Sabtu, 30 April 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] Rakyat Sarawak Beri Sambutan Menggalakkan Untuk AMANAH

Posted: 30 Apr 2016 12:47 AM PDT

Parti Amanah Negara telah mendapat sambutan baik daripada rakyat di Sarawak sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) yang sedang berlangsung, Malaysia Dateline melaporkan.

Di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) N40 Kabong malam tadi misalnya menerima sambutan menggalakkan dimana ratusan penduduk setempat menegerumuni ceramah penerangan Amanah dan mini konsert Aisyah sempena kempen untuk calonnya, Jini Sahini.


Ceramah yang menampilkan Ketua Amanah Parlimen Sik, Leman Raja Lawan; penyanyi Aisyah yang kini Pengerusi Awan Parlimen Batu serta Pengerusi Awan Kedah, Dr Rohani di kerusi baharu itu dilihat petunjuk positif kepada kewujudan Amanah di pentas demokrasi yang berdepan calon BN melalui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Di pekan Kabong itu, Aisyah turut mendendangkan dua lagu berjudul 'Syurga Di Telapak Kaki Ibu' dan 'Bahtera Merdeka'.

Sementara itu di N.42 Semop pula, calon Amanah, Fadillah Sabali dikatakan menggalas cabaran yang tinggi apabila bertanding di kawasan yang dianggap kubu kuat PBB.

Menurut sumber, keadaan berkenaan menyebabkan Pas, PKR mahupun Dap enggan menuntut kerusi itu memandangkan ketiadaan ahli, penyokong, cawangan atau ranting parti masing-masing.

Namun, masyarakat setempat yang mempunyai seramai 9,617 pengundi itu tetap menyambut baik kehadiran Fadillah adn jentera pilihan raya Amanah termasuk kempen dari rumah ke rumah.

Di N29 Beting Maro, calonnya Hud Andri Zulkarnaen terus menerima sambutan menggaalakkan dari rakyat dimana Parti Amanah Negara telah menjadi pilihan rakyat Beting Maro.

Kempen "Salam Duak Jari" Hud Andri amat disenangi oleh warga Beting Maro.

Hud Andri memang dikenali oleh penduduk di situ sebagai seorang yang mesra-rakyat dan ramai diantara mereka yang secara sukarelah menjadikan rumah mereka sebagai "markaz AMANAH" bagi menyebarluaskan kempen AMANAH ke seluruh warga Beting Maro.

Malam ini, program "Beting Maro Bersama Selebriti" akan diadakan dimana Leman Rajala Lawan bersama Wan Aisyah akan turut hadir berkempen untuk Hud Anrdri.

N40 KABONG












N47 SEMOP










N29 BETING MARO









[BERGAMBAR] AMANAH Berpotensi Menang 5 DUN

Posted: 29 Apr 2016 05:25 PM PDT

Sehingga kini, sekurang-kurangnya lima dari 13 calon Parti Amanah Negara (Amanah) menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mereka apabila kerusi mereka dikategorikan sebagai kelabu oleh Bilik Gerakan BN dan juga media di Sarawak, demikian lapor Malaysia Dateline.

Menurut sumber, kerusi Sebuyau, Balingian, Kabong, Damak laut dan Beting Maro kini dimasukkan dalam kategori kelabu oleh Barisan Nasional (BN) yang membawa makna boleh dimenangi oleh lawan mereka.

Sebuyau ditandingi tiga penjuru oleh tiga calon iaitu Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB), Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas) dan Andrew Anak Jain (Amanah).

Demak Laut pula ditandingi satu lawan satu antara Dr Haji Hazland Bin Abang Haji Hipni (PBB) dan pengerusi Amanah Sarawak, Mohammad Fidzuan Zaidi.

Di Kabong pula, calon BN Mohamad Chee Kadir (PBB) akan berdepan dengan Novert Sullang (DNP) dan Jini Bin Sahini (Amanah).

Di Balingian pula pertembungan satu lawan satu antara Abdul Yakub Arbi (PBB) dan Nurzaiti Binti Hamdan (Amanah).

Di Beting Maro, calon BN, Razaili Haji Gapor (PBB) akan berdepan dengan Hamidah Binti Mokhtar (Pas) dan Andri Zulkarnean Hamden (Amanah).

Selain itu, dua lagi calon Amanah dijangka memberikan tentangan sengit kepada lawan masing-masing iaitu N26 Gedong yang diwakili oleh Rapelson Richard Hamit dan N.16 Muara Tuang yang diwakili oleh Abang Abdul Halil Abang Naili.

Kesemua kerusi-kerusi dimana AMANAH bertanding hanya menyaksikan pertembungan dengan calon BN dan PAS. AMANAH mewakili Pakatan Harapan dan tiada komponen PH yang lain bertanding di kerusi-kerusi berkenaan.

N27 SEBUYAU







N58 BALINGIAN








N40 KABONG






N05 DAMAK LAUT







N29 BETING MARO











Tiada ulasan: