Ahad, 15 Mei 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bayangkan tidak ada Kuala Lumpur hari ini

Posted: 15 May 2016 08:27 AM PDT

Al-Abror Mohd Yusuf  




ULASAN Bayangkan tiba-tiba tidak ada Kuala Lumpur pada hari ini.

Ia bukan bayangan melankolik atau gelisah seorang pemuda kepada kekasihnya jauh di mata, seperti Rangga di New York yang mengenang Cinta di Jakarta dalam Ada Apa Dengan Cinta 2.

Ia juga bukan detik seorang wanita di ambang pernikahan melepaskan marah dan dendam dalam gelabahnya di depan susuk lelaki disayangi dengan kata-kata: "Rangga, yang kamu lakukan ke saya itu - jahat!"

Membayangkan Kuala Lumpur yang tidak ada secara tiba-tiba, atau perlahan-lahan adalah khayalan nadir yang selalu terabaikan. Kita menjadi terlalu ramah dengan bencana alam dari semasa ke semasa.

Ketika sebahagian daripada jalan-jalan utama Kuala Lumpur dinaiki air Khamis lalu, entah apa yang terlintas di fikiran kita selain cemas dan marah.

Atau mungkin juga kita menjadi sangat takjub dan hairan memikirkan bagaimana deretan kereta di atas jalan raya tiba-tiba menjadi seperti kapal selam berehat di pelabuhan, misalnya, atau tentang saluran longkang untuk menampung curahan hujan lebat mengejut.

Hujan yang selalunya terabaikan kini menjadi sumber kebimbangan ramai orang. Semakin maju dan membangun kota raya, bertambah banyak bencana seperti banjir kilat dan lumpur menjelma.
Makna panas, basah

Di tempat lain, bencana yang datang bukan dalam bentuk banjir atau air, bahkan sebaliknya hangat kemarau. Sungai yang biasanya mengalir ramah dan jarang-jarang dipandang tiba-tiba menjadi tempat melihat ketakutan.

"Kemarau kali ini sampai ada pokok yang daunnya kering macam dibakar," kata pemandu pelancong alam semula jadi, Hashim Man.

Hashim menetap di Kuala Lipis, Pahang. Dia sudah menjadi pemandu pelancong memasuki hutan lebih 20 tahun. Dia faham benar makna panas, teduh dan basah tanah.

Sudah berkali-kali juga dia mengalami musim panas, tetapi bahang yang berlaku beberapa minggu lalu, katanya, memang lain dari biasa.

"Kawasan rumah saya hampir tiga minggu tak ada air," katanya.

Hashim berpendapat semua itu berpunca daripada penggondolan hutan, pembalakan dan urbanisasi.

Tidak dapat dipastikan sama ada dia turut terfikir jika Kuala Lipis tidak ada pada suatu hari nanti.
Sentiasa berasa benar

Pada masa sama politikus sibuk bersilat lidah untuk menuding jari menyalahkan musuh masing-masing.

Pedulilah dari mana pun mereka atau apa pun parti yang diwakilinya.

Biasanya politikus begitulah - mereka sentiasa benar dan kesalahan adalah hak eksklusif orang lain.

Bagi politikus, kesalahan dan masalah dilakukan oleh hampir semua orang kecuali diri mereka sendiri sehinggakan lakaran karikatur kartunis juga seakan-akan wajib dimusuhi.

Politiking semakin menjadi-jadi. Perjuangan seorang yang berhormat (YB) bukan lagi demi rakyat yang diwakilinya tetapi keutamaan adalah hayat politik diri sendiri, juga kroni.

Siapa yang mesti dicantas, siapa yang perlu diangkat, parti mana yang mesti diracun, projek mana yang harus disambar, giliran sekutu mana yang harus dibantu dan berapa banyak komisyen yang mesti diasingkan daripada peruntukan diberi kerajaan - nampak macam itu antara isu yang dipentingkan.

Abaikanlah jika ada longkang tersumbat atau sungai semakin cetek kerana hakisan, atau banjir lumpur akibat projek pembangunan tidak terancang.

Parlimen - atau dewan undangan negeri - menjadi tempat menjaja diri mendapatkan publisiti, selain peluang mendapatkan projek kerajaan.

Sampah dan politikus

Akhirnya sampah sarap sedikit demi sedikit semakin bertimbun dan menyekat aliran air. Maka hujan yang biasanya menyejukkan persekitaran menjadi punca banjir kilat.

Sampah biasanya bersifat kecil dan remeh namun pengabaian menjadikan ia 'besar'. Sama seperti api yang menjadi kawan ketika kecil namun bertukar menjadi lawan apabila kian besar.

Sampah sarap pun begitulah. Pertengkaran yang mengutamakan kepentingan peribadi, kepartian atau kroni menyebabkan daun-daun kering atau ranting menjadi punca masalah ramai. Seolah-olah masalah kos sara hidup yang semakin menekan dan tuntutan cukai di kiri dan kanan belum cukup untuk menyeksa kita.

Jika tidak diurus segera dan waras, tidak mustahil suatu hari nanti tidak ada lagi Kuala Lumpur. Ia bukan sekadar tentang sajak romantis atau rusuh hati Rangga kepada Cinta.

Ia adalah derita rakyat terbanyak yang terabai oleh 'politikus sampah'. Ia kesusahan dan cemas yang 'real'.
Dan kita tidak perlukan sajak untuk mengingatkan hal itu, sebenarnya.

Sebelum itu terjadi, harus kita katakan kepada 'politikus sampah' itu: "YB, yang kamu lakukan ke saya itu - jahat!"


Kuala Kangsar, Sungai Besar kawasan majoriti Melayu - DAP

Posted: 15 May 2016 08:09 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Keputusan DAP untuk tidak meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah disebabkan faktor majoriti pengundi Melayu yang tinggi di sana .
 
Menurut Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok, keputusan telah dibuat kepimpinan DAP bahawa kedua-dua kerusi berkenaan diserahkan kepada PKR mahupun Parti Amanah Negara (PAN) mewakili Pakatan Harapan untuk mengemukakan calon.
 
Malah tambah beliau lagi, kerusi berkenaan juga tidak pernah ditandingi oleh DAP sebelum ini.
 
"Lim Guan Eng sudah cakap kita (DAP) takkan letak calon (di Pilihan
Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar).
 
"Ia dipersetujui dalam Pakatan Harapan, kami tidak akan bertanding sebab itu bukan kawasan yang pernah ditandingi oleh DAP, malah kedua-dua kawasan itu majoriti Melayu jadi lebih baik bagi rakan parti kita untuk bertandinglah," katanya kepada Antarapos.
 
Ahli Parlimen Seputeh itu berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memutuskan parti itu tidak akan meletak calon pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
 
Menurut Guan Eng, DAP akan menyokong calon dalam kalangan parti dalam PH yang akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Presiden esok.
 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Hashim Abdullah semalam memutuskan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar diadakan serentak pada 18 Jun.
 
Ia ekoran penyandang kedua-dua kerusi berkenaan iaitu Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sebuyau, Sarawak.
 
Pada PRU13, Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 14,218 undi sementara Noriah meperolehi majoriti tipis dengan hanya 399 undi.
 
Kedua-dua kerusi berkenaan sebelum ini ditandingi oleh PAS pada PRU lalu.
 
 

BERITA BURUK DARI SINGAPURA

Posted: 15 May 2016 08:02 AM PDT

shahbudindotcom

 


 
 
Siasatan pihak berkuasa Singapura mendedahkan bahawa bekas Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Arif Kamil telah meluluskan pemindahan sebanyak RM48 juta daripada dana syarikat itu kepada sekutu Jho Low, Tan Kim Loong.

Tan, jika mengikut The Wall Street Journal  atau WSJ adalah benefisiari asal Tanore Finance, sebuah syarikat berpangkalan di British Virgin Islands yang telah menghantar RM2,600 juta ke akaun peribadi Najib Razak.

Melalui pendedahan WSJ juga, Najib didapati turut menerima RM42 juta daripada SRC International yang sebelumnya mendapat kemudahan pinjaman sebanyak RM4,000 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang dikatakan untuk membiayai pelaburan arang batunya di Mongolia.

Cuma di Malaysia, bukan saja tidak diketahui siapa yang bertanggungjawab meluluskan pemindahan wang itu, malah Najib juga mengatakan beliau tidak mengetahui wang yang diterimanya itu daripada SRC International.

Pelik bukan?

Tapi wang itu tetap dibelanjakannya dan Nik Faisal pula sejak sekian lama menghilangkan diri ke luar negara, dipercayai ke Indonesia.

Di Singapura, seorang bekas pegawai  bank BSI, Yeo Jiawei sedang menghadapi pertuduhan kerana mempermudahkan, melalui cara penipuan, pemindahan wang daripada SRC International itu kepada Tan Kim Loong, tetapi di negara kita  "semuanya didapati tiada kes". 

Apakah kes di Singapura ini bakal mendedahkan banyak lagi perkara lain yang akhirnya turut melibatkan RM42 juta yang diterima oleh Najib?


Bila Pakatan Harapan terpaksa bergantung pada PAS...

Posted: 15 May 2016 07:59 AM PDT

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
 
 
[ULASAN] Reaksi rasmi presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terhadap isu kononnnya PKR mempelawa PAS kembali pada gabungan pembangkang menyerlahkan dinamika politik parti-parti musuh Umno-BN hari ini.
 
Pertama sekali, Wan Azizah mengesahkan bahawa pelawaan timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali tidak mewakili partinya kerana itu hanyalah inisiatif peribadi. 
 
Kedua, reaksi itu juga menggambarkan bahawa PKR masih akur pada protokol politik Pakatan Harapan di mana setiap langkah politik harus diatur dan dipersetujui bersama. 
 
Lantas, ia membawa mesej perbalahan berhubung pembahagian kerusi dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak awal Mei lalu, bukanlah sesuatu yang boleh dianggap "rasmi" dan ada kemungkinan ia juga bersifat inisiatif peribadi.
 
Kemungkinan ketiga ialah, penjelasan Wan Azizah ini boleh dibaca sebagai ada masalah komunikasi dalam PKR di mana timbalannya dilihat  membuat keputusan yang tidak dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat parti. 
 
"Ia bukan pelawaan daripada kami, ia adalah daripada menteri besar (Azmin)," kata Wan Azizah.
 
Apabila diminta komen beliau mengenai syor PAS supaya PKR menyertai blok pembangkang dianggotai PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Wan Azizah berkata ia adalah reaksi PAS terhadap jemputan Azmin.
 
"Biar saya jelaskan bahawa ia bukan satu langkah perdamaian (PAS). Ia hanya reaksi kepada jemputan oleh menteri besar," kata Presiden PKR itu.
 
Isnin lalu, Azmin menggesa parti-parti pembangkang  'bermuhasabah' dan sekali lagi berjuang dalam pilihanraya umum akan datang sebagai satu pakatan.
 
Naib Presiden PAS, Datuk Mohammad Amar Abdullah sebaliknya mencadangkan PKR perlu menyertai 'kuasa ketiga' mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
 
Keputusan Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak menginsafkan banyak pihak terutamanya Pakatan Harapan bahawa pertelagahan sesama sendiri hanya menguntungkan Barisan Nasional. 
 
Malangnya, PH tiada pemimpin berkarisma untuk merapatkan kembali hubungan kerjasama politik sesama mereka sendiri. 
 
Dalam hubungan ini, PAS sudah awal-awal lagi membuat "tempahan politik" bahawa ia pasti meletakkan calonnya dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar. 
 
Kemuncak iltizam PAS ini ialah apabila Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran bahawa PAS tidak akan berganjak daripada keputusan untuk meletakkan calon bagi kedua-dua PRK berkenaan. 
 
Beliau juga mengingatkan bahawa jika pembangkang tidak mahu kedua-dua kerusi PRK itu terlepas ke tangan Umno-BN maka "janganlah menganggap bahawa PRK berkenaan adalah tempat menguji populariti" sahaja.
 
Umum tahu amaran itu bulat ditujukan kepada Parti Amanah Negara (PAN). Dalam PRN Sarawak PAN meletakkan 13 calon, dua lebih daripada PAS. Ini membuktikan bahawa PAN memang menganggap PAS adalah musuh hakikinya. 
 
PAN kelihatan tidak sabar mempamerkan kekuatan politiknya. Selepas merasakan nikmat berkongsi kuasa dengan DAP, PKR dan PAS di Selangor, PAN  jelas mengidamkan kedudukan politik lebih besar dan berpengaruh. 
 
"Jika mereka berprinsip, PAS sepatutnya keluar dari Selangor," bidas Setiausaha Agung PAN, Haji Anuar Tahir yang kurang senang PAS hanya mahu berunding dengan PKR dalam isu membabitkan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
 
"PAS sepatutnya sudah lama keluar dari (kerajaan negeri) Selangor. Tinggalkan kerusi mereka selepas menjalin kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menubuhkan blok pembangkang baru. 
 
"Itulah sikap PAS pentingkan diri sendiri…sebab itu mereka berpecah (dari Pakatan Harapan) dan bentuk blok Ketiga bersama Ikatan pula. Kononnya mahu letak PAS dalam kelas tersendiri, realitinya mereka pentingkan diri.
 
"PAS fikir ini pilihanraya Selangor agaknya, sebab itu mereka hanya mahu bincang dengan PKR. Sudah pasti ajakan kepada PKR mempunyai kepentingan sendiri, terutama kepentingan mereka dalam negeri Selangor," katanya.
 
PAN kelihatan tidak sabar kerana tidak selesa membayangkan PAS menjadi rakan kongsi dalam blok pembangkang. Ia khuatir PAS mengambil keputusan memperbaharui tahaluf siyasinya dengan DAP dan PKR.
 
Bagaimanapun sebagai sebuah parti sekular lagi pragmatik, DAP juga mungkin masih menyesali akibat bertelagah dengan PKR di dalam PRN Sarawak. Persaingan dengan PKR dan PAS adalah satu pengalaman perit. 
 
Jika ia tidak ramah dalam dialog dengan PAS, ada kemungkinan keadaan akan bertambah kusut dan ia akan kehilangan rakan dalam bentuk PKR pula. Justeru ia pasti terpaksa bersikap terbuka dan berbaik dengan PAS.
 
Ada dua persoalan yang timbul di sini. Adakah DAP akan bersetuju PAS bertanding dalam kedua-dua PRK? Jika ia, bagaimana pendiriannya sebelum ini bahawa ia hanya menganggap PAN sahaja sahabatnya?
 
Sehubungan itu, jika bulat keputusan untuk mengizinkan PAS sahaja mewakili pembangkang dalam kedua-dua PRK, adakah DAP tergamak untuk berkempen supaya penyokong-penyokongnya di Kuala Kangsar dan Sungai Besar mengundi PAS?
 
DAP sudah menganggap PAS sebagai parti "pariah" dan secara unilateral memfasakhkannya dari Pakatan Rakyat dan kemudian tidak membuka pintu Pakatan Harapan pada PAS.
 
Ini semua berlaku dalam tempoh setahun lalu dan kemuncaknya ialah apabila PAS bertindak balas dengan memutuskan tahaluf siyasinya dengan DAP dalam muktamarnya tahun lalu. 
 
Kini muktamar PAS akan diadakan dua minggu lagi sementara tarikh penamaan calon adalah sehari selepas PAS bersidang. Jika PAS terus tegas dalam muktamar tidak mahu tarik diri dari bertanding di kedua-dua PRK berkenaan, apa PH boleh buat?
 
Adakah PH, terutama DAP bersedia membuat pengakuan terbuka akan menyokong calon PAS demi menafikan kemenangan untuk Umno-BN? Jika demikian bagaimana dengan rengekan PAN yang mahu membuktikan potensi politiknya besar?
 
PH tidak mempunyai banyak masa. Sebelum muktamar PAS isu kerjasama dengan PAS, mesti diselesaikan. Jika tidak PAS sukar dipersalahkan jika muktamarnya mengambil keputusan mengutamakan kepentingannya sahaja.
 
Jika tidak, Umno BN akan menang lagi…
 
 

PKR minta orang ramai hadir sokong Isham Rais

Posted: 15 May 2016 07:53 AM PDT

MALAYSIAKINI




Naib Presiden PKR, Tian Chua menyeru orang ramai supaya menyatakan sokongan kepada aktivis sosial, Hishamuddin Rais yang berdepan hukuman penjara sembilan bulan di bawah Akta Hasutan.

Beliau berkata, Hishamuddin adalah salah seorang daripada banyak aktivis, tokoh masyarakat sivil dan pemimpin politik yang berhadapan tindakan keras kerajaan.

"Ramai yang telah dikenakan hukuman dan menunggu untuk pergi ke penjara.

"Banyak lagi boleh menjadi mangsa kepada budaya autokratik yang semakin meningkat di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Razak.

"Kita tidak boleh membenarkan perkara ini berlaku. Kita tidak boleh membenarkan Najib untuk memaksa kami menyerah kalah. Kita tidak boleh membenarkan PM untuk melepaskan diri dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa," kata Tian dalam kenyataannya hari ini.

Esok merupakan hari penentuan sama ada aktivis itu akan menempuhi hukuman penjara sembilan bulan setelah disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi pada 15 Januari lalu.

Hishamuddin, 64, didakwa mengikut Akta Hasutan atas kenyataan yang dibuatnya pada 13 Mei 2013.

Beliau dituduh menghasut orang ramai untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Hishamuddin sebelum ini mengemukakan rayuan dan esok Mahkamah Rayuan Putrajaya akan menentukan sama ada ia diterima atau ditolak.

Justeru, Tian menyeru semua pihak untuk sama-sama datang ke mahkamah Putrajaya esok bagi memberikan sokongan kepada Hishamuddin.

"Saya menyeru rakan-rakan saya, ahli-ahli parti dan orang ramai untuk datang ke mahkamah pada jam 09:00 pagi esok, Isnin 16 Mei untuk menyatakan solidariti kepada Hishamuddin Rais.

"Tindakan kami bukan sahaja untuk memberi sokongan untuk seorang aktivis yang telah bertungkus lumus berjuang untuk hak demokrasi dan kebebasan, tetapi ia juga adalah satu ungkapan harapan.

"Kami percaya tindakan kita akhirnya akan memberi perubahan melalui usaha dan keyakinan kita, keadaan akan berubah menjadi lebih baik," katanya.


Helikopter asing wajib ikut peraturan- DCA

Posted: 15 May 2016 07:51 AM PDT

Bernama  




Semua helikopter milik syarikat asing yang disewa syarikat tempatan di negara ini wajib mematuhi Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016 mengikut Akta Penerbangan Awam 1969, kata ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata DCA mempunyai beberapa peraturan baharu berkuat kuasa 15 April lalu yang mewajibkan syarikat penerbangan mematuhinya jika mahu menggunakan pesawat milik syarikat luar negara selain penggunaan juruterbang asing yang berkelayakan.

"Sama juga syarikat tempatan yang menyewa helikopter dan juruterbang dari luar negara perlu patuhi syarat dan garis panduan yang telah DCA tetapkan, ia memang ada di bawah Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016 yang berkuat kuasa April lalu.

"Seperti ketika pilihan raya negeri Sarawak, ada permohonan untuk sewa helikopter untuk tempoh jangka pendek dan ada yang disewa untuk tempoh masa yang lama, kita tetapkan kepada operator penerbangan mematuhi panduan yang kita tetapkan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Azharuddin berkata semua syarikat penerbangan tempatan yang menyediakan khidmat pesawat helikopter tahu peraturan berkenaan yang perlu dipatuhi sebelum menyewa sebarang helikopter ataupun juruterbang dari luar negara.

Mengulas operasi penerbangan helikopter di negara ini khasnya di Sarawak, Azharuddin berkata DCA memang sentiasa memantau semua pesawat yang berlepas dan mendarat pada setiap masa.
Dapat kebenaran berlepas

Beliau berkata semua pesawat yang mahu berlepas memang wajib untuk berhubung dengan Pengawal Trafik Udara terdekat dan begitu juga ketika hendak mendarat kerana setiap juruterbang akan melaporkan kepada setiap menara kawalan terdekat kedudukan terkini mereka.

"Kalau helikopter hendak berlepas dari kedudukan A mahu ke B dia perlu memaklumkan kepada pihak menara kawalan terdekat dan begitu juga apabila ia hendak mendarat walau dalam keadaan apa sekalipun.

"Namun begitu, ada juga situasi yang dipanggil "blind spot" di mana komunikasi tidak boleh dibuat atas faktor muka bumi dan pada kedudukan ini mungkin juruterbang tidak dapat berkomunikasi dengan pihak menara kawalan," katanya.

Menurutnya hanya pesawat yang mendapat kebenaran pelepasan daripada ATCO terdekat sahaja yang boleh terbang ke destinasi yang hendak dituju dan kalau ada berlaku sebarang bertukaran laluan penerbangan ia perlu dilaporkan kepada pihak menara kawalan.

Dalam insiden pada 5 Mei lepas, helikopter jenis Eurocopter AS350 dikendalikan sebuah syarikat helikopter tempatan yang membawa lima penumpang serta juruterbang, terhempas dekat Sebuyau pada 4.12 petang sejurus berlepas dari Betong untuk ke Kuching.

Mereka yang terkorban dalam nahas itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, suaminya Asmuni Abdullah, pengawal peribadi Noriah dan anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Turut menaiki pesawat itu Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Faktor mekanikal, cuaca dan manusia

Dalam pada itu, Pengurus Penyelanggaraan Kanan Rotery Wing daripada Airod Ahmad Firdaus Azmi berkata pesawat jenis Eurocopter AS350 yang terhempas di Sarawak minggu lalu merupakan sebuah pesawat awam yang cukup popular dan digunakan serata dunia.

Katanya dari segi reka bentuk dan kemampuan enjin, pesawat jenis itu sesuai digunakan untuk apa jua keadaan muka bumi dan cuaca termasuk di negara ini.

"Pesawat ini (Eurocopter AS350) bagi saya sebuah pesawat yang cukup "matang" dan banyak digunakan di negara ini dan ia bukan satu yang asing kepada para jurutera penyelenggara helikopter tempatan," kata Ahmad Firdaus.

Menurutnya terdapat banyak faktor yang boleh menjadi punca kepada berlaku sesuatu nahas helikopter antaranya faktor mekanikal, cuaca dan kesilapan manusia.

Pada 4 April 2015, helikopter Eurocopter AS365N3 (9M-IGB) terhempas di kawasan berdekatan Kampung Sungai Pening Pening, Semenyih, Selangor.

Tragedi itu mengorbankan Anggota Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis selain Ketua Setiausaha Sulit di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias, juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Razakan Seran dan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang.

Sementara itu, dua kejadian helikopter terhempas berlaku di Sarawak sejak lima tahun lalu termasuk satu kejadian yang berlaku pada musim pilihan raya negeri ke-10 pada tahun 2011.

Pada 11 April 2011, sebuah helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu menyebabkan Kapten Sahimi Ghazali, 38, terkorban. Peristiwa berlaku lima hari sebelum PRN-10 pada 16 April 2011.

Pada 20 Julai 2012, helikopter jenis Eurocopter EC 120 milik sebuah syarikat swasta berpangkalan di Sarawak, yang tidak didaftarkan di Malaysia, terhempas di Muara Sungai Lingga, Sri Aman disebabkan cuaca buruk.

Kejadian mengorbankan seorang jurutera Peter Ato Mayo, 53, arkitek Henry Loh, 42 dan seorang jurukur Siti Khuzaimah Anuar, 27, manakala juruterbang, Rico Steiger, 35, seorang warga Jerman, terselamat.
- Bernama


Najib rombak kabinet tak lama lagi

Posted: 15 May 2016 07:46 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sudah bersedia melakukan rombakan kabinet dalam masa terdekat ekoran peletakan jawatan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Kata perdana menteri, Douglas kini dilantik sebagai timbalan ketua menteri Sarawak bersama dua lagi tokoh negeri itu, Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

"Sehubungan dengan itu juga, saya menerima peletakan jawatan Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebagai Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi.

"Beliau telah berkhidmat dengan cemerlang dan banyak menyumbang kepada sektor komoditi dalam jawatan sebelum ini.

"Antaranya penubuhan Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit yang telah membantu dalam memastikan kestabilan harga sawit dan membangunkan industri hiliran," kata Najib di blog beliau sebentar tadi.

Ekoran peletakan jawatan itu juga, perdana menteri berkata, penstrukturan semula kabinet dan pelantikan baru akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Katanya, pelantikan baru itu juga dibuat ekoran kemalangan maut membabitkan Datuk Noriah Kasnon di Sarawak pada 5 Mei lalu.


Seorang parah, lima cedera struktur bangunan runtuh

Posted: 15 May 2016 07:39 AM PDT

Bernama  




Enam buruh warga asing cedera termasuk seorang parah apabila sebahagian struktur bangunan yang sedang dalam pembinaan runtuh di persiaran Barat, di Petaling Jaya pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, struktur sementara yang digunakan untuk kerja-kerja pemasangan 'slab' di tingkat empat bangunan berkenaan tiba-tiba runtuh.

Pengawai Operasi, Bomba dan Penyelamat Selangor, Penguasa Bomba Mustakim Rimon berkata mangsa terbabit terdiri daripada seorang warga Indonesia dan lima warga Bangladesh berusia 30-an.

"Ketika kejadian, enam orang buruh sedang melakukan kerja pembinaan di tingkat empat bangunan itu. Tiga daripada mereka sempat menyelamatkan diri manakala tiga lagi terperangkap.

"Dua buruh yang terperangkap diselamatkan oleh rakan-rakan mereka manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah di bahagian pinggang dibawa keluar oleh pihak bomba kira-kira 2.50 petang tadi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata pihak bomba menggunakan kaedah manual untuk membawa mangsa keluar selepas cubaan menggunakan kren tidak sesuai.

Mustakim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.56 pagi dan tiba empat minit kemudian.

"Seramai 25 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7 Petaling Jaya dan Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata kesemua mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi mendapatkan rawatan dan punca kejadian masih lagi disiasat.

Difahamkan, kerja-kerja pembinaan di lokasi kejadian kini dihentikan sementara waktu.

Sementara itu, seorang saksi kejadian Kamal Hussain, 40, berkata ketika kejadian beliau dan rakan-rakanya berada di sebelah kawasan pembinaan berkenaan sebelum mereka terdengar bunyi runtuhan.

Katanya, beliau dan rakan-rakannya bergegas ke tapak pembinaan yang hanya terletak kurang 100 meter dari tempat kejadian sebelum melihat beberapa individu tersepit di bawah konkrit.

Pas Sungai Besar sudah serah senarai calon

Posted: 15 May 2016 07:35 AM PDT

Sallehen Mukhyi


SUNGAI BESAR - Pas Kawasan Sungai Besar telah menghantar lebih daripada tiga senarai nama calon kepada Majlis Syura Ulama parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, 18 Jun depan.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Sallehen Mukhyi berkata, daripada senarai itu, Majlis Syura Ulama akan meluluskan senarai terbabit sebelum menyerahkannya kepada Jawatankuasa Pas Pusat.

"Saya difahamkan ada lebih tiga nama telah dihatar ke Pas Pusat, namun saya tak pasti siapa yang dicalonkan.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Hormati kedudukan Pas, jangan nak berebut']

"Sekarang ini, di peringkat Jawatankuasa Pas Pusat akan bermesyuarat untuk memilih daripada senarai calon yang telah pun diluluskan dari Majlis Syura untuk dipilih siapa yang akan menjadi calon Pas," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Sallahen yang juga Adun Sabak mengingatkan pengundi di Parlimen Sungai Besar supaya mengundi Pas dalam PRK bagi menunjukkan kesungguhan mereka menentang perlaksaaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Kita nak PRK Sungai Besar sebagai satu tanda referendum rakyat kepada kerajaan Persekutuan terhadap beberapa cukai yang membebankan rakyat.

"Jadikan PRK Sungai Besar ini satu perkara yang kerajaan mesti semak semula selepas rakyat tidak lagi memberi sokongan kepada BN," katanya.

Beliau berkata, jika rakyat tidak menterjemahkan dalam PRK kali ini, dibimbangi kerajaan Persekutuan terus berada dalam keadaan selesa, manakala rakyat terus dihimpit dengan pelbagai tekanan kos sara hidup.

"Kalaulah PRK Sungai Besar ini dimenangi BN, kenyataan pertama yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa rakyat sudah boleh menerima GST.

"Sebab itu, kita minta rakyat yang bijak memilih jadikan PRK ini satu protes kepada kerajaaan sedia ada. Walaupun Umno sekali pun.. kita mesti sama-sama tunjukkan kesungguhan untuk menentang hal ini," katanya.


PRK: Pas tak akan beri kemenangan percuma

Posted: 15 May 2016 07:31 AM PDT

PRK: Pas tak akan beri kemenangan percuma
Tuan Ibrahim Tuan Man


BUKIT MERTAJAM - Pas tidak akan sesekali memberi kemenangan percuma kepada BN dalam PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas telah bersedia untuk menempuh kedua-dua PRK berkenaan dan yakin akan mencapai keputusan yang membanggakan.

Menurutnya, gerak kerja untuk kedua-dua PRK berkenaan telah disusun dan semua jentera dari seluruh semenanjung akan turun ke dua-dua lokasi berkenaan bagi menjalankan kempen.

"Saya sebagai orang politik malulah nak beri kemenangan percuma kepada mereka (BN) dan Pas tidak akan sesekali berbuat demikian,"katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang kali ke-36 di sini, sebentar tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Hormati kedudukan Pas, jangan nak berebut']

Turut hadir, Pesuruhjaya Pas negeri, Fauzi Mohd Yusof dan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden .

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang mahu pembangkang mempertimbangkan untuk memberi kemenangan percuma kepada BN dalam kedua-dua PRK yang akan bermula 5 Jun depan.

Annuar sebelum ini berkata, BN pernah melakukan perkara yang sama di Dun Chempaka ekoran pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun lalu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai senarai calon, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya telah menerima empat nama untuk PRK Sungai Besar manakala tiga nama untuk PRK Kuala Kangsar.

Menurutnya, senarai nama yang diberikan itu akan diteliti oleh Majlis Syura terlebih dahulu untuk mengesahkan kelayakan.

Katanya, selepas diteliti kesemua nama itu akan dibawa kepada Jawatankuasa Pas Pusat untuk diputuskan calon yang akan bertanding pada kedua-dua PRK berkenaan.

"Setakat ini hanya itu sahaja (senarai calon) yang kami terima bagaimanapun sekiranya ada senarai nama lain kita masih boleh pertimbangkan kerana masih awal lagi sebelum menempuh PRK pada Jun depan,"katanya.

Mahfuz terkejut, tak sabar tunggu pengumuman Pas

Posted: 15 May 2016 07:29 AM PDT

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengaku terkejut ketika ditanya mengenai blok perpaduan politik baharu yang bakal dibentuk Pas.

Menjelaskan tidak terlibat dengan perbincangan mengenai pembentukan blok tersebut, Mahfuz mendakwa hanya mengetahuinya menerusi pengumuman yang dibuat Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan baru-baru ini.

Bagaimanapun kata Mahfuz lagi, beliau akan menunggu pengumuman daripada Pas berkaitan blok politik ketiga itu.

"Saya tidak tahu apa-apa (mengenai perkara itu). Saya pun sebenarnya terkejut dengan berita itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Perubahan akan bantu Pas kekal relevan ]

"Mereka tidak ada bincang apa-apa dengan saya. Itu perbincangan melibatkan pimpinan atasan. Bagaimanapun saya tidak sabar menunggu pengumuman nanti," katanya ketika ditemui Sinar Online di sidang Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini.

Pas akan mengumumkan pembentukan blok pembangkang baharu yang melibatkan sebuah parti pelbagai kaum dan NGO pada 16 Mac ini.

Takiyuddin seperti yang dipetik sebagai berkata, blok politik ketiga itu diharapkan setanding dengan Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.


Lebih 5,000 sambut Piala FA di Segamat

Posted: 15 May 2016 07:27 AM PDT

SINAR HARIAN


Lebih 500,000 sambut Piala FA di Segamat
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meraikan kemenangan pasukan JDT menjuarai Piala FA sempena Kembara Mahkota Johor di Taman Yayasan Segamat, hari ini. - Foto Bernama
 
 
LEBIH 5,000 rakyat negeri ini membanjiri tapak pasar tani Taman Yayasan, Segamat bagi melihat secara dekat Piala FA yang dimenangi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), malam tadi.

Barisan pemain JDT yang tiba di sini kira-kira 2 petang ini, disambut meriah penyokong skuad Harimau Selatan itu, yang mula berkumpul di kawasan berkenaan seawal 12 tengah hari tadi.

Kawasan itu juga adalah lokasi terakhir bagi hari kedua Kembara Mahkota Johor 2016, yang diketuai Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim yang berangkat tiba kira-kira 3.15 petang, turut diiringi Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Turut berangkat sama adalah kelima-lima anakanda baginda.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang juga Anggota Parlimen Segamat dan barisan exco kerajaan negeri.

Sultan Ibrahim kemudian dipersembahkan dengan Piala FA 2016 oleh kapten pasukan Safiq Rahim dan ketua jurulatih JDT Mario Gomez.

Pada perlawanan akhir Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam malam tadi, JDT  menewaskan PKNS FC 2-1, sekali gus menamatkan penantian menjulang piala berkenaan yang kali terakhir dimenangi pasukan itu pada 1998.

Sultan Ibrahim turut berkenan menyampaikan replika cek bernilai RM100,000 kepada Pegawai Daerah Segamat Mohd Hafiz Ahmad sebagai wakil kepada pertubuhan anak-anak yatim daerah berkenaan. - Bernama


JDT menang Piala FA, apa kata netizen?

Posted: 15 May 2016 07:22 AM PDT

JDT menang Piala FA, apa kata netizen?
Pemain pasukan JDT, Jorge Rolandopereyra Diaz (kiri) bersama rakan sepasukannya, Juan Marin Lucero meraikan kejayaan selepas pasukan JTD menjuarai Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam, malam ini. Pasukan JDT menjuarai perlawanan berkenaan apabila menewaskan PKNS FC dengan jaringan 2 - 1 gol. - Foto Bernama
 
 
'PEDULIKAN apa orang kata'. Ini antara kata-kata yang ditulis netizen kepada pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) susulan kritikan yang membanjiri media sosial di atas kemenangan pasukan itu.
JDT membenamkan PKNS FC, 2-1 pada perlawanan akhir Superbest Power Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam sekali gus menobatkan pasukan milik Tunku Mahkota Johor itu sebagai juara Piala FA.

Melalui laman Facebook, Siti Zubaidah Wan Mohamed menulis, "Assalamualaikum tahniah pada pemain bola sepak JDT. Semoga akan lebih terbaik lagi. Peduli apa orang nak kata. Alhamdulillah Johor menang kan...kan."

Ada juga komen yang memuji penyokong pasukan bola itu yang terus memberikan sokongan padu kepada JDT.

"Yang hebat dan menarik tentang JDT ini penyokongnya memang 'rare' lah...dah macam 'european league'. Mana tak semangat pemain atas padang. Pujian harus diberikan pada anda," kata seorang pelayar.

Sementara Indah Rahmat mengajak semua pihak agar tidak dengki dengan kejayaan tersebut.

"Janganlah dengki atas kejayaan orang lain. Itu rezaki yang ALLAH beri, jangan cuba pertikai. Dari caci, cerca, kutuk-kutuk, bukan lebih baik ucap tahniah dan berdoa moga pasukan yang anda sokong diberi kekuatan semangat harimau untuk menang musim akan datang. Untuk JDT aku memang bangga sangat dengan kalian," tulisnya.

Sementara Dee De menyifatkan kalah menang itu sebagai adat permainan dan ia tidak perlu dipertikaikan.

"Ada kalah, ada menang dan kepada yang menang itu, tahniah. Kepada yang kalah tak perlu nak pertikai. Cuba kalau PKNS yang menang dan dibuatnya penyokong JDT pertikai kemenangan itu, mesti penyokong PKNS panas hati kan? Begitu jugalah sebaliknya. Kalau kalah jangan pertikai, JDT menang dah pun," katanya.

Susulan isu tiada pemain kelahiran negeri Johor dalam pasukan itu yang terus jadi pertikaian, Kasim Sabtu membela JDT dan menyifatkan pasukan bola itu cuma mahukan kemajuan bola sepak Malaysia dan semangat kenegerian bukan fokus utama.

"Jadi, siapa main cantik pergilah ke Johor. Johor bukan negeri perkauman," katanya.

Tidak kurang juga netizen yang mengucapkan tahniah kepada JDT dan PKNS atas kejayaan mereka, semalam.


KU LI HARUS PERTIMBANG TARIK BALIK SOKONGAN TERHADAP NAJIB

Posted: 14 May 2016 06:00 PM PDT

shahbudindotcom


GAMBARAN SALAH OLEH JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA

Adalah dilaporkan bahawa kenyataan tertentu di dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk dibentangkan dalam Parlimen telah dipadam. Ini merupakan perkara penting yang penuh kontroversi. Ia juga berkaitan dengan pemindahan wang yang kononnya dipinjam daripada peminjam antarabangsa dengan cara di luar batasan undang-undang.

2. Saya risau mengenai perkara ini kerana kita semestinya mempertahankan integriti dan kedudukan Dewan Rakyat sebagai sebuah badan di mana Ahli-Ahli Dewan seharusnya bertindak dengan penuh tanggungjawab dan jujur tanpa mengelirukan rakyat.

3. Dengan adanya pemadaman ini, saya risau sama ada Laporan yang akan dibawa ke Dewan Rakyat itu merupakan laporan yang boleh dipertahankan memandangkan ia berkaitan dengan pinjaman wang oleh 1MDB yang kononnya dibuat bagi pihak negara. Pemadaman tersebut sebenarnya bukan sahaja di luar batasan undang-undang tetapi merupakan juga pemesongan serius terhadap Seksyen 9(i), (j) dan (n)(iii) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

4. Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 adalah bermaksud untuk melindungi dan mempertahankan integriti serta nama baik Dewan Rakyat demi memastikan keyakinan rakyat terhadap Parlimen sebagai badan perlembagaan untuk menjamin kepentingan mereka.  Pemesongan terhadap Seksyen di dalam Akta yang saya sebutkan itu merangkumi pengubahan, salah pembentangan dan penipuan terhadap dokumen yang dibentang di Dewan Rakyat. Ini merupakan kesalahan mengikut peruntukan di dalam   Akta ini. Ini juga bermakna apa jua pemadaman yang dibuat boleh mendatangkan keraguan di kalangan rakyat mengenai sama ada Laporan tersebut mencerminkan atau tidak akan  kebenaran keseluruhan kenyataan mengenai isu 1MDB.

5. Oleh itu, atas sebab-sebab yang disebut saya sekali lagi menyeru agar Laporan Ketua Audit Negara, yang diklasifikasi sebagai "Rahsia Rasmi",  diubah  kepada "untuk tatapan umum". Saya juga membuat seruan ini kerana mengikut Perlembagaan, Ahli-Ahli Dewan Rakyat sebenarnya berhak mendapat Laporan Ketua Audit Negara sebelum Parlimen bersidang pada 16hb Mei, 2016. Isu-isu yang dibangkitkan itu amat penting kepada rakyat dan tidak ada sebab kenapa Laporan Ketua Audit Negara diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi. Saya mengulangi juga keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato' Sri Najib supaya Ketua Audit Negara menyiasat isu 1MDB dan menyerahkan hasil penyiasatan tersebut sebagai laporan untuk pertimbangan Dewan Rakyat. Dalam membuat keputusan tersebut, Y.A.B. Perdana Menteri memberi gambaran bahawa tidak ada apa yang hendak diselindungkan.

Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen Gua Musang
Kuala Lumpur,
14 Mei 2016 bersamaan
7 Syaaban 1437H.


Di atas adalah kenyataan akhbar oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang secara kesimpulannya mahukan kerajaan segera menarik balik label Akta Rahsia Rasmi atau OSA terhadap Laporan Audit mengenai 1MDB, sebaliknya diubah untuk tatapan umum berikutan wujudnya pelbagai kesangsian terhadap Laporan PAC dibentangkan di Parlimen kerana terdapat beberapa ayat dalam laporan itu didapati telah dipadamkan.

Ini adalah permintaan kali kedua oleh Tengku Razaleigh terhadap pembebasan Laporan Audit 1MDB daripada OSA di mana kali pertama beliau berbuat demikian pada 23 April lalu iaitu selepas bersama-sama Najib menghadiri majlis memperingati 10 tahun pemergian Tun Ghafar Baba di Melaka.

Dengan sudah dua kali berbuat demikian dalam tempoh yang singkat, sekurang-kurangnya menggambarkan keprihatinan Tengku Razaleigh terhadap masalah 1MDB yang menjadi perbualan seluruh rakyat, lebih-lebih lagi sesi Parlimen akan memulakan sidangnya pada Isnin, 16 Mei ini.

Maka, jika Najib benar-benar jujur, ikhlas dan tiada apa yang cuba diselindungkannya, beliau seharusnya segera membenarkan Laporan Audit 1MDB itu bebas untuk ditatap, dibaca dan dianalisa oleh Ahli-Ahli Parlimen dan sesiapa saja menjelang sesinya yang akan datang ini.

Kepada Tengku Razaleigh pula, jika Najib terus buat "selamba" dan "keras kepala"  dengan tidak mengendahkan sama sekali dua kali desakannya ini, ada baiknya jika beliau segera bertindak menarik balik sokongan yang pernah diberikan sebelum ini kepada Perdana Menteri melalui kesediaan menandatangani Deklarasi Kelantan.

Hakikatnya jika Najib seolah-olah masih mahu melindungkan sesuatu berkaitan 1MDB, tidak guna sama sekali beliau terus diberikan sokongan, tambahan pula Deklarasi Rakyat sudah pun mendapat 1,271,997 tandatangan dan akan terus bertambah dari semasa ke semasa.

Bertindaklah, Ku....


Pas lancar jentera 'Perang Badar' untuk bertanding di Sungai Besar

Posted: 14 May 2016 05:50 PM PDT

MALAYSIA DATELINE


Mohd Haslin HassanMohd Haslin Hassan


Pas mula menggerakkan seluruh jenteranya di Selangor yang dinamakan 'Jentera Perang Badar" untuk menghadapi pihan raya kecil (PRK) Sungai Besar.

Sehubungan dengan itu, pelancaran jentera di peringkat negeri digerakkan segera dengan malam ini jentera peringkat kawasan Selayang dilancarkan.

Jentera ini akan dilancarkan sendiri oleh Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang.

Selain Mustafa, turut hadir malam ini adalah Mohd Haslin Hassan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Wan Abdillah Wan Ahmad (Bekas Calon N27 Sebuyau) di samping Zaidy Abd Talib (YDP Pas Selayang).

Ekoran itu, seluruh ahli dikerahkan untuk menyertai majlis ini sambil membawa sumbangan masing-masing bagi menjayakan jentera Pas yang dilebelkan sebagai #perang badar kali ini.

Pas bertekad untuk bertanding kedua-dua kerusi, Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kerana menganggap ia adalah kerusi tradisi mereka.

Bagaimanapun, Mustafa sebelum ini mengesahkan rundingan akan dibuat dengan PKR, sekutu mereka yang masih ada selepas pecahnya Pakatan Rakyat.

Malaysia Dateline difahamkan, kedua-dua pihak berusaha untuk membolehkan pertembungan tidak berlaku antara kedua-duanya dalam PRK kali ini.

Namun Pas tidak yakin ia akan berlaku kerana Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali sendiri mengarahkan agar PKR bertanding di kerusi-kerusi yang sudah ditetapkan oleh Pas untuk bertanding dalam PRN Sarawak sebelum ini.

Menurut sumber, Azmin bersama naib presiden Tian Chua dan pengarah pilihan raya Nurul Izzah Anwar berjumpa dengan timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Mustafa dan setiausaha politik Presiden Pas Dr Ahmad Shamsury Mokhtar untuk membolehkan PKR dan Pas bekerjasama dalam PRK ini.

Atas dasar itu, semua pihak dalam Pas dilarang dari membuat sebarang kenyataan menjelang PRK kali ini.

Apakah Khir Toyo buat 'comeback' di Sungai Besar?

Posted: 14 May 2016 05:47 PM PDT

MALAYSIA DATELINE


Khir ToyoKhir Toyo


Media Umno, Mykmu.net melaporkan, desas-desus kini bergerak kencang kemungkinan Dr Mohamad Khir Toyo, bekas Ketua Bahagian Umno Sungai Besar dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang akan membuat 'comeback' dalam Pilihan Raya kecil (PRK) Sungai Besar pada Jun nanti.

Dr Mohamad Khir yang akan dibebaskan dari hukuman penjara pada penghujung Mei ini layak bertanding dalam pilihan raya kecil yang akan bermula dengan penamaan calon pada 5 Jun 2016.

"Jika Mohamad Khir memutuskan untuk mencuba nasib, apakah Barisan Nasional dan Umno akan mencalonkan beliau? Atau mungkinkah beliau bertanding sebagai calon bebas untuk "membalas dendam" kepada kepimpinan Umno?" soal penulis laman Umno itu.

Malah, katanya, tidak mustahil jika kejutan yang lebih besar ialah beliau bertanding atas tiket Pas berdasarkan hubungan baik beliau dengan Pas kawasan dan beberapa rakannya dalam Pas Pusat sekarang.

Sudah tentu pada 5 Jun 2016 nanti lebih ramai akan menumpukan mata ke Sungai Besar berbanding Kuala Kangsar. Apakah bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno undi tertinggi ini akan membuat satu kejutan, kata laman itu.

Khir dikatakan layak bertanding walaupun akhbar The Sun semalam mendakwa bekas Menteri Besar Selangor itu tidak layak bertanding jika tidak mendapat pengampunan Di Raja adalah satu laporan yang menyesatkan.

Hukuman ke atas Dr Mohamad Khir ialah penjara 12 bulan dan dilucutkan hak setakat mana miliknya ke atas lot banglo di Shah Alam.

The Sun memetik bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, bahawa berdasarkan Artikel 48 (1) (e) Mohamad Khir tidak layak bertanding kecuali mendapat pengampunan Di Raja kerana telah dihukum penjara 12 bulan.

Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengenai kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen dalam fasal (e) menyebut apabila "Seseorang itu telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas"

Hukuman ini bukan sahaja menyebabkan penjawat jawatan hilang jawatan tetapi juga mereka yang dikenakan hukuman tersebut dilarang dari bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun, jika tidak mendapat pengampunan, kata laporan itu.

Dalam kes Mohamad Khir, isu yang menjadi pertikaian ialah sama ada hukuman penjara yang dikenakan selama 12 bulan atau setahun itu telah menghilangkan kelayakan beliau untuk bertanding selama lima tahun.

Tafsiran terkini dan paling tinggi telah dilakukan oleh Mahkamah Agung Malaysia (Mahkamah tertinggi di Malaysia) pada tahun 1993 dalam kes Pendakwaraya lawan Leong Yin Ming. Dalam kes tersebut Mahkamah Agung memutuskan tafsiran undang-undang sesuatu yang menyebut "not less than.." mestilah lebih dari had yang disebut.

Dalam kes tersebut Mahkamah Agung memutuskan "not less than five years" (tidak kurang dari lima tahun) mesti membawa makna "five years and one day onwards" (Lima tahun sehari dan ke atas).

Berdasarkan keputusan Mahkamah Agung yang tidak pernah dicabar sehingga hari ini, maka Mohamad Khir Toyo hanya akan hilang kelayakan jika beliau dihukum penjara 12 bulan dan satu Hari.

Keputusan Kes Mahkamah Agung ini juga dipegang oleh Mahkamah Tinggi pada 2010, dalam kes Pendakwaraya lawan Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) yang didenda RM 2,000.00.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menegaskan pada penghakiman bertulisnya bahawa denda RM2,000 yang dikenakan ke atas Tian Chua dari PKR tidak akan menyebabkan beliau kehilangan kerusi Parlimen Batu.

Dalam penghakiman 18 muka surat tersebut, hakim itu memetik sebahagian penghakiman hakim Mahkamah agung, Tan Sri Gunn Chit Tuan yang berkata "Tidak kurang dari" seharusnya membawa maksud "lebih daripada".

"Maka dengan berpegang kepada keputusan dalam kes Mahkamah Agung di atas, saya berpuas hati dan berpendapat bahawa denda RM2,000 itu tidak menjadikan perayu hilang kelayakan beliau secara automatik kerana denda untuk menjadikan beliau hilang kelayakan adalah RM2,001 ke atas dan bukannya bermula daripada RM2,000.

"Keputusan Mahkamah Agung ini mengikat mahkamah rendah. Ia adalah autoriti kukuh yang boleh diguna-pakai oleh mahkamah ini," kata hakim Ghazali.

Pas Terengganu tolak pelawaan PH, yakin tumbangkan BN sendirian

Posted: 14 May 2016 05:43 PM PDT

 MALAYSIA DATELINE


Dun TerengganuDun Terengganu


Pas Terengganu menolak pelawaan DAP, PKR dan Amanah bagi menyertai Pakatan Harapan (PH) di negeri ini, lapor Harakahdaily.

Pesuruhjaya Pas negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat menolak pelawaan terbuka PH itu kerana beranggapan tiada keperluan berbuat demikian.

Malah, katanya Pas lebih relevan bertanding menentang Umno dan kerajaan BN di negeri ini berdasarkan beberapa faktor.

"Dalam konteks negeri Terengganu ini hanya Pas yang lebih relevan untuk bertanding melawan Umno dan BN di Terengganuberdasarkan beberapa faktor, antaranya jentera yang kukuh untuk melakukan gerak kerja ke arah kemenangan parti dan kelebihan itu tidak ada pada parti pembangkang lain.

Sebelum ini, PKR umum tanding 32 kerusi Dun (Terengganu). Bagi Pas. kita ada kekuatan sendiri berdasarkan rekod-rekod yang lalu.

Kita akan menggerakkan persiapan untuk hadapi pilihan raya (PRU 14) di 32 Dun dan lapan parlimen," tegasnya sebagai respons kepada pelawaan ketiga-tiga parti itu mengajak Pas menyertai PH di negeri ini bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru dalam PRU14.

Beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka berkata Pas mempunyai kekuatan jentera parti di Kelantan dan Kedah.

Justeru, katanya sebarang kerjasama berhubung pembahagian kerusi tidak timbul kerana Pas tidak terlibat dalam perjanjian bertulis dengan PH di negeri ini.

Menurutnya, Pas kini perlu berhati-hati jika mahu mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti.
Pas apabila berjanji kita setia. Di Sarawak, ia bermula dengan DAP yang ada kuasa 'autonomi' untuk singkir Pas Sarawak (dalam Pakatan Rakyat).

Masa dalam Barisan Alternatif (BA), DAP keluar, kemudian masuk balik, kemudian keluar. Ini menunjukkan DAP bukan rakan setia.

"Mungkin dia (DAP) tengok isyarat daripada masyarakat Cina Sarawak yang tidak menyebelahi dia. Kalau sikap DAP berterusan, tidak mustahil mereka akan hilang kuasa di Pualau Pinang," ujarnya lagi.

Mengulas mengenai kemungkinan tiga penjuru yang mahu dielakkan PH sebagaimana berlaku dalam PRN Sarawak yang hanya melemahkan kedudukan pembangkang, beliau seolah-olah tidak bimbang dengan perkara itu.

Kata beliau, pertandingan yiga penjuru boleh dielakkan sekiranya masing-masing menilai kekuatan parti sendiri.

Realitinya, ujar beliau DAP dan Amanah tiada kekuatan dan tiada keperluan bertanding di negeri ini.

Bagi kita (Pas) Terengganu, sudah biasa berhadapan tiga penjuru khususnya penyertaan calon bebas dan beberapa kawasan masih berpotensi dimenangi Pas walaupun tiga penjuru itu berlaku," katanya lagi.

Menurutnyam PKR DAP dan Amanah sepatutnya berbincang sesama sendiri jika benar-benar mahu menumbangkan Umno BN.

Pas Selangor tidak sertai program bersama Tun Dr Mahathir 14 Mei

Posted: 14 May 2016 05:37 PM PDT

MALAYSIA DATELINE


Presiden Pas diiringi pesuruhjaya Pas SelangorPresiden Pas diiringi pesuruhjaya Pas Selangor


Badan Perhubungan Pas negeri Selangor di dalam mesyuaratnya yang diadakan pada 10 Mei telah bersetuju sebulat suara bahawa Pas Selangor tidak akan bersama di dalam program yang melibatkan Tun Dr Mahathir di Stadium Malawati malam ini.

"Sehubungan itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor juga memutuskan agar Pesuruhjaya PAS Selangor tidak dibenarkan hadir dan ahli tidak dikerah ke program tersebut," kata Ketua Penerangan Pas Selangor, Mohd Prasad bin Hanif

Menurutnya, Pas Selangor mengingatkan rakyat bahawa kebejatan dan kemudharatan yang berlaku pada hari ini terjadi kerana pemusatan kuasa kepada Perdana Menteri, hasil warisan daripada pentadbiran Tun Dr Mahathir.

Selain itu katanya, PAS Selangor mengingatkan juga bahawa agenda Tun Dr Mahathir adalah menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya pemulihan keseluruhan sistem dan keadaan negara.

"Tun Dr Mahathir, melalui kenyataan-kenyataannya, telah menegaskan bahawa beliau mahu Umno kekal berkuasa," katanya

Pas Selangor katanya,percaya bahawa rakyat Malaysia prihatin da faham akan keadaan negara. PAS Selangor juga yakin bahawa Malaysia dapat diselamatkan tanpa Tun Dr Mahathir.

KKMM cadang wujud perkhidmatan wifi percuma di bandaraya Kota Kinabalu

Posted: 14 May 2016 05:30 PM PDT

Bernama
 
KKMM cadang wujud perkhidmatan wifi percuma di bandaraya Kota Kinabalu
Peruntukan untuk menyediakan perkhidmatan WiFi percuma itu akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak KKMM. - Gambar fail
 
 
KOTA KINABALU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bercadang untuk mewujudkan perkhidmatan WiFi percuma di kawasan bandar raya ini, kata Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata peruntukan untuk menyediakan perkhidmatan WiFi percuma itu akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak KKMM.

"Untuk tujuan itu saya akan mengadakan perbincangan dengan Mayor Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai dalam masa terdekat," katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Karnival Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu di Padang Merdeka, di sini malam tadi.

Beliau berkata pihaknya ingin menjadikan bandar raya Kota Kinabalu setanding dengan bandar raya lain yang mempunyai perkhidmatan WiFi secara percuma.

"Dengan adanya perkhidmatan itu (WiFi) masyarakat khususnya golongan muda dapat melayari internet secara percuma dan mudah berkomunikasi ketika berada di bandar raya ini," katanya.

Sementara itu, Salleh menyeru kepada semua rakyat di negeri ini agar sentiasa menghargai pengorbanan dan perjuangan pemimpin serta rakyat terdahulu yang telah memastikan Sabah terus aman dan harmoni.

Sehubungan itu, beliau berkata adalah amat penting untuk semua semua rakyat berbilang kaum di negeri ini untuk sentiasa bersatu padu, bekerjasama menjaga semangat perpaduan dan persefahaman demi kecemerlangan dan kemajuan negeri dan negara.

"Kita mesti bermuafakat, berganding bahu dan berjuang teguh bersama dalam menangani pelbagai isu seperti ekonomi dan keselamatan oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.

"Kita amat bertuah kerana dapat menyambut pelbagai perayaan termasuk Pesta Kaamatan dalam keadaan aman dan damai di negara ini. Tidak seperti di sesetengah negara atau di tempat lain di mana berlaku pertelagahan antara kaum.

Oleh itu marilah kita sama-sama pertahankan suasana aman damai ini," katanya.

Mengulas mengenai karnival yang berlangsung selama dua hari sejak Jumaat, Salleh berkata ia bukan sahaja dapat mempromosi interaksi silang bangsa tetapi juga memupuk sifat  masyarakat pelbagai kaum yang saling menghormati dan memahami antara satu sama lain, sekali gus membantu mewujudkan suasana yang kondusif dan harmoni.

"Karnival Kaamatan ini melibatkan kerjasama dan usaha pelbagai kaum dan etnik yang secara langsung memperlihatkan semangat bersatu padu, muhibah dan persefahaman antara warga bandar raya ini. Ianya selaras dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini iaitu "Keamanan dan Persabahatan" .
"Oleh itu marilah kita bersama-sama menjaga dan membina keamanan, persahabatan serta kebersamaan yang amat unik di negeri ini...kitalah model contoh yang terbaik konsep 1Malaysia," katanya.

Salleh berharap Karnival Kaamatan anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu itu diadakan secara berterusan setiap tahun termasuk di pusat-pusat membeli belah di sekitar bandar raya berkenaan supaya "mood" Kaamatan dapat dirasai oleh warga bandar raya atau pelancong.

"Saya percaya Karnival Kaamatan ini boleh dipromosi sebagai produk pelancongan selain menjadi wadah untuk memperkukuhkan perpaduan nasional, khususnya di Sabah yang mempunyai lebih 30 suku kaum etnik dan mempunyai lebih 50 dialek bahasa," katanya.

Piala FA: Johor cuti esok sempena kejayaan JDT

Posted: 14 May 2016 05:27 PM PDT

Bernama
 
Piala FA: Johor cuti esok sempena kejayaan JDT
Kerajaan negeri turut mempertimbangkan memberi insentif kepada pasukan Harimau Selatan itu atas kejayaan itu.
 
 
JOHOR BAHARU: Kerajaan negeri Johor mengumumkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor esok        ( AHAD )sempena kejayaan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) merangkul Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam, malam ini.

JDT mengalahkan PKNS FC 2-1 pada final Piala FA.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim berkata kerajaan negeri turut mempertimbangkan memberi insentif kepada pasukan Harimau Selatan itu atas kejayaan itu.

"Untuk pemain-pemain, kita bagi insentif dan untuk penyokong-penyokong pula kita bagi cuti," kata beliau ketika ditemu bual oleh Johor FM secara langsung di sini.

Sebagai rekod, JDT sekadar muncul naib juara Piala FA pada 2013 setelah kalah kepada Kelantan 0-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad Harimau Selatan pernah menjuarai Piala FA pada 1998 yang pada ketika itu skuad itu dikenali sebagai Johor FA (kini dikenali sebagai JDT II).

Ismail, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), juga berharap kejayaan ini diteruskan secara konsisten dalam kempen Liga Super, yang kini menyaksikan JDT berkongsi mata dengan Felda di persada liga.

Pada kempen Liga Super, JDT kini mengumpul sebanyak 24 mata dengan tujuh kemenangan dan tiga seri, di belakang Felda United yang menang lapan perlawanan dan dua kalah selepas 10 perlawanan.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah dan berbangga atas kejayaan pasukan itu merangkul piala tersebut.

"Semoga kejuaraan ini menjadi pembakar semangat kepada pasukan Harimau Selatan untuk terus menempa lebih banyak lagi kemenangan pada masa-masa akan datang,"katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau juga menjunjung kasih dan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tidak mengenal erti penat atau mengalah untuk terus memastikan kecemerlangan pasukan JDT.

Sambutan kemenangan dijangka diadakan di Taman Yayasan Segamat esok, yang juga lokasi terakhir hari kedua Kembara Mahkota Johor 2016.

Mengkhianati Umno

Posted: 14 May 2016 05:24 PM PDT




 

Oleh Tun Mahathir

1. Sesungguhnya apa yang sedang berlaku di negara bertuah ini tidak pernah diduga, dimimpi atau diramal oleh sesiapa, samada rakyat negara ini atau orang asing.

bahawa pemimpin yang dipilih oleh mereka tetap akan bersikap dan bertindak sebagai nasionalis yang berkhidmat, bahkan berkorban untuk negara, untuk rakyat dan kesejahteraan mereka. Inilah sebabnya yang mereka terima tanpa soal sistem demokrasi, sistem yang memberi hak kepada rakyat untuk memilih Kerajaan mereka.

3. Dan seperti yang mereka jangka, pemimpin demi pemimpin pilihan mereka tidak mengecewakan mereka. Negara dibangun dengan baiknya dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik dan lebih makmur dari dahulu.

4. Perdana Menteri-Perdana Menteri tidak menimbul banyak masalah. Apabila masa datang untuk mereka undur mereka pun pergi. Rusuhan untuk menjatuhkan Perdana Menteri tidak pernah berlaku.

5. Tun Abdullah juga berundur apabila prestasinya dalam PRU 12 tidak begitu baik. Dia undur kerana sudah jelas rakyat tidak lagi sokongnya. Najib juga mendesak supaya dia undur dan Najib menggantinya.

6. Rakyat lega. Inilah Malaysia. Peralihan kuasa diperingkat tertinggi berlaku dengan licin dan tertib. Rakyat menunggu akan nikmat yang mereka akan dapat daripada pemimpin baru. Mereka percaya yang baru tetap lebih baik dari yang lama. Jika tidak lebih baik pun tentu sekurang-kurangnya sama dengan ayahnya, Tun Razak.

7. Tetapi impian rakyat tidak menjadi kenyataan. Awal-awal lagi diperhatikan cara hidup yang luar biasa mewahnya berbanding dengan PM yang terdahulu. Ini dilihat terutamanya semasa perkahwinan anaknya. Tumpuan tidak diberi kepada pembangunan negara, kepada pengwujudan peluang pekerjaan dan perniagaan. Sebaliknya dicipta BRIM, pemberian RM 500/- kepada rakyat yang dikatakan miskin.

8. Rakyat kecewa. Jauh dari menyokong. Prestasi Najib dalam PRU 13 menurun berbanding dengan PM yang dia ganti. Namun pemimpin diperingkat bahagian dan wakil rakyat UMNO khususnya ternampak tidak faham tentang kekurangan sokongan rakyat kepada Najib.

9. Kemudian datang 1MDB. Dengan modal satu million Ringgit, syarikat yang ditubuh dan dipimpin oleh Najib meminjam empat-puluh-dua ribu kali ganda lebih daripada modal. Maka bermulalah cerita-cerita tentang berbagai-bagai salah laku oleh 1MDB ini. Berbillion Ringgit dilabur tanpa kajiselidik yang mendalam, dipindah kesana kesini, meresap dan hilang. Soalan tidak dijawab. Faedah hutang tidak dibayar. Auditor di buang, diganti dan dibuang lagi.

10. Terdengar cerita Jho Low yang tidak memegang apa-apa jawatan tetapi berkuasa. Jika Ahli Lembaga Pengarah menyoal, Jho Low menalipon Dato Sri Najib dan menyuruh Pengarah bertanya sendiri. Pengarah tidak bertanya. Terima sahaja arahan Jho Low. Yang tak senang hati menarik diri dari Lembaga.

11. Cerita berkenaan Rosmah juga menimbulkan kemarahan Rakyat. Tersebarnya cerita berkenaan pembelian beg tangan sahaja menelan berjuta Ringgit dan juga kononnya banyak perniagaan memberi saham percuma kepada Rosmah melalui proksi beliau.

12. Segala urusan 1MDB tertutup, tidak dilapor oleh akhbar kerana tidak dibenar, atau takut atau diberi amaran. Mesyuarat Agung UMNO tidak dibenar bercakap berkenaan 1MDB.

13. Kemudian di dalam akhbar luar negera, Wall Street Journal, terdapat laporan bahawa akaun persendirian Dato Sri Najib memiliki Dolar Amerika sebanyak 681 juta, bersamaan 2.6 billion Ringgit Malaysia. Seluruh rakyat terkejut. Mereka bertanya apakah benar PM Malaysia memiliki wang sebanyak itu. Ini tidak mungkin. Ini akhbar asing yang suka memburukkan Malaysia.

14. Najib nafi. Katanya tak akan dia begitu bodoh memasuk wang sebanyak itu dalam akaun peribadinya. Katanya cerita ini tidak berasas. Dia tidak memiliki wang sebegitu banyak.

15. Tetapi akhirnya Dato Sri Najib mengaku wang sebanyak 2.6 billion Ringgit itu ada dalam akaun peribadinya. Kononnya derma dari Putera Arab Saudi. Kemudian didakwa dari Raja Arab Saudi yang sudah mangkat.

16. Tetapi pengesahan dengan dokumen yang boleh dipercayai tidak ada. Hanya pengakuan Najib. Pegram Negara disingkir dan yang baru dilantik yang mendakwa Najib tidak menyalahguna wang dalam akaunnya. Kononnya wang ini telah diberi balik kepada penderma. Sekali lagi tidak ada dokumen yang mengesah kenyataan ini. Hanya pengakuan ole Peguam Negara.

17. Kalau tidak bersalah kenapa tidak dibuat saman malu terhadap Wall Street Journal dan Sarawak Report yang membuat laporan berkenaan 2.6 billion Ringgit yang berada dalam akaun Najib. Saman malu boleh dibuat di Britain atau Amerika jika yang didakwa enggan dibicara di Malaysia. Tetapi Najib tidak membuat saman malu, selain daripada bertanya kenapa laporan itu dibuat. Ini bermakna laporan Wall Street Journal dan Sarawak Report adalah benar dan berasas.

18. Sekarang dunia tahu dan percaya Najib sudah selewengkan banyak daripada modal 1MDB. Dan dunia ketawa sinis terhadap Malaysia yang sudah jadi negara rasuah yang terbesar di dunia. Dan Najib didakwa adalah Menteri Kewangan yang terburuk di Asia.

19. Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Dewan Rakyat UMNO takkanlah pekak dan buta sehingga tidak sedar berkenaan salahlaku Najib. Tetapi mereka terus sokong Najib dan mempertahankannya. Tidak berasa malukah mereka mengetahui PM mereka sebegini buruk, dihina secara terbuka oleh dunia tanpa disangkal oleh Najib.

20. Tetapi nampaknya mereka tidak tahu malu dan lebih utamakan kepentingan diri daripada kepentingan dan maruah negara.

21. Rata-rata rakyat berhimpun dan mendesak untuk Najib disingkir daripada jawatan Perdana Menteri. Ahli-ahli dan pemimpin UMNO tahu parti mereka akan kalah jika Najib terus memimpin BN dan UMNO dalam PRU 14. Hanya yang bisu dan pekak sahaja yang tidak ambil kesah akan kehancuran UMNO yang tetap berlaku.

22. UMNO adalah parti yang mengalahkan MalayanUnion dan memerdekakan negara. UMNO juga berjaya membangunkan negara.

23. UMNO juga yang memberi kepada negara Perdana Menteri, Perdana Menteri yang memajukan negara sehingga ketahap yang tinggi.

24. Tetapi hari ini kerana UMNO mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri walaupun jelas dia terlibat dengan skandal yang amat buruk, dan menjadikan UMNO parti yang terburuk di Malaysia, pemimpin-pemimpin bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO masih bersekongkol dengan Najib untuk musnahkan UMNO. Anak cucu mereka akan kutuk mereka kerana ini.

25. Wahai pemimpin UMNO, ingatlah akan masa depan kamu. Pengkhianatan kamu akan dibalas dengan cara yang setimpal di dunia dan di akhirat.

ENG VERSION
BETRAYING UMNO

1. Indeed, what is happening to this blessed country has never been anticipated, dreamed or predicted by anyone, whether its citizen or foreigners.

2. When we fought for independence all leaders and people believed that leaders chosen by them will behave and act as nationalists who served, even sacrificed for the sake of country, for the people and for their prosperity. This is why they accepted without question the democratic system, a system that gives citizens the right to choose their government.

3. And as they anticipated, their choice of leaders after leaders did not disappoint them. The nation was properly developed and people enjoy a better life and are more prosperous than before.

4. Prime Ministers did not posed any problems. When the time came for them back down, off they go. Civil unrest to topple the Prime Minister has never happened.

5. Tun Abdullah also stepped down when his performance in the 12th General Election was not so good. He withdrew when it was clear that he no longer had people's support. Najib also urged him to step down, and Najib replaced him.

6. People felt relieved. This is Malaysia. The transition of leadership at the highest level of power occurred smoothly and orderly. People waited for favours that they will get from the new leadership. They believed that the new is better than the old. If not better then certainly at least equal to his father, Tun Razak.

7. But people aspirations did not come true. Very early it can be observed his remarkable life of luxury compared to the previous Prime Ministers. This is seen especially during the wedding of his child. The focus is not given to the country's development, to the creation of jobs and business opportunities. On the other hand BRIM was created, giving RM500 to people who are said to be poor.

8. People are disappointed. Far from supporting. Najib's performance in the 13th General Election declined compared to the Prime Minister that he replaced. But the leaders at the divisional level and especially UMNO's elected representatives did not seem to understand the lack of public support for Najib.

9. Then came 1MDB. With a capital of one million ringgit the company, founded and headed by Najib, borrowed forty-two thousand times more than capital. Thus started the stories about misconduct by 1MDB. Billions of ringgit were invested without in-depth studies, transferred here and there, disappeared and lost. Questions remained unanswered. Interests obligations are not met. Auditors are dismissed, replaced and dismissed again.

10. Then there is the story of Jho Low who does not hold any position but was full of authority.. If Members of the Board question, Jho Low would telephone Dato Sri Najib and tell the director asked Najib himself. Directors do not ask. Just follow instructions from Jho Low. Those who are not happy withdrew from the Board.

11. Stories about Rosmah also angered the people. Stories spread regarding the purchase of handbags alone costing millions of Ringgit, and also supposedly of many businesses giving free shares to Rosmah through her proxy.

12. All matters regarding 1MDB are sealed, not reported by the press because they are not allowed to, or out of fear or were warned. 1MDB matters were also not allowed to be brought up during UMNO General Meeting.

13. Later in the foreign press, Wall Street Journal, there were reports that Dato Sri Najib has in his personal bank account USD681, equivalent to RM2.6 billion. Everyone was surprised. They asked whether it was true that the Prime Minister of Malaysia have that much money. This is not possible. This is just news from the foreign press who like to criticize Malaysia.

14. Najib denied. He said he would never be so stupid as to deposit that amount of money into his personal account. He said the story is unfounded. He did not have so much money.

15. But in the end Dato Sri Najib admitted that there is a sum of RM2.6 billion in his personal account. Supposedly, a donation from a Prince of Saudi Arabia. Then changed, that it was from the King of Saudi Arabia who had died.

16. But its confirmation by means of a reliable document does not exist. Just a declaration by Najib. The Attorney General was dismissed and the new one appointed claimed that Najib had not misused funds in his account. Apparently this money has been given back to the donor. Once again there are no documents to support this contention. Only a statement by the Attorney General

17. If not guilty, why not file a defamation suit against the Wall Street Journal and Sarawak Report that made the reports on the RM2.6 billion in Najib's account. The suits can be filed in Britain or the United States if the accused refuses to be tried in Malaysia. But Najib did not file the suit, other than just asking why the reports were made. This means that reports by the Wall Street Journal and Sarawak Report are true and with basis.

18. Now the world knows and believe that Najib has misappropriated a lot of 1MDB's capital. And the world laughs sarcastically at Malaysia which have become the most corrupt country in the world. And Najib is allegedly the worst Finance Minister in Asia.

19. Heads of UMNO's divisions and UMNO Members of the House of Representatives could not be so deaf and blind as to not know about Najib's misconduct. But they continue to support Najib and defend him. Do not they feel any shame knowing their Prime Minister is this rotten, openly humiliated by the world without being rebutted by Najib.

20. But it seems they do not feel ashamed and are more concerned with self-interest rather than the interests and dignity of the country.

21. Everywhere people gather and demanded that Najib be removed from the post of Prime Minister. Members and UMNO leaders do not know that their party will lose if Najib continues to lead the BN and Umno in the 14th General Election. Only the dumb and deaf will not be bothered with the demise of Umno which will surely happened.

22. Umno is a party that defeated the MalayanUnion and liberate the country. UMNO also succeeded in developing the country.

23. UMNO also gave to the country Prime Ministers, Prime Ministers that developed the country to a high level.

24. But today because UMNO defends Najib as Prime Minister although it is clear he was involved in a deplorable scandal, and makes UMNO the worst party in Malaysia, still division leaders and UMNO Members of Parliament conspire with Najib to destroy UMNO. Their children and grandchildren will curse them for this.

25. O UMNO leaders, please remember the future. Your betrayal will be justly commensurated in the world and in the hereafter.
 
 

1MDB Dan Tangisan Rakyat

Posted: 14 May 2016 05:21 PM PDT



 
Oleh Abu Hassan Adam


Puas juga aku cuba meyakinkan diri aku bahawa sebenarnya tidak ada perkara-perkara 'sumbang' yang berlaku mengenai isu IMDB. Tidak berlaku sebarag kejanggalan dalam pelaksanaan perniagaan yang dijalankan oleh IMDB. Dan tidak ada salah laku yang dilakukan oleh samada DS Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Menteri Kewangan atau Penasihat IMDB ataupun para ahli lembaga pengarah yang diamanahkan untuk mentadbirkan IMDB supaya dapat dibanggakan oleh negara

Semakin aku berusaha untuk menyakinkan diri aku bahawa sebenarnya tidak ada apa-apa yang berlaku, maka semakin kuat pula keyakinan bahawa sebenarnya ada  sesuatu yang tidak kena yang berlaku kepada IMDB. Aku lihat semakin kuat 'pokok bergoyang'. Yang 'menggoyang pokok-pokok' berkenaan bukannya angin sepoi-sepoi bahasa tetapi merupakan ribut taufan yang berkemungkinan akan menghancur-leburkan negara kita. Dan 'ribut' yang datang adalah ribut yang bersumberkan luar negara.

Walaupun ramai para pemimpin negara, khususnya yang menjadi Menteri, Wakil rakyat BN ( samada ahli parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri) masih mempertahankan hujah mengatakan bahawa IMDB itu berada di landasan yang betul namun hati kecilku 'tidak mahu mengalah' dan terus merasakan bahawa sememangnya ada yang tidak kena yang berlaku dalam pelaksanaan IMDB. dan sikap yang ditunjukkan oleh para pemimpin di negara kita.

Tentulah aku agak 'berdosa' kepada diri aku, kepada pemikiran dan 'pegangan aku' sekiranya aku masih mahu mengatakan bahawa IMDB itu tidak ada cacat celanya sebagaimana yang sentiasa didendangkan oleh para pemimpin negara kita. Dan yang merunsingkan aku juga ialah sampai bila agaknya para pemimin negara dan pihak yang berkepentingan ini mahu terus berpaut kepada 'benang basah' mereka. Apakah mereka langsung tidak memikirkan tentang nasib bangsa Malaysia pada masa yang akan datang. Apakah sudah begitu rapat tertutupnya mata mereka sehingga mereka tidak nampak langsung 'kecelaruan' yang dialami oleh IMDB. Apakah telinga mereka sudah benar-benar tertutup sehinggakan tidak mahu lagi mendengar 'nasihat-nasihat' dari luar yang bertujuan untuk membetulkan keadaan yang pincang  ini.

Rakyat Malaysia sudah betul-betul bingung. Maksud aku rakyat yang boleh berfikir dengan waras dan matang apabila melihatkan segolongan rakyat yang langsung tidak mahu menerima dan mengakui kepincangan yang berlaku dalam negara kini ekoran daripada peritiwa yang dicetuskan oleh IMDB ini. Rakyat kini sudah bingung bukan sahaja dicetuskan oleh isu IMDB tetapi sudah bingung disebabkan wujudnya rakyat Malaysia yang tidak peduli tentang perkara buruk yang berlaku ke atas diri mereka dan negara tercinta.

Tersentak aku apabila ada yang mengatakan bahawa ada kemungkinannya negara kita akan menjadi seperti negara Greece yang bankrup disebabkan hutang yang berlipat ganda. Walaupun aku tidak yakin yang negara Malaysia  akan terjadi seperti negara Greece, namun apabila dikenangkan dan difikirkan secara rasional, seluruh tubuh aku menjadi 'seram-sejuk' mengenankan yang negara kita juga berkemungkinan terjadi sedemikian.

Yunani adalah sebuah negara yang bangsanya terdiri dari cerdik pandai dunia. Dari Yunanilah munculnya manusia seperti Plato, Aristotle dan munculnya gagasan-gagasan dunia yang sehingga kini masih dipakai dan dipraktikkan. Ditilik mengikut perkiraan yang biasa, tidak mungkin yang Greece terjadi muflis dan menjadi bangsa yang meminta-minta untuk diselamatkan. Tetapi itulah hakiktanya. Negara dan bangsa Greece menjadi bangsa yang terhina dalam sekelip mata.

Aku tidak mahu Malaysia menjadi sebuah negara seperti Greece. Aku tidak mahu bangsa aku menjadi bangsa yang hilang maruah dirinya disebabkan oleh keadaan 'papa-kedana'nya. Aku tidak mahu rakyat negara ini menjadi peminta sedekah dan terpaksa berhijarh dan meminta-minta dari negara lain yang maju. Aku tidak mahu anak cucu aku menjadi pengemis disebabkan oleh kesilapan pemimpin yang terdahulu.

 Sebenarnya bukan salah ibu yang mengandung, tetapi nasib badan yang tak sedar untung. Bukan tidak dinasihatkan dan bukan tidak dikhabarkan tentang buruk baiknya sesuatu tindakan. Namun disebabkan ketamakan dan hanya mementingkan diri sendiri maka para pemimpin kita tersalah jalan yang menyebabkan anak cucu yang menerima bebaban.

Apabila sampai masanya nanti, tidak perlu lagi kepada tangisan untuk membetulkan keadaan 'nasi yang sudah menjadi bubur'. Bak kata datuk nenek kita bahawa air mata darah sekalipun tidak akan dapat 'menjadikan bubur menjadi nasi semula'.
 
Kini kita hanya menunggu dan menanti tangisan rakyat
 
 

DAP sudah lapor kepada SPRM salahguna peruntukan DUN Teluk Datuk

Posted: 14 May 2016 05:18 PM PDT

Tony Pua 3
Roketkini.com
 


KUALA LUMPUR: Satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat DAP Selangor di Shah Alam pada 11 Mei 2016 lalu susulan dakwaan salah guna peruntukan kawasan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Datuk Loh Chee Heng.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua Kiam Wee, berkata DAP Selangor sebelum itu juga telah menjalankan siasatan selama lapan minggu terhadap Loh setelah menerima aduan daripada ahli-ahli parti kawasan itu.

"DAP Selangor ingin menegaskan komitmen parti terhadap urus tadbir yang baik, ketelusan dan integriti.

"Kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan mana-mana pemimpin kita yang mengkhianati kepercayaan dan amanah rakyat dan memusnahkan kredibiliti parti," tegas beliau.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga mengesahkan bahawa Jawatankuasa Disiplin DAP Kebangsaan telahpun memaklumkan kepada DAP Selangor bahawa ADUN Teluk Datuk itu telah pun dipecat daripada parti serta merta. – Roketkini.com

Tiada ulasan: