Khamis, 12 Mei 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Tiba-tiba PAS Akan Sepentas Dengan Tun Mahathir....

Posted: 12 May 2016 12:00 AM PDT

Naib Presiden Pas sertai Deklarasi Rakyat di Shah Alam

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Samad akan menyertai pentas himpunan Deklarasi Rakyat yang akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam Sabtu ini.

Menurut poster program yang diedarkan itu, Iskandar, Exco Kerajaan Negeri Selangor itu akan menyertai Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali dan Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis itu.

Ini adalah satu berita baik kerana sebelum ini hanya seorang sahaja pemimpin kanan Pas yang menyertai program ini iaitu Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihan raya Pas.


Mustafa adalah antara 25 pemimpin pertama yang menandatangani deklarasi ini ketika ia mula dilancarkan.

Ekoran itu, bekas ketua penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar mengucapkan tahniah kepada Iskandar kerana menyertai usaha untuk menyelamatkan Malaysia itu.

"Alhamdulillah, YB Datuk Iskandar Naib Presiden Pas menjejaki saya yang lebih dahulu bersama dipentas selamatkan Malaysia bersama Tun M dan rakan-rakan dari pelbagai latar belakang politik untuk menuntut Najib berundur dari jawatan PM sekarang.

"Tahniah YB Datuk Iskandar," tulis Mahfuz melalui Facebooknya.

Himpunan di Shah Alam adalah siri himpunan jelajah seluruh negara yang dianjurkan oleh gerakan Selamatkan Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum ini mereka telah berhimpun di Kota Bharu, Muar, Alor Setar, Pulau Pinang dan lain-lain tempat lagi.

Kemuncak adalah penghantaran Deklarasi Rakyat yang mengandungi 37 perkara ini kepada Majlis Raja-raja Melayu memohon perkenan baginda agar menasihatkan Datuk Seri Najib Razak agar berundur sebagai perdana menteri.-Malaysia Dateline

ULASAN GB

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menasihatkan anggota parti itu agar tidak menyertai "Deklarasi Mahathir" kerana proses perubahan negara mesti dilakukan secara positif serta tidak menghuru-harakan negara.


Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din pula menyatakan Deklarasi Rakyat dibentangkan Tun Dr Mahathir Mohamad tiada impak jika tidak dibawa ke Parlimen. Malah sebelumnya pun Harun Din menyatakan tuduhan ke atas Najib mengenai 1MDB tidak masuk akal dan Najib perlu diberi peluang untuk membetulakn keadaan.


Sejak dari itu juga, pascai telah memukul gendang seribu di media sosial mengutuk Himpunan Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat. Dicungkil habis segala keburukan TDM zaman lalu dan menuduh mereka yang menandatangani Deklarasi Rakyat itu ialah golongan yang mahu UMNO kuat semula kerana himpunan itu dipimpin oleh TDM. Parti Amanah Negaralah yang menjadi sasaran serangan mereka.

Tiba-tiba Naib Presiden PAS, Iskandar Samad, yang juga exco kerajaan Selangor dilaporkan akan berada sepentas dengan Tun Mahathir menyertai himpunan Deklarasi Rakyat

Kita percaya yang membawa Iskandar ke himpunan itu ialah Timbalan Presiden PKR yang juga MB Selangor, iaitu Azmin Ali. Azmin khuatir kedudukannya dan kedudukan PKR di Selangor bakal terjejas jika PAS tidak menyertai Deklarasi Rakyat kerana gelombang rakyat kini menolak BN dan kepimpinan Najib.

PAS pula kena dengar dan patuh cakap Azmin, khuatir Azmin buat tergeliat singkirkan PAS dari kerajaan Selangor. Melopong PAS nanti. Justeru, untuk survival politiknya, Iskandar memilih untuk menolak nasihat Presiden dan Mursyidul Amnya, sebaliknya mengikut Azmin dan menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia sepentas dengan TDM.

Husam menghadiri majlis-majlis yang disertai DAP dan AMANAH, akhirnya dipecat. Bagaimana dengan Iskandar?

Dan agaknya apa pula kata-kata pascai kali ini?



IKLAN BERBAYAR


AMANAH Perlu Teruskan Kerja Di Sarawak

Posted: 11 May 2016 06:51 PM PDT

Amanah jangan tinggalkan 13 Dun, nasihat penganalisis

Amanah perlu mengatur strategi dengan meneruskan gerak kerja di 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini, kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomudin Bakar.

Menurutnya, meskipun Amanah hilang deposit di sembilan kerusi Dun, itu bukan rekod yang menghairankan kerana parti senior lain turut mengalami nasib sama iaitu PKR (10), DAP (7) dan Pas hilang wang pertaruhan di lima daripada 11 kerusi Dun ditandingi.



"Paling penting, Amanah sebagai parti baharu jangan tinggalkan jejak di 13 Dun itu. Jentera Amanah Sarawak perlu buat daya lonjakan sepanjang lima tahun ini menuju PRN akan datang. Perkukuh bilik gerakan, tambahkan keahlian.

"Itulah sebenarnya modus operandi yang membawa kepada kejayaan beberapa calon bebas di sana sehingga undi diterima mereka mengatasi calon parti.

"Apa lagi Amanah sebagai parti yang belum berusia setahun penubuhannya tetapi berani menyahut cabaran ke gelanggang pilihan raya," kata beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Ditanya keupayaan calon Amanah di Dun Balingian yang mampu mengurangkan majoriti undi calon BN, beliau berkata, faktor anak muda turut mempengaruhi pilihan pengundi.

"Selain Balingian yang menampilkan calon tempatan berusia 37 tahun, kita dapat lihat calon Amanah di Gedong dan Semop juga anak muda masing-masing berumur 30 dan 35 tahun. Walaupun kedua-dua calon itu kalah tetapi tidak hilang wang deposit dan itu satu permulaan yang baik," ujarnya.

Untuk rekod, calon Amanah, Nurzaiti Hamdan di N.58 Balingian meraih 1,244 undi manakala calon BN, Abdul Yaakub Arbi mendapat 4,208 undi dengan majoriti 2,964 undi.

Sementara itu, satu-satunya calon Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam sejarah pilihan raya negara ini, Rapelson Richard Hamit di N.26 Gedong mendapat 699 undi dan Fadillah Sabali di N.42 Semop memperoleh 878 undi.

Mengulas lanjut penyertaan Amanah pada PRN kali ke-11 yang berakhir pada 7 Mei lalu, Hisomudin berkata, semakin ramai masyarakat tempatan mulai mengenali parti baharu Islam itu dan mereka menyambut baik kewujudan Amanah.

"Warna oren kian dikenali. Hanya pada PRN lepas timbul kekangan dari segi limitasi jentera parti, faktor lokaliti dengan bertanding di kubu kuat PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) dan logistik yang terhad sepanjang tempoh berkempen.

"Kesemua hal itu perlu ditangani dari semasa ke semasa sepanjang tempoh lima tahun mendatang ini bagi mengumpul lebih ramai ahli dan penyokong Amanah," tambahnya lagi.

Selain Amanah, PKR, DAP dan Pas, seramai 17 calon Bebas hilang deposit pada PRN Sarawak kali ini manakala Parti Reformasi Sarawak (Star) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) masing-masing hilang deposit di 10 dan empat kerusi Dun.

Mereka merupakan 62 calon atau 24 peratus daripada jumlah keseluruhan 226 calon yang hilang deposit pada PRN ke-11 pada Sabtu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dilapor berkata akan terus komited melaksanakan program infrastruktur dan kem pendidikan di Sarawak walaupun hilang lima kerusi pada PRN lalu.

Di bawah gerak kerja Impian Sarawak, ujarnya, DAP telah melaksanakan lebih 60 projek sebelum ini termasuk sistem agihan air gravity, pembinaan jalan raya dan bekalan elektrik murah.

ULASAN GB

Seperti yang GB ulas sebelum ini, Amanah belum dikurniakan rezeki kemenangan. Itu sahaja.

Walaupun ada suara-suara sumbang dari parti sejarah memperlekehkan AMANAH kononnya AMANAH tidak diterima oleh rakyat Sarawak, namun fakta dan figura menunjukkan disebaliknya.

Digembar-gemburkan hanya di beberapa DUN tertentu kononnya AMANAH mendapat jumlah undi yang kecil berbanding PAS seperti di Beting Maro dan Sebuyau, tetapi mereka takut dan menunjukkan jumlah undi popular secara keseluruhan yang diterima oleh AMANAH.

PECAHAN UNDI POPULAR PRN SARAWAK 2016

Barisan Nasional : 63.72%
DAP : 18.21%
PKR : 9.29%
PAS : 1.70%
AMANAH : 1.24%

Melihat angka di atas, jelas sekali bahawa AMANAH sekalipun baru berusia 6-7 bulan sudah berjaya memeperolehi undi popular yang hampir dengan PAS yang telah berusia 60 tahun (1.24% berbanding 1.70%)

Seperti kata Setiausaha Agung Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir, pengalaman pertama parti AMANAH bertanding pada PRN kali ini merupakan pengalaman berharga untuk AMANAH memperkenalkan parti dan logonya kepada rakyat Sarawak.

"Ia memberikan pengalaman yang cukup berharga dan sebagai parti baru untuk diperkenalkan kepada orang ramai bukanlah suatu perkara mudah.

"Jadi, tujuan kita menyertai PRN Sarawak adalah untuk memperkenalkan parti dan logo yang berusia tujuh bulan ini kepada rakyat Sarawak," tambahnya.

Mengenai calon AMANAH yang hilang deposit, bukanlah sesuatu yang perlu digusarkan sangat kerana semua parti pembangkang mengalami nasib yang serupa.

Bil calon hilang wang deposit:

DAP 7/31 - 22.6%
PAS 7/11 - 63.6%
PKR 10/40 - 25%
AMANAH 9/13 - 69.2%
PBDS 5/5 - 100%
STAR 7/10 - 70%

AMANAH Tidak Hilang Deposit di semua "kerusi baru yang kita masuk", yakni semasa kita bersama PAS kita tak tanding. Seperti Gedong, Kabong, Semop dan Balingian. Ini adalah satu pencapaian cemerlang bagi parti yang berusia 6-7 bulan. Sekaligus membuktikan AMANAH punya masa depan yang baik dan cerah di Sarawak.

PAS pula telah Hilang Deposit di kesemua kerusi baru yang mereka pertandingkan termasuk juga kerusi yang mereka dah beberapa kali masuk bertanding. Total kerusi hilang deposit bagi PAS adalah 7/11 .

PAS HILANG DEPOSIT DI 5 KERUSI BARU MEREKA TANDING
1) Dun Pujut
2) Dun Lambir
3) Dun Jepak
4) Dun Samalaju
5) Dun Kakus

PAS HILANG DEPOSIT DI 2 KERUSI LAMA MEREKA
6) Dun Muara Tuang
7) Dun Sadong Jaya

Dan yang paling menarik, Ketua Pemuda AMANAH Sarawak, Sdra Fadillah Sahari yang bertanding di DUN Semop, tidak hilang deposit manakala Ketua Pemuda PAS, Mohammad Arifiriazul Paijo yang bertanding di DUN Lambir telah hilang deposit.





Jadi sewajarnyalah nasihat dari ILHAM CENTER itu diikuti bahawa Amanah perlu mengatur strategi dengan meneruskan gerak kerja di 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Foto Terbaik Pasca-PRN Sarawak Pilihan GB 

Kakak di Beting Maro ini, sekalipun AMANAH kalah beliau tetap mengenakan apron AMANAH, Keep Calm Join AMANAH. Foto diambil selepas PRN Sarawak sejurus para petugas dari Melaka membuat lawatan terakhir sebelum berlepas balik.



IKLAN BERBAYAR


Tiada ulasan: