Tukar Tiub |
- YANG AKHIR DARI AKU
- KEPADA SEMUA
- JAM 9: PAGI 16/5/2016
- HANYA UNTUK SEMENTARA
- SESUCI BUAH LAICI
- DARI YB TIAN CHUA
- SURAT AKU UNTUK ZUNAR
- LAWAN SEJATA MELAWAN
- LAGI KESAH SARAWAK
- KE MANA MEREKA LARI
Posted: 15 May 2016 07:00 PM PDT NOTA: jika aku dipenjara ini tulisan akhir SURAT AKU KEPADA KAU Kawan ku baik hati, Aku menulis surat ini pada hari Sabtu 14 Mei 2016 Biasanya aku munulis pada hari Senin. Kali ini aku cepatkan. Ini kerana pada Senin ini aku akan dihadapkan ke Mahkamah Rayuan Jenayah 3 di Putra Jaya. Awal pagi jam 9:00 Senin 16 Mei 2016 bersamaan Hari Guru aku diwajibkan berada disana. Di pagi Senin itu akan aku dengari keputusasn rayuan aku. Di pagi Senin itu akan aku dengar sama ada aku dipenjara, didenda atau dibebaskan. Tiga hakim besar akan membuat keputusan. Pasti kau akan tertanya-tanya - apa sabenarnya telah terjadi? Sebenarnya kesahnya bagini , biar aku surahkan dalam surat ini. Aku mahu kamu tahu kesah sebenar. Aku mahu juga agar anak cucu cicit kita nanti akan dapat membaca dan mengetahui apa sabenarnya yang telah berlaku. Kau ingat tidak kitab Salalisah Raja Raja Melayu? Kau ingat tidak kitab Sejarah Melayu? Saperti pada bulan Mei 1612 Tun Seri Lanang telah menuliskan kembali Salalatus Salatin - kitab Sejarah Melayu atas pemintaan Yang Di Pertuan Di Hilir Raja Abdullah untuk rujukan anak cucu cicit yang akan datang. Aku juga mahu menulis pada 14 Mei 2016 ini tapi bukan arahan Raja. Aku menulis kerana tugas sejarah agar cucu cicit kita dapat membaca apa yang aku rakamkan ini. Aku mahu surat aku kepada kau akan menjadi bahan rujukan sejarah. Aku mahu anak cucu cicit kita tahu apa yang telah berlaku pada aku. Apa maknanya pekara yang telah berlaku ini. Apa yang sedang berlaku dan yang akan berlaku. Aku ingin memberi kefahaman bahawa apa yang terjadi pada diri aku hanyalah gambar latar dalam satu babak di tanah air kita. Aku ini hanyalah pecahan cermin yang memberi gambaran dalam satu babak yang lebih besar. Apakah tepat bila aku katakan babak yang lebih besar? Atau lebih tepat lagi jika aku katakan ini adalah trajedi besar yang sedang kita alami. Kawan ku yang baik hati, Kau ingat tidak PRU12? Kau ingat tidak PRU13? Apakah kau telah lupa pada hari hari dimana kita dibasahi peluh dan air mata. Pada hemat aku PRU12 pada tahun 2008 adalah tarikh dan masa kita mengetuk pintu. Kita ketuk pintu negara. Kita menjengokkan muka. Kita berjaya mendengarkan suara kita kepada anak semua bangsa. Mereka menyahut ketukan pintu kita. Tapi PRU12 hanyalah ketukkan pintu. Memang betul pintu terbuka, tetapi pintu terbuka tidak luas. Cukup untuk kita semua memberanikan hati untuk melangkah tangga. Celah pintu yang terbuka itu akan memberahikan kita semua. Kita menjengok muka ke dalam. Kita mula berahi ingin melihat apa lagi yang ada dalam rumah. Aduh! Apakah kau masih ingat bagaimana kita bergumbira. Apakah kau masih ingat senyum kita meleret sampai ke telinga. Apakah kau masih ingat segala letih dan lesu hilang bagitu saja dimakan oleh kegumbiraan kita bersama. Lima tahun kemudian sampai PRU13. Pada awalnya aku berpendapat pintu yang telah kita diketuk akan terbuka luas. Rumah sedang menunggu kita masuk. Kitalah tuan rumah yang baru. Ini yang aku harapkan. Tapi harapan hanya khayalan. Satu ilusi.Satu mimpi. Aku kembali sedar. Aku sedar bagaiman musuh kita telah melakukan pelbagai rupa bentuk rancangan. Ada rancangan yang jujur terbuka. Ada yang gelap gulita. Ada yang penuh dengan syak wasangka. Ada yang jelas dan terang penipuan berganda-ganda. Kawan ku yang baik hati, Apakah kau ingat lagi sebelum PRU13 aku telah mengeluarkan sebuah buku - Tipu Pilihanraya Turun Jalan Raya. Aku menulis untuk memberi pencerahan. Pencerahan pada kau, pada anak anak kau, pada kaum kerabat kau dan pada orang kampong kau. Aku melihat ada perancangan teratur untuk memastikan mereka yang berkuasa akan terus berkuasa. Aparacik dan jentera negara telah diarah untuk memastikan semua berjalan lancar apabila sandiwara PRU13 dipentaskan. Kawan ku yang baik hati, Apakah kau fikir apa yang aku tulis ini satu hasutan? Apabila PRU13 berjalan aku melihat penipuan demi penipuan berlaku. Apakah kau masih lupa tentang dakwat kekal yang tidak kekal. Apakah kau masih lupa orang asing yang menyamar sebagai warga. Apakah kau sudah lupa tentang wang yang mencurah masuk membeli kesetiaan. Pada hemat aku di PRU13 seharusnya kita masuk dan menjadi tuan rumah. Tapi kita ditipu. Semua lembaga daulah telah bekerja untuk menipu kita. Untuk mengagalkan kita dari memasuki rumah itu. Kau bayangkan - kita mendapat 52% undi popular. Tetapi kita tidak dapat melangkah masuk ke rumah itu. Kita yang mendapat sokongan majoriti terus tercegat berdiri diatas tangga. Ketika inilah aku sampai. Lalu aku katakan 3 pekara: Pertama jangan terima keputusan PRU13. Kedua - dimana dibuktikan penipuan terang-terang berlaku - wajib diadakan pemilihan semula.Ketiga - kita wajib beramai-ramai membantah hal ini. Tiga pekara ini aku lafazkan secara terbuka pada ratusan warga pada malam 13 Mei 2013 - di Dewan China Kuala Lumpur. Warga datang mendengar apa yang aku ucapan kerana mereka juga merasa tidak puas hati dengan penipuan yang terang terang berlaku dalam PRU13. Kawan ku yang baik hati, Tetiba aku ditahan. Lalu aku dihadapkan ke muka hakim. Aku dituduh dibawah Akta Hasutan 1948. Tiga pekara yang aku ucapkan telah menjadi buah butir pembicaraan dalam mahkamah. Nah! Kau bayangkan beberapa bulan salepas aku dibicarakan badan NGO BERSIH 2.0 telah mengadakan Tribunal Rakyat. Ramai bijak dan pandai dari luar negara - si Polan dan si Polan yang arif dalam hal pilihan raya telah dijemput datang dari seluruh dunia. Saksi dari seluruh negara telah juga dipanggil. Apa yang ditemui oleh Tribunal ini? Memang terbukti wujud penipuan dalam PRU13. Memang ada rasuah berlaku dalam PRU13. PRU13 tidak dijalankan dengan bebas dan adil. Aduh kawan ku! Apa yang ditemui oleh Tribunal Rakyat lebih jelas dan lebih ilmiah dari ucapan aku pada malam 13 Mei 2013 di Dewan China. Tapi inti pati ucapan aku dan penemuan Tribunal adalah sama. Ada penipuan dalam PRU13. Lalu aku bertanya -kenapa aku yang bercakap benar ditahan dan dibicarakan? Disini ingin juga aku beri tahu bahawa yang didakwa bukan aku seorang. Ada lima lagi kawan-kawan yang juga ditahan dan dibicarakan. YB Tian Chua, Tamrin Ghaffar, Adam Adli, Safuan Anang dan Haris Ibrahim. Haris Ibrahim telah dijatuhkan hukum 8 bulan penjara. Adam Adli dan Safuan Anang dua anak muda ini sedang merayu. Yb Tian kes akan bermula pada 17 Mei ini. Kes Tamrin masih belum dibuka. Nah inilah yang telah berlaku. Inilah surah yang aku rakamkan kepada anak cucu cicit kita. Biar mereka membaca dan mengetahui babak-babak akhir sebelum aku ke penjara. Pada awalnya aku hanya didenda 5 ribu ringgit. Tapi Pendakwa/Kerajaan tidak puas hati. Kes aku didengari pula di Mahkamah Tinggi. Disinilah aku didapati bersalah. Denda aku dipulangkan. Dan aku dijatuhkan hukum penjara 9 bulan. Pagi Senin ini adalah keputusan akhir. Kawan ku yang baik hati, Kau tak perlu bersedih. Kau tak perlu susah hati. Sedih dan susah hati bukan jawapan yang betul bila berhadapan dengan apa yang sedang kita hadapi. Aku tahu kau akan bersimpati. Aku tahu kau akan bersetia kawan dengan aku. Aku ucapkan terima kaseh. Kita tidak perlu bersedih. Apa yang wajib kita lakukan ialah memperkuatan semangat. Sabenarnya aku berpendapat dalam negara kita ini orang jahat tidak ramai. Orang baik baik amat ramai. Sayangnya orang yang baik baik ini tidak mahu berbuat sesuatu. Jika orang baik mula bersuara aku rasa orang jahat ini akan lari lintang pukang. Kawan ku yang baik hati, Ini surat akhir dari aku. Jika aku dipenjara Senin ini maka aku tidak akan menulis selama 9 bulan. Aku bercuti menulis. Jika aku didenda maka aku akan membayar denda. Jika aku dibebaskan maka aku akan menjadi sosok bebas. Peguam aku Datuk Ambiga Sreenevasan dan Syahredzan Johan. Ambiga cukup yakin aku tidak ada kes. Malah aku tidak sepatutnya di dakwa. Kalau berlandaskan undang-undang dan hukum. Senin ini aku bebas. Lalu aku beritahu Ambiga bahawa kita ini duduk di Malaysia. Kami sesama terbarai ketawa. Yakinlah apa yang aku lakuan ini adalah sebahagian dari janji aku. Aku sebenarnya telah berikat janji dengan arwah emak aku dan arwah abah aku. Ketika aku berkelana di kota London mereka telah datang menemui aku. Lalu mereka bertanya apa sebenarnya yang aku buat. Lalu aku bersurah panjang. Sang Emak faham.Justeru dia melarang aku pulang ke kampong. Dihadapan mereka di Bromley-by-Bow aku lafazkan janji untuk bercakap benar. Lalu aku berjanji untuk menjadi warga yang baik sebaik mungkin yang aku terdaya. Hingga ke hari ini -aku setia dan teguh dengan janji aku ini. Jika bercakap benar aku dianggap penjenayah maka aku rasa kita semua dalam bahaya ertinya negara sedang dipimpin oleh penjenayah. Jika berkata jujur menjadi kesalahan maka bahaya kita berganda-ganda. Kawan ku yang baik hati, Jika bercakap benar dibayar dengan penjara maka penjaralah harganya. Jika bercakap benar ke tali gantung maka perjuangan ini wajib disambung. Amin. Wassalam.(TT) ---------- |
Posted: 15 May 2016 06:30 PM PDT KEPADA SEMUA KAWAN KAWAN YANG BERSETIA KAWAN GWA UCAPKAN TERIMA ---------- |
Posted: 15 May 2016 06:00 PM PDT BILA LU BACA INI GWA DAH ADA DALAM MAHKAMAH DI PUTRAJAYA ------------- |
Posted: 15 May 2016 05:30 PM PDT INI GWA CAKAP HAL GWA |
Posted: 15 May 2016 09:22 AM PDT |
Posted: 15 May 2016 02:02 AM PDT Stand with Hisham, don't let Najib beat us into submission MP SPEAKS Hishamuddin Rais will be in the Court of Appeal at 9 am tomorrow. Going to court is nothing unusual for Hisham. However, this might be the last time he would be walking freely in and out of court for awhile. Last year, the High Court convicted him guilty under the Sedition Act. If the Court of Appeal dismisses Hisham's appeal and upholds the verdict, Hisham will be sentenced to RM1,000 fine and nine month imprisonment. We will know his final fate by tomorrow. Hisham is one of the speakers at the rally on May 13, 2013, after the 13th general election. The rally was held to highlight discrepancies and weaknesses in the country's electoral system. Besides Hisham, five others have also been charged for sedition: Safwan Anang, Adam Adli, Harris Ibrahim, Thamrin Ghafar and myself. While the trials for Thamrin and me are ongoing, others, too, have been convicted like Hisham. Sedition Act is the latest lethal weapon for Najib. The embattled and discredited prime minister will use all the draconian elements in our legal system to clamp down dissenting voice. Najib wants to silent critics by dragging them to court and jailing them. He intends to create a culture of fear by intimidation and repression. Hisham is only one of many activists, civil society actors and political leaders experiencing crackdown. Many have been charged and awaiting to go to prison. Many more may become victims to the increasing autocratic trend under Najib's rule. We cannot allow this to happen. We cannot allow Najib to beat us into submission. We cannot allow the PM to get away with alleged corruption and abuses of power. No choice but to continue to believe Hisham might be the first to be imprisoned for sedition. We must make our stand clear by standing in solidarity with Hisham, and with the struggle against Sedition Act. For this, I will be at Court of Appeal in Putrajaya tomorrow morning. I know it is very likely that I might be next in the line to go to prison. That is not a problem. At times, an individual's freedom might be the price for the freedom to all individuals. I urge my friends, my fellow party members and members of public to come to court at 9 am, Monday May 16, to join the solidarity gathering for Hishamuddin Rais. Our action is not only to extend support for an activist who has been relentlessly fighting for democratic rights and liberty, but it is also an expression of hope. We believe our action will eventually make a difference, through our effort and conviction, things will change to be better. And, my friends, we have no other choice but to continue holding on to this belief. Say no to the Sedition Act! No to corruption! Save Malaysia now! Read more: https://www.malaysiakini.com/news/341574#ixzz48mBr2c00----------- |
Posted: 15 May 2016 12:00 AM PDT Surat bertarikh 11 Februari 2003 ini aku terima dari sahabat baik aku, Hishamuddin Rais @ Tukar Tiubdari Kamunting. Esok (16 Mei), mahkamah di PUTAR JAYA akan menentukan Hishamddin akan masuk penjara atau tidak. Aku tak mahu dia ke penjara lagi. Aku mahu baca blog Tukar Tiub setiap hari. ------------- |
Posted: 14 May 2016 10:55 PM PDT LAWAK BERDIRI MALAM KELMARI KAH KAH KAH |
Posted: 14 May 2016 08:30 PM PDT SARAWAK UNTUK SARAWAKIAN Kabinet negeri urusan Sarawak bukan Putrajaya SHAH ALAM – Penganalisis politik mengingatkan bahawa kuasa melantik barisan menteri kabinet di Sarawak terletak di tangan Ketua Menterinya, Adenan Satem dan Putrajaya tidak sepatutnya campur tangan. Pensyarah dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, apa yang berlaku hari ini dibimbangi akan mengeruhkan hubungan antara dua kuasa pentadbir itu. "Kita perlu ingat juga kuasa autonomi Sarawak. Pelantikan itu kuasa Sarawak bukan Putrajaya. WOIT gelombag ini sampai ke mana? saje tanya jangan marah MERDE KAH |
Posted: 14 May 2016 07:39 PM PDT MANA MEREKA SEMUA LARI? While the focus of the international press and local critics have been aimed at the debt-ridden 1MDB, its former subsidiary SRC International has been kept relatively under the radar. However, if 1MDB was found by the parliamentary public accounts committee (PAC) to have suffered from gross mismanagement, then stranger and more suspicious transactions have taken place in SRC International. First of all, given all the shenanigans which took place in SRC International including the latest disclosure in Singapore, and the known fact that Nik Faisal has disappeared off the face of Malaysia for nearly a year, why is Nik Faisal still a director and the managing director of the company? Secondly, his fellow director, Suboh Mohd Yassin has also similarly disappeared from the country. Why have they not been replaced by Ministry of Finance officials? With a federal government guaranteed RM4 billion loan from the Malaysian Pension Fund (KWAP), who exactly is running the company today? Or is the company being run via remote control by fugitives? Read more: https://www.malaysiakini.com/news/341544#ixzz48kV9cnzISEDANG DI CARI PEMAIN UTAMA ------------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan