Jumaat, 6 Mei 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[TERKINI] Mayat Wanita Ditemui Dutemui Di Tebing Sungai

Posted: 06 May 2016 12:12 AM PDT

Nahas Eurocopter AS350 : Mayat wanita ditemui di tebing sungai

Mayat seorang wanita disahkan ditemui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak sewaktu operasi mencari dan menyelamat di kawasan tumpuan pencarian sebuah helikopter yang dipercayai hilang di tebing sungai Batang Lupar.

Menurut Pengarahnya, Nor Hisham Mohammad, mayat wanita yang ditemui tersangkut di tebing sungai itu dalam proses dibawa balik ke hospital untuk pengecaman.


"Pencarian dilakukan di sekitar kawasan SAR di mana seprihan ditemui.

"Selepas penemuan mayat pertama, kami telah mengehadkan radius kawasan pencarian iaitu sekitar empat kilometer daripada kawasan mayat ditemui," kata Nor Hisham dalam satu temubual langsung dengan saluran televisyen Astro Awani sebentar tadi.

Nor Hisham juga menafikan mana-mana viral tentang insiden terbabit dan mengesahkan hanya satu mayat sahaja yang ditemui setakat ini.


Mayat tersebut dijumpai kira-kira 15 kilometer dari pekan Sembuyau.

JBPM telah menggerakkan 50 kekuatan anggota dan pegawai daripada unit Multi Skill Team (MUST) dan Pasukan Khas Operasi Taktikal dan Menyelamat (Storm) serta lain-lain pegawai dalam pencarian itu.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang semalam dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Laporan awal menyatakan ia membawa beberapa orang VIP termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan enam orang termasuk suami Noriah, Asmuni Abdullah dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, yang juga merupakan Anggota Parlimen Kuala Kangsar.

Penumpang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri. Pesawat itu dilaporkan diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas. -FMT
Laporan sebelum ini
Klik untuk baca ULASAN GB sebelum ini




[TERKINI] Serpihan Ditemui, Kisah Disebalik "Kehilangan" Helikopter AS350

Posted: 05 May 2016 11:05 PM PDT

TERKINI Serpihan helikopter hilang ditemui - Najib

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui serpihan yang dipercaya berpunca dari helikopter AS350 yang dilaporkan hilang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Kuching pagi ini.


Manurutnya, operasi SAR telah bergerak dan dari maklumat yang diterima pada jam 9.50 pagi ini, pasukan itu telah menui serpihan yang dipercayai berpunca dari helikopter yang hilang itu.

Serpihan itu termasuk sebuah rotation device, sebuah kerusi, sebahagian daripada pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding pesawat.

Bagaimanapun, penumpangnya belum ditemui.

Najib berkata operasi SAR akan diteruskan sehingga badan utama helikopter dijumpai.

Perdana menteri berkata, segala usaha dan aset yang boleh digunapakai untuk operasi itu akan digunakan sepenuhnya.

Menjawab soalan media, Najib berkata pihaknya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan mengenai nasib penumpang helikopter tersebut.

Katanya, di peringkat ini, pasukan SAR menemui serpihan helikopter dan tiada apa-apa mengenai penumpangnya.

Menurut perdana menteri penumpang helikopter yang hilang itu termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya.

Turut menaiki helikopter tersebut ialah Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga ahli Parlimen Kuala Kangsar, KSU kementerian berkenaan Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri. Helikopter itu dipandu Kapten Rudolf Rex Raga.






Ahmad Shabery sepatutnya menaiki helikopter yang hilang

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tadi, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sepatutnya menaiki helikopter yang dilaporkan hilang semalam, sekiranya rancangan itu tidak diubah pada saat akhir.

Menurut Berita Harian Online pagi ini, Ahmad Shabery berkata beliau sebaliknya telah diminta menaiki helikopter lain bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Jabu meminta menteri itu menyertainya untuk menghadiri satu majlis di Bukit Saban sebelum pulang ke Kuching.

Manakala helikopter yang hilang itu berlepas Spaoh untuk mengambil Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan beberapa orang yang lain.

"Ketika itu hujan lebat dan selepas berhenti, beliau (Jabu) menaiki helikopter berkenaan di Bukit Saban, Betong," Shabery dilaporkan sebagai berkata

"Tidak lama selepas kami berlepas, keadaan cuaca kembali buruk menyebabkan helikopter yang kami naiki mengalami gangguan beberapa kali," katanya kepada akhbar berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan.
-mk


ULASAN GB

GB belum nak ulas apa-apa kerana gerakan mencari penumpang helikopter masih berjalan.

Cuma GB teringatkan TRAGEDI SEMENYIH yang berlaku lebih kurang setahun yang lalu yang mengorbankan 6 orang penumpangnya termasuk 2 orang kanan Najib, iaitu Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Azlin Alias.

GB sudah memberi amaran dahulu:


Semasa itu GB mengulas:

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan...

Berlakulah apa yang dinamakan Tragedi Semenyih... yang mengorbankan 6 orang penumpangnya termasuk 2 orang kanan Najib, iaitu Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Seri Azlin Alias. Tragisnya daripada gambar-gambar yang tersiar di media sosial begitu mengeri dan menggerunkan, yang putus kepala, yang hancur jasadnya... Ianya berlaku selang bebrapa hari selepas pemergian Dato' Poad Jelani. Ketiga-tiganya merupakan orang kuat Jabatan Perdana Menteri (MPO).

Tragedi Semenyih berlaku tatkala Najib sedang "diserang" begitu hebat oleh bekas PM, Tun Dr Mahathir di dalam beberapa isu yang menyangkut hal-hal integriti dan kredibiliti Najib sebagai PM. Isu Altantuya, 1MDB, Jho Low dan anak tiri Najib (Riza Aziz).

Najib setiap kali dikritik dan diserang seperti biasa akan dibela oleh pegawai-pegawainya di PMO. Peruntukan kepada PMO meningkat dari setahun ke setahun sehingga mencecah berbillion ringgit, lebih besar dari mana-mana kementerian yang lain. Jangan lupa pula bayaran untuk konsultan antarabangsa APCO untuk menggilap namanya di peringkat antarabangsa dan peguam UMNO bernama Hasfarizam yang ditugaskan untuk menyaman pihak-pihak yang didakwa mencemarkan nama Najib dan Rosmah.

Berbalik kepada Tragedi Semenyih. Ia berlaku semasa Najib diserang oleh TDM dengan pelbagai isu, dan sebelum berlakunya Tragedi Semenyih itu, pemerintahan Najib sudahpun ditimpakan dengan pelbagai musibah seperti tragedi MH370, MH17 & QZ8501. Musibah-musibah berkaitan dengan penerbangan udara pula berlaku di ketika negara dikejutkan dengan pembelian dan penggunaan jet peribadi oleh Najib dan Rosmah untuk tujuan-tuan rasmi dan peribadi mereka berdua. Kemudian timbul pula dakwaan RM28 juta digunakan untuk mengubahsuai jet peribadi yang digunakan oleh Najib dan Rosmah. Dan PMO seperti biasa mengeluarkan kenyataan penafian berhubung dengan isu-isu yang berkaitan dengan jet peribadi tersebut, sekalipun penafian tersebut tidak dapat meyakinkan rakyat.

Ditengah-tengah hiruk pikuk itulah berlakunya Tragedi Semenyih, dan pegawai-pegawai PMO diantara mangsanya!

Perkara yang telah berlaku sepatutnya menjadi pengajaran kepada Najib. Ia adalah hukum alam, hukum kebenaran dan keadilan yang tidak boleh ditolak, tidak boleh dinafi. Jika ada pegawai di PMO ingin menolak dan menafikan, kini pegawai PMO sendiri "mati", dan nak kata apa lagi?

Dan kita berharap Tragedi Semenyih membuka hati dan minda Najib serta pegawai-pegawai di PMO supaya bertaubat dan tidak mempertahankan tindakan-tindakan yang sememangnya salah itu.

Jika tidak, kita khuatir periistiwa yang lebih dasyat daripada Tragedi Semenyih boleh berlaku, dan semasa itu sesal kemudian sudah tidak berguna lagi.

Dan apa yang GB jangka dan bimbangkan seperti yang GB tuliskan di atas berlaku lagi semalam!


[TERKINI] Helikopter Bawa VIP Hilang Di Sarawak [UPDATED]

Posted: 05 May 2016 06:08 PM PDT

Helikopter bawa VIP hilang di Sarawak

Sebuah helikopter yang dilaporkan membawa beberapa orang kenamaan telah hilang di Sarawak, dan operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan.

Menurut Harian Metro, tidak ada hubungan dengan helikopter tersebut selama tiga jam.

Helikopter itu dalam perjalanan ke Kuching setelah berlepas dari Betong.


Jabatan Penerbangan Awam mengesahkan operasi mencari operasi menyelamat telah dilancarkan, menurut Bernama.

Agensi berita itu melaporkan helikopter berkenaan berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching kira-kira jam 5 petang.

Helikopter Eurocopter AS350 itu dikendalikan sebuah syarikat tempatan.

Polis di Kuching juga dijadual mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian itu tidak lama lagi.

Mengikut maklumat belum disahkan, salah seorang penumpang adalah seorang timbalan menteri dan seorang pengerusi agensi kerajaan yang juga anggota parlimen BN.

Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata unit khas penyelamat taktikal jabatan itu sedang menunggu pengesahan mengenai lokasi pesawat udara itu hilang.-mk

Sementara itu maklumat yang tersebar di laman sosial memaparkan nama-nama penumpang helikopter berkenaan dengan gambar mereka. Belum dapat dipastikan kesahihan.





Timbalan menteri antara 6 VIP dalam helikopter yang hilang

Timbalan Menteri Industri Asas Tani dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon bersama suaminya Asmuni Abdullah adalah antara enam VIP yang berada dalam sebuah helikopter yang dilaporkan hilang di Sarawak hari ini.

Empat lagi adalah Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Dr Sundaran Annamalai, Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Ahli Lembaga Minyak Sawit Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun di samping pilot RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga mengesahkan kejadian ini dan berkata usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.

"Kami sangat prihatin dengan laporan tentang helikopter yang hilang antara Betong dan Kucing. Usaha mencari dan menyelamat sudah digerakkkan. Mari kita berdoa untuk keselamatan mereka," tulis Najib dalam Twitternya.

Menurut laporan, helikopter itu terputus hubungan dekat Sebuyau kira-kira jam 5 petang hari ini.

Helikopter itu dipercayai dalam penerbangan dari Betong ke Kuching dalam misi membantu kempen pilihan raya BN di Sarawak.

Menurut The Star, Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharudin Abdul Rahman telah mengesahkan laporan itu dan berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat telah dilancarkan.

Noriah juga adalah ahli parlimen Sungai Besar, Selangor.

Menurut Menteri Industri Asas Tani dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, kali terakhir beliau melihat Noriah adalah jam 12.30 tengahari tadi di kawasan pilihan rayanya iaitu di kawasan Dun Bukit Saban.

Bagaimanapun beliau tidak mempunyai sebarang maklumat tentang kehilangan helikopter itu, lapor The Star Online. -Malaysia Dateline


Tiada ulasan: