Jumaat, 22 April 2016

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Khabar angin bertiup, Ku Li akan dilantik TPM II

Posted: 22 Apr 2016 07:58 PM PDT


Tengku Razaleigh HamzahTengku Razaleigh Hamzah
Khabar angin bertiup kencang kononnya ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri II tidak lama lagi.
Buat permulaan, putera diraja Kelantan yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu akan berucap bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Memorial Tun Ghafar Baba, di Bukit Peringit Melaka, pagi ini.
Ia adalah sempena 10 tahun pemergian Allahyarham, salah seorang pejuang terbilang Umno yang sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Melaka.
Selain Najib Razak, difahamkan semua pemimpin tertinggi Umno juga akan turut hadir di mana majlis memperingati ulang tahun yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka yang akan diadakan secara besar-besaran itu.
Anak Tun Ghafar, Tamrin yang telah meninggalkan Umno dan menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan Selamatkan Malaysia juga akan memberikan ucapan.
Sementara itu, seorang blogger yang banyak menulis tentang Umno, Shahbudin Husin turut menulis tentang kemungkinan ini.
Katanya, seseorang menelefon dan pantas memberitahu bahawa Ku Li akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua dan Menteri Kewangan tidak lama lagi.
"Sebab apa?" tanya Shahbudin kepada sumbernya.
Si pemanggil memberikan tiga sebab mengapa perlantikan itu dibuat oleh Najib Razak, tulis Shahbudin:-
Antaranya sebagai 'hadiah' kerana sudi menurunkan tandatangan sokongan melalui Deklarasi Kelantan yang memberikan sokongan kepada Najib.
Ia juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi kedudukan Najib bagi berhadapan dengan Tun Mahathir Mohamad.
Manakala sebab ketiga adalah untuk mengimbangi kedudukan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa sudah mula 'pasang angan-angan' untuk menjadi Perdana Menteri, tulis Shahbudin.
"Tapi bukankah Tengku Razaleigh nak jadi Perdana Menteri, bukannya Timbalan Perdana Menteri?" soal Shahbudin.
"Daripada tak jadi apa-apa, dapat jadi Timbalan Perdana Menteri pun kira okay juga,"kata pemanggil tadi penuh yakin kepada Shahbudin.

Tiada ulasan: