Tukar Tiub |
- SURAT DARI PENJARA
- JOHOR MULA PERANG
- SYABAS TEHRAN
- SATU LAGI PESANAN DARI ABANG TUA
- ALL CHANGE PLEASE
- APA KHABAR TO MB
- JOHOR MULA BERBERANG
- SILA KLIK IKLAN
- MALAM INI RUMAH PASONG JINJANG
- PROGRAM PENCERAHAN
- KITA INI HENDAK KE MANA?
- JENG JENG JENG - SUDAH SAMPAI
- AMARAN ABANG TUA
- MALAM JEMPUTAN MENONTON
- APA ITU PANAMA PAPERS
- BAJU BADAK
- LAUT CHINA SELATAN TEGANG
- PEMIMPIN NEGARA DIMALUKAN
- MAT SOTONG BUAT FATWA
Posted: 06 Apr 2016 07:15 PM PDT |
Posted: 06 Apr 2016 06:30 PM PDT JENG JENG JENG HAJI DESUS KATA EMBEE NAK KENA TENDANG Rakyat Johor telah terbukti menerima kepimpinan Najib Razak dan hubungan kerajaan negeri dengan Pusat juga terjalin baik. More ›› KAH KAH KAH woit ini namanya berita baik ini namanya kacau bilau ini namanya dah mula retak ini namanya perang dalaman ini namanya bubuh minyak kah kah kah PERANG LAGI ------------ |
Posted: 06 Apr 2016 06:00 PM PDT SYABAS TAHNIAH DARI JAI DAN EZI Iranian man who killed dog sentenced to 74 lashes The dog was hurled against a car and then beaten to death with a shovel. TEHRAN: An Iranian man has been sentenced to 74 lashes for killing a dog, the judiciary-linked Mizan news agency reported Wednesday, after an online video showed him hurling the animal repeatedly against his car. The man was arrested earlier this year in the northwestern province of Ardebil following a complaint by the local head of the society for the protection of the environment. A video went viral on social networks showing the man hurling the dog against his car and then beating him to death with a shovel. The court also ordered the man to take weekly lessons for a year on how to care for animals, Mizan reported. It said the man was apparently the dog's owner but did not say why he killed it. -------------- |
SATU LAGI PESANAN DARI ABANG TUA Posted: 06 Apr 2016 06:30 AM PDT SATU LAGI PESANAN DARI ABANG TUA |
Posted: 06 Apr 2016 06:00 AM PDT ALL CHANGE BERITA SOHEH DATANG DARI HAJI DESAS ANAK LELAKI LEBAI DESUS Desas-desus Johor pula akan dapat MB baruSelepas Kedah, terdapat desas-desus bahawa Johor akan menjadi negeri seterusnya membuat penukaran menteri besarnya. Menurut tulisan di laman Facebook Shukur Mohamad - anak kepada Speaker DUN Johor Mohamad Aziz, beliau mendakwa terdapat gerakan untuk menukar Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Malah beliau turut mendakwa, gerakan itu diketuai oleh seorang timbalan menteri yang namanya tidak didedahkan. "Ada satu gerakan yang sedang dibuat oleh seorang timbalan menteri untuk mencantas menteri besar Mohamed Khaled Nordin (kanan). "Gerakan ini kononnya hendak meletak timbalan menteri ini menjadi menteri besar Johor bagi pihak Najib menjaga dan mengekang ahli Umno Johor," tulisnya. KAH KAH KAH woit ini berita baik pakatan boleh menui lebat kah kah kah tapi awas silap2 semua tutup semua lingkup kah kah kah ALL CHANGE ------------ |
Posted: 06 Apr 2016 05:30 AM PDT |
Posted: 06 Apr 2016 05:00 AM PDT APA KHABAR TOK EMBEE ADA BAIK TUKANG CARI ADA CARI TUKANG BAWA ADA BAWA KE? Gerakan guling MB Johor oleh kumpulan Najib – Ahli UMNOKumpulan itu didakwa diketuai seorang timbalan menteri yang akan dilantik sebagai Menteri Besar baharu jika Khaled Nordin berjaya disingkirkan. PETALING JAYA: Gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin didakwa sedang giat dijalankan oleh kumpulan penyokong Najib. Kumpulan penyokong Presiden UMNO itu diketuai oleh seorang timbalan menteri yang akan menjadi Menteri Besar Johor yang baharu bagi menggantikan Mohamed Khaled. Gerakan menjatuhkan Mohamed Khaled dikatakan bagi mengawal UMNO Johor supaya tidak menentang Najib. Dakwaan itu dibuat oleh seorang ahli UMNO, Syukur Mohamad menerusi posting di Facebooknya. "Ada satu gerakan yang sedang dibuat oleh seorang timbalan menteri untuk mencantas Khaled Nordin. Gerakan ini kononnya hendak meletak timbalan menteri ini menjadi MB Johor bagi pihak Najib menjaga dan mengekang ahli UMNO Johor," tulisnya. Ketika dihubungi FMT, Syukur berkata, gerakan mencantas Mohamed Khaled kerana Menteri Besar Johor itu dilihat gagal mengawal pemimpin UMNO cawangan daripada menentang kepimpinan Presiden UMNO. Ini kerana, katanya, gerakan menentang Najib bermula di Johor dengan penubuhan Gerakan Ketua Cabang Malaysia (GKCM). Syukur berkata, dia mempunyai bukti terhadap dakwaan itu dan sedia diheret ke mahkamah ataupun Lembaga Disiplin parti. "Kalau saya tiada bukti, tak mungkin saya membuat pendedahan seperti ini. Saya juga sedia diheret ke mahkamah jika ada pihak tidak berpuas hati," katanya. Ditanya siapakan timbalan menteri yang dimaksudkan itu, Syukur berkata, belum tiba masanya untuk didedahkan kerana banyak lagi maklumat berangkai yang akan disebarkan selepas ini secara berperingkat. KAH KAH KAH boleh selamat? boleh tido lena boleh duduk senang ke? kah kah kah semua berubah yang berubah pun diubah kah kah kah ALL CHANGE --------------- |
Posted: 06 Apr 2016 04:30 AM PDT DERMA DAPUR JALANAN iKLAN jika anda lihat ada iklan sila klik iklan itu iklan dalam blog ini tanpa pembaca klik ianya menjadi iklan percuma duit dari iklan dihadiahkan kepada dapur jalanan ----------- |
MALAM INI RUMAH PASONG JINJANG Posted: 06 Apr 2016 03:21 AM PDT |
Posted: 06 Apr 2016 01:30 AM PDT JUMAAT MALAM Baca Puisi Madrasah Seni "Teater Atas pokok" Dedikasi Kampung Banda Dalam Tema "Menghargai Warisan" Penampilan beberapa adegan lakonan dan lagu oleh : Yassin Salleh Sani Sudin Saidin Omar Bohari Ibrahim Nadhilah Suhaimi Nizam Yamin Fairul Pujangga Surya Suryani 8 April 2016 (Jumaat) Jam 9:00 malam Madrasah Tarbiyah Kampung Banda Dalam SABTU SIANG ------------- |
Posted: 06 Apr 2016 12:17 AM PDT |
Posted: 05 Apr 2016 11:38 PM PDT JENG JENG JENG ADA APA APA? TAK ADA DEBAR PAC: Laporan 1MDB siap sepenuhnya KUALA LUMPUR - Laporan berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kini siap sepenuhnya, kata Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw. Beliau berharap laporan itu dapat dibentang pada persidangan Dewan Rakyat Khamis ini "jika tiada sebarang kecemasan atau hal-hal lain". "Memang hasrat kita untuk bentangkan laporan itu Khamis ini, tetapi bergantung pada banyak perkara termasuk pindaan di saat akhir dan percetakan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. Dr Seng Giaw yang juga ahli Parlimen Kepong berkata, PAC bersidang sehingga pukul 9 malam tadi bagi memuktamadkan laporan tersebut. KAH KAH KAH edith piaf kata: rien de rien kah kah kah FBI kata apa? kah kah kah FBI kata: continue cari kah kah kah RIEN de ZERO ---------- |
Posted: 05 Apr 2016 10:18 PM PDT KITA INI HENDAK KE MANA? Ketika saya menggarap tulisan ini sabenarnya saya lakukan dengan latar kesedihan dan kekecewaan. Saya sedih apabila saya memahami apa yang sedang berlaku ke atas muka bumi ini. Dalam masa yang sama saya merasa kecewa kerana saya merasakan diri saya tidak dapat melakukan apa-apa. Saya terkapai-kapai menjadi saksi melihat kemusnahan alam dan muka bumi ini. Pada tahun 1992 stesen TV BBC telah membuat sebuah filem dokumentri The Elder Brothers' Warning - Amaran Dari Abang Tua arahan Alan Eriera. Filem BBC ini panjangnya hampir 1 jam satengah. Apabila stesen Public Broadcasting Service dari Amerika membeli program ini maka ianya perlu di pendekkan 5 minit. Ketika itu saya warga kota London - justeru saya mendapat peluang menjadi pembantu Horacio Queiro Tuan Penyunting untuk memendekkan filem yang menggunakan celuloid 16mm. Dua minggu kami bekerja di Soho. Selama dua minggu sambil bekerja sambil saya menghayati naratif yang dibawakan oleh filem ini. Dokumentri ialah tentang gaya hidup bangsa Kogi. Mereka tinggal di pergunungan Sierra Nevada de Santa Marta di Colombia. Wilayah Kogi ialah 19,000 kaki dari permukaan laut diatas pergunungan Andes di Amerika Latin. Masyarakat Kogi yang hidup dipergunungan bersalji ini amat mesra alam. Dari pemahaman saya masyarakat Kogi memiliki falsafah hidup sama saperti yang dimiliki Orang Asal datuk nenek moyang saya sebelum kami dipengaruhi oleh budaya Arab. Untuk masyarakat Kogi sama saperti Jakun, Senoi atau Temiar - mereka percaya semua wujudiah dalam dunia memiliki roh dan semangat. Manusia, binatang, pokok, batu atau air adalah bentuk pisikal. Semua bentuk pisikal ini memiliki roh dan semangat. Justeru apa saja yang kita usik bermakna kita mengusik jisim dan roh. Dalam filem ini masyarakat Kogi telah memberi amaran kepada kita - Adik Muda. Kita semua yang duduk dibawah gunung dianggap oleh Kogi sebagai Adik Muda. Kogi yang tinggal diatas puncak gunung menganggap diri mereka Abang Tua. Abang Tua telah memberi amaran kepada Adik Muda. Amaran kepada kita semua agar 'berhenti' melakukan apa yang sedang kita lakukan kepada alam ini. Abang Tua kita memberi tahu bahawa salji semakin berkurangan di Pergunungan Andes. Takungan air salji semakin susut. Ini tanda-tanda bala dan malapetaka akan sampai. Bila salji diatas gunung kurang bermakna air dibawah gunung akan susut. Bila air kurang musim kering akan sampai. Amaran dari Abang Tua ini disampaikan melalui BBC pada tahun 1992. Ini empat belas tahun dahulu. Hari ini bumi manusia semakin hangat. Malaysia sebuah negara tropikal yang cuaca biasanya tidak pernah melitasi 30 darjah Centigrade. Kini semua telah berubah. Sekolah di Kedah dan Perlis - ketika saya menulis ini - masih ditutup kerana panas. Langkawi dan Chuping terus dibakar matahari. Dari laporan media saya difahamkan banyak daerah di Utara Tanah Melayu telah menjadi kering kontang kerana hujan tak sempai-sampai lebih dari satu bulan. Rekod panas yang melintasi 39 darjah Centigrade telah pernah dirakam untuk pertama kalinya dibumi Malaysia. Yakinlah ini satu perubahan hakiki. Ini satu ledakan perubahan cuaca yang membawa implaksi yang amat mendalam. Amaran dari Abang Tua kelihatan tepat dan betul. Hanya Adik Muda yang engkar tidak mahu mendengar. Apakah kita semua - anak semua bangsa dalam bumi manusia ini tidak mahu mendengar amaran demi amaran tentang pemanasan dunia? Atau anak semua bangsa tidak memahami apa yang sedang berlaku.Soalan ini selalu saya tanya kepada diri saya sendiri. Saya tidak memiliki jawapan. Tetapi saya memahami apa yang sedang berlaku terhadap alam ini. Saya memahami kenapa pemanasan dunia hari ini berlaku. Sama saperti pembacaan dan hujah saya terhadap politik - dimana punca kuasa politik ialah ekonomi. Dalam isu pemanasan bumi manusia juga saya menggunakan ekonomi sebagai punca. Dunia moden kita yang berpaksikan sistem ekonomi kapitalis telah mengajukan satu budaya gaya hidup konsumer. Falsafah budaya kapitalis ini ialah - kita membeli, kita mememilik dan kita memakai maka kita bahagia. Memilik dijadikan asas untuk mencapai kebahagian. Lagi banyak yang kita miliki, lagi banyak benda yang kita punya maka lagi bahagialah hidup kita. Ini adalah ajaran falsafah budaya kapitalis. Kamu membeli maka kamu wujud. Kamu memiliki maka kamu bahagia. Harta milik individu menjadi rukun iman budaya kapitalis. Saya telah lama cuba membawa pencerahan untuk menunjukkan kepada anak semua bangsa bahawa sistem ekonomilah yang melahirkan budaya yang kita guna pakai hari ini. Budaya inilah yang sedang membawa kita semua ke dalam kancah malapetaka ini. Hakikatnya krisis pemanasan bumi ini adalah hasil perbuatan manusia sendiri. Lahir dari budaya yang kita amalkan. Kekeringan salji di Andes, di Himalaya atau di Khutub Utara hanyalah manifestasi tentang sakit yang sedang dialami oleh bumi manusia. Apakah masih ada yang sangsi tentang ke wujudnya pemanasan dunia? Apakah masih ada yang tidak sedar tentang hakikat ini? Untuk memahami secara jujur apa yang sedang berlaku maka telah sampai masanya kita menganalisa pemanasan bumi ini secara menyeluruh. Bukan penganalisaan tempat tempatan. Bukan penganalisan terpisah pisah. Kita wajib melihat permasalahan pemanasan dunia ini secara menyeluruh. Sama saperti memahami krisis Orang Pelarian Perang masuk ke Eropah pada ketika ini bukan kerana Turki membuka sempadan. Atau kerana Greece kurang pengawalan. Atau kerana Sweden mengalukan kemasukan Orang Pelarian. Bukan. Bukan. Bukan. Orang Pelarian Perang bermula dengan perang. Perang bermula di Syria, di Libya, di Afghanistan dan di Palestin. Syria diserang kerana apa? Syria diserang kerana enggan memberi laluan paip minyak milik Saudi/Amerika. Kaum pemodal syarikat minyak melobi politikus di Rumah puteh untuk menyerang Syria. Libya dan Afghanistan diserang kerana apa? Kerana minyak. Orang Pelarian Perang muncul dari perang. Perang muncul kerana perebutan ekonomi. Justeru semuanya kembali kepada kepentingan ekonomi. Ekonomi ini ialah sistem ekonomi kapitalis. Pemanasan dunia hari ini juga wajib dianalisa secara radikal dan total. Jika penganalisaan kita tidak radikal maka wujudiah kita di bumi manusia ini hanya mengotorkan oxygen dan mengambil ruang. Segala analisa dengan bergantang-gantang data ilmiah akan dilihat hempeh jika tidak disebutkan semua ini berpunca dari sistem ekonomi kapitalis. Selama lebih dari 200 tahun samenjak Revolusi Industri berlaku bumi manusia ini telah dijajah oleh sistem ekonomi kapitalis. Pada awalnya urusan jual beli dari negara ke negara melalui kapal layar. Atau saudagar datang berniaga dengan menaiki caravan dari China melintasi Iran ke nagara Arab menuju ke Eropah. Ini di zaman Mercentile Capitalism. Kini semuanya telah berubah. Dari Mercentile Capitalism ianya beralih menjadi Kapitalis Industrial. Dari Kapitalis Industrial menjadi kuasa imperialis dimana wilayah dijajah untuk mendapatkan keuntunagn maksima. Jangan sesekali dilupakan keuntungan maksima adalah rukun iman kaum kapitalis. Hasilnya kita melihat Selat Melaka menjadi selat yang paling sibuk dalam dunia. Pantai dan pesisiran Selat Melaka yang 40 tahun dahulu landai berpasir kini menjadi wilayah paling kotor dalam dunia. Selat Melaka kotor kerana banyak kapal lalu lalang. Kapal lalu lalang kerana membawa barang perniagaan. Berniaga ialah sistem kapitalis. Justeru tidak salah jika saya katakan pantai Telok Kemang Batu Lapan Port Dickson menjadi kotor kerana sistem kapitalis. Jika kekotoran ini bukan diwujudkan oleh sistem kapitalis samalah saperti menolak hakikat Perang Syria bukan kerana bahan bakar petrolium. Para saintis sebulat suara bersetuju dan menerangkan bahawa bumi manusia ini menjadi panas kerana ruang udara diatas muka bumi ini sedang dibungkus oleh carbon dioxide atau Co2. Co2 ini muncul kerana pembakaran minyak dan arang batu. Co2 ini tahun demi tahun bertambah dan terkumpul diruang udara. Pada ribuan tahun dahulu. Semenjak kun fi ya kun - Co2 ini disedut oleh tumbuh-tumbuhan, dedaun kayu kayan dan laut. Kini satengah dari Co2 ini tidak lagi disedut oleh dedaun pokok dan laut. Co2 makin banyak berkumpul diruang udara. Ini yang menjadikan bumi manusia panas. Ribuan tahun dahulu Co2 boleh disedut oleh deduan hijau. Kalau dulu Co2 disedut oleh hijauan daun kayu dan dimuntahkan sebagai oxygen. Kenapa sekarang tidak boleh disedut untuk dibersihkan oleh daun daun kayu? Kenapa tidak berlaku lagi sekarang? Jawabnya banyak hutan telah ditebang oleh manusia. Manusia menebang hutan untuk mengambil balak. Balak di Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak makin pupus. Ini belum diambil kira hutan Amazon yang makin mengecut. Hutan Amazon ini mengeluar 30% dari udara oxygen untuk umat manusian di muka bumi ini. Apabila kayu ditebang yang ikut sama gugur ke bumi ialah dedaun kayu. Semakin kurang hutan semakin kurang dedaun kayu. Maka semakin banyak Co2 yang tidak dibersihkan memasuki ruang udara. Kenapa balak ditebang? Sila tanya Nik Abduh dari Kelantan, sila tanya Taib Mahmud dan Ting Pek Kiing dari Sarawak, sila tanya Musa Aman dari Sabah. Sila tanya cukong Rimbunan Hijau dari Sarawak dan sila tanya Felda. Bila saya tuduh ' global warming' - pemanasan dunia ini disebabkan oleh Nik Abduh, atau oleh Felda atau oleh Ting Pek Kiing atau Taib Mahmud atau oleh towkay balak atau oleh sistem kapitalis pasti ramai yang mengatakan Hishamuddin Rais telah gila. Dia telah dipengaruhi Abang Tua dari gunung Andes. Tetapi inilah fakta. Inilah hakikat bahawa kita semua bertanggung jawab. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini sila pukul talipon 03-92-21-30-45 --------------- |
Posted: 05 Apr 2016 09:46 PM PDT MALAM INI JEMPUTAN RABU | 6 April 2016 | 8.30 Malam KELAB BANGSAR UTAMA SEMUA JEMPUT HADIR Tayangan & Diskusi Dokumentari "Pulau Buru, Tanah Air Beta" Filem arahan Rahung Nasution mengisahkan dua tahanan politik yang pernah dibuang ke pulau buru pada zaman Orde Baru yaitu Hersri Setiawan dan Tedjabayu Sudjojono, yang kembali ke pulau tempat masa-masa tergelap kehidupan mereka. Hersri kembali ke sana bersama anak perempuan dan istrinya untuk menunjukkan tempat-tempat saat dia berdiam selama sembilan tahun, sejak 1969 sampai 1978. RABU | 6 April 2016 | 8.30 Malam KELAB BANGSAR UTAMA SEMUA JEMPUT HADIR -------------- |
Posted: 05 Apr 2016 09:16 PM PDT APA DIA PANAMA PAPERS Sama seperti media gerombolan, pabila media barat mengheboh-hebohkan sesuatu isu, maka kena bijak sedikit membaca antara garis. Ini bukan bermakna apa yang diberitakan bukan sesuatu yang tidak benar, cuma kena faham bahawa untuk kita yang bukan dalaman, iaitu insiders, memang benar apa yang dikhabarkan tu berita yang memang berita, ini termasuk anak Najib.Itu adalah collateral damage. Tetapi sesiapa dibelakang tabir yang membenarkan perkara ini berlaku ada tujuan yang kita tidak sedar. Sedarlah bahawa perang dunia sedang berlanjutan, cuma tidak seperti yang dua sebelum. Tetapi memang ada peperangan sedang berlaku. Sesiapa yang cuba menentang hegemoni dollah(r) akan dikenakan. Pepe Escobar panggil ini sebagai hybrid war. Brazil sedang dilanda sekarang. Sebab? Sebab Brazil ada dalam BRIC. Russia pun kena. China pun kena. Afrika Selatan dan India tunggu sebab terkuat ialah yang tiga tiga sebelum ini. on APA DIA PANAMA PAPERS Publish | Delete | Spam Anonymous on 4/5/16 ----------- |
Posted: 05 Apr 2016 08:49 PM PDT BUKAN SATU YANG GANJIL BUKAN SATU YANG PELIK Najib beli 4 baju sehari untuk Rosmah? MP buat laporan polisSeorang ahli parlimen pembangkang membuat laporan polis terhadap Najib berhubung dakwaan bahawa beliau memindahkan sejumlah AS$14 juta (kira-kira RM55 juta) antara tahun 2011 dan 2014 ke gedung fesyen tempatan Jakel Trading. Laporan Lim Lip Eng kepada Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini adalah berdasarkan butiran perbelanjaan Najib yang diterbitkan oleh akhbar The Wall Street Journal minggu lalu. Bercakap kepada Malaysiakini, Ahli Parlimen Segambut mendedahkan bahawa beliau telah membuat penelitian berhubung perkara itu. "Kami telah periksa beberapa pakaian yang bernilai RM10,000 setiap satu di Jakel "Jadi, adakah Najib membeli 5,500 pakaian dari Jakel untuk (suaminya ) Rosmah (Mansor) dalam tempoh empat tahun? Satu tahun bersamaan 365 hari, yang seterusnya bermakna 1,375 pakaian. Ini adalah kira-kira empat pakaian sehari. "Jika laporan WSJ itu benar, ini lebih buruk daripada Imelda Marcos," katanya. KAH KAH KAH woit yb lim tak faham berela ela kain berkodi kodi kain diperlukan untuk selimutkan badak kah kah kah kain datang dg lori dari kilang terus kah kah kah tak faham ke? anak mak badak kencing berdiri kah kah kah MEMBADAK ----------- |
Posted: 05 Apr 2016 08:16 PM PDT APA MAKNA BERITA INI? Seorang ahli parlimen BN hari ini menggesa kerajaan mengisytiharkan perairan Pantai Timur Sabah sebagai zon keselamatan dan menembak mana-mana kapal dan bot yang mencerobohi perairan negara. Jumat Idris (BN-Sepanggar) membuat gesaan itu berikutan penculikan Jumaat lalu di perairan Ligitan oleh sekumpulan lelaki bersenjata. "Tutup sempadan perairan kita dengan Filipina dan kita istiharkan (kawasan itu) sebagai zon keselamatan supaya kita boleh tembak mana-mana kapal dan bot yang memasuki perairan kita. "(Ini) sebagai satu jalan untuk musnahkan kes-kes penculikan ini daripada berterusan," katanya semasa perbahasan tergempar penculikan di Sabah. BRO lu ingat tak apa gwa bilang laut cina selatan south china sea wilayah rebutan lu lupakah? kalau lu lupa lu cium dipap kah kah kah KAH KAH KAH -------------- |
Posted: 05 Apr 2016 07:50 PM PDT PEMIMPIN MELAYU ISLAM DIMALUKAN |
Posted: 05 Apr 2016 07:16 PM PDT RAKYAT WAJIB 100% SOKONG INI FATWA TUAN HAJI HADI Isu 1MDB: Hadi enggan menghukum sebelum dibuktikanTuan Haji Abdul Hadi Awang berkata, semua penyelewengan harus ditolak dan ia bukan sahaja khusus terhadap 1MDB.Bagaimanapun, Abdul Hadi yang tidak menamakan mana-mana pihak berkata, seseorang itu tidak boleh didakwa sebagai bersalah sebelum siasatan dilakukan terlebih dahulu. "Kita bukan saja khusus dalam 1MDB. Semua penyelewengan kita tolak. Tapi perlu disiasat terlebih dahulu. KAH KAH KAH betul tuan haji wajib ada 4 saksi wajib nampak duit masuk bank wajib dilihat duit keluar masuk ke dalam dompet wajib mata lelaki mata tino tak leh kah kah kah kalau pakai cermin mata? so how? saje tanya jangan marah PUNTAT MUNTAT ---------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan