Ahad, 8 Mei 2016

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PILIHAN RAYA TERGEMPAR

Posted: 08 May 2016 06:30 PM PDT





APA MAKNA

BERITA INI?



MCA tangguh pemilihan parti selepas PRU14

MCA menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya berlangsung tahun ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU).
Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata keputusan itu dibuat bagi memberi laluan untuk parti itu membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.
Dalam mesyuarat semalam, katanya, ia telah bincang dengan panjang lebar untuk tangguhkan pemilihan parti selepas PRU akan datang.

WOIT

APAKAH PRU14

AKAN DIADAKAN

TIDAK LAMA

LAGI?

PRU TERGEMPAR

JALAN UNTUK

SELAMATKAN

NAJIB



----------

MENYOKOMG GAY DAN LESBIAN

Posted: 08 May 2016 06:00 PM PDT





FACE BOOK


Ramai orang islam puji Sadiq Khan yang menang pemilihan Dato Bandar di London kerana dia beragama islam. Aku pula, tengok banyak orang puji, tanpa aku rasa keperluan menyatakan kebanggaan itu. Kerana, pada aku, perihal urusan rakyat, bukan isu dia islam atau tidak yang perlu dibanggakan, tp sejauh mana dia berjaya menawarkan dan mampu memberi kebaikan kepada rakyat atau tidak...
Rupa2nya, dia pernah sokong LGBT sehingga diugut bunuh...









------------

KENAPA DEKLARASI RAKYAT

Posted: 08 May 2016 06:00 AM PDT





DEKLARASI

 RAKYAT


APA DIA MAKNA HANG TUAH

Posted: 08 May 2016 05:00 AM PDT







APA MAKNA

HANG TUAH

APA TANDA

PADA DIA?


Hilang jati diri Melayu jika tidak angkat Hang Tuah

 | May 8, 2016
Orang Melayu harus terus mempertahankan kewujudan lagenda itu kerana beliau merupakan pahlawan bangsa yang dibanggakan sepanjang zaman.






PETALING JAYA: Isu kewujudan pahlawan ulung Melayu pada zaman kesultanan Melaka, Hang Tuah masih didebatkan pada ketika negara hanya tinggal empat tahun mencapai tahun 2020.
Kali ini, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA), Mohd. Ali Rustam mendakwa orang Melayu akan hilang jati diri dan semangat sekiranya tidak mengangkat Hang Tuah sebagai pahlawan terbilang.
Katanya, sebagai orang Melayu, mereka harus terus mempertahankan kewujudan lagenda itu kerana beliau merupakan pahlawan bangsa yang dibanggakan sepanjang zaman.

WOIT

hang tuah

membawa dua

garis politik

setia pd kawan

atau 

setia pada raja

tegak keadilan

atau

tegak jadi hamba

KHALAS PERIOD

--------------

TENGAH HARI DI KUALA LUMPUR

Posted: 08 May 2016 03:00 AM PDT







KUALA LUMPUR

AHAD 8/5/16

YANG PANAS

AKU MERAKAM

KASEH SAYANG




DIMANA?

LU CARI

 SENDIRILA





-----------

WARTAWAN DI HALAU

Posted: 08 May 2016 01:00 AM PDT






WARTAWAN 

DIHALAU KELUAR

KERANA 

TANYA NAJIB

KES SKANDAL

 &

RASUAH 1MDB


LAGI SURAT AKU UNTUK KAMU

Posted: 08 May 2016 12:00 AM PDT






SURAT AKU LAGI








kawan ku yang baik hati,

aku menulis lagi
kali ini satu jemputan untuk bersetia kawan
sabenarnya aku pun tidak tahu
apa pengisian malam  setiakawan ini

anak anak muda dari bangsar telah mengatur
mereka telah meyusun - hari hari akhir 
sebelum aku di hantar ke kajang

aku harap kau akan dapat datang

kawan ku yang baik hati,

aku pun tidak tahu apa yang akan terjadi
pada pagi senin 16 mei ini
hari keputusan rayuan aku

ingin aku beri tahu kau 
ketika ini - ketika aku menulis ini
aku bebas dengan jaminan 6000 ringgit
aduh! satu jumlah yang amat besar untuk aku
kau bayangkan dengan jumlah ini
aku boleh hidup berbulan bulan

kau pasti ingin tahu
apa yang sedang aku buat sekarang?

ketika ini aku mengurus itu dan ini
mengatur itu dan ini
menyusun itu dan ini
kerana jika aku ke kajang
maka aku akan direhatkan selama 9 bulan
jadi semua itu dan ini
wajib aku urusan seawal mungkin

kawan ku yang baik,

sembilan bulan  ertinya
aku akan berpuasa
aku akan berhari raya
dalam penjara

kau tak perlu bersedih
kerana aku memiliki pengalaman
aku telah berpuasa
dua kali di kamunting
aku telah berhari raya dua kali
dalam penjara
semuanya indah
semuanya pengalaman

bayangkan jika semua ini tidak terjadi
apa jadinya pada aku?
apakah aku akan menulis surat
ini pada kau?

bayangkan aku 
hanya menjadi warga sia sia
yang berperut gendut
yang mungkin berbini tiga
yang mungkin mengambil rasuah
untuk jadi kaya raya
atau aku jual negara 
untuk dilihat pemimpin negara
dimulut ku muntah ayat ayat suci
yang aku hafal dari kitab kitab kuno
saban tahun ke saudi arabia
berdoa agar dimasukkan ke syurga

ah! kawan ku yang baik hati,

apakh kau msih teringat
saperti apa yang aku ingati
iya iya...
aku ingati segala janji janji
yang sama sama kita lafazkan
aku ingat lagi
muka kau di sudut pidatu
aku ingat lagi dewan kuliah
yang kita tinggalkan kosong
akau ingat lagi 
ketika kita menyebar risalah
dalam malam gulita
untuk membuka kesedaran

ah! perjalanan hidup ini

jika kau ada masa
datanglah pada malam setia kawan
agar kita ikat kembali
janji janji setia
janji janji yang kita lafaz
satu ketika dahulu
ketika mata aku 
jeling  memadang alis mata
cewek kau  yang kini 
telah menjadi ibu kepada anak kau

kawan ku yang baik hati,

perjalanan kita masih jauh
tapi aku rasa telah hampir
aku merasa yakin bahawa
bila fajar itu menyising
bila pintu penjara itu terbuka
itulah hari yang kita nantikan

amin - wasallam








--------

MALAM INI

Posted: 07 May 2016 10:30 PM PDT





PULAU PINANG

MALAM INI INI


TANDA TANGAN DISINI:

https://docs.google.com/forms/d/1vuIKdnzoDln2d5_v07kz1vgUZByV4EILmecK7NjYh54/viewform?c=0&w=1




-------------

RASUAH DITOLAK

Posted: 07 May 2016 10:00 PM PDT





BA'KELALAN

BERJAYA

BERTAHAN

RASUAH GAGAL

FACE BOOK

Bila pilihanraya muncul, TIBA2 Najib meluluskan RM5.5 JUTA utk 110 buah gereja luar bandar di Ba'Kelalan. (purata sebuah gereja terima RM50k)..
APA !!.. RM5.5 juta utk satu DUN shj ??
DUN yg lain bagaimana ??.. Kenapa di kubu kuat PKR nak ditabur 'rasuah' ??
TIBA-TIBA.. perkembangan menarik di kubu kuat PKR Sarawak. Gereja Buduk Nur tolak tawaran dana RM50k dari PM Najib dan paderi ajak semua pengundi org ulu tolak rasuah BN...






-----------

EROPAH KACAU BILAU

Posted: 07 May 2016 09:00 PM PDT








KACAU BILAU

eropah sedang kacau
eropah sedang bilau
krisis yang dibawa mangsa perang
perang di syria
perang di libya
perang di iraq
perang di palestin
telah membawa ratusan ribu
mangsa perang ke eropah

mangsa perang
pelarian perang
mencari wilayah selamat
mencari tempat berteduh

di german hampir 1 juta
pendatang baru sampai
ini menyebabkan warga german
berhaluan kanan bangun marah

sempadan itali/austria mahu ditutup
ini telah menimbulkan kemarahan
warga garis kiri yang menyokong
pelarian perang

kumpulan kanan
kumpulan fasis
parti berhaluan kanan
semakin berjaya mendapat sokongan
orang asing
kaum imigran
penganut islam
dijadikan hujah
dijadikan sebab
dijadikan musuh
parti berhaluan kanan
mengolah propganda
dengan menggunakan
makhluk asing
makhluk islam
dan kaum pendatang

kacau bilau di eropah ini
akan berterusan
tidak nampak jalan penyelesaian
kerana imperialis amerika 
masih mahu meneruskan perang
dengan menggunakan
saudi arabia
qatar kuwait turki

garis kiri
garis kanan
politik kiri
politik kanan
sedang membangun
sejarah perang dunia ke 2
sedang berulang sekali lagi

NOTA:
sila jangan lupa
sejarah german
sebelum pecah perang 
dunia ke dua
dulu yang dimusuhi warga yahudi
kini yang dimusuhi warga islam


------------

SATU GAMBARAN BARU

Posted: 07 May 2016 08:00 PM PDT






MEMBERI

SAINGAN 

AMAT HEBAT

TERUS MARA

Keputusan: PKR

kini saingan BN di luar bandar, pedalaman

 | May 7, 2016
BN tidak boleh lagi memandang rendah kepada PKR kerana sokongan di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman menunjukkan peningkatan berbanding PRN sebelum ini.






PETALING JAYA: Meskipun berdepan peratusan keluar mengundi yang rendah, jumlah undi tidak rasmi yang diterima PKR dari kawasan luar bandar dan pedalaman menunjukkan peningkatan.
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata perkembangan itu menunjukkan tanda-tanda partinya bakal menjadi pesaing yang kuat kepada BN di kawasan-kawasan terbabit dalam pilihan raya negeri akan datang.
"Kalau lihat statistik, PKR melakukan dengan baik dan di kawasan luar bandar kita mampu memberikan saingan terutama di tempat yang sebelum ini kita sudah hilang deposit.

ORANG RAMAI

TAHU & SEDAR

PEMILIHAN DUN

SARAWAK

TIDAK BERSIH

TIDAK TELUS

TIDAK JUJUR

BANYAK TIPU

TAPI INILAH

WATAK UNDIAN

DI DUNIA KE 3

TIDAK PELIK

---------

Tiada ulasan: