Tukar Tiub |
- APA TERJADI?
- PUTAR - PUTAR JAYA
- YA AMPOOOON YA MAULANA
- MARI KITA BERSEMBANG
- DARI PANDANGAN MATA KAWAN LIM
- MARI SEMBANG TWEET
- TUKANG HASUT
- AKU MENULIS LAGI
- INI PANDANGAN GWA
- TABIK HORMAT PADA SENIMAN
- LAWAN HUTANG ITU?
- INI HUTANG KITA PUNYA
- MALAM INI HANG TUAH
Posted: 11 May 2016 06:39 PM PDT JENG JENG APA TERJADI? Amiruddin letak jawatan Yang Dipertua Pas ALOR SETAR - Adun Anak Bukit, Ir Amiruddin Hamzah meletakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Pas Kuala Kedah berkuat kuasa serta merta. Berita yang mengejutkan banyak pihak itu mula tersebar petang semalam, namun Amiruddin gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung tindakannya itu. Sumber terdekat Pas Kedah memaklumkan, Amiruddin telah memaklumkan perkara itu kepada Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi kelmarin melalui surat rasmi. MANGGA KE ATAU CEMPEDAK ---------- |
Posted: 11 May 2016 06:00 PM PDT APA MAKNA BERITA INI? WASPADA Hati-hati tawaran kerja dari TNB palsuOrang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan tawaran pekerjaan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa melalui proses pengambilan warga kerja yang diamalkan oleh syarikat itu. TNB dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya telah menerima beberapa aduan mengenai tawaran kerja oleh individu yang menyamar sebagai warga kerja di syarikat bekalan elektrik terbesar di Malaysia itu. KAH KAH KAH woit ini maknanya ekonomi gawat ramai cari kerja 200,000 graduan tanam anggur kah kah kah tipu putar belit kelentong mari bila piem putar semua putar PUTAR JAYA ------------ |
Posted: 11 May 2016 06:00 AM PDT YA AMPOON YA MAULANA INI BERITA PELIK LAGI BUAT HAIRAN TMJ dakwa SB pantau, curi dengar talian telefonTengku Mahkota Johor (TMJ) mendakwa beliau kini dipantau anggota polis cawangan khas (SB). Tanpa mengetahui alasan di sebalik tindakan itu Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata beliau juta tidak faham mengapa polis juga "perlukan fail" mengenai beliau dan ayahandanya di Bukit Aman. "Saya tidak faham mengapa telefon saya dicuri dengar. Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di (Ibu Pejabat Polis) Bukit Aman," katanya melalui kemas kini di Facebook sebentar tadi. Kenyataan itu dibuat melalui akaun Johor Southern Tigers. Menafikan sebagai seseorang yang boleh dianggap berbahaya atau pengganas, Tunku Ismail berkata beliau adalah seorang pemimpin yang prihatin terhadap rakyat Johor. woit ini dah berat ini amat berat apa sudah jadi gwa sikit pun tidah faham YA AMPOOON ------- |
Posted: 11 May 2016 05:30 AM PDT |
Posted: 11 May 2016 04:30 AM PDT FACE BOOK 3 hrs · Isham Rais terkenal dengan suaranya yang lantang, malah ketawanya pun lebih lantang daripada orang lain. Namun, di sebalik kelantangan ini, mungkin ada bisikan hati, kegusaran malah kepiluan yang tidak pernah kita dengar. Tulisan berikut dicatat pada tahun 2012, ketika saya bertugas di MerdekaReview. Ya, Isham berani, tetapi bagi setiap insan yang cintakan kebebasan, penjara itu satu igauan. ISA: Igauan di sebalik "lawak" Hishamuddin Rais Tarikh: 2012-07-20 Mungkin ramai yang terhibur dengan gelagat Hishamuddin Rais yang sentiasa berjenaka, atau dengan sinis memperlekehkan pemerintah, meskipun dirinya pernah diseksa di bawah pemerintahan regim ini. Justeru itu, ramai yang terkejut apabila aktivis yang sering tampil sebagai "pelawak" ini, menangis dalam mahkamah ketika diminta mengisahkan kesan penahanan yang tidak sah itu terhadap dirinya. Dalam forum semalam, secara jujur Hishamuddin Rais (gambar kanan) mengakui, bahawa ramai tahanan yang tidak mahu mengingati kembali pengalaman yang dilalui ketika ditahan di Kem Kamunting. Beliau tidak mahu pengalaman yang depresif itu menakut-nakutkan khalayak ramai atau menjadikan orang pesimis. "Saya secara peribadi tidak mahu lagi mengalami proses itu, mengingati kembali the nightmare (igauan) itu. Kerana itu, saya selalu melakukan lawak. Tapi sebenarnya apa yang terjadi di dalam bilik sulit itu adalah satu pengalaman yang tidak mungkin dapat saya visualkan, tidak dapat saya tuliskan untuk orang di luar ini mengalami," kata Hishamuddin Rais. Seksaan fizikal dan mental Hishamuddin Rais ketika berucap cuba mengelak dari menyentuh penyeksaan yang dilaluinya. Apabila diingatkan moderator Muhammad Afiq, beliau menyebut seksaan yang terbahagi kepada penderaan fizikal dan penderaan mental. Kegagalan menahan salah satu daripadanya akan membuatkan tahanan dibuli pegawai dalam kem. Beliau mengambil contoh bagaimana seorang lelaki Cina, dengan tinggi badan enam kaki dua inci, digelarnya "gangster Old Klang Road", menangis kerana tidak tahan dengan deraan psikologi. Dalam sesi soal jawab, Hishamuddin Rais mengisahkan apa yang terjadi pada dirinya selepas mendengar pengalaman isteri bekas tahanan ISA, Norlaila Othman, dan diajukan soalan dari bawah pentas. Hishamuddin Rais mendakwa dirinya menolak lawatan keluarga ketika ditahan, dan beliau hanya bertemu dengan ahli keluarganya setahun sekali sama ada pada Hari Raya Haji atau Hari Raya Puasa. Beliau tidak mahu orang tuanya datang jauh dari Jelebu ke Kamunting, hanya untuk pertemuan yang singkat. Selain itu, Hishamuddin Rais mengakui dirinya "upset" seandainya dikunjungi kawannya pada hujung minggi, membuatkan hari Isnin-nya terganggu, kerana dirinya akan memikirkan dunia di luar KemTa selepas diziarahi kawannya. Hishamuddin Rais dikurung bersama Tian Chua (gambar kanan) dalam satu sel untuk tempoh satu tahun. "Dia pandang saya, saya pandang dia." Kemudian, kedua-duanya memelihara cicak kobeng, biawak, semut untuk menghilangkan kebosanan. Menurutnya, dua bulan pertama penahanannya tidak dibekalkan suratkhabar. "Kamu ada 24 jam tapi kamu tak ada apa-apa untuk dibuat. Buku bacaan tidak ada," katanya, menyifatkan bahawa masa yang paling panjang dalam hidupnya adalah masa ketika ditahan. Malah, Hishamuddin Rais berkongsi "penemuannya", bahawa terdapat tujuh pintu dari luar KemTa hingga ke dalam selnya. Tidak cukup dengan itu, beliau pernah dikurung dalam "penjara dalam penjara Kamunting" (diberi gelaran bilik roti) kerana melawan pegawai yang membelasah sahabatnya Tian Chua dalam KemTa. --------- |
Posted: 11 May 2016 01:14 AM PDT MARI SEMBANG TWEET JUMAAT INI Jumaat ini, 8malam sembang tweet bersama @IshamRais , @SafwanAnang @AdamAdli dan @tianchua #IshamRais |
Posted: 11 May 2016 12:00 AM PDT Isham Rais sang penghasutAku berjumpa Hishamuddin Rais buat kali pertama di sebuah 'kafe' bersebelahan ruang upacara pengebumian di jirat Cina di Bukit Petaling. Sambil bersembang dan minum air 100 Plus, Isham kelihatan mengunyah kulit kacang. Separuh sisa kulit kacang yang kami jamah bersama, habis dimakannya. Bantu penghadaman, kata dia.Semudah itu aku pun percaya. Isham Rais berjaya menghasut aku untuk percaya bahawa kita patut makan kulit kacang untuk "membantu penghadaman". Entah betul entah tidak. Padanlah ramai betul yang takut dengan kemahiran menghasut dimiliki Isham. baca seterusnya disini:http://www.malaysiakini.com/letters/341076 -------------- |
Posted: 10 May 2016 10:00 PM PDT DUNIA KITA HARI INI Ketika kuasa bala tentera Amerika kalah dalam Perang Vietnam pada tahu 1975 - saya telah mula berkelana menjadi orang pelarian politik. Ketika Leonid Breshnev pemimpin Rusia meninggal dunia pada 10 November 1982 saya berada dalam penjara Arthur Road Mumbai. Ketika Mikail Gorbachev mengambil alih pimpinan Parti Komunis Rusia pada tahun 1985 saya telah berada di Eropah. Pada tahun 1989 ketika Tembok Berlin runtuh saya masih lagi anak mahasiswa di London. Ketika Bill Clinton mengangkat sumpah menjadi Presiden Amerika pada tahun 1993 - saya menonton siaran langsung angkat sumpah ini dari bilik saya di Brixton London Ketika itu pembacaan saya ialah - Perang Dingin telah tamat. Tembok Berlin telah runtuh. Gorbachev sedang menjalankan dasar ' perestroika- keterbukaan' - untuk Rusia. Pada hemat saya pada ketika itu pemimpin dunia akhirnya telah sedar bahawa perang hanya membawa kehancuran. Saya anggap apabila Perang Dingin tamat maka dunia kita ini akan menjadi lebih makmur. Dengan latar ini saya mengajukan permintaan untuk kembali pulang ke Malaysia satelah berkelana selama 20 tahun. Saya silap besar. Bacaan politik saya salah. Aman makmur yang sepatutnya dapat dituai dari tamatnya Perang Dingin adalah padi hampa. Hari ini - tahun 2016 - pada hemat saya dunia lebih kacau dari zaman Perang Dingin. Dunia kita ini lebih porak peranda dari zaman Perang Vietnam. Kemakmuran yang diharapkan pasca Perang Dingin telah meresap hilang. Untuk anak muda generasi hari ini biar saya terangkan apa itu Perang Dingin. Ini agar mereka tahu akan latar belakang kenapa politik dunia hari ini bergerak saperti sekarang. Perang Dingin bermula pada tahun 1947 - beberapa tahun sesudah tamatnya Perang Dunia Kedua. Dunia ketika itu dibahagi kepada dua blok. Satu blok kapitalis yang dikepalai oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Dan satu lagi blok sosialis yang dipimpin oleh Rusia bersama China. Rusia dan Amerika ditakrif sebagai negara super power. Ini kerana dua negara ini memiliki bom nuklear dan pelbagai jenis senjata yang maha hebat. Manakala negara Eropah Barat dianggap sebagai negara Dunia Kedua. Selainya - negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin ditakrif sebagai negara Dunia Ketiga. Dari sinilah munculnya konsep negara Dunia Ketiga yang selalu saya guna pakai. Ketika Perang Dingin bergolak hebat muncul Bung Karno, Gamel Abdel Naseer dari Mesir, Tito dari Yukoslavia, Nehru dari India, Zhou Enlai dari China dan Ayub Khan dari Pakistan. Mereka ini pemimpin negara Dunia Ketiga yang berjaya mengadakan Konferensi Asia-Afrika di Bandung pada tahun 1955. Konfrensi Bandung ini menetaskan konsep Negara Berkecuali - Non Aligned Movement. Ini gerakan Negara-negara Dunia Ketiga yang tidak mahu menyebelahi dua kuasa super - Rusia atau Amerika. Sejarah dunia juga akan merakamkan - diantara runtuhnya Tembok Berlin dan sebelum berlakunya ledakan World Trade Center New York pada 11 September 2001 - telah muncul satu kumpulan pemikir dan intelektual Amerika. Mereka mengajukan pendapat bahawa kurun ke 21 adalah kurun milik Amerika. Mereka ini terdiri dari intelektual berpandangan kanan yang pro kaum pemodal. Mereka dikenali sebagai gerombolan neoconservatism - konservatif baru atau popular dipanggilan Neokon. Gerombolan kanan Neokon ini telah berkumpul untuk menetaskan apa yang kini dikenali sebagai garis falsafah PNAC - Project for New American Century pada tahun 1997. Untuk kumpulan kanan ini sesudah tamatnya Perang Dingin dunia ini hanyalah dunia kapitalis. Dunia kapitalis ini wajib dipimpin oleh Amerika. Mana mana negara yang berpotensi untuk bersaing dengan Amerika wajib dilihat sebagai musuh dan wajib ditundukkan. Dasar ini untuk pertama kalinya telah diterima pakai oleh Presiden Bush dari Parti Republican. Dasar yang sama juga telah diteruskan oleh Clinton dan Obama walau pun dua Presiden Amerika ini dari Parti Democrat. Hari ini dasar luar dan dasar dalam negara Amerika berpaksikan pandangan kanan PNAC. Gerombolan kanan ini telah berjaya meresapi Rumah Puteh dan memasang sosok-sosok yang berpandangan kanan dalam pelbagai cabang pentabiran Rumah Puteh. Gerombolan ini juga telah meresap masuk ke dalam banyak saluran media dimana pandangan dunia kanan disebarkan. Tamatnya Perang Dingin yang dicita-citakan akan membawa kesejahteraan untuk umat manusia jelas telah disabotaj oleh gerombolan Neokon ini. Hari ini porak peranda yang sedang berlaku diatas muka bumi ini adalah hasil dasar kuasa imperial Amerika yang menjalankan pandangan, cadangan dan falsafah yang telah diajukan oleh gerombolan PNAC. Gerombolan kanan Neokon ini bukan hanya berkongsi pandangan dengan gerakan zionis antarabangsa. Sebenarnya ada jalinan kerjasama yang amat erat antara Neokon dengan gerakan Zionis antarabangsa. Amat susah untuk dikenali yang mana Neokon dan yang mana Zionis kerana mereka memakai jubah yang sama. Salah satu rukun PNAC ialah memastikan Isreal akan terus wujud di bumi Arab. Palestin akan terus dijajah. Gerombolan Neokon akan memastikan Isreal akan terus mendapat sokong moral, diplomatik, keewangan dan ketenteraan dari Amerika. Salah satu dari bukti betapa kuatnya pengaruh gerombolan Neokon ini dalam Rumah Puteh ialah apabila Iraq dibawah Saddam diserang. Dunia mengetahui bahawa Saddam tidak terlibat dalam serangan WTC 9/11. Laporan dari 16 badan perisek Amerika telah membentangkan kepada Presiden Bush bahawa Saddam tidak memiliki ' senjata pemusnah'. Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang diarahkan menyiasat Iraq dan Saddam telah tidak menemui apa-apa senjata pemusnah. Malah dunia melihat 'weapon of mass destruction' hanyalah propaganda Amerika. Tetapi dengan pengaruh Neokon - melalui Naib Presiden Dick Cheney - Presiden Bush telah berbohong. Bush berbohong kepada Dewan Kongres, kepada Dewan Senate, kepada rakyat Amerika dan kepada dunia. Malah Colin Powell - Setiausaha Negara Amerika - telah terpaksa bersubahat berbohong dipersidangan PBB untuk meyakinkan dunia tentang kenapa Iraq wajib diserang. Akhirnya Iraq diserang pada bulan March 2003. Saddam dibunuh. Senjata - weapon of mass destruction - tidak ditemui. Negara Iraq hancur musnah. Amat jelas garis politik gerombolan Neokon telah berjaya. Sebenarnya Iraq dilihat sebagai sebuah negara Arab yang memiliki ekonomi yang kukuh dan bala tentera yang kuat. Iraq telah teruji berperang dengan Iran. Justeru Iraq dilihat oleh gerombolan Neokon dan zionis sebagai berpotensi untuk menyerang dan menundukkan Israel. Memusnahkan Iraq bertujuan untuk menyelamatkan Israel. Ini adalah rukun Neokon. Satu lagi dasar yang diajukan oleh gerombolan Neokon ini ialah menundukkan mana mana negara yang memilkiki potensi untuk bersaing dengan Amerika. Gerombolan Neokon tidak mahu melihat dunia terbahagi kepada apa-apa blok saperti dizaman Perang Dingin. Mengikut dasar Neokon kurun ini adalah milik kaum pemodal Amerika untuk selama-lamanya. Sistem ekonomi kapitalisma tidak ada saingan dan wajib dipakai oleh semua negara dalam dunia. Semua negara wajib tunduk dibawah kuasa politik dan kuasa ekonomi Amerika. Dolar Amerika terus menjadi matawang dunia. Mana negara yang cuba bergerak bebas akan diserang. Justeru Iraq dan Saddam ditamatkan. Libya dibawah pimpinan Gadaffy diserang. Gadaffy dibunuh. Kini perang berterusan di Syria dalam usaha Amerika untuk memastikan semua negara Arab akan tunduk dibawah kuasa Isreal dan Amerika. Bagaiman semua ini bersangkutan dengan kita di Malaysia ini? Malaysia dan Asia Teggara tidak akan dapat melarikan diri dari dasar Neokon ini. Dari segi strateji - Amerika melihat China sebagai musuh. Malah berpotensi untuk mengancam Amerika. Tambahan pula China semakin rapat dengan Rusia. Dua negara bekas negara Blok Sosialis ini sedang bekerjasama rapat dalam pelbagai bidang. Hubungan ekonomi Rusia dan China semakin kukuh. Ini diikat pula dengan perjanjian pertahahan. Semua ini bertentangan dengan dasar PNAC yang melihat Rusia dan China sebagai musuh. Amerika membaca China dan Rusia akan mengacam kepentingan Amerika bukan hanya di Asia Tenggara malah diseluruh dunia. Justeru Amerika telah membuat dasar 'Pivot Asia' atau Mempasak Asia. Dasar pertahanan Amerika yang baru ini akan memindahkan bala tentera Amerika dari Eropah dan tempat lain dan menempatkan lebih dari satengah bala tentera Amerika ke Asia. Amerika sedang melihat dan membaca bahawa China yang ekonomi semakin kukuh akan menggugat Amerika. Kerana itu kita sering terbaca Laut China Selatan menjadi wilayah tegang yang berpotensi meledak. Amerika dan China sedang merebut wilayah stratejik dan kaya dengan minyak dan gas ini. Selat Melaka - laut sempit laluan kapal diantara Malaysia dan Indonesia akan juga menjadi laluan yang amat penting untuk China dan Amerika. Indonesia dan Malaysia akan menjadi anak gadis cun untuk dipinang dan dimasukkan ke dalam kelambu oleh Amerika atau China. Dari segi ekonomi - perjanjian TPPA - telah ditanda tangani oleh negara Asia tanpa China. Ini bermakna negara-negara yang menanda tangai TPPA telah diikat dengan kepentingan Amerika. Najib telah menanda tangani TPPA. NOTA: Saya menulis ini sebagai satu ingatan. Senin minggu hadapan keputusan rayuan saya akan diumumkan di Putrajaya. Jika didenda maka tulisan ini akan disambung. Jika tidak tulisan ini sebagai rakaman untuk sembilan bulan dari sekarang. Kita lihat apa yang berlaku sembilan bulan nanti. Dalam politik tiga hari ada lah waktu yang amat panjang. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini sila pukul talipon 03-92-21-30-45 |
Posted: 10 May 2016 09:30 PM PDT LU SELALU TANYA INI GWA JAWAB TAPI LU JANGAN MARAH |
Posted: 10 May 2016 09:00 PM PDT TBIK HORMAT PADA SEORANG SENIMAN FACE BOOK Zunar terima anugerah antarabangsa keamanan 2016 Kartunis politik Zunar telah menerima anugerah '2016 Cartooning for Peace Award' di majlis yang berlangsung di Palais Eynard di Geneva, Switzerland pada 3 Mei 2016. Presiden Kehormat Swiss Foundation Cartooning for Peace, Kofi Annan, yang juga bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyampaikan penganugerahan tersebut kpd Zunar.. HAKIKATNYA, di negara sendiri yang mengkritik kerajaan telah diharamkan dan karya dirampas. DAN.. Zunar ditahan polis sebanyak dua kali, pada tahun 2010 dan 2015, atas dakwaan menghasut. DAN LAGI.. Zunar kini menghadapi sembilan dakwaan hasutan kerana komen kritikal beliau berhubung pemenjaraan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari tahun lepas ------------ |
Posted: 10 May 2016 08:08 PM PDT 1MDB MAKIN BANYAK HUTANG |
Posted: 10 May 2016 07:38 PM PDT APA MAKNA BERITA INI? KOMENTAR ini berita kelmarin maknanya hari ini 1MDB gagal bayar hutang maknanya bila 1MDB gagal bayar hutang maka hutang ini akan diambil alih oleh kerajaan kenapa jadi hutang kerajaan? kerana ini janji ketika membuat hutang apa makna hutang kerajaan? hutang kerajaan ialah hutang kita semua ini menjadi hutang rakyat maka kita semua wajib membayar hutang untuk jho low china tembam enjoy de menjoy di hollywood untuk riza aziz beli flet di new york inilah sebab kenapa rakyat mahu najib undur najib menteri keewangan najib penasehat 1MDB najib tahu semua putar alam ini 1MDB berdepan ingkar kedua susulan kupon matang esok1MDB berdepan dengan kemungkinan satu lagu kemungkiran bayaran setelah kupon pembayaran untuk bon AS$1.75 bilion matang Khamis ini. Ia susulan kegagalan mereka untuk membayar AS$50.3 juta dalam bentuk faedah untuk bon lain, juga berjumlah AS$1.75 bilion, pada bulan lalu. Kedua-dua bon itu dijamin oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi tetapi terlibat dalam pertikaian dengan 1MDB berhubung hutang berbillion-bilion dolar. TETIBA KITA SEMUA ADA HUTANG ----------- |
Posted: 10 May 2016 07:18 PM PDT HANG TUAH MALAM INI ini la akibatnya mengkaji sejarah didalm kelas, didalam library didlam bilik berhawa dingin..berbanding org kafir makan babi, org kafir ini akan turun ke tempat2 sejarah itu utk mencari tanda atau petunjuk2 dari apa yg mereka baca. semua aktiviti ni memerlukan wang dan negara malaysia yg diperintah oleh umno barisan national, takkan memberikan wang peruntukan itu..kemudian baru la korang tau susahnya meyusun sejarah, mencari susur galur dan lain2 lagi..benar kata tt, universiti terbaik ialah universiti jalanan.. pengalaman menemukan aku dgn org yg bersemangat utk meyusun sejarah2 itu menggunakan duit sendiri.beliau merantau didalam dan dioversea..tahukah anda sekiranya anda melawat kesesuatu tempat bersejarah dimalaysia ni, info dlm bahasa malaysia kebykkan kadang adalah berlainan dgn bahsa ingeris.. tahukah anda bahawa pegawai2 british adalah org2 yg merakamkan segala sungai, lukah2,warna kulit,selera anak2 raja, anak2 sultan, bini2 siame lurah2 gunung2 pokok2 sumber2 asli yg ada on MANA HANG JEBAT Publish | Delete | Spam Anonymous on 5/9/16 -------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan