Selasa, 26 April 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


3 Penjuru: PAS Turut Salahkan PKR

Posted: 25 Apr 2016 11:24 PM PDT

HARAPAN gagal pastikan satu lawan satu, Kit Siang mohon maaf

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meminta maaf ketika berceramah di Kuching kerana kegagalan Pakatan Harapan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dan berjanji untuk bekerja lebih kuat lagi.

Menurutnya, Tan Sri Adenan Satem akan kekal menjadi ketua menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri ini, tetapi beliau menggesa pengundi untuk tidak memberikannya satu kemenangan yang mutlak.


DAP mendakwa ia sepatutnya bertanding di Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong menentang BN tetapi PKR turut meletakkan calon mereka sendiri.

Ini menyebabkan DAP bertindak balas dengan meletakkan calon di Batu Kitang di mana ia pada mulanya bersetuju PKR bertanding di situ.

Sementara itu, pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen merayu kepada pengundi menyokong calon DAP di Batu Kitang, Abddul Aziz Isa dan berkata dengan meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Cina itu, ia adalah bukti bahawa DAP adalah parti berbilang kaum.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 4,000 orang dan turut mengumpulkan sumbangan sebanyak lebih RM6,000 caruman. Ia juga menjual kira-kira 100 patung Ubah pada harga RM20 setiap satu.

Sementara itu di Miri, di ​​sebuah restoran kecil di pinggir bandar itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyentuh kenapa pengundi di kawasan majoriti Cina Pujut perlu mengundi calon parti Islam itu.

Bercakap kepada kira-kira 50 orang kuat,
Hadi menafikan bahawa PAS adalah sebuah parti yang bersifat perkauman.

Beliau juga memberi jaminan bahawa PAS sebagai sebuah parti Islam akan berlaku adil kepada semua rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau menambah bahawa tidak ada sebab rakyat Sarawak tidak boleh menerima PAS.

"Jika kapitalisme dengan ikonnya Adam Smith dan sosialisme dengan ikonnya Karl Marx, kedua-duanya bukan Iban, Cina, atau Melayu, boleh diterima, mengapa tidak Islam?" katanya.

Kemudian ketika bercakap kepada media, Hadi berkata PKR yang harus dipersalahkan ekoran pertandingan tiga penjuru dengan PAS di Kakus, Jepak dan Lambir kerana parti Islam itu telah pun mengumumkan calon mereka lebih awal.


PAS lancar manifesto khas DUN Pujut, Lambir

MIRI: PAS melancarkan manifesto Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 khusus bagi DUN Pujut dan Lambir, di Saberkas, Miri semalam.

Bertempat di sebuah restoran, majlis itu dihadiri Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pemuda Nik Abduh Nik Abdul Aziz, serta calon Pujut, Jofri Jaraiee dan calon Lambir, Arif Paijo.

Jofri dalam ucapannya berkata, kehadiran PAS di Pujut – DUN majoriti Cina – bukan untuk 'memecahbelahkan', tetapi untuk membawa kesejahteraan kepada penduduk di sana.

"Jadi tak perlu takut, kalau dengar daripada sebelah pihak sahaja tentu ada macam-macam cerita tetapi malam ini kita jelaskan mengapa kita bertanding (di Pujut)," katanya lagi kepada kira-kira 50 hadirin.

Manifesto itu menggariskan empat bidang pembangunan utama iaitu pendidikan dan kemahiran; kesihatan dan kebajikan; ekonomi dan kemudahan dan pemilikan tanah.

Ia antara lain menjanjikan penubuhan pusat pembangunan awal pra-sekolah (PASTI); pemotongan 25% elaun Adun bagi 'Tabung Kebajikan Pujut' dan 'Tabung Kebajikan Lambir'; meningkatkan kemahiran vokasional dan keusahawanan belia dan ekonomi wanita; dan memperjuangkan Hak Tanah Adat (NCR).

Nik Abduh pula berkata, Dewan Pemuda PAS Pusat akan bersama-sama dalam PRN ini bagi membantu kempen calon-calon PAS dalam PRN ini.

"Sepanjang (tempoh kempen), kita akan beri kefahaman kepada rakyat Sarawak bahawa kehadiran PAS di sini akan menyempurnakan cita-cita dan impian mereka untuk melihat negeri ini maju dan sejahtera, seperti yang sepatutnya dikecapi dengan kekayaan hasil bumi," katanya lagi.

Manifesto empat perkara yang dilancarkan Hadi kelihatan disesuaikan kepada PRN Sarawak, siap dengan ikrar untuk tidak mengganggu gaya hidup dan budaya penduduk setempat dan penegasan bahawa undang-undang hudud hanya untuk orang Islam.
-FMT


ULASAN GB

Apa yang menarik di dalam dua artikel di atas? Ada dua.

Pertama, jika sebelum ini PKR terpaksa berdepan dengan kritikan dari DAP, kini, rakan karib PKR, PAS juga mempersalahkan PKR ekoran parti itu terpaksa bertanding 3 penjuru iaitu di Kakus, Jepak dan Lambir.

PKR perlu terima bahawa mereka adalah di pihak yang bersalah. PKR perlu memohon maaf, bukan bertindak angkuh dan berlagak sombong dengan mempertahankan sikap dan tindakan mereka yang telah memecah-belahkan pembangkang.

Tatkala parti-parti komponen PH dan juga PAS sudah mengumumkan calon-calonnya, PKR masih terhegeh-hegeh sehingga di saat akhir rundingan pun mereka belum mengesahkan nama-nama calon mereka. Implikasinya dua calon PKR tidak bertanding, satu hilang ghaib yang satu lagi membawa penyokong yang muflis.

Kedua, PAS juga perlu muhasabah.

Sesuatu yang menarik juga diperhatikan jumlah kehadiran rakyat yang datang mendengar di kedua-dua majlis pelancaran manifesto, DAP dan PAS.

Di dalam ceramah DAP di Kuching, dilaporkan 4,000 hadirin datang mendengar ceramah pimpinan DAP, manakala di Pujut, di majlis pelancaran manifesto PAS, dilaporkan cuma 50 orang sahaja yang hadir itu pun termasuk para petugasnya.

Di situ sudah ada penanda aras untuk mengukur sambutan rakyat bagi pola pengundian pada 5 Mei nanti.

PAS telah mengambil pendirian untuk "bermusuh" dengan DAP. Malah AMANAH pun dijadikan mangsa PAS dengan menuduh kononnya AMANAH "balaci DAP".

Difahamkan rakyat Sarawak tidak dapat menerima tuduhan PAS itu dan mereka menganggap tuduhan itu sebagai melampau dan PAS sebagai parti yang tidak boleh diterima di Sarawak.

Di dalam satu klip video yang tersebar di media sosal, seorang rakyat Sarawak menyatakan bahawa kita perlukan parti yang kukuh di dalam menghadapi Barisan Nasional, maka sebab itu perlu pilih parti-parti yang menjadi komponen Pakatan Harapan.

CERAMAH DAP DI KUCHING



3 Penjuru: Azmin & PKR Teruk Dimaki Di Media Sosial

Posted: 25 Apr 2016 06:20 PM PDT

'Masalah besar' landa HARAPAN selepas PKR-DAP bertembung

Pertembungan calon-calon Pakatan Harapan dari PKR dan DAP di enam kerusi pada pilihan raya Sarawak ke-11, selepas proses penamaan calon hari ini adalah tanda-tanda masalah besar bakal melanda pakatan pembangkang, kata penganalisis politik.

Prof Madya Andrew Aeria dari Universiti Malaysia Sarawak memberitahu Malaysiakini bahawa kedua-dua parti politik itu telah mengecewakan penyokong dan pengundi mereka yang menaruh HARAPAN sebagai alternatif kepada BN.


"Kegagalan untuk kompromi menunjukkan bahawa mereka melanggar peraturan utama dalam politik. Ini sangat malang. Pakatan Harapan nampaknya mempunyai masalah yang besar dalam usaha untuk bekerja sama.

"Rakyat amat mengharapkan mereka boleh menyelesaikan perbezaan dan mengelakkan pertembungan itu," kata Aeria.

Menurutnya, masalah itu berpunca daripada kegagalan dalam kepimpinan kedua-dua parti untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

"Pertembungan hanya membuktikan terdapat dendam dan rasa tidak puas hati di antara pemimpin-pemimpin mereka di peringkat tempatan (di Sarawak)," katanya.

Merujuk kepada pertembungan lima penjuru di Batu Kitang, Aeria berkata keadaan itu mencerminkan "tahap dendam dan tidak puas hati di antara parti-parti gabungan itu".

Di Batu Kitang, calon DAP, Abdul Aziz Isa akan menentang calon PKR, Voon Shiak Ni.

Ini berikutan selepas PKR mengingkari perjanjian untuk tidak meletakkan calon di lima kerusi luar bandar.

Tiga lagi calon lain di Batu Kitang adalah Lo Khere Chiang (BN), Othman Bojeng (Bebas) dan Sulaiman Kadir (Bebas).

Berdasarkan perjanjian yang dicapai dua minggu lalu antara pemimpin pusat Pakatan Harapan, DAP sepatutnya melepaskan Batu Kitang dan bertanding melawan BN di lima kerusi luar bandar - Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Sehingga malam tadi, Abdul Aziz masih dijadualkan untuk bertanding di Stakan dan Aeria berkata keputusan saat akhir untuk meletakkannya di Batu Kitang menunjukkan bahawa "idea untuk berkhidmat kepada rakyat adalah fiksyen".

Pada masa yang sama, Aeria berkata BN juga tidak terkecuali daripada pertembungan sedemikian antara parti komponennya.

"BN juga tidak ada bezanya (dengan HARAPAN)... Secara keseluruhan ini menunjukkan politik di Sarawak masih demi mementingkan diri sendiri," katanya.

Penganalisis politik Ibrahim Suffian bersetuju dengan Aeria.

"Pertandingan tiga penjuru menunjukkan pertikaian antara bersetuju dengan kepimpinan dalaman parti dan untuk mengekalkan pakatan yang berdaya maju.

"Pertembungan juga seolah-olah menunjukkan bahawa kelemahan dalaman parti boleh dieksploitasi oleh pihak lawan dan juga rakan-rakan gabungan," katanya.

Sebanyak 80 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak dipertandingkan selepas BN menang dua daripadanya tanpa saingan.

Hari pengundian ditetapkan pada 7 Mei.

ULASAN GB

Kewujudan "Kartel Azmin" di dalam PKR menyebabkan seluruh Pakatan Harapan menjadi huru-hara. Akibat darinya, Azmin dan PKR menjadi sasaran maki hamun oleh rakyat Malaysia kerana mengkhianati Perjanjian Pakatan Harapan.

Sebelum ini Azmin menyatakan beliau melakukan apa sahaja untuk "mengelakkan" pertandingan tiga penjuru tetapi apa yang berlaku rupa-rupanya kartel Azmin inilah yang "menggalakkan" pertandingan tiga penjuru tersebut.

Azmin juga dilaporkan berkata bahawa beliau yang memberi kuasa PKR Sarawak bertanding di lima kerusi yang sebelum ini telah diperuntukkan kepada DAP.

Azmin: Saya beri kuasa PKR S'wak tanding di 5 kerusi DAP

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengakui bahawa beliau memberikan kuasa kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk menandatangani surat kebenaran untuk calon-calon PKR bertanding di lima kerusi yang menjadi perbalahan dengan DAP.

Keputusan itu menyaksikan PKR dan sekutunya, DAP menghadapi persaingan pelbagai penjuru dengan BN pada hari penamaan calon.

Azmin mendakwa beliau membuat keputusan itu berdasarkan mandat yang diberikan oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepadanya untuk menyelesaikan pertikaian kerusi.

"Saya telah diberi mandat secara bertulis oleh presiden untuk menyelesaikan semua isu mengenai pilihan raya negeri, termasuk peruntukan kerusi dan calon," katanya pada satu majlis di Shah Alam hari ini.
-petikan Malaysiakini

Jadi amat jelas bahawa Azmin merupakan orang yang perlu dipersalahkan ekoran kecelaruan yang berlaku di hari penamaan calun apabila terdapat pertembungan sesama sendiri di kalangan PH di beberapa buah kerusi yang dipertandingkan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu merasa "diperdaya".

"Ia bukan hanya satu kerusi, ia lima kerusi. Jika satu kerusi, kita faham dan kita boleh cuba untuk melupakan tetapi lima kerusi. Bagaimana kita boleh terlepas pandang?" katanya kepada pemberita di Miri.

"Kami rasa bahawa DAP telah ditipu," katanya kepada pemberita di luar pusat penamaan calon Senadin di Miri hari ini.

Menurut Lim, tidak ada komitmen daripada PKR untuk mematuhi perjanjian Pakatan Harapan supaya mereka tidak bertanding melawan antara satu sama lain.

DAP turut melahirkan rasa kecewanya dengan sikap PKR yang tamak kerusi di PRN Sarawak kali ini. Dan melalui beberapa catatan di media sosial, pemimpin dan ahli-ahli DAP sudah bersiap sedia untuk bertindak-balas di Selangor nanti. Kartel Azmin akan menghadapi laluan sukar mempertahankan kerusi-kerusi di majoriti pengundi bukan-Melayu pada PRU14 akan datang.

Hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan hari ini menunjukkan PKR MEMANG BERSALAH. Buktinya, 2 kerusi DUN telah dimenangi tanpa bertanding oleh BN iaitu di Bukit Sari dan Bukit Kota.


"Orang tamak sentiasa rugi," tulis seorang penyokong PH difacebooknya.

"Kerana PKR gila sangat berebut kerusi, akhirnya Allah hukum dia awal-awal, dia peneyebab PH hilang dua kerusi. Macamana calon boleh tiba-tiba "hilang" dan bagaimana seorang muflis boleh dijadikan penyokong?," bentaknya lagi.

"Kalau dulu, PKR marah PAS kerana PAS memberi watikah untuk bertanding di kerusi miliknya, kini PKR pula meniru perangai PAS memberi watikah untuk bertanding di kerusi yang telah diperuntukkan kepada parti lain. 2x5 sahaja perangai PKR dan PAS," tweet seorang lagi penyokong PH.


"Bagitahu kepada Azmin, bagitahu Tian Chua, bagitahu kepada Shamsul, supaya jangan pertahankan kesalahan kamu, kita akan berusaha dan berdoa agar mereka ini akan kalah di dalam PRU akan datang kerana mengkhianati PH sama seperti PAS mengkhianati PR dahulu," tulis seorang lagi di dalam satu kumpulan Whatsapps.

Sementara itu Setiausaha Penganjur AMANAH, Suhaizan Kaiat juga ketika itu memberitahu, jika mana-mana parti yang didapati melanggar perjanjian berkenaan, parti lain dalam HARAPAN mempunyai hak untuk memecat pihak yang ingkar itu daripada gabungan pembangkang.

Ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk menghentikan persetujuan untuk tidak bersetuju, yang membawa kepada terkuburnya Pakatan Rakyat

Tiada ulasan: