Kelab Greenboc |
PASCA PRN Sarawak, Quo Vadis AMANAH? Posted: 08 May 2016 12:48 AM PDT PRN Sarawak: Amanah Hilang Deposit Sembilan Kerusi KUCHING: Parti Amanah Negara (Amanah) yang baharu ditubuhkan tujuh bulan lalu gagal memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11. Lebih malang apabila parti itu hilang deposit di sembilan kerusi daripada 13 kawasan yang ditandinginya. Keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Amanah hilang deposit di DUN N5 Demak Laut, N7 Semariang, N16 Muara Tuang, N24 Sadong Jaya, N27 Sebuyau, N29 Beting Maro, N41 Kuala Rejang, N43 Daro dan N44 Jamoreng. Pada pilihan raya ini juga, Amanah yang kini membentuk gabungan pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR berhadapan pertembungan dengan PAS di lima kerusi. Persaingan kedua-dua parti itu menunjukkan Amanah hilang deposit di tiga kerusi iaitu Semariang, Sebuyau dan Beting Maro berbanding PAS walaupun masing-masing kalah di tangan Barisan Nasional (BN). Manakala di Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang dan Sadong Jaya, Amanah dan PAS masing-masing hilang deposit ke atas BN. Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata parti itu menerima keputusan berkenaan dengan hati terbuka. "Biarpun begitu, keputusan ini menunjukkan penerimaan rakyat Sarawak terhadap Amanah sangat baik sekaligus meletakkan parti ini mempunyai masa depan yang cerah untuk terus subur di Bumi Kenyalang," katanya. Selain itu Mohamad mengakui kemenangan besar BN juga berpunca daripada masalah dalaman yang dihadapai pakatan pembangkang. "Faktor ketidak seragaman Pakatan Harapan khususnya pertembungan kerusi sesama sendiri juga menyumbang kepada keadaan ini. "Pakatan Harapan dilihat tidak turun sebagai satu pasukan dalam menghadapi BN di Sarawak," katanya. -mstar ULASAN GB Setiap keputusan pilihanraya sememangnya ada pihak yang menang dan ada yang kalah. Yang menang hari ini belumlah tentu akan menang hari esok. Amanah belum dikurniakan rezeki kemenangan. Itu sahaja. Bagi ahli-ahli Amanah yang telah bersama dengan parti sejarah, kita telah biasa mengalami kekalahan-kekalahan yang banyak sebelum ini, baik PRU atau PRK. Justeru kekalahan di Sarawak tidak memberi impak besar kepada roh perjuangan petugas dan sekalian ahli. Melalui PRN Sarawak AMANAHA dapat mempromosi parti kepada rakyat. Kita berjaya mengeratkan uhkwah rakyat Sarawak bersama parti baharu ini. Kita telah dapat melatih para petugas dari sudut memberi penerangan terhadap perjuangan kita dan Amanah membawa politik hormat menghormati dan kasih sayang tanpa adanya pembelian dan sogokan untuk mendapatkan undi. Sekalipun Amanah banyak diperlekehkan terutama dari ahli-ahli parti sejarah, GB tertarik dengan satu ulasan ini. Tulisnya: "Alhamdulillah..Syukur Ya Allah...semuanya begitu sempurna apa adanya.. Tentang calon hilang deposit, ia tidaklah sesuatu yang memeritkan sangat kerana semua parti pembangkang mengalami nasib yang serupa. Bil calon hilang wang deposit: DAP 7/31 - 22.6% PAS 7/11 - 63.6% PKR 10/40 - 25% AMANAH 9/13 - 69.2% PBDS 5/5 - 100% STAR 7/10 - 70% BEBAS 18/36 - 50% Jadi dengan jadual di atas, prestasi Amanah yang baharu ditubuhkan tidaklah seteruk mana jika kehilangan depositi dijadikan ukuran. Kepada semua petugas kita ucapkan terima kasih, syabas dan tahniah diatas usaha yang bersunguh-sungguh. Sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam, kita sering membaca ayat-ayat motivasi terindah dari Al-Quran Teringat kata-kata Al Marhum Prof Zulkifli Muhammad: ".... ingatlah bahawa tidak ada kebenaran yang menang dengan tidak bekerja, dan tidak ada kejahatan yang kalah kalau dia bekerja. " |
Kenyataan Media Presiden AMANAH, Keputusan Penuh PRN11 Sarawak Posted: 07 May 2016 08:05 PM PDT KENYATAAN MEDIA KEPUTUSAN PRN SARAWAK IKTIBAR UNTUK KERJA KUAT PRU14 1. Parti Amanah Negara (AMANAH) yang baru dibentuk tujuh bulan lalu telah diuji dengan pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang berlangsung hari ini dengan AMANAH bertanding di 13 kerusi. Keputusan rasmi telahpun kita ketahui di mana kita tidak berjaya mencapai apa yang dicita-citakan. 2. Biarpun begitu, keputusan hari ini menunjukkan penerimaan rakyat Sarawak terhadap AMANAH sangat baik sekaligus meletakkan parti ini mempunyai masa depan yang cerah untuk terus subur di Bumi Kenyalang. 3. PRN Sarawak kali ini secara tradisinya memperlihatkan bahawa proses pilihan raya berlangsung dalam keadaan pencerobohan demokrasi begitu ketara oleh BN sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan. 4. Tindakan BN Sarawak menghalang petugas parti pembangkang khususnya dari AMANAH, PKR dan DAP telah memberi kesan psikologi kepada pengundi. Penyalahgunaan media, pengumuman projek segera oleh Perdana Menteri dan Ketua Menteri serta fitnah melampau tidak mampu dijawab parti pembangkang yang tidak mempunyai saluran seimbang dengan pemerintah. 5. Selain itu faktor ketidak seragaman Pakatan Harapan khususnya pertembungan kerusi sesama sendiri juga menyumbang kepada keadaan ini. Pakatan Harapan dilihat tidak turun sebagai satu pasukan dalam menghadapi BN di Sarawak. Semoga keputusan pilihan raya ini menjadi iktibar kepada Pakatan Harapan untuk PRU akan datang. 6. Bagaimanapun saya berpuas hati dengan kerja yang dibuat oleh petugas-petugas AMANAH yang diketuai oleh Timbalan Presiden Salahuddin Ayub. Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh petugas yang bertungkus-lumus sepanjang PRN Sarawak berlangsung. 7. Keputusan PRN Sarawak ini memberi rangsangan kepada AMANAH untuk terus bergerak ditengah-tengah masyarakat dalam arena politik demokrasi tempang di Malaysia ini. Kita akan berusaha habis-habisan untuk muncul sebagai pemenang utama pada PRU akan datang. "Harapan Baru" HJ MOHAMAD SABU Presiden Parti Amanah Negara 7 Mei 2016 KEPUTUSAN PENUH PRN11 SARAWAK N01: OPAR: SARAWAK: 9,714 1. Francis Teron Kadap ak Noyet (PKR)......1,549 2. Niponi ak Undek (Bebas).................1,583 3. Patrick ak Uren (PBDSB)...................524 4. RANUM AK MINA (BN)......................3,665 Jumlah mengundi/Votes Cast.................7,419 Peratus/Percentage.........................76.40% Undi rosak/Spoilt votes.......................57 Majoriti/Majority..........................2,082 N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 17,041 1. DATO HENRY @ HARRY AK JINEP (BN-SPDP).........6,922 2. Mordi ak Bimol (DAP)..........................5,634 Jumlah mengundi/Votes Cast......................12,797 Peratus/Percentage...............................75.10% Undi rosak/Spoilt votes............................197 Majoriti/Majority................................1,288 N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 9,899 1. TAN SRI ADENAN SATEM (BN-PBB)..............6,360 2. Jazolkipli Numan (PKR).......................468 Jumlah mengundi....................6,936 Peratus............................70.10% Undi rosak..........................77 Majoriti.............................5,892 N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 18,409 1. DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI (BN-PBB)..........10,918 2. Zainal Abidin Yet (Pas)....................1,658 Jumlah mengundi/Votes Cast...................12,581 Peratus/Percentage............................69.80% Undi rosak/Spoilt votes.........................221 Majoriti/Majority.............................9,260 N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 13,830 1. DR HAZLAND ABANG HIPNI (BN-PBB)...........8,539 2. Mohamad Fidzuan Zaidi (Amanah)............1,157 Jumlah mengundi/Votes Cast...................9,879 Peratus/Percentage...........................71.40% Undi rosak/Spoilt votes........................139 Majoriti/Majority............................7,382 N06: TUPONG: SARAWAK: 21,499 1. FAZZRUDIN ABDUL RAHMAN (BN-PBB).........10,942 2. Nurhanim Mokhsen (PKR)...................2,887 Jumlah mengundi/Votes Cast.................14,061 Peratus/Percentage..........................65.40% Undi rosak/Spoilt votes.......................153 Majoriti/Majority...........................8,055 N07: SAMARIANG: SARAWAK: 18,250 1. Nani Sahari (Amanah)...............................389 2. SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI (BN-PBB)....9,795 3. Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (Pas).............2,035 Jumlah mengundi/Votes Cast.........................12,397 Peratus/Percentage..................................67.90% Undi rosak/Spoilt votes...............................108 Majoriti/Majority...................................7,760 N08: SATOK: SARAWAK: 13,550 1. DATUK AMAR ABG ABD RAHMAN ZOHARI ABG OPENG (BN-PBB)..6,854 2. Mohammad Salleh Shawkatali (PKR).....................1,809 Jumlah mengundi/Votes Cast..............................8,803 Peratus/Percentage......................................65.00% Undi rosak/Spoilt votes....................................96 Majoriti/Majority.......................................5,045 N09: PADUNGAN: SARAWAK: 22,301 1. Pau Kiu Sung (BN-SUPP).............5,062 2. Teo Kuang Kim (Star).................116 3. WONG KING WEI (DAP)................9,332 Jumlah mengundi..........14,602 Peratus....................65.50% Undi rosak................. 78 Majoriti.....................4,270 N010: PENDING: SARAWAK: 30,488 1. Milton Foo Tiang Wee (BN-SUPP).............7,442 2. VIOLET YONG WUI WUI (DAP).................12,454 Jumlah mengundi...................20,038 Peratus............................65.70% Undi rosak.........................125 Majoriti.............................5,012 N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 28,105 1. SEE CHEE HOW (PKR)...............10,758 2. Sih Hua Tong (BN-SUPP)............6,373 3. Soo Lina (Star).....................331 Jumlah mengundi/Votes Cast..........17,613 Peratus/Percentage...................62.70% Undi rosak/Spoilt votes................110 Majoriti/Majority....................4,385 N012: KOTA SENTOSA : SARAWAK: 25,761 1. CHONG CHIENG JEN (DAP)..............10,047 2. Yap Yau Sin (BN-SUPP)................7,228 Jumlah mengundi/Votes Cast.............17,495 Peratus/Percentage......................67.90% Undi rosak/Spoilt votes...................196 Majoriti/Majority.......................2,819 N014: BATU KAWAH: SARAWAK: 16,991 1. Christina Chew Wang See (DAP).......4,329 2. Liu Thian Leong (Bebas).............1,109 3. DATUK DR SIM KUI HIAN (BN-SUPP).....6,414 Jumlah mengundi/Votes Cast............12,042 Peratus/Percentage.....................70.90% Undi rosak/Spoilt votes..................135 Majoriti/Majority......................2,085 N015: ASAJAYA: SARAWAK: 10,967 1. Abang Junaidi bin Abang Gom (PKR).........2,085 2. ABD KARIM RAHMAN HAMZAH (BN-PBB)..........6,163 Jumlah mengundi/Votes Cast...................8,371 Peratus/Percentage...........................76.30% Undi rosak/Spoilt votes........................107 Majoriti/Majority............................4,078 N016: MUARA TUANG: SARAWAK: 16,186 1. Abang Abdul Halil Abang Naili (Amanah)......765 2. DATUK IDRIS BUANG (BN-PBB)...............10,086 3. Zulkipli Ramzi (PAS)......................1,508 Jumlah mengundi/Votes Cast..................12,688 Peratus/Percentage...........................78.40% Undi rosak/Spoilt votes........................269 Majoriti/Majority............................8,578 N017: STAKAN: SARAWAK: 14,846 1. Leslie Ting Xiang Zhi (DAP)..................1,778 2. DATUK SERI MOHAMAD ALI MAHMUD (BN-PBB).......8,820 Jumlah mengundi.....................10,839 Peratus..............................73.00% Undi rosaks............................55 Majoriti...............................7,042 N018: SEREMBU: SARAWAK: 9,065 1. Athina Klaywa Sim (PKR)................1,218 2. Buln ak Patrick Ribos (Star).............120 3. MIRO AK SIMUH (BN).....................3,452 4. Nyomek ak Nyeap (Bebas)................2,055 Jumlah mengundi................7,002 Peratus........................77.20% Undi rosak.....................138 Majoriti.........................1,397 N019: MAMBONG*: SARAWAK: 17,467 1. DATUK DR JERIP AK SUSIL (BN).............6,161 2. Sanjan ak Daik (DAP).....................2,828 3. Willie ak Mongin (PKR)...................2,645 Jumlah mengundi/Votes Cast.................11,904 Peratus/Percentage..........................68.20% Undi rosak/Spoilt votes.......................200 Majoriti/Majority...........................3,333 N020: TARAT: SARAWAK: 16,391 1. Musa ak Ngog (PKR)...................3,029 2. ROLAND SAGAH WEE INN(BN-PBB).........8,450 Jumlah mengundi............11,748 Peratus......................71.70% Undi rosak...................214 Majoriti......................5,421 N021: TEBEDU: SARAWAK: 11,521 1. Alex Saben ak Nipong @ Nyipong (PKR)............1,164 2. DATUK SERI MICHAEL MANYIN AK JAWONG (BN-PBB)....7,357 Jumlah mengundi.........................8,701 Peratus.................................75.50% Undi rosak..............................144 Majoriti..................................6,193 N022: KEDUP: SARAWAK: 10,370 1. Andrew Nyabe (DAP)...................1,941 2. MACLAINE BEN @ MARTIN BEN (BN-PBB)...5,769 3. Mark Murau ak Sumon (PBDSB)............168 Jumlah mengundi/Votes Cast..............8,000 Peratus/Percentage......................77.10% Undi rosak/Spoilt votes...................105 Majoriti/Majority.......................3,828 N023: BUKIT SEMUJA : SARAWAK: 13,365 1. Cobbold ak Lusoi(PBDSB)..........................133 2. Edward ak Andrew Luwak @Edward Luwak (DAP).....2,307 3. Fredrick Bayoi ak Maggie (Bebas)...............1,196 4. JOHN AK ILUS (BN)..............................5,451 5. Johnny ak Aput (Star).............................53 Jumlah mengundi........................9,452 Peratus................................70.70% Undi rosak.............................117 Majoriti.................................3,144 N024: SADONG JAYA: SARAWAK: 6,749 1. AIDEL BIN LARIWOO (BN-PBB).................3,925 2. Asan bin Singkro (Pas).......................458 3. Awang Rabiee bin Awang Hosen (Bebas).........234 4. Othman Bin Mustapha @Mos (Amanah)............157 Jumlah mengundi....................4,874 Peratus............................72.20% Undi rosak..........................80 Majoriti.............................3,467 N027: SEBUYAU: SARAWAK: 9,041 1. Andrew Anak Jain (Amanah)......................164 2. JULAIHI NARAWI (BN-PBB)......................4,531 3. Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas).............1,789 Jumlah mengundi......................6,620 Peratus.............................73.20% Undi rosak...........................118 Majoriti..............................2,742 N028: LINGGA: SARAWAK: 8,988 1. Abang Zulkifli Bin Abang Engkeh (PKR)..............1,226 2. SIMOI BINTI PERI (BN-PBB)..........................4,169 3. Wan Abdillah Edruce Bin Wan Abdul Rahman (Bebas).....842 Jumlah mengundi............................6,350 Peratus....................................70.60% Undi rosak.................................113 Majoriti.....................................2,943 N029: BETING MARO: SARAWAK: 10,474 1. Andri Zulkarnaen Bin Hamden (Amanah)........103 2. Hamidah Mokhtar (Pas).....................3,051 3. RAZAILI GAPOR (BN-PBB)....................4,758 Jumlah mengundi/Votes Cast...................8,035 Peratus/Percentage...........................76.70% Undi rosak/Spoilt votes........................104 Majoriti/Majority............................1,707 N030: BALAI RINGIN: SARAWAK: 9,945 1. Entusa ak Imam (Bebas)...............2,439 2. Nicholas Mujah ak Ason (PKR)..... .....700 3. Pok ak Ungkut (PBDSB)...................90 4. SNOWDAN LAWAN (BN-PRS)...............4,478 Jumlah mengundi..............7,794 Peratus......................78.40% Undi rosak.....................0 Majoriti.......................2,039 N031: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 9,389 1. Jubri ak Atak (PKR)...................855 2. DATUK MONG AK DAGANG (BN-PRS).......5,550 Jumlah mengundi.............6,547 Peratus....................69.70% Undi rosak..................125 Majoriti......................4,695 N033: ENGKILILI : SARAWAK: 10,682 1. Adan ak Sandom (Bebas)..................91 2. DR JOHNICAL RAYONG AK NGIPA (BN).....5,513 3. Nicholas Bawin ak Anggat (PKR).........532 4. Ridi ak Bauk (Bebas).................1,656 Jumlah mengundi/Votes Cast..............7,888 Peratus/Percentage......................73.80% Undi rosak/Spoilt votes....................73 Majoriti/Majority.......................3,857 N034: BATANG AI: SARAWAK: 9,492 1. Kolien ak Liong (PKR).................1,698 2. MALCOM MUSSEN AK LAMOH (BN-PRS).......4,884 Jumlah mengundi...............6,716 Peratus.......................70.80% Undi rosak....................116 Majoriti.......................3,186 N035: SARIBAS: SARAWAK: 9,879 1. RICKY @ MOHAMMAD RAZI SITAM (BN-PBB)...........5,963 2. Yakup Daud (PKR)...............................1,531 Jumlah mengundi........................7,883 Peratus................................79.80% Undi rosak.............................112 Majoriti.................................4,432 N036: LAYAR: SARAWAK: 9,094 1. GERALD RENTAP JABU (BN-PBB)............3,931 2. Vernon Albert Kedit (PKR)..............2,503 Jumlah mengundi................6,582 Peratus........................72.40% Undi rosak.....................114 Majoriti.........................1,428 N037: BUKIT SABAN: SARAWAK: 8,897 1. DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS (BN-PBB)...5,524 2. Noel Changgai Bucking (PKR).................925 Jumlah mengundi..................6,584 Peratus...........................74.00% Undi rosaks.......................108 MajoritI...........................4,599 N041: KUALA RAJANG*: SARAWAK: 10,259 1. Asbor bin Abdullah (Bebas) ................153 2. Sopian bin Julaihi (Amanah)................649 3. DATUK TALIF @ LEN BIN SALLEH (BN-PBB)....6,235 Jumlah mengundi/Votes Cast..................7,227 Peratus/Percentage..........................70.40% Undi rosak/Spoilt votes.......................153 Majoriti/Majority...........................5,586 N042: SEMOP: SARAWAK: 9,617 1. ABDULLAH SAIDOL (BN-PBB)......................5,260 2. Mohamad Fadillah Sabali(Amanah).................878 Jumlah mengundi.......................6,331 Peratus...............................65.80% Undi rosak............................139 Majoriti................................4,412 N043: DARO: SARAWAK: 8,491 1. Ibrahim Bayau (Amanah)....................569 2. SAFIEE AHMAD (BN-PBB)...................5,001 Jumlah mengundi.................5,734 Peratus.........................67.50% Undi rosak......................147 Majoriti..........................4,432 N044: JEMORENG: SARAWAK: 9,699 1. Abdullah Saminan (Bebas)..............1,295 2. DATUK DR JUANDA JAYA (BN-PBB).........5,084 3. Kiprawi Suhaili(Amanah).................187 Jumlah mengundi/Votes Cast...............6,729 Peratus/Percentage.......................69.40% Undi rosak/Spoilt votes....................133 Majoriti/Majority........................3,789 N046: MERADONG: SARAWAK: 16,882 1. DING KUONG HIING (BN-SUPP)............6,865 2. Ting Tze Fui (DAP)....................5,349 Jumlah mengundi/Votes Cast..............12,413 Peratus/Percentage.......................73.50% Undi rosak/Spoilt votes....................165 Majoriti/Majority........................1,516 N047: PAKAN: SARAWAK: 10,322 1. Jawie ak Jingot @ Jenggot(Bebas).........3,573 2. Rinda Juliza ak Alexander(DAP).............285 3. TAN SRI WILLIAM MAWAN (BN)...............3,999 Jumlah mengundi..................7,993 Peratus..........................77.40% Undi rosak.......................128 Majoriti............................426 N048: MELUAN: SARAWAK: 13,103 1. Elly Lawai ak Ngalai (Bebas)................2,686 2. Remiguis Noel @ Jerry ak Clement (Bebas)......934 3. ROLLAND DUAT AK JUBIN (BN-SPDP).............3,363 4. Semana ak Sawang (PKR)......................2,008 Jumlah mengundi.....................9,140 Peratus.............................69.80% Undi rosak..........................127 Majoriti................................677 N049: NGEMAH: SARAWAK: 8,899 1. Alexander ak Vincent (BN-PRS)...........2,888 2. Joseph Jawa ak Kendawang (Bebas)........2,734 3. Richard ak Lias (DAP).....................243 4. Thomas Laja ak Besi (PKR).................396 Jumlah mengundi.................6,396 Peratus..........................71.9% Undi rosak......................114 Majoriti............................154 N050: MACHAN: SARAWAK: 10,947 1. ALLAN SIDEN GRAMONG (BN-PBB)........4,550 2. Chen Nguk Fa (PKR)..................1,381 3. Semawi ak Paong(Bebas)..............1,598 Jumlah mengundi/Votes Cast.............7,704 Peratus/Percentage.....................70.40% Undi rosak/Spoilt votes..................155 Majoriti/Majority......................2,952 N051: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 28,341 1. Chieng Buong Toon (BN-SUPP)..............6,895 2. IRENE MARY CHANG OI LING (DAP)..........11,392 3. Moh Hiong King (Star)......................374 Jumlah mengundi/.................18,881 Peratus..........................66.60% Undi rosak.......................180 Majoriti...........................4,497 N055: NANGKA: SARAWAK: 18,605 1. Abdul Raafidin Bin Majidi(PKR).........2,000 2. DR ANNUAR BIN HAJI RAPA'EE (BN-PBB)....9,617 3. Tiong Ing Tung(Star).....................733 Jumlah mengundi...............12,613 Peratus.......................67.80% Undi rosak.....................186 Majoriti........................7,617 N054: PELAWAN: SARAWAK: 32,233 1. Lau Ung Hie (BN)..................8,742 2. Priscilla Lau (Star)................597 3. WONG KEE WOAN (DAP)..............13,056 Jumlah mengundi/Votes Cast..........22,628 Peratus/Percentage...................70.20% Undi rosak/Spoilt votes................174 Majoriti/Majority....................4,314 N056: DALAT: SARAWAK: 11,440 1. DATUK FATIMAH ABDULLAH @ TING SAI MING (BN-PBB)...7,107 2. Sim Eng Hua(PKR)....................................777 Jumlah mengundi/Votes Cast...........................8,080 Peratus/Percentage...................................70.60% Undi rosak/Spoilt votes................................150 Majoriti/Majority....................................6,330 N057: TELLIAN (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 8,914 1. Asini @ Hasni bin Yahya (PKR)............666 2. YUSSIBNOSH BALO (BN-PBB)...............5,087 Jumlah mengundi/Votes Cast................5,858 Peratus/Percentage........................65.70% Undi rosak/Spoilt votes......................83 Majoriti/Majority.........................4,421 N058: BALINGIAN: SARAWAK: 7,967 1. ABDUL YAKUB BIN ARBI (BN-PBB)...........4,208 2. Nurzaiti Binti Hamdan (Amanah)..........1,244 Jumlah mengundi................5,552 Peratus.........................69.70% Undi rosak.......................90 Majoriti.........................2,964 N059: TAMIN: SARAWAK: 14,948 1. Ali ak Puji (Bebas)...........................4,145 2. CHRISTOPHER GIRA @ GIRA AK SAMBANG(BN-PRS)....6,230 3. Simon ak Joseph (PKR)...........................954 Jumlah mengundi.....................11,508 Peratus...............................77.00% Undi rosak............................169 Majoriti................................2,085 N061: PELAGUS: SARAWAK: 7,186 1. Frankie Bedindang Manjah (DAP)................494 2. WILSON NYABONG IJANG (BN-PRS)...............3,778 3. Yong ak Sibat(Bebas)..........................321 Jumlah mengundi/Votes Cast.....................4,665 Peratus/Percentage.............................64.90% Undi rosak/Spoilt votes...........................60 Majoriti/Majority..............................3,284 N063: BUKIT GORAM (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 11,510 1. JEFFERSON JAMIT UNYAT (BN-PBB)............4,596 2. Larry ak Asap (DAP).......................2,010 Jumlah mengundi/Votes Cast...................6,762 Peratus/Percentage...........................58.70% Undi rosak/Spoilt votes........................110 Majoriti/Majority............................2,586 N064: BALEH: SARAWAK: 9,624 1.Agop ak Linsong (DAP)............................479 2.TAN SRI DR JAMES JEMUT MASING (BN-PRS).........5,272 Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,820 Peratus/Percentage...............................60.50% Undi rosak/Spoilt votes.............................55 Majoriti/Majority................................4,793 N065: BELAGA: SARAWAK: 7,096 1. Alexander Lehan (PKR)......................463 2. LIWAN LAGANG (BN-PRS)....................4,149 Jumlah mengundi..................4,674 Peratus..........................65.90% Undi rosak........................51 Majoriti...........................3,686 N066: MURUM: SARAWAK: 8,242 1. Abun Sui Anyit (PKR).................1,065 2. CHUKPAI UGON (BN-PRS)................3,265 3. Mathew Silek (DAP).....................687 4. Stanley Ajang Batok(Bebas)...........1,029 Jumlah mengundi..............6,219 Peratus......................75.50% Undi rosak...................153 Majoriti.......................2,200 N067: JEPAK: SARAWAK: 13,789 1. Abdul Jalil Bujang (PKR)................2,141 2. Kiprawi Aman (Pas)........................406 3. Mohammed Anuar Abdul Hamid (Star).........136 4. DATUK TALIB ZULPILIP (BN-PBB)...........6,342 5. Wong Hau Ming (Bebas).....................190 Jumlah mengundi.................9,369 Peratus/Percentage.........................67.90% Undi rosak/Spoilt votes......................140 Majoriti/Majority..........................4,201 N068: TANJONG BATU*: SARAWAK: 19,674 1. CHIEW CHIU SING (DAP).................7,984 2. Chieng Lea Ping (Star)...................89 3. Pau Chiong Ung (BN-SUPP)..............5,436 Jumlah mengundi/Votes Cast..............13,619 Peratus/Percentage.......................69.20% Undi rosak/Spoilt votes.....................96 Majoriti/Majority........................2,548 N070: SAMALAJU (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 13,251 1. Baba ak Emperan (DAP)...................2,992 2. MAJANG AK RENGGI (BN-PRS)...............5,456 3. Zharudin bin Narudin (Pas)................447 Jumlah mengundi/Votes Cast.................9,026 Peratus/Percentage.........................68.10% Undi rosak/Spoilt votes......................120 Majoriti/Majority..........................2,464 N071: BEKENU: SARAWAK: 12,250 1. Austin Sigi ak Melu (Bebas)...........589 2. Bill ak Kayong (PKR).................1,220 3. Jou @ Peter ak Jelin (Bebas)...........565 4. ROSEY YUNUS (BN).....................6,009 Jumlah mengundi/Votes Cast..............8,540 Peratus/Percentage......................69.70% Undi rosak/Spoilt votes...................125 Majoriti/Majority.......................4,789 N072: LAMBIR: SARAWAK: 17,533 1. Mohammad Arifiriazul Paijo (Pas).......829 2. Mohdak Ismail (PKR)..................2,596 3. RIPIN LAMAT (BN-PBB).................7,503 Jumlah mengundi/Votes Cast.............11,148 Peratus/Percentage......................63.60% Undi rosak/Spoilt votes...................205 Majoriti/Majority.......................4,907 N073: PIASAU: SARAWAK: 21,120 1. Alan Ling Sie Keong (DAP)...................5,687 2. SEBASTIAN TING CHIEW YEW (BN-SUPP)..........7,799 Jumlah mengundi/Votes Cast....................13,634 Peratus/Percentage.............................64.60% Undi rosak/Spoilt votes..........................123 Majoriti/Majority..............................2,112 N076: MARUDI: SARAWAK: 14,858 1. Elia Bit (PKR)...............................4,106 2. Louis Jalong (Bebas)............................56 3. DATUK DR PENGUANG AK MANGGIL (BN-SPDP)......5,493 Jumlah mengundi/Votes Cast......................9,807 Peratus/Percentage..............................66.00% Undi rosak/Spoilt votes...........................131 Majoriti/Majority...............................1,387 N077: TELANG USAN: SARAWAK: 10,000 1. DENNIS NGAU (BN-PBB)............3,231 2. Roland Engan(PKR)...............3,064 Jumlah mengundi/Votes Cast.........6,388 Peratus/Percentage............. ...63.90% Undi rosak/Spoilt votes....... .......82 Majoriti/Majority....................167 N078: MULU (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 8,600 1. DATUK GERAWAT GALA (BN)...........3,198 2. Paul Anyie Raja (DAP)...............309 3. Pauls Baya (PKR)..................1,490 4. Roland Dom Mattu(Bebas).............239 Jumlah mengundi/Votes Cast...........5,356 Peratus/Percentage................ ..62.30% Undi rosak/Spoilt votes................111 Majoriti/Majority....................1,708 N080: BATU DANAU: SARAWAK: 8,657 1. Ali ak Adap (Bebas).........................1,427 2. PALU @ PAULUS AK GUMBANG (BN)...............4,366 Jumlah mengundi/Votes Cast.....................5,909 Peratus/Percentage.............................68.30% Undi rosak/Spoilt votes..........................103 Majoriti/Majority..............................2,939 N081: BA'KELALAN: SARAWAK: 7,375 1. BARU BIAN (PKR)..............................2,858 2. Willie Liau(BN-SPDP).........................2,320 Jumlah mengundi/Votes Cast......................5,229 Peratus/Percentage..............................70.90% Undi rosak/Spoilt votes............................35 Majoriti/Majority.................................538 |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan