Selasa, 13 September 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tragedi Kren : Kerajaan Arab Saudi mesti bertanggung jawab bukan sekadar ehsan kepada mangsa

Posted: 12 Sep 2016 09:32 PM PDT

 Dalam tragedi kren tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram di Mekah pada 11 Sept tahun lalu, tujuh warga Malaysia adalah antara lebih 100 jemaah haji yang terkorban, manakala beratus lagi cedera.

  Sehingga kini, walaupun setelah setahun masa berlalu, waris mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut masih lagi menunggu penuh harapan.

 Sakit hati bila baca laporan di sini , Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kata, tiada ikatan perjanjian antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi berhubung tempoh bayaran sumbangan kepada mangsa kren tumbang di Makkah tahun lepas ... tidak timbul isu berlakunya kelewatan bayaran sumbangan kepada anggota keluarga tujuh jemaah haji Malaysia yang terkorban...

  Apa yang dimaksudkan Dr Asyraf ialah tiada perjanjian 'bersurat' antara Malaysia dan kerajaan Arab Saudi berhubung tempoh bayaran sumbangan tersebut...

  Tetapi menurut Saudi Press Agency, penjaga dua kota suci iaitu Raja Salman memerintahkan pembayaran SR1 juta (RM1.14 juta) kepada keluarga mangsa yang terkorban, SR1 juta kepada mereka yang cedera hingga mengakibatkan hilang upaya kekal, dan SR500,000 kepada tiap seorang yang cedera.

  Selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, apakah yang  Datuk Dr Asyraf lakukan selama ini untuk memastikan bayaran tersebut dapat disalurkan dengan secepat mungkin pada tempoh tertentu?

  Dr Asyraf seolah-olah tidak tahu nak buat apa-apa diatas kelewatan pembayaran kepada mangsa dan mengharapkan belas dari kerajaan Arab Saudi semata-mata....

   Kerajaan Arab Saudi patut bertanggungjawap diatas tragedi tersebut. Ini bukan soal ehsan semata-mata. 

 Pengurusan Haji di Tanah Suci sepatutnya mengambil tindakan mahkamah untuk menuntut pampasan bagi mangsa yang terlibat.

Tiada ulasan: