Khamis, 5 Mei 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kenyataan Presiden PAS Ini Akan Sebabkan Calon PAS Hiiang Deposit

Posted: 04 May 2016 11:20 PM PDT

Hadi: PAS mahu hanya bumiputera Islam perintah Sarawak

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya 'tidak menghalalkan' orang lain dan tidak setuju DAP memerintah Sarawak.

PAS, katanya, mahu pemerintah itu di kalangan orang Islam bumiputera.

Abdul Hadi berkata bangsa Cina dan India boleh menjadi rakyat namun ia perlu dipimpin oleh pemimpin beragama Islam.

"PAS mahu Sarawak diperintah oleh bumiputera, bukan kaum lain tapi bumiputera mesti perintah Sarawak dan PAS mahu ia bumiputera Islam.


"Kita tak menghalalkan orang lain, kita tidak setuju DAP perintah Sabah, Sarawak kita tidak setuju. Kita terima orang Cina, India jadi rakyat, kita layan adil semua tapi memerintah negeri mesti bumiputera," katanya.

Hadi berkata demikian dalam ceramahnya yang di hadiri kira-kira 250 orang di Padang Hadapan Masjid Ikhwanul Muslimin, Taman Sukma, Kuching malam tadi.

'PAS nak jadi penasihat'

Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS hanya menghantar 11 calon, bukan mahu memerintah Sarawak, sebaliknya kerana mahu menjadi penasihat kepada kerajaan yang akan dibentuk selepas pilihan raya negeri (PRN) nanti.

"PAS bertanding 11 kerusi (dalam PRN), kalau PAS menang 11 kerusi masih ada 72 kerusi ada lagi, PAS tidak boleh memerintah dengan 11 kerusi.

"Mereka nak 71 kerusi ambil ambil sebab PAS cuma nak 11 kerusi sahaja tujuannya apa, untuk jadi penasihat dengan menasihati kerajaan supaya memerintah dengan mana adil seperti ditunjuk oleh Islam," katanya disambut dengan sorakan 'Allahuakbar'.

Hadi turut mengingatkan rakyat di negeri Sarawak bahawa PRN merupakan amanah mereka untuk memilih pemimpin yang boleh membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri supaya dapat didengari.

"Pilihan raya adalah beri kuasa pada rakyat untuk pilih pemimpin dia setiap lima tahun sekali. Pilih pemimpin bukan dibayar RM10, RM50, bukan RM5,000. Pilih pemimpin adalah amanah tapi kita difahamkan pilihan raya ini adalah peluang dapat wang tambah poster, dapat duit.

"Pilihanraya ini amanah, kita pilih pemimpin kita duduk di dewan negeri bercakap bagi pihak kita di dewan, bercakap perjuangan kita, hak kita, tuntutan kita itu makna pilihanraya," tegasnya. -mk

ULASAN GB

Masing-masing boleh baca dan fikirkan sendiri tentang kata-kata Presiden PAS di atas.

Paling aneh beliau berkata mahu dipimpin oleh bumiptera Islam, tetapi di Dun Kakus, Clement Bayang, 56, calon Kristian yang diketengahkan.


Dari komposisi penduduk Sarawak, umat Islam cuma 32.2%, manakala Kristian 42.6%, Buddha 13.5%, Hindu 0.2% dan lain-lain 11.5% (sumber: Bancian Jabatan Perangkaan 2010)

Jadi bolehkah kita MEMAKSA untuk Sarawak dipimpin oleh bumiputera Islam sahaja? Sama seperti Pulau Pinang, bolehkah PAS dakwa mahu Ketua Menteri bumiputera Islam sahaja? Memang patut pun PAS hilang deposit di Sungai Acheh.

Kalau begitu pergilah ke negara-negara yang majoriti bukan Islam seperti Thailand, Burma, Filipina dan lain-lain. Bagitahu rakyat sana hanya nak Presiden atau Perdana Menteri bumiputera Islam!

Dahulu dia hina rakyat Sarawak, katanya sebab masihg orang Iban masih pakai cawat, itu sebab tak undi PAS.



Dan tidak hairan juga mengapa pengundi-pengundi Sarawak menolak PAS seperti yang dilaporkan sendiri oleh portal prnsarawak pas sendiri.


GB yakin ramai calon PAS akan hilang depositnya di dalam PRN Sarawak 2016 ini. Jangan salahkan orang lain.

Aisyah Gegarkan Sebuyau, Penduduk Beri Sambutan Luarbiasa Kempen AMANAH

Posted: 04 May 2016 06:01 PM PDT

Amanah bawa Aishah gempur Sebuyau, kehadiran luar biasa

Ceramah Parti Amanah Negara (Amanah) di dua tempat di Sebuyau malam tadi menyaksikan sambutan luar biasa daripada penduduk tempatan dengan kehadiran bekas penyanyi popular Wan Aishah Wan Ariffin di Kg Sawmill dan Kg Tungkah Melayu berjaya menarik kehadiran lebih 1,000 orang malam tadi.

Rata-rata yang hadir mahu melihat sendiri artis kesayangan mereka itu secara lebih dekat setelah lama tidak mendengar kelunakan suara biduanita itu selepas tidak lagi aktif menyanyi.


Selain Aishah, turut mencuri tumpuan malam tadi celoteh seorang lagi bekas peserta program realiti, Sulaiman Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak.

Sementara itu, turut berucap malam tadi beberapa pimpinan Amanah termasuk Timbalan Presiden Salahuddin Ayub selaku Pengarah Jawatankuasa Induk bagi PRN Sarawak dan Pengarah Biro Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli.

Salahuddin ketika dihubungi berkata, beliau yakin peluang Amanah untuk menghantar anak sulung ke Dewan Undangan Negeri Sarawak dapat direalisasikan melihat kepada sambutan positif terhadap Amanah setakat ini.

"Peluang bukan mudah. Seluruh petugas Amanah perlu bekerja kuat dalam tempoh dua hari lagi ini.

"Semoga sambutan terhadap Amanah seperti yang dapat dilihat di Sebuyau ini memberi motivasi kepada jentera untuk terus berkerja kuat," katanya.

Sebuyau antara lima kerusi yang didakwa dikategorikan sebagai 'kelabu' oleh Bilik Gerakan Barisan Nasional bersama-sama Balingian, Kabong, Damak laut dan Beting Maro.

Sebuyau ditandingi tiga penjuru oleh tiga calon iaitu Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB), Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas) dan Andrew Anak Jain (Amanah). -malaysia Dateline
















Tiada ulasan: