Jumaat, 16 September 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Dr. Haron Din Kembali Ke Rahmatullah

Posted: 16 Sep 2016 02:03 AM PDT


Dr Haron Din meninggal dunia

Mursidul Am Pas Datuk Dr Haron Din, 76, telah meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California pada jam 10.10 pagi tadi waktu Malaysia.


Berita kematian Allahyarham Dr Haron dimaklumkan oleh ahli keluarganya kepada Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan pada jam 10.10 minit pagi ini.

"Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford Universiti.

"Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni allahyarha Tuan Guru serta mengolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Ameen Ya Rabbal A'lamin" ujarnya menerusi whatapps.

Nasrudin juga berkata maklumat berkaitan urusan jenazah allahyarham juga akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Dr Haron sebelum ini pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital sama pada 2 April 2012 dan pada Mac lalu beliau telah menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

Balasungkawa Allahyarham Datuk Dr Haron Din

Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1940 di Bohor Mali, Kangar, Perlis merupakan anak ke tiga daripada 10 orang adik beradik.

Setelah tamat pengajian di Kolej Islam Malaya, beliau menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir (1966-1968).Semasa di Mesir, beliau telah membuat dua degree; satu MA (Ijazah Sarjana) Syariah di Universiti al Azhar dan Diploma Pendidikan di 'Ain Shams, Universiti Cairo.

Bekerja sebagai pensyarah sambilan untuk kursus-kursus pendidikan guru agama seluruh Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran di Maktab Perguruan Teknik, Pulau Pinang.

Beliau ditawarkan menjadi pensyarah di Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaya (kini Universiti Kebangsaan Malaysia). Pada tahun 1972, beliau sekali lagi berlepas ke Mesir untuk menyambung pengajiannya dalam bidang Doktor Falsafah. Pada tahun 1973, beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam bidang Syariah dan memperolehi Ph.D daripada Universiti Darul Ulum, Kaherah.

Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tetapi menolaknya. Setahun kemudian beliau dilantik sebagai timbalan dekan, empat tahun kemudian dianugerahkan profesor madya dan tiga tahun kemudian dilantik sebagai profesor penuh. sehingga persaraannya pada 1986.

Sepanjang penglibatan beliau dalam dunia akademik dapat dibuktikan dengan penghasilan pelbagai karya ilmiah seperti buku-buku, kajian ilmiah dan kertas kerja.

Beliau kemudiannya telah membuka Pusat Rawatan Islam Darussyifa di Bangi dan baru-baru ini pada 30 Mei lalu beliau telah melancarkan Yayasan Darussyifa dengan tujuan kebajikan Islam yang memberi fokus kepada kesihatan, pendidikan dan penyelidikan.

Selepas persaraan beliau juga pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa Negeri perlis dan Selangor, Ahli Majlis Penasihat Syariah di Bank Negara, RHB Bank, CIMB, Bank Pembangunan, selain Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Dalam bidang politik beliau pernah dilantik sebagai Ahli Jawatakuasan Kerja Pas Pusat, Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahli Majlis Syura Ulama, Timbalan Muryidul Am Pas sebelum dilantik kejawatan terakhirnya sebagai Mursyidul Am Pas sehingga akhir hayat beliau.

Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama yang disegani di negara ini Datuk Dr Abu Hassan Din Al Hafiz dan Ustaz Ishak Din.

Dr Haron meninggalkan seorang balu Datin Khadijah Salleh dan lima orang cahayamata.

Pada 12 Febuari lalu Dr Haron antara ketua kluster yang dilantik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam Majlis Perundingan Islam (MPI)

Dr Haron dilantik sebagai ketua kluster dakwah yang akan membawa cadangan kepada MPI untuk disepakati dan menyelaraskan perbincangan Umno-Pas akan kepentingan Melayu-Islam di masa depan.

Alfatihah.



ULASAN GB





FEATURED ADS


Tiada ulasan: