Rabu, 4 Mei 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


KPN nafikan kes SD penjual banglo ditutup

Posted: 04 May 2016 07:34 AM PDT

 Apahalnya yang bercelaru sangat tentang berita jual-beli banglo Ketua Menteri Pulau Pinang ni?

  Macamana Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Ghafar Rajab nak bagi penjelasan mengenai celaru berserabai ini nanti?? Beritanya :

Pejabat Peguam Negara telah menafikan bahawa keputusan telah dibuat berhubung dengan kes akuan berkanun ahli perniagaan Phang Li Koon (SD).

 "Pejabat Peguam Negara ingin menegaskan bahawa Peguam Negara masih belum membuat sebarang keputusan dalam kes itu sehingga sekarang dan kes itu masih di peringkat kajian," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

 Pagi ini, Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Ghafar Rajab mengumumkan bahawa Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa tiada tindakan lanjut akan diambil mengenai perkara itu.

 Abdul Ghafar berkata kes Phang telah diklasifikasikan sebagai "tiada tindakan lanjut" (NFA) selepas siasatan yang dijalankan oleh polis Pulau Pinang dan Bukit Aman.

 Komen beliau dilaporkan di semua akhbar utama dan portal berita.

 Phang, yang merupakan pemilik sebelumnya banglo itu yang kini dimiliki oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, telah dituduh membuat SD palsu apabila dia mendakwa dia tidak mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan Pulau Pinang.

 Ini adalah selepas ia mendedahkan bahawa Lim telah membeli banglo di bawah harga pasaran.

 Beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Phang berikutan SD beliau yang dibacakan oleh Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh.

  Phee, Adun Sungai Puyu adalah sepupu jauh Phang.

 Phang didakwa telah menjual banglo di Pinhorn Road itu kepada Lim, RM2.5 juta yang dikatakan di bawah harga pasaran.

 Lim, bagaimanapun, telah menafikan sebarang salah laku, berkata unit itu dibeli atas dasar persetujuan bersama.

 Sementara itu, panggilan telefon dan mesej teks kepada Abdul Ghafar tidak dijawab. ~sumber

Tahniah : DS Nizar dapat durian runtuh dari TV3

Posted: 04 May 2016 03:19 AM PDT

  Tahniah kepada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan peguamnya, Mohd Fitri Asmuni diatas kemenangan tuntutan writ  saman malu terhadap TV3 berhubung fitnah melibatkan nombor pendaftaran kereta WWW1.

 Mohammad Nizar menyaman TV3 dan penerbit Buletin Utama, Rohani Ngah RM50 Juta, mendakwa stesen televisyen itu telah menyiarkan kenyataan berbaur fitnah menerusi siaran berita Buletin Utama pada 30 Mei 2012 berhubung tweetnya.

 Mahkamah Tinggi pada 12 April 2013 menolak saman fitnah Nizar dan beliau kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan memihak kepadanya pada 25 Feb 2014 dan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk penaksiran ganti rugi.

  Hari ini, Mahkamah Tinggi menetapkan 16 Jun untuk stesen TV3 mendapat tahu berapa banyak kos kerosakan yang ia perlu membayar kepada Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung laporan siaran fitnah. 

Pas adalah lebih baik terus jadi Barua dari menang satu kerusi yang tak dapat melakukan perubaan

Posted: 04 May 2016 12:23 AM PDT

 Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali memberikan gambaran positif bahawa parti Islam itu mampu mencapai kemenangan pertama di Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Baca seterusnya di sini.

 Sebelum ini Mustafa seolah-olah cuba memberi keyakinan kepada Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem dengan berkata bahawa BN akan menang dua pertiga di Sarawak.

 BN akan berjaya mengekalkan kuasanya di Sarawak pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, ampu Mustafa.

 Rupa-rupanya Mustafa mengampu untuk mendapatkan belas ehsan Adenan supaya Pas diberikan satu kerusi pada kali ini! hahahaha

Kemenangan pertama?? 

Apa yang mampu Pas lakukan untuk buat perubahan di Sarawak kalau hanya menang satu kerusi?? Jangan lupa bahawa manifesto kempen Pas ialah mahu buat perubahan??

Itulah perangai Pas. Mentaliti Pas hanya mahu suka-suka masuk pilihanraya...Di Sarawak khabarnya ceramah Pas tidak mendapat sambutan; sebab itu tiada tersiar gambar majlis ceramah Pas di ruang media, malah dalam Harakah pun tidak ada sebarang gambar mengenainya. Tin Milo pun nampak kan??

Kejap cakap tak mahu menang. Kejap cakap tak mahu memerintah. Kejap cakap nak jadi penasihat jer! Pening dengan kelaku Pas yang pendiriannya tidak pernah menentu.

PRU-13 dulu, bukan main riuh mahu laksanakan Hudud. Pakatan Rakyat punah ranah disebabkan isu Hudud yang dimainkan oleh Pas. Tapi menjelang PRN Sarawak ini, satu perkataan pasal Hudud langsung tidak kedengaran keluar dari mana-mana mulut orang Pas.

Inilah perubahan yang amat ketara sejak Pas berkawan dan buat MOU dengan parti Kadir Sheikh Fadzir , parti Ikatan.

Tahniah kita ucapkan kepada Kadir kerana mampu melakukan perubahan terhadap pendirian Hj Hadi yang selama ini gagal dilakukan Hj Mohamad Sabu dan rakan-rakannya hingga keluar buat parti lain.

Kadir telah berjaya mempengaruhi Hj Hadi supaya menangguhkan Hudud.Mereka sepakat mengatakan Hudud tidak sesuai di Malaysia.

Mungkin itu kelebihan Kadir, manusia luar biasa yang dulu suatu ketika mengaku pernah mendengar 'suara' Tuhan?? Astaghfirullah... vdonya di sini.

 Memperkatakan  mengenai PRN Sarawak ini, buat apalah Pas berpenat lelah, mai jauh-jauh ke Sarawak untuk dapat satu kerusi sahaja?

  Di Terengganu keadaan kerusi 16:16, tapi kenapa Pas nampak bangang sangat tidak mahu ambil kesempatan untuk melakukan  perubahan di Trengganu?

Ketika berlaku rampasan di Perak dulu, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing – masing memiliki 28 kerusi DUN manakala Bebas mempunyai tiga kerusi.

Najib telah membawa 31 ADUN mengadap Almarhum Sultan Azlan dan itu sudah dikira memadai untuk BN menubuhkan kerajaan negeri Perak.

Umno/BN terus memperkukuhkan kedudukannya dan dapat terus perintah Perak sampai la ni!

 Pas kononnya mahu pembubaran Dewan Undangan Terengganu bagi membolehkan pilihan raya diadakan. Tak mahu ikut sebagaimana yang berlaku di Perak. Pas mahu lawan secara gentleman menerusi pilihan raya, menyerahkan mandat kepada rakat.

Tapi kenapa  Hj Hadi hari tu kata tak emboh terlibat dengan undi tak percaya MB Terengganu?

Pelik boh! Tanpa ada undi tidak percaya macamana Dun boleh bubar?

 Kita mahu lihat sejauh mana Hj Hadi sebagai MB kali kedua, mampu melakukan perubahan di Terengganu.

 Sejauh mana Pas Terengganu dapat meletakan Islam ke mertabatnya berbanding dengan kerjabuat Umno.

 Berbalik ke PRN Sarawak, mampukah Pas hanya dengan satu kerusi (jika menang pun!! hahaha!) dapat mengaplikasikan manifestonya yang konon mahu buat perubahan di negeri itu??

  Ramai Walaun yang tersedak bila saya edit muka depan Harakah bertajuk : "Berikan Pas Peluang" saya tambah pula dengan "Hapuskan Cawat di Sarawak".
 
Kerana itu, saya telah dituduh memfitnah. Walhalnya saya hanya mahu membantu kempen parti lama saya ini kerana teringatkan rungutan Hj Hadi sebelum ini, katanya : " Kita kalah kerana mereka ini tak reti undi... masih pakai cawat lagi"

  Maka sudah tentulah untuk mendapatkan undi, Pas kena pastikan para pengundi di Sarawak reti mengundi. Kalau masih pakai cawat, sebagaimana Hj Hadi jadikan alasan sebab mereka tak reti undi Pas, maka perkara yang paling afdal untuk Pas melakukannya ialah "Hapuskan Cawat" di Sarawak.

  Walaupun itu merupakan satu perubahan kecil, selain dari itu, perubahan apa yang Pas mampu lakukan di Sarawak?

 PAS berjanji akan menuntut royalti 20 peratus minyak dan gas untuk Sarawak.?? Bio betul! Geli hati .... Lebih baik Pas dapatkan royalti untuk Kelantan dan Terengganu terlebih dahulu boleh tak??

Tiada ulasan: