan semua undang2 itu ada sebab jadi kena hormati.

Ruslan: kita terpaksa keras sikit, pendekatan sekarang kita ada gadjet yang membolehkan kita dapat tahu orang itu buat kesalahan.

Kami sudah tahu anda buat salah kerana kami sekarang ada keupayaan untuk mencari orang yang membuat kesalahan lalu lintas.

Tak perlu menahan sudah, melalui gajet itu kita tahu berapa saman anda, kesalahan anda.

Moderator: Bagaimana nak bezakan penunggang motor profesional atau sebaliknya?

4.15pm: Shahrol Yuzy: Valentino Rossi itu kawan saya. Pernah sekali Rossi melihat satu aksi penunggang motosikal di negara ini.

Shahrol Yuzy: Beliau hairan dan bertanyakan kepada saya. Saya hanya menjawab itu adalah trend (tunggang motosikal) di Malaysia.

Apa yang membezakan kita sama ada penunggang motosikal profesional ini hanyalah pengalaman.

Ada orang sudah pegang lesen hampir 20 tahun, tetapi dalam setahun hanya sekali atau dua kali setahun.

Kurang pengalaman sebabkan penunggang bahayakan nyawanya, rakan-rakan dan pengguna jalan raya yang lain.

4.20pm: Moderator: Pengalaman bagaimana untuk bawa anak muda untuk ikut undang-undang?

4.22pm: Achey: Gunakan apa yang ada pada dia kini. Guna kepakaran sebagai mata pencarian dengan cara betul.

Nak larang tak boleh. Nanti buat curi-curi. Pendekatan saya ialah kongsi dan join mereka dan bagitahu mereka.

Bagitahu mereka praktik keselamatan. undang-undang ada perlu ikut contoh pakai tali pinggang, helmet.

4.26pm: Moderator: Boleh jelaskan mengenai aspek kanak-kanak dalam kenderaan.

Dr Kulanthayan: 500 hingga 1000 kanak-kanak mati dalam setahun sebab kemalangan.
Di bahagian kereta hadapan  adalah tempat paling berisiko.

Tempat penunggang depan, jangan letak budak di hadapan, bahaya!

4.30pm: Moderator: Apakah laluan yang betul untuk penunggang motosikal di jalan raya?.

Shahrol Yuzy: Laluan di jalan raya bukanlah untuk penunggang motosikal berlumba.

Kalau mahu berlumba, gunakanlah litar perlumbaan supaya tidak membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

4.33pm: Dr Kulanthayan: Tolong pastikan gunakan tali keledar ketika menaiki kenderaan.

Penunggang yang duduk di belakang tolonglah pakai tali keledar di tempat duduk belakang.

Kenapa ketika duduk memandu kita boleh pakai tali keledar di hadapan tetapi duduk di belakang tak pakai pula?

Cara pakai tali keledar adalah anda perlu menyentuh badan. Itu yang ingin saya tekankan.

Minta tolong guna tali keledar dan pakai dengan betul.

Manakala kanak-kanak pula kalau menyentuh muka dia tak sesuai pakai tali keledar.

4.26pm: Moderator: Bagaimana kita mahu bentuk sikap masyarakat?.

ACP Ruslan: Inilah hakikatnya. Bukan senang mahu bentuk sikap masyarakat.

Bagaimanapun sebagai pihak polis, kita masih percaya kesedaran masyarakat boleh diubah.

Ia bergantung kepada pengguna jalan raya. Mereka perlu berubah sikap dan patuhi jalan raya.

Kalau mahu berseronok (berlumba) pergilah tempat yang sepatutnya.

4.40pm: Moderator: Bagaimana kita mahu bentuk sikap masyarakat?

ACP Ruslan: Silap sedikit, walaupun hanya dua saat akan membawa kesan yang besar ke dalam hidup kita.
Budayakan sikap pemanduan sopan di jalan raya.

Bagi pihak berkuasa, polis akan sentiasa menguatkuasakan undang-undang di jalan raya.

Kalau tidak mahu berubah, pihak berkuasa akan ambil pendekatan 'paksa' pemandu untuk berubah dan sedar risiko terhadap kemalangan jalan raya.

Sesi diskusi wacana telah tamat kini sesi soalan jawab bermula.

4.50pm: Soalan penonton: Kenapa tiada jabatan yang sama-sama sedar tentang kelemahan jalan raya kita sendiri?

5.00pm: Wacana Sinar tamat.

Tiada ulasan: