Khamis, 15 September 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Parti Yang Berasingan Dengan Pakatan Sebenarnya Berjuang Untuk BN

Posted: 15 Sep 2016 01:10 AM PDT

Parti pembangkang yang bertanding berasingan daripada pakatan parti-parti pembangkang yang lain sebenarnya mereka berjuang untuk memenangkan Barisan Nasional, demikian tegas bekas Perdana Malaysian Tun Dr Mahathir Mohammad.

Menurutnya, parti pembangkang perlu bergabung termasuk menggunakan formula satu lawan satu bagi mengalahkan BN.

Beliau tidak menyebut nama parti berkenaan, namun ramai berpendapat Tun Mahathir merujuk kepada PAS yang sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa mereka tidak bersama dengan parti pembangkang yang lain.


Presiden PAS sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa PAS cukup kuat dan tidak perlukan parti lain.


Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata, cabaran seperti isu pembahagian kerusi boleh diselesaikan jika semua parti pembangkang mencapai kata sepakat.

"Dalam soal pembahagian kerusi, kita kena letakkan calon boleh menang dan calon yang penting untuk negara.

"Kita juga mesti sepakat memberikan laluan kepada parti-parti lain supaya formula satu lawan satu itu boleh tercapai," tambahnya.

Menurutnya, bagi memastikan kejayaan formula itu, semua parti pembangkang perlu terbuka dan mengetepikan agenda parti masing-masing.

Sementara itu, AMANAH Melaka menyambut baik gesaan Timbalan Presiden AMANAH Tuan Haji Salahuddin Ayub yang meminta parti pembangkang segera ke meja rundingan bagi membincangkan kerjasama menumbangkan BN

"Kami menyifatkan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden AMANAH Nasional, Tuan Haji Salahuddin Ayub supaya parti-parti pembangkang segera ke meja rundingan itu adalah tepat pada masanya jika setiap parti pembangkang mempunyai niat dan hasrat yang sama dan jujur iaitu untuk menumbangkan BN," demikian kenyataan Pengarah Komunikasi AMANAH Melaka, Zulkiply Harun.

"Perkara yang perlu diutamakan adalah mewujudkan satu blok pembangkang yang besar, bersatu serta kuat supaya berlakunya perlawanan satu lawan satu antara pakatan pembangkang dengan Barisan Nasional (BN) seperti yang dihasratkan rakyat

"Kita juga bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir bahawa, jika mana-mana parti pembangkang bertanding sebagai parti yang berasingan dari pakatan pembangkang yang lain, mereka sebenarnya berjuang untuk BN.

AMANAH Melaka menyeru supaya setiap parti pembangkang mempunyai dinamika politik yang bukan sahaja merangkumi soal kesatuan tujuan, malah kesatuan tindakan di dalam mencapai hasrat bersama untuk menumbangkan BN.

Setiap parti khususnya yang lama juga perlu berikap bertasamuh (toleransi), bersedia untuk bersahabat dan tidak bersikap skeptikal terhadap parti-parti baharu.

Ini semua dapat dicapai jika semua parti pembangkang bersikap terbuka dan dapat mengenepikan agenda parti masing-masing dan meja rundingan parti-parti pembangkang perlulah dipanggil segera untuk tujuan berkenaan," tambah kenyataan itu lagi.








FEATURED ADS


Tiada ulasan: