Jumaat, 6 Mei 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


MESEJ DARIPADA TUHAN

Posted: 06 May 2016 12:26 AM PDT

shahbudindotcom


Semalam, 5 Mei adalah hari terakhir kebanyakan pemimpin pembangkang boleh berada di bumi Sarawak. Adenan Satem dengan keras dan angkuh menggunakan peruntukan autonomi Imigresen bagi menghalang pertandingan sama rata dan sama adil dengan seolah-olah hanya pemimpin BN saja boleh mendekati rakyat menjelang dua hari terakhir sebelum pembuangan undi.

Tetapi dengan berlakunya tragedi helikopter hilang yang melibatkan seorang timbalan menteri, seorang ahli parlimen, seorang ketua setiausaha kementerian dan tiga yang lain, semua pemimpin BN sebaliknya lebih sibuk bercakap mengenai kejadian itu di hari-hari terakhir di mana mereka sepatutnya lebih menggunakan segala usaha untuk meraih undi.

Bagi pemimpin peringkat negeri, mungkin gerak kerja kempen mereka tetap seperti biasa, tetapi bagi pemimpin Semenanjung, terutamanya Najib Razak dan Zahid Hamidi, menteri-menteri dan yang lain-lain, tumpuan tentu saja lebih kepada tragedi malang itu, tambahan pula ia melibatkan nyawa orang-orang penting dalam kerajaan.

Dengan itu, agenda mendekati pengundi di saat-saat akhir sebelum pembuangan undi secara tidak langsung telah hilang fokusnya.

Berdasarkan penemuan awal satu jasad wanita sehingga tengahari tadi dan beberapa bahagian helikopter yang bertaburan setakat ini, adalah dipercayai kesemua penumpang telah terbunuh dalam kejadian malang itu.

Melalui tragedi yang tidak disangka-sangka itu, Tuhan sebenarnya cuba menghantar mesej untuk sebuah keangkuhan dan kesombongan yang selalu menjadi amalan manusia yang berkuasa sehingga merasakan mereka boleh berbuat apa saja di dunia ini.

Sama seperti pemimpin pembangkang yang dihalau dan dinafikan hak bertemu rakyat, majoriti pemimpin BN juga akhirnya sama-sama tidak dapat menjalankan kerja-kerja kempen pilihanraya di saat-saat akhir.

Lantaran  itu, bagi yang mahu berfikir, berpada-padalah menggunakan kuasa dan jangan sampai lupa bahawa Tuhan sentiasa ada memerhati kita. Tuhan pasti adil kepada kita semua.

Kepada pengundi Sarawak, fahamilah mesej Tuhan itu dalam menunaikan tanggungjawab pada 7 Mei nanti untuk sekurang-kurangnya membuang keegoan dan keangkuhan mereka yang berkuasa itu, kalau pun tidak mampu melakukan perubahan yang lebih menyeluruh.

Lebih penting daripada itu, jika pun BN menang dengan bergaya dalam pilihanraya ini, kesedihannya tetap dirasai oleh ramai orang berbanding mahu bergembira meraikannya.

Tragedi helikopter terhempas yang berlaku di Sarawak ini juga mengingatkan kepada kejadian yang sama kira-kira setahun lalu di Semenyih yang melibatkan kematian Ahli Parlimen, Jamaluddin Jarjis, seorang pegawai kanan di pejabat Perdana Menteri dan beberapa yang lain.

Dijumlahkan dengan tragedi kehilangan MH370 yang masih misteri dan MH17 yang ditembak jatuh Ukraine, bermakna dalam tempoh singkat 7 tahun pemerintahan Najib sudah berlaku empat kejadian berdarah serta menghibakan rakyat yang melibatkan kapalterbang dan helikopter.

Jika helikopter yang terhempas di Selangor itu mengorbankan seorang Ahli Parlimen iaitu Jamaluddin Jarjis, kali ini ia melibatkan dua orang iaitu Noriah Kasnon, Ahli Parlimen Sungai Besar juga seorang timbalan menteri dan Wan Khairil Anuar Wan Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Kenapakah tragedi demi tragedi ini begitu kerap berlaku di zaman Najib dan tidak di era Tun Mahathir atau Pak Lah?

Apakah ia turut ada kaitan dengan keangkuhan dan keegoan terhadap kuasa yang begitu berleluasa yang dilakukan semata-mata untuk melindungi kesalahan demi kesalahan yang hakikatnya sudah pun menjadi perbualan seluruh dunia?

Sementara kita bersedih dan bersimpati dengan mangsa tragedi dan anggota keluarganya, yakinlah juga bahawa kejadian-kejadian buruk yang terlalu kerap dan tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini pasti ada mesej tertentu daripada Tuhan untuk kita semua.



PM sahkan dua wakil rakyat Umno dalam helikopter

Posted: 06 May 2016 12:18 AM PDT

MALAYSIAKINI



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan helikopter AS350 yang ditemui serpihannya berdekatan dengan Sungai Batang Lupar oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pagi tadi membawa enam orang.

Menurutnya, antara mereka adalah Timbalan Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, suaminya Asmuni Abdullah, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Noriah juga adalah Ahli Parlimen Sungai Besar. Turut berada dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun, dan juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.



Helikopteryang membawa rombongan kenamaan itu dalam perjalanan dari Betong ke Kuching berlepas dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh, Betong dengan lokasi terakhir dikesan di Triso, Sebuyau.

"Setakat ini kita tidak boleh buat sebarang kesimpulan yang kita sudah kehilangan mereka," kata Najib pada sidang media pagi ini semasa ditanya sekiranya ini bererti semua mereka sudah tiada lagi.

Perdana Menteri berkata semua aset yang berkaitan sudah diarah melancarkan operasi dan menyelamat "semaksimum mungkin" di sekitar kawasan berkenaan.



Setakat ini antara serpihan yang ditemui termasuk, sebuah rotation device, sebuah kerusi, sebahagian daripada pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding pesawat.

Perdana Menteri berkata beliau dimaklumkan bahawa kawasan serpihan itu ditemui amat luas, yang mungkin akan menyukarkan operasi mencari dilancarkan.

"Namun segala usaha dan aset yang dapat kita guna pakai dalam operasi ini kita akan mengerahkan semaksimum mungkin," katanya.

Beliau menganggap kejadian itu sebagai satu tragedi kemalangan yang tidak diduga dan seterusnya mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak berkaitan yang melancarkan gerakan mencari dan menyelamat dengan cukup pantas.


More from Malaysiakini

Siasatan 1MDB: Bekas pegawai BSI berdepan 3 dakwaan tambahan

Posted: 06 May 2016 12:13 AM PDT

MALAYSIAKINI




Bekas pegawai BSI Bank dari Switzerland yang beroperasi di Singapura berdepan tiga lagi dakwaan tambahan atas pergerakan dana dari akaun yang dikaitkan dengan dana pelaburan Malaysia, 1MDB, demikian menurut laporan Straits Times Singapura.

Yeo Jiawei telah digambarkan oleh pihak pendakwa sebagai memainkan "peranan berpusat" dalam pergerakan dana dan menyembunyikan transaksi.

Pihak pendakwaan berkata, para penyiasat mengesyaki "sejumlah wang - S$200,000 dan US$200,000 - dipindahkan bagi pihak Yeo" kepada Harry Elias Partnership, firma guaman untuk peguamnya, Philip Fong, "mungkin perolehan berkaitan pelakuan jenayah".

Pegawai bank berusia 33 tahun itu didakwa buat kali pertama pada 16 April ekoran cuba menghalang keadilan, menipu bekas majikan dan penggubalan wang haram, membawa kepada enam dakwaan ke atas beliau.

Menurut Straits Times, tiga dakwaan tambahan itu ialah :


1. Menipu bekas majikan (BSI) pada tahun 2013 dengan menyembunyikan fakta beliau menerima sebahagian yuran dibayar menerusi Bridgerock Investment, firma yang dikawal beliau, kepada Pacific Harbor Holdings, pengurus pelaburan kepada Pacific Harbor Global Growth.

2. Cubaan untuk menghalang keadilan apabila beliau meminta Kevin Swampillai, bekas pengarah perkhidmatan pengurusan kewangan BSI, pada 27 Mac untuk menipu polis yang duit yang dipindahkan oleh Samuel Goh Sze-Wei kepada Bridgerock Investment dan GTB Investment adalah pelaburan Goh.

3. Memindahkan US$500,000 daripada akaun Malayan Banking atas nama Bridgerock Investment pada 14 November 2012 kepada OCBC account atas nama Yishun Aquarium. Jumlah itu dilaporkan mewakili "manfaat daripada penipuan" beliau.

Reman untuk seminggu lagi

Straits Times turut melaporkan bahawa hakim daerah Christopher Goh telah meluluskan permohonan pendakwa untuk mereman Yeo untuk seminggu lagi, tetapi membenarkan beliau mempunyai akses "bersebab" dengan peguamnya, dengan aturan oleh Jabatan Hubungan Komersil.

Pas pecat Husam Musa

Posted: 06 May 2016 12:05 AM PDT

Husam Musa
Husam Musa


SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dipecat daripada menjadi ahli Pas berkuat kuasa 23 April lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pas, Dr Sanusi Daeng Mariok berkata, Jawatankuasa Tatatertib Pas telah meneliti aduan salah laku terhadap Husam dan setelah mempertimbangkan kes dari setiap aspek, satu perbincangan telah diadakan di peringkat jawatankuasa pada 23 April lepas.

"Melalui perbincangan itu, Jawatankuasa Tatatertib Pas mendapati beliau (Husam) telah melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan Pas,
maka Jawatankuasa Tatatertib dengan sebulat suara bersetuju untuk memecat beliau daripada menjadi ahli Pas," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Husam sebelum ini dilihat lantang menyerang parti dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara Pas dan Umno.

Selain itu, Husam turut didakwa menyarankan Abdul Hadi memberi laluan kepada kepimpinan baru yang boleh membawa perubahan kepada parti Islam itu dan tanggungjawab yang digalas diganti dengan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Insiden helikopter: PRN11 tetap diteruskan

Posted: 05 May 2016 11:56 PM PDT

SPR
SPR


SHAH ALAM - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah menafikan khabar angin yang mengatakan hari mengundi Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) Sarawak esok ditangguhkan susulan insiden sebuah helikopter yang membawa beberapa orang kenamaan dilaporkan hilang.

Mohd Hashim berkata, hari mengundi tetap diteruskan mengikut jadual sebelum ini.

"Itu khabar angin sahaja. Mengundi diteruskan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Sebentar tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui serpihan pesawat dipercayai milik helicopter Eurocopter AS350 yang dilaporkan hilang, petang semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Serpihan dipercayai milik helikopter hilang dijumpai]

Beliau berkata, serpihan itu merupakan sebahagian pintu, dinding pesawat dan beberapa bahgian lain.
Helikopter yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suami, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Penumpang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Proses pengundian awal bagi PRN11 bermula jam 8 pagi esok.

Sebanyak 33 pusat pengundian akan ditutup pada 2 petang dan selebihnya iaitu 46 pusat akan ditutup 5 petang, berdasarkan kepada bilangan pengundi di pusat-pusat berkenaan.

Kertas undi bagi pengundi awal hanya akan dikira mulai pukul 4 petang yang dilaksanakan secara berkelompok di tempat pengiraan undi yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut senarai SPR, kawasan Dun Stakan mempunyai jumlah pengundi awal paling ramai iaitu 7,055 orang, diikuti Bukit Sentosa (3,163 pengundi), Nangka (3,043), Batu Kawah (1,241) dan Sri Aman (1,075).

Bagaimanapun, jumlah pemilih itu tidak melibatkan 418 pengundi awal di dua kawasan Dun - Bukit Kota dan Bukit Sari, berikutan kemenangan tanpa bertanding BN di kedua-dua kerusi itu pada hari penamaan calon, 25 April lalu.


Pemuda Pas Kelantan ‘lega’ Husam dipecat

Posted: 05 May 2016 11:53 PM PDT

Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli


SHAH ALAM – Pemuda Pas Kelantan menyatakan kelegaannya atas keputusan dibuat parti Islam itu yang akhirnya memutuskan memecat bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya menyokong penuh keputusan Jawatankuasa Tatatertib Pas itu.

"Pemuda Pas Kelantan bersyukur kerana kemelut yang melanda parti dan kerajaan negeri akibat tindakan salah seorang wakil rakyat Pas di negeri ini, Datuk Husam Musa yang sering mengkritik parti dan kerajaan berakhir dengan tindakan pemecatan seperti yang diumumkan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pas hari ini," katanya dalam satu kenyataan.

Hari ini, Jawatankuasa Tatatertib Pas mengesahkan memecat Husam setelah meneliti aduan salah laku terhadap Adun Salor itu dan mendapati beliau telah melakukan tindakan serta perbuatan yang menyalahi Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan Pas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas pecat Husam Musa]

Husam sebelum ini dilihat lantang menyerang parti dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara Pas dan Umno.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli mengajak semua ahli Pas untuk bekerja dan memperkukuhkan jentera parti di semua peringkat di Dun Salor.

"Tindakan ini juga tentunya merupakan satu pembebasan terhadap Datuk Husam Musa untuk bergerak melalui wadah yang dipilihnya sendiri," katanya.


Nahas helikopter: Bomba sahkan jumpa jasad pertama

Posted: 05 May 2016 11:51 PM PDT

MALAYSIAKINI




Pasukan Bomba dan Penyelamat sebentar tadi mengesahkan satu jasad telah ditemui berhampiran serpihan pesawat di Sungai Batang Lupar pada jam 12 tengah hari tadi.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata jasad seorang wanita ditemui berhampiran tapak nahas.

"Ya, jenazah wanita itu ditemui pada jam 12:00 tengahari tadi," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Bernama memetik Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Nor Hisham Mohammad sebagai berkata jasad mangsa ditemui sekitar 15km dari jeti Sebuyau, berhampiran Sungai Batang Lupar.
Katanya, mayat itu akan diserahkan kepada polis di jeti Sebuyau.




Pada kejadian jam 5 petang semalam, helikopter sewa khas jenis Eurocopter AS350 Écureuil dengan nombor pendaftaran RP-C 6828, terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 4.32 petang.

Ini berlaku tidak lama selepas helikopter yang membawa rombongan kenamaan itu yang dalam perjalanan dari Betong ke Kuching berlepas dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh, Betong dengan lokasi terakhir dikesan di Triso, Sebuyau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang medianya, pagi tadi mengesahkan penumpang helikopter itu termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya.

Turut menaiki helikopter tersebut ialah Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga adalah ahli Parlimen Kuala Kangsar, KSU kementerian berkenaan Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri. Helikopter itu dipandu Kapten Rudolf Rex Raga.



"Setakat ini kita tidak boleh buat sebarang kesimpulan yang kita sudah kehilangan mereka," kata Najib pada sidang media pagi ini semasa ditanya oleh wartawan sekiranya ini bererti semua mereka sudah tiada lagi.

Perdana Menteri berkata semua aset yang berkaitan sudah diarah melancarkan operasi dan menyelamat "semaksimum mungkin" di sekitar kawasan berkenaan.


Nahas helikopter: Gambar tak sahih ganggu emosi keluarga

Posted: 05 May 2016 11:48 PM PDT

MALAYSIAKINI





Ahli keluarga Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, seorang daripada yang terlibat dalam nahas helikopter di Sarawak petang semalam, kesal dengan penyebaran khabar angin mengenai insiden itu.

Adik bongsu ahli parlimen Kuala Kangsar itu, Wan Mohammad Khairul Fallah berkata penyebaran berita atau gambar tidak sahih amat mengganggu emosi mereka sekeluarga.

"Apapun yang berlaku terhadap abang saya, kami sekeluarga di sini menunggu berita penemuannya dengan tenang," katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Kangsar hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sidang media di Kuching pagi ini mengesahkan Mohammad Khair-il adalah antara enam penumpang pesawat Eurocopter AS350 yang hilang dari radar semalam dan ditemui serpihannya pagi ini.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai turut berada di dalam helikopter berkenaan.

Sementara itu, Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar mengadakan majlis bacaan Yasin di Masjid Ubudiah di sini memohon keselamatan buat Wan Mohammad Khair-il.

Naib Ketua Wanita Bahagian itu, Rohaya Abd Rajak berkata sebanyak 100 anggota Umno dan keluarga Wan Mohammad Khair-il menghadiri majlis itu pada pukul 8 pagi tadi.- Bernama


Hubungan terakhir tiga minit setelah berlepas - DCA

Posted: 05 May 2016 11:46 PM PDT

Bernama 




Hubungan terakhir yang dibuat juruterbang helikopter membawa seorang timbalan menteri dan empat lagi penumpang semalam ialah pada 4.15 petang, tiga minit setelah berlepas.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata juruterbang itu memberitahu bahawa mereka dijangka akan berada di kawasan Simunjan dalam masa kira-kira 20 minit setelah berlepas pada pukul 4.12 petang.

"Pengawal trafik udara Simunjan cuba menghubungi pesawat itu pada 4.28 petang tetapi tiada respons.

Beberapa lagi cubaan dilakukan untuk menghubungi helikopter itu pada 4.29 petang, 4.39 petang dan 4.56 petang.

"Tetapi masih tiada respons daripada helikopter berkenaan," katanya kepada pemberita di Kuching hari ini.

Beberapa serpihan bahagian helikopter itu ditemui dekat sungai Batang Lupar di Sebuyau, pagi ini.

Azharuddin berkata terdapat empat helikopter di kawasan itu pada ketika itu, sebuah daripadanya hanya seminit berada di belakang helikopter malang itu.

"Kami minta mereka menghubungi helikopter itu tetapi usaha mereka gagal," katanya.

Selepas usaha menghubungi beberapa pihak yang berkenaan dan tiada sebarang isyarat dikesan tentang kedudukan helikopter itu, Azharuddin berkata situasi kecemasan diisytiharkan dan misi mencari dan menyelamat digerakkan pada jam 7.26 malam tadi.

Beliau berkata pasukan bertindak dibentuk untuk mengendalikan usaha memberitahu keluarga mereka yang berada di dalam pesawat tu.

Azharuddin berkata penyiasatan masih berjalan dan Hornbill Skyways, syarikat yang menyewakan pesawat itu dari Filipina masih belum digantung operasinya.


Kronologi helikopter terhempas di Sarawak sejak 2011

Posted: 05 May 2016 11:43 PM PDT

BERNAMA




Dua kejadian helikopter terhempas berlaku di Sarawak sejak lima tahun lalu termasuk satu kejadian yang berlaku pada musim Pilihan Raya Negeri ke-10 pada tahun 2011.

Berikut kronologi kedua-dua kejadian itu:

11 April 2011:

Sebuah helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu menyebabkan Kapten Sahimi Ghazali, 38, terkorban.

Nahas terjadi setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru pulang daripada melakukan tinjauan mesra di Bintangor.

Peristiwa berlaku lima hari sebelum PRN-10 pada 16 April 2011.

20 Julai 2012:

Helikopter jenis Eurocopter EC 120 milik sebuah syarikat swasta berpangkalan di Sarawak, yang tidak didaftarkan di Malaysia, terhempas di Muara Sungai Lingga, Sri Aman disebabkan cuaca buruk.

Kejadian mengorbankan seorang jurutera Peter Ato Mayo, 53, arkitek Henry Loh, 42 dan seorang juruukur Siti Khuzaimah Anuar, 27, manakala juruterbang, Rico Steiger, 35, seorang warga Jerman, terselamat.- Bernama


Tiada ulasan: