Isnin, 16 Mei 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Ukur Baju Atau Warna Baju Biar Sedondon?

Posted: 16 May 2016 12:32 AM PDT

Sama-sama ukur baju, Amanah jawab Pas

Demi megembalikan keyakinan rakyat bahawa Pakatan Harapan satu-satunya saingan kepada BN, Parti Amanah Negara (Amanah) akan memastikan tiada pertembungan antara ketiga-tiga parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, itu antara syor yang akan dikemukakan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


"Ini bertujuan mengukuhkan kedudukan Pakatan Harapan sebagai satu-satunya saingan yang serius terhadap BN yang bertujuan menggantikannya sebagai kerajaan dan bukan sekadar meletakkan Pakatan Harapan sebagai pembangkang kuat mahupun sekadar penasihat," katanya pada sidang media di Wisma Amanah semalam.

Mohamad berkata, Amanah belum memutuskan soal calon kerana sebarang keputusan berkenaan PRK ini hanya akan dimuktamadkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Bagaimanapun ujarnya, Amanah mempunyai senarai pendek calon-calon berkaliber yang sedia untuk di ketengahkan.

Ketika ditanya peluang Amanah jika berlaku pertembungan beberapa penjuru termasuk dengan Pas, Mohamad merujuk sejarah PRK Bukit Selambau pada 2009 di mana PKR yang mewakili Pakatan Rakyat ketika itu menang dengan cemerlang walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru.

Ditanya jika ada gesaan pemimpin tertentu agar Amanah tidak bertanding dan memberi laluan kepada Pas, Mohamad berkata ia akan dibincangkan di mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan.

"Parti dalam Pakatan Harapan hanya ada tiga, DAP, Amanah dan PKR. Tidak perlu dan jangan ada usaha mencari formula mahupun pendekatan yang lain," tegasnya.

Ketika diminta mengulas gesaan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar Amanah mengukur baju di badan sendiri, Mohamad dalam nada berseloroh mahu Pas juga berbuat parkara sama.

"Sama-sama la ukur baju, kalau kita nak buat warna pink, ukur la warna pink, tak ada masalah," kata Mohamad.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar berkenaan ditetapkan serentak, dengan hari penamaan calon pada 5 Jun, manakala hari pengundian ditetapkan pada 18 Jun.

Dua kerusi itu kosong selepas kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan MP Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sarawak. -MD


'Pas tak ada hak'

SHAH ALAM – Pas tidak berhak menghalang mana-mana parti politik meletakkan calon mereka di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Ir Izham Hashim berkata, tidak ada pihak yang boleh menghalang sesebuah parti yang mahu bertanding di mana-mana kerusi kerana negara mengamalkan prinsip demokrasi.

"Selagi parti itu berdaftar, sah di sisi undang-undang dan memenuhi syarat untuk bertanding, mereka boleh bertanding di mana-mana sahaja kerusi yang dimahukan.

"Tak ada pihak yang boleh menentukan sesebuah parti itu boleh bertanding atau tak di sesebuah kerusi yang mereka mahukan," katanya mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyarankan agar mana-mana parti yang mahu bertanding di Parlimen Sungai Besar supaya mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu.

Izham berkata, tidak timbul isu Parlimen Sungai Besar kerusi tradisi Pas kerana pilihan terletak di tangan pengundi.

"Kalau kata ukur baju di badan sendiri, dah tentu Pas juga tak akan bertanding di Sarawak kerana itu bukan tempat mereka.

"Dari situ pun kita tahu parti yang berusia 60 tahun itu pun kehilangan wang pertaruhan kerana tak ukur baju di badan sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Izham sempat menasihatkan presiden Pas itu supaya berhenti mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

"Biarlah mana-mana parti nak bertanding di mana-mana sahaja kerusi yang mereka mahu sekali pun kerana itu hak mereka walaupun terpaksa kehilangan wang pertaruhan," katanya.
-SH


ULASAN GB

Macam dah kofiden sangat yang PAS akan menang. Sama macam PRN Sarawak baru lalu.


Last-last, PAS yang terkejut, Dah 60 tahun ditubuhkan, 7 daripada 11 calon PAS hilang wang deposit. Ketua Pemuda PAS pun boleh hilang depositnya. Bagus lagi ketua Pemuda AMANAH Sarawak yang walaupun parti AMANAH baru ditubuhkan tapi tak hilang deposit.


Sekarang, lagi hebat, siap suruh AMANAH ukur baju kalau nak bertanding pilihanraya sekarang ni.

Beliau terlupa nak ukur baju sendiri. Tak mengapalah ukur baju pun. Kot PAS ada formula lain, iaitu bukan baju, tapi tengok warna baju agar sedondon dengan parti kembarnya... kerana At-takiri dah buat kenyataan:





IKLAN BERBAYAR


Pembangkang Boleh Menang K Kangsar, Sg Besar Asalkan Bukan Calon Pas

Posted: 15 May 2016 06:50 PM PDT

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yakin pembangkang akan menawan kawasan parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar dalam pilihan raya kecil (PRK) yang dijadualkan 18 Jun ini dengan syarat yang bertanding bukan calon Pas.

"Situasi politik negara memang tidak memihak kepada kerjaan pimpinan Najib tetapi kalau Pas jadi calon sudah pasti akan kalah," katanya berucap di majlis makan malam Selamatkan Malaysia anjuran Amanah Pasir Puteh malam kelmarin,


Beliau percaya Pas sendiri tahu dalam keadaan sekarang kalaupun mereka turun bertanding mereka turun untuk kalah.

Dalam pilihanraya lalu katanya Pas hampir menang di kedua-dua kerusi kerana sokongan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan kumpulan-kumpulan anti establisment.

"Sekarang parti-parti Pakatan Harapan (PH) tidak akan bersama Pas, malah sebahagian orang Pas sendiri kini bersama Amanah," katanya.

Umno sendiri katanya amat faham situasi ini dan ada yang medesak supaya Pas bertanding, sesuatu yang sukar diterima akal dalam politik.

Sedangkan kata beliau Pakatan Harapan terus kukuh untuk sama-sama membantu dalam PRK ini.Lebih serbu hadir makan malam Amanah Pasir Puteh

"Kalau Amanah bertanding di PRK ini semua parti-parti dalam PH akan sama-sam kerja keras untuk pastikan kemenangan," katanya.

Tambahan lagi sekarang pihak Umno-BN sedang berpecah dua kepada gerakan Selamatkan Malaysia dan kumpulan pro Datuk Seri Mohd Najib Razak," katanya.

Menurut beliau jika semua ini diambil kira peluang untuk jatuhkan BN di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar amat cerah.

Sementara itu Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu berkata Amanah akan membuat keputusan mengenai PRK 18 Jun ini berdasarkan perundingan majlis presiden PH.

"Kalau tanya saya Sungai Besar Amanah wajar, Kuala Kangsar Amanah sesuai untuk bertanding," katanya disambut laungan takbir dan tepukan gemuruh lebih 1 000 tetamu di sebuah resort di Tok Bali. -MD


IKLAN BERBAYAR


Tiada ulasan: