Isnin, 9 Mei 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Selepas Huru-harakan PH Di Sarawak, Apa Pula Muslihat Azmin Kali Ini?

Posted: 09 May 2016 12:07 AM PDT

Azmin ajak PAS bersama Pakatan Harapan

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengajak PAS untuk kembali bersama DAP dan PKR sebagai satu pasukan bagi menghadapi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata semua parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak semalam, yang jelas menunjukkan rakyat negeri itu menolak pertelingkahan sesama mereka.

"Justeru, Amanah (Parti Amanah Negara) dan PAS haruslah terus mara bersama PKR dan DAP. Kita perlu bergerak ke hadapan secara bersama bagi menghadapi PRU-14 sebagai satu pasukan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Keputusan PRN Sarawak ke-11 menyaksikan Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan besar dengan menguasai 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuk dua kerusi yang dimenangi tanpa bertanding.

DAP yang sebelum ini menguasai 12 kerusi hanya menang di tujuh kerusi daripada 31 kerusi yang ditandinginya manakala PKR hanya menang tiga daripada 41 kerusi yang ditandingi. PAS dan Amanah tewas di semua kerusi yang ditandingi.

"Pencapaian kita mungkin lebih baik jika sejak awal lagi kita bersatu hati dan bekerjasama seperti kelaziman kita.

"Kita harus akur yang rakan-rakan sekutu kita akan terus berbeza pendapat dalam isu tertentu pada masa hadapan namun keyakinan yang didorong semangat kebersamaan selama ini akan terus membantu kita melangkaui perbezaan ini," kata Azmin.

PAS sebelum ini memutuskan untuk tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

Beberapa bekas pemimpin kanan PAS turut menubuhkan Amanah dan bekerjasama dengan DAP dan PKR, manakala PAS pula menubuhkan satu lagi pakatan pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan). -Bernama

ULASAN GB

Kewujudan "Kartel Azmin" di dalam PKR menyebabkan seluruh Pakatan Harapan menjadi huru-hara. Akibat darinya, Azmin dan PKR menjadi sasaran maki hamun oleh rakyat Malaysia kerana mengkhianati Perjanjian Pakatan Harapan.

Sebelum ini Azmin menyatakan beliau melakukan apa sahaja untuk "mengelakkan" pertandingan tiga penjuru tetapi apa yang berlaku rupa-rupanya kartel Azmin inilah yang "menggalakkan" pertandingan tiga penjuru tersebut.

Azmin juga dilaporkan berkata bahawa beliau yang memberi kuasa PKR Sarawak bertanding di lima kerusi yang sebelum ini telah diperuntukkan kepada DAP. GB sudah ulas sebelum ini:-

DAP turut melahirkan rasa kecewanya dengan sikap PKR yang tamak kerusi di PRN Sarawak kali ini. Dan melalui beberapa catatan di media sosial, pemimpin dan ahli-ahli DAP sudah bersiap sedia untuk bertindak-balas di Selangor nanti. Kartel Azmin akan menghadapi laluan sukar mempertahankan kerusi-kerusi di majoriti pengundi bukan-Melayu pada PRU14 akan datang.

Hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan hari ini menunjukkan PKR MEMANG BERSALAH. Buktinya, 2 kerusi DUN telah dimenangi tanpa bertanding oleh BN iaitu di Bukit Sari dan Bukit Kota.



"Orang tamak sentiasa rugi," tulis seorang penyokong PH difacebooknya.

"Kerana PKR gila sangat berebut kerusi, akhirnya Allah hukum dia awal-awal, dia peneyebab PH hilang dua kerusi. Macamana calon boleh tiba-tiba "hilang" dan bagaimana seorang muflis boleh dijadikan penyokong?," bentaknya lagi.

"Kalau dulu, PKR marah PAS kerana PAS memberi watikah untuk bertanding di kerusi miliknya, kini PKR pula meniru perangai PAS memberi watikah untuk bertanding di kerusi yang telah diperuntukkan kepada parti lain. 2x5 sahaja perangai PKR dan PAS," tweet seorang lagi penyokong PH.


"Bagitahu kepada Azmin, bagitahu Tian Chua, bagitahu kepada Shamsul, supaya jangan pertahankan kesalahan kamu, kita akan berusaha dan berdoa agar mereka ini akan kalah di dalam PRU akan datang kerana mengkhianati PH sama seperti PAS mengkhianati PR dahulu," tulis seorang lagi di dalam satu kumpulan Whatsapps.

Dan seperti yang GB jangkakan ia menjadi kenyataan. PKR telah "dihukum" di Sarawak.

TAHUN DAP PKR
2011 20.05& 17.41%
2016 18.21% 9.29%
BEZA -2.21% -7.85%

Berdasarkan jadual peratusan undi popular PRN Sarawak di atas, sekalipun PKR berjaya mengekalkan 3 kerusi PKR, tetapi hakikatnya undi popular PKR di Sarawak telah menjunam jatuh dari 17.41% pada PRN10 kepada hanya 9.29% pada PRN11 iaitu menurun sebanyak 7.85%.

Kerusi DAP walaupun merosot kepada 7 dari 12 kerusi angkara permainan kartel Azmin, namun undi popularnya hanya menurun 2.21% sahaja (20.05% pada PRN10 kepada 18.21% pada PRN11).

Walaupun sebelum ini PKR mendakwa mereka mendapat lebih sokongan rakyat Sarawak daripada DAP, jelas sekali keputusan menunjukkan di sebaliknya.

Lansung tiada pernyataan meminta maaf dari kartel Azmin atau mana-mana pemimpin PKR terhadap kecurangan mereka, yang ada ialah kenyataan Nurul Izzah beberapa hari sebelum pilihanraya berjalan "mempertahankan" Azmin.

Sejurus selepas keputusan diumumkan Azmin membuat kenyataannya untuk memujuk DAP, katanya kekalahan DAP adalah kekalahan PKR juga sedangkan beliaulah akitek yang menyebabkan DAP kecundang semata-mata inginkan PKR merampas Sarawak dari DAP dengan menjadikan orangnya sebagai Ketua Menteri, demikian GB dimaklumkan.

Kemudian timbul pula beliau mengajak PAS bersama PH walaupun ianya lansung tidak dibincangkan oleh Majlis presiden PH apatah lagi dimuafakatkan bersama parti-parti komponen PH iaitu DAP dan AMANAH.

Setelah mengkhianati DAP, kni beliau cuba mengkhianati AMANAH.

Azmin terlupa akan jasa-jasa AMANAH kepadanya kerana dengan sebab tindakan 2 orang ADUN AMANAHlah, Shaari Sungip dan Hasnul Baharuddin yang dicop dan difitnahkan sebagai "barua" dan "broker" oleh Presiden PAS yang telah menyebabkan beliau berjaya menjadi Menteri Besar Selangor. TETAPI kuasa Allah menetapkan kedua-dua YB ini akhirnya mendapat sokongan rakyat apabila tertubuhnya Parti Amanah Negara!

Malah seluruh kerajaan Selangor sepatutnya "berterima kasih" kepada kedua-dua ADUN Amanah itu kerana dengan tindakan merekalah kerajaan PR terselamat di Selangor. Jika tidak PKR sudah tercampak keluar apabila PAS dan UMNO ketika itu sudah merancang untuk wujudkan kerajaan perpaduan di Selangor.


Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. DAP dan Amanah yang dikhianati akan tetap mendapat pembelaan dari hukum Allah berkenaan.

AMANAH Wajar Wakili PH Di Kuala Kangsar Dan Sungai Besar

Posted: 08 May 2016 07:18 PM PDT

Elak kepartian sempit, teruskan berjuang- Wan Azizah

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa agar parti-parti komponen pembangkang supaya mengatasi isu kepartian sempit demi perpaduan nasional.

Ini kerana pihaknya menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang sekali gus menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini pilihan raya yang paling sukar bagi PKR.


"Pelbagai cabaran dan halangan mengingatkan kami untuk terus istiqamah dalam perjuangan mendesak pilihan raya yang lebih bebas dan adil sebelum pilihanraya umum yang akan datang," ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menambah akan terus mengangkat suara rakyat tanpa rasa takut kerana percaya masih banyak yang perlu diusahakan demi membina masa depan yang lebih baik untuk semua.

"Kami berjanji untuk terus berkhidmat dan mempertahankan kepentingan rakyat Sarawak, sama ada di peringkat DUN mahupun Parlimen," katanya lagi.

Sementara itu, DAP dijangka melakukan 'post-mortem' selepas mengalami kehilangan lima kerusinya kepada BN.

"Parti akan menjalankan post-mortem dan tunggu laporan penuh daripada pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen. Ia termasuk kegagalan membawa sebarang kemajuan di kerusi luar bandar," kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga bertekad untuk bekerjasama dengan parti PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam Pakatan Harapan.

"Terdapat keperluan untuk mengukuhkan mekanisme dalaman Pakatan Harapan supaya perjanjian yang dibuat dihormati selain dipertahankan. Pakatan perlu memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keupayaan kita," jelas beliau lagi.

PKR tewas di 37 kerusi namun mengekalkan kesemua kerusi dimenanginya pada pilihan raya Sarawak 2011 iaitu di Batu Lintang, Krian dan Ba'kelalan.

DAP yang bertanding di 31 kerusi hanya mengekalkan tujuh kerusinya iaitu Pelawan, Pujut, Bukit Assek, Padungan, Kota Sentosa, Pending dan Tanjong Batu. -FMT


Azmin ajak PAS bersama Pakatan Harapan

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengajak PAS untuk kembali bersama DAP dan PKR sebagai satu pasukan bagi menghadapi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata semua parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak semalam, yang jelas menunjukkan rakyat negeri itu menolak pertelingkahan sesama mereka.

"Justeru, Amanah (Parti Amanah Negara) dan PAS haruslah terus mara bersama PKR dan DAP. Kita perlu bergerak ke hadapan secara bersama bagi menghadapi PRU-14 sebagai satu pasukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Keputusan PRN Sarawak ke-11 menyaksikan Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan besar dengan menguasai 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuk dua kerusi yang dimenangi tanpa bertanding.

DAP yang sebelum ini menguasai 12 kerusi hanya menang di tujuh kerusi daripada 31 kerusi yang ditandinginya manakala PKR hanya menang tiga daripada 41 kerusi yang ditandingi. PAS dan Amanah tewas di semua kerusi yang ditandingi.

"Pencapaian kita mungkin lebih baik jika sejak awal lagi kita bersatu hati dan bekerjasama seperti kelaziman kita.

"Kita harus akur yang rakan-rakan sekutu kita akan terus berbeza pendapat dalam isu tertentu pada masa hadapan namun keyakinan yang didorong semangat kebersamaan selama ini akan terus membantu kita melangkaui perbezaan ini," kata Azmin.

PAS sebelum ini memutuskan untuk tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

Beberapa bekas pemimpin kanan PAS turut menubuhkan Amanah dan bekerjasama dengan DAP dan PKR, manakala PAS pula menubuhkan satu lagi pakatan pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
-Bernama


ULASAN GB

Dua PRK menunggu di hadapan. Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Penyandangnya kedua-dua kerusi itu adalah ialah BN setelah BN menewas PAS dengan majoriti yang agak tipis.

Di P067 Kuala kangsar BN mengalahkan PAS dengan majoriti 1082 undi dan di P93 Sungai Besar BN mengalahkan PAS juga dengan majoriti 399 undi.

Sekarang ini PAS sudah keluar dari Pakatan, dan PAS juga telah mengisytiharkan DAP dan AMANAH sebagai musuhnya.

PAS sudah menjadi parti perkauman, sama seperti UMNO. PAS bersama parti serpihan UMNO, IKATAN membentuk pakatan baharu bernama PASIK. Apabila menyedari IKATAN cuma ada 79 ahli, lalu kini ada ura-ura untuk memancing NGO mesra UMNO, ISMA untuk bersama mereka.

Di dalam PRN Sarawak PAS bertempik sorak di sana sini berbangga dengan pencapaiannya dengan mengatakan tanpa bantuan PH mereka mampu mendapat undi yang lebih besar dari AMANAH.

Tetapi mereka meluapakan fakta bahawa PAS sudah 60 tahun ditubuhkan sedangkan AMANAH baharu 6 bulan. AMANAH belum sempat pun membuka cawangan-cawangannya di Sarawak. Kita lihat perbandingan undi popula di Sarawak:

PECAHAN UNDI POPULAR PRN SARAWAK 2016

Barisan Nasional : 63.72%
DAP : 18.21%
PKR : 9.29%
PAS : 1.70%
AMANAH : 1.24%

Melihat angka di atas, jelas sekali bahawa AMANAH sekalipun baru berusia 6 bulan sudah berjaya memeperolehi undi popular yang hampir dengan PAS yang telah berusia 60 tahun (1.24% berbanding 1.70%)

Untuk menumbangkan BN hanya ada satu jalan - semua parti pembangkang bergabung. Tetapi apakah PAS bersedia menghapuskan ego dan angkuh mereka seperti yang diminta oleh presiden PKR, Wan Azizah supaya parti pembangkang supaya mengatasi isu kepartian sempit demi perpaduan nasional? Begitu juga dengan seruan Azmin Ali supaya PAS kembali bersama Pakatan Harapan?

GB tidak nampak PAS akan bersetuju sebab pendirian PAS sudah jelas - mereka menolak untuk bersama Pakatan Harapan. Mereka hanya berkata mereka menang dulu pun kerana kekuatan mereka bukan bantuan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat walaupun di Selangor mereka akur bahawa mereka menang kerana adanya DAP dan PKR semata-mata untuk mengekalkan kedudukan mereka di dalam kerajaan negeri Selangor.

Di atas sebab itu, AMANAH yang menggantikan tempat PAS di dalam Pakatan, perlu menggalas tanggungjawab dan diberi laluan untuk bertanding di dalam PRK-PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar mewakili Pakatan Harapan. Manakala DAP dan PKR wajar memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memastikan kemenangan Pakatan Harapan di PRK-PRK berkenaan.




Tiada ulasan: