Sabtu, 3 September 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Menari Dengan Menteri: AG Perlu Beri Penjelasan Atau Letak Jawatan..

Posted: 03 Sep 2016 01:22 AM PDT

Peguam bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan, jika tidak dapat memberi penjelasan munasabah terhadap tindakannya menari bersama beberapa menteri di khalayak ramai.

Haniff Khatri Abdulla yang memuat naik rakaman video selama 26 saat itu ke Facebooknya berkata, peguam negara tidak wajar bertindak sedemikian di khalayak ramai.


Dalam rakaman video itu, seorang lelaki yang menyerupai Apandi dilihat menari bersama beberapa menteri, termasuk Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Seri Salleh Said Keruak, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nancy Shukri ketika sambutan Hari Kebangsaan, Rabu lalu.

Beliau berkata, perbuatan peguam negara dan menteri kabinet bernyanyi serta bersuka ria di khalayak ramai menimbulkan kebimbangan rakyat terhadap kemampuan membuat keputusan adil dan saksama dalam siasatan ke atas perdana menteri atau mana-mana menteri kabinet.

"Tingkah laku dan perhubungan peguam negara hendaklah di tahap profesional tertinggi dengan semua pihak, yakni orang awam mahupun menteri, kerana antara tanggungjawab peguam negara adalah mendakwa mana-mana pihak yang dipercayai sudah melakukan kesalahan," tulisnya dalam Facebook beliau semalam.

Beliau berkata, ia penting khasnya ketika perdana menteri dan kerajaan dibelenggu kontroversi 1MDB. -FMT




ULASAN GB

Pelik dan mengaibkan.

Professionnya seorang yang bertaraf tinggi, seorang peguam Negara yang juga seorang bekas hakim. Tetapi boleh menari-nari bersama-sama dengan beberapa menteri yang dikaitkan dengan kumpulan Najib, tanpa malu dan segan silu di khalayak umum.

Peguam Negara inilah juga yang telah membersihkan nama Najib dalam isu RM2.6 bilion, enggan untuk membuka lakukan siasatan semula kes 1MDB dan yang bersungguh-sungguh mahu mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang di mahkamah di atas tuduhan membeli rumah di bawah harga pasaran.

Wajar diingatkan, keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan tetapi perlu dilihat telah ditegakkan. Bagaimana ia dilihat ditegakkan apabila Peguam Negara didapati bersama-sama sang menteri menari-nari seperti seolah-olah menteri itu bersih semuanya?

Apakah hari kemerdekaan merupakan hari untuknya meluahkan rasa gembira kepada dunia konon dirasakan telah berjaya menjalankan tugasnya sebagai Peguam Negara?

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Seseorang yang telah melakukan kesalahan akan terus menonjolkan dirinya melakukan kesalahan demi kesalahan yang tidak mungkin dapat dia memebendungnya.

Betul kata peguam Haniff Khatri yang telah memuatnaik video itu: Samada Apandi Ali memberikan penjelasan atau letak jawatan!




FEATURED ADS


Rakyat Kelantan Diseru Sokong AMANAH

Posted: 02 Sep 2016 11:04 PM PDT

Husam yakin AMANAH mampu selamatkan Kelantan

Selepas menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) secara rasmi pada 31 Ogos lalu, Datuk Husam Musa melahirkan keyakinannya parti serpihan PAS itu mampu menyelamatkan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya, AMANAH mampu mentadbir kerajaan negeri itu walaupun berdepan dengan pertandingan tiga penjuru.

"Peluang AMANAH, insya-Allah baik dalam dua-dua keadaan (dua penjuru mahupun tiga penjuru).
"Umno telah terkunci dengan isu-isu yang menyebabkan rakyat rasa tertekan dan marah (seperti) kenaikan harga elektrik, barangan, GST, orang susah lagi susah...

"Dan PAS pun ada masalah. Performance, penyampaian, kepimpinan dan dedikasinya. Saya sifatkan sebagai goyang kaki,"
katanya pada sidang media setibanya di lapangan terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, petang semalam.

Justeru, menurut bekas naib presiden PAS itu, rakyat dalam keadaan seumpama itu mengkehendaki satu pilihan.

"Tujuan AMANAH jika ditakdirkan (menang) ini untuk bertanding dalam tiga penjuru adalah untuk menyelamat Kelantan daripada jatuh ke tangan Umno," katanya.

Ditanya tentang PAS, beliau yang juga adalah ADUN Salor berkata parti itu mempunyai tiga pilihan.

"PAS boleh pilih untuk sertai Pakatan Harapan, sertai BN atau terus menyendiri seperti sekarang.

"Hanya opsyen bersama Pakatan Harapan akan membolehkan parti itu diterima rakyat, kalau mereka pilih opsyen lain, tentu rakyat akan tolak mereka," katanya.

Bagi Husam, dengan masalah yang dihadapi kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang dan kemunculan parti BERSATU oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau percaya lanskap politik negara akan berubah.

"Sekarang gerakan untuk mengalahkan Umno BN turut disertai Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Mukhriz dan Datuk Seri Shafei Afdal di Sabah.

"Ini bukan perkara kecil yang harus dipandang ringan oleh sesiapa," katanya.

Ditanya mengenai rancangannya untuk mengembangkan AMANAH, Husam berkata parti baru itu berpotensi untuk diterima dengan meluas.

"Bagi orang PAS yang mahu mengikut perjuangan Tok Guru (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) mereka kena menyertai AMANAH kerana hanya AMANAH serupa dengan kehendak perjuangan Islam cara arwah Tok Guru.

"Bagi orang Umno pula mereka kini terbuka dan senang hati masuk AMANAH kerana parti ini tiada stigma tuduhan kafir yang dibuat oleh PAS dulu," katanya. -mk


Catatan sebelum berlepas pulang.

Kebetulan saya terpulang ke Kelantan kemudian tersinggah di dua majlis politik. Dua majlis itu ialah satu di Limbongan Pasir Puteh dan satu lagi di Gebeng, dalam Dun Meranti Rantau Panjang.

Kedua-dua majlis itu melibatkan Husam Musa. Saya tersinggah kerana ingin melihat sejauh mana aura Husam selepas beliau mengistyharkan menyertai Amanah. Apakah beliau berlalu sepi begitu sahaja, atau pun beliau masih ada saki baki penyokong.

Itulah sebab kenapa saya mengorbankan masa dan tenaga untuk ke dua majlis berkenaan. Lagi pun jenis saya dan menjadi prinsip saya akan membela dan simpati kepada orang yang teraniaya. Bagi saya Husam adalah pemimpin orang politik yang teraniaya dan dianiaya dalam Pas.

Majlis di Limbongan Pasir Puteh diadakan di rumah ketua cawangan Umno. Khabarnya di rumah itu pernah dihadiri oleh pembesar Umno termasuk Ketua Bahagian dan wakil-wakil rakyat. Itu menandakan ketua cawangan itu bukan sembarangan orang. Ia adalah orang yang dimalui.

Kenapa tuan rumah berkenaan telah meninggalkan Umno dan bersama Amanah tidak diketahui. Di rumah itu petang semalam diistyharkan 16 cawangan Amanah ditubuhkan dalam Dun Limbongan Dan satu cawangan dalam Dun Semerak. Penubuhan itu mengejutkan saya dan saya kira ia di luar jangkaan Husam sendiri.

Tidak terfikir oleh saya, belum sampai 72 jam Husam menyertai Amanah sudah 17 cawangan ditubuhkan. Itu memberi pertanda yang baik Husam bakal memberi momentum baharu kepada politik di Kelantan.

Tidak cukup dengan apa yang berlaku di Limbongan itu ia, tersambung pula di Gebeng yang terletak di Dun Meranti. Dun Meranti terkenal dengan kawasan menjadi kubu kuat parti agama.


Pertemuan di sebuah kedai kopi di cabang Gebeng pagi tadi juga memberi petanda yang cukup mencemaskan wakil rakyat negeri itu. Katanya, sejak dari malam tadi ada usaha untuk menghalang majlis minum tea dan makan pagi bersama Husam itu agar tidak diadakan.

Pelik juga bunyinya. Selama ini berbagai-bagai kecaman dan kritikan serta andaian dibuat terhadap Husam. Kononnya masa depan politik Husam sudah berakhir apabila beliau tidak bersama parti agama itu lagi. Tetapi semangat dan sokongan yang ditunjukkan oleh para penyokongnya dan pimpinan Amanah dalam majlis pagi tadi memberasangkan.

Lebih bermakna lagi apabila beberapa veteran Pas yang berjuang sejak tahun 1960 hadir memberi sokongan dan semangat kepada Husam. Antara mereka ialah Aziz Haji Mahmood orang kuat Abdul Fatah Haron dan beliaulah juga menjadi mentor kepada wakil rakyat Meranti.

Khabarnya wakil rakyat berkenaan round memerhati majlis itu dua tiga kali dengan menyamar menaiki kereta orang lain?

Dengan mengambil kira dua majlis ulung kali dihadiri Husam sebagai ahli baharu Amanah itu menjelaskan, Amanah tidak parti gunda dan dagang lagi di Kelantan. Kesediaan Cikgu Wan Rahim Wan Abdullah untuk berganding bahu dan mencurahkan pengalamannya bersama Husam bagi menggerakkan Amanah satu jaminan dan menandakan bahawa Amanah bakal menjadi wadah dan alternatif baharu kepada rakyat Kelantan.

Sepatah kata Aziz Hj Mahmood kepada saya, "ana sokong Husam bukan apa, melainkan kerana sayang kepada bakat, kebolehan dan ketokohan yang ada kepadanya. Husam pemimpin yang boleh diharap membela rakyat dan membangun negeri."
-Mohd Sayuti Omar








FEATURED ADS


Tiada ulasan: