Sabtu, 7 Mei 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


MENGAPA HUSAM PERLU MENANGIS?

Posted: 07 May 2016 05:39 AM PDT

 shahbudindotcom

 

 
 
Mengapa Husam Musa perlu menangis dan menitiskan air mata kerana dipecat daripada Pas?

Adakah beliau sedih dan masih sayangkan Pas?

Tetapi, bukankah Pas yang diterajui Hadi Awang sekarang ini bukan lagi seperti Pas ketika Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat masih ada, sebaliknya sudah bertukar menjadi lebih mesra dengan UMNO, ingin berbaik-baik dengan UMNO dan hanya mahu menjadi penasihat kepada kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak yang penuh skandal dan keaiban?

Atau mungkinkah air mata yang mengalir itu tanda kegembiraan dan kesyukuran kerana secara langsung telah terpisah daripada persekongkolan antara partinya dengan kerajaan pimpinan Najib yang jelas jelik di mata rakyat dan semakin menjadi bualan buruk di seluruh dunia?

Berikut ialah curahan hati Husam Musa setelah beliau dipecat daripada Pas yang bermula 23 April 2016 iaitu tarikh bersidangnya Jawatankuasa Tatatertib Pas yang dipengerusikan oleh Daeng Sanusi Daeng Mariok:-

Di pagi Juma'at yang agung dan mulia, di akhir bulan Rejab yang mengandung pelbagai rahsia Ilahi, se hari selepas peristiwa Isra' dan Mi'raj yang penuh dengan pelajaran bagi orang Islam dan pejuangnya yang telah dijalani oleh Nabi berakhlak mulia - hati saya tengah pilu merenung peristiwa kehilangan heli di Sarawak - ketika tiba-tiba telefon saya tak putus-putus berdering.

Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini.

Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu.

Di tahun 1982, saya menyertai Pas dan seperti kebanyakan anak muda mana jua - dulu dan kini - mereka serahkan se penuhnya jiwa raga pada apa yg mereka fikirkan sebuah perjuangan suci - membawa obor Islam menerangi kehidupan - termasuk bernegara. 

Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran. Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun.

Semak dan imbang seperti janji Pas dalam PRN Sarawak sekarang.

Namun, saya hanya insan kerdil.

Jika Nabi yang agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itu lah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha - usah lah engkau terlalu bergundah hati.

Mungkin ada hikmah yg sedang menanti.

Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi.

Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain.

Kepada kawan dan teman serta rakan media, suka saya nyatakan di sini, saya hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas saya mendapat pemakluman rasmi mengenai tindakan yang diambil ke atas saya.

Sehingga waktu ini, saya belum menerima pemakluman rasmi mengenainya. 

Untuk itu, saya tetap akan hadhir pada mesyuarat agung Pas Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok.

Semoga Sya'ban dan Ramadhan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kejayaan perjuangan kita dan idealisme Islam yang didokong selama ini.

Moga Allah sentiasa membimbing kita semua.

Sekian. Terima kasih.

Husam Musa
Jumaat
28 Rejab 1437
6 Mei 2016
 
 
 

Bersaudara, mood pesta warnai PRN Sarawak

Posted: 07 May 2016 05:34 AM PDT


ARIF ATAN
 
 
Pilihan raya paling bersejarah menyaksikan Amanah sedia bertempur dengan Pas di lima kerusi DunPilihan raya paling bersejarah menyaksikan Amanah sedia bertempur dengan Pas di lima kerusi Dun


Suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hari ini berlangsung aman dengan orang ramai keluar mengundi mulai jam 8 pagi tadi.

Paling meriah, di pusat pengundian SK Haji Kelali di Kampung Semera yang mempunyai 2,270 pemilih berdaftar.
Pengundi, Rasimah Bujang ketika ditemui berkata, pilihan raya adalah pesta yang dinantikan ramai pihak.

BN melalui PBB Amanah dan Pas saling berebut pengaruh di kawasan perkampungan Melayu SarawakBN melalui PBB Amanah dan Pas saling berebut pengaruh di kawasan perkampungan Melayu Sarawak"Kami di sini saling mengenali. Bahkan, kami sama sekampung juga ada talian persaudaraan," ujar ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu.
Ditanya tentang jika adanya sokongan kepada parti politik yang berbeza, beliau berkata, hal itu tidak menjadi masalah kerana mereka mengamalkan sikap terbuka.

"Kalau musim pilihan raya, dalam satu rumah kita boleh letak semua bendera parti. BN, Amanah, Pas kita letak sebaris.

"Tak jadi masalah besar sebab kami tahu majoritinya akan pangkah dacing (BN) di kertas undi nanti," kata penduduk Kampung Semera Masjid itu lagi.

Sementara itu,  Adnan Suhaili, 50, berkata, majoriti rakyat di Sarawak tidak taksub pada mana-mana parti politik.
Adnan SuhailiAdnan Suhaili
Berkongsikan pengalamannya sendiri, bekas ahli Pas itu memberitahu beliau telah membuat keputusan untuk menjadi ahli PBB pada tahun ini serta berkempen untuk parti tulang belakang BN Sarawak itu.

"Tahun 2006 dulu saya bawa masuk Pas ke kampung tapi sekarang saya sudah menyokong PBB," ujar bapa kepada empat anak itu lagi.

Di pusat pengundian lain, tinjauan mendapati kehadiran pengundi tidak semeriah di SK Haji Kelali.

Di SJK Chung Hua, Jemukan yang mempunyai kira-kira 300 pemilih yang kesemuanya Cina, hanya 70 orang telah membuang undi setakat jam 10 pagi tadi.

Sumber memberitahu, lebih ramai pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka tengah hari ini.
Untuk rekod, calon Amanah, Ustaz Othman Mustafa menentang penyandang BN, Ir Aidel Lariwoo serta calon Pas, Cikgu Asan Singkro. 

Tinjauan selanjutnya di Dun Muara Tuang menyaksikan perang bendera dan poster calon antara parti bertanding dikuasai Pas dan BN.Rasimah BuangRasimah Buang 

Bendera Amanah dan poster calon parti yang lahir dari Pas itu hanya dipacakkan di simpang jalan utama seperti dapat dilihat di Kampung Empila dan Kampung Tanjung Tuang.

Dalam hal berkaitan, Pas dalam kempen terakhir di Dun Sebuyau malam tadi menawarkan motosikal sebagai hadiah cabutan bertuah.

Tawaran lumayan itu selain kempen Pas besar-besaran melalui bendera dan poster  calon mereka serta kerahan kontijen negeri menyaksikan Pas melakukan pelaburan besar bagi PRN ke-11 kali ini.


Tolonglah ‘cairkan’ RM60 bilion

Posted: 07 May 2016 05:30 AM PDT




 
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM


SEPERTI rancangan televisyen yang sering diulang tayang, isu harta tidak dituntut di negara ini turut mengalami nasib sama. Seolah-olah agenda rasmi, isu ini wajib dise­but saban tahun oleh sesiapa sahaja termasuk ahli akademik, agamawan dan pemimpin politik. Kemudiannya dipetik pula oleh khalayak bagi dijadikan bahan ke dalam blog dan penulisan di alam maya

Cuba taip, "harta tidak dituntut" dalam enjin carian Google, pasti akan keluar berduyun-duyun artikel berkaitan. Setakat Dimensi ini ditulis, terdapat kira-kira 539,000 bahan berkaitan isu yang dibangkitkan ini, tidak termasuk dalam enjin-enjin carian lain.

Angka terkini jumlah harta tidak dituntut oleh waris si mati di negara ini ialah sebanyak RM60 bilion, terus menaik. Contohnya pada 2006 dianggarkan nilai harta masih beku ialah RM38 bilion, meningkat kepada RM40 bilion pada 2009 dan begitulah seterusnya.

Perkara ini sering dibincangkan dalam pelbagai platform sama ada secara rasmi atau sebaliknya, tetapi jumlahnya terus meningkat. Kenapa ini berlaku? Adakah kerana tiada usaha proaktif pihak berkuasa atau mungkinkah rakyat negara ini terlalu kaya dan begitu berjaya sehingga sanggup membiarkannya begitu sahaja.

Sedikit perkiraan matematik mudah. RM1 bilion sama de­ngan RM1,000 juta, cuba bayangkan berapa nilainya RM60 bilion jika ditukar kepada juta?

Sebagai perbandingan, Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri pada 23 Oktober tahun lalu memperuntukkan kira-kira RM267 bilion untuk manfaat seluruh negara membabitkan 29 juta penduduk. Ini bermakna nilai harta tidak dituntut sebanyak RM60 bilion itu seperti mewakili kira-kira 22 peratus daripada jumlah keseluruhan bajet berkenaan. Bayangkan apa yang boleh dilakukan sekiranya harta 'atas angin' itu dicairkan?

Ini isu besar sebenarnya, umat Islam terutamanya jangan sesekali memandang remeh isu pengurusan harta pusaka, wasiat, hibah dan wakaf kerana boleh memberi impak kepada ekonomi masyarakat secara keseluruhannya. Jika dibiarkan, bakal membantutkan pembangunan taraf ekonomi umat Islam termasuk merencatkan penjanaan peluang-peluang pekerjaan, pembinaan infrastruktur dan sebagainya.

Terdapat tanggapan dalam kalangan masyarakat bahawa harta pusaka hanya boleh diselesaikan melalui hukum fa­raid, bukan melalui kaedah lain. Akibatnya berlakulah kelewatan urusan pembahagian yang membawa kepada pergaduhan sesama waris, lebih teruk apabila kes ini berlapik-lapik ke beberapa keturunan dan menjadi begitu kritikal sehingga tidak dapat diselamatkan lagi.

Perlu diakui walaupun pahit, isu pembahagian harta pusaka adalah sesuatu yang amat sensitif kerana lazimnya terdapat dua tabiat buruk dalam kalangan Melayu Islam iaitu membolot kesemua harta pusaka dan tidak menghiraukan urusan pewarisan harta pusaka itu sendiri.

Masalah tersebut tidak akan timbul sekiranya masyarakat sedar kepentingan menulis surat wasiat tetapi hakikatnya ramai orang Islam menganggap bahawa mereka tidak memerlukan wasiat kerana kewujudan hukum faraid.

Kaedah penulisan wasiat sebenarnya mampu mengatasi semua permasalahan itu kerana mampu membezakan antara harta pusaka dan pemberian atau hibah. Antara kelebihan menulis surat wasiat ialah mampu mempercepatkan proses surat kuasa pusaka, mengelak persengketaan antara waris di samping dapat melantik wasi atau pentadbir yang diyakini bertanggungjawab, amanah dan berkesan.

Namun terdapat stigma dalam kalangan segelintir masyarakat yang menganggap apabila harta diagihkan terlebih dahulu sebelum pemiliknya meninggal dunia bakal meng­akibatkan mereka disisihkan, seterusnya kebarangkalian untuk dihantar mendiami rumah orang tua adalah amat tinggi.

Betulkah andaian ini? Semuanya bergantung kepada ajaran dan didikan ibu bapa itu sendiri. Malah golongan ibu bapa perlu bertanggungjawab mengelak waris-warisnya daripada bergaduh sesama sendiri.

Jangan sesekali mengambil jalan mudah membiarkan wa­ris-waras yang hidup untuk menguruskannya, sebaik-baiknya selesaikannya semasa masih hidup bagi mengelak timbulnya kesulitan di kemudian hari.

Yang mana satu pilihan hati, sama ada dikhuatiri ditinggalkan di rumah orang tua atau pemilik asal harta yang bersemadi akan terus terseksa selama mana urusan pembahagian yang sepatutnya selesai secara aman dan harmoni, tidak menemui penyelesaiannya sehingga bertahun-tahun dan warisnya pula asyik bergaduh sesama sendiri?
 
 

PRN Sarawak: BN menang 22 kerusi, PKR dua, DAP satu (tidak rasmi - 8.00 malam)

Posted: 07 May 2016 05:23 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak setakat jam 8.00 malam menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendahului di 17 kerusi DUN.
 

'Kalau begini permainannya, dah lama saya tarik diri'

Posted: 07 May 2016 05:05 AM PDT

'Saya tak cadang taja mana-mana pasukan'
Pengasas D'Herbs Healthy Sdn. Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman bercakap pada sidang media berkenaan isu penajaan Kedah di pejabatnya di Wisma Dherbs Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam. - Foto Sinar Harian 
 
 
PENGASAS D'Herbs Holding, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menafikan dakwaan yang mengatakan beliau ingin memiliki tanah di negeri Kedah sebagai syarat untuk menaja pasukan bola sepak negeri tersebut.

Menurutnya, melalui perbincangan sebelum ini, pembangunan tanah tersebut dipersetujui dibuat melalui proses usahasama dengan anak syarikat negeri Kedah iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah(PKNK).

"Tanah berkenaan merupakan tapak projek terbengkalaii sebelum ini dan hasil perbincangan telah bersetuju agar tanah berkenaan dibangunkan secara kerjasama dengan PKNK.

"Tiada istilah saya mahukan tanah itu secara percuma, dan apa yang saya nak hanyalah untuk pelaburan. Kalau betul saya nak tanah, dengan RM30 juta saya boleh dapat tanah di Selangor," katanya dalam sidang media yang berlangsung di Wisma D'Herbs Kota Damansara , hari ini.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memaklumkan penolakan tawaran penajaan oleh D'Herbs adalah bagi memastikan hak rakyat negeri itu tidak tergadai.

Dalam pada itu, Aliff berkata, pihaknya merasa amat kecewa memandangkan tiada sebarang sesi perbincangan diadakan sebelum KFA memuktamadkan keputusan tersebut

"Mengapa sebelum ini kami boleh berbincang selama dua bulan tapi bila keputusan penolakan ini dibuat tiada perbincangan diadakan terlebih dahulu.

"Sedangkan sebelum ini kami telah beberapa kali boleh berbincang dan mengubah draf kertas cadangan usahasama terbabit namun ketika mereka memuktamadkan keputusan, tiada langsung perbincangan dan pihak mereka terus membuat sidang media," katanya.

Selain daripada itu, Aliff mengakui pihaknya merasa amat terkejut dengan penolakan penajaan tersebut dan menggesa agar pihak berkenaan menunjukkan bukti bahawa beliau ingin merampas tanah-tanah milik rakyat Kedah.

Beliau berkata, pihaknya akan menawarkan wang bernilai RM100 juta sekiranya terdapat bukti sedemikian seperti dakwaan Menteri Besar Kedah tersebut.

"Saya amat kecewa bila didakwa ingin merampas tanah negeri Kedah. Kalau macam ini permainannya, sudah lama saya tarik diri," katanya.

Semua 1,754 pusat pengundian ditutup

Posted: 07 May 2016 04:22 AM PDT

MALAYSIAKINI




Semua 1,754 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) ditutup tepat 5 petang ini, menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengiraan dan penjumlahan undi sedang berlangsung sekarang.

SPR berkata keputusan pertama pilihan raya negeri itu dijangka diumum kira-kira 8 malam ini.

Sebanyak 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN-11.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata proses pilihan raya negeri itu berjalan lancar dan teratur tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

AMANAH ulang tawaran pengerusi Kelantan buat Husam

Posted: 07 May 2016 04:20 AM PDT

MALAYSIAKINI




Parti Amanah Negara (AMANAH) sekali lagi menawarkan jawatan pengerusi parti itu di peringkat negeri kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa.

Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata beliau sedia berundur daripada jawatan itu bagi memberi laluan kepada Husam untuk menerajui parti itu di peringkat negeri.

"AMANAH Kelantan bukan setakat mengalu-alukan kehadiran Husam sebagai anggota AMANAH, bahkan seperti yang saya sebut dahulu, saya pegang jawatan itu untuk Husam.

"Jadi sebaik sahaja dia (Husam) hadir (sertai AMANAH) saya akan memberikan kepimpinan AMANAH Kelantan kepada beliau," katanya pada satu majlis parti itu yang turut dihadiri Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Abdul Samad di Kota Baharu, hari ini.

Februari lalu, Wan Abdul Rahim dipetik sebagai berkata beliau akan memberi laluan kepada Husam untuk menjawat jawatan Pengerusi AMANAH Kelantan jika Husam dipecat daripada PAS.

Semalam, Jawatankuasa Tatatertib PAS mengesahkan memecat Husam setelah meneliti aduan salah laku terhadap bekas naib presiden parti itu dan mendapati beliau telah melakukan tindakan serta perbuatan yang menyalahi Fasal 82(1)(b), (c),(d),(e) dan (f), Perlembagaan PAS.

Husam sebelum ini dilihat lantang menyerang parti dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara PAS dan Umno.

Ditanya mengenai dakwaan 10 wakil rakyat PAS akan menyertai parti itu selepas Husam dipecat, Wan Abdul Rahim berkata:"Insya-Allah, tapi belum masa lagi lah,".

Sementara itu, Khalid berkata pemecatan Husam daripada PAS mencerminkan parti itu kini telah banyak berubah, sekali gus menunjukkan PAS tidak mengkaji suasana politik semasa serta kesannya terhadap parti itu sendiri.

"Saya rasa dengan sikap mereka memecat Husam ini merupakan satu bukti bahawa sebenarnya keadaan dalam PAS taklah seperti dahulu.

"Ini akan mendatangkan kesedaran dalam kalangan rakyat Kelantan bahawa suasana (politik sedang) berubah dan saya yakin rakyat Kelantan akan mendesak supaya AMANAH berperanan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang untuk halang kemenangan BN (di negeri ini)," katanya.- Bernama


Pemantau pilihan raya dakwa dakwat kekal berjaya dibersih

Posted: 07 May 2016 04:15 AM PDT

MALAYSIAKINI





Ssemua 1,754 pusat pengundian bagi pilihan raya Negeri Sarawak ke-11 dibuka mulai 8 pagi ini untuk rakyat Sarawak membuat keputusan antara pasukan BN Adenan dan pembangkang yang mahu menafikan BN majoriti dua pertiga.

BN Sarawak mahu membuktikan pemimpin barunya Tan Sri Adenan Satem mampu mendapat sokongan padu, manakala pembangkang berharap skandal yang melanda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menghakis undi kepada parti pemerintah itu.

Pengundian bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang. Keputusan dijangka diumumkan mulai jam 7 pagi.

Ikuti BLOG LANGSUNG ini di mana wartawan Malaysiakini akan melaporkan berita terkini dari Sarawak.

3:45pm: SPR mengumumkan peratusan keluar mengundi setakat jam 3 petang mencecah 50 peratus.

3:30pm: Dudong - Pemantau mendakwa dakwat kekal yang dicalitkan ke jari beberapa pengundi di SJK Thai Kwang berjaya dibersihkan.

Menurut penyelaras Pemantau Pilihan Raya Sarawak, Zoe Randhawa, kejadian itu dilaporkan oleh seorang pemerhati mereka.

"Dakwat di jari isterinya berjaya dibersihkan. Dia kemudian bertanyakan perkara itu kepada mereka yang mengundi di pusat yang sama dan mendapati dua orang lagi juga mengalamai keadaan yang sama.

"Setakat ini, aduan hanya di satu pusat mengundi. Laporan lain adalah dakwat tidak boleh dibersihkan sama sekali," katanya.

2:45pm: Kurang tiga jam lagi, semua pusat pendundian ditutup, peratus keluar mengundi dilaporkan masih rendah. Menurut SPR, hanya 44 peratus keluar mengundi sehingga 2 petang.

2:15pm: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyeru rakyat Sarawak supaya menjalankan tanggungjawab masing-masing.



"Saya mengambil kesempatan ini menyeru anda semua untuk mengundi dan memilih wakil yang berhak membawa suara anda," katanya dalam catatan di laman Facebook dan Twitter beliau.

Beliau berkata rakyat Sarawak seharusnya membuat pilihan yang bijak demi masa depan negeri berkenaan.

1.30pm: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 39 peratus keluar mengundi sehingga 1 tengah hari.

12:54pm: Pengerusi PKR, Sarawak Baru Bian berkata peratusan keluar mengundi pada hari ini adalah rendah setakat ini. Beliau menggesa rakyat Sarawak supaya terus keluar pada sebelah petang.



"Pemerhati kami melaporkan kehadiran keseluruhan agak rendah, hanya sebanyak 35 peratus pada tengah hari.

"Saya menyeru semua pengundi berdaftar untuk keluar melaksanakan hak demokrasi memilih wakil anda di Dewan Undangan Negeri.

"Saya juga ingin mengingatkan pegawai SPR agar menjalankan tugas secara adil dan memberi layanan yang saksama kepada pekerja semua parti.

"Jika sesiapa mendapati ada kejadian yang tidak diingini atau penipuan, mereka boleh email kepada BERSIH di +6011 31339820 atau sukarelawan ROSE di 016-8604998 (Ann Teo) atau 016-2219996 (Suresh)," kata Bian dalam satu kenyataan.

12.45pm: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 35 peratus keluar mengundi sehingga 12 tengah hari.



12:30pm - Sibu: Sebuah sepanduk dengan tulisan bahasa Ciba "padan muka" dinaikkan bersama gambar helikopter "BN" yang terbalik dijumpai dipasang di Batu Kitang.

Gambar sepandur itu disebarkan melalui aplikasi mesej Whatsapp selepas ia dikesan.

Diminta mengulas sepanduk itu, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen dalam lawatannya ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Satria Jaya, berkata bahawa ia adalah "menjijikan".

"Ini politik murahan, sepatutnya tidak perlu menggunakan tragedi sebagai bahan kempen.

"Ini benar-benar di taktik jijik bagi mereka yang melakukannya ini," kata Chong kepada Malaysiakini.



12:00pm - Satria Jaya, Kuching: Bilangan pengundi di Sekolah Kebangsaan Satria Jaya, Kuching bagi kerusi Kota Sentosa mula meningkat dengan kurang daripada 6 jam lagi sebelum pusat pengundian ditutup.

Menurut seorang kakitangan SPR, peratusan keluar mengundi rendah pada sebelah pagi mungkin disebabkan sesetengah penduduk terpaksa bekerja pada hari Sabtu.

Penyandang kerusi Kota Sentosa yang juga adalah ketua pembangkang Sarawak, Chong Chieng Jen tiba di tempat mengundi dan bersalaman dengan pengundi.



Ketika diminta mengulas mengenai kehadiran pengundi hari ini, Chong berkata beliau berharap lebih ramai akan keluar pada sebelah petang sebelum pusat pengundian ditutup.

"Ini pagi yang indah," katanya.

11.57am - Satok, Kuching: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 31 peratus keluar mengundi sehingga jam 11 pagi.

11.50am - Piasau, Miri: Pengundian di SJK Chung Hua Lutong berjalan lancar dengan beberapa pengundi hadir tetapi semakin ramai yang sampai.

Bagaimanapun, petugas pilihan raya memberitahu Malaysiakini bahawa ramai yang hadir sejak jam 7 pagi, tetapi keadaan sekarang agak reda.



Terdapat 5,048 pengundi yang mengundi di lapan saluran mengundi di sini, bermakna pusat mengundi ini adalah yang terbesar di Piasau.

Menurut petugas pilihan raya itu, hampir 2,000 daripada pengundi di sini telah mengundi.

Sementara itu, ketika ditemui di sekolah tersebut, calon BN Sebastian Ting memberitahu Malaysiakini bahawa pengundian berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

11.45am - Kuala Lumpur: Pengerusi PEMANTAU dan BERSIH, Maria Chin Abdullah memberitahu Malaysiakini bahawa berkempen secara online adalah satu kesalahan.

"Berkempen secara online adalah sama seperti berkempen offline," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, satu petisyen pilihan raya boleh difailkan terhadap mereka yang berkempen secara online mengikut Seksyen 32 (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya, kerana melanggar peraturan pilihan raya.



Tetapi undang-undang, katanya, memerlu dibuktikan bahawa kempen secara online telah mempengaruhi pengundi secara tidak adil, yang mana sangat sukar untuk dibuktikan.

11.30am - Satok: Tiga beradik warga emas mencuri perhatian di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang di bawah kerusi DUN Satok.

Ketiga-tiga wanita kelahiran di situ - Soyong, 92, Khairiah 84, dan Enang Buruh 86 - berkata, mereka telah mengundi dalam enam pilihan raya negeri yang lalu apabila Datuk Johari Openg dari PBB bertanding di kerusi berkenaan.



"Kita mengundi buat kali pertama apabila Abang Jo menjadi calon," kata mereka sambil ketawa.

Apa yang jelas ialah tiga beradik itu masih mampu dan bersedia untuk melaksanakan tugas mereka sebagai pengundi.

"Kami masih kuat untuk keluar mengundi, ia menjadi tanggungjawab kami," kata mereka.

11.30am - Kuching: Hampir menjelang tengah hari, peratusan keluar mengundi masih rendah di beberapa kawasan di ibu negeri.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis di SMB Kuching High, yang tidak mahu namanya disiarkan berkata mereka yang keluar mengundi adalah berkurangan berbanding dengan pilihan raya lalu.




"Cuaca baik di Kuching. Mungkin lebih ramai akan datang pada sebelah petang," kata seorang petugas SPR.

11.30am - Kuching: Satu posting di laman Facebook rasmi calon BN Batu Kawah Sim Kui Han, menggesa pengundi supaya mengundi parti pemerintah.

"Please vote early. Exercise you democratic right - once every 5 years. Please don't let anything or anyone stopping you from voting. Please vote for BN. #TeamAdenan. #UnitedWeCanBee" - demikian bunyi posting tersebut yang disedari sejam yang lalu.

Kempen pilihan raya sepatutnya telah diberhentikan hari ini.

Tidak diketahui sejauh mana kawalan Sim secara peribadi terhadap laman Facebook rasmi beliau itu.

11.30am, Kuching: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 20 peratus keluar mengundi sehingga jam 10 pagi - dua jam pertama pengundian.



10.55am, Satok, Kuching: Bekas Ketua Menteri, Tun Abdul Taib Mahmud, yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak, tiba di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang untuk mengundi.

Beliau ditemani isterinya, Ragad Waleed Alkurdi.

Abdul Taib merupakan ketua menteri yang paling lama berkhidmat di Sarawak.

10:45am - Satria Jaya, Kuching: Para pengundi datang awal untuk mengundi di SK Satria Jaya, sebelum pergi untuk sarapan.

SK Satria Jaya adalah salah satu pusat pengundian bagi kerusi Kota Sentosa.

Salah seorang petugas pengundian memberitahu Malaysiakini bahawa peratusan keluar mengundi adalah ketara jauh lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2013 dan pilihan raya negeri 2011.



"Ia kelihatan agak perlahan hari ini walaupun hari pengundian diadakan pada hari Sabtu. Saya fikir jumlah keluar mengundi akan lebih rendah daripada pilihan raya negeri lepas," katanya..

10.30am: Miri - Badan pemantau pilihan raya - PEMANTAU - juga mencatatkan sekurang-kurangnya tiga kes di mana pengundi mendapati tempat pengundian mereka berubah.

Tsu Chong Chan, ahli pasukan PEMANTAU Miri memberitahu Malaysiakini bahawa ini kemungkinan besar berlaku kerana persempadanan semula.

"Di bawah undang-undang, ini tidak salah, tetapi kegagalan di sini ialah SPR tidak memaklumkan pengundi mengenai perubahan itu," kata Tsu.



Beliau menjangka sejumlah besar pengundi mungkin terjejas oleh persempadanan semula itu, tetapi mungkin tidak melaporkannya kerana mereka mengetahui mengenai perubahan itu sebelum hari mengundi.

10.30am - Piasau, Miri: Pengundian di SK St Joseph Miri agak perlahan di sebelah pagi ini di mana tidak ramai pengundi yang beratur di setiap saluran mengundi.

DAP calon Alan Ling berkata, beliau mengharapkan kehadiran pengundi yang lebih ramai.

"Kadar pengundian yang lebih baik adalah penting bagi kerusi campuran seperti Senadin dan Piasau," katanya ketika dihubungi.

Sebelum itu pada pukul 9 pagi, beliau dan isterinya Florence Lau mengundi di sekolah itu, sambil membawa anak perempuan mereka yang berusia dua tahun.

10.20am - Kuching: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratus pengundian sehingga jam 9 pagi ini ialah 11 peratus - tempoh satu jam pertama proses pengundian.

9.45am - Marudi: Walaupun peraturan pilihan raya melarang berkempen pada hari mengundi, tetapi laman Facebook calon BN kerusi Marudi, Penguang Manggil hari ini menerbitkan sebuah poster menggesa pengundi untuk mengundi beliau.

Poster itu juga menggesa pengundi di Marudi supaya keluar awal untuk mengundi, dan tidak lupa untuk membawa kad pengenalan.

Ia tidak jelas sejauh mana Penguang memiliki atau mengawal laman Facebook itu, tetapi ia telah menonjolkan mesej kempen dan aktiviti beliau sejak awal Mac tahun ini.

9.30am - Kuching: Calon AMANAH bagi kerusi Demak Laut, Fidzuan Zaidi berkata, beliau akan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai penempatan pondok pendaftaran pengundi BN, yang juga dikenali sebagai "pondok panas".

"Mereka tidak sepatutnya berada dalam jarak 100 meter dari pengundian kawasan," kata Fidzuan.

Sukarelawan parti dari BN dan AMANAH juga menyatakan peratusan keluar mengundi agak rendah untuk Demak Laut. Calon BN bagi kerusi itu ialah Dr Hazland Hipni.

9:30am: Pujut, Miri - Terdapat banyak pengundi di mana pusat pengundian mereka di sini telah berubah, demikian menurut seorang agen tempat mengundi DAP.

"Seperti seorang lelaki ini, dia sepatutnya mengundi di sini tetapi sebaliknya kini dia mendapat tahu yang dia kena mengundi di SK Datuk Permaisuri.

"Ini sangat menyusahkan pengundi, tidak ada pengumuman mengenai perubahan tersebut," Cheng Ah Kee memberitahu Malaysiakini.

Di jalan, kira-kira 50m dari pintu masuk sekolah, sepanduk berhampiran sebuah perhentian bas berbunyi "Kamek PBB tapi undi PAS" yang dipasang awal pagi ini, telah diturunkan..

9.30am - Demak Laut, Kuching: Pengundi di SK Tabuan Jaya diminta oleh sukarelawan BN di pintu masuk sekolah untuk "mendaftar" dengan pekerja parti untuk menerima "slip pengundi". Ini dilakukan sebelum pengundi memasuki sekolah untuk membuang undi mereka.

Beberapa pengundi bagi kali pertama, yang enggan namanya disiarkan, mengakui keliru ketika ditemui para sukarelawan. Kebanyakan pengundi kelihatan telah mengisi maklumat dalam slip, termasuk nama, kad pengenalan, alamat mengundi dan "saluran mengundi".

9.20am - Sibu: calon BN bagi kerusi Bawang Assan dan Dudong, Wong Soon Koh dan Tiong Thai King, masing-masing mengundi di Sekolah Kebangsaan St Rita.

Tiong berkata, beliau yakin dapat merampas kerusi Dudong daripada DAP yang diwakili Yap Hoi Liong. Tiong tewas kepada Yap dengan 317 undi pada tahun 2011.

Sementara itu, calon DAP bagi kerusi Bawang Assan, Chiew Sung Ngie berada di St Marcellin Catholic High School pada pukul 8.30 pagi untuk mengundi.

9.15am - Dudong, Sibu: Di salah satu kerusi paling hangat di Sibu, calon DAP Yap Hoi Liong membuang undi di Sekolah Kebangsaan S.E.D.C.

Beberapa pengundi dilihat membawa payung.

9.10am - Satok, Kuching: Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem tiba di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang untuk mengundi.

Turut mengiringi beliau ialah calon BN bagi kerusi Satok, Datuk Johari Openg.

8.30am - Pending, Kuching: Presiden SUPP Dr Sim Kui Hian, yang bertanding di Batu Kawah, membuang undi di SMK Bandar Kuching No 1.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau menggesa pengundi tidak dipengerusi oleh emosi apabila mengundi.

"Tolong jangan biarkan sebarang spekulasi atau simpati (menjejaskan pilihan anda) ..." katanya.

Dr Sim juga diminta mengulas sama ada berita yang lawannya dari DAP, Christina Chiew yang mengalami keguguran, akan mengalihkan undi daripadanya.

Sambil berkata ia menyedihkan mendengar perkara itu dan keguguran mengancam nyawa, beliau nasihatkan Chiew bahawa kehidupan adalah lebih penting daripada politik..

8.30am - Pujut, Miri: BN langsun calon bagi kerusi Pujut, Hii King Chiong dan calon PAS Jofrie Jaraiee, masing-masing mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Luak.

Walaupun persempadanan semula tidak pernah mengubah jumlah kerusi di bandar Miri, tetapi ia nampaknya telah menjejaskan beberapa pengundi.

Cyril Dan, 56, memberitahu Malaysiakini beliau telah mengundi sejak enam pilihan raya negeri yang lalu di Senadin.

"Tetapi saya semak beberapa hari yang lalu dan saya terkejut kerana saya kini menjadi pengundi di Piasau."

Bagaimanapun, beliau meramalkan ia akan merupakan satu persaingan yang sukar bagi BN di kedua-dua kerusi Piasau dan Senadin.

8.05am - Piasau, Miri: BN calon Sebastian Ting telah mengundi di di saluran 2 pusat pengundian di SK Jalan Bintang.

Pengundi pertama di saluran mengundi ini ialah Sim King Sia, 68. BSim dijemput membuang undi yang pertama kerana beliau memerlukan bantuan untuk pergi ke tempat mengundi itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ting berkata beliau gembira cuaca mendung sejuk. Hujan turun pada awal pagi ini dan masih terdapat gerimis sekali-sekala, selepas beberapa hari panas terik.

7.46am: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata pusat pengundian itu akan ditutup pada 5 petang kecuali beberapa pusat pengundian ditutup lebih awal bermula 9 pagi mengikut lokasi dan jumlah pengundi di sesuatu kawasan, lapor Bernama.

Pusat pengundian melibatkan sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan stadium tertutup.

Sebanyak 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengundian hari ini tidak melibatkan DUN Bukit Kota dan Bukit Sari yang dimenangi Barisan Nasional (BN) tanpa bertanding oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan iaitu Dr Abdul Rahman Ismail dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada hari penamaan calon 25 April lepas.

Terdapat 24,604 pengundi awal terdiri daripada anggota pasukan keselamatan serta pasangan yang melaksanakan tanggungjawab mereka Selasa lepas.

Pilihan raya kali ini diadakan susulan pembubaran DUN Sarawak pada 11 April, dengan menyaksikan tambahan 11 kerusi baharu, menjadikan DUN itu kini mempunyai 82 kerusi.

Jabatan Meteorologi Sarawak meramalkan cuaca mendung dan hujan pada sebelah pagi di beberapa kawasan di Sarawak, termasuk di bahagian Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang.

Jurucakap jabatan itu berkata pada sebelah petang, ribut petir dan hujan dijangka berlaku di satu dua tempat di semua kawasan, manakala pada waktu malam, hujan dijangka di beberapa tempat di bahagian Bintulu dan Kapit.


Mayat keempat dipercayai mangsa nahas helikopter ditemui

Posted: 07 May 2016 04:01 AM PDT

MALAYSIAKINI


LIHAT VIDEO DI SINI


Mayat keempat yang dipercayai mangsa nahas helikopter telah ditemui, demikian menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman.

Menurutnya lagi, mayat ketiga disahkan sebagai Ahmad Sobri Harun, pengawal peribadi Timbalan Menteri Datuk Noriah Kasnon.

Sebelum ini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat ketiga yang dipercayai mangsa nahas helikopter.

Bernama sebelum ini memetik Muhammad Sabtu Osman sebagai berkata pasukan penyelamat sedang cuba mengeluarkan jasad itu menggunakan kaedah 'airlift' dari Sungai Batang Lupar.

Bernama juga melaporkan penemuan itu disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang berkata jasad tersebut dikesan di tengah-tengah Sungai Batang Lupar pada 12.04 tengah hari.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan jasad kedua yang ditemui pada jam 8.31 pagi tadi adalah Ketua Setiausaha, Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai.



Sebelum ini, Bernama melaporkan pasukan SAR telah menerui jasad kedua pada jam 8.31 pagi tadi, 10km dari Pusat SAR di Lingga, kira-kira 250km dari Kuching.

Sehingga ini tiga jasad nahas itu telah ditemui selepas jenazah mangsa pertama tragedi terbabit iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dijumpai di tebing Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau, kira-kira 30km dari Lingga, tengah hari semalam.

Penumpang lain yang berada di dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai dan suami Noriah, Asmuni Abdullah.



Anggota Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan pegawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri turut menaiki helikopter yang dikemudi juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong pada 4.12 petang Khamis menghala ke Kuching sebelum terputus hubungan dan hilang dari radar.

Beberapa serpihan pesawat itu ditemui dekat Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau semalam.


Hadi: Tak pelik pecat pihak langgar peraturan

Posted: 07 May 2016 03:58 AM PDT

MALAYSIAKINI




Sehari selepas pemecatan Datuk Husam Musa, presiden PAS berkata pemecatan pihak yang melanggar peraturan tidak pelik.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata ia bukan pertama kali berlaku, lapor Harakahdaily.

Sebelum ini, katanya, seorang anggota parlimen PAS dipecat kerana hadir program anjuran BN yang melibatkan majlis tari-menari.

"Ini bukan lagi perkara pelik dan bukan hanya berlaku sekarang. PAS memecat ahli yang melanggar disiplin parti," beliau dipetik sebagai berkata dalam ceramah di Jeli malam tadi.

Jawatankuasa tatatertib PAS semalam memutuskan memecat Husam, bekas naib presiden parti itu, kerana melakukan tindakan bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), perlembagaan parti.

Jenis kesalahan tidak disebutkan secara khusus.

Husam antara pemimpin kanan PAS yang tersingkir beramai-ramai dalam pemilihan PAS tahun lalu kepada kumpulan Hadi.

Bagaimanapun, berbeza dengan pihak lain yang menubuhkan parti Islam baru Parti Amanah Nasional (AMANAH), Husam memilih kekal bersama PAS sehinggalah diumumkan dipecat semalam.

Beliau dilihat kritikal kepada kepimpinan kanan PAS, terutama ketika mengkritik pentadbiran kerajaan Kelantan, khususnya dalam isu pembalakan.


Mayat kedua ditemui 15km daripada mayat pertama

Posted: 07 May 2016 03:55 AM PDT

SINAR HARIAN


Mayat kedua ditemui 15km daripada mayat pertama
Mayat mangsa pertama ditemui semalam.


SRI AMAN - Mayat kedua nahas helikopter ditemui di tebing Sungai Batang Lupar, pagi ini, kira-kira 15km daripada tempat mayat pertama dijumpai semalam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Abdul Aziz Yusof berkata mayat lelaki itu ditemui kira-kira jam 8.30 pagi tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

"Mayat itu ditemui kira-kira 10km daripada Pusat SAR Lingga, 49km dari bandar Sri Aman.

"Mayat mangsa telah dibawa menggunakan helikopter ke Hospital Umum Sarawak, Kuching," kata Abdul Aziz kepada pemberita di pusat SAR berkenaan.

Mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dijumpai di tebing sungai itu, tengah hari semalam.   

Selain Noriah, penumpang lain yang berada dalam helikopter tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai dan suami Noriah iaitu Asmuni Abdullah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mayat kedua mangsa nahas helikopter dijumpai]

Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan pegawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun menaiki helikopter yang dikemudi juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong pada jam 4.12 petang Khamis,
menghala ke Kuching sebelum tragedi itu berlaku.

Beberapa serpihan pesawat itu telah ditemui dekat Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau, semalam.

Terdahulu operasi SAR bermula seawal 7.30 pagi tadi dengan kekuatan empat buah bot bomba bergerak daripada pusat SAR itu, melakukan rondaan di sepanjang perairan Batang Lupar.

Operasi SAR turut disertai enam bot Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), dua bot tentera dan sebuah bot polis.

Setakat 10 pagi, sejumlah 175 anggota SAR daripada pelbagai agensi seperti polis, bomba, JPAM dan tentera terlibat dalam operasi itu. –Bernama


39 peratus keluar mengundi sehingga 1 tengah hari

Posted: 07 May 2016 03:52 AM PDT


SINAR HARIAN


39 peratus keluar mengundi sehingga 1 tengah hari
Pengundi berpusu-pusu memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Agama Miri bagi DUN N75 Senadin sebaik sahaja pintu dibuka tepat jam 8 pagi tadi. - Foto Bernama


KUCHING - Sehingga jam 1 tengah hari, sebanyak 39 peratus pemilih berdaftar sudah keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dun pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11, hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Hashim Abdullah ketika ditemui media di sebuah pusat pengundi di sini pagi ini, berkata proses pengundian sehingga kini berjalan lancar, dan setakat 10.30 pagi, 13 pusat pengundian sudah ditutup.

Sementara itu, Pengarah SPR Sarawak Datuk Takun Suggah ketika dihubungi berkata satu kejadian koridor sekolah diperbuat daripada kayu yang dijadikan laluan pengundi, dilaporkan runtuh di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Annau, Tatau, kira-kira 70km dari Bintulu.

Beliau berkata kejadian kira-kira 10 pagi di sekolah yang dijadikan salah sebuah pusat pengundian bagi Dun Jepak itu, mengakibatkan kira-kira 40 pengundi terjatuh, dan seorang daripadanya dilaporkan cedera ringan.

Antara yang sudahpun mengundi sehingga kini ialah Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang dalam kawasan Dun Satok di sini, dan juga Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dun Satok. 

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, turut mengundi di tempat sama.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang juga calon BN Bukit Saban; Datuk Amar Douglas Uggah Emas pula mengundi di rumah panjang beliau di pusat pengundian di Rumah Wilson Begat Bakir, Penon, Ulu Paku, Betong. 

Dalam pada itu, antara menteri persekutuan dari Sarawak yang sudah pun mengundi pagi ini, ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot,

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Calon langsung BN bagi kawasan Bawang Assan Datuk Seri Wong Soon Koh dan Datuk Tiong Thai King (calon langsung BN Dun Dudong), juga sudah mengundi di Dewan SK St Rita, Sibu. – Bernama


Laporan awal siasatan nahas dalam tempoh sebulan

Posted: 07 May 2016 03:47 AM PDT

SINAR HARIAN


Liow Tiong Lai
Liow Tiong Lai. - Foto Bernama
 
 
KUCHING - Laporan awal siasatan nahas helikopter Eurocopter AS350 oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara akan dikeluarkan dalam  tempoh sebulan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata siasatan dilakukan bagi mengetahui punca nahas di Sungai Batang Lupar di Sebuyau, yang mengorbankan Timbalan Menteri Perusahaan  Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan dua yang belum diikenal pasti manakala tiga lagi masih hilang.

"Banyak faktor...jadi kami perlu melihat semua aspek sebelum mengulas sama ada laluan yang digunakan itu selamat atau sebaliknya.

"Pada hari kejadian, Khamis, terdapat empat hingga lima helikopter menggunakan laluan sama...ada yang berada di hadapan dan mendarat dengan selamat," katanya pada sidang media di pejabat Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Kuching di sini, hari ini.

Beliau berkata kementerian juga telah memanggil pasukan penyiasat daripada penyedia perkhidmatan helikopter Airbus bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Liow berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diketuai DCA sehingga kini telah melakukan pencarian di kawasan seluas 2,850km persegi semalam.

"Misi pencarian hari ini akan meliputi kawasan seluas 875km persegi di sepanjang Sungai Batang Lupar sehingga ke Sri Aman," katanya sambil menjelaskan kawasan pencarian lebih kecil disebabkan tumpuan pencarian lebih berfokus kali ini.

Liow turut mengesahkan pasukan SAR telah menemukan mayat mangsa kedua pukul 8.34 pagi tadi di Sungai Belebat iaitu anak Sungai Batang Lupar.

"Namun begitu identiti mayat tersebut masih belum dikenal pasti oleh pihak berkuasa dan kini berada di hospital untuk proses bedah siasat," katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai dan masyarakat tempatan yang mempunyai maklumat atau  berada di sekitar kawasan pencarian untuk menghubungi pihak berwajib sekiranya menemui sebarang penemuan berhubung insiden ini dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis DAerah Sri Aman di talian 083322121.

Selain Noriah, lima lagi mangsa ialah suaminya, Asmuni Abdullah, ketua setiausaha kementerian itu, Datuk Dr Sundaran Annamalai, Ahli Parlimen Kuala  Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, pengawal peribadi Noriah,

Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Helikopter itu berlepas dari Betong ke Kuching pada pukul 4.12 petang Khamis sebelum dilaporkan hilang. –Bernama


Mayat ketiga disahkan pengiring Noriah, Ahmad Sobri

Posted: 07 May 2016 03:45 AM PDT

Ahmad Sobri
Gambar terakhir Ahmad Sobri Harun (kiri) yang dihantar kepada keluarganya melalui pesanan aplikasi WhatsApp 
 
 
SHAH ALAM - Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman mengesahkan mayat ketiga mangsa nahas helikopter di Sarawak yang ditemui jam 10.30 pagi tadi sebagai pengawal peribadi Allahyarham Datuk Noriah Kasnon, Ahmad Sobri Harun.

Menurutnya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang bersama-sama dengan jasad Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, mendiang Datuk Dr Sundaran Ann Amalai.

"Mangsa petang ini ialah Sobri Harun, pengawal peribadi timbalan menteri berusia 26 tahun berasal dari Terengganu. Beliau sebenarnya daripada cawangan pengiring dari Kuala Lumpur yang ditugaskan sebagai pengawal peribadi.

"Telah disahkan hospital dan kad kuasa polis berada bersama mayat yang ditemui. Polis akan uruskan jenazah itu untuk dibawa pulang ke Terengganu bersama pesawat TUDM bersama dengan mayat kedua, Dr Sundran yang ditemui sebelumnya," katanya pada sidang media, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) tetap diteruskan meskipun terpaksa berdepan dengan cabaran-cabaran termasuk buaya di Sungai Batang Lupar.

"Kita masih meneruskan pencarian untuk mangsa-mangsa yang lain. Kita juga sedang berusaha untuk mencari bangkai helikopter tersebut. Kita masih teruskan dan bergantung pada keadaan cuaca, arus sungai dan cabaran yang besar juga ialah buaya.

"Kawasan itu memang dikenali sebagai banyak buaya dan keadaan sungai yang dalam menyukarkan kita menjalankan operasi. Tapi kita tetap akan usahakan sebaik mungkin," katanya.


Pemilik kedai gunting rambut maut ditikam

Posted: 07 May 2016 03:42 AM PDT

Pemilik kedai gunting rambut maut ditikam
Keadaan suspek yang cedera parah setelah dilanggar kereta ketika cubaan melarikan diri.
 


BATU PAHAT - Seorang pemilik kedai gunting rambut maut setelah ditikam oleh seorang penyamun, di kedainya di Parit Sulong sebentar tadi.

Dalam kejadian yang berlaku di tingkat dua, Medan Niaga, Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) pada jam 3.06 petang itu, suspek turut mengalami kecederaan parah setelah dilanggar oleh sebuah kereta cubaan melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, semasa kejadian suspek yang berusia 31 tahun itu berpura-pura menjadi pelanggan sebelum nekad untuk menyamun wanita yang berusia 62 tahun itu.

Katanya, bagaimanapun suspek dan wanita berkenaan bergelut dan mangsa ditikam di bahagian belakang badannya, manakala suspek cedera parah setelah dilanggar semasa cubaan melarikan diri, kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian.

"Suspek yang mengalami kecederaan parah itu terus dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan selanjutnya," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Tiada ulasan: