Sabtu, 3 September 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


"TUHAN JUGA TAHU SAMA ADA NAJIB BENAR2 TAKUTKAN ALLAH ATAU IA HANYA SEKADAR KATA2"

Posted: 03 Sep 2016 07:57 AM PDT

shahbudindotcom

 
Kalau mendengar Najib Razak berucap atau bertempik di depan audien UMNO yang diketahuinya mereka adalah kelompok yang akan mengangguk dan mengiakan 110 peratus segala kata-katanya, lebih-lebih lagi secara sehala,  memang boleh meremang segala bulu-bulu yang ada di badan dibuatnya.

Bahkan, burung yang sedang terbang juga boleh jatuh dan terhempas ke bumi kerana mendengar "ghau" tempikan beliau ketika menyampaikan ucapannya. 

Malah, mendengar betapa semangatnya Najib mahu mempertahankannya jawatannya, tidak gentar sehingga bumi berkeping dua, gajah pun boleh terbang dan bertukar menjadi jet pejuang.
 
 
 
 
Di penggulungan Mesyuarat Perwakilan UMNO Pekan hari ini, dengan penuh semangat Najib mengumumkan untuk kesekian kalinya bahawa beliau tidak gentar menghadapi sebarang musuh serta tidak sesekali akan berundur, meskipun menerima tentangan bertubi-tubi dari dalam dan luar negara.

Berbekalkan perjuangan yang dipacu oleh semangat kebersamaan, perpaduan dan sokongan semua pihak, kita akan bangkit semula. Lawan tetap lawan. Saya tidak takut pada sesiapa, saya hanya takut kepada Allah sahaja, kata Najib lagi.

Meskipun Najib mengatakan tidak takut kepada sesiapa, temasuk Tun Mahathir Mohamad yang berusia 92 tahun, kita semestinya belum lupa bagaimana beliau tidak berani turun ke program NothingToHide di PWTC semata-mata kerana bekas Perdana Menteri itu sudah menunggunya di sana.

Selain itu, jika benar tidak takut sesiapa, mengapa cabaran berdebat oleh Tun Mahathir mengenai rasuah 1MDB tidak berani dijawab sampai sekarang?

Jika benar tidak takut kepada sesiapa juga, ingin ditanyakan sama kepada Pahlawan Bugis itu mengapa tidak berani menghadirikan diri dalam persidangan anti rasuah antarabangsa tidak lama sebelum ini?

Bukankah persidangan anti rasuah antarabangsa itu merupakan medan terbaik untuk menjawab segala isu berkaitan rasuah yang dipalitkan kepada dirinya jika benar tidak takut sesiapa dan hanya Allah yang ditakutinya?

Sebagai umat Islam, memang semua orang yang beriman takutkan Allah. Tidak takut kepada mana-mana manusia dan hanya takut kepada Allah adalah 100 peratus sifat terpuji. Ini kerana Allah itu sifatnya maha agung, maha mendengar, maha mengetahui, bahkan maha kepada segala-galanya.

Tetapi, manusia selalunya memang mudah mengucapkan kata-kata hanya takut kepada Allah apabila dalam keadaan tersepit atau ketika dalam keadaan bersalah. Ketakutan kepada Allah bukan boleh dinilai melalui kata-kata atau jerit pekik yang dilaungkan, tetapi melalui amalan dan perbuatan seharian.

Berdasarkan pelbagai perlakuan, masalah, kemelut dan caca marba yang berlaku dalam negara sejak dari awal Najib berkuasa sampailah kepada tercetusnya isu 1MDB dan wang ribu-ribu juta dalam akaun peribadinya, malah berterusan sehingga berlaku beberapa pemecatan dan kacau ganggu kepada agensi-agensi kerajaan, apakah Najib benar-benar boleh ditanggapi sebagai seorang pemimpin yang takut kepada Allah?

Apakah seorang pemimpin yang mendakwa hanya takut kepada Allah boleh sewenang-wenang melakukan pelbagai pembaziran, kemewahan, membiarkan isteri  bebas menggunakan pelbagai kemudahan kerajaan serta berbangga pula mengatakan wang ribu-ribu juta yang diterimanya adalah merupakan derma?

Audien UMNO atau mereka yang hanya tahu mengangguk-angguk saja mungkin akan bertepuk tangan dan memuji-muji Najib apabila beliau berkata tidak takut kepada sesiapa, lawan tetap lawan dan hanya takutkan Allah saja.

Tetapi, Allah juga sebenarnya maha tahu sama ada Najib seorang hamba yang benar-benar takut kepadaNya, pura-pura takut, takut hanya pada waktu-waktu tertentu atau mengucapkan kata-kata itu untuk maksud lain selain daripada takut kepada Allah.

Usahlah bimbang Najib, Allah sentiasa melihat, mendengar dan mengetahui segala-galanya. Mengucapkan kata-kata takut kepada Allah belum merupakan jaminan terlepas dari seksaan dunia dan akhirat atas kesalahan yang dilakukan, kecuali bertaubat nasuha dan meminta ampun daripada manusia lain yang pernah dianiaya serta hak-haknya telah diambil secara sengaja.

Jika lain cakap di mulut dan lain pula perbuatan yang ditunjukkan, seperti mana yang sudah banyak berlaku sejak zaman Nabi-Nabi lagi, janji dan balasan Allah pasti akan tiba juga akhirnya. 


Tiada sebab Pendaftar Pertubuhan lengahkan penubuhan Bersatu

Posted: 03 Sep 2016 07:40 AM PDT

DALIA ISMAIL
 
 
Muhyiddin bersama jawatankuasa protem Bersatu ketika mengemukakan permohonan penubuhan parti baharu pada 9 Ogos lalu.Muhyiddin bersama jawatankuasa protem Bersatu ketika mengemukakan permohonan penubuhan parti baharu pada 9 Ogos lalu.


Tiada sebab Pendaftar Pertubuhan (RoS) melengahkan kelulusan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah dipohon ke pertubuhan itu pada 9 Ogos lalu.

Setiausaha protem Bersatu Kamarulazman Habibur Rahman optimis berkata, beberapa hari lalu Ros mengesyorkan dua perkara mengenai dasar parti perlu diubah.

"Semuanya sudah okey. RoS suruh ubah dua perkara dan kita menepati apa yang dikehendaki.
"Pada dasarnya RoS tiada masalah untuk luluskan permohonan.

"Kita beri tempoh hingga 9hb ini kerana akan genap sebulan. Tambahan pula Menteri Dalam Negeri telah memberi jaminan pihak kerajaan tidak ada masalah mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baharu.

"Kita mengharapkan tiada lagi sebarang halangan bagi kelulusan penubuhan Bersatu," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau juga memberitahu selepas parti itu diluluskan kelak ahli jawatankuasa protem yang baharu akan dilantik bagi mengukuhkan gerak kerja parti itu.

Beliau enggan menyatakan siapakah yang akan dilantik sebagai jawatankuasa protem ini.

'Semalam kami telah berbincang dengan Tun Dr Mahathir berkaitan dengan penambahan ahli jawatankuasa protem yang akan ditambah dari masa ke semasa kepada jumlah yang lebih signifikan," ujarnya yang enggan menyebut tokoh yang mungkin menjadi tulang belakang penggerak Bersatu kelak.

Kamarulazman juga menyebut bekas ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tidak lagi menyatakan pendiriannya untuk bersama dalam jawatankuasa yang dibentuk.

"Datuk Seri Khairuddin bersama kami berjuang untuk selamatkan Malaysia dari awal lagi sentiasa bersama kami.

"Kita sentiasa membuka pintu kepada beliau untuk sertai Bersatu.

"Jadi kita alu-alukan apa sahaja keputusan yang dibuatnya, kalau boleh kita mahu beliau menggerakkan hala tuju Bersatu," ujarnya.

Mengenai perkembangan terkini Datuk Seri Shafie Apdal yang masih lagi tidak mengumumkan parti baharu di Sabah,khabar angin berkemungkinan beliau akan menyertai Bersatu.

"Datuk Seri Shafie masih kekalkan pendiriannya untuk menubuhkan parti baharu di Sabah.

"Pada hakikatnya beliau akan bersama dengan kita dalam falsafah perjuangan untuk selamatkan negara.
"Mungkin beliau akan tubuhkan parti sendiri di Sabah, kita tengok dan lihat apa yang berlaku.

"Bagi Bersatu sama ada jadi atau tidak (tubuh parti baharu di Sabah)...apa yang baik untuk barisan pakatan kita alu-alukan asalkan dapat membawa kemenangan bersama, kita akan sokong.

"Lagipun beliau memahami situasi politik di Sabah, kita pun sedang menunggu keputusan yang akan diumumkannya," ujar Pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) ini ketika ditanya mengenai perkembangan parti baharu yang bakal di pimpin Shafie di Sabah seperti yang diuar-uarkan selepas beliau mengumumkan keluar daripada Umno.

Malaysia Dateline turut menghubungi Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengenai perkara sama berkaitan parti baharu di Sabah yang akan dipimpin Shafie kelak.

Mukhriz hanya berkata," itu (parti baharu di Sabah)  awak (wartawan) kena bertanya sendiri kepada Shafie. Saya pun tidak pasti perkembangan terkini beliau sama ada jadi atau tidak tubuh parti baharu di sana," ujarnya ketika dihubungi.

Malah usaha Malaysia Dateline untuk mendapatkan respon Shafie juga gagal sejak seminggu ini.

Derma mungkin pembelaan terbaik dalam mahkamah

Posted: 03 Sep 2016 07:37 AM PDT

SYED ISKANDAR SYED JAAFAR AL MAHDZAR
 
 
Tindakan memberikan amaran awal beberapa hari sebelum memulakan operasi menahan dilihat sebagai sesuatu yang positif.Tindakan memberikan amaran awal beberapa hari sebelum memulakan operasi menahan dilihat sebagai sesuatu yang positif.


Sejak negara mempunyai penyapu baru, pelbagai tangkapan dan tahanan reman telah dilakukan terhadap pelbagai pihak yang mempunyai kedudukan tinggi.

Kepanikan dan kerisauan keluarga suspek suspek VIP berkenaan kerana terdapat amoun tunai yang kurang munasabah dalam akaun peribadi masing masing serta harta yang dikira terlampau mewah melampaui kemampuan asal mereka yang makan gaji sekalipun berkedudukan tinggi.

Jawapan yang amat mudah mungkin derma sama ada daripada Arab Saudi, Zimbabwe ataupun daripada individu terkenal seperti Warren Buffet, Bill Gates ataupun Syawal Biras kepada Muharram dan Safar dalam filem Ahmad Albab ataupun Ellie Palestin yang dulunya pernah nak derma lebih RM1billion pada sebuah NGO yang berkaitan pencegahan kanser di negara kita yang mana Ellie Palestine barangkali kini tenang berehat di Tanjung Rambutan.

Dipetik Laporan Gulf Times sepuluh tahun lalu.
 
"From Gulf Times of Tuesday, 10 January, 2006
 
KUALA LUMPUR: Malaysian officials were scratching their heads yesterday over a $275mn (RM1.07 billion) charity pledge from a Lebanese businessman whose credibility has been questioned in the media. 
 
The massive "donation" to the National Cancer Council from Malaysia-based businessman Elie Youssef Najem made front-page news over the weekend after a press conference held by delighted charity officials. 
 
But the headlines were replaced yesterday with a series of complaints from people who said he had cheated them out of their wages and out of large sums owed for everything from flowers to furniture. Reports said that charges for criminal breach of trust had been lodged with police against Najem, who claims to be worth $46bn. Malaysia's health minister Chua Soi Lek also cast doubt on the credibility of the businessman who reportedly lives in a modest apartment in Kuala Lumpur. 
 
"I find it hard for it to be true because it's a huge amount," Chua was quoted as saying in the New Straits Times. The newspaper said a number of former workers and contractors had complained about Najem. 
 
"I had my doubts when he claimed to be a lord in Canada and a prince in Lebanon," said Farizatul Akma, who quit work after one day after seeing the businessman's cheques bouncing.
 
"We know who this individual is and he has been investigated previously for cheating and alleged criminal breach of trust," city commercial crimes chief Assistant Commissioner Aris Ramli told the newspaper. Najem, 45, could not be reached for comment but has insisted he is a bone fide businessman.
 
"I come from a very important family in the Middle East and my donations to the National Cancer Council involve people high up in Malaysian society," he was quoted in the Star daily yesterday. - AFP

Seterusnya para suspek dalam kes terkini dalam negara kita perlu mendapatkan saksi yang dah berjumpa penderma dan tengok dengan mata sendiri wang dermaan si penderma tanpa mengira faktor penderma mungkin meninggal dunia selepas itu.

Memandangkan terdapat 'precedent', menerima derma tidak menyalahi undang undang sekalipun memegang jawatan dalam kerajaan mahupun institusi swasta maka, InshaaAllah ada rezeki mungkin satu sidang akhbar akan di adakan bagi membersihkan nama mereka yang berkenaan dan kes mereka akan diarah tutup.

Akta SPRM 2009 yang dengan jelas mendefinasikan suapan termasuk derma tidak lagi terpakai sekalipun sepatutnya Akta yang diberikan keutamaan daripada kenyataan rasmi yang bukan bersifat undang-undang
Untuk mengalih pandangan masyarakat terhadap isu siasatan pelbagai negara terhadap syarikat hutang negara ada pelbagai cara lain selain daripada meneruskan tindakan terhadap mereka mereka yang berjawatan tinggi.

Contohnya jika salah seorang daripada ahli keluarga terdekat pemimpin ataupun pasangan berlari di tengah pembahagi jalan di Bukit Bintang sambil menyanyikan lagu Aku Anak Kampung tanpa berpakaian mungkin boleh membuatkan rakyat lupa seminggu kes syarikat hutang negara dan mungkin rakyat boleh terus ketawa bertahun tahun lamanya.

Cara lain untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada membincangkan isu syarikat hutang negara mungkin dengan si penyapu baru mengambil keputusan untuk 'menembak' dirinya sendiri justeru mungkin menambah sehari dua lagi untuk rakyat tidak membincangkan hal syarikat hutang negara.

Mungkinlah pengorbanan dan jasa sebegini melayakkan beliau mendapat pelbagai anugerah dan pujian kelak.

Tindakan memberikan amaran awal beberapa hari sebelum memulakan operasi menahan supaya mereka yang berkenaan menyerah diri supaya dapat di pertimbangkan kes mereka sebagaimana di lapor media secara meluas mungkin di lihat sebagai tindakan yang positif di mata rakyat amnya.

Namun sebenarnya tawaran berkenaan cuma terletak dibawah bidang kuasa jabatan lamanya iaitu Pejabat Peguam Negara dan kini beliau bukan lagi bekerja di sana justeru kuasa berkenaan ada pada ketua lamanya sahaja dan bukannya pada beliau melainkan beliau masih menganggap beliau masih bekerja di pejabat lamanya.

Sebenarnya, segala perbuatan kita bergantung kepada niat kita sepertimana sabda Nabi Muhammad saw,
"Sesungguhnya setiap amalan(perbuatan) bergantung kepada niat'' (Hadith Sahih Bukhari/Muslim) dan keikhlasan cuma dapat di nilai oleh Allah swt sepertimana yang di bincangkan secara tidak langsung sepanjang 2 jam dalam filem Indonesia, "Kiamat sudah dekat'' yang boleh di tonton di youtube.

Justeru, apa sebenarnya motif penahanan mereka mereka yang berkenaan. Apakah benar benar untuk membanteras rasuah? Jika benar benar ikhlas, bagaimana pula dengan kes kes berprofil tinggi yang berlambak lambak termasuk yang telah kembali menjadi menteri selepas terpaksa meninggalkan kabinet sedikit masa lalu kerana kes yang melibatkan siasatan SPRM(BPR)?

Jika benar benar ikhlas, bagaimana pula dengan kes kes berprofil tinggi yang berlambak lambak masih lagi gagal diambil tindakan oleh SPRM.Jika benar benar ikhlas, bagaimana pula dengan kes kes berprofil tinggi yang berlambak lambak masih lagi gagal diambil tindakan oleh SPRM.

Bagaimana pula dengan bapa dan ibu jerung yang masih bermaharajalela? Tidak teringinkah SPRM untuk kembali ke zaman kegemilangan Biro Siasatan Negara (BSN) di bawah pimpinan Allahyarham Tan Sri Harun Hashim umpamanya?

Logikkah SPRM boleh menahan ikan besar sebuah majlis bandaran namun kumpulan ikan bilis yang saban hari merayau mengacau peniaga kecil sekitar Kuala Lumpur seawal pagi di biar begitu sahaja? Jangan tanyakan bukti, lakukan operasi penyamaran jika benar mahu bertindak.

Tanyalah mamak penjual surat khabar dan rokok yang cuma mempunyai gerai kecil, tanyalah kenapa mereka perlu memasang CCTV diluar lot gerai tepi jalan mereka, tanyalah sebab sebenar, ini satu contoh sahaja.

Sesuai dengan sambutan kemerdekaan negara, kita patut lebih matang untuk mengakui hakikat begitu banyak negara dunia sedang menyiasat syarikat hutang negara kita berkaitan dengan penggubahan wang haram menerusi sistem perbankan negara mereka di mana undang undang negara merekalah yang terpakai kerana kesalahan di lakukan di negara mereka.

Apakah kita hendak menjadi seperti burung unta yang menyorokkan kepala dalam pasir seolah olah takda sesiapa nampak namun badan besarnya jelas dilihat semua dengan jelas.

Jika dahulu kita sibuk mengkritik Robert Mugabe dari Zimbabwe, Hosni dan Suzanne Mubarak dari Mesir, General Sisi Mesir Imelda dan Ferdinand Marcos dari Filipina, kini stesen tv seluruh dunia sama ada US, Australia, UK, UAE, Perancis juga termasuk negara negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand , Switzerland asyik melaporkan berita penggubahan wang haram tertinggi dunia daripada wang yang berasal daripada pemilikan syarikat hutang negara kita.

Agensi agensi penguatkuasaan undang undang seharusnya di izinkan menyiasat , menahan reman dan mendakwa dengan sebebasnya. Kedaulatan undang undang patut benar benar di junjung bukan sekadar, 'manis kata di bibir saja', memetik lagu nyanyian Allahyarham Latif Ibrahim .

Ucapan berapi api malam merdeka tidak akan mengubah jenayah menjadi ibadah. Jenayah tetap jenayah sama ada kita mahu akui atau tidak seluruh dunia telah mengetahuinya di zaman dunia tanpa wayar, tanpa sempadan ini. Seluruh dunia mempunyai stesen tv yang menyiarkan berita semasa serta berita perniagaan dan kini berita dunia tidak lengkap tanpa laporan syarikat hutang negara sekurang kurangnya beberapa kali sebulan.

Sebelum kita berterusan memalukan diri sendiri dengan penafian fakta, eloklah mengambil sempena hari kemerdekaan negara, eloklah segala kepincangan mula di perbetulkan. Janganlah di harapkan pada penjenayah dan pasangannya untuk memperbetulkan keadaan kerana mereka sudah tiada arah melainkan menafikan fakta dan cuba mengarahkan sesiapa sahaja yang sanggup menerima arahan mereka hatta samseng seperti sharif dol kampong dusun pun boleh menjadi kaya raya dan di anggap kumpulan NGO yang sah demi mempertahankan kedudukan mereka.

Ramai yang terkejut dan tersengih sengih mendengar ungkapan, "standard saya setaraf Obama'' tak salah berangan angan. Kalau begitu mungkin tak salah untuk berangan angan bernikah dengan Jeniffer Lopez umpamanya yang lepas tu lengkap bertudung duduk rumah masak jaga anak dan berubah asyik menonton ceramah Uztaz Azhar Idrus di youtube.Entah berapa ramai yang akan ketawa besar tak berhentilah kot.

Sebagai penutup, selagi keadaan tidak diperbaiki, para suspek yang kini di tahan dengan amoun wang ringgit yang substantial tidak perlu gusar kerana mana mana peguambela(kecuali yang tersesat di Australia tu kot) mungkin bersedia menggunakan alasan derma sebagai salah satu benteng pembelaan kes tertuduh kerana telah terbukti ianya berkesan pada kes kes terdahulu sedikit masa lalu. Wallahualam.

*Penulis Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar adalah Peguambela & Peguamcara Kuala Lumpur.

Penantian 987 penduduk Revolusi Hijau berakhir

Posted: 03 Sep 2016 07:30 AM PDT

 BORHAN AHMAD


"Itulah rumah kita," kata seorang pemilik tanah Revolusi Hijau yang kini selesai selepas sekian lama berjuang."Itulah rumah kita," kata seorang pemilik tanah Revolusi Hijau yang kini selesai selepas sekian lama berjuang.


Penantian 987 peneroka Rancangan Revolusi Hijau peringkat 11 dan 111 di Ijok, Kuala Selangor untuk menyelesaikan masalah tanah mereka yang diambil pemaju berakhir hari ini apabila mereka menerima sijil kelayakan dari Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.
Azmin menyerah sijil kepada salah seorang peserta di majlis hari ini.Azmin menyerah sijil kepada salah seorang peserta di majlis hari ini.
Majlis penyerahan sijil itu berlangsung di Galeri EcoWorld di Eco Grandeur, Kuala Selangor hari ini dalam majlis penuh gilang gemilang.

Tanah Revolusi Hijau 11 dan 111 adalah tanah pertanian yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat yang tiada tanah atau yang mempunyai tanah kurang dari 2 ekar untuk projek pertanian.

Apabila jiran mereka, Felda Bukit Cerakah dibangunkan pada tahun 1997, tanah ini dicadangkan agar dibangunkan sekali.

Bermula dari situlah penduduk di sini mula menanti bilakah rumah dan pampasan untuk mereka akan diperolehi.

"Terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor yang menyelesaiakn isu ini hari ini. Ucapan khas terima kasih saya tujukan kepada YB Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (bekas ahli parlimen Kuala Selangor) dan YB Sivarasa Rasiah (ahli parlimen Subang) yang membantu menyelesaikan masalah ini," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak projek ini Haji Umar bin Alibashah, 64 ketika ditemui Malaysia Dateline di majlis itu.

Umar adalah pesara tentera. Beliau adalah orang yang paling gembira hari ini selepas usaha beliau dan rakan-rakannya sejak lebih 15 tahun lalu iaitu tahun 2005 lagi menampak hasil hari ini.

Umar bersama jawatankuasanya mula berusaha untuk menyelesaikan kes ini selepas dua pemaju sebelum ini gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.

Dengan bantuan Khalid, Sivarasa dan Dr Dzulkefly, mereka berbincang dengan semua pihak yang terbabit untuk menyelesaikan masalah ini.

Umar, Pengerusi JK Bertindak tanah Revolusi Hijau fasa 11 dan 111. Beliau adalah tunggak di belakang kejayaan ini.Umar, Pengerusi JK Bertindak tanah Revolusi Hijau fasa 11 dan 111. Beliau adalah tunggak di belakang kejayaan ini.Melalui penyelesaikan hari ini, 987 peneroka tanah asal ini akan mendapat pampasan dan rumah sebagaimana dijanjikan kepada mereka dari awal lagi.

Mereka akan mendapat baki pampasan sebanyak RM180,000 yang dijanjikan dan RM180,000 dalam bentuk rumah.

"Di bawah penyelesaian ini, EcoWorld sebagai pemaju hartanah ini akan membina 987 rumah teres 2 tingkat di atas tanah seluas 80 ekar di Eco Grandeur, dikenali Laman Harris," kata kenyataan EcoWorld hari ini.

Menurut Umar, mereka akan menerima sebuah rumah teres dua tingkat di atas tanah bersais 20 x 70 kaki dengan binaan 1750 kaki persegi.


Mahasiswa desak polis segera siasat Najib, Rahman Dahlan

Posted: 03 Sep 2016 07:26 AM PDT

ARIF ATAN
 
 
Anis Syafiqah Md Yusof Anis Syafiqah Md Yusof


Gabungan Tangkap Malaysian Official 1 (#TangkapMO1) mendesak pihak polis supaya tidak bersikap pilih kasih dengan segera menyiasat Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jurucakapnya, Anis Syafiqah Md Yusof berkata, rakyat akan hilang kepercayaan terhadap institusi yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat ini jika polis terus berdiam diri.

"Datuk Abdul Rahman Dahlan telah mengeluarkan kenyataan di media antarabangsa mengatakan bahawa MO1 itu adalah Datuk Seri Najib Tun Razak, maka kami merasakan mereka berdua ini perlu dipanggil dengan segera untuk disiasat," tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihak polis perlu membuktikan bahawa mereka berkhidmat atas kepentingan rakyat dengan menyiasat dan mengenal pasti individu sebenar Malaysian Official 1.

"Kami merasakan pihak polis perlu segera bertindak tidak lebih daripada dua hari seperti apa yang mereka lakukan terhadap individu yang mereka rasakan terlibat dalam himpunan aman 27 Ogos lalu.

"Rakyat juga akan tertanya-tanya kenapa begitu cepat individu yang terlibat dengan himpunan #TangkapMO1 dipanggil untuk siasatan tetapi pendedahan mengenai perompak duit rakyat ini masih dibiarkan begitu sahaja?" bidasnya.

Mengulas lanjut tindakan polis memanggil beberapa aktivis yang terlibat dalam himpunan #TangkapMO1 pada 29 Ogos lalu atas alasan untuk diambil keterangan, Anis berpendapat siasatan tersebut berniat jahat.

"Kami mengecam pihak polis atas siasatan yang dikenakan termasuklah tindakan menggunakan Akta Hasutan dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan iaitu mengancam demokrasi berparlimen atas himpunan yang berlangsung dengan aman pada Sabtu lalu.

"Siasatan itu juga hanya ingin menakutkan mahasiswa yang sudah tidak sabar untuk melihat perompak terbesar negara didedahkan dan didakwa.

"Ini kerana polis hanya mengambil masa selama dua hari selepas himpunan untuk memanggil pihak-pihak yang dirasakan terlibat sedangkan sejak kami lancarkan kempen #TangkapMO1 sebulan yang lalu, tidak ada seorang pun yang dipanggil untuk disiasat bagi mengenal pasti siapakah MO1 tersebut," tegasnya.

Tambahnya, lebih malang tiga mahasiswa antara yang ditahan dalam siri jelajah kempen #TangkapMO1 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar, 20 Ogos lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, polis akan menyerahkan kertas siasatan terhadap 11 peserta himpunan #TangkapMO1 kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Kelmarin, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah memberitahu 20 peserta himpunan lagi akan dipanggil untuk direkod keterangan.

ADUN DAP Berbohong, Si Bapa Kutip Wang Rasuah Dengan Pengetahuannya..

Posted: 03 Sep 2016 07:23 AM PDT

 

 
lim3


 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Sungai Pinang YB Lim Siew Khim dilaporkan berbohong apabila mendakwa beliau tidak mengetahui aktiviti bapanya, Lim Keat Seong terlibat dalam aktiviti mengutip wang rasuah daripada orang ramai sebagai pertukaran untuk mendapatkan unit rumah mampu milik di Pulau Pinang.


Sebaliknya, semua aktiviti bapanya berkaitan kutipan 'duit kopi' itu diketahui oleh Siew Khim yang juga Ketua Wanita DAP Pulau Pinang, dedah Penang Kini.

LIHAT VIDEO DI SINI

Dalam pendedahan bahagian kedua Penang Kini melaporkan ketika rakaman dibuat pada 26 Jun 2015, seorang perantara si mangsa telah meminta nombor telefon YB Siew Khim untuk dihubungi.

"Pada malam itu sekitar jam 8.35, dia (orang perantaraan si mangsa) telah telefon YB Lim Siew Khim selama 7 minit 53 saat.

"Pukul 9:08 malam orang perantaraan si mangsa Whatsapp kepada kawannya tentang apa yang telah berlaku (berkenaan perbualan dengan YB Lim Siew KHim).,"dedah Penang Kini.

Penang Kini turut menterjemahkan kandungan Whatsapp di antara perantaraan si mangsa dengan kawannya berkenaan isi kandungan perbualannya dengan YB Lim Sie Khim yang berbunyi;

"Saya tadi telah telefon YB Lim. Saya beri dia tempoh satu hari untuk dia (YB Sie Khim) beri jawapan kepada saya. Bahawa sama ada bapa dia (Keat Seong) mahu keluar wang untuk bincang bagaimana (mahu) memulangkan (semula) wang si mangsa (yang telah membayar kepadanya)

"Kalau dia (Keat Seong) tak tipu orang, tak mungkin ramai orang datang mengadu bahawa kena tipu dengan dia (bapa YB Lim)."

Dedah Penang Kini lagi, pada malam yang sama, adik angkat YB Sie Khim iaitu Ong Hock Hin atau Ah Hin telah menelefon perantaraan si mangsa sekitar jam 10 hingga 11 malam.

"Mengikut perantaraan si mangsa, Ah Hin kata kakaknya (YB Sie Khim) yang suruh dia hubunginya untuk mengatur masa perbincangan antara kedua pihak,"dedah Penang Kini yang turut memaparkan gambar Ah Hin juga turut hadir dalam perbincangan semasa rakaman video yang tersebar itu.

LIHAT VIDEO DI SINI

ah hin-yblim

Presiden PAS Nasihat Husam, Berhenti Jual Nama Allahyarham Nik Aziz

Posted: 03 Sep 2016 07:09 AM PDT

 


LIHAT VIDEO DI SINI



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihati ADUN Salor, Datuk Husam Musa agar berhenti daripada terus menjual nama individu yang telah meninggal dunia, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk kepentingan politik peribadinya.


"Yang tahu benda akan datang ini Tuhan sahaja, dia (Tok Guru) dah meninggal dunia, orang meninggal dunia ini dengan karamahnya yang terdahulu, akan datang orang lain pula. Itu kenyataan yang jahil agama,"
katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Asrama Baharu Banin (Putera) di Kompleks Maahad Darul Quran, di Rusila hari ini.

Abdul Hadi turut memaklumkan beliau lebih rapat dengan Allahyarham Nik Aziz berbanding Husam.

"Saya lebih rapat daripada Tok Guru daripada dia (Husam)… kalau tidak percaya dengar kaset Tok Guru, apa Tok Guru komen tentang saya. (Hubungan) saya lebih rapat dan lebih lama daripada dia (Husam) lagi," katanya lagi

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Husam yang mendakwa jika Allahyarham masih hidup, beliau pasti mengikuti jejak langkahnya menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

LIHAT VIDEO DI SINI

Sebaik Sahaja Tengok Muka Husam, TGNA Pun Berpaling Ke Arah Lain – Anak Saudara Allahyarham

Posted: 03 Sep 2016 07:00 AM PDT

 

 
nik ahmad


Anak saudara Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) menafikan kenyataan Datuk Husam Musa (DHM) yang mendakwa jika Allahyarham masih hidup pasti beliau akan mengikut jejaknya menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Membuktikan dakwaan Husam itu tidak benar, Nik Ahmad Mumtaz mendedahkan satu kejadian yang diceritakan oleh ayahandanya (adik TGNA) berkenaan kedatangan Husam ke Masjid Pulau Melaka Kota Bharu, Kelantan untuk berjumpa dengan TGNA.


"DHM datang untuk berjumpa TGNA di Masjid Pulau Melaka, masa itu ayah sedang mengurut TGNA sambil berehat selepas solat (duduk bersila dan pejam mata).

"DHM beri salam (sahaja) hampir 30 minit, lepas itu (apabila) TGNA buka mata, tengok DHM duduk depannya, TGNA pun (segera) berpaling muka menghadap ke arah lain.

"(TGNA) tidak bercakap sampai kesudah (dengan) DHM. Lebih kurang 40 minit dia (DHM) berada di situ, akhirnya DHM angkat kaki (meninggalkan TGNA).

"Jadi boleh bayangkan lah hubungan TGNA dengan DHM di akhir hayatnya, " dedah Nik Ahmad Mumtaz dalam Facebook.

Menurut Nik Ahmad Mumtaz sikap bapa saudaranya yang tidak mahu melayan Husam membuktikan hubungan mereka pada saat-saat akhir tidak lagi rapat sepertimana yang cuba digambarkan.

"Seperti semua maklum, TGNA kalau dengan orang yang dia rapat, dia memang akan layan sebaik mungkin, sekalipun dia amat penat.

"Jadi jika sebaliknya, boleh faham sendiri lah ya (apa maksudnya),"tambahnya lagi.


nik ahmad mumtaz

Pakatan Harapan serah lebih 10 ribu tandatangan penduduk KL bantah caj baru parkir

Posted: 03 Sep 2016 06:56 AM PDT

WhatsApp Image 2016-09-02 at 12.48.58

Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR: Ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan hari ini menghantar tandatangan bantahan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung kenaikan caj baru parkir di ibu kota yang disifatkan terlalu mahal dan membebankan rakyat.

11,000 tanda tangan penduduk Kuala Lumpur dikumpul secara fizikal dan melalui laman atas talian, ipetitions.com

Antara mereka yang hadir pada penyerahan tandatangan tersebut adalah Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok serta Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Kee Wong.

Menurut mereka, sistem bayaran parkir itu mendatangkan banyak masalah kepada pengguna, malah menyebabkan pengguna terpaksa membayar lebih berbanding dengan tempoh sebelum pelaksanaannya.

Dalam penyerahan itu juga, ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan turut menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan Kementerian WIlayah Persekutuan menswastakan kutipan parkir kepada syarikat perkhidmatan parkir, Vista Summerose Sdn. Bhd.

Mereka menjelaskan, penswastaan kutipan parkir itu akan hanya menguntungkan syarikat kroni Barisan Nasional dan merugikan DBKL sebagai pihak berkuasa tempatan di kawasan Kuala Lumpur.

"Kami ingin menyeru Menteri Wilayah Persekutuan untuk menjawab semua soalan yang dibangkitkan, dan menghentikan peningkatan harga dan penswastaan parkit di Kuala Lumpur," tegasnya.

"Hasrat Kementerian WIlayah Persekutuan ingin mengurangkan kenderaan daripada masuk ke Kuala Lumpur haruslah diambil selepas kerajaan menambahbaik sistem pengangkutan awam serta mengurangkan plot ratio dalam semua projek bangunan baru." – Roketkini.com


Jemput ‘pembunuh rakyat’ Sri Lanka ke negara langgar prinsip demokrasi Malaysia

Posted: 03 Sep 2016 06:54 AM PDT

m_kula_segaran

Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan membenarkan bekas Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa datang ke negara ini seolah-olah menunjukkan Malaysia bersetuju dengan pembunuhan ratusan ribu penduduk negara itu sepanjang sepuluh tahun pemerintahannya.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran berkata perkara itu tidak berasas serta bercanggah dengin prinsip demokrasi negara yang mengutuk sebarang perlakuan kejam terhadap rakyat, lebih-lebih lagi jenayah bunuh.

"Saya hairan mengapa beliau diajak ke negara ini, sedangkan beliau merupakan punca kepada pertumpahan darah 150 ribu individu dari keturunan Tamil di Sri Lanka, malah ada antara mereka yang beragama Islam.

"Seorang pembunuh sepertinya patut dihalau keluar (dari negara) secepat mungkin. Dengan
membenarkannya masuk ke Malaysia, kita seperti membenarkan segala jenayah yang telah dilakukannya," katanya kepada Roketkini.

Rajapaksa yang didakwa terlibat dengan pembunuhan besar-besaran semasa menentang puak pemisah Tamil di Sri Lanka itu telah dijemput menghadiri satu sidang antarabangsa di PWTC hari ini.

Namun, tindakan itu menimbulkan kemarahan masyarakat India di Malaysia, malah kira-kira 70 wakil dari parti-parti politik dan NGO mengadakan tunjuk perasaan di PWTC pagi tadi sebagai membantah kedatangannya ke negara ini.

Menurut Kula, beliau telah membangkitkan isu jenayah perang yang dilakukan oleh Rajapaksa di Parlimen pada tahun 2004 serta meminta agar Malaysia sebagai negara yang demokratik dapat mengecam perlakuan jenayah beliau.

"Menteri Luar pada masa itu, Syed Hamid Albar telah menjawab persoalan saya dengan menyatakan beliau berharap satu perdamaian dapat dicapai (di Sri Lanka). Namun, ia gagal," jelasnya.

Pembunuhan melibatkan etnik Tamil di Sri Lanka semasa pentadbiran Rajapaksa turut mendapat perhatian Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang kemudiannya mendesak agar satu badan bebas diwujudkan bagi menyiasat jenayah berkenaan.

Namun, Kula menegaskan, hal itu telah diabaikan oleh pihak berkuasa Sri Lanka memandangkan Rajapaksa merupakan individu yang sangat berpengaruh di negara itu.

"Sedangkan, segala jenayah beliau telah didedahkan dalam dokumentari bertajuk 'No Fire Zone' yang ditayangkan di Channel 4 di United Kingdom," ujarnya.

Menurut Kula, beliau sendiri pernah membawa dokumentari itu untuk ditayangkan di Parlimen pada 2013, namun hanya kira-kira 20 ahli parlimen yang menontonnya.

Duta Besar Sri Lanka kemudiannya membuat bantahan terhadap tayangan tersebut. – Roketkini.com


FAM usah buang masa hukum pembocor rahsia, nasihat pengkritik sukan

Posted: 03 Sep 2016 04:21 AM PDT

 
FAM tidak seharusnya mengutamakan isu remeh sehingga lari daripada tanggungjawab asal untuk meningkatkan kembali mutu bola sepak negara.


Khoo-Kay-Kim_fam_600


PETALING JAYA: Pengkritik sukan membidas tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bercakaran sesama sendiri, susulan penyerahan pendrive mengandungi bukti ketirisan badan induk bola sepak itu oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada Menteri Belia dan Sukan.

Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim berkata, usaha FAM mengambil tindakan terhadap pembocor maklumat itu hanya membuang masa kerana tugas utama badan induk itu adalah untuk memulihkan prestasi dan kualiti bola sepak negara yang kian merudum.

"Mengambil tindakan terhadap individu (membocorkan maklumat) bukan begitu penting, kita nak tengok apa akibatnya. Adakah dengan mengambil tindakan itu, mutu bola sepak akan bertambah maju, kalau tidak buang masa sahaja.

"Mereka perlu fokus membangunkan bola sepak, bukannya bergaduh sesama sendiri," katanya kepada FMT sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Khamis lalu yang tindakan tegas akan dikenakan terhadap pembocor rahsia, selepas mengetahui isi kandungan sebenar pemacu pena itu daripada Khairy Jamaluddin.

Mengulas lanjut, Khoo berkata, FAM juga perlu bersikap terbuka dan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jika benar ada masalah rasuah dalam badan induk bola sepak itu.

Katanya, jawatankuasa tertinggi FAM juga perlu bermuhasabah diri dan meletak jawatan jika mereka gagal menggalas tugas untuk membangunkan bola sepak negara.

"Kalau mereka sudah dipilih dan diberi tugas (tetapi) dalam dua, tiga tahun tidak ada kemajuan, mereka sendiri perlu berundur. Jangan tunggu sampai ada pergaduhan dan sebagainya sehingga dipaksa untuk dipecat, kita tidak mahu sampai ke tahap itu," katanya.

Rafizi dakwa tidak terlibat pecat keahlian Chegubard

Posted: 03 Sep 2016 04:16 AM PDT

 
 
Surat pemecatan ditandatangani Rafizi
Surat pemecatan ditandatangani Rafizi


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menerusi aplikasi whatsapp dengan seorang bernama 'Nurul' mendakwa, tidak tahu menahu Jawatankuasa Disiplin parti memecat keahlian Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

Dalam aplikasi itu, Rafizi mempersoalkan kenapa ibu pejabat mengeluarkan surat pemecatan Chegubard tanpa pengetahuan dan arahannya.

"Bukan itu sahaja, setakat yang saya tahu, saya belum dilaporkan surat pemecatan Chegubard telah dikembalikan sepenuhnya. Jadi, saya ingat belum cukuplah walaupun majoriti mudah.

"Lalu saya tanya Nurul kenapa dia buat begitu. Kata Nurul, itu arahan terus dari Presiden (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) supaya mengeluarkan surat atas nama Setiausaha Agung (Rafizi) memecat Chegubard secepat mungkin selepas Biro Politik bermesyuarat Selasa lepas," kata Rafizi.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan juga dilaporkan mendakwa, beliau menghantar mesej whatsapp panjang lebar mengenai perkara itu kepada Dr. Wan Azizah memohon pengesahan, di samping mengingatkan kepada presiden itu bahawa Jawatankuasa Disiplin belum habis proses, tetapi kenapa sudah dikeluarkan (surat pemecatan).

Bagaimanapun, menurutnya, sehingga hari ini Dr. Wan Azizah tidak menjawab pertanyaan itu.

"Ini bermakna kenyataan Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh bahawa Chegubard belum dipecat kerana belum dapat Resolusi Pekeliling yang penuh, itu betul.

"Lalu menyebabkan saya pula yang diserang bertalu-talu di Facebook dan lain-lain. Perlukah saya menerangkan kepada media mengenai perkara ini kerana saya dikejar media tanpa henti?" ujar Rafizi.

Pada 26 Ogos lalu, Chegubard dimaklumkan menerusi emel yang keahliannya telah digugurkan dari parti.

Ketika itu, Chegubard yang juga Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berada di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, menyerahkan dokumen bukti penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang ditemui wartawan ketika itu, akur dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin PKR walaupun menyedari tindakan itu tidak mengikut prosedur. - MalaysiaGazette


GST punca harga barang naik, orang miskin tidak mampu beli makanan berkhasiat

Posted: 03 Sep 2016 04:16 AM PDT

Pelaksanaan GST menyebabkan kenaikan harga barangan serta makanan dan pengguna yang perlu menanggung kesannya. 


elitmway_gst_600


KUALA LUMPUR: Pemborong dan peruncit menyalahkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 sebagai punca kenaikan harga barangan sehingga menyebabkan golongan miskin tidak mampu membeli makanan berkhasiat.

Pegawai komunikasi Elitway Sdn Bhd yang membekalkan bahan makanan mentah dan kering, Hanafi Talib berkata, pengguna tidak boleh menyalahkan pemborong kerana harga barangan mengalami kenaikan bermula di peringkat pengilang lagi.

"Sejak pelaksanaan GST, semua barang memang naik harga. Kami sebagai pemborong memang boleh claim (tuntut balik), jadi tidak terkesan sangat. Kesannya memang pada pengguna.

"Contohnya tepung. Kami ambil dari pengilang sekotak berharga RM13, pemborong jual RM13.20. Untung 20 sen sahaja. Kalau ikutkan, kami hendak bayar kos penghantaran termasuk minyak, tol dan gaji pekerja lagi, apa yang kami untung?

"Berniaga zaman sekarang dah tak macam dulu. Segalanya memang sudah naik," katanya yang 'lali' dengan rungutan peruncit dan pengguna ketika dihubungi FMT hari ini.

Hanafi berkata, 'perkhidmatan orang tengah' yang meraih keuntungan besar juga tidak wujud lagi sekarang dan beliau tidak menyalahkan pengilang dalam isu kenaikan harga barangan.

"Bagi sektor ayam dan daging, itu kena tanya penternak. Mereka bagi alasan dedak pun dah naik harga. Harga ayam sejak Hari Raya Aidilfitri belum turun lagi," katanya yang masih menunggu penurunan harga ayam diumumkan kerajaan.

Mohd Annuar Mohd Saman yang mewakili peruncit Desa Subang juga bersetuju pelaksanaan GST adalah punca kenaikan ketara harga bahan mentah, khasnya makanan berkhasiat.

"Untuk penjualan makanan berkhasiat, sebelum ada GST pun dah mahal, apa lagi selepasnya," katanya sambil menambah hanya individu berkemampuan boleh membeli makanan organik.

Beliau turut menggesa kerajaan melakukan pemantauan berterusan untuk menghalang pemborong dan pembekal menaikkan harga bahan mentah sesuka hati.

Selasa lalu, Institut Kajian Khazanah (KRI) dalam laporan terbaharu keadaan isi rumah yang dipetik Astro Awani menunjukkan makanan kekal sebahagian besar perbelanjaan kebanyakan keluarga dengan kadar kenaikan harga makanan berada di tahap membimbangkan.

Keadaan itu menyebabkan lebih banyak isi rumah berpendapatan rendah tidak lagi mampu membeli makanan khasiat disebabkan kos makanan yang semakin tinggi, di mana harga makanan laut dan ikan meningkat sehingga 30.9%, produk tenusu serta telur 23% manakala daging pula naik sehingga 18.7%.

Kaji selidik mengenai keselamatan makanan di kalangan isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur menunjukkan lebih 65% keluarga menghadapi masalah untuk mendapatkan makanan berkhasiat.

Menurut laporan itu, sebuah isi rumah dengan lima ahli keluarga minimum akan membelanjakan RM25.21 hingga RM38.45 setiap hari untuk mendapatkan diet berkhasiat.

Beban pendidikan antara punca pelajar sakit mental

Posted: 03 Sep 2016 04:04 AM PDT

MOHD AZMI ABDUL HAMID





Kami memberi perhatian serius terhadap kajian Kementerian Kesihatan baru-baru ini ke atas 30,000 orang pelajar sekolah dari 2011-2015 yang mendedahkan 2 daripada 10 orang pelajar di negara ini mengalami sakit mental.

Kenyataan ini sangat serius memandangkan generasi muda sekarang adalah pewaris masa depan negara. Malah ia perlu dilihat sebagai bom jangka yang boleh memberi kesan sosial dan ekonomi yang berat jika ia tidak diatasi dengan berkesan.

Selain pelbagai faktor yang menjadi punca kepada tekanan emosi, stres dan mental yang tidak stabil di kalangan pelajar, kami berpendapat sistem pendidikan yang membebankan harus diambilkira di dalam negara ini.

Isu sistem pendidikan yang terlalu memfokuskan pencapaian akedemik yang diukur melalui keputusan peperiksaan pernah dibangkitkan oleh pelbagai pihak di kalangan ibu bapa, pendidik, ahli akademik dan penggubal kurikulum. Kesan negatif yang berkait dengan tekanan emosi dan hilang minat belajar adalah antara akibat dari beban pembelanjaran yang terlalu memberatkan akademik.

Sistem pendidikan yang menumpu kepada mencapai gred cemerlang menyebabkan pendidik dan ibu bapa tertekan untuk memastikan pelajar di bawah jagaan mereka mendapat segala peluang untuk bersiap menghadapi peperiksaan. Akibat memaksa anak-anak menghadiri tiusyen dan pelbagai aktiviti yang menambah beban mereka untuk mencapai kecemerlangan akademik, tekanan emosi dan mental menjadi natijah yang tidak dapat dielakkan.

Kami menyarankan bahawa jika sistem pendidikan tidak digubal agar menjadikan ia lebih mesra ilmu dan mesra pelajar, isu stres dan sakit mental seperti yang dikaji oleh pihak Kementerian Kesihatan tidak akan selesai.

Perlu diingat betapa ibu bapa sendiri mengamali stres kerana pencapain anak-anak dalam peperiksaan di sekolah menjadi ukuran utama. Mereka terpaksa berbelanja lebih dengan penambahan kos pendidikan untuk membiaya kelas tiusyen. Bertambahnya pusat tiusyen menandakan adalah disebabkan permintaan ibu bapa yang mahu anak-anak mencapai kecemerlangan akademik sebagai matlamat utama.

Demikian juga tekanan yang dirasai oleh pendidik yang terpaksa memberi fokus lebih kepada pencapaian peperiksaan pelajar kerana mereka juga diukur dengan kriteria yang sama. Keresahan guru terhadap sistem pendidikan kini yang membebankan, menyebabkan proses pembelajaran dan pengajaran yang dilalui oleh guru dan murid menjadi sangat berat.

Kami prihatin bahawa sistem pendidikan begini sudah banyak dikaji semula oleh negara seperti Singapura dan India. Mereka melihat bahawa generasi muda harus diberi peluang melalui pendidikan yang lebih merangsang potensi ingin tahu dan mencungkil minat untuk menguasai ilmu dan kemahiran yang secocok dengan keperluan mereka. Bukan dengan tekanan dan paksaan yang menyebabkan pembelajaran menjadi suatu beban.

Peringatan pihak Kementerian Kesihatan bahawa implikasi sakit mental di kalangan pelajar yang didapati menjadi gejala yang merisaukan, harus dipandang serius lantaran ia bukan sahaja bahaya kepada diri pelajar itu sendiri malah kepada keluarga dan masyarakat sekitar.

Fenomena jenayah, lari dari rumah, ponteng sekolah, gengsterism, merokok, dadah dan perlakuan ganas menjadi rantaian akibat dari tekanan emosi, stres dan sakit mental yang tidak terkawal.

Kami menggesa supaya isu ini ditangani secara menyeluruh di peringkat Kementerian Pendidikan, Kementarian Kesihatan dan pelbagai agensi awam dan institusi masyarakat yang lain. Semakan kepada kurikulum dalam sistem pendidikan perlu dilakukan untuk merengankan beban pelajar, guru dan ibu bapa. Hanya dengan cara ini gejala sakit mental di kalangan golongan berusia muda dapat diminimumkan. - HARAKAHDAILY

*  Penulis ialah Presiden Mapim

Khalid Ketua Polis paling teruk, didakwa lindungi perompak negara

Posted: 03 Sep 2016 12:27 AM PDT

tony

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar disifatkan sebagai Ketua Polis Negara "yang tidak bertanggungjawab dan yang paling tidak cekap dalam sejarah Malaysia" ekoran sikap acuh tak acuh beliau dalam menangani skandal terbesar melibatkan syarikat bermasalah negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, adalah dangkal apabila Khalid menegaskan bahawa polis tidak masuk campur dalam urusan 1MDB kerana menganggapnya sebagai hanya permainan politik

"Bagaimana Khalid boleh berkata ia hanya hal 'politik' apabila rakyat Malaysia meminta beliau menyiasat 'skandal kewangan terbesar di dunia' yang telah memperkayakan akaun bank Datuk Seri Najib Razak dengan AS$731 juta atau hampir RM3 bilion berdasarkan kadar pertukaran hari ini?

"Malah, jika ada yang terlibat dalam 'politik' (seperti yang dimaksudkan Khalid), ia adalah Ketua Polis Negara sendiri, yang jelas bertindak untuk melindungi Perdana Menteri yang telah disabitkan dengan pencurian terbesar dan menyokong parti pemerintah Barisan Nasional," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Khalid telah mengecewakan seluruh rakyat Malaysia kerana gagal untuk bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih terhadap semua penjenayah, tanpa mengira status dan kedudukan mereka.

Najib Razak dirujuk sebagai "Malaysia Official 1" (MO1) sebanyak 36 kali dalam saman sivil yang dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset yang dipercayai diseleweng dari dana 1MDB.

Identiti MO1 disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam wawancara dengan media penyiaran antarabangsa, BBC baru-baru ini.

Bagaimanapun, Khalid dilaporkan media seoalah-olah berkata saman sivil itu tidak serius justeru tidak perlu campur tangan pihak berkuasa Malaysia dalam hal terbabit.

Tony Pua berkata, dokumen saman yang dikemukakan DOJ itu meskipun bersifat sivil, namun mengandungi tuduhan jenayah berkaitan individu yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah tersebut.

"Mengapa polis tidak berminat dalam menyiasat hakikat bahawa lebih daripada AS$4 bilion telah disalahgunakan oleh 1MDB dan hakikat bahawa AS$731 juta telah dimasukkan ke poket Perdana Menteri?" soalnya. – Roketkini.com


JAMAL SINDIR SIAPA NI?

Posted: 03 Sep 2016 12:27 AM PDT

shahbudindotom

 

Persoalan mengenai bagaimana Jamal Md Yunus, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan Ketua Himpunan Baju Merah memperolehi wang untuk diberikan RM1000 kepada setiap seorang kepada 155 ketua cawangan, terjawab akhirnya.

Jamal menjelaskan, wang tersebut diperolehinya hasil sumbangan pihak tertentu serta tabungan yang dilakukan pihaknya.

Aikkk....Jamal sindir siapa pulak ni?

Sebelum ini, Jamal pernah berjanji untuk membawa ketua-ketua UMNO cawangan dalam bahagian Sungai Besar untuk melancong dan berjalan-jalan ke Dubai. Bagaimanapun, oleh kerana hanya 80 daripada 155 ketua cawangan terbabit yang sedia untuk ke Dubai, beliau mengambil keputusan membatalkan program tersebut.

Sebagai gantinya, beliau mahu memberikan ketua-ketua cawangan terbabit wang tunai RM1000 setiap seorang yang bermakna jumlah wang tunai yang perlu dikeluarkannya ialah sebanyak RM155,000.

Ramai yang mempersoalkan bagaimana dan daripada mana Jamal memperolehi wang tersebut atau berdepan kemungkinan disiasat oleh SPRM jika gagal memberi penjelasan. Lantaran itu beliau diminta untuk memberi penjelasan mengenai wang tersebut.

Beliau akhirnya memberitahu wang tersebut diperolehi daripada derma atau sumbangan pihak-pihak tertentu, selain melalui tabungan.

Mengapa Jamal juga mengaitkan wang yang diperolehinya bersumberkan daripada derma?

Tidakkah Jamal seolah-olah menyindir Najib Razak apabila turut mengatakan wang yang diperolehinya juga adalah derma?
Beraninya Jamal main sindir-sindir terhadap Najib sekarang ini?

Adakah Jamal tidak takut menyindir Najib kerana sudah ada pemimpin lain yang mula berani menjanjikannya kerusi untuk ditandingi dalam pilihanraya umum akan datang?

Ohhh.....

Inilah penyelesaiannya

Posted: 03 Sep 2016 12:22 AM PDT

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG





Dunia kini mengeluh kerana dikepung dan dikongkong krisis ekonomi dan politik, manakala moral pula dianggap tidak penting. Menjadi rungutan masalah kezaliman di sana-sini, pencabulan terhadap hak asasi manusia, rasuah, pembahagian ekonomi yang tidak adil yang mencetuskan kesusahan hidup. Kekayaan berpusing dalam kalangan tertentu atau disalah guna atau diambil secara salah. Maka berlaku kebocoran, sedangkan rakyat yang majoriti berpendapatan rendah  pula tidak saksama dengan harga barangan keperluan yang semakin meningkat.

Kerajaan pula mengambil penyelesaian dengan meningkatkan cukai atau mengadakan cukai-cukai baru, akibatnya sangat membebankan rakyat. Pada masa yang sama,  meningkat pula kadar jenayah berat yang membahayakan, seperti merompak, membunuh, mencuri, menipu dan lain-lain.

Adapun rompakan secara nyata atau mencuri secara tersembunyi oleh pihak yang dikira berkuasa  tidak dikisahkan. Masalah jenayah ringan seperti keruntuhan akhlak yang merosakkan diri dan keluarga dianggap senarai yang dikemudiankan. Oleh kerana negara kita juga berada dalam dunia, maka tidak terlepas juga daripada wabak ini. Sebabnya manusia sendiri yang melakukan kejahatan. Firman Allah:

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ
(٤١-الروم)

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Surah Ar-Rum: ayat 41)

Kebanyakan manusia tidak sedar kelemahan dirinya sebagai makhluk ciptaan Allah yang tetap punya kelemahan. Seringkali mereka tidak mengaku salah dan mendabik dada sebagai paling bijak, sehingga melupakan petunjuk Allah Pencipta Alam Yang Maha Rahmat, Bijaksana dan Adil terhadap seluruh alam.

Punca semua masalah ini ialah kerana meninggalkan petunjuk Allah yang bernama ISLAM.  Ini boleh difahami menerusi ayat Allah SWT dalam Al-Quran:

أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُون
َ ٨٣ آل عمران.

"Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian oleh umat terdahulu kepada Rasul zamannya) mereka mencari lain daripada Deen Allah (Islam)? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa (mengikut sifat naluri) dan kepadaNyalah mereka dikembalikan." (Surah Ali-Imran: ayat 83)

Puncanya kerana memisahkan jasad daripada akal dan roh, serta memisahkan aspek kemasyarakatan, berpolitik, ekonomi dan lain-lain daripada agama.  Laksana memutuskan mata rantai yang menjadikannya tidak berfungsi dengan betul, tanpa menyedari perlaksanaan cara hidupnya tidak tepat dengan sifat kejadiannya sendiri kerana terkeluar daripada petunjuk Penciptanya iaitu Allah SWT, Yang Maha Mengatahui perkara berkenaannya.

Islam berprinsipkan atas asas-asas terpentingnya iaitu, "Akidah Tauhid" dan beriman kepada "Hari Akhirat", serta berkonsepkan "Taqwa dan Ad-Deen".

Semuanya adalah petunjuk Allah yang dibawa oleh semua para rasul AS yang berakhir dengan rasul akhir zaman Muhammad SAW. Terbukti sejak para rasul terdahulu yang berpeluang melaksanakannya apabila diimani dan diamalkan, telah mencapai kejayaan gemilang di zaman masing-masing.

Allah mengisahkan Nabi Daud dan Sulaiman AS begitu juga Raja Zulkarnain yang berjaya bersama Islam di zaman masing-masing. Allah juga mengisahkan kemusnahan Kaum 'Aad,  Tsamud, Babylon dan Firaun yang musnah bersama tamadun kebendaan mereka yang kaya-raya yang dibina atas jahiliyah yang penuh kejahatan dan kezaliman kerana menentang para Rasul.

Islam yang dibawa oleh rasul akhir zaman Muhammad SAW yang berasaskan empat perkara di atas. Bermula dengan pembangunan insan generasi awalnya, walau pun berada di bumi yang tidak ada sumber ekonomi namun telah berjaya bersama Islam yang berasaskan perkara-perkara tersebut,  membawa obornya dengan kejayaan  di zaman keemasan Baginda.  Tamadun yang mengumpulkan ilmu wahyu dan ilmu akal manusia yang ditapis daripada tamadun-tamadun lain yang dibina oleh pelbagai kaum dengan mengambil kebijaksanaannya sahaja dan menolak kemungkarannya. Menjadikan jasadnya  berakal, berilmu dan roh yang berhidayah, serta bersama kemajuan kebendaan yang berkat.

Tegasnya, bahawa prinsip Akidah Tauhid dan beriman kepada Hari Akhirat, serta konsep Takwa dan Ad-Deen telah berjaya memandu  manusia serta akalnya yang lemah, dapat disempurnakan dengan hidayah Allah, telah memungkinkan mereka berfungsi mengikut hikmah mereka diciptakan Allah pencipta Alam. Tujuannya ialah:

1- Beribadat
(Menjaga hubungan dengan Allah dan mematuhi petunjukNya.)

2- Berkhilafah
(Melibatkan diri dengan politik, ekonomi dan lain-lain serta urusannya)

3- Beramanah
(Melaksanakan Syariat yang sempurna.)

Akidah Tauhid dengan mengesakan Allah sahaja Tuhan yang diibadatkan kepadanya dengan jasad, roh dan akal. Ini menjadikan manusia itu tidak berlagak menjadi Tuhan apabila berkuasa memerintah negara, atau diberi nikmat kehidupan berpangkat  atau berharta. Dengan tegas menolak syirik dengan maksud yang menyeluruh, bukan sahaja diharamkan menyembah berhala atau patung,  termasuk juga makhluk yang lain, termasuk sesama manusia, dan juga tidak mengadakan undang-undang sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah.

Maka Islam menolak diktator yang bertuhankan individu atau kelompok atau rakyat, termasuk yang bertopengkan demokrasi, kononnya suara rakyat adalah suara keramat seperti Tuhan atau teokrasi yang bertuhankan agamawan yang bertopengkan agama. Semuanya menjadikan dirinya seperti Tuhan, rakyatnya sebagai hamba. Termasuk menjadikan harta dan segala khazanah negara sebagai miliknya yang boleh diambil dengan apa-apa cara dan menggunakannya tanpa batas sempadan halal dan haram.

Akidah Islam menjadikan tidak ada manusia yang mengatasi undang-undang termasuk raja atau ketua negara sehingga mengharamkannya berlagak Tuhan. Allah berfirman di dalam Al-Quran:

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤۡتِيَهُ ٱللَّهُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادٗا لِّي مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَٰكِن كُونُواْ رَبَّٰنِيِّ‍ۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُون
َ ٧٩ آل عمران

"Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmah serta kenabian, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah. Tetapi (sepatutnya dia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya." (Surah Ali-Imran: ayat 79)

Firman Allah SWT lagi:

ٱتَّخَذُوٓاْ أَحۡبَارَهُمۡ وَرُهۡبَٰنَهُمۡ أَرۡبَابٗا مِّن دُونِ ٱللَّهِ وَٱلۡمَسِيحَ ٱبۡنَ مَرۡيَمَ وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُوٓاْ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗاۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ سُبۡحَٰنَهُۥ عَمَّا يُشۡرِكُون
َ ٣١   التوبة

"Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan  selain dari Allah dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan." (Surah Maryam: ayat 31)

Ada pun akidah beriman kepada Hari Akhirat, menjadikan semua tindak-tanduk manusia, tanpa mengira sesiapa, tetap ada perhitungan dosa dan pahala, yang menentukannya mengikut hisab amalannnya, ke syurga atau neraka setelah mati dan dihidupkan semula. Maka yang terlepas daripada dihukum di dunia kerana kedudukannya yang bijak menipu atau dapat mengatasi undang-undang kerana kuasanya, tetap percaya tidak terlepas bahawa hukuman di Hari Akhirat itu lebih berat. Allah SWT menyatakan lagi:

يَوۡمَ نَدۡعُواْ كُلَّ أُنَاسِۢ بِإِمَٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَٰٓئِكَ يَقۡرَءُونَ كِتَٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلٗا
 ٧١ الإسراء

"(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya (suratan amal, atau nabi atau pemimpin) ; kemudian sesiapa diberikan kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun. (Surah Al-Isra': ayat 71)

Firman Allah SWT juga yang mesti kita fahami:

وَعُرِضُواْ عَلَىٰ رَبِّكَ صَفّٗا لَّقَدۡ جِئۡتُمُونَا كَمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ أَوَّلَ مَرَّةِۢۚ بَلۡ زَعَمۡتُمۡ أَلَّن نَّجۡعَلَ لَكُم مَّوۡعِدٗا ٤٨ وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا ٤٩ الكهف

"Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): kamu sekarang telah datang kepada Kami (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa Kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan). Dan kitab-kitab amal juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun. (Surah Al-Kahfi: ayat 48 - 49)

Konsep takwa menggantikan kebanggaan terhadap assobiyah bangsa, kaum, jantina, warna kulit, pangkat dan harta. Takwa menjadikan manusia bermasyarakat madani secara istiqamah dan tidak boleh berlaku ketidakadilan kerana perbezaan bangsa, harta, keturunan, pangkat dan jantina. Firman  Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ
 ١٣ الحجرات

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat: ayat 13)

Konsep Ad-Deen membezakan Islam dengan agama dan ideologi kerana ajarannya yang merangkumi segala aspek kejadian serta kehidupan dan bertalian tanpa dapat diputus atau dipisahkan antara satu sama lain.

Menjadikan aspek diri, keluarga, politik, ekonomi, kemasyarakatan dan segala pengurusannya tidah terpisah dengan Akidah Tauhid, Beriman kepada Hari Akhirat , Takwa dan Deen (Islam). Firman Allah:

مَن كَانَ يُرِيدُ حَرۡثَ ٱلۡأٓخِرَةِ نَزِدۡ لَهُۥ فِي حَرۡثِهِۦۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرۡثَ ٱلدُّنۡيَا نُؤۡتِهِۦ مِنۡهَا وَمَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ ٢٠ أَمۡ لَهُمۡ شُرَكَٰٓؤُاْ شَرَعُواْ لَهُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا لَمۡ يَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُۚ وَلَوۡلَا كَلِمَةُ ٱلۡفَصۡلِ لَقُضِيَ بَيۡنَهُمۡۗ وَإِنَّ ٱلظَّٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ ٢١ الشورى

"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak. Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari Ad-Deen (agama dan cara hidup) mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian) dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah Syura: ayat 20-21)

Setelah selesai menegakkan negara yang berteraskan manusia yang dibina jati dirinya dengan perkara-perkara tersebut di atas, maka Rasulullah SAW mengutus surat kepada ketua-ketua kerajaan kuasa besar dan kecil dikelilingi Baginda supaya menerima tawaran penyelesaian Islam tersebut. Apabila Raja Habsyah, Oman, Bahrain dan ketua-ketua kaum menerimanya, mereka semua dikekalkan di tempat masing-masing.

Ada pun yang menolaknya diturunkan daripada jawatannya, digantikan dengan mereka yang beriman dan bertakwa bersama Islamnya dengan jati dirinya mengikut acuan Islam.

Inilah pendekatan yang wajib dilakukan oleh umatnya yang menyambung risalah yang tidak selesai ini. Tegasnya bukan menukar pemimpin, tetapi menukar jati dirinya dengan Akidah, Syariat, Akhlak dan pendekatan dengan prinsip dan konsep tersebut. Maka pemimpin wajib bertukar sekiranya berdegil dengan prinsip dan konsep yang salah demi menyelamatkan umat dan negara.

Tegakkan Islam di dalam diri selamatkan negara, tegakkan negara tanpa jati diri Islam, negara tetap tidak selamat.

"INILAH PENYELESAIAN KITA"

*  ABDUL HADI AWANG, Presiden PAS

Hebatnya Orang Asli hasilkan kerepek rumpai laut

Posted: 02 Sep 2016 11:08 PM PDT

 
 
   Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua kanan) diiiringi Penaung Halal Fiesta Malaysia (HALFEST), YAM Tengku Nong Fatimah Sultan Ahmad Shah (kanan) mendegar penerangan dari anak-anak orang asli Miera a/p Andomi (tiga kanan) dan Niza a/p Andomi (empat kanan) mengenai Produk Teego Fast Snack ketika melawat tapak-tapak pameran di Pusat Pameran MINES, Seri Kembangan, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 03 SEPTEMBER 2016
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua kanan) diiiringi Penaung Halal Fiesta Malaysia (HALFEST), YAM Tengku Nong Fatimah Sultan Ahmad Shah (kanan) mendegar penerangan dari anak-anak orang asli Miera a/p Andomi (tiga kanan) dan Niza a/p Andomi (empat kanan) mengenai Produk Teego Fast Snack ketika melawat tapak-tapak pameran di Pusat Pameran MINES, Seri Kembangan, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 03 SEPTEMBER 2016
 
 
Tidak dinafikan pameran Halalfest 2016 anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di The Mines, Seri Kembangan cukup menarik untuk dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat.

Pelbagai jenis barangan hasil hampir 500 usahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) sama ada produk makanan mahupun perkhidmatan dipamerkan di sini sekaligus dijual kepada pengunjung.

Semua usahawan yang kebanyakannya dari kawasan pedalaman ini tampil dengan produk yang dibuat dan diberi jenama sendiri dengan menjadikan Halalfest 2016 sebagai pembuka jalan untuk melangkah lebih jauh dalam dunia perniagaan.

Banyak pilihan yang boleh membuat pengunjung rambang mata tetapi antara yang menarik perhatian adalah kehadiran dua beradik dari keturunan Orang Asli suku Temuan yang menjual produk kerepek berasaskan rumpai laut.

Agak malu untuk berbual, Mira a/p Andomin dan adiknya Niza yang berasal dari Cameron Higghlands, Pahang berkata, mereka nekad untuk tinggalkan keluarga demi mencari masa depan yang lebih selesa.

"Kami didatangi oleh Ketua Pegwai Eksekutif Teego Snack Food, Nur Liyana Abd Malek yang mempelawa kami untuk bekerja di Kuala Lumpur.

"Setelah mendapat persetujuan ibubapa, kami pun berangkat bersama Nur Liyana yang kemudiannya mengajar kami cara-cara membuat kerepek menggunakan bahan daripada rumpai laut.

"Memang kami tidak pernah tahu tentang rumpai laut, apa lagi hendak membuat kerepek tetapi disebabkan kesungguhan Nur Liyana, akhirnya kami 'lulus' untuk mengeluarkan produk ini setelah tiga bulan diajar," kata Mira sambil diperhatikan Niza, 18 tahun yang hanya tersenyum malu sepanjang perbualan.

Walaupun tidak pandai memberi penerangan lanjut mengenai kerepek yang dihasilkan, kata Mira, rumpai laut adalah antara makanan berkhasiat tinggi yang sedang mendapat tempat di hari orang ramai.

"Kerepek ini tahan lama dan rasanya juga sedap dengan rasanya yang tersendiri, tidak pernah akan sama dengan mana-mana kerepek yang ada di pasaran.

"Memang kerepek ini dihasilkan syarikat yang membawa dan mengajar kami tetapi pembuatannya adalah hasil kerja kami sepenuhnya.

"Mungkin belum masanya untuk saya berdikari atas syarikat sendiri kerana saya baharu setahun bekerja di kilang kerepek ini yang terletak di Subang Jaya," ujarnya.

Bercakap tentang keseronokan bekerja di luar kampungnya, Mira yang berusia 19 tahun berkata, secara peribadi, dia masih belum dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup remaja sepertinya di bandar besar.

"Kadang-kadang wujud juga perasaan rendah diri bila berada dalam kelompok masyarakat bandar kerana kehidupan asal kami tidak sama.

"Nasiblah rakan-rakan sekerja di kilang semuanya baik-baik belaka dan mudah mesra menjadikan kami cukup selesa dan tidak terasa dipinggirkan," katanya yang menyusun jadual pulang ke kampung setiap tiga bulan sekali.

Mengharapkan produk yang dihasilkan mendapat sambutan ramai, Mira menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk memperkenalkannya kepada orang ramai.

"Saya yakin ia bakal menjadi makanan ringan kegemaran ramai satu hari nanti kerana rasanya yang lazat selain berkhasiat.

"Datanglah ke Halalfest 2016 dan jangan lupa singgah di tapak pameran kami.

"Halalfest 2016 dibuka 31 Ogos lepas sempena sambutan hari kemerdekaan dan berakhir esok, 4 September 2016," jelas Mira. - MalaysiaGazette


Penjara bukan hotel - Jabatan Penjara

Posted: 02 Sep 2016 11:04 PM PDT

MALAYSIA GAZETTE




Jabatan Penjara Malaysia hari ini menjelaskan penjara bukan tempat rekreasi atau hotel yang perlu memberikan layanan istimewa dengan segala kemudahan yang boleh diperolehi oleh pelanggan.

Lantaran itu segala kemudahan yang diberikan kepada banduan bukan satu keistimewaan tetapi ianya hanya keperluan asas yang penting untuk penjagaan kesihatan.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim dalam kenyataannya berkata, banduan yang diputuskan oleh mahkamah masuk ke penjara adalah untuk menjalani hukuman dan pemulihan diri.

Oleh itu perlu wujud sekatan terhadap kebebasan diri dan dalam semua aspek banduan berkenaan terikat dengan peraturan penjara serta undang-undang lain yang berkaitan.

"Kita sebagai manusia yang bebas terikat dengan undang-undang, begitulah juga banduan perlu terikat dengan undang-undang serta perlu dididik dan disedarkan untuk mematuhi undang-undang.

"Berasaskan prinsip layanan secara profesional, adil dan saksama, sekiranya didapati mana-mana
kakitangan penjara telah memberikan layanan yang istimewa atau sebaliknya dengan melanggar ketetapan Akta dan Peraturan Penjara, maka Jabatan Penjara akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Baru-baru ini, pengamal undang-undang membidas cadangan agar Jabatan Penjara mewujudkan keadaan banduan diganggu tikus, lipas dan nyamuk sebagai sebahagian daripada proses pemulihan.

Dalam sebuah portal, peguam hak asasi manusia N Surendran berkata, cadangan itu mendedahkan banduan, keluarga yang melawat dan kakitangan penjara kepada risiko kesihatan dan memungkinkan penularan penyakit.

Surendren berkata demikian sebagai mengulas cadangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah

yang menggesa mana-mana penjara yang memberikan 'kemudahan bertaraf lima bintang' kepada banduan berhenti berbuat demikian.

Menurut bekas hakim itu, keadaan yang selesa tidak bantu menginsafkan banduan, malah ada yang sengaja melakukan jenayah agar dapat menikmati kemudahan, jaminan tempat tinggal dan makanan di penjara.

Supri menambah, salah satu aspek yang menjadi keutamaan Jabatan Penjara ialah kebersihan dan kesihatan banduan agar mereka boleh menjalani penahanan dan juga pemulihan dengan sempurna, oleh itu usaha-usaha meningkatkan kemudahan kesihatan akan diteruskan.

Tegasnya, Jabatan Penjara Malaysia terikat dengan Akta dan Peraturan Penjara yang juga selaras dengan Standard Peraturan Minimum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Standard Minimum Rules (Mandela Rules) dalam melaksanakan tugas membina semula insan.

Akta dan peraturan berkenaan menetapkan banduan perlu diberikan layanan yang adil dan saksama antaranya dari segi penempatan, pemakanan, kesihatan, perjumpaan, komunikasi, kemudahan asas, latihan dan tatatertib tanpa mengira kelainan kedudukan, agama, kaum, jantina dan keturunan.

Melalui ketetapan tersebut, Jabatan Penjara sebagai institusi yang dipertanggungjawabkan membina dan memulihkan semula insan bergelar banduan perlu melaksanakan layanan secara profesional dan berperaturan.

Segala langkah dan tindakan yang diambil terutamanya dari segi kemudahan latihan dan pemulihan diri bukanlah satu keistimewaan, tetapi sebaliknya ia berteraskan kepada persiapan agar mereka tidak menyusahkan masyarakat dan kembali melakukan kesilapan setelah dibebaskan.

Peraturan-Peraturan Penjara 2000 juga menetapkan prinsip pentadbiran penjara iaitu:

i. Tatatertib dan kententeraman dikekalkan dengan adil dan tegas tanpa mengenakan sekatan yang melebihi daripada yang dikehendaki bagi jagaan selamat dan bagi memastikan kehidupan bermasyarakat yang teratur;

ii. Pengawai penjara hendaklah berusaha untuk mempengaruhi banduan-banduan itu melalui contoh teladan dan kepimpinan mereka sendiri; dan

iii. Pemerlakuan terhadap banduan adalah untuk menggalakkan mereka menghormati kendiri dan mempunyai perasaan tanggungjawab ke atas diri sendiri, membina semula semangat mereka, menyemai tabiat kewarganegaraan yang baik dan bekerja dengan tekun, untuk menggalakkan mereka supaya hidup dengan baik dan berguna setelah dibebaskan dan untuk menyesuaikan mereka untuk berbuat demikian. - MalaysiaGazette


Norashikin Dikenali Dengan Sifat Ramah, Rendah Diri

Posted: 02 Sep 2016 10:46 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Norashikin Abdul Rahman
 
 
PETALING JAYA: Personaliti televisyen, Norashikin Abdul Rahman yang diijabkabul dengan dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terkenal dengan sifat ramah dan rendah diri.

Rakan-rakannya medianya amat gembira dengan berita pernikahan pasangan diraja ini dan mendoakan agar mereka sentiasa bahagia.

Bekas rakan sekerja, Mohd Ishahrulddin Md Tahir, 30, berkata beliau mengenali Norashikin sejak 2009, ketika menjadi pelatih di RTM.

"Saya melihat Norashikin membaca berita di televisyen sejak saya masih muda. Apabila bertemu dengannya buat kali pertama, saya terkejut kerana beliau begitu mesra walaupun berpangkat senior," katanya ketika dihubungi, Jumaat.

Ishahrulddin berkata Norashikin sangat profesional di tempat kerja dan akan berkongsi maklumat dengan semua kakitangan, termasuklah pekerja bawahan.

"Beliau banyak mengajar saya semasa saya berada di RTM. Saya amat gembira dengan perkhabaran ini dan mendoakan yang terbaik untuknya," katanya.

Ishahrulddin berkata walaupun bertubuh kecil, Norashikin sangat cergas dan gemar mendaki, dengan yang terkini menawan Gunung Bromo di  Jawa Timur, Indonesia.

"Jika kita melihatnya, mungkin ramai yang tak tahu bahawa beliau sangat meminati bidang sukan dan baru-baru ini kami pergi mendaki Gunung Bromo bersama-sama," katanya.

Seorang editor kanan di RTM, yang enggan namanya disiarkan, berkata beliau baharu sahaja bertemu Norashikin bulan lalu di studio.

"Beliau seorang yang lemah lembut. Pasukan kami tahu bahawa beliau adalah seorang yang mesra dan senang bergaul dengan semua orang.

"Ramai yang sedar bahawa beliau mempunyai senyuman yang manis," kata beliau.

Seorang lagi rakan sekerja yang tidak mahu dikenali berkata banyak yang telah dipelajari daripada Norashikin.

"Perkataan pertama yang terlintas di fikiran tentang beliau adalah sikap suka membantu. Jika anda perlukan sebarang bantuan, anda boleh mendekatinya.

"Beliau akan membimbing dan mengajar anda. Saya akan sentiasa mengingatinya," katanya.
 
 

Jangan Mudah Terpengaruh Khabar Angin Mengenai Zika Di Melaka

Posted: 02 Sep 2016 10:42 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Datuk Seri Idris Haron
 
 
MELAKA: Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh atau percaya tentang sebarang khabar angin menerusi media sosial berkaitan penularan virus Zika di negeri ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata orang ramai sebaliknya perlu merujuk kepada pengesahan dibuat Kementerian Kesihatan dan menyemak kesahihan khabar angin berkenaan dengan pihak terlibat termasuk Jabatan Kesihatan Melaka dan kerajaan negeri sebelum membuat sebarang andaian.

"Sehingga kini kami tidak menerima sebarang laporan rasmi daripada Kementerian Kesihatan atau Jabatan Kesihatan Melaka berhubung jangkitan virus tersebut. Tunggu makluman rasmi, jangan terpengaruh dengan khabar angin. 
 
"Ia boleh memberikan amaran bahaya palsu atau rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat terutama penduduk negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Antarabangsa Sungai Melaka di sini, tengah malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penyebaran khabar angin menerusi media sosial tentang tiga sekeluarga yang baharu pulang dari Singapura dijangkiti virus Zika dan dikuarantinkan di rumah mereka di Durian Tunggal di sini dan dipantau Pusat Kesihatan Durian Tunggal.

Idris berkata Jabatan Kesihatan Melaka sentiasa memantau dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan virus Zika di negeri itu.


"Kita tahu pelancong dari Singapura telah menjalani saringan ketat di sana dan juga di Johor Bahru sebelum masuk ke Melaka tetapi kita akan tetap memantau perkara ini," katanya.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Pembangunan Sukan dan Anti Dadah Melaka Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata Jabatan Kesihatan Melaka telah memperketatkan saringan kesihatan di pintu masuk di negeri itu iaitu di Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM).

"Saringan kesihatan telah diperketatkan dengan meletakkan pasukan kesihatan di pintu masuk CIQ dan LTAM dan penggunaan alat pengesan suhu bagi mengesan pengunjung yang mempunyai simptom virus berkenaan," katanya.

Mengulas penyebaran khabar angin tentang penularan virus itu, beliau berkata adalah perkara biasa untuk orang ramai mendapatkan rawatan di klinik kesihatan sekiranya mereka mengalami demam atau kurang sihat.

Katanya pelbagai proses perlu dilalui termasuk ujian darah sebelum seseorang itu boleh disahkan positif dijangkiti virus berkenaan dan andaian awal demam dikaitkan dengan virus Zika adalah kurang tepat.

"Sekiranya benar terdapat kes jangkitan virus Zika di negeri ini, ia hanya akan diumumkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam," katanya.

Waspada Tindak-Tanduk 'Agas-Agas' Politik - Salleh

Posted: 02 Sep 2016 10:40 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
 
 
KOTA BELUD: Bendahari Umno Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan anggota Umno agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap tindak-tanduk beberapa individu yang dikiaskannya sebagai 'agas-agas politik' yang cuba merosakkan parti dengan mempolemikkan pelbagai isu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata beberapa 'agas-agas politik' yang dahulunya bersama-sama dalam perjuangan Umno, tetapi kini berpatah arang, telah bersekongkol dengan pembangkang dengan meniupkan pelbagai sentimen semata-mata untuk meraih simpati umum agar kekal mendapat perhatian.

"Kita harus bangkit dan menentang orang-orang ini, yang menjadi dalang dan petualang, merosakkan parti Umno, dan cuba-cuba menenggelamkan bahtera Umno dengan mempolemikkan cerita-cerita seperti 1MDB dan 'derma', DOJ dan rasuah, serta berbagai-bagai lagi helah politik yang cuba diputar belit.

"Orang-orang yang sudah berpaling tadah ini, yang berkelana membawa jiwa yang bercelaru, bukanlah pejuang sejati, tapi sebaliknya seperti burung helang yang terbang sekadar mengintai-intai peluang, apabila mendapat maka dibawanya pulang, tetapi apabila tidak mendapat, maka dia pun terbang menghilang," katanya ketika menyampaikan amanatnya pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Belud di sini Sabtu.

Salleh yang juga Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah turut mengibaratkan golongan ini sebagai 'ular bertukar kulit' kerana wataknya bertukar 90 darjah sebaik sahaja 'bertukar kulit' yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.

"Kalau dahulu tidak pernah pun bersuara memperjuangkan hak Sabah, tapi kini tiba-tiba cuba menjadi hero. Kalau dulu hanya berdiam sepi, tapi kini sibuk menjelajah ke seluruh negeri. Kalau dahulu mereka menjulang mempertahankan pimpinan, tapi kini melaungkan slogan menukar pemimpin dan kerajaan yang dipilih," katanya.

Menurut Salleh, untuk menukar sesuatu kerajaan, ia tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya seperti prinsip menukar baju kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, undang-undang dan perlembagaan, sistem perundangan dan kehakiman yang harus didukung dan dijunjung sepenuhnya oleh rakyat.

Bagaimanapun katanya golongan 'agas-agas politik' yang kecewa itu kini berusaha menjatuhkan kerajaan dengan menggambarkan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang tidak boleh dijadikan sandaran meskipun Umno dan BN lah yang meletakkan mereka pada kedudukan sekarang.

Menurutnya, tidaklah keterlaluan untuk menyifatkan golongan berkenaan sebagai sudah lupa daratan serta dijangkiti penyakit 'alzheimer politik' yang mana mereka lupa akan jasa Umno yang memberi kehidupan kepada mereka selama ini.

Mengenai mesyuarat tahunan Umno berkenaan, Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud berkata ia seharusnya dijadikan sebagai platform untuk menjelaskan isu-isu semasa kepada anggota parti di peringkat akar umbi bagi membolehkan mereka memahami isu berkenaan agar tidak mudah terkeliru dengan sebarang tohmahan pembangkang.

Salleh juga mengingatkan anggota Umno agar menggunakan media sosial dengan bijaksana serta tidak terikut-ikut dan terpengaruh dengan sikap pihak tertentu menyalahgunakan kebebasan menggunakan alat komunikasi itu untuk menabur fitnah serta mengaibkan orang lain termasuk pemimpin.

"Dalam hal ini, saya berharap rakyat terutama anggota Umno bijak menilai dan menapis maklumat yang kurang tepat atau tidak sahih, maklumat palsu, pembohongan, tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu melalui media sosial. Jangan sekali-kali kita salah guna media sosial. Contoh Sarawak Report," katanya.

Beliau turut mengulangi ikrar Umno Kota Belud untuk berdiri teguh di belakang kepimpinan Presiden Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam mengharungi apa juga cabaran, baik dari dalam mahupun luar parti demi agama, bangsa dan negara.
 
 

Ali Tinju Dakwa Kereta Disembur Cat Merah Di Bukit Aman

Posted: 02 Sep 2016 10:38 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 

KUALA LUMPUR: Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju mendakwa kereta disembur dengan cat merah ketika meletak kenderaannya itu di tempat letak kereta bertingkat di Bukit Aman.

Mohd Ali yang juga ketua Gerakan Merah turut berkongsi beberapa keping gambar kereta Toyota Camry milik beliau yang dirosakkannya.

"Kereta saya disembur dengan cat merah...saya telah diminta untuk hadirkan diri saya di Bukit Aman (ibu pejabat polis) oleh pihak polis," katanya dalam satu catatan di laman Facebook.

Jelasnya, ia berlaku di tempat letak kereta bertingkat Bukit Aman.

Mohd Ali kini disiasat berkaitan videonya yang menuduh pihak polis tidur ketika perhimpunan 'TangkapMO1'.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Mohd Ali  Ali disiasat bawah Seksyen 504, Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Bagaimanapun, Mohd Ali berkata, kenyataannya telah diputar belit pihak media.

Perhimpunan #TangkapMO1 berlangsung Sabtu lalu mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap 'Malaysia Official 1' yang disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset berkaitan 1MDB.

Allahyarham Safinah tokoh muslimat gigih

Posted: 02 Sep 2016 10:36 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Safinah JusohSafinah Jusoh


Pas Terengganu menyifatkan pemergian ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu, Safinah Jusoh sebagai kehilangan besar dalam perjuangan parti itu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, Pas kehilangan seorang tokoh muslimat yang sangat gigih dalam perjuangan parti dan telah banyak menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat.

"Dengan pemergian beliau yang pernah dilantik menjadi Senator daripada 23 Disember 1999 hingga 22 Disember 2002, Pas Terengganu kehilangan seorang tokoh muslimat yang sangat gigih dalam perjuangan parti.

"Sumbangan dan jasa beliau begitu besar, bukan hanya kepada Pas bahkan kepada seluruh rakyat negeri Terengganu dan Malaysia amnya, selaku ahli Dewan Negara yang sangat aktif, memberikan pandangan dan mengambil bahagian dalam setiap perbahasan," katanya dalam ucapan takziahnya hari ini.

Allahyarham meninggal dunia jam 10.15 pagi tadi akibat barah payu dara pada usia 65 tahun.

Menurut Satiful yang juga Adun Paka, antara khidmat terakhir Safinah ialah membantu pasukan kempen Pas pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar Jun lalu, walaupun ketika itu beliau telah disahkan menghidap penyakit kanser dan berada dalam keadaan yang lemah.

"Saya dan seluruh saf kepimpinan Pas Terengganu serta ahli dan penyokong mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhumah.

"Semoga Allah SWT mengampunkan semua dosa Almarhumah dan memberi pahala yang setingginya kepada Almarhumah atas segala kerja jihad dan khidmat yang telah beliau berikan dalam Dewan Muslimat dan sepanjang memegang jawatan sebagai ketuanya," katanya.

Tindakan Jamal Sekinchan sahkan Umno amal politik wang, kata Rais Yatim

Posted: 02 Sep 2016 10:31 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 

Tan Sri Dr Rais YatimTan Sri Dr Rais Yatim


Penasihat kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan pengakuan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos untuk memberi wang tunai berjumlah RM1,000 seorang kepada 600 perwakilan bahagian itu mengesahkan parti itu mengamalkan politik wang.

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan itu berkata, tindakan itu sekali gus memalukan Umno yang dilabel negatif sebahagian besar rakyat sekarang.

"Apa yang dilakukan Jamal seperti terma dalam politik wang, korupsi salah guna kuasa, membazir dan membeli pengaruh.

"Apabila Jamal membuat pengumuman itu, dengan sendirinya dia membuat kepastian tentang apa yang diserlahkan masyarakat terhadap UMNO.

"Ini merunsingkan saya jika tauladan ini dikemukakan kepada khalayak. UMNO akan sentiasa berada dalam kancah negatif khasnya mereka yang berada dalam barisan pimpinan Barisan Nasional (BN) pada ketika ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini, lapor Astro Awani.

Rais mengulas pengumuman Jamal yang akan mengagihkan wang RM1,000 kepada setiap ketua cawangan dan termasuk 646 perwakilan Umno.

Bagaimanapun Jamal di dalam sebuah portal dilaporkan berkata, pemberian wang itu adalah hasil sumbangan pihak tertentu dan tabungan yang dibuat mereka sebelum ini.

Jelasnya, sumbangan tersebut diperolehi bagi tujuan lawatan sambil belajar ke Dubai yang sepatutnya dijadualkan pada awal tahun ini.

Dalam pada itu, melalui twitternya, Rais turut mengecam tindakan Jamal itu.

Rais Yatim mengecam Jamal melalui twitternya.Rais Yatim mengecam Jamal melalui twitternya.


Tiada ulasan: