Sabtu, 7 Mei 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] PRN Sarawak Bermula, 80 Kerusi Jadi Rebutan -UPDATED

Posted: 07 May 2016 01:00 AM PDT

Rakyat Sarawak akan keluar mengundi di 1,754 pusat mengundi di seluruh negeri hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap sedia mengendalikan pilihan raya itu dalam masa sehari melalui 2,789 saluran mengundi, disediakan di seluruh pelusuk negeri termasuk di kawasan pedalaman, yang terpaksa diakses melalui pengangkutan udara bagi menjimatkan masa, lapor Bernama.

Kesemua pusat mengundi akan dibuka pada 8 pagi dan ditutup sepenuhnya pada 5 petang, namun ada beberapa pusat mengundi akan ditutup lebih awal bermula 9 pagi mengikut lokasi dan jumlah pengundi, kata SPR.


Dalam pengundian hari ini, BN bertanding di 80 kerusi DUN lagi, PKR 40 kerusi, DAP (31), Amanah (13), PAS (11), STAR (11), PBDS Baru (5), manakala 35 calon Bebas turut bertanding.

Sejumlah 1,138,650 berdaftar sebagai pemilih dalam senarai pemilih yang digunakan pada pilihan raya kali ini oleh SPR.

PRN Sarawak ini cukup penting untuk parti-parti yang bertang. BN sepastinya mengharapkan kemenangan setelah berlaku tsunami politik di Sarawak pada pilihanraya negeri yang lepas dimana menyaksikan BN kehilangan beberapa kerusi ke tangan pembangkang terutama di bandar.

Bagi DAP dan PKR pilihanraya ini adalah umpama satu referendum untuk menjelaskan siapa yang lebih diterima rakyat setelah berlaku pertembungan sesama sendiri di beberap buah kerusi setelah kedua-dua pihak enggan mengalah.

Bagi Parti Amanah Negara (AMANAH) yang baru ditubuhkan, ia menjadi indikasi utama penerimaan rakyat terhadap parti itu dan AMANAH telah menjalankan kempennya secara berdisiplin untuk menambat hari rakyat Sarawak sepanjang tempoh berkempen.

Manakala PAS pula, walaupun sudah berkali-kali menyertai PRN Sarawak, namun pada kali ini mereka mengharapkan kemenangan di 1-2 kerusi walaupun Presidennya telah mengulangi bahawa penyertaan PAS adalah sekadar untuk menjadi "Penasihat" kepada kerajaan BN Sarawak.

Petugas-petugas telah mula tiba di pusat pembuangan undi tertutama PACA (Polling & Counting Agent).

GB akan cuba membawakan laporan yang dikemaskinikan dari masa ke semasa. Harap "refresh" setiap 15 minit.


KENYATAAN MEDIA ILHAM CENTRE BERHUBUNG PRN SARAWAK

1. BN selesa dengan jumlah 65 DUN di kawasan Melayu, Melanau, Dayak dan Bidayuh. Cuba menambah kerusi di kawasan pertembungan sengit dengan DAP dan kawasan yang berlaku protes calon langsung BN yang melibatkan pertembungan SUPP dan UPP.

2. Kawasan Iban wujud sedikit elemen ketidakpuasan hati terhadap Kerajaan Negeri dan dijangka terkawal.

3. Undi kaum Cina kekal kukuh kepada DAP, tetapi terganggu dengan pertembungan sesama rakan Pakatan Harapan merencatkan sedikit momentum.

4. DAP bermula kempen agak perlahan, namun dua malam terakhir ceramah DAP di Batu Kitang dan Finale di Sibu membuktikan kekuatan mereka tidak terjejas.

5. PKR menghadapi masalah mengekalkan kemenangan ekoran perpecahan dangan DAP, kesan ketara kepada sokongan undi Cina kepada parti mereka.

6. Undi kepada PKR dan beberapa kerusi pembangkang yang lain hanya bergantung kepada faktor ketidakpuasan hati pengundi kepada BN, bukannya kerana menyokong perjuangan parti tersebut. Jadi, 'menunggang' asokongan atas elemen kemarahan pengundi sukar untuk dikekalkan.

7. Pas dan Amanah pula berjuang habis habisan di kubu kuat PBB untuk meyakinkan pengundi Melayu, tetapi refleksi pengundi Melayu nampaknya masih kekal sokongan mereka kepada PBB/BN. Saingan ini sekadar menguji keupayaan dua parti ini mencabar antara satu sama lain di dalam PRN ke 11 ini.

8. Pas menumpukan kekuatan mereka dengan jentera bantuan Kelantan di Beting Maro.

9. Saingan sengit Amanah ditunjukkan di beberapa Dun seperti Gedong, Sebuyau, dan Kabong.

10. Pas dan Amanah juga berhadapan dengan kekurangan sumber tenaga jentera, bahan kempen dan kewangan jika dibandingkan dengan BN.

11. Penilaian parti Amanah di Dun Muara Tuang, Demak Laut, Semariang, Beting Maro, Sadong Jaya, Daro, Semop, Jemoreng dan Balingian berada di tahap sederhana dari ke semua aspek.

12. Keadaan koalasi pembangkang menyebabkan kekuatan terpencar. Parti Amanah paling terkesan apabila terpaksa menggerakkan jentera sendiri sepenuhnya tanpa kebergantungan kepada jentera Pakatan Harapan.

13. Kejayaan boleh dilihat di kawasan Amanah bertanding, jenama ini kian dikenali dan mengukuh sebagai entiti baharu yang mampu mencabar kuasa BN pada masa mendatang.

14. Berdasarkan unjuran ini, dapat disimpulkan, pembangkang mungkin terpaksa menyerahkan peranan menyemak imbang kuasa BN di Dewan Undangan Negeri kepada DAP.

Manakala PKR sedang menghitung beberapa kerusi mampu diraih dengan gelombang TeamAdenan yang terlalu dominan.

Pas dijangka gagal mendapat 'anak sulung' seperti yang diharapkan kerana pengundi sukar menerima parti bertanding secara tunggal dan dibayangi persepsi pendekatan politik ekstrem.

Amanah yang tampil sebagai underdog pula perlu bekerja keras untuk membuat kejutan walaupun di posisi mustahil.

Namun, sebarang kemungkinan boleh berlaku dan jika kalah sekalipun, paling minima tidak hilang wang pertaruhan adalah tanda penerimaan rakyat kepada parti baharu ini.

Pembangkang gagal mencabar secara bersepadu terhadap penguasaan politik TeamAdenan ekoran kegagalan memuktamadkan perundingan kerusi antara PKR dan DAP.

Kelemahan mobilisasi jentera tempatan dan terlalu bergantung kepada jentera luar menyukarkan menembusi kawasan PBB kerana terkait dengan imej parti dari 'Malaya' mahu 'menjajah' Sarawak.

BN memanfaatkan tema kempen Sarawak for Sarawakians sepenuhnya untuk meraih sokongan padu kepada mereka.

Akhirnya, TeamAdenan mungkin mencapai sasaran 70 kerusi penguasaan BN jika PKR gagal menyumbang jumlah kerusi yang signifikan kepada pembangkang. Ini melenyapkan impian ingin mewujudkan pakatan pembangkang yang kuat di bumi Kenyalang ini.

Disediakan oleh;
Hisommudin Bakar
ILHAM Centre
7 Mei 2016 7:30 pagi


LINTAS LANSUNG DARI PELBAGAI SUMBER

3.35pm: Di Gedong, terdapat kes dimana bendera AMANAH diganggu dan diturunkan oleh gangster upahan. AMANAH sudah menjadi igauan yang menakutkan mereka.


3:30pm: Dudong - Pemantau mendakwa dakwat kekal yang dicalitkan ke jari beberapa pengundi di SJK Thai Kwang berjaya dibersihkan.

2.20pm: Ada beberapa tempat dimana salurannya telah habis mengundi, pengiraan undi sudah bermula.

1.30pm: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 39 peratus keluar mengundi sehingga 1 tengah hari.

12.45pm: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 35 peratus keluar mengundi sehingga 12 tengah hari.

11.57am - Satok, Kuching: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 31 peratus keluar mengundi sehingga jam 11 pagi.

11.50am - Piasau, Miri: Pengundian di SJK Chung Hua Lutong berjalan lancar dengan beberapa pengundi hadir tetapi semakin ramai yang sampai.

11.30am, Kuching: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 20 peratus keluar mengundi sehingga jam 10 pagi - dua jam pertama pengundian.

11.00am: Suasana pembuangan undi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kuala Annau kecoh apabila koridor yang menjadi tempat menunggu pengundi runtuh pagi ini.


Ketika kejadian, seramai 40 pengundi dilapor sedang berbaris menunggu giliran untuk membuang undi sebelum semuanya terjatuh bersama runtuhan koridor kayu itu.

10.30am: Miri - Badan pemantau pilihan raya - PEMANTAU - juga mencatatkan sekurang-kurangnya tiga kes di mana pengundi mendapati tempat pengundian mereka berubah.

10.20am - Kuching: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratus pengundian sehingga jam 9 pagi ini ialah 11 peratus - tempoh satu jam pertama proses pengundian.

9.45am - Calon AMANAH Beting Maro, Hud Andri Zulkarnaen berada di pusat pembuangan undi SK Kalok.



9.30am - Demak Laut, Kuching: Pengundi di SK Tabuan Jaya diminta oleh sukarelawan BN di pintu masuk sekolah untuk "mendaftar" dengan pekerja parti untuk menerima "slip pengundi". Ini dilakukan sebelum pengundi memasuki sekolah untuk membuang undi mereka.

Beberapa pengundi bagi kali pertama, yang enggan namanya disiarkan, mengakui keliru ketika ditemui para sukarelawan. Kebanyakan pengundi kelihatan telah mengisi maklumat dalam slip, termasuk nama, kad pengenalan, alamat mengundi dan "saluran mengundi".

9.20am - Sibu: calon BN bagi kerusi Bawang Assan dan Dudong, Wong Soon Koh dan Tiong Thai King, masing-masing mengundi di Sekolah Kebangsaan St Rita.

Calon DAP bagi kerusi Bawang Assan, Chiew Sung Ngie berada di St Marcellin Catholic High School pada pukul 8.30 pagi untuk mengundi.

9.15am - Dudong, Sibu: Di salah satu kerusi paling hangat di Sibu, calon DAP Yap Hoi Liong membuang undi di Sekolah Kebangsaan S.E.D.C.

Beberapa pengundi dilihat membawa payung..

8.30am - Pujut, Miri: BN langsun calon bagi kerusi Pujut, Hii King Chiong dan calon PAS Jofrie Jaraiee, masing-masing mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Luak.

Walaupun persempadanan semula tidak pernah mengubah jumlah kerusi di bandar Miri, tetapi ia nampaknya telah menjejaskan beberapa pengundi.

Cyril Dan, 56, memberitahu Malaysiakini beliau telah mengundi sejak enam pilihan raya negeri yang lalu di Senadin.

"Tetapi saya semak beberapa hari yang lalu dan saya terkejut kerana saya kini menjadi pengundi di Piasau."

Bagaimanapun, beliau meramalkan ia akan merupakan satu persaingan yang sukar bagi BN di kedua-dua kerusi Piasau dan Senadin.

8.05am - Piasau, Miri: BN calon Sebastian Ting telah mengundi di di saluran 2 pusat pengundian di SK Jalan Bintang.

Pengundi pertama di saluran mengundi ini ialah Sim King Sia, 68. BSim dijemput membuang undi yang pertama kerana beliau memerlukan bantuan untuk pergi ke tempat mengundi itu.



















Pecat Husam: Hanya Yang Bodoh & Taksub Tinggal Dalam PAS....

Posted: 06 May 2016 04:38 PM PDT

Air mata Husam menitis bila tahu dipecat Pas

KOTA BHARU - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menitiskan air mata tatkala menerima perkhabaran hari ini yang beliau sudah dipecat daripada parti itu.

Adun Salor itu memberitahu, beliau mengetahui perkara tersebut menerusi WhatsApp dan khidmat pesanan ringkas daripada sumber-sumber tidak rasminya.

"Di pagi Jumaat yang agung dan mulia, di akhir bulan Rejab mengandungi pelbagai rahsia Ilahi, sehari selepas peristiwa Isra' dan Mi'raj yang penuh dengan pelajaran bagi orang Islam dan pejuangnya yang telah dijalani oleh Nabi berakhlak mulia - hati saya tengah pilu merenung peristiwa kehilangan heli di Sarawak - ketika tiba-tiba telefon saya tak putus-putus berdering.


"Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu," luahnya kepada Sinar Harian sebentar tadi sejurus mendapat tahu hari ini beliau bukan lagi ahli Pas.

Bagaimana Husam berkata, sehingga kini beliau masih belum menerima pemakluman rasmi mengenainya pemecatan keahliannya itu.

"Untuk itu, saya tetap akan hadhir pada mesyuarat agung Pas Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok," katanya yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.

Bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan itu juga berkata, beliau menyertai Pas sejak tahun 1982 seperti kebanyakan anak muda mana jua, dulu dan kini menyerahkan sepenuhnya jiwa raga pada apa difikirkan sebuah perjuangan suci - membawa obor Islam menerangi kehidupan - termasuk bernegara.

"Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran.

"Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun. Semak dan imbang seperti janji Pas dalam PRN Sarawak sekarang. Namun, saya hanya insan kerdil.

"Jika Nabi yang agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itu lah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha - usah lah engkau terlalu bergundah hati," katanya.

Husam yang berfikiran terbuka itu melihat pemecatannya itu mungkin ada hikmah yang sedang menantinya.

"Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi. Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain.

"Kepada kawan dan teman serta rakan media, suka saya nyatakan di sini, saya hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas saya mendapat pemakluman rasmi mengenai tindakan yang diambil ke atas saya," katanya.

Berdasarkan peruntukan Fasal 82 (6) (d) Perlembagaan Pas (Pindaan 2011), Jawatankuasa Tatatertib Pas membuat keputusan memecat keahlian Husam berkuatkuasa pada 23 April 2016. -SH


PAS Pecat Husam

PAS memecat Datuk Husam Musa berkuat kuasa 23 April lalu dan ini bermakna ADUN Salor itu kini bergerak sebagai wakil rakyat bebas.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok berkata tindakan tersebut diambil setelah mempertimbangkan kes ini daripada semua aspek serta mengambil kira kepentingan parti dan perjuangannya. "Jawatankuasa Tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April 2016 mendapati Datuk Husam Musa melakukan tindakan dan perbuatan yang melanggar Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f) Perlembagaan PAS.

"Berdasarkan peruntukan Fasal 82(6)(d) Perlembagaan PAS (Pindaan 2011) Jawatankuasa Tatatertib PAS membuat keputusan mengambil tindakan tatatertib ke atas Datuk Husam Musa iaitu memecatnya sebagai ahli PAS berkuat kuasa pada hari keputusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.




ULASAN GB

PAS, kamu ini bagaimana?

Dahulu kamu kata, seseornag ahli perlu istiqamah dengan parti.

Apabila ahli-ahli PAS keluar PAS menyertai parti AMANAH, kamu kecam dan tuduh mereka "pengkhianat", kamu selar mereka kononnya "tidak istiqamah".

Kini apabila Husam Musa tidak ikut rakan-rakannya tubuh parti lain tapi istiqamah dalam PAS, kamu pecatnya.

Kegilaan apakah yang melanda PAS kini?

Budaya melembukan ahli nampaknya begitu ketara di dalam PAS. Ia tidak boleh dikritik. Ia menjadi satu kumpulan yang mengajar ahlinya supaya taksub sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"...

GB sudah ulas sebelum ini:

Kemudian hari ini diluluskan juga usul dari Dewan Ulama menuntut tindakan terhadap pihak yang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kuasa Majlis Syura.

Sampai begitu sekali, tak boleh kritik Presiden, tak boleh kritik Majlis Syura Ulama. Mereka kononnya sebagai kumpulan makhluk suci yang tidak boleh disalahi. Ini amat pertentangan dengan ajaran Islam dimana Rasulullah sendiri berlapang dada apabila dikritik. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:

"Wahai Rasulullah, apakah kata-katamu itu wahyu dari Allah atau pendapatmu sendiri?"

"Oh Khabab. ia adalah pendapatku semata,"jawab Rasulullah.


"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum,'' jelas Khabab.

Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan "sahabat lancang" itu untuk menuruti perintahnya, setelah berpikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:

"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin bisa memenangkan pertempuran atas orang-orang Quraisy Mekah.

Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"...


Sepertimana Ibnu Qayyim apabila dikritik kerana menyalahi pendapat gurunya Imam Ibnu Taimiyah, beliau berkata: Aku menyayangi Ibnu Taimiyah, tetapi kebenaran itu lebih aku sayangi daripada Ibnu Taimiyah.

InsyaAllah, bagi GB jika dipecat sekalipun, jiwa GB redha dan tenang, kerana kebenaran itu lebih berhak untuk diikuti.....

Selama menjadi blogger ini pun GB sudah berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk parti. Setidak-tidaknya sejak zaman reformasi dan alhamudillah, PAS telah berjaya cemerlang hasil usaha sedikit ini dari para blogger yang menyebarkan maklumat dan berjuang dari alam langit (siber).

Tiada siapa ambil tahu perit dan susah payah kami selama ini.

Namun, walaupun parti tidak menghargai jasa kami, kamihanya mampu berdiam diri kerana kami yakin Allah itu sentiasa Maha Melihat dan Maha Mengetahui dan Dia berjanji tidak akan sia-sia orang-orang yang berbuat kebaikan. Balasan adalah ditanganNya. Malah jika Dia tidak mengganjari kami pun kami terima kerana itulah keikhlasan kami sebagai hambaNya di dalam perjuangan menengakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Bukan mudah untuk mencapai maqam "keikhlasan" itu kalau tanpa pertolonganNya jua...

PAS mengajar ahlinya jangan "lebih cerdik" dari Presidennya, sama seperti UMNO. Siapa lawan Najib akan "dipancung". Begitulah dalam PAS, siapa lawan Haji Hadi pun akan "kena pancung". Bertentangan sungguh dengan kisah di atas.


Kasihan PAS. Hanya yang bodoh-bodoh yang layak tinggal dalam PAS.

Mujurlah Allah telah membuka ruang dan mempermudahkan penubuhan parti Islam yang kedua di negara ini, AMANAH namanya. Parti Islam yang lebih baik, yang amanah, progresif dan peduli. Begitu besar rahmat Allah kepada hamba-hambaNya yang jujur dan ikhlas di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.




Tiada ulasan: