Selasa, 20 September 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pemuda Amanah : Adakan segera pilihan raya serentak Selangor, P Pinang

Posted: 20 Sep 2016 03:44 AM PDT

 Pemuda Amanah setuju dengan saranan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang agar Selangor mengadakan pilihanraya negeri lebih awal, bahkan lebih baik jika langkah tersebut disekalikan dengan Pulau Pinang.

 Ketuanya, Sany Hamzan berkata, tindakan ini perlu agar momentum penolakan rakyat terhadap Datuk Seri Najib Razak mampu digarap ke arah gelombang yang lebih besar.

 "Suka ataupun tidak, Najib akan memastikan persempadanan semula ini terlaksana dan bakal memanfaatkan sepenuhnya 'gerrymandering' yang diolah untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.

 "Jika pendokong perubahan mahu kekal mengikut arus yang sedang digerakkan ini, maka impian perubahan yang mahu dicapai dalam pilihanraya umum akan datang sudah boleh dikuburkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Sehubungan itu, beliau meminta rundingan ke arah pembahagian kerusi di kalangan parti-parti dalam Pakatan Harapan (Amanah, PKR dan DAP) perlu berjalan dengan pantas.

 Parti-parti lain seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga perlu dilibatkan jika matlamat satu lawan satu mahu direalisasikan, katanya.

 "Bahkan jika Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah tuntas berpendirian untuk mengalahkan Najib Tun Razak juga, tidak salah untuk dilibatkan sama dalam perbincangan," kata Sany.

 Katanya, ahli politik Pakatan Harapan bertanggungjawab untuk memastikan impian perubahan yang diingini rakyat terlaksana. Ketepikan ego yang tidak bertempat.

 "Rakyat telah lama menunggu untuk menolak Najib dan Barisan Nasional. Nah, bola kini di kaki kita. Mahu dirembat terus ke gawang lawan atau terus berpusing-pusing di tengah padang," kata beliau lagi. ~ sumber

Sebelum ini, Pemuda Amanah Nasional menyifatkan syor persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tertumpu kepada kerusi-kerusi disandang parti pembangkang adalah tindakan berniat jahat (mala fide).

Timbalan Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, hal ini kerana prinsip yang digariskan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan hanya mengkehendaki faktor kewujudan kesulitan kepada pemilih dan pentadbiran dalam sesuatu bahagian pilihanraya diambil kira bagi tujuan tersebut.

 "Syor persempadanan semula oleh SPR bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

 "Dalam konteks pembangunan dan kemudahan pengangkutan yang wujud pada hari ini, tiada sebarang kesulitan timbul dalam pilihan raya lalu yang mewajarkan untuk persempadanan semula," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini. Baca lagi  di sini

Tiada ulasan: