Isnin, 9 Mei 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


ALHAMDULILLAH

Posted: 09 May 2016 08:25 AM PDT

shahbudindotcom



 
 
Di Kepala Batas Ahad lalu, di sebalik dakwaan Bernama bahawa program Selamatkan Malaysia yang diadakan di Dewan Millenium tidak berapa mendapat sambutan, Tun Mahathir Mohamad sebaliknya telah membawa khabar berita berkenaan Deklarasi Rakyat.

"Setakat ini kami sudah mendapat sejuta tandatangan rakyat yang menyokong deklarasi dan satu tarikh khas akan ditentukan kelak untuk ia diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong," kata bekas Perdana Menteri itu.

Tahniah dan syabas kepada rakyat yang berani menandatangani Deklarasi Rakyat, sama ada melalui atas talian mahupun berbuat demikian secara langsung.

Bersekali dengan tercapainya matlamat mengumpul sejuta tandatangan itu, sebelum ia disusuli dengan dua juta dan tiga juta tandatangan yang seterusnya, Deklarasi Rakyat ini pasti akan lebih berkesan jika pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar dapat menunjukkan penolakan yang sama melalui peti undi dalam pilihanraya kecil nanti. 


DAP: Sarawak penanda aras untuk PRU14 cuma mitos

Posted: 09 May 2016 08:18 AM PDT

MALAYSIAKINI




DAP menolak tanggapan kemenangan besar BN dalam pilihan raya negeri Sarawak kelmarin menjadi petanda kejayaan mereka dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Menolak kenyataan Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak, ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang berkata semua itu cuma mitos.

"Ini sebahagian daripada beberapa mitos yang lahir dalam tempoh 36 jam selepas keputusan pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada Sabtu malam," katanya.

Lim berkata pilihan raya negeri di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menjadi penanda aras lebih tepat berkaitan nasib Najib dalam PRU14.


 
 
 

PKR tentukan saman kerajaan Sarawak esok

Posted: 09 May 2016 08:11 AM PDT

Alyaa Azhar

 



PKR akan menentukan sama ada pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri Sarawak berhubung sekatan kemasukan pemimpin parti itu esok.

Mengesahkan perkara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, hal tersebut akan dibincangkan semasa mesyuarat biro politik parti itu malam esok.

"Keutamaan akan terus kepada calon-calon tempatan kami dan kehidupan seterus mereka berbanding maruah kami yang dicalar.

"Kami mahu mereka menerima sepenuhnya kehadiran kami dan menyokong semasa berkempen," beliau memberitahu Malaysiakini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu adalah antara pemimpin pembangkang yang dilarang memasuki Sarawak semasa tempoh kempen pilihan raya negeri Sabtu lalu.

Nurul Izzah tetap dihalang walaupun selepas beliau menulis surat kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang meminta beliau dan ibunya, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk meminta secara baik.

Lebih 40 ahli parlimen pembangkang, aktivis dan ahli akademik dihalang memasuki Sarawak ketika tempoh tersebut.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pemuda PKR Sarawak, Simon Siah dilaporkan akan mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri Sarawak atas halangan kemasukan tersebut.

Siah, yang merupakan sebahagian daripada biro perundangan PKR negeri berkata, pihaknya akan menunggu sehingga pilihan raya selesai untuk berbuat demikian.


'Saya kenal Rahman Dahlan, dia ada nombor saya,' kata Zarul

Posted: 09 May 2016 08:07 AM PDT



  



Pengerusi Zenith Group of Companies, Zarul Ahmad hari ini mendedahkan beliau dan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan saling mengenali dan bersedia untuk membuat pembentangan projik jika itu yang beliau mahukan.

"Saya kenal Rahman Dahlan, beliau ada nombor saya, dan saya bersedia untuk membuat pembentangan projek jika beliau meminta," kata Zarul semasa sidang akhbar bersama anggota EXCO Pulau Pinang, Lim Hock Seng di Komtar, hari ini.

Minggu lalu, Abdul Rahman mahu kerajaan negeri Pulau Pinang menjelaskan kos kajian feasibiliti cadangan terowong bawah laut yang dikatakan mencecah RM305 juta.

Ujar Abdul Rahman, jumlah itu adalah sekali ganda daripada perbelanjaan kerajaan negeri yang diterajui oleh DAP itu bagi program kebajikannya untuk warga emas, ibu tunggal, bayi baru lahir dan lain-lain.

Mengulas mengenai dakwaan Abdul Rahman itu, Zarul menambah, beliau akan memaklumkan kepada lembaga pengarah syarikat itu mengenai tuduhan menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu.

Zarul, yang menerajui Consortium Zenith-BUCG, firma yang dianugerahkan projek tersebut berkata, para pengarah akan memutuskan apa jua tindakan yang akan diambil berkenaan dakwaan beliau itu.

Ditanya apakah tindakan selanjutnya itu melibatkan aspek perundangan, Zarul enggan mengulas mengenainya.

Hari ini, dalam sidang akhbar yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang, Lim Hock Seng menafikan kos kajian feasibiliti cadangan terowong bawah laut mencecah RM305 juta.

Lim berkata, kos sebenar kajian berkenaan yang turut melibatkan tiga lebuh raya ialah RM51.27 juta.
"Kos tersebut hanyalah 0.93 peratus daripada kos pembinaan, yang keseluruhannya berjumlah RM6.341 bilion.

"Kos kajian feasibiliti untuk tiga projek lebuh raya ialah RM31.269 juta dan terowong bawah laut RM20 juta.

"RM305 juta itu kos untuk kajian feasibiliti, kesan alam sekitar, reka bentuk terperinci manakala kos keseluruhan untuk pembinaan tiga projek lebuh raya terowong bawah tanah ialah RM6.341 bilion," jelas Lim semasa sidang akhbarnya.

Isu UEC: Timbalan Menteri Pendidikan perlu jelaskan

Posted: 09 May 2016 08:02 AM PDT

MALAYSIAKINI




Gerakan penyokong sekolah satu aliran membantah sebarang usaha untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC).

Dalam maklum balas kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon yang dipetik sebagai berkata UEC akan diiktiraf "tidak lama lagi", Pengerusi Gerakan Sistem Sekolah Satu Aliran Demi Perpaduan (Serap), Shahril Hamdan menggesa Chong agar menjelaskan perkara itu.

"Kami menentang sekeras-kerasnya hal ini dan kami mahu Chong menjelaskan sama ada kenyataannya itu berdasarkan harapan sendiri atau sememangnya ianya telah dipersetujui oleh pihak kerajaan," kata Shahril dalam kenyataannya, hari ini.

Shahril berkata, kenyataan Chong itu bercanggah dengan keputusan kerajaan sebelum ini bahawa UEC tidak diiktiraf sebagai kelayakan kemasukan ke universiti tempatan.

Beliau turut menekankan pendirian Serap dalam hal itu - bahawa kewujudan pelbagai aliran sekolah buat suatu aset kepada negara dan lebih dari itu, memecah belahkan rakyat.

Shahril, yang juga ahli majlis eksekutif Pemuda Umno berkata, Chong harus menyedari UEC tidak menggunakan kurikulum nasional dan telah menggunakan kurikulum Taiwan selain diuruskan oleh Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), berbanding kerajaan.

Baru-baru ini, kerajaan negeri Sarawak secara prinsipnya bersetuju mengiktiraf UEC sebagai syarat untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam dan pusat pengajian tinggi awam negeri Universiti Malaysia Sarawak.

Langkah itu menjadikan negeri pertama mengiktiraf sijil yang dikeluarkan oleh Sekolah-sekolah Menengah Bebas Cina (MICSS) itu.

Putrajaya sebelum ini tidak menerima UEC sebagai syarat untuk menyertai institusi awam, kerana ia dikatakan gagal mengikuti dasar-dasar dan kurikulum sistem pendidikan kebangsaan.

Mengulas lanjut, Shahril berkata, mereka yang mahu memperjuangkan UEC adalah hak masing-masing tetapi tidak boleh meminta sokongan kerajaan.

"Sebarang usaha untuk mengiktiraf adalah langkah terkebelakang dan akan memburukkan keadaan," ujarnya

Pembangunan bukan punca banjir di Putrajaya

Posted: 09 May 2016 07:47 AM PDT

SINAR HARIAN


Tengku Adnan Tengku Mansor
Tengku Adnan Tengku Mansor


PUTRAJAYA - Kepesatan pembangunan bukan faktor berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan sekitar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di sini Sabtu lepas, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, siasatan awal oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) mendapati banjir tersebut berlaku akibat laluan air tersumbat oleh daun-daun yang jatuh ke dalamnya.

Selain itu, katanya kadar curahan air hujan yang terlalu banyak iaitu pada bacaan 180 milimeter berterusan kira-kira sejam semasa kejadian yang dianggap fenomena luar biasa juga mendorong peningkatan air di dalam longkang begitu cepat.

"Ini adalah fenomena luar biasa untuk Putrajaya di mana hujan terlalu lebat berserta angin kencang yang turut menerbangkan daun-daun kering masuk ke dalam longkang sehingga menyebabkan laluan air tersumbat.

"Hujan ini faktor semulajadi, kita tak boleh kawal ... walaupun perkara seumpama ini adalah di luar jangkaan sama sekali," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya telah mengarahkan PPj untuk mengkaji semula jenis pokok-pokok yang ditanam selain memastikan laluan air sentiasa dipantau bagi memastikan kejadian banjir kilat tidak berulang.

Dalam kejadian antara 6.30 petang hingga 7.30 malam Sabtu, beberapa kawasan dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menghala ke Dataran Gemilang, di Presint 3 dan Presint 4 di sini ditenggelami air, antara lain menyebabkan dua buah kenderaan terperangkap namun tiada mangsa di dalamnya. - Bernama



Rumah jadi wakaf mengaji al-Quran

Posted: 09 May 2016 07:42 AM PDT

Rumah jadi wakaf mengaji al-Quran
Muhammad Nasir (duduk, dua, kiri) bersama sebahagian peserta Rumah Ngaji Kampung Derdap, Limbat, semalam.
 
 
KOTA BHARU - Rumah yang dibina di tanah pemberian ibu bapa dijadikan wakaf mengaktifkan al-Quran menerusi Rumah Ngaji Kampung Derdap Limbat.

Pengasasnya, Saadah Ismail berkata, tempat berkenaan mempunyai 20 peserta diaktifkan sejak Disember tahun lalu apabila ia mendapat sambutan dalam kalangan pesara dan orang kampung.

"Dahulu arwah ayah, Penggawa Ismail Mat Saat ada tempat khas untuk orang kampung belajar mengaji al-Quran, tetapi apabila beliau meninggal dunia, tempat itu kini diwakafkan menjadi madrasah.

"Setelah saya pencen sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Kebangsaan Raja Abdullah dua tahun lalu, saya ambil keputusan menjadikan rumah yang dibina lebih setahun ini sebagai tempat mengaji al-Quran," katanya selepas Majlis Perasmian Rumah Ngaji Derdap, Limbat, Pasir Tumboh, di sini.

Hadir merasmikan majlis, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), Muhammad Nasir Hamzah.

Saadah berkata, setelah mendapat al-Quran percuma daripada Karangkraf, mereka menumpukan usaha mengaji bersama pesara kerajaan dan swasta.

"Saya terpanggil untuk mengembangkan ilmu mendalami al-Quran bagi meneruskan usaha arwah bapa sebagai legasi kepada generasi akan datang.

"Semoga usaha ini diberkati dan saya berharap ia mendapat sambutan penduduk setempat dan dari kampung berdekatan," katanya.

Sementara itu, Muhammad Nasir menyarankan ibu bapa supaya sentiasa memeriksa keadaan dan pergerakan anak-anak, terutama menjaga solat mereka.

"Jadikan al-Quran sebagai panduan, jangan hanya memberi tumpuan terhadap akademik sahaja kerana al-Quran dapat membentuk masyarakat berakhlak dalam jangka masa panjang," katanya.


Raja Zarith: 'Ini gambaran yang sangat menyayat hati'

Posted: 09 May 2016 07:37 AM PDT


Raja Zarith: 'Ini gambaran yang sangat menyayat hati'
Foto menyentuh hati yang dimuat naik dalam Facebook Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah hari ini.


SHAH ALAM - Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah merakamkan ucapan takziah kepada waris keluarga Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mohammad Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad yang terlibat dalam kejadian nahas helikopter terhempas berhampiran Sungai Batang Lupar di Sebuyau pada Khamis lalu.

Menerusi kemas kini status di laman sosial Facebook hari ini, Raja Zarith Sofiah turut memuat naik foto Datin Mastura Mohd Yazid bersama anak-anaknya yang sedang dalam perjalanan menaiki pesawat bagi menghantar jenazah Allahyarham dari Kuching ke Ipoh.

"Saya terfikirkan ketika kita semua sedang meraikan sambutan Hari Ibu manakala balu dan seorang ibu, Datin Mastura Mohd Yazid bersama anaknya sedang menemani keranda Allahyarham Datuk Mohammad Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad dari Kuching ke Ipoh bagi upacara pengebumian.

"Ia adalah gambar yang sangat menyayat hati untuk Datin Mastura dan anak-anaknya," tulis baginda.

Selain daripada itu, Raja Zarith Sofiah turut menyampaikan ucapan takziah waris mangsa lain yang terlibat dalam kejadian tersebut iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri serta juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Raja Zarith Sofiah turut menzahirkan agar waris mangsa terlibat diberikan kekuatan ketika menghadapi saat-saat sukar kehilangan orang yang tersayang.

Khamis lalu, helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong pada 4.12 petang menghala ke Kuching sebelum terputus hubungan dan hilang dari radar.

Beberapa serpihan pesawat itu ditemui dekat Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau.


Pas tolak tawaran PKR bersama hadapi PRU14

Posted: 09 May 2016 07:30 AM PDT

Mohd Amar Nik Abdullah


KUALA LUMPUR - Pas menolak tawaran PKR agar parti Islam itu menyertai Pakatan Harapan di samping DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi menghadapi PRU14.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebaliknya Pas lebih berminat jika PKR dapat menyertai Blok Ketiga yang ditubuhkan Pas bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

"Kalau tanya saya, saya suka nak ajak PKR untuk sertai Pas dalam Blok Ketiga. Tapi setakat ini kita tiada perbincangan lagi ke arah itu.

"Kita juga belum bincangkan secara rasmi mengenai tawaran (Mohamed) Azmin," katanya ketika ditemui media selepas hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kelantan Utilities Mubaarakan Holding Sdn Bhd dengan Rising Promenade Sdn Bhd di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Azmin ajak Pas kembali bersama DAP, PKR]

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau berharap Pas dan Amanah dapat bergerak bersama PKR dan DAP bagi menghadapi PRU14 sebagai satu pasukan.

Kenyataan Mohamed Azmin dibuat susulan kekalahan PKR dan DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang menyaksikan pertelingkahan kedua-dua parti itu di beberapa kerusi.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, Pas yakin penyertaan PKR akan memperkukuhkan lagi Blok Ketiga bagi menghadapi PRU14.

"Kita menaruh harapan lebih besar kepada Blok Ketiga untuk masa depan politik negara," katanya.


Tiada Adun Pas lompat parti sertai Amanah

Posted: 09 May 2016 07:27 AM PDT

Tiada Adun Pas lompat parti sertai Amanah


KUALA LUMPUR - Pas  menyangkal dakwaan 10 Adun parti itu akan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) selepas pemecatan bekas Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebaliknya ia hanya propaganda Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah bagi mewujudkan suasana kelam kabut dalam Pas.

"Saya percaya tiada ahli Pas yang akan lompat parti," katanya ketika ditemui media selepas hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kelantan Utilities Mubaarakan Holding Sdn Bhd dengan Rising Promenade Sdn Bhd di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: http://www.sinarharian.com.my/politik/siapa-10-yb-sokong-husam-1.518638]
Semalam, Wan Rahim dilaporkan berkata Amanah akan mengumumkan 10 wakil rakyat Pas  yang bakal lompat parti selepas Husam menerima surat pemecatannya secara rasmi.

Wan Rahim turut mempertahankan kenyataannya itu sebagai bukan cakap-cakap kosong.

Husam, yang juga Adun Salor dipecat berkuatkuasa 23 April lalu selepas Jawatankuasa Tataterib Pas mendapati beliau melanggar perlembagaan parti.

Dalam pada itu, Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas berkata, Husam masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan kepada Jawatankuasa Pas Pusat.

"Saya tidak boleh komen (tentang pemecatan) kerana saya salah seorang Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Sebab itu kami tidak boleh komen sebab kami macam mahkamah rayuan.

"Dari segi perlembagaan, mana-mana ahli yang dikenakan tindakan disiplin, boleh merayu kepada Jawatankuasa Pas Pusat dalam tempoh sebulan. Kalau rayuan tidak diterima oleh Pas pusat, dia boleh bawa lagi rayuan ke Majlis Syura," katanya.


SIAPA PATUT BERTANDING DI KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR?

Posted: 09 May 2016 02:34 AM PDT

shahbudindotcom



Pas nampaknya awal-awal lagi sudah menyatakan hasrat akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang bakal diadakan tidak lama lagi berikutan kematian wakilnya Wan Khairil Wan Ahmad dan Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter terhempas di Sarawak, baru-baru ini.

Berdasarkan pilihanraya 2013, memang Pas yang bertanding di kedua-dua kawasan itu. Di Kuala Kangsar, Pas tewas dengan 1,082 undi manakala di Sungai Besar hanya dengan 399 undi.
Itu keputusan 2013 di mana DAP dan PKR masih bersama mereka serta pengundi bukan Melayu juga memberikan undi kepada calon-calon Pas tersebut.

Tetapi sekarang Pas sudah berpisah daripada Pakatan Rakyat dan Amanah pula sudah lahir sebagai parti parti baru dalam Pakatan Harapan?

Pengundi bukan Melayu tentunya tidak lagi memberi undi kepada Pas sebagaimana pilihanraya 2013 dahulu.
Dalam hal ini, apakah Amanah yang akan bertanding di kedua-dua kawasan itu mewakili Pakatan Harapan?

Jika SPR menetapkan pilihanraya diadakan serentak, wajarkah Amanah bertanding di kedua-duanya sekali atau perlu menyerahkan salah satu kerusi itu kepada PKR untuk menandinginya?

Dengan Pas sudah mengesahkan mahu bertanding, kebarangkaliannya ialah pertandingan tiga penjuru akan berlaku di Kuala Kangsar mahu pun Sungai Besar, kecuali jika Pakatan Harapan mengambil keputusan tidak meletakkan calon bagi memberi laluan pertandingan satu lawan satu antara Pas dengan BN.
Namun, perkara itu rasanya mustahil terjadi kerana dalam situasi sekarang, tidak bertandingnya Pakatan Harapan dan memberi laluan kepada Pas hanya seolah-olah memberi kemenangan percuma kepada BN berikutan parti Islam itu sendiri lebih condong untuk bersama dengan Najib Razak dan kerajaan.

Tidak bertandingnya Pakatan Harapan juga bagaikan mereka awal-awal lagi sudah mengalah daripada masuk gelanggang.

Maka, ada baiknya Pakatan Harapan tetap meletakkan calon dan membiarkan sahaja pertandingan tiga penjuru berlaku. Dua pilihanraya kecil ini adalah ujian penting kepada gabungan baru PKR, DAP dan Amanah untuk berhadapan dengan BN dan Pas yang mungkin terpaksa mereka hadapi di banyak kawasan dalam pilihanraya umum akan datang.

Jika ia berjaya, Pakatan Harapan sudah boleh membayangkan kejayaannya dalam pilihanraya 2018 nanti dan jika gagal pula, masih ada masa untuk melihat di mana kesilapannya serta memperbaikinya.


Hanya PAS Pusat boleh putuskan pelawaan Azmin

Posted: 09 May 2016 02:26 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad memberitahu terserah kepada kepimpinan pusat untuk memutuskan sama ada menerima atau tidak pelawaan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berhubung tawaran untuk menyertai Pakatan Harapan (PH).
 
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata demikian sebagai mengulas pelawaan PKR untuk PAS bersamanya dan DAP sebagai satu pasukan bagi menghadapi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
 
"Keputusan (pelawaan Azmin) seperti itu hanya boleh dibuat oleh PAS pusat. PAS Selangor tidak boleh membuat keputusan tersebut," katanya yang dipetik laporan Malaysiakini.
 
Azmin yang juga menteri besar Selangor dalam satu kenyataan berkata semua parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang jelas menunjukkan rakyat negeri itu menolak pertelingkahan sesama mereka.
 
Oleh itu, bagi memastikan hasrat pakatan pembangkang untuk merubah masa depan Malaysia, PKR mengajak PAS untuk kembali bersamanya dan DAP.
 
Keputusan PRN Sarawak ke-11 menyaksikan Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan besar dengan menguasai 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuk dua kerusi yang dimenangi tanpa bertanding.
 
DAP yang sebelum ini menguasai 12 kerusi hanya menang di tujuh daripada 31 kerusi yang ditandinginya manakala PKR hanya menang tiga daripada 41 kerusi yang ditandingi. 
 
PAS dan AMANAH tewas di semua kerusi yang ditandingi.
 
PAS sebelum ini memutuskan untuk tidak lagi bersama pakatan pembangkang.
 
Beberapa bekas pemimpin kanan PAS kemudiannya menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) dan bekerjasama dengan DAP dan PKR, manakala PAS pula menubuhkan satu lagi pakatan pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
 
 

PKR jangka PRK Sg Besar sebelum atau semasa bulan Ramadan

Posted: 09 May 2016 02:25 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menjangkakan pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar akan diadakan sebelum atau semasa bulan Ramadan.
 
Namun terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menentukan tarikh tersebut kerana tempoh PRK perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas diumumkan kosong.
 
"Mereka (SPR) perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari. 60 hari dijangka pada hari kedua atau ke tiga hari raya.
 
"Saya tidak rasa mereka akan adakan pilihan raya pada hari raya. Berkemungkinan pada semasa atau sebelum bulan puasa," katanya ketika ditemui media selepas perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Aziz Shah pagi ini.
 
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon meninggal dunia dalam satu nahas helikopter di Sarawak Khamis lalu.
 
Tragedi malang itu turut mengorbankan anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar dan empat yang lain.
 
Berikutan itu, dua pilihan raya kecil akan diadakan bagi mengisi kekosongan dua kerusi berkenaan.
 
Sementara itu, mengulas ketetapan Pakatan Harapan untuk meletakkan calon di kerusi berkenaan Azmin berkata perkara itu akan dibincangkan.
 
"Kita akan bincang," katanya ringkas kepada pemberita.
 
 

Kekalahan teruk PRN Sarawak pencetus tawaran PKR kepada PAS

Posted: 09 May 2016 02:16 AM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic


SHAH ALAM: Penganalisis politik Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed mendakwa tawaran PKR terhadap PAS mungkin disebabkan prestasi buruk parti pembangkang pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini.

Katanya, tindakan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali yang membuat tawaran tersebut selepas menyedari bahawa hanya kerjasama di antara PKR-DAP-PAS mampu untuk berdepan dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya melihat bahawa Pakatan Harapan mungkin sedar mereka perlu bekerjasama terutama dalam menghadapi PRU-14, ini kerana prestasi yang buruk telah dilalui baru-baru ini oleh Pakatan terutama apabila masing-masing cuba mempertahankan ego.

"Ini bersandarkan kepada lima kerusi PKR-DAP yang ditandingi kalah kepada BN (PRN Sarawak). Ini menunjukkan senario masing-masing cuba mempertahankan kepentingan perlu diketepikan dan mencari apa juga jalan dan strategi untuk bekerjasama dan memastikan mereka terus kuat dan mampu berlawan dengan BN," katanya kepada Antarapos.

Namun beliau juga tidak menolak, PAS akan bersetuju untuk menjalin semula kerjasama di antara PKR dan DAP selepas apa yang berlaku terhadap parti Islam itu sebelum ini.

Bagaimanapun ujarnya, tawaran itu boleh difikirkan sekiranya pembangkang mahu mengukuhkan kedudukan mereka pada pilihan raya umum akan datang.

"Pada ketika ini saya tidak rasa PAS ingin bekerjasama terutama memandangkan DAP-PAN berterusan mengkritik PAS. Banyak juga senario yang tidak memungkinkan kerjasama itu berlaku.

"Namun dalam perspektif yang lain bahawa perlu ada yang mengajukan perkara atau tawaran tersebut demi memastikan bahawa semangat kerjasama itu akan wujud walaupun masing-masing mempunyai pandangan dan ideologi yang berbeza.

"Tapi mungkin untuk PH ada masa depan yang cerah dalam landskap politik negara maka mereka perlu mengenepikan perbezaan tersebut," jelas beliau.

Tambah Martadha lagi, sekiranya pembangkang mampu mengenepikan ego masing-masing pastinya ia akan memberi kelebihan kepada mereka kerana ketiga-tiga parti itu mempunyai kekuatan tersendiri.

"Pembangkang tidak akan sekuat yang sebelum ini kerana kekuatan PR terdahulu adalah gabungan antara DAP-PKR-PAS. Masing-masing parti mempunyai kelebihan tertentu, DAP mempunyai kelebihan di kawasan bandar dan kawasan pengundi Cina, PKR pula tumpuan mereka lebih kepada masyarakat Melayu bandar dan PAS pula lebih kepada masyarakat Melayu luar bandar dan golongan profesional Melayu.

"Inilah kekuatan masing-masing yang menggabungkan PR sebelum ini yang memberikan kekuatan untuk kuasai Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan juga sebelum ini Terengganu dan Perak," tambah beliau.

Semalam, Azmin yang juga menteri besar Selangor dalam satu kenyataan berkata semua parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk dalam PRN Sarawak yang jelas menunjukkan rakyat negeri itu menolak pertelingkahan sesama mereka.

Oleh itu, bagi memastikan hasrat pakatan pembangkang untuk mengubah masa depan Malaysia, PKR mengajak PAS untuk kembali bersamanya dan DAP.

Keputusan PRN Sarawak ke-11 menyaksikan BN mencatatkan kemenangan besar dengan menguasai 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuk dua kerusi yang dimenangi tanpa bertanding.

DAP yang sebelum ini menguasai 12 kerusi hanya menang di tujuh daripada 31 kerusi ditandinginya manakala PKR hanya menang tiga daripada 41 kerusi ditandingi.

PAS dan PAN pula tewas di semua kerusi yang ditandingi.


Lumba kereta berakhir tragedi, pemandu maut

Posted: 09 May 2016 01:46 AM PDT

SINAR HARIAN
 
 
PDRM


MIRI - Perlumbaan kereta pecut yang berlangsung di tapak lapangan terbang lama Miri di Lutong, dekat sini berakhir tragedi apabila seorang daripada peserta maut dalam perlumbaan itu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Junaidi Bujang berkata, Wong Teck King, 37, maut serta-merta akibat tercampak keluar dari kereta yang dipandunya semasa perlumbaan yang berlangsung pada 1.40 tengah hari itu.

"Kereta dipandu mangsa hilang kawalan selepas melalui garisan penamat sebelum terbabas di kawasan kebun berdekatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Junaidi berkata, mangsa dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Miri dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius pada organ dalaman.
 
"Semasa kejadian, cuaca baik dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987." katanya. - Bernama


Ulang Tahun UMNO secara sederhana pada Khamis

Posted: 09 May 2016 01:38 AM PDT

 
Sambutan akan membabitkan bacaan Yasin dan tahlil bagi mengenang jasa pemimpin terdahulu serta perjuangan UMNO.


tengku-adnan-mansor-umno


PETALING JAYA: Ulang Tahun UMNO ke-70 akan disambut pada Khamis ini dalam keadaan sederhana.
Sambutan yang sepatutnya diadakan pada Rabu (11 Mei) dipinda pada keesokan sebagai memberi laluan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Majlis Santapan Malam Sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara,

Mengakui ia bukan masa yang sesuai untuk meneruskan acara tersebut, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sambutan akan membabitkan bacaan Yasin dan tahlil bagi mengenang jasa pemimpin terdahulu serta perjuangan UMNO.

"Ia juga bagi mengingati mangsa nahas helikopter membabitkan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon.

"Rasa sedih bukan hanya menyelubungi ahli keluarga mangsa tetapi juga ahli UMNO dan rakyat di seluruh negara," katanya pada sidang media di sini, hari ini, lapor BH Online.

Sambutan tersebut akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Bagaimanapun, Karnival Himpunan Hari UMNO bersempena ulang tahun ke-70 yang dijadualkan 14 Mei ini di Dataran Merdeka dibatalkan, termasuk Sukan UMNO dan Larian Bendera UMNO yang sedang berlangsung di seluruh negara.

Ditanya tentang Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ibu pejabat UMNO dikatakan sudah membuat persiapan awal dengan melihat kepada senarai pengundi, kawasan, komposisi kaum, demografi dan calon berpotensi.

"Maklumat mengenai kedua-dua kawasan akan disampaikan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijangka hujung bulan ini," katanya.

BN main kotor, saya kalah bermaruah, kata Aziz DAP

Posted: 09 May 2016 01:26 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


Abdul Aziz IsaAbdul Aziz IsaMeskipun berpuas hati dengan pencapaiannya sebagai calon termuda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11, calon tunggal Melayu DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Kitang, Abdul Aziz Isa menyifatkan kekalahannya kepada calon Barisan Nasional (BN) sebagai satu pertandingan yang tidak adil.

Aziz 26, mendedahkan punca kekalahannya adalah taktik politik kotor parti pemerintah itu.
Beliau berkata selain faktor jumlah keluar mengundi yang rendah, beliau juga berhadapan dengan pilihan raya yang tidak adil.

"Selain pengundi Dayak yang beralih arah kepada BN, sekatan terhadap jentera parti dari Semenanjung dan isu serangan peribadi yang melibatkan ahli keluarga, adalah antara yang menjadi faktor kekalahan," katanya seperti dipetik portal Sarawaklive.

Namun katanya beliau berbangga kerana "kalah bermaruah" dengan memperolehi undi sebanyak 4,628.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Aziz DAP, turut mengucapkan tahniah kepada calon BN Lo Khere Chiang yang menangi kerusi tersebut dengan mendapat 6,494 undi.

"Saya mengucap setinggi tahniah kepada Lo Khere Chiang, semoga beliau menjadi pemimpin dan wakil rakyat yang baik," ujarnya.

Bagaimana pun, Aziz hargai pengalamannya bertanding dalam Pilihan Raya kali ini, dan bertekad bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 nanti.

Umno Selangor sudah ada senarai calon MP Sungai Besar

Posted: 09 May 2016 01:22 AM PDT

 DALIA ISMAIL


Datuk Jamal Md Yunos Datuk Jamal Md Yunos Umno Selangor sudah menyenaraikan tujuh nama calon bagi kerusi Ahli Parlimen Sungai Besar bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) ekoran kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon kerana terbabit dalam nahas helikopter ketika berkempen di Sarawak pada Khamis lalu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos berkata, senarai nama calon itu telah dibuat oleh Umno Bahagian Sungai Besar bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 akan datang.

Kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada calon Umno itu turut menyenaraikan nama bekas menteri besar Selangor Dr Khir Toyo sebagai ahli parlimen selain calon dari pergerakan wanita,pemuda dan puteri di bahagian itu yang berpotensi untuk diketengahkan untuk mengisi kekosongan kerusi tersebut tidak didedahkan.

"Sebagai Pengerusi BN di Parlimen Sungai Besar saya telah meletakkan tujuh nama calon bagi kerusi Parlimen dan 10 nama calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Panjang dan Sekinchan untuk PRU14 kelak.

"Dalam senarai tujuh nama bagi kerui MP kita ada senaraikan Dr Khir Toyo bukan saudaranya yang lain rahsia.

"Sungai Besar adalah bahagian yang paling awal menghantar nama calon untuk PRU 14. Gerak kerja kami dan jentera telah digerakkan selepas kami menang tipis majoriti 399 undi dalam PRU13 lalu.

"Dalam senarai 17 calon di Parlimen dan Dun itu nama saya tidak ada pun dalam senarai tersebut.

"Saya buat gerak kerja kenal pasti calon yang sesuai untuk Parlimen dan Dun sejak setahun lalu untuk memastikan BN akan menang dalam PRU mahupun PRK dengan trajedi sedih yang menimpa kepada MP Sungai Besar," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Petikan laporan yang tersiar di sebuah portal hari ini dinafikan Jamal.Petikan laporan yang tersiar di sebuah portal hari ini dinafikan Jamal.
Jamal diminta mengulas khabar angin kononnya beliau sedang melobi untuk mendapatkan pencalonan dirinya di kerusi parlimen tersebut yang dikaitkan dengan program makan burger percuma di Sungai Besar pada 14 Mei ini seperti di lapor portal malaysianmirror.com hari ini.
Turut dilaporkan kononnya saudara kepada Khir Toyo juga akan disenaraikan sebagai calon MP.

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, program  burger percuma kepada pengundi sudahpun dilakukan kali pertama di Dun Sekinchan pada 24 April yang dihadiri lebih daripada 5,000 orang.

"Program makan burger ini adalah program tahunan yang diatur di bahagian sebagaimana kami memberi sekampit beras kepada 1,000 buah rumah melalui Program Bagi Barang Dapur dari Rumah ke Rumah.

"Tidak timbul soal kononnya saya nak melobi dan sedang mengerakkan jentera akar umbi dengan menganjurkan program makan burger percuma.

" Saya berkempen untuk diri sendiri nak jadi calon? itu semua tidak betul!.

"Program makan burger percuma itu sudah dirancang lebih awal bukan dirancang selepas berlaku kematian MP Sungai Besar," tegasnya.

Ditanya apa motif memberi makan burger percuma?

Jamal berkata, program itu semata-mata mahu mengimbau sejarah bagaimana beliau mula berniaga selepas tamat persekolahan dengan menjual burger dan kini menjadi usahawan.

"Lagipun mengadakan program makan burger lebih jimat perbelanjaan berbanding majlis makan tengahari atau kenduri untuk rakyat.

"Program yang kami rancang dua kali bagi tahun ini hanya berbelanja RM5,000 dengan 4,000 biji burger diberikan percuma. Malah 'burger' itu sendiri menarik minat semua bangsa untuk datang dalam program yang diaturkan Umno-BN di Sungai Besar," ujarnya.

Jamal yang pernah menimbulkan kontroversi kerana menjadi Penganjur Himpunan Baju Merah menentang beberapa kali penganjuran himpunan Bersih di ibu negara menolak dakwaan beliau mempunyai potensi untuk dipilih sebagai calon MP dalam PRK kelak.

"Saya tidak peduli apa orang nak kata, orang Sungai Besar kenal siapa saya. Cakap-cakap kosong, persepsi negatif atau buruk sangka tidak akan memberi sumbangan apa-apa dalam pilihan raya di Sungai Besar ini.

"Saya telah beberapa kali dalam ucapan di setiap program bahawa saya tidak meletakkan hasrat untuk bertanding dan saya lebih selesa untuk kekal dengan kerja saya untuk terus memimpin Umno bahagian pada masa akan datang.

" Siapa yang akan menjadi wakil rakyat bergantung kepada pilihan pucuk pimpinan. Jika ada calon yang ke 10 saya adalah calon yang ke 11.

" Tujuan saya masuk politik untuk bantu parti, apabila saya merasakan kemampuan dari segi pendekatan dan pemikiran baru yang agak agresif selama ini, saya percaya ahli Umno pun sukar menerima  pada awalnya tetapi kini mereka tahu mengapa saya lakukannya," terangnya.

Jamal merujuk kepada tindakannya mendesak Umno Bahagian Sungai Besar untuk mengemukakan usul dalam mesyuarat peringkat bahagian tahun lalu  agar  Presiden dan Majlis Tertinggi  Umno memecat Tan Sri Muhyiddin juga tidak disenangi dikalangan ahli jawatankuasa bahagian itu.

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, program memberi burger percuma kepada pengundi sudahpun dilakukan kali pertama di Dun Sekinchan pada 24 April yang dihadiri lebih daripada 5,000 orang.Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, program memberi burger percuma kepada pengundi sudahpun dilakukan kali pertama di Dun Sekinchan pada 24 April yang dihadiri lebih daripada 5,000 orang.


Permohonan Khalid dan Ismail Sabri batal saman Nurul Izzah didengar 17 Jun

Posted: 09 May 2016 01:14 AM PDT

 BERNAMA


(dari kiri) Tan Sri Khalid Abu Bakar, Nurul Izzah dan Ismail Sabri Yaacob.(dari kiri) Tan Sri Khalid Abu Bakar, Nurul Izzah dan Ismail Sabri Yaacob.Permohonan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membatalkan saman fitnah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar atas dakwaan menuduhnya sebagai penderhaka kepada negara, akan didengar 17 Jun.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri Peguam Persekutuan Shaiful Nizam Shahrin mewakili Khalid dan Ismail Sabri manakala peguam Melissa Sasidaran bertindak bagi pihak Nurul Izzah.

Khalid dan Ismail Sabri memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu akhir Januari lepas atas alasan saman itu menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Nurul Izzah yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai memfailkan saman itu pada 26 Nov 2015 dengan mendakwa Khalid telah mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah terhadapnya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman pada 22 Nov 2015.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata perkataan fitnah itu dikeluarkan selepas beberapa hari gambar yang memaparkannya (Nurul Izzah) bersama Jacel Kiram, anak perempuan Jamalulail Kiram yang dikatakan mengarahkan atau mengetuai serangan dan pencerobohan ke atas Sabah, pada 2013.

Nurul Izzah mendakwa dalam makna asal atau biasa, perkataan-perkataan fitnah itu bermaksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada negara dan dalang di sebalik serangan dan pencerobohan Sulu ke atas Sabah.

Beliau juga mendakwa pada hari sama (22 Nov 21015), Ismail Sabri juga mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah dalam sidang media di satu majlis di Bera, Pahang yang dalam makna asal atau biasa bermaksud beliau adalah seorang penderhaka kepada negara dan telah mengisytiharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong

Mangsa terakhir nahas helikopter di Batang Lupar ditemui, kata polis

Posted: 09 May 2016 01:08 AM PDT

BERNAMA


Pasukan penyelamat membawa mayat terakhirPasukan penyelamat membawa mayat terakhirPasukan mencari dan menyelamat (SAR) pagi ini sudah menemukan mayat seorang lelaki, dipercayai  Khamis lepas, kira-kira 250km dari sini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata mayat ditemukan pasukan polis Marin pada kira-kira pukul 10.15 pagi, kira-kira 5.5km dari pangkalan feri Triso.

Beliau berkata umum tahu bahawa mayat terakhir nahas ialah juruterbang helikopter malang itu warga Filipina Kapt Rudolf Rex Ragas, namun menurutnya polis tidak dapat membuat pengesahan identiti, sehingga ia disahkan oleh pihak forensik hospital.

"Mayat dibawa ke pusat kawalan kita di Lingga sekitar pukul 11 pagi dan ke sini sebelum dihantar untuk bedah siasat di Hospital Umum Sarawak," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, hari Isnin.

Dalam tragedi Khamis lepas, helikopter jenis Eurocopter AS350, yang dinaiki lima penumpang serta juruterbang, dipercayai terhempas di Sungai Batang Lupar di Sebuyau.

Mayat lima penumpang terdiri daripada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan suaminya Asmuni Abdullah, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun, Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Dr Sundaran Annamalai, telah ditemukan.

Muhammad Sabtu berkata operasi di kawasan berkenaan akan diteruskan bagi mencari bangkai helikopter, dan ketika ini beliau tidak dapat mengesahkan operasi itu akan berlarutan sampai bila.

Menurutnya semua pihak yang terlibat dalam operasi SAR seperti Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), polis Marin, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan lain-lain lagi masih berada di lokasi.

Pada 5 Mei lalu, sebuah helikopter yang membawa enam penumpang termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching.

Turut berada dalam helikopter malang itu ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah; Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang juga Ahli Parlimen Kuala kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai; pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 Écureuil itu menghubungi menara kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) jam 4.32 petang, dengan lokasi terakhir dinyatakan ialah di Triso, Sebuyau sebelum terputus hubungan.

Helikopter itu dilaporkan terputus hubungan sejak jam 5 petang ketika dalam penerbangan pulang selepas menghadiri program rasmi sempena kempen Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) di Spaoh, Betong.

Beliau berkata semua agensi berkenaan sedang bekerja keras dengan gajet masing-masing bagi mengesan bangkai helikopter itu.

PAS optimis perbaiki prestasi pada pilihan raya akan datang - Mukhtar

Posted: 08 May 2016 06:01 PM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Mesej PAS 'for all' mengambil masa untuk diterima oleh rakyat Sarawak kerana landskap politik di negeri itu berbeza berbanding Semenanjung, kata Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili.
 
Katanya, walaupun PAS tidak memenangi sebarang kerusi DUN sejak 20 tahun bertapak di negeri itu namun tetap optimis dalam memberi pemahaman tersebut dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
 
"Kita faham dari segi politik Sarawak ini yang sedikit dinamik berbanding dengan Semenanjung maka PAS memang sebenarnya daripada awal lagi strategi kita adalah untuk membawa mesej bahawa PAS ini adil untuk semua.
 
"Mesej ini mungkin akan mengambil masa untuk diterima tapi kita optimis dan kita berkeyakinan bahawa ia boleh diterapkan," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jariee berkata tindakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang menghalang pemimpin-pemimpin tertentu tidak kira daripada pembangkang mahu kerajaan dikatakan menjadi punca PAS tidak memenangi sebarang kerusi di Sarawak.
 
Menurut Jofri,  disebabkan tindakan itu PAS di Sarawak tidak mendapat bantuan sepenuhnya dari kepimpinan pusat.
 
"Cuma kebanyakkan mereka yang menyokong kita (PAS) ramai diantara mereka tidak mendaftar mengundi di kawasan PAS, ini mungkin antara faktornya.
 
"Adenan juga merupakan faktor (kekalahan PAS) seperti adanya sekatan imigresen yang menghalang PAS semenanjung datang memberi bantuan dari segi gerak kerja kempen kami di Sarawak," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Sebelum ini media melaporkan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, dilarang daripada memasuki negeri itu.
 
Selain beliau, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan Tantawi, dan Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi diminta keluar pada 5 Mei dari Bumi Kenyalang itu. 
 
PAS tewas di semua kerusi yang ditandingi, iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Kuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Benteng Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.
 
 

Pilihan Raya Sarawak PAS berjaya tanam 13,176 benih di 11 Dun Sarawak

Posted: 08 May 2016 05:54 PM PDT



 

Oleh Nazmi Nik Din


Subhanallah walhamdulillah dan tahniah kepada seluruh jentera PAS yang telah bertungkus lumus turun membantu calon PAS di 11 Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam PRN yang baru sahaja berakhir semalam.

Ini adalah kali pertama PAS turun dengan kekuatannya yang tersendiri tanpa bantuan daripada mana-mana parti lain untuk berhadapan dengan BN.

Keputusan yang kita saksikan semalam sangat mengujakan seluruh pencinta dan pendukung gerakan Islam kerana ianya telah memberikan isyarat yang positif terhadap masa depan PAS yang lebih subur.

Siapa sangka PAS yang sebelum ini yang banyak ditempelak sebagai parti yang tidak akan diterima di Sarawak, akhirnya secara diam-diam disokong oleh 13,176 benih pengundi yang mahukan misi dan visi PAS menjadi realiti.

Kami yakin 13,176 pengundi ini akan terus membuahkan benih-benih yang baharu yang akan menyuburkan lagi nur Islam di bumi Sarawak.

Berdasarkan pemerhatian sepanjang berada di Sarawak baru-baru ini, Sarawak sememangnya bumi yang sangat subur terhadap perjuangan Islam PAS.

Rakyatnya yang ramah dan berbudi bahasa mengingatkan kita kepada masyarakat Madinah yang menerima kehadiran Islam yang dimulai dengan sekelompok tertentu yang melakukan perjanjian untuk membawa Islam ke Madinah. Akhirnya Islam tersebar luas di bumi berkat tersebut.

Rasulullah s.a.w bersabda kepada Saidina Ali k.w dalam satu hadis yang sahih:

فوالله لأن يهدي الله بك رجلا خير لك من أن يكون لك حمر النعم

Demi Allah seseorang yang berjaya memberikan hidayat kepada seorang lelaki, ianya adalah jauh lebih baik daripada memiliki seekor unta merah (sebaik-baik kenderaan).

Beruntunglah mereka yang berjaya mencampakkan 13,176 benih di Sarawak.

Suatu perniagaan yang pasti tidak akan merugikan sama sekali. Semoga dikurniakan keampunan dan ganjaran yang maha hebat di akhirat kelak. Amin Ya Rabb Al 'alamin.

*  Nazmi Nik Din, Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan ,AJK Dewan Ulamak PAS Pusat 
  

30 peratus calon di Sarawak hilang wang deposit

Posted: 08 May 2016 05:49 PM PDT

MALAYSIAKINI





Hampir satu pertiga daripada jumlah calon yang bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11, hilang wang pertaruhan.

Berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 69 calon, kebanyakannya bebas, hilang wang pertaruhan RM5,000 daripada jumlah keseluruhan 229 calon.

Ini bermakna 30 peratus daripada calon berkenaan kehilangan sejumlah RM345,000.

Seramai 69 calon gagal mendapat sekurang-kurangnya satu per lapan daripada jumlah undi yang diperlukan untuk menyelamatkan deposit mereka.

Daripada 36 calon bebas dalam pilihan raya Sarawak, 20 hilang wang pertaruhan. Pada pilihan raya itu, 10 daripada 40 calon PKR dan tujuh daripada 31 calon DAP juga kehilangan deposit mereka.

Sementara itu sembilan daripada 13 calon Parti Amanah Negara Malaysia (AMANAH) hilang wang pertaruhan dan tujuh daripada 11 calon PAS hilang wang deposit mereka.

Tetapi prestasi Parti Reformasi Negeri Sarawak (Star) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) lebih buruk.

Kesemua 11 calon STAR hilang wang pertaruhan manakala lima calon PBDS Baru daripada lima yang bertanding dalam pilihan raya negeri itu mengalami nasib yang sama.

BN yang memperolehi 72 daripada 82 kerusi yang ditandinginya menyaksikan semua calonnya berjaya menyelamatkan deposit mereka termasuk empat calonnya yang berdepan pertandingan pelbagai penjuru.

Calon BN di Muara Tuang, Idris Buang memperoleh sejumlah 9,503 undi dan menyaksikan pesaing beliau dari PAS 'Zulkipli Ramzi dan calon AMANAH, Abang Abdul Halil Abang Naili, kehilangan deposit mereka.

Penyandang kerusi Sadong Jaya Aidel Lariwoo mengekalkan kerusi dan mengalahkan calon PAS Asan Singkro, calon AMANAH Othman Mustapha @ Mos dan calon bebas, Awang Rabiee Awang Hosen, manakala penyandang Kuala Rajang Talif @ Len Salleh memperoleh sejumlah 6,235 undi menewaskan calon AMANAH Sopian Julaihi dan calon bebas Asbor Abdullah.

Kedua-dua penyandang kerusi itu berjaya 'mengambil' kesemua deposit pesaing mereka.

Keadaan sama bagi calon BN di Pelagus, Wilson Nyabong Ijang yang menewaskan calon DAP, Frankie Bendindang Manjah dan calon Bebas Yong Sibat dengan sejumlah 3,778 undi. BN menguasai 72 kerusi DUN yang dipertandingkan iaitu 87.8 peratus daripada Dewan Undangan Negeri.


BERSIH gesa SPR teliti peratusan keluar mengundi

Posted: 08 May 2016 05:46 PM PDT

MALAYSIAKINI




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa meneliti peratusan keluar mengundi pada hari pengundian dalam pilihan raya Sarawak semalam.

Gesaan tersebut dibuat Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah selepas mendapati berlaku peningkatan kadar peratusan keluar mengundi yang begitu mendadak sekitar jam 4.00 petang ke tengah malam.

"Saya rasa SPR perlu mengambil tindakan (keluar mengundi meningkat) kerana terdapat percanggahan besar - ia bukan satu peningkatan lima hingga enam peratus," kata Maria kepada Malaysiakini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah semalam tidak mendedahkan peratus keluar mengundi pada hari pengundian dalam pilihan raya Sarawak.

Peratusan keluar mengundi hanya diumumkan setakat jam 4 petang dengan 52 peratus daripada 1,109,795 pemilih berdaftar.

"Kamu kena kira sendiri," Hashim dilapor sebagai berkata oleh The Star Online.

Bagaimanapun, beliau berkata peratusan keseluruhan keluar mengundi sebanyak 71 peratus, yang merangkumi data daripada pengundian awal dan tidak hadir.

Menurut laporan itu, Hashim mengakui jumlah keluar mengundi pada hari pengundian secara relatifnya rendah dan mereka tidak tahu sebab sebenar.

Malaysiakini dalam usaha menghubungi Mohd Hashim untuk mengulas lanjut kenyataan Maria.


Lim: Adenan dapat ramal kemenangan BN kerana gerimander

Posted: 08 May 2016 05:44 PM PDT

MALAYSIAKINI




DAP Sarawak kehilangan lima daripada 12 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya negeri yang baru berakhir dan parti itu menyalahkan antara lain persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang berkata kawasan pilihan raya baru itu adalah sebab mengapa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dapat meramalkan kemenangan BN dalam pilihan raya negeri itu.

"Ia adalah kerana gerimander (manipulasi persempadanan semula) membolehkan Adenan semasa kempen pilihan raya meramalkan BN akan menang sekurang-kurangnya 70 daripada 82 kerusi, yang ternyata akhirnya menjadi 72," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim memetik penganalisis politik Bridget Welsh, yang meramalkan keputusan pilihan raya negeri semalam dan bagaimana SPR menyusun sistem yang memihak kepada BN melalui persempadanan semula.

Bagaimanapun, Lim menegaskan bahawa DAP masih komited untuk perubahan politik melalui proses demokrasi dan ia perlu bersedia untuk menghadapi kemenangan dan kekalahan melalui peti undi.

"Walaupun kecewa dan dihalang, DAP tidak akan terpesong daripada matlamat kami untuk memilih calon daripada Cina, Dayak dan Melayu di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

"Ia telah mengambil masa 18 tahun untuk wakil rakyat DAP dipilih sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak.

"DAP Sarawak bersedia untuk jangka panjang bersama-sama dengan rakyat Sarawak untuk mencapai sasaran seterusnya - untuk memilih kerajaan negeri yang baru yang akan memberi keutamaan kepada keperluan dan hak rakyat, bukan hanya kepada kroni," katanya.

Tiada ulasan: